Followers

Saturday, 11 December 2010

Mukjizat Akhir Zaman



apa itu mukjizat akhir zaman?
tahu tak kita, sebenarnya..
AL-Quran adalah mukjizat y saya maksudkan.
Al-Quran adalah mukjizat y diberikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
sepertimana Nabi Musa dengan tongkatnya dan Nabi Nuh dengan bahteranya.
dan dengan mukjizat ini jugalah kaum-kaum dan pengikut mereka telah selamat kerana telah mengikut ajaran yang dibawa oleh Para Nabi berkenaan.

Nabi Musa, tongkat nya yang mempunyai mukjizat telah menyelamatkan pengikut ny dalam satu peristiwa yang mana telah membelah laut untuk dia berjalan melepasinya ketika dikejar dengan firaun. dan dalam kisah Nabi nuh pula, bahtera yang dibina yang dikutuk oleh kaum-kaum ny telah menyelamatkan mereka dan mengekalkan kehidupan yang turut sama mengikut Nabi Nuh ketika itu. dan sedikit jumlah pengikutnya.
dari sini dapat kita buat keputusan yang mana, siapa yang mengikut ajaran ALLAH lah orang yang beruntung yang akan diselamatkan dari bencana-bencana mendatang.

Al-Quran -- mukjizat ilmu yang di turunkan untuk Nabi Muhammad yang mengandungi segala perkara yang berkaitan dengan islam dan dunia ini. antara bukti keagungan mukjizat Al-Quran ini saya ambil dari segi ilmuan, saya ambil contoh dari bidang pengembrioan, iaitu bagaimana manusia tercipta dalam dunia ini. kerana ada dari seorang saintis beratus tahun lalu ada berkata, yang kejadian manusia ini adalah dari air mani lelaki dan juga darah haid wanita. tapi AL-Quran telah menyangkalnya dalam ayat dibawah.

"sesungguhnya kami telah mencipta manusia ini dari setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) , kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat" Al-Insaan :ayat 2

Dan kajian yang dilakukan beratus-ratus tahun selepas itu telah membuktikan yang sememang nya manusia dijadikan dari setitis air mani lelaki dan air mani perempuan.dan setelah dipilih, dan yang terbaek telah kemudian disenyawakan didalam ovum dan membesar didalam rahim kaum wanita. dan bkan sepertimamana kata-kata saintis berkenaan. ini membuktikan yang AL- Quran sememang nya datang dari ALLAH, bukan dari manusia.

satu contoh lagi saya ambil dari segi anatomi. baru-baru ini satu kajian menyatakan bahawa kulit lah yang terkandung reseptor-reseptor sakit dan bukannya didalam isi kita. jadi maksudnya sekiranya kulit itu sudah terbakar, kita takkan merasa lagi pedih atau sakit yang mana selalunya jika terkena panas atau sakit dan reseptor ini mengesannya, impuls akan dihantar kepada otak dan tindakan refleks berlaku. perkara ini baru ditemui, sedangkan AL-QUran sudahpun dinyatakan dalam An-Nisa ayat 56 yang berbunyi.:

"sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat kami , kelak akan kami masukkan mereka kedalam neraka. setiap kali kulit mereka hangus, kami gantikan kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasa azab. Sesungguhnya ALLAH MAHA PERKASA lagi MAHA BIJAKSANA"

selain itu bukti kehebatan Al-Quran ini adalah dari segi kehebatan bahasanya. dalam satu cerita dicatatkan, ketika zaman awal kedatangan Nabi Muhammad, dia telah dicela dan dituduh sebagai seorang ahli sihir. satu hari ada seorang ilmuan kesusasteraan yang datang ke mekah. dia takut untuk bertemu dengan Nabi kerana terpengaruh dengan kata-kata orang sekeliling di Mekah. tapi satu hari dia terfikir untuk menemui Nabi dan mendengar sendiri dan bercakap dengan Nabi. dalam hatinya terdetik kerana memikirkan dirinya yang seorang yang cedik pandai, semestinya dia dapat membezakan perkara betul dan salah, jadi dia bisa menolak sekiranya apa yang dibawa Nabi adalah perkara yang salah. Jadi dipendekkan cerita, setelah bertemu dengan Nabi dan mendengar Nabi membaca AL-Quran , perkataan pertama keluar adalah, Hebat, bahasa yang digunakan didalam Al-Quran ini tak mungkin datang dari manusia. hasil bahasa nya sangat hebat. dan dengan itu, dia pn mengucap Syahadah dan mengakui Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

sememangnya kehebatan AL-Quran ini tidak dapat kita sangkal. lihat sahajalah, walaupn kita tidak tahu maksudnya, tapi pernah tak kita fikir dah berapa kali kita mengulangnya? berapa kali dah kita baca surah AL-Fatihah, dan hebatnya, tidak pernah pula terfikirkan akan bosan dengan nya. bayangkan kita tukar hal ini dengan novel paling hebat didalam dunia ini, hari-hari kita baca, hingga da berpuluh kali kita ulang, akhir sekali kita kan berasa bosan dengannya dan berubah kepada novel lain. tapi hal ini tidak berlaku dengan AL-Quran. ini membuktikan hebatnya AL-Quran dan hebatnya mukjizat pemberian ALLAH ini.

jadi kesimpulan yang boleh kita ambil adalah. kembali kepada ALLAH, kembali kepada AL-Quran yang ALLAH turunkan kepada Nabi Muhammad untuk kita ambil dan ikut. bukan dengan menolak nya. sesungguhnya ALLAh itu Maha Mengetahui setiap apa yang dia da jadikan dalam alam ini. jika kita sama-sama kembali kepadanya dan suruhan dan meninggalkan larangan, semestinya kitalah dalam kelompok manusia yang beruntung dan terselamat.
maka, marilah kita sama-sama berpegang dengan mukjizat ALLAH ini dan mengikut tiap apa bait kata didalamnya dengan mengikut dan menolak segala bentuk ancaman dan menentang para yang mencuba untuk merendahkan isi kandungan didalamnya. kerana apa, setiap yang dicatatkan didalam adalah peringatan dari ALLAH menunjukkan betapa dia sygkan kita sebagai hambanya.

"sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman |(iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solat | dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna" Al Mukminum Ayat 1-3


Note: dari sumber yang diolah dari Khutbah Jumaat 10-Dec-2010 dari Masjid Subang Perdana. Semua cerita berkenaan ilmuan ini dipetik dari satu Konvensyen bersama Ilmuan Islam, Pakar perubatan Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia. selepas konvesyen ini, sepertimana kata Imam, 2 orang Pakar perubatan yang hebat (maaf kerana tiada nama disebutkan) telah mengucap syahadah dihadapan audien semasa memberi ucapan. Alhamdulillah. Nur sudah titiupkan dalam hati.

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA