Followers

Wednesday, 14 February 2018

UBAT ANAI ANAI / DIY TERMITE BAIT

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Anai anai?

Kami ada penyelesaiannya.

DIY TERMITE BAIT.

UBAT ANAI ANAI



Bagaimana ia bertindak? Sistem Umpan Anai-Anai memanipulasi biologi dan tabiat pemakanan anai-anai dengan memperkenalkan racun kepada mereka dalam bentuk makanan asas mereka iaitu selulosa. Anai-anai tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah makan dan menyebarkan racun ini sehingga sampai ke koloni asal mereka yang kebiasaannya berada jauh di dalam tanah. Racun ini kemudiannya bertindak di dalam kitaran hidup mereka dengan mencacatkan mereka sewaktu dan selepas mereka melalui proses penyalinan kulit. Anai-anai mati akibat pembesaran terbantut kerana tidak dapat menyalin kulit. Seluruh koloni akan menjadi lumpuh akibat sistem pertahanan, pemakanan dan kebersihan mereka terganggu oleh kekurangan pekerja. Anai-anai pekerja akan berkurangan kepada 20% dan menyebabkan masalah kekurangan makanan. Kemudian, anai-anai askar terpaksa keluar membantu membawa racun yang disangka makanan. Jumlah anai-anai askar akan turut berkurangan akibat kematian. Raja dan ratu anai-anai akan mengalami masalah sistem pembiakan dan tidak dapat menghasilkan anai-anai baru. Seterusnya seluruh koloni anai-anai biasanya mati dalam tempoh 3 hingga 6 minggu.

Untuk tempahan, boleh tekan link di bawah:

https://smartbrisk.antr.co/diy-termite-bait-gold/okOBYR

Tuesday, 13 February 2018

Page 12, Chapter 2, 2018

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pda yang membaca.

Sepanjang hari semalam yang panjang. ALLAH banyak hantar pesanan dan di 'ajar' indirectly dengan kejadian kejadian yang berlaku. Alhamdulillah. Walau kita masih dalam proses 'pembersihan' tapi cukup untuk dijadikan sebagai pelajaran penting hidup yang mana sepadan nya disimpan terus, 'pinned to top' dan 'copy paste' merata rata supaya tak lupa. 

1. Niat yang baik. Disetkan dan dimakbulkan. Waktu asar. Saya niat saya nak solat asar dalam jemaah. Dan alhamdulillah dimakbulkan. Oh ya sebagai driver ni kan kekadang kita tak tahu mana destinasi kita. Tapi yang pasti semalam ALLAH hantar saya ke destinasi dekat dengan masjid. Dan masa nya memang cun. Sebelum azan sudah berdampingan dengan masjid. Sedia nak solat. 

2. Andai Dia kta tidak. Maka tidak lah. Saya pushed so hard this few days sebab ada target. Tapi kalu dah di takdirkan tidak. Tak payah nak cakap apa la. Dia dah cakap macam tu. benar sorang guru pernah pesan. 'Andai ALLAH nak bagi, tak ada tangan boleh tepis, tapi kalau ALLAH kta tidak jangan harap ada tangan boleh hulur' itu situasi yang berlaku. In the middle of completing the task pun boleh slipped away. 

3. Redha is the best medicide. Tak kira apa berlaku. Macam sorang lagi tok guru saya pesan "sentiasa bersangka baik atas kejadian". Saya tak nafikan saya memang pegang kuat kata kata ni dari dulu. Tapi kekadang bila situasi betul betul tak ada dipihak kita dan kita keterlaluan memikirkan, kita akhirnya akan tewas juga. Innalillahi wainna ilaihi rajiuun. Kita hamba. Lemah, bila berlaku macam tu always look back to where u begun. Solat. Minta ampun pada ALLAH. Betulkan balik hati kita. Kita dah berlku zalim sekali lgi kepada diri kita. Moga moga ALLAH ampunkan kita. 

4. Never expect the unseen. Masa depan itu rahsia. Never ever expect something which we cannot imagine will come or not come in any form. Biarkan ia terus rahsia. Macam seorang guru juga pernah pesan, "orang orang yang dekat dengan ALLAH ni dia sentiasa ternanti nanti apa perancangan ALLAH dekat Dia. Dia gembira dengan apa sahaja yang datang. Setiap hari dia mula dengan rasa 'apa la yang ALLAH sediakan buatku hari ini' sedang kita ni. "Apa lagi ALLAH nak bagi lepas ni' tunjuk kita tak betul betul melepaskan perjalanan kita pda ALLAH"

5. Help with Money is not everything. Saya belajar perkara ni dah lama. Tapi baru ni nampak situasi nya. Saya ada minta tolong somebody dengan satu perkara. Saya ulang ulang jmpa dan minta bantuan. Saya masukkan upah dalam tugasan tu. "just name it", tapi sampai ke sudah langsung apa pun tak jadi. Saya panggil dan tanya lagi pun tak ada jawaban. Maka haruslah saya anggap ianya dah tak mungkin. Dan tak perlu tanya lagi dan lagi. 

6. Jangan ada stress. Elakkan kecil hati, marah dan sebagainya. Ini ilmu baru. Dalam mencari 'ketenangan' elok abai sahaja tiap perkara di atas. Usaha sebaik mungkin tidak terlibat di antaranya sebab ianya psti akan mengganggu hati ni. Dan sekiranya tak mampu. Elak, lari, abai atau apa sahaja yang bawa kita jauh dari situasi. Level kita belum setinggi melepas dan istigfar atas tiap kejadian lagi. Juga belum setinggi "semua ni dari ALLAH, biaq la depa nak buat apa pun" walau kita sedang menuju ke arah itu. Tapi selgi belum capai maqam tu. eloklah kita usaha arah lain yang mampu kita gapai. Dan dalam masa sama educate hati ni. Biar ia pulih pntas supya kita tak melenting cepat. 


Akhir sekali. Buat masa sekarang. Doa banyak banyak. Istigfar banyak banyak. Selawat banyak banyak. Link hati kita dengan ALLAH sentiasa. Mudah mudahan Dia beri kita apa yang kita mahukn. Tak lain tak bukan, redha. Apa lagilah yang ada pda hamba selain Tuan yang gembira dengan ada nya hamba ini. Moga dengan itu Tuan akan terusan link dengan hati kita. Diberikan ketenangan. Kegembiraan menghadapi apa sahaja. Baik dan buruk itu dari ALLAH dan bersamanya terselit banyak hikmah kebaikan yang kita tak nampak dan tak tahu pun yang andai sekiranya didedah pasti kita terjelepuk ke lantai kerana kasihnya Yang Esa kepada kita. Subhanallah. Walhamdulillah. Wal ilaha illallah. Allahu akbar.  Walahaulawala quwwata illa billah huwalaliel adzim. 

Sunday, 11 February 2018

Page 11, Chapter 2, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Up dan down kehidupan.

Alhamdulillah masuk hari ni ingat dah ada dalam 7 hari saya bergerak secara intensive dengan kerjaya baru ni. Dalam lima hari awal tu, sungguh memberangsangkan. Boleh dikatakan non stop request saya dapat saban hari. Walau tak berapa banyak macam expectation, tapi boleh la, alhamdulillah, for a beginner saya cuba yang terbaik untuk buat nya.

Cuma semalam dan hari ini, kurang betul bagi saya. Bila kurang sudah semestinya la pendapatan pun kurang. Ada sedikit gangguan di sana. Untuk orang yang dalam keadaan saya ni, memang terkesan juga serba sedikit. Hingga isteri ingatkan,

"kalau kata ada 3, untuk 3 la rezeki yang ALLAH bagi tu, kalau kata 5, mesti la ALLAH bagi untuk 5 juga, lupakah abg yang beritahu ini?"

Allahuakbar. macam macam saya boleh lupa saya yang cakap menda ni. bukankah saya yang beritahu dia menda ni. Hari ini, dalam tekanan sya sendiri lupa apa yang saya katakan dulu. Benar kan, kita manusia terlalu mudah lupa, terutamanya bila diuji. Alhamdulillah la saya ada juga yang mengingatkan, mudah mudahan lepas ini saya tak jadi lagi macam tu.

Lepas dari itu, saya lebih tenang rasanya.

"kalau kata ini yang termaktub buat saya bagi hari ini, saya redha, saya terima dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah..."



Kehidupan diteruskan.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA