Followers

Tuesday, 14 December 2010

Laki pun kena gangguan seksual

Kosmo 14-Dec-2010 - Lelaki pun kena gangguan seksual

Whoaaa.. berita menakutkan buat kaum-kaum lelaki di luar..
agagagagA..
cam lawak kan dengar.. tapi menda ni memang seyesly berlaku la zaman sekarang ni..

Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman (gambar), meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.

Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.

“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan.
Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat. “Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya.

ni kajian kat lua lak..
ada satu survey dalam talian, dalam satu laman web recruitment, mengeluarkan satu kenyataan mengejutkan iaitu 1 per tiga dari responden lelaki mengaku yang mereka terlibat ataupun menjadi mangsa gangguan seksual ni. dari 5000 responden, 30.1% melaporkan mengalami gangguan berbentuk sentuhan-sentuhan yang tidak berkenaan ni dari tempat2 seperti bar dan night club. selain itu, 40% dari responden mengaku mengalaminya di pejabat, manakala 15.6% lelaki juga mengalami yang sama..

hakikatnya.. dunia sekarang memang dasat la.. laki baek pn.. ada jugak la ppn2 jaat yang nak rosakkan depa.. aku rasa syukur la. aku tade dalam kelompok macam ni.. risau la beb.. toi dak? zaman sekarang ni.. iskh.. moga dijauhkan aa.. Amin


No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA