Followers

Monday, 30 August 2010

Amalan Agar Murah Rezeki..

Amalan agar murah rezeki
Allah SWT memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan di bawah ini menjadi sebab Allah melimpahkan hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW: "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW: "... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingatkan Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: "(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda SAWjuga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW: "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau Asma'ul Husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: "Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)." (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Ny

Antara lain ialah dengan :
Membayar Zakat.
Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas semata mata kerana Allah s.w.t. Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir miskin dan sudah semestinya Allah s.w.t. akan membantu mereka yang membantu saudara mereka.

Baca Surah Al-Waqiah.
Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah s.a.w.

Beri Makan Kepada Haiwan-haiwan.
Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan Allah s.w.t.akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah s.w.t. yang lain di muka bumi ini. Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun binatang-binatang ataupun tumbuhan.Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t., inikan makhluk Allah s.w.t. yang bernyawa.

Jangan Menyeksa Binatang.
Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti merosakkan ciptaan Allah s.w.t.Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. sama ada terus di dunia ataupun di akhirat kelak.

Credit to: Nur Iman Nasuha(Nur Hidayah)

Followers

rasa2 da dekat setahun kot aku belajar blog nih..
baru lagi.. leh tgk kat page aku aa..
followers pn baru sorang.. Encik Naim.. dia sorang ja yang tau wat masa ni..
tak gtau kat sapa2 pn.. still lum sdia aa..

kemarin baca ada komen dia..
aii bro.. snyap ja blog ang ni.. hehe.. mmg la snyap..
jarang hapdet.. jrg tgk.. jrg post pape dalam ni..
kurang masa nak hapdet.. kekadang tu.. tadak menda menarik nak nuh..
tadak idea nak tls pape dalam ni.. ye la.. Frame and Lenses ni kan port aku mencurah
pa menda dalam palotak ni.. sebab tuh aa.. ekke.. takpa2..
aku akan berusaha.. sahabat yang suh kan..
insyALLAH.. aku akan berusaha.. semoga diizinkan.. amin..

Wednesday, 25 August 2010

Mama.

Bermula ng satu pertemuan
Bermulalah satu kehidupan..
Sejak saat mula roh ditiupkan..
Bermulalah kesusahan
Kepayahan..
Kesulitan..
Aku mula membesar dan membesar

Tiba masanya
Aku keluar..
Tika itu.. sakit ny amat sgt
Tapi kau tahan..
Kau tempuh..
Pabila ku sudah keluar..
Kau jagai aku..
Kau manjai aku..
Kini, 24 sudah berlalu..

Tiba masa untukku..
Akan ku buat yang sama untukmu..
Kamu.. kamu.. dan kamu..
Yang satu buatku..
Mama…
Aku syg kamu..

Friday, 20 August 2010

Everyone? Everybody?

haha.. cam tak caye.. sentence aku kat FB pn ada orang leh like.. leh cinta.. hihi.. padahal aku tadak pape pn dalam tu.. spontan.. dan spontan tu ada orang nampak "isi" dia.. syukurlah..

[sy cinta this sentence ...."'i will prove that i'm someone/ somebody in everyone's heart some day..."...]

[cinta sbb....maksud die..mendalam...or in other words...akan sentiasa menjadi 'kerinduan 'kt semua org...:)]

will do my best for all la.. jika diizinkan.. sebab suma pn perlu rasa happy.. as long as ppl are happy.. aku rasa tu da ckp sebagai "kegembiraan" buat aku.. toi la.. rasa macam tu.. kena marah tu da besa la.. kekadang tu kan. aku just serve ja suma.. aku layan.. aku bagi semangat.. cuma smbg.. kongsi masalah2.. beri peringatan.. kata2 semangat.. buat lawak bodo.. aku rasa happy wat macam tu..

dalam ati aku.. aku sematkan.."aku kawan waktu susah ja.. waktu senang tadak pn takpa".. so aku wat tatau ja la.. waktu depa senang.. tak cari aku pn takpa.. tadak kesah pny.. tapi waktu memerlukan.. n tak cari aku.. mmg aku marah aa.. berasa jugak aa.. sebab ntah.. aku suka macam tu.. bila aku letak diri dalam niat aku tu.. kehendak aku tu.. aku takkan rasa pape bila aku tidak diperlukan waktu depa happy, senang, berbahagia..ntah.. rasa susah kot nak jadi kawan waktu susah ni.. so.. aku kena la jadi menda yang susah ni.. tak salah kan?? ;)

Doaku.. insyALLAH.. selagi diizinkan ALLAH.. aku akan berkhidmat kat suma.. mana2 yang memerlukan.. semoga diizinkan.. Amin.. ;)

Serr-rabut

beberapa hari da ni.. ntah pape la..
semak pala aku ni ha.. tatau nape..
mls la nak pk menda2 camni.. argghhh...
ALLAH.. bantulah aku ya ALLAH.. aku tanak pk menda ni da..
semak3... apo la nadzri ni.. lama da ok.. tetiba ja..
(mungkin ALLAH nak menguji aku kot.)
aku kena kuat.. semangat3... fuuhhhh...
lalalalalala~~

Wednesday, 18 August 2010

18.08.2010

08 Ramadhan hari ni.. ckp da seminggu berpuasa..
duyaii.. pa la jadi ng aku semalam.. tdo awl gle.. lum kul 10..
pastu leh tak terjaga sahur.. hahaha.. cam lawak pn ada gak..
n hari ni.. bz gle kat motorola.. naseb baek la abg Azmi ada..
dia la yang teman aku kat sana. thx abg mie..
pastu da balik.. kami p jln2 ke bazar.. cari mknn..
seyesly la.. aku rasa syukur sgt aa.. aku rasa orang layan aku baek sgt..
cm abg Mie, abg Razak, Abg Madi.. ni bdk2 umah sewa ni.. Jiji, Wan, Arip ng sorang ag tu (nama pa tah.. lupa wohh.. Afifi kot..hahaha.. )

haa.. tu aa.. kekadang tu.. tersegan pn ada gak.. n kekadang tu kan..
aku terharu jugak aa.. cam abg Mie tadi.. dia belikan kueh kat aku..
suh aku rasa.. seyes aku terharu jgk aa..

aku doakan depa yang baek ng aku suma dapat yang terbaek la dalam idup depa..
tu ja mampu aku wat.. doakan untuk depa.. n assist.. atau bantu depa, dalam apa2 yang depa perlukan aku bantu aa..

Syukur amat pada ALLAH atas kurniaan ni suma pada aku.. Alhamdulillah..

12.08.2010
20:30

Monday, 16 August 2010

Semalam..

Semalam..

15 August 2010.. hari yang bz.. dan hari yang menarik..
1stly syukur kehadratnya kerana telah menjadikan hari semalam hari yang menarik buat aku. Aku happy sgt.. n syukur sgt ng ketentuan DIA buat aku semalam..

Suma bermula ng waktu sahur aku.. huhu.. bgn lambat.. cket lambat aa.. n nasi pn da basi.. so tadak pilihan.. aku pn amek la kurma.. nak sahur ng kurma.. semalam abg Suhaimi kata.. nak sahur ng kurma kena 7 bijik.. insyALLAH tahan.. aku pn amek la.. tapi leh 6 bijik ja. Aku telan yang ke 6… + air.. da kenyang wohh.. huhu.. rugi plak rsa.. kurang sebijik nak ikut sunnah.. duii rugi lagi..

Pastu.. da bgn.. ng mata ngantuk ni.. tatau nak watpa.. on FB sat.. tgk apa ada.. wish2 besday orang cket.. usha2 page orang yang suka dok menconteng wall aku ni.. pastu wish2 besday orang2 yang ada.. Cuma sorang ja la aku tak wish,. Konon nak wish malam satgi.. (padahal haram tak wat pn.. tdo awai kott.. ekeke) .. pastu chat sat ng Alya Senoritas.. dia mtk cd ustaz kazim.. dia nak ceramah ustaz kazim.. aku pn mencari2 aa.. di manakah kamu wahai cd ku syg.. sekali tak jmpa aa.. ntah kat mana aku letak ae? Pastu aku pn gtau ALya.. nt aku cari. Jmpa nt aku gtau.. n secara otomatiknya aku pn click logo Windows kat desktop pc aku ni ha. N mencari accessories.. dan jmpa lah Sticky note aku.. aku pn type kat situ. CD ustaz kazim.. selesai da kerja aku.. pastu tatau nak watpa da.. p men PSP plak.. Alhamdulillah PSP aku pn da ok skg.. ;) abeh tu aku p mandi.. abeh mandi.. solat.. n ngaji cam besa aa..

Pastu.. ciap2.. gerak p kelas.. sampai dalam kul 8.30.(tepat2 tu.. ekeke) then aku tgk dalam enpom.. abg Farid call n ata msg.. dia tanya.. tdo ka? Wow.. thx encik Abg Farid.. jasamu ku kenang.. Alhamdulillah jugak la.. ALLAH buka hati kawan2 aku nak tanya aku camna..

Then.. masuk dalam kelas.. Encik Tuan Haji Ismail Kamis da mengajar.. aku pn.. tmpu la perhatian macam besa.. pastu.. exm.. dia buat test 1.. Alhamdulillah ag.. sebab aku rasa aku leh wat.. n aku rasa kondifen ng jawapan aku.. ;) Alhamdulillah syukur.. n satu soalan tu (soalan num.4) mula2 cam pening2 tau.. pastu ntah camna.. dapat idea.. camna nak wat.. syukur Alhamdulillah lagi.. sebab ALLAH beri aku idea camna nak wat..

Abeh exm.. aku bergerak ke masjid UTM.. wat solat sunat Dhuha.. n aku sujud.. syukur sgt2 sebab ALLAH beri aku kemudahan semalam.. then, da ciap.. aku pn.. p kat moto.. n call mama bagitau.. aku nak ke tanjung Malim. Nak p ngaji.. n bermula la perjalanan aku.. wow.. dalam 1 jam gak aa.. pedih bontot den ni ha.. huhu.. aku pn bergerak aa.. sampai sana dalam dekat kul 12 lebih tak silap.. Beh tu da smpai.. aku call abg shafiq.. kot mana nak masuk umah ni.. then ng bantuan abg shafiq, guideline dia aku pn gerak ke umah abg shafiq.smpai2 ja ayah abg shafiq da tunggu.. syukur ag sekali.. sebab kan.. aku rasa mudah ja nak cari jalan.. n tak sesat.. n syukur jugak kerana perjalanan aku.. tak panas.. aku rasa dingin ja… Alhamdulillah.. syukur..

Then.. smbg2 ng ayah abg shafiq.. lama gak..smpai kat kul 2 lbh.. benti solat.. pas da solat smbg ag.. sampai kul 4 lbh kot.. asar.. kami solat asar sama2.. dia aihh.. ayah abg shafiq suh aku jadi iman.. selop gak aa.. abeh solat.. aku mtk ayah abg shafiq yang doa.. huhu.. tak reti aa.. malu sgt.. then da solat.. kami smbg2 sama.. besh sgt.. dia cita sal 7 alam yang kita idup ni.. (nt aku tls dalam post len na.. ) pastu dia kata “igt, bila kita da smpai ke tahap ni.. ALLAH akan menguji kita.. siap sedia untuk ujian dari dia.. “ aku pn telan air liur.. aku penah dgr.. “makin kita dekat ng dia..makin kuat ujian dia kepada kita..” sebab dia nak menguji sejauh mana kita ni.. lepas tu pcik cita aa.. dlu masa dia kena ujian.. masa tu ag bp hari ja anak dia , adik abg shafiq nak kawen.. adik ipar abg shafiq tu kena rompak.. rm70,000 duit dia kena. Tak silap tu duit bank aa.. pastu dia kena reman.. masuk jel sal kot tak silap.. camtu la .. beh tu kan.. suma orang mula pandang slack kat depa.. kata tu duit tak halal la apa la.. then selepas dari tu.. pcik kata.. ada sorang kawan dia tu. Yang menyokong dia.. kawan dia tu kata.. aji.. aku ada ng ang.. aku sntiasa belakang ang..apa2 ang mai ja kat aku. Pcik kata.. tgk tu.. ada jugak orang. Yang len tau kata belakang ja.. then pcik kata.. sygny kawan dia tu tak solat.. sminggu sebelum dia meninggal dia kata kat pcik, aji, aku rasa aku ni kosong,-sekosong2nya.. then pck pn ckp, suh anak dia bawa dia p amek wuduk, n suh dia wat solat taubat.. solat cam besa.. mohon keampunan ALLAH.. tu la kisahnya… woww.. toi la orang kata kan.. bila seru ALLAH tu da sampai kan.. syukur la smpai waktu2 tu.. smoga rohnya di tmpatkan di kalangan orang beriman.. doa jugak ALLAH terima la dia tu.. amin. Then before balik.. pcik cita sal LACI.. kata pcik.. kita ada 24 laci, 24 jam kita.. nt kita bk laci2 kita.. tgk apa kita wat.. Alhamdulillah aa.. aku mai.. smbg ng pcik., pcik bagi peringatan suma ni.. 6 jam laci kita da diisi.. ng menda manfaat.. syukur aa.. nt time nak tdo.. sama jugak.. kita zikir ka pa ka..doa.. n tdo.. nt terisi la ng sndiri tdo kita tu sebagai ibadah.. aku dalam ati pk (wowww.. cantik ny ISLAM.. ALLAH da bagi suma.. istimewa kita ni.. Cuma kita ja tatauu.. kan? )

Tu la kisah aku semalam.. pas tu.. aku kua.. bawa moto.. p isi myk.. n mula perjalanan.. tak silap masa tu da dekat 6.30.. gerak.. n sampai cni ngam2 waktu buka puasa.. tadan apa.. so aku just makan kurma.. n perangat bubur yang dalam peti tu.. syukur la.. ada rezeki aku bk puasa..

Apa pn.. aku syukur sgt.. cantik ALLAH susun perjalanan aku semalam.. aku berdoa agar aku dapat manfaat dengan apa yang jadi semalam.. n semoga pertemuan tu tak stop kat cni ja.. n aku kan smpai lagi kat sana.. smbung pengajian aku di sana.. insyALLAH.. semoga ALLAH izinkan aku..

16 Aug 2010
08:55

Thursday, 12 August 2010

02 ramadhan

woww.. baru ada masa nak menulis dalam ni..
da 2 hari upany berpuasa.. semalam dan hari ni..
puasa tahun ke 2 ny aku tadapat nak bersama teman mama aku puasa..
sedih mmg sedih.. time aku dok mencoret ni pn.. berlinang je air mata..
terkenang..tapi agak terubat jugak la.. semalam aku call mama..
mama angkat.. dia kata ramai kat umah.. Jiah, Adik, pastu ada bainah pn mai
umah nak berbuka sama2.. kurang2 terubat gak la.. bkn pa kan.. aku isau sgt mama tadak orang teman dia berbuka.. kalo jadi macam tu.. mesti aku sedih sangt..
ni bila da call.. mama cakap ada orang teman dia.. aku da lega..
seyes lega aaa.. takpa la.. aku sorang kat cni.. tadak mama.. tapi kurang2 adik2 aku ada ng mama aku. teman mama..

2 hari ni bz aa.. semalam. satu hari ..
p amek barang kat DHL Puchong, pastu balik da kul 4.. solat jap.. pastu gerak p motorola plak.. nak ata report.. malam.. mmg flat aa.. pas mgrb.. mmg aku ttdo.. sedaQ2 da kat kul 12 da.. huhu.. bgn, mkn eskrim, pastu mkn apple(hehe) pastu baru aku p solat.. n smbg tdo balik.. smpai la sahur.. Aina kejutkan.. aku bgn.. lepak2.. pastu kat 5.30 baru bangun p grg telur.. then sahur ng ujang.. bdk2 tu tak bangun..

hari ni plak.. 02 ramadhan.. pn camtu gak.. bgn lambat ag.. uhu.. aku kena wat sumthing aa.. camna nak bagi awal ni.. susah la camni.. takut jadi habit plak..
haa.. bgn pagi tu abg razak kejutkan.. pastu.. ciap2.. mandi.. mai opis plak.. smpai opis, bergelak2.. pastu gerak p Kota Kemuning.. ada training untuk t5 baru.. lama gak dok sana.. aku pn tak igt sampai kul bapa.. then, p CNC plak.. ha.. baru la jmpa cik Ayu tu.. haha.. pnya lama ckp dalam tpon ja.. tak kenai.. tadi da kenai.. jmpa aa.. p amek cable tadi.. pastu baru la balik opis balik..

hari ni tak p mana da kot.. mlm ni ja la.. tarawikh di Mc'D lagi la nampaknya.. huhu.. tapi nak wat camna kan. aku kena kuat aa.. mc'D pn mc'D aa.. pas balik tu.. kena wat jugak.. arap2 aku ckp kuat la pasni nak wat kat surau ka masjid plak..

YA ALLAH, berikanlah aku kekuatan.. berikanlah aku kekuatan.. untuk aku haruungi bulan ni sebagai bln yang kau muliakan.. doaku agak aku benar2 dapat mentarbiahkan diri aku menjadi lebih baik bulan ni.. dan benar2 berubah aps bulan ni.. amin yarabbal alamin.. ;'(

Saturday, 7 August 2010

Tarian penyelamat rantaian makanan

Berdosakah menjadi sesuatu yang berbeza? Satu yang istimewa? Sesuatu yang berlainan dalam komuniti? Persoalan ni saya ajukan sedang saya menonton cerita Happy Feet.. cerita ni tentang bagaimana seekor penguin yang dianggap asing dan pelik.. hanya kerana dia tidak boleh menyanyi sedangkan dalam komunity penguin di kawasan tu nyanyian tu merupakan sesuatu yang penting untuk penguin “mengorat” masa tiba musim mengawan.. jadi hanya kerana dia tidak boleh menyanyi.. dia dibuang kerana tidak boleh menyanyi.. dan kerana satu kelebihan yang dia ada.. iaitu.. dia pandai menari..

Kisah hidup Mumble.. dari kecil dia diasingkan dari komunity.. kelebihan dia.. menari.. dan kekurangan dia tidak pandai menyanyi.. pada pandangan komunity penguin ni.. menari ni adalah sesuatu yang memalukan.. sangat annoying.. jadi dia dihalau kerana datang kembali kedalam komunity dan sahabat2 nya, geng Happy Feet turut dihalau kerana mempertahankan dia..
pa pn.. watak Gloria (penguin yang suka kat Mumble) adalah satu2ny penguin yang menhalang permergian Mumble.. (dan juga ibu Mumble, Norma Jean) .. dan Gloria datang untuk ikt Mumble.. Memphis, bapa Mumble juga turut menghalauny.. walaupn sedar mungkin kesalahan dia menjatuhkan telur ketika musim mengeram telur yang dilakukan oleh kaum bapa.. tika ni kaum ibu tiada kerana pergi mencari makanan.. ;)
Pemergian dia.. dgn niat.. bahawa dia akan kembali setelah mendapat tahu kenapa ikan udah tiada.. (lupa nak sebut.. depa tuduh kerana tarian dia ni jugak la ikan2 tadak)..

So.. persoalan masih diteruskan.. sedikit selingan ng cerita Mumble dan Happy Feet tu.. menjadi dosakah dengan sedikit perbezaan ini.. tidak bagi saya.. kerana semua sepatutnya mendapat layanan yang sama rata.. tiada siapapn yang berbeza dalam dunia ni.. kerana semua dijadikan dengan kelebihan.. dan kekurangan masing-masing.. kita lebih di sedikit ruang.. dan akan punya kekurangan di tmpat len.. tu la kesamarataan yang ALLAH da jadikan kita.. ALLAH tu MAHA KUASA.. semestinya dia akan beri yang terbaik buat kita.. jadi amatlah wajar kita mensyukuri tiap satu kejadian tu.. sama juga dalam tiap kejadian yang kita diuji tu.. kan ada terselit hikmah disebalik tiap kejadian tu.. bygkan betapa DIA sygkan kita tu.. DIA tak beri kita satu.. tapi pakej.. ujian dan hikmah.. kan ianya satu yang cantik tu..

Oleh itu..bersyukur ng tiap satu kejadian tu.. ;) walau seburuk mana pn.. kerana ALLAH la yang lebih mengetahui tiap satu yang dia takdirkan.. Jadi sangat wajarlah kita fikir2..dan renung2kan.. ;)


Psst:: endingnya.. tarian menyelamatkan rantaian makanan.. ;) so sweet.. ;)
"si istimewa" yang membawa spesis ni kekal dalam ekosistem.. ;)

Friday, 6 August 2010

kisah "kedekut"

well. semalam satu hari.. badan jadi letih trok..
haha.. tdok tak hengat.. malam tu wat dwg sampai kul 5.. bgn kul 9lbh nak dekat kul 10..pastu dok ralit sms ng LZ.. n da tau menda baru.. dia pn da suka sama aku.. ;)
pastu.. ciap2. masuk opiis..
dok lepak sampai kul 2.30m lebih kurang.. p motorola..
abg razak bawa.. pastu.. balik dari motorola..nak balik umah sat.. abg razak nak tgk mesin basuh..pastu.. kat umah.. dok bawah ja.. abg razak repair keta dia..
aku dok tgk ja la abg razak ng abg madi dk kosek2 gear dia..
upany.. bkn gear box rosak.. tapi ada menda len.. alhamdulillah aa.. kalo gear box byk duit nak kua.. ni menda tu ja. so leh la nak pk cara nak wat.. alhamdulillah..
pastu masa depa dok wat.. aku dok lalok da..
pastu tertdo dalam keta.. depa nak p bengkel nak cari nat tu..
aku iikt gak..tapi dalam keta abg razak aku lena ag.. huhu. lama gak la lena.. kat 1jam gak aku rasa..depa tgk aku tdo, mula nak ata aku balik opis.. tapi abg madi kata takyah aa.. bawa ja la.. agpn dia tadak keja kot tu.. so aku dok lena ja dalam keta.. merata depa p bengkel.. aku dok dalam keta.. dok tdo kat blkg..
pas depa da selesai.. depa ata aku balik opis.. aku amek laptop.. balik umah.. huhu..
ni suma sal cita "kedekut " semalam a ni.. hehe..

mula2 dok wat dwg.. pastu aku aa. tanya apa tah kat abg madi.. then slow ja aku lepas.. "abg, wat milo sat.. tingin nak minum milo.." abg madi kata.. ang pekena aku no.. hehe.. pastu abg madi kata "dah2.. jom.. aku wat milo.. ang wat megi.."
masak megi kat dapur yang dok bergelak 2 orang tu.. abg madi tanya.. kita nak makan mana ni? kat lua ka dalam bilik.. aku kata dalam bilik la abg.. tu yang kua tu.. "kedekut" macam tu aa.. makan sorang2 dalam bilik.. hahaha.. pastu makan aa..

tdo kul 5.. tgh mlm makan megi.. masak sama2.. makan dalam bilik..
abg madi kata.. kedekut.. besa aa..hehe.. gelak memanjang kami ni..
tak sabaQ rasany abg razak plak nak masuk umah kami. mesti besh nt.. kami ber3.. hehe.. ALLAH.. aku syukur sgt.. aku ada kawan rapat skg.. aku ada abg2.. yang dok tgk2kan aku.. syukur sgt.. alhamdulillah...

Wednesday, 4 August 2010

There Goes My Sweetest "Apple"

My FB post :: [bubbye sunshine.. bubbye rainbow..~~ there goes my sweetest "apple".. :(
hopefully im strong enuf to face this.. ;) ]

Cita di sebalik ny....
03 August 2010 <-- tarikh yang aku tak pernah igt pn.. selama aku ada dalam dunia ni.. upanya ni la tarikh penting buat sum1.. yang aku dok "kecek2" sebagai penting dalam idup aku.. seyesly mmg malang bagi aku.. sebab aku da cuba untuk amek tahu tentang tarikh ni.. namun, aku tidak punya ruang untuk dapatkannya..
1. aku cuba add kot FB.. malang ny.. tidak di-approve
2. aku penah tanya.. tapi tidak diberitahu.. so atas sebab2 tertentu.. aku terpaksa tidak tanya.. sebab.. kalo aku tanya.. mmg tak dapat..
3. nak mencari kawan.. elloww cik Nadzri.. anda kenai ka kawan2 dia??

so dengan 3 sebab yang aku bagi diatas tu.. da sebabkan aku gagal untuk dapatkan sum1 yang da pernah tunggu n berharap kat aku smpai la awl thn ni.. aku masih smpan lagi la SMS tu.. sebagai bukti.. n mmg silap aku la. sebab amek masa lama nak mengesahkan kedudukan aku tu..

aku kalah dengan masa.. sebab aku lambat.. aku amek masa untuk jadikan kenyataan (dengan impian nak wat secara "proper", konon nak ianya jadi sesuatu yang istimewa la..) tapi malang la bagi aku.. sebab da terlambat tindakan aku tu.. (didorong gak ng ketidak sudian dia untuk berjumpa.. ) dan juga "kelembapan" aku untuk buat Plan B. so salah ny mmg mai kat aku balik aa.. huu..

berbalik kepada 03 August 2010. jam 23:49 jam enpon aku.. dia ata msg, " Hey there. wana noe sumthng? " , kemudian "Arini ari y plg sy tgu utk sy wt keputusan.." so.. dari situ la bermulanya hari yang aku "lupa" dan memberi kesan kepada "keseriusan" aku sndiri.. hari ni la aku di kecam dalam telepon (bermula jam 00:12, 04 Aug 2010), sebagai seorang yang tak abeh2 dok "pretending".. for me, that is too much.. i really r serious in what im doin rite now.. tapi sekarang kerana aku ny "lupa" ni.. aku dituduh sebagai sorang yang dok wat2 ja.. n tak seyes sbnrnya.. aku akui la.. mmg salah aku kerana aku tak igt.. n tak pernah igt pn.. tapi betoi2.. aku mmg seyes la.

tapi nak wat camna kan? salah aku.. tak igt ni da jadi sebagai "pemati" segala hujah aku.. n aku rasa.. "lupa" ni da sebabkan.. sisa2 rasa yang masih wujud dalam hari seorang manusia tu terus "lenyap" malam ni.. terus terang la.. aku mmg da cuba untuk pujuk dia tadi.. aku call.. n ckp macm2 nak convince dia.. tapi yang dapat aku detect adalah.. yang aku kata tadi aa.. "sisa-sisa" yang masih tinggal tu pn da lenyap dek kerana "lupa" yang sememangnya berpunca dari aku..

kata2 aku satu ketika dulu "hari jadi awk pn saya tak igt, saya takleh jadi terbaik untuk awk.." dah hukum aku balik.. hari ni.. aku terhukum ng perkataan aku yang aku cakap 4 tahun yang lalu.. wow.. tak sangka.. ianya kembali kepada aku.. kata2 aku ni.. turut sama menambah la.. untuk dia semakin kuat menolak..

aku ckp tadi.. aku mmg akui.. aku mmg tak igt, langsung sal 03 Aug.. n aku mmg da usaha untuk dpatkan.. dan aku GAGAL.. tapi aku gak da ckp.. aku nak bermula semuanya dari 0 semula.. nak kita buka buku baru.. tapi mmg da ayat mati.. "sy pn da wat keputusan, cukup la setakat ni.. " so.. apa lagi ?? aku da kalah aa.. dan kali ni aku rasa aku pn da taleh nak kata apa ag dah.. "saya rasa saya da jumpa orang ny yang leh buat saya lupakan awk..." ayat ni cukup da mengatakan.. yang.. Nadzri.. stop dreaming.. cukupla.. kegagalan kau untuk mengingat da jadi sebab terbesar untuk kau gagal malam ni..

whatever it is kan.. aku doakan kebahagiaan dia.. asal dia happy.. cukup la.. apa saja keputusan dia.. walaupn hati aku rasa agak terkilan la.. aku tak berjaya kan nak dapatkan dia.. sebab silap aku sndiri walau aku mmg da plan macam2 da.. mmg nak ata mama p "ikat" pn.. tapi tu la.. da dia pn da tanak.. (hati ni kita takleh paksa kan.. ) apa pn. aku redha ng ketentuan NYA yang da ditentukan buat aku.. aku akui la.. aku da salah mentafsir..

dan buat seorang yang da jadi terbaik dan mengatasi "aura" aku, TOLONG la jaga dia bebaik.. jgn wat macam apa aku pernah wat dlu.. dia sgt baik.. ko kena tau tu.. tadak orang yang da dilayan ng sgt teruk camni.. akan jadi seorang yang tak pernah lupakan kita kerana "sedikit" kebaikan kita kepadanya dlu.. tadak orang yang da dilayan ng buruk akan cakap ng sangat lembut dengan kita.. aku akui.. nilai ni yang tadak dalam Cik "S" aku dlu.. seyesly.. ni la kelebihan dia.. dan aku cuma leh mendoakan yang terbaik dalam tiap keputusan yang dibuat olehnya.. asalkan kamu berbahagia.. aku turut berkongsi kebahagiaan kamu syg..
terima kasih atas segalanya.. semoga kamu berbahagia.. igtlah, aku tetap ada.. apa saja kamu perlukan.. kamu bisa kembali kepadaku.. akn ku berikan "servis" terbaik buatmu, jika satu hari nanti kamu kembali dan perlukan bantuanku..
terima kasih awk..

-04 Aug 2010-
13:09

Buta+Pekak+Bisu=CINTA