Followers

Saturday, 18 December 2010

Kasih Hingga Ke Syurga.

Such a beautiful love story..


Kasih Hingga Ke Syurga.

Malam itu cuaca begitu nyaman sekali. aku dan isteriku bersama duduk diluar beranda rumah smbil memandang keindahan ciptaanNYA..

tiba-tiba isteriku berkata..
"Abang, masih ingatkah lagi diwaktu perkenalan kita dahulu? kita bertemu di panggung wayang.."

"Ya abang masih ingat lagi.." jawabku

"abang masih ingat tak tajuk ceritanya? " soal isteriku kembali

"ya abg masih ingat.. filem ROMEO and JULIET ya sayang.."

"betul abg, ayang harap cinta kita berkesudahan begitu abg.. ayang nak hidup dengan abg sehidup semati. " balas isteriku

"aku hanya terdiam buat seketika"..
seraya itu isteriku berkata : "kenapa abg diam membisu?"
dan aku terus memberi jawapanku...
"sebenarnya abg tidak mahu sehidup semati dengan sayang. "

setelah mendengar jawapan dariku.. ku lihat raut wajahnya berubah, ku lihat dipipinya sudah mengalir air mata..
ternyata jawapan yang aku bagi telah mengguris hati dan perasaannya..

isteriku berkata. " kenapa abg tidak mahu sehidup semati ng syg? "
ternyata isteriku ingin penjelasan dari aku.

Dan pada itu kedengaran azan menandakan waktu solat isya' sudah hampir. dan lantas ku berkata kepada isteriku.
"sudahlah syg, mari kita menunaikan solat dahulu, tidak elok kita melengahkannya.. "

ternyata isteriku kecewa lagi dengan jawapan yang kuberi..

keesokan harinya selepas dari kejadian malam semalam. hubungan kami menjadi dingin.. isteriku hanya bercakap bila perlu sahaja..
aku tahu perubahan yang telah berlaku keatas isteriku.. ku lihat dia selalu ebrsendirian dan termenung, ternyata ianya disebabkan jawapan yang kuberi semalam.

selepas waktu makan malam, ku mengajak isteriku ke luar beranda.,
mulanya dia keberatan hendak mengikut, tapi setelah aku ceritakan ada hal yang penting yang eprlu diselesaikan
antara kami, baru dia bersetuju mengikutku..

sesampainya diberanda, aku terus bertanya...

"sayang marahkan abg kerana jawapan yang abg berikan tempoh hari tu ya..?"

isteriku hanya diam sahaja smbil menundukkan wajahnya kebawah...

terus aku berkata lagi..
"memang abg tak mahu sehidup semati ng syg kerana...."
belum sempat aku menhabiskan kata-kata aku, ku lihat isteriku mula pusing dan melangkah ingin meninggalkanku...

lantas aku capai tangannya dan dapat kulihatm airmata ny sudahpun mengalir dipipiya,ku peluk dia dan berkata..
"dengar penjelasan abg dahulu sayang.. Memang abg tidak mahu sehidup semati dengan sayang, TAPI abg mahu hidup dengan sayang smpai ke
syurga NYA.. hanya itu yang abg mahu..abg tidak mahu cinta kita sehingga terhenti nafas kita sahaja, tapi abg harapkan cinta kita kekal selamanya di syurgaNYA.. "

lantas ku lepaskan pelukanku dan terus ku mengucup dahi isteriku.. lalu ku berkata..
"Sayang adalah isteri abg di dunia ini, dan sayang juga bidadari abg disyurgaNYA nanti,,"

isteriku terus memelukku.. dan kali ini aku dapat rasakan tangisan dia kali ini adalah tangisan kesyukuran..
baginya kasih sayangku terhadapnya sungguh tidak dapat diucapkan dengan kata-kata..

dan bagiku dialah isteriku didunia dan akhirat kelak..
insyALLAH..


Taken from 1 video clip and was re-type back for publication.
Credit to : skyoflove2u.webs.com n i2cool4u.blogspot.com

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA