Followers

Thursday, 17 June 2010

stronger



im stronger..
just now msg ng mama.. mama sebut nama my kezen.
hehe,, nama nak sama kan.. then aku tanya mama.. mama kata.. jgn nak pasan aa..then mama tanya,

" **** tu ujud lagika bkn da tnm dlm tg smpahka? " perghh.. ayat mama.. hehe.. then ng slumber ny aku jawap..

"bkn t0ng smpah la. Pindah da, batu 2 7kaki.hahaha "

guess im ready for a change now..
no use feel sad for things and people who dont care bout us.. kan?
time for a change.. i can.. i can.. iknow i can..
ALLAH always wit me.. FOREVER with me..

i love u mama.. i do this for u.. im not weak.. im just week when im wit u..
i love ALLAH, i will not cry.. i cry just for u ALLAH..

THAT'S WHEN I'LL STOP LOVING YOU

When winter comes in summer
When there's no more forever
That's when I'll stop loving you
That's when I'll stop loving you

I'm sure you've heard these words before
And I know it's hard for you to trust them once more
You're afraid it all might end
And a broken heart is scared of breaking again

But you've gotta believe me
I'll never leave you
You won't ever cry
Long as I am there
And I will always be there
You will never be without love

When winter comes in summer
When there's no more forever
When lies become the truth
You know then, baby
That's when I'll stop loving
That's when I'll stop loving you

Long as sunlight lights the sky
Light of love will be found in these eyes of mine (these eyes of mine)
And I will shine that light for you
You're the only one I'll ever give this heart to

What I'm trying to say is
Nothing will change this
There'll be no time
You won't find me there
'Cause I will always be there
You will always have all my love

(Bridge:)
When this world doesn't turn anymore
When the stars all decide to stop shining
'Til then, I'm
Gonna be by your side
I'm gonna be loving you forever
Ev'ry day of my life
(My life)

Well, you know then, baby
That's when I'll stop loving
That's when I'll stop loving
That's when I'll stop loving you

That's when I'll stop, I'll stop
Loving you

Wednesday, 9 June 2010

sod-ba-rho

Manusia oh manusia..
Apa yang ada pada kamu tu? Apa yang dapat ng keseronokan buat naya kat orang?
Tak paham la ng manusia ni.. tak sedaQ diri.. belagak..
Ellow bro.. 92% da fully utilize la kat mesia ni.. dunia 2G tu tunggu masa ja..
La ni da pakai 3G la.. teknologi ketinggalan.. China da 4G. skg pn Celcom dok kalut p
3.5G.. ampa dok 2G lagi.. takpa.. belagak tara mana sangat kan.. tunggu sat.. 8% ja lagi nak
Belagak lagi.. sat ja…

To my boss n also my colleague..
takpa.. kita sabaQ sat.. Rezeki suma DIA yang bagi.. bkn depa..
Kalo kata mmg da tarak rezeki kita ng depa.. redha ja.. sama2 kita usaha kot len..
Seperti mana firman ny..

“Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi;
dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya
kamu beruntung. (QS AI Jumu’ah: 10).”


Selagi mana langkah kita tak tercicir, selagi perjalanan kita berbataskan hukumnya., berlandaskan pedoman ny.. selagi usaha kita tak menyimpang dari jalanNYA.. selagi kita punya ingatan kepadaNYA,. Dan selagi redhaNYA ada dengan kita.. selagi tu la YANG MAHA PENGASIH & lagi MAHA PENYAYANG bersama dengan kita..

Semoga ng sedikit UJIAN ini, beri kita lebih kekuatan untuk semakin mendekatkan diri, semakin melapang2kan masa kita untuk bersama YANG MAHA ESA.

Amin Yarabbal Alamin

Monday, 7 June 2010

Keinginan VS Ketentuan

Jam di laptopku terdetik pukul 00:24, baru sangat pulang, n sampai umah..
Dan aku terpanggil untuk mencoret sesuatu dalam ni..sesuatu yang pada aku.. sangat istimewa, sesuatu yang bersifat terlalu subjektif, yang kadang2 tidak dapat hendak kita ungkapkan ng kata2.
Cuma didalam satu sudut di hati ini, yang tersimpan semuanya..
Namun, jika benar diungkapkan, padaku, ianya bukan sesuatu yang bisa kita ungkap ng kata2..Betapa hebatnya.. satu kalimah dipanggil C.I.N.T.A..

Soal hati ni. Susah sangat nak ckp..
Apa pn aku terpanggil nak ckp.. sal kisah kawan aku ni.. bagi aku,. Ada juga sedikit persamaan dengan aku.. Cuma bezanya.. pisah idup dan mati.. aku dgr tadi.. da kat setahun teman juga kekasih yang sangat sahabat aku kasihi pergi menemui ILLAHI.. dan yang sangat aku kagum adalah perasaan dia terhadap kekasih dia tu.. sampai sekarang.. dia masih sangat sygkan kekasih dia tu.. masih tak dapat melupakan kekasih dia tu.. tapi, aku sedih, sebab apa yang terjadi buatkan sahabat aku seperti menyalahkan takdir yang terjadi kepada dia dan kekasih..kekasih pergi menemui ILLAHI kerana penyakit kanser.. sangat sedih sebenarnya .. bila kita fikir balik.. sola hati ni kan.. yang kita nak sangat,syg sgt.. diambil kembali.. tapi bila kita renung balik.. kita semua sebenarnya adalah milik NYA.. jadi logic la dia nak amik kita bila DIA mahu.. dan siapa pula kita nak mempersoalkan keputusan DIA tu.. sebab semuanya sememangnya sudah ditentukan..

Apa pn. Aku sgt mendoakan kawan aku tu akan tenang menghadapi semua ni..
Aku akui.. aku juga tak sekuat dia,, aku cuba untuk relate kenyataan dengan dia.. apa yang terjadi dipihak aku.. tp tu aa.. dia kata.. dia tak mampu nak hadapai kenyataan ni lagi..

Masih sehingga sekarang.. da setahun lebih, dia bersedih.. macam2 perasaan keluar, dan menguji kekuatan hati.. cemburu, malah seperti aku ni.. anti sosial seperti sudah hamper sebati dengan jiwa aku.. kerana apa.. lu pk la sndiri.. hik3..

Harapan aku.. sahabat aku ni.. dibukakan hati dia.. dipermudahkan urusannya.. juga di tenangkan dia.. untuk menghadapi.. 1 K.E.N.Y.A.T.A.A.N. kerna apa.. hidup kita tidak selamanya indah..yang indah2 tu.. telah ALLAH reservekan untuk hamba2 NYA yang mana patuh dengan perintah NYA..

“YA ALLAH.. KALAU NI ADALAH TAKDIRMU.. DAN INI KETENTUANMU BUAT SAHABATKU INI.. DOAKU..KAU SATUKAN LAH HATI MEREKA., CINTA MEREKA DI PINTU SYURGA NANTI.. KAU SATUKAN LA MEREKA.. DI TAMAN SYURGAMU, KAU MAKBULKAN LA CINTA MEREKA DI SANA NANTI.. KU MOHON KEPADAMU YA ALLAH.. amin yarabbal alamin.. “


setahun sudah berlalu

nadzri

06.06.10..

Saturday, 5 June 2010

Wanita yang Pekak, Tuli & Buta

Cerita - wanita yang pekak,tuli dan buta....

bacalah kisah benar ni..... banyak manfaatnya

KISAH BENAR

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur
annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun,perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang
tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran
kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang takpakai tudung.

Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa,tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah,hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam(biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya,solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan
pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada AllahSWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.


Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibumemberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya".. airmata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya,saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuahdiari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah danbersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"


Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat mak cik bagaimana?


Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti,tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi aki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu,lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa,maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu..itulah hakikat tudung.

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan. . ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya ,anak
tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang
berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun
buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.. Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung. . . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mngundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala ssuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh. semoga Allah SWT
menerima adikku disisinya... Amin

jadikan renungan wahai sahabatku..wallahualam


New Life Begin..

Bismillahirrahmanirrahim..
Syukur kehadratnya..
berkat limpah dan kurnianya..
akhirnya.. aku berjaya jugak capai sumthing dalam idup aku..
karier aku.. syukur sebab akhirnya..02 June 2010..
jadi titik tolak kepada satu kejayaan..
akhirnya.. aku dikonpemkan..
aku brsyukur sgt..kurniaan ALLAH..
rezeki dari ALLAH..
aku sgt bersyukur..

YA ALLAH.. berikanlah aku kekuatan.. ketenangan.. kejayaan..
tunjukkan aku jalan untuk aku kepada REDHAMU..
berikan aku roh pendorong moga dapat ku membawa umat2 mu kembali kejalanmu..

ALLAH, kudoakan agar aku makin dekat denganMU.. bkn semakin terkejauh dengan
rahmatMU ini..

Amin Yarabbal Alamin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA