Followers

Friday, 31 December 2010

2010 Changes



someone missing huh?
hahahaha.. yo la.. that someone telah di-delete dari family aku.
Mama, yang da remove kan.
suma Kak Ina la punya pasai. dia la cakap kat mama, n mama pn da uruskan sal yang sorang lagi yang dulu ada dalam family ni.
(aku) tak kesah pn. rasa ni yang terbaek kan..
simpan dok dalam tu pn wat apa kan?
bikin orang tanya saja.. hihi..
apa pn.. im happy with my life now.
semalam, otw balik dari site, memang dok pusing2 kat tempat aku bermain dlu la.
dlu rasa perit la.. nak lalu pn takut. sebab tanak sedih.
tapi skg da slumber da..
syukur to ALLAH sebab da kirimkan cik someone.
Cik Someone, thx la. i think u've helped me a lot.
im healing. n i think im getting better everyday.
Love Sucks man, NEVER put too much hope in it, until you really has the "control" of it.

;)

site UKBAM1.

alhamdulillah.. saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi atas kurniaannya..
Syukur sangat sebab perjalanan saya dipermudahkan hari ini. Sangat magic bagi saya.
Buat site tanpa tools yang cukup. Taleh nak login site pun. Sebab tiada data cable. Laptop pun xleh pakai
procomm sebab win7 x support procomm.
Pastu nak calibrate pn xleh sebab tade power meter, ada pun tade connector..
Whoaaa.. Memang buat kerja style berani mati.. Bantai ja..
Tapi syukur la. Tade masalah.
Cuma last dapat tau dari Ms. Tan eIS team yang dri 5 2 ada vswr alarm.
Tapi kira ok la.. Selesai akhirnya.
Dapat jugak pujian dari Kanesen, excellent. Alhamdulillah.. Syukur..

Malam ni dapat ilmu baru.
1. Wat macam ni ok, tapi kena set max tx bts ke 0, kalo x site tak process call.thx to abg madi sebab advice n Miss tan sebab tlg wat.
2. Blajo camna nak install kat t5. Thx to abg razak.
3. Tau dah cmna nak setelkan pix cable ni. Kena loop ikut pasangan dia untuk clear alarm.

Malam ni saya ucapkan jutaan terima kasih kepada.
1. Abg razak. Sebab aja saya..installation.
2. Abg madi sebab guide saya ci cara magic.
3. Miss tan sebab tlg check alarm n tuka max tx bts kat saya.
4. Kepada cik someone tu, sebab tdo lewat 2jam dek kerana menemani saya.

Terima kasih buat semua. Cyg suma.. Syukur alhamdulillah..
Semua urusan dipermudahkan.
Saya syukur sangat..

Thursday, 30 December 2010

Jodoh

Jodoh boleh dikategorikan kepada 3.

1. Jodoh Dari Syaitan
- kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus berbuat maksiat, akhirnya si dia mengandung dan baru kamu menikah dengan dia.

2. Jodoh Dari Jin.
- kamu berdua berkenalan. kamu sukakan dia, tapi si dia tidak sukakan kamu, kamu bomohkan dan sihirkan agar dia sukakan kamu, dan kamu berdua menikah.

3. Jodoh Dari ALLAH
- kamu berdua berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu, kamu terus meminang dia, dan dia terima pinangan kamu, dan kamu berdua menikah, dan insyALLAH berkekalan hingga ke akhir hayat, dan itulah yang dikatakan, Syurga Cinta.. ;))

Note :: suma dari DIA. kita mendoakan, dan DIA yang menentukan.. insyALLAH.. yang baek tu akan dipermudahkan. berdoalah agar dijauhkan dari yang tak baik tu. semuanya sudah ditakdirkan, Usaha, Doa dan Tawakal.. Moga-moga diberkati hidup kita.

leter2 pagi hari


hari2 saya memblogkan diri ni..
kerap ja kali sy tegaskan.
jangan la dok frust terok2 sal cinta ni..
sebab saya rasa tu antara perkara sia-sia yang pernah saya wat dalam idup.

pas dari tu. saya pn sedar..
dan saya acap kali cuba meyakinkan orang agar mem-bullshit-kan perasaan teruk-teruk frust sebab putus cinta ni..
kekadang tu rasa ralat toi la bila tengok orang macam tu..
bukan apa.. kesian, sebab macam terlalu sangat..
rasa saya, sayang tu la sebabkan jadi macam ni..

sebab tu la Nabi Muhammad pernah kata, berpada-pada dalam menyayangi seseorang, kerana kelak kamu mungkin membencinya, berpada-pada juga membenci, kerana mungkin satu hari nanti kamu akan sayangkannya..
kat situ pn da jelas kan.. apa yang dikatakan.
sebab tu la ada geng-geng "kelab bunuh diri" sebab da putus cinta pa suma.
n wat menda-menda bodo.

hari ni,
saya sendiri da kena lagi.
walaupun bukan saya, tapi rasa ralat sebab yang jadi mangsa adalah adik saya.


hoii.. sedaQ la weyh.. tak guna nak meratap orang-orang spesis tu. azam dasat cket la.. kasi tunjuk who we are.. *%$#$%^^*!@#


rasa saya kan.. saya taleh nak luah depan-depan sebab saya jauh. tapi ni cara saya cita apa saya rasa.. saya kecewa la jadi macam ni.. tatau nak kata apa.. sambil2 saya dok fikir.. apa tindakan saya lepas ni.. apa perlu saya wat nak bagi adik saya kembali balik macam dulu.
saya da cuba, support dia nari-nari tu, saya post suh orang LIKE pic dia tu, supaya depa ada la peluang nak dapat 20% markah tu. walaupun saya mencik geng-geng nari dia tu, tapi saya sokong la kali ni.. sebab kali ni adik saya perlu sesuatu untuk distract dia sat.


misi hari ni.. fikir camna nak wat.. camna nak kasi okeh balik.



Note kepada seseorang sekiranya ada dibaca ::
tolong jangan sayang saya terok2.. tolong jangan cinta saya terok2.. masa depan kita tatau dear..
Cinta Pertama tu adalah pada ALLAH, kemudian Nabi Muhammad SAW, lepas tu Mama, then Papa, Adik Beradik, Keluarga, dan selepas itu baru diikuti yang lain-lain. Cinta Teragung itu hanyalah kepada Dia YANG MAHA KUASA, Cinta ♥ Terindah tu adalah Cinta apabila da disatukan, tu Cinta sebenar. rasa sekarang mungkin baru faham kot kan yang mana saya catat sebagai Yang Halal tu.. selagi mana saya belum disahkan sebagai Milik kamu semuanya, selagi itu perlu ada batas dalam tiap perkara tu. kita berusaha, namun yang di depan kita tidak tahu. sebab itu Yang Halal itu lebih manis dari yang lain. sebab didalam tiap dari perbuatan dan perkataan, dibalas ibadah. semoga kita sama2 dapat manfaat dari leter saya pagi ni.. 1437..

Wednesday, 29 December 2010

Bollywood menyerang kawan ambe


apo la yang diserang ni..
tade menda pn.. cuma tertengok magic la kawan laki yang terlalu suka cita hindustan ni,
semalam la. aku dok dlam bilik. dok layan lagu n sms dengan Ira la macam besa..
then kua kejap sebab Jat belikan Burger kat aku.
masa kua tu tengok 'Od.
aku tego la.,

Aku :: weyh 'Od, tak kalih aih, mata tu tak kelip la punya suka tengok cita hindustan

Od :: aku suka cita industan . kalo la Shah Rukh Khan ni.. memang favourite aku la. tak miss aku cita dia..

Aku :: (senyum ja..)

First time aku tengok kawan laki aku minat sangat ng cita hindustan ni..
apa2pn.. aku sokong la ang 'Od.. apa2 janji happy keyh.. ;))

munga munga munga

current Mood ::


smbil2 dok update blog ni.. dok layan lagu negeri Pahang.
tajuk dia Makwe Koi.
lagu ni lawak la.. tatahan toi dengar..

rajin ka..? mai kita dengar sama nak..?

Tak Kenang Jasa

baru ja lepas baca paper kosmo hari ni..
penduduk2 indon dok protes Team kita p sana.
aku rasa lawak, cam nak kentut pn ada la..
sangat busuk la perangai depa ni..

da la masa ampa mai cni.. kami layan punya baek.
kami nak p sana, ampa leh buat macam tu..

antara yang depa kata adalah,
Tak Ada Tempat Yang Aman Untuk Penonton Timnas Malaysia Di Jakarta!!!; “Raja Gombal..” Di Jakarta Kami Hancurkan; ‘No Laser, Only Foot- ball’.



nampak sangat la..
bukan nak komen teruk-teruk la..
tapi sememangnya pemikiran 3rd class people la.
come on la.. kalo mai tang kami, mau saja ampa protes kaw-kaw..
ampa penah dak pikir sapa mai dulu bila ampa kena apa-apa?
iskh3.. sedih toi aku ng depa ni..
apa mau wat.. doa ja la ALLAH buka cket pintu ati ampa tu..
sedaQ diri cket.. sembang serumpun.. chaitt!

Final Piala AFF Suzuki (2nd Leg - Bung Karno, Indonsia)



Malam ni.. penentuan kejuaraan Piala AFF Suzuki kat Stadium Bung Karno, Indonesia.
Malaysia melawan Indonesia. 2nd Leg.

tatau nak kata macam mana, tapi kita akan kehilangan 2 tonggak iaitu Mahalli dan winger malaysia sorang, nama apa tah. lupa da.. tapi dari satu kenyataan yang dikeluarkan enchik juruletih Mesia enchik Rajagopal, kita takkan men macam hari tu dekat stadium Vietnam. Malam ni kita akan mengekalkan corak menyerang.

so memandangkan tu yang nak dibuat. so aku rasa Malaysia bakal form malam ni. n main macam mana depa main hari tu kat Stadium Bukit Jalil.

go Malaysia go..
2-0 cukup la.. balas balik dulu kena 5-1.
yeshhh.. chaiyokkk~~

psst:: to actress indong ka yang semalam dalam BH dok kecoh2 kata nak sexy2 tjk kat player Mesia, arap maklum la. kami tak layan la ang tu. kot la antaQ Lisa Surihani ka.. mau la jugak.. so bek la simpan ja.. bkn apa. takut player ampa la y nt dok "keras" atas padang tu..
hahahahahahahahahahahaha

Tuesday, 28 December 2010

C, K atau S?

Cinta, Kasih atau Sayang?

sila jawap..

terima kasih.

;)

Mai Undi Mai..



hi all.. dipersilakan..
kita ramai-ramai click LIKE kat sini
lepas tu kan.. kita like plak kat pic nih..
Universal Squad bebeh..
kasi LIKE ramai-ramai yaa..
Team No.15 keyh..

sokong la adik aku noh..
undian anda contribute 20% of their marks to become
TAIPING SENTRAL - DiGi FLOOR KING WINNER !!!!
kasi menang la tahun ni..
agagagag..

jasamu dikenang..
maceh2.. ;))

Kau kejam

entry cinta buat yang bercinta.

it is clear that,
cinta ni..
menyusahkan. menyakitkan. membebankan. menyampah.
mendustakan. men- itu dan men - ini.
banyak betoi la penangan hati dan cinta ni..
yang buat kita diperangkap di dalamnya.

aku rasa runsing la.
dulu-dulu kan.. masa pernah satu ketika aku "terkena"..
aku memang benci betul la dengan perkataan ni.
aku rasa kan.. perempuan zaman sekarang ni K E J A M..
marah betul aku masa tu..
simply ja memainkan orang..
G E R A M toi la aku. ni la ni..
my precious plak kena.. memang la aku marah..

nak wat pa ya? patut tak aku p repeat???

LBS

Baru ja lepas tgk LBS.
woww.. memang besh.. aku suka..
tema cinta dia sangat besh aa..
(ya ALLAH, jiwang sungguh aih aku la ni.. :p)
orang da tengok lama da, aku baru nak khatam hari ni..
besh2.. aku suka..
sebab elemen "Cinta Sejati" dalam cita ni betoi2 menjadi kan..
wujud upany menda tu,. walau aku da kurang percaya.. tapi seyesly memang wujud la..
bagus toi la.. ada jugak la manusia yang masih tunggu cinta walau da lepas lama.
aku rasa aku spesis tu. hahahahaha

sebelum tinggal. aku suka ayat ni..
"ayu, walaupun ayu dah tak ada. ayu masih tetap lagi di hati saya"

agagagag.. suka.. suka.. suka..

Nuffnang

baru tadi baca blog enchik Eyriqazz.. GTO..
rasa cam teruja la tengok dia punya income dari nuffnang tu..
saya rasa teruja betul dengan dia..
cam mana ye saya nak dapatkan income macam dia tu?
teringin la nak merajin-rajinkan diri dan ramai-ramaikan orang follower dalam blog saya yang slow nan gersang ni.. agagag..
menarik la bila ada orang follow kita.
teringin jugak nak ada dalam komunity blogger yang macam enchik eyriqazz ni..
agak-agak, saya dapat tak jadi macam dia?
tettttt~~

Sunday, 26 December 2010

Buletin terkini


nah.. newest thing that happen in my life.
tanggal 22:29 atau 10:29PM, 26-Dec-2010.
itu olang suda ata message.
lamo aih tunggu..
syukur alhamdulillah..
;) jom. sujud syukur kejap.
pastu da nak tdo da..
nite.. ;)

Final Piala AFF

whoaa.. baru lepas abeh game final piala AFF kat tv.
seyesly im proud to see they play like that..
goal pertama tu cun. baek ny beat defend n pass kat tengah. lawa tu..
goal ke2 pn cantik. dari jauh dia shoot.
last yang ke 3.. baek ny crossing n jumpa pala safee sali. cun beb. i like..
malam ni nampak la improvement mesia main.
agak lain. mmg lain bebenor..
cantik depa men.
rajin.. dan pressure kaw2 player indon.
bagi aku la.. ni mmg baek sekali..
kalo diteruskan.. memang mesia leh p jauh..
cayalah. 3-0.
yeshh!

Kenangan zaman sekolah

tadi tengok berita. budak-budak seronok dapat baju sekolah baru, kasut sekolah baru, alat tulis baru, beg sekolah baru.
tetiba teringat kenangan masa zaman aku, jiah n adik sekolah dulu.
masa dulu kan tadak keta. masa nak mai sekolah balik ni, kami berempat ( aku, jiah, adik n mama)
akan naik bus, dari umah kami, ke jetty dan kemudian nek bus Bukit Mertajam.
kat Bukit Mertajam ni la kami p beli baju sekolah.
aku masih ingat la.. dulu zaman tadak keta ni..
camna bersusah kami. pastu upgrade sikit, ada bus dari seberang jaya terus ke Bukit Mertajam.
pastu syarikat tu bankrup, da tadak bus, kami pun buat macam dulu la.
tapi kekadang tu tak rajin, kami akan benti kat depan Pacific, lintas jalan dan tunggu bus BM.
kenangan kan.. lama dah nih..
pastu upgrade lagi, kat Makro masa tu ada juai baju cap canggih. ayah suruh beli kat makro ja.
sebab ayah kata baju tu elok. beli ja la. apa masalahnya. (ni perangai ayah, dia tak kesah mahal ka murah, kalo ok tu dia layan ja.. ) tapi mama tamo, mama kata mahal, so kami p beli jugak baju kat BM. tapi masa ni ok cket la. sehelai baju canggih, sehelai lagi baju murah.
saya rindu masa tu. masa zaman Mama n Ayah jaga kami.
tetiba sebak plak.. ;')

Saturday, 25 December 2010

Quote of the day

"If you love someone and you tell them you are a fool for five minutes. If you love someone and you don’t tell them you are a fool forever."
amek quote ni dari adik Ninie.
i like la this quote.

to someone.
kalau-kalau la anda membaca blog saya hari ni..
tlg baca sat kat atas tu.
then nak gtau kamu.
"i
u" ..

sekian memaklumkan.. :p

Friday, 24 December 2010

merapu dahh

hey.. tadi kan..
chat ng 2 bestpren aku.
dua-dua tu mengaku.
tahun depan nak kasi selesai da..
na kawen da..
ciap ajak tanding la sapa jadi ayah dolu..
perghhh.. dasat munyik.. but i like.. :)
so akan ada la "reunion" kawan2 kat tempat depa..

huyyooooo.. i jeleshh la ng u all..
i bila plak ni..
sygg~~ oo syg~~..
kawen jom?
agagagagagagag.. :p

arghhh

sedikit sebanyak..
saya rasa moral down bila asik2 menda yang sama ja sahabat kat cni dok sebut.
tak henti2 rasa tidak puas hati..
tak henti2 menda yang negative..
saya faham ng masalah itu..
saya juga bersimpati..
tapi saya rasa cam tensen jugak la..
tak abeh2.. menda yang sama ja..
duyyaiii.. ^_^"

Mari Bertaranum

sedang menonton cita"Mari Bertaranum"..
sangat besh dengaq ustaz mengaji..
sedap sangat..
kalaula saya pn pandai macam tu kan..
mesti sonok kan..
mesti mama n ayah suka kan..
semestiny nanti satu hari.. saya la y aja ngaji kat anak2 saya..
Ya ALLAH.. berilah la saya kekuatan tu..
agar satu hari nt.. saya la y akan ajarkan ilmu2 suma ni pada anak-anak saya.
Amin. ;)

Perancangan Tahun Baru

tadi kan.. saya chat ng cik gf.
macam besa la soklan saya kat dia.
mama sehat ka.. mama da makan ubat ka..
pastu soklan favourite saya adalah. masak apa hari ni..
hari ni jawapan untuk soalan ke3 saya adalah ayam madu..
kemarin lauk lain. sebelum tu sup ayam.
perghh.. saya rasa gumbira la..
rasa kembang abeh urat2 perut ni..
gf sy pandai masak.. gf pandai masak..
yayy.. yayy..
senang ati la sy satu ari nanti..
nak makan tu la.. nak makan ni la..
bleh aja la .. agagagagag..
tapi tetiba muncul rasa kejelesan dalam diri..
tidakk~~.. kenapa.. owhh mengapa.. gf lagi pandai masak dari saya..
maka dengan ini, saya mengumumkan diri akan blajo masak tahun ni..
jeleshh ny pasai..
agagagagagag.. ;p

Posa B'Blogwalking

kezibian melanda.
kezibian yang di buat2 atau kemalasan sebab tabayaQ b.band?
sebab dalam bil da ribu riban?
ka sebab bil da melompat smpai 4rat semuanya..
dasat weyh.. takut aku tgk..
suma data plak tu..
dah2.. bertobat la wahai Nadzri.
selagi ang ta bayaQ b.band. posa la sat berblogwalking ni..
kalo tak ngs la ang..
nangis tak sgt la cuma nangis sebab segan la..
bil mahai sgt kan.. huuu..


nah.. data use.. dasat la bagi aku. tgk pn nak pingsan da aihh..



nih bil bulan ni.. takut aku tgk..


Thursday, 23 December 2010

Broadband ku syg

alhamdulillah la..
tadi da p bayaQ broadband ku syg..
agagagagagag.. 3 bln la tak bayaQ..
ni da byQ tadi..
igtkan 3 bln dia 150.
tgk dia 155.70 tak silap..
tapi da bayaQ la. so pasni takyah penin2 nak pakai enpom da..
b.band da ok.. hehe.. alhamdulillah.. ;)

Mewah.

Mewah.

Skg ni ada dekat kondo kak abg razak ng abg razak. Ni la tpt tgl kak nadia. Anak menakan abg razak tu..nampak mewah gle tmpt ni..

Dasat.. Kagum la aku tgk.

.landscape tmpt ni cntik.. Lawa sgt.. Aku mmg tpaut la tgk..


Sekarang dok lepak kat balcony umah ni.. Tgk di bawah. Smbil dok tgk nkve highway sebelah ni..

Fikiran pn melayang..


Fikiran aku dok terfikir..

Cmna ya kehidupan kat muka bumi ALLAH yang dipanggil bandaraya ni..? Orang nya hidup dalam kemewahan.. Umah hebat.. Isi dalam rumah pn dasat. Kawasan tmpt tinggal pun bagi aku agak elit. Aku ni di mana ya..? Nasib la aku bercampur dengan golongan bawahan ni..


Merewang lagi fikiran aku.. Camna la kalau aku berada dalam kelompok orang spesis ni.. Mesti segan kan.. Mesti rasa rendah diri sgt. Even datang cni pn.. Rasa cm x layak ja ada di sini.. Sedar diri aku ni kt mana kan.. Ni dalam palotak pun da fikir patut kot aku balik kampung ja.. I dont belong here. Kan..?


Opal damansara | 18:42



Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah

jam baru masuk kul 3 pagi..
tapi aku masih lum mau tido.
rasa macam tade apa nak cakap.
tapi mungkin ada cket kot.. (ahahaha)
membawa apa aku baru post tadi..
sangat merapu..
ntah apa la y aku dok pk..
(syok sendiri apa.. Ngok~ngek ny aku.)
tapi ada aku kesah sal tu..
lantak le.. teman tak kesah ape deme nak kate kat teman.
teman cume cakap ape teman rase..
agagagagag.. <-- skali da terikut loghat perak, ni gara2 cita Hantu Mak Limah Pulang Ke Rumah la ni..

Cita sket sal cita tu..
dari awai smpai akhir.. mmg lawak la..
talarat nak gelak..
pestime la aku rasa letih sebab gelak banyak tgk movie.. hihi..
pling lawak tu bab depa lari sebab tekejut tu..
seyes lawak.. camna la enchik pengarah dapat idea orang lari lagu tu..
seyes talarat nak gelak.

ha.. cita ni ada banyak isi la.
tapi aku since dok tgh berbunga2 bertaman dalam ati ni..
aku nak amek sal hero dia ( Awie atau watak dalam cita ni Sin).
aku suka amat masa dia cakap ng awek dia (Che' Nin) sal kenapa dia putuskan pertunangan depa..n masa dia cakap kat mesyuarat tergempor kg Pisang.
aku suka reason dia. sebab dia nak kukuhkan ekonomi dia dlu.
n pastu baru nak kembali n kawen ng Che Nin.
dia ni kaki rewang. masa mula2 kat singapore tu.. idup dia terumbang ambing.
jadi sebab tu dia putuskan pertunangan sebab nak Che Nin dapat y lebih baik dari dia n idup Che Nin tak terumbang ambing ng dia kalo kwin.
jadi sebab tu dia putuskan pertunangan.
skg lepas 3 tahun dia kembali sebab skg dia da berjaya. dia nak depa kawen dalam kejayaan dia.. masa dia da berjaya.
suka sangat kata2 dia masa pertahankan Che Nin dalam mesyuarat tu.
seyes bermakna pada aku.
bagi aku tindakan dia tu betul. cuma cara dia salah.
sebab bila dia wat camtu. Che Nin tu sedih amat.
smpai tak kua umah. n lastly mati lepas 6 bulan depa putus tunang.
ni kenyataan y Awie tima last skali la.
pak Che Nin tjk kubo kat dia.

n suka jugak pak bomoh siam tu kata.
"bila kito ingat kat Oghe, oghe pn ingat kat kito.. "
bunyi besa ja. tapi dalam maksud dia tu.
kita ingat kat orang.. orang pun ingat kat kita.
ending dia cam sedih aa.. tapi bermakna..
true love never ends. kan?

;)

Wednesday, 22 December 2010

Memoir Cita Orang sakit.

Memoir cinta buat heroin y injured

kau..
Super heroin pujaanku.
Kau tiada kosa laju..
Tade jugak kosa terbang..
Setahu aku, kau juga tak la gagah macam hulk
tapi..
Kau hebat..
Bagiku tindakanmu membanggakanku..
Kau bertindak pabila tiba masanya.
Walaupun gerakmu tersasar.
Tapi tindakmu berjaya menangkis
kau selamatkan mereka.

Heroinku syg,
tingkahmmu menarikku.
Aku kagum sygku
aku bgga dgn tindakanmu.

Kini..
Kau terpaksa duduk ditepi..
Cederamu mhenti gerakmu..
Lukamu perlu dipulihkan..

Syg, duduklah kamu disitu..
Berikan aku mandat menjadi kakimu..
Membawa kamu melangkah kearah tuju..
Jadikan aku tanganmu..
Membantumu menggapai apa mahumu..
Izinkan aku menjadi matamuu..
Aku melihat mana jalanmu..
Izinkan aku menjaga kamu sygku.
Kerna aku pulak nak jadi hero kamu..

;)

e@curve | 22 Dec 2010 | 21:54
Note :: idea tiba masa atas moto otw nak p curve nk tgk wyg.

Alhamdulillah selamat

Alhamdulillah la..
rasa lega sangat la..
tadi pagi2 ja dia PM aku..
gtau y berlaku miscomm antara mamat adin tu ng mama dia..
aku rasa sangat lega..
actually dia ta la smpai masuk icu.
cuma dia cedera kat kaki ja..
masa nak selamatkan orng melintas tu.
seyesly rasa lega la.. sebab ta jadi pape..
isau amat semalam.
syukurlah sebab selamat.
skg mendoakan agar dia cepat lega.
n pulih la.
dia kata taleh jalan. kaki sakit..

Dear Cik Heroin, sila makan ubat anda mengikut masa tau.
sila jangan lambat2kan makan ubat tau.
kasi cepat sembuh.
pastu mkn makanan y leh cepatkan penyembuhan tau..
jgn mkan telur. sebab teur nt lambat baik.
saya doakan kamu tau.. ;)

terkejut

DISTRACTED.
Tadi dapat info.
Ira msk spital. Skg kat icu.
Dia accident tadi.
Semasa nak selamatkan orang yang melintas jalan.
Tapi dia yang kena langgar.
Isau. Seyes isau.. Icu tu..
Walaupun kami agak asing..
Tapi sebagai manusia.. Aku akui aku isau.
Tapi bila aku tny someone. Dia cakap takut aku kena perangkap dalam dongeng dia.
Skg aku da konpius la..
Aku rasa aku percaya menda ni benar2 berlaku.
Logiknya.. Takkan org nak post menda seserius ni kat wall n mtk didoakan suma ni.
Bagi aku la, semestinya menda ni perkara yang benar2 berlaku.
Tapi apa pn. Aku masih terfikir la..
Skg ni aku tanak pakai apa cakap org, tapi pilih untuk dengar kata ati aku.
yA ALLAH.. Kau berikanlah keselamatan buat Sherita Umairah..
Berikan dia kesihatan.. Dan pulih seperti sediakala..
Mulia ny manusia.. Sggup pertaruh diri untuk orang..
YA ALLAH.. Bantulah dia.. Berikan kekuatan untuk dia berjuang..
Amin yarabbal alamin.

Tuesday, 21 December 2010

"Today" had spoken

sorry if i annoy you.
just that i want something that ppl dont have.
same like what i am giving you.
but a lil bit frustrated coz i didint get what i want.
if that sounds like im pushing,
in my place i never felt that way.
im not just asking, but worser, im begging to get that.
but its okay.
today had say something to me.
thanks a lot..!

Kena Marah

ada orang cakap ng saya..
orang2 yang geram kat saya la konon sebab kemarin depa call saya.. tak berangkat.
kemarin tu, mmg saya wat on purpose, tinggalkan hp tu kat umah..
n g jalan merata. smpai ke malam baru balik.
saya kata dekat mama,
"ma, paling kurang 2 miss call ada kat hp arie.."

nahh.. tgk2 ada 10 miss call.tapi jgn arap la saya nak call balik kan..
so wat tatau ja..
pastu kemarin abg razak call.
dia kata suma dok tak puas ati call aku tadapat.
sebab aku ta angkat..
dia kata pasni depa nak wat jugak, bila cuti, call tamo angkat.
bila tgk num aku ja, num abg falah depa tamo angkat..
aku da malas nak layan bebel, aku cakap,
"takpa.. wat la.."

sebenarnya mmg malas nak melayan.
punya suka ampa la. ada aku kesah.
bkn berlagak, bkn nak cari gado.
apa sebab pn tadak.. cuma malas nak melayan.
whatever~

Monday, 20 December 2010

Hari ini 20-Dec-2010

Hari ni rasa suka la..
Pagi2 bgn x p mn ag.. Pastu kul 10lbh br kua.. Mula p sunway.. Cr tm point.. Then p ata adk p klinik kesihatan.. Dia x chat.. Smlm thentak trok kot jth men futsal..

Dr sn p tm point bagan..
Nk p byq bill internet adk n bil internet aku + ttp akaun aku skali.. Masa nk park tu tgk tade tmpt park y x plu tiket tol tu.. Since nk cepat., park ja la.. Masa dalam tm x benti dok tgk keta dlm tm tu.. Pasai dok ilg tumpuan tu. Bleh plak ralit.. Num aku 1182. Bleh tpikir num aku 1188. Mai time num 1188 trus aku p.. Pastu tgk2 num len.. Aku gtau kt uncle tu slp number.. Nsb la uncle tu ok.. Dia kt xp la dik.. Mai la.. Agpn num 1188 org x mai.. Selesai byq.. Ttp akaun lak.. Igt lh wt teus.. Xlh plak.. So amek num br.. Mnunggu ag.. Lm jgk la.. Last2 selesai jgk.. Abeh tu blik umh..

Elok smpi umh, adk sms., p amek dia blik.. Pastu trus p balai byq saman.. Tensen siot.. Jln jammed wohh kt b.m. Tekanan.. So plan2 kayuh.. Msk balai mmg lama la.. nak orang ramai.
ng orang saman byk.. huhu.. lama gak la tunggu..selesai tu mmg balik umah aa..letih tunggu.. hihi.. nasib la enchik polis tu baek.. dk sembang gak ng dia.. ada dia tanya.. dok mana? aku cakap kat subang. dia tanya aa.. keja ka.. company apa? aku cakap la maintenance mxs.. dia kata.. mxs ok ka.. nak wat broadband. aku cakap besa ja. dia kata dia da ttp celcom dia sebab line tak ok. aku cadangkan pakai tm.. ok aku kata. streamyx.. ;)

pastu petang p umah kak ina. yaya ajak p sana.. dia nak men ng aqil dia kata.. masa mula tu aku nak p buang sampah. ajak la dia.. Yaya, jom ikut abg. chewah.. slumber ja dia jawap.. xmo la. yaya nak p mandi. nak p umah aqil. tegelak aku.. pastu aku p buang smpah. balik dari buang smpah.. yaya baru pas mandi.. aku masuk umah ja dia kata.. abg, malu2.. aku kata la.. malu tutup badan tu.. trus ja dia tutup badan ng tangan dia.. da lepas pakai baju.. mama dok sikat rmbut.. dia kata yaya pinin (pening) sambil2 tu dok garu kepala dia..lwak sungguh la budak ni..

talarat nak gelak ng budak ni..
pastu p umah kak ina..
nah.. aku upload cket.. gambar buah2 ati dok men kat umah.. ;)


Aqil n Yaya


Icha



Dina n Icha



Aqil n Yaya (tukaQ posisi)


3 beradik. ;)

dialog pagi bersama mama..

baru tanya mama,

Aku :: mama, arie igt nak ptg rambut la..agak2 nak pesen lagu mana plak mama?

mama :: ptg cam askar la senang, lambat cket nak panjang..

aku :: ala ma.. nt taleh cari makan la camni.. :p

mama :: ala.. lama mana sgt.. nt sat dia panjang la balik..

aku :: ~senyum, ~

Sunday, 19 December 2010

The End

counting days.
and my count time ends at 11.05pm..
about 27 minutes ago.
alhamdulillah,
miss Ira telah kembali sekarang..
;)

Grrr ram

sangatlah tidak puas ati dengan beberapa manusia..
konon balik bagitau kan.. da gtau pn wat tatau..
konon nak kua la.. da cakap wat bodo ja..
blahhh~~

then, ada lagi..
konon reunion la..
orang tunggu2 last2 tak jadi mai..
gtau lamabat la apa la.. suma alasan tu..
nak seribu daya, tanak seribu dalih!

geram ng orang len plak.
semalam da cakap nak p knduri kan..
hari ni awk x call?
dalam hal ni mmg tanak salahkan diri sndiri pn.. sebab aku tak rasa nak dipersalahkan.
i put all in u KAWAN. semua pasai ang..
n to alya, mekaceh sebab kejutkan aku. nt aku kasi cd tu kat ang..

sorang lagi manusia..
bz memanjang aih. aku bkn balik slalu.
tapi dok p merata.
ikut suka la besaQ2 da...

lagi.,
ang p mana weyh? ta kembali2 ag ni..?
aku wat cam besa ja la mula skg.
cukup sebulan. aku pk pjg la..
sebab dlu da kena da skali.
so i wont waste my time for ppl especially gurls la mula skg.

n last but not least.
ng diri sndiri la.. duyaii..
tak berjaya nak bawa mama ke mana2 kali ni..
sebab mama ta sehat.. so tanak la nt mama lagi ta sehat..
so just dok umah ja.
tak kesah la.. ok la tu kot..
y penting is balik tgk mama.
i love my mama.

Saturday, 18 December 2010

Tarian Dewa

video
Tarian Dewa Versi Dem
Dari penduduk taman senangin.
Featuring :: Ehu, Mat Remot n Mamu

aku dan dulu..

eh da jumpa balik my hunny bunny..
arghhh.. rindoo ny kat kamu my tali pinggang ..
seraya dengan itu, kenangan masa jadi sorang pejuang (chewah.. ayat tak penah koman)
terus menyerang jiwa ku yang kesepian..
rindu sgt la.. paling rdu skali diriku y dlu.. masa tu fit cheQ..
leh split..
uwAAAAAAaaaaaaaAAAAAAAAAA...
I WANT BACK MY OLD ME..
O.O


Kasih Hingga Ke Syurga.

Such a beautiful love story..


Kasih Hingga Ke Syurga.

Malam itu cuaca begitu nyaman sekali. aku dan isteriku bersama duduk diluar beranda rumah smbil memandang keindahan ciptaanNYA..

tiba-tiba isteriku berkata..
"Abang, masih ingatkah lagi diwaktu perkenalan kita dahulu? kita bertemu di panggung wayang.."

"Ya abang masih ingat lagi.." jawabku

"abang masih ingat tak tajuk ceritanya? " soal isteriku kembali

"ya abg masih ingat.. filem ROMEO and JULIET ya sayang.."

"betul abg, ayang harap cinta kita berkesudahan begitu abg.. ayang nak hidup dengan abg sehidup semati. " balas isteriku

"aku hanya terdiam buat seketika"..
seraya itu isteriku berkata : "kenapa abg diam membisu?"
dan aku terus memberi jawapanku...
"sebenarnya abg tidak mahu sehidup semati dengan sayang. "

setelah mendengar jawapan dariku.. ku lihat raut wajahnya berubah, ku lihat dipipinya sudah mengalir air mata..
ternyata jawapan yang aku bagi telah mengguris hati dan perasaannya..

isteriku berkata. " kenapa abg tidak mahu sehidup semati ng syg? "
ternyata isteriku ingin penjelasan dari aku.

Dan pada itu kedengaran azan menandakan waktu solat isya' sudah hampir. dan lantas ku berkata kepada isteriku.
"sudahlah syg, mari kita menunaikan solat dahulu, tidak elok kita melengahkannya.. "

ternyata isteriku kecewa lagi dengan jawapan yang kuberi..

keesokan harinya selepas dari kejadian malam semalam. hubungan kami menjadi dingin.. isteriku hanya bercakap bila perlu sahaja..
aku tahu perubahan yang telah berlaku keatas isteriku.. ku lihat dia selalu ebrsendirian dan termenung, ternyata ianya disebabkan jawapan yang kuberi semalam.

selepas waktu makan malam, ku mengajak isteriku ke luar beranda.,
mulanya dia keberatan hendak mengikut, tapi setelah aku ceritakan ada hal yang penting yang eprlu diselesaikan
antara kami, baru dia bersetuju mengikutku..

sesampainya diberanda, aku terus bertanya...

"sayang marahkan abg kerana jawapan yang abg berikan tempoh hari tu ya..?"

isteriku hanya diam sahaja smbil menundukkan wajahnya kebawah...

terus aku berkata lagi..
"memang abg tak mahu sehidup semati ng syg kerana...."
belum sempat aku menhabiskan kata-kata aku, ku lihat isteriku mula pusing dan melangkah ingin meninggalkanku...

lantas aku capai tangannya dan dapat kulihatm airmata ny sudahpun mengalir dipipiya,ku peluk dia dan berkata..
"dengar penjelasan abg dahulu sayang.. Memang abg tidak mahu sehidup semati dengan sayang, TAPI abg mahu hidup dengan sayang smpai ke
syurga NYA.. hanya itu yang abg mahu..abg tidak mahu cinta kita sehingga terhenti nafas kita sahaja, tapi abg harapkan cinta kita kekal selamanya di syurgaNYA.. "

lantas ku lepaskan pelukanku dan terus ku mengucup dahi isteriku.. lalu ku berkata..
"Sayang adalah isteri abg di dunia ini, dan sayang juga bidadari abg disyurgaNYA nanti,,"

isteriku terus memelukku.. dan kali ini aku dapat rasakan tangisan dia kali ini adalah tangisan kesyukuran..
baginya kasih sayangku terhadapnya sungguh tidak dapat diucapkan dengan kata-kata..

dan bagiku dialah isteriku didunia dan akhirat kelak..
insyALLAH..


Taken from 1 video clip and was re-type back for publication.
Credit to : skyoflove2u.webs.com n i2cool4u.blogspot.com

My Childhood Besties wedding.

baru balik dari kenduri my childhood besties..
tahniah to Wani. aku doakan ang ng hubby berbahagia hingga ke taman2 syurga..
sonok tgk muka ang tadi..
sangat berseri.. hehe.. bgs la.. pengantin kan..
nak mai dekat2 aku laki.. segan la..
takat p tegoQ lagu tu leh la.. ;)
apa pn.. semoga berbahagia..
aku tumpang gembira..

[no photos la. lupa amek.. agagagagaga]

Thursday, 16 December 2010

3 mimpi pelik seminggu

whoaaa.. seminggu ni.. dapat 3 mimpi.
y aku igt la..
3 3 ny pelik la bagi aku..

yang 1st ny..
ni dapat semalam punya semalam punya semalam. chaitt.. kemarin la tu..
haa.. yang ni aku mimpi.. aku ng abg ayim..
kami sama2 amek muet..
ntah camna la leh kua muet ni.. pelik toi..
masa nak masuk dewan tu..
aku y mgelabah tahap gaban..
cari dalam beg ketas tu la ini la,. pen la.. pensil la..
kad matrix pa suma.. kalut kot..
y abg ayim.. slumber ja.. masuk depan lenggang kangkung ja..
padahal dia y takut ng BI ni.. nak p tgk wyg cita bI pn tanak..
ni aku y kalut..
haa.. tu yang pertama..



yang kedua plak.. ni pagi tak atau semalam tak silap aku..
yang ni sempoi siot..
aku jadi hero..
aku ng abg ayim.. sama2 masa ni zaman perang..
kami 2 ni kira penentang tegar la kepada pihak musuh ni..
tapi satu hari tu.. kami 2 kena ugut..
kami kena tangkap ng kaum2 kuarga suma..
tapi kami sama tak melawan kali ni..
sebab takut depa diapa2kan..
hurmmm.. apa maksud dia ae? pelik3..



ni y number 3.
ni lagi la dasat..
ntah camna my ex leh muncul dalam mimpi aku..
tapi pelik la..
dia sgt sexy.. slumber ja da ta pakai tudung skg..
tak cukup ng tu.. gle open kot kat public..
masa kua ng aku dalam mimpi ni..
sgt dasat..
aku heran toi la..apa la petanda mimpi ni..
tadi dok pk2..
adakah ni bermaksud dia semakin open la ni..
da tu mula membuka apa y tak dibuka sebelum ni??
wallahualam.. dia da bkn aku ny..
so none of my biz..

tu la ketiga-tiga mimpi pelik y aku dpat minggu ni..
heran toi aku.. mungkin ada maksud tersirat kot..
apa pn.. aku doa dilindungi la family aku, my ex ng abg ayim..
semoga tade pape jadi kat depa..
Amin.

Perancangan Bulan Januari


awai bulan depan..
kalo diikutkan kalendar Motorola Maxis..
dijangka akan kurang site2.. maksudnya team akan banyak dok saja la tahun depan.
plan wat ng abg ayim kemarin malam.
plan gila lagi tadak otak..
ata team p wat facial.aja cara jaga badan.. ajar ngorat..
pastu anta dak2 p mengorat anak2 dato2 se-kL..
wat smpai dapat..
pastu nt senang la nak dapat funder untuk pojek2..
bila da dapat nanti.. mtk la duit.. untuk fund pojek kami.
jgn isau.. aku ng abg pion ada.. kami 2 wat coordination ja..
cara2 nak tackle pa sma.
yang akan kua.. suma la..
Acik G. ni kena bagi penumbuk abg ayim dlu.. nak kasi gg centre..
chu 'od. aja cket nak ngorat..jgn dok lurus bendui sgt..
lang jijol.. ni tak payah susah ati.. ni bawa p facial ja.. bagi gebu cket..
abg amie.. ni kena p gym.. bagi fit cket..
abg adi.. bawa p wat gigi baru.. baru leh fight..

agagagagagag... merapu sungguh aku ng abg ayim ni.. :p

Pengambilan Sum-sum Tulang


Derma sumsum tulang, atau dalam bahasa medik nya Bone Marrow Aspiration/Transplantation/Harvest, ia melibatkan prosedur mengambil sumsum tulang di tulang yang besar, kebiasaannya tulang pelvis (punggung). Prosedurnya, doktor akan menggunakan sebuah jarum yang besar, yang akan ditusuk di bahagian pinggang/punggung di bawah anaesthetic.

Pendermaan sumsum tulang adalah sangat2 membantu terutamanya bagi pesakit yang mempunyai masalah berkaitan darah (leukemia, contohnya). Namun adalah sangat sukar mencari penderma sumsum yang betul2 compatible dengan penerima, even dalam kalangan family sendiri atau mak/ayah-anak pun belum tentu compatible.

Sebagai tambahan, sedikit info mengenai derma sumsum tulang ni. Sumsum tulang (bone marrow), biasanya akan diambil melalui prosedur yang dikenali sebagai "Bone Marrow Aspiration". Secara terus terangnya, satu jarum besar akan dicucuk ke dalam tulang untuk menyedut sedikit sumsum dari dalam tulang tersebut. Lokasi biasa yang digunakan untuk mengambil sumsum, adalah di bahagian tulang pinggul. Mengenai kesan sampingan, rasanya tidak ada lah. Risiko yang mungkin ada pun, adalah jangkitan, namun prosedur ini dijalankan dalam keadaan yang steril (tanpa kuman), justeru memang jarang2 sgt lah jangkitan berlaku disebab prosedur ini. Biasanya 2, 3 hari selepas prosedur, rasa sakit n sengal2 tu normal lah. Jika sakit tersebut tidak berkurangan, atau diiringi dengan demam atau bengkak, maka rujuklah kembali kepada hospital tersebut. Wallahua'lam.


Note:: da tgk proses ni kat Youtube. macam sakit ja.. ;( cian kat orang tu.. arap2 dia da pulih n sehat..

Peristiwa 10 Muharam

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana
pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh
kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada
Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah
menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi
Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke
langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s
kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga
termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir
tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini
merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini
sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu,
mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai
Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda
diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim
diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya
menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah
Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud
kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri
sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana
Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah
turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan
menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud
atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan
kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke
langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini
merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum
Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam
daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat
yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir
dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan
terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka
tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah
kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun
serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka.
10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan
hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun
menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan
kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan
Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada
10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Wednesday, 15 December 2010

Mesia vs Vietnam

Baru lepas tgk game antara Malaysia dan Vietnam kat tv.
Semifinal AFF Suzuki Cup.
Aku tgk game yang sangat membosankan.
Main cam tahi la mesia. Walaupn menang 2-0 tapi patut can do better aa..
1st half aku tatau. Tapi 2nd half yang menang ng 2 gol dari Safee Sali..
Aku rasa kita leh p.. Cuma kena ubah cket pangai baloQ liat n pemalas pemain atas padang..
Aku tgk, vietnam tadak la bgs sgt pn.. Cuma depa berjaya masuk kawasan mesia dek kerana sikap pemalas ni..
Memang rugi la.. Kalo mesia men rajin.. Mmg leh kawal perlawanan..
Macam masa 2 gol ni diperoleh..
Masa ni permainan agak ok. Ng mesia men rajin kejar bola.. ~
Patut macam ni la main.. Time ni suka la tgk..
Tapi last 10min. Men cam apa .lagi.. Bazir la aku rasa..
We can do better..
Hopefully akan ada perubahan aa pasni..
Chaiyok~

Tuesday, 14 December 2010

Laki pun kena gangguan seksual

Kosmo 14-Dec-2010 - Lelaki pun kena gangguan seksual

Whoaaa.. berita menakutkan buat kaum-kaum lelaki di luar..
agagagagA..
cam lawak kan dengar.. tapi menda ni memang seyesly berlaku la zaman sekarang ni..

Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman (gambar), meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.

Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.

“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan.
Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat. “Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya.

ni kajian kat lua lak..
ada satu survey dalam talian, dalam satu laman web recruitment, mengeluarkan satu kenyataan mengejutkan iaitu 1 per tiga dari responden lelaki mengaku yang mereka terlibat ataupun menjadi mangsa gangguan seksual ni. dari 5000 responden, 30.1% melaporkan mengalami gangguan berbentuk sentuhan-sentuhan yang tidak berkenaan ni dari tempat2 seperti bar dan night club. selain itu, 40% dari responden mengaku mengalaminya di pejabat, manakala 15.6% lelaki juga mengalami yang sama..

hakikatnya.. dunia sekarang memang dasat la.. laki baek pn.. ada jugak la ppn2 jaat yang nak rosakkan depa.. aku rasa syukur la. aku tade dalam kelompok macam ni.. risau la beb.. toi dak? zaman sekarang ni.. iskh.. moga dijauhkan aa.. Amin


oit2

weyh..
dasat toi la penangan ang..
hari ni.. bukan kata orang kat kedah ja tanya..
orang penang tanya..
paling kenot go..
orang kat sabah pn da tanya..
salah aku jugak kot sebab terlepas cakap..
tapi kenot go toi la.. ramai la tanya sal ang..
uiyoooo.. aku pn tatau camana nak kata..
tapi aku hati2 la..
isau aku.. sekali terkena..
berkali2 aku berjaga2..
yehaaaa.. :)

tetiba ja

ita_maira

reupdate song

heyy.. again..
nu song laa..
sesaje tuka sebab lagu ni ada sorang tu suka..
dia penah cakap.. kalo leh cari la lagu ni n beberapa lagu ni n letak dalam blog.
so hari ni saya tuka la..
untuk kamu tau..
kamu yang sombong mombong..
Hidup Ini Mahal. kan.. ? ;)

Monday, 13 December 2010

selamat tinggal sabah

apo la yang dok merepek ni kan..
Actlly sebab kedudukan kami di sabah.
Nampak gaya, semuanya akan dilepaskan selepas bulan 12 ni.
We're out from sabah starting from 1 jan.
Means that, ketika ni adalah tika "henjutan terakhir" team kat sabah.
Pasni.. Kat cni akan ada ramai aa..
Our CI will be, Abg Madi, Abg Pion, Jijol and Apis.
OJT CI will be, Abg Mie n So'od.
And the only Installer will be Abg Razak.

Nw talk bout me..? Where is me after this..?
New portfolio has been passed to Abg Pion, he'll be conducting TNB project after this.
And Abg Falah will team up with Abg Shafiq doin the marketing works, before the split up.
1st plan is that Abg Pion replacing Abg Falah as PM.
But he said he refuses to do that.
He plan to put me as a replace for Abg Falah.
But i dont think so. abg Falah n Abg Shafiq will not accept that.
N me myself also dun think that i can take that responsibilities.
Its too big for me. I think what im doin now is okay for me..
Got plenty of time for me to "howw ha, hoo haa", enough space for me to "berpeleseran" n "lepak2".
And another big reason is that i dun have the knowledge.
Knw what.. Feel "down" sometimes, n jealous with me colleague abg pion.
He got a very big place in abg shafiq heart.
And a very huge "kepercayaan".. Damn jealous..
I dun think that i can be like him.
He is so special.. They are so special..
What to do..? What to say..?
Maybe i need to work harder..
And with some "anjakan paradigma" , maybe i can change something..
I wish to be someone really valueable for this company..
For all people around me..
I wish.. I wish.. I wish... :(

Sunday, 12 December 2010

Selamat Hari Lahir Ayah

Selamat Hari Lahir ke 52 buat ayahanda tercinta..
12.12.2010.

rasa sedih plak. tadapat nak celebrate birthday ayah sama2.
tadapat balik. hope ayah tak amek ati..
Arie doakan ayah panjang umo, sehat sokmo,
sentiasa happy, murah rezeki, dan sntiasa ada dalam rahmat dan
lindungan ALLAH.

Arie syg ayah!


ayah on Jiah's convocation day!

Saturday, 11 December 2010

Magic dan keyakinan

"Magic Happen When You Believe in Yourself"
Quote was taken from cita Barbie and the Fairytale Fashion.

Dari Quote di atas, cukup menceritakan. yang magic itu pasti berlaku bila kita percayakan diri sendiri. seperti kata seorang sahabat saya malam semalam.

"jangan sabotaj diri anda sendiri. ertinya sebelum memulakan sesuatu, dalam hati dok kata tak yakin, tak boleh, mesti gagal, sure kantoi, takkan menjadi. orang tak akan suka. nanti apa orang akan kata. dan seribu satu lagi suara-suara dalam diri sendiri yang men-sabotajdiri sendiri. tu belum orang lain sabotaj lagi!!! "

saya rasa, ada benarnya apa dia kata tu..
mengambil dari diri saya sendiri satu masa dulu.
kerana keyakinan saya dulu, saya boleh menjadi seorang speaker di hadapan audience-audience saya dulu. malah saya tidak rasa kekok untuk berbicara di hadapan, tanpa ada rasa tidak lancar disana. dan tidak gugup.
rasa saya ini didorong oleh rasa ingin berada di hadapan dan bercakap di hadapan orang.
dan saya terima kata-kata dia bahawa keyakinan diri itu adalah penting.
saya percaya keyakinan diri dan azam yang kuat la yang menyebabkan saya berani kehadapan pada masa ni,.
mungkin pada orang ini bukanlah apa-apa. tapi bagi saya sendiri.
saya puas kerana target saya semasa saya bermula telah tercapai, iaitu mengimpikan untuk berada di hadapan dan buat talk.

terbukti. magic really happen when you believe.. ;)

video
me and my previous MLM memory.. ;)

Mukjizat Akhir Zaman



apa itu mukjizat akhir zaman?
tahu tak kita, sebenarnya..
AL-Quran adalah mukjizat y saya maksudkan.
Al-Quran adalah mukjizat y diberikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
sepertimana Nabi Musa dengan tongkatnya dan Nabi Nuh dengan bahteranya.
dan dengan mukjizat ini jugalah kaum-kaum dan pengikut mereka telah selamat kerana telah mengikut ajaran yang dibawa oleh Para Nabi berkenaan.

Nabi Musa, tongkat nya yang mempunyai mukjizat telah menyelamatkan pengikut ny dalam satu peristiwa yang mana telah membelah laut untuk dia berjalan melepasinya ketika dikejar dengan firaun. dan dalam kisah Nabi nuh pula, bahtera yang dibina yang dikutuk oleh kaum-kaum ny telah menyelamatkan mereka dan mengekalkan kehidupan yang turut sama mengikut Nabi Nuh ketika itu. dan sedikit jumlah pengikutnya.
dari sini dapat kita buat keputusan yang mana, siapa yang mengikut ajaran ALLAH lah orang yang beruntung yang akan diselamatkan dari bencana-bencana mendatang.

Al-Quran -- mukjizat ilmu yang di turunkan untuk Nabi Muhammad yang mengandungi segala perkara yang berkaitan dengan islam dan dunia ini. antara bukti keagungan mukjizat Al-Quran ini saya ambil dari segi ilmuan, saya ambil contoh dari bidang pengembrioan, iaitu bagaimana manusia tercipta dalam dunia ini. kerana ada dari seorang saintis beratus tahun lalu ada berkata, yang kejadian manusia ini adalah dari air mani lelaki dan juga darah haid wanita. tapi AL-Quran telah menyangkalnya dalam ayat dibawah.

"sesungguhnya kami telah mencipta manusia ini dari setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) , kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat" Al-Insaan :ayat 2

Dan kajian yang dilakukan beratus-ratus tahun selepas itu telah membuktikan yang sememang nya manusia dijadikan dari setitis air mani lelaki dan air mani perempuan.dan setelah dipilih, dan yang terbaek telah kemudian disenyawakan didalam ovum dan membesar didalam rahim kaum wanita. dan bkan sepertimamana kata-kata saintis berkenaan. ini membuktikan yang AL- Quran sememang nya datang dari ALLAH, bukan dari manusia.

satu contoh lagi saya ambil dari segi anatomi. baru-baru ini satu kajian menyatakan bahawa kulit lah yang terkandung reseptor-reseptor sakit dan bukannya didalam isi kita. jadi maksudnya sekiranya kulit itu sudah terbakar, kita takkan merasa lagi pedih atau sakit yang mana selalunya jika terkena panas atau sakit dan reseptor ini mengesannya, impuls akan dihantar kepada otak dan tindakan refleks berlaku. perkara ini baru ditemui, sedangkan AL-QUran sudahpun dinyatakan dalam An-Nisa ayat 56 yang berbunyi.:

"sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat kami , kelak akan kami masukkan mereka kedalam neraka. setiap kali kulit mereka hangus, kami gantikan kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasa azab. Sesungguhnya ALLAH MAHA PERKASA lagi MAHA BIJAKSANA"

selain itu bukti kehebatan Al-Quran ini adalah dari segi kehebatan bahasanya. dalam satu cerita dicatatkan, ketika zaman awal kedatangan Nabi Muhammad, dia telah dicela dan dituduh sebagai seorang ahli sihir. satu hari ada seorang ilmuan kesusasteraan yang datang ke mekah. dia takut untuk bertemu dengan Nabi kerana terpengaruh dengan kata-kata orang sekeliling di Mekah. tapi satu hari dia terfikir untuk menemui Nabi dan mendengar sendiri dan bercakap dengan Nabi. dalam hatinya terdetik kerana memikirkan dirinya yang seorang yang cedik pandai, semestinya dia dapat membezakan perkara betul dan salah, jadi dia bisa menolak sekiranya apa yang dibawa Nabi adalah perkara yang salah. Jadi dipendekkan cerita, setelah bertemu dengan Nabi dan mendengar Nabi membaca AL-Quran , perkataan pertama keluar adalah, Hebat, bahasa yang digunakan didalam Al-Quran ini tak mungkin datang dari manusia. hasil bahasa nya sangat hebat. dan dengan itu, dia pn mengucap Syahadah dan mengakui Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

sememangnya kehebatan AL-Quran ini tidak dapat kita sangkal. lihat sahajalah, walaupn kita tidak tahu maksudnya, tapi pernah tak kita fikir dah berapa kali kita mengulangnya? berapa kali dah kita baca surah AL-Fatihah, dan hebatnya, tidak pernah pula terfikirkan akan bosan dengan nya. bayangkan kita tukar hal ini dengan novel paling hebat didalam dunia ini, hari-hari kita baca, hingga da berpuluh kali kita ulang, akhir sekali kita kan berasa bosan dengannya dan berubah kepada novel lain. tapi hal ini tidak berlaku dengan AL-Quran. ini membuktikan hebatnya AL-Quran dan hebatnya mukjizat pemberian ALLAH ini.

jadi kesimpulan yang boleh kita ambil adalah. kembali kepada ALLAH, kembali kepada AL-Quran yang ALLAH turunkan kepada Nabi Muhammad untuk kita ambil dan ikut. bukan dengan menolak nya. sesungguhnya ALLAh itu Maha Mengetahui setiap apa yang dia da jadikan dalam alam ini. jika kita sama-sama kembali kepadanya dan suruhan dan meninggalkan larangan, semestinya kitalah dalam kelompok manusia yang beruntung dan terselamat.
maka, marilah kita sama-sama berpegang dengan mukjizat ALLAH ini dan mengikut tiap apa bait kata didalamnya dengan mengikut dan menolak segala bentuk ancaman dan menentang para yang mencuba untuk merendahkan isi kandungan didalamnya. kerana apa, setiap yang dicatatkan didalam adalah peringatan dari ALLAH menunjukkan betapa dia sygkan kita sebagai hambanya.

"sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman |(iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solat | dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna" Al Mukminum Ayat 1-3


Note: dari sumber yang diolah dari Khutbah Jumaat 10-Dec-2010 dari Masjid Subang Perdana. Semua cerita berkenaan ilmuan ini dipetik dari satu Konvensyen bersama Ilmuan Islam, Pakar perubatan Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia. selepas konvesyen ini, sepertimana kata Imam, 2 orang Pakar perubatan yang hebat (maaf kerana tiada nama disebutkan) telah mengucap syahadah dihadapan audien semasa memberi ucapan. Alhamdulillah. Nur sudah titiupkan dalam hati.

Sabtu yang suram

sekali lagi la.. tatau nak p mana..
pagi tadi angah call.. ajak teman dia satgi..
cik dillah nak mai cni..
rasa ny leh ja..
tapi smpai skg tak mai2 pn ag..

umm.. semalam da g beli da.. baju kat adik n jiah..
pastu dapat da sandal.
kemarin p ta rasa nak bli kat kedai tu..
tapi tgk semalam..
rasa agak murah la.
2 pasang rm10.
jadi beli ja la..
kaler ijau nak wat pakai jalan.
wane itam nak letak dalam box nt bila da pasang kat moto.
ha.. bawah ni baju untuk my 2 dearie. arap depa suka la. ;)


ini untuk Jiah.. ;)


untuk adik. ;)

Friday, 10 December 2010

Cookie n Me


This One was dedicated to Puan Anna Zareena Azaman
My Sis y dolu2 penah ada dengan saya..
yang dulu ta penah tinggalkan saya bila saya tensen..
yang tapenah lekang dari memberi nasehat pada saya..
yang dolu2 ta benti dok beri dorongan kat saya..
the reason is..
My Sis la yang bagi nama Cookie ni kat saya..
n ni saya da jumpa satu combination, Cookie n Me..
n ni sebab utama mengapa saya begitu nakkan baju ni..
sebab saya adalah COOKIE Kak saya..
saya mengucapkan terima kasih banyak kepada kak..
sebab penah ada ng adik..
sebab nasihat2 kak tu semua..
atas segala dorongan kak..
adik takkan lupa..
kak pernah kata.. kak ada black belt.. tapi ta wat breaking..
ni adik da wat breaking.. n adik da tunaikan apa y kak tapenah wat..
kira adik da capai impian kak..
kak, adik rdu kat kak.. tapi adik takkan kaco kak..
adik paham.. walaupn kak adalah kak adik dalam ati adik..
tapi kita tetap adalah orang lua..
tade dalam islam pn kak n adik2 angkat ni.. so adik paham tu..
adik sayangkan kak.. smpai bila2..
kak tetap adalah kak adik dalam ati adik.
adik syg kak sgt..
adk doakn kak berbahagia bersama abg Rodhi..
Amin Yarabbal alamin.

Hari Kartun Sedunia

hihuhi..
sedikit sorotan idea gila dari aku n apis.
sama2 pakai baju kartun y sangat besau..
sesame street day keyhh..
meh tgk sama2..


note:: idea hadir sebaik sahaja ternampak baju ni masa p jejalan semalam.
suka sangat baju ni.. sangat cumill.. *wink2*

Comel kan kami..
ahhaaa.. ;)

sesi men-try baju baru.. ahaks..


Cookie Monster n Elmo..


nah.. lucah ang apis.. :p


tadaa.. ekeke..


apo la yang kami dok tgk tu kan? dok menunggu Big Bird kot.. :p

Thursday, 9 December 2010

My very2 busy day

Semalam ada meeting la..
pasal masa depan kami suma la..
hasil perbincangan abg falah ng abg shafiq..
portfolio baru akan dibentangkan.. dan diserahkan kepada semua menteri2 GSI..
hahaha.. cam lawak plak ciap ng portfolio ni..
tapi still belum diserahkan portfolio lama sebab tok ayah tade..
tok ayah cuti.. atas sebab2 peribadi..
tapi aku da apply kerja baru la..
nak jadi installer plak aa..
bleyh dak? :))

whaa.. hari ni pun sama..
semalam kalut ng Safety form smpai pedih2 la jari..
hari ni last checking report n print..
huhh.. kebizian melanda diri.. hehe..
skg da kul 7:01 petang.. tapi masih dok kat opis lagi..
nak setelkan suma dulu baru nak balik.
sok nak p motorola n setelkan suma report2 nih..
nak hantar la..
n pasni akan dipastikan segalanya berjalan lancar..
i mean report submission ni la..
tanak ada pending lama2 camnih..
one more thing is the safety form. kena include sekali tiap kali linda ata repot untuk aku check.. its a MUST. senang cita.. wat balik sistem lama.. ;)

bleyh ni.. ;)

Wednesday, 8 December 2010

once upon a time, today n the future

Baru balik dari kenduri i rumah pcik abg madi.
Kenduri masuk rumah baru.
Seyesly.. Umah dia sangat luas. Dan cantik..
Umah kawasan umah dia pn cntik..
Depan umah dia tu cantik.. Lawa.. Guna pintu n tingkap kayu.. 3 tingkat.. Cantik..

Masa balik baru pasan..
Lalu kat kawasan melawati ni..
Seyesly tingat memory lama..
Kawasan tempat dok berlari2 dulu.. On call.. Pantang sebut..
Call n need to buy things.. Mmg smpai ny la..
Kua mai sat.. Beli barang n balik..
Lepas cket dari tu.. Singgah plak esso kat tepi ni..
Tempat melepak sat dulu..
Nak buang masa sembang sebelum menghantar..

Semua memory2 dulu..
I miss all those thing..
I maybe trying to deny all those memory from appearing in my mind.
But the facts that all of those are 1 of the sweetest things that happen cannot be denied.
What i can do now is to pray that u get ur "happiness" that u are looking for.
Hopefully that person cn gv u what u dream of.
Hopefully he's the one who can complete you.
All the besh for ur future with him.
I may not be the best but i am the one who you can count on once upon a time.
And for your own sake of happiness..
I may not pray for the bad things to happen.
But i pray for the sweet2 thing to pop up in ur life.
Thank you for giving me the chance to be the very important person once in ur life.
Thanks for teaching hw love are all about.
Thanks for the reminder that i still have a lot to do.
Thanks thanks and thanks for everything.

YA ALLAH.. Need your barokah to support me..
Please help me to be someone in everyone's heart.
I just want to see smiles from all people around me..
Coz they are part of my happiness, and i love them all.
YA RAHIM..
Please help me to inspire people..
Please help me to equip myself with enough knowledge n hikmah so that i can gv dakwah to people..
Hopefully, my wish will be fulfilled.
Amin yarabbal alamin.

secebis kisah cinta pandang pertama..

Pertama kali aku terpandang wajahmu..
aku benar-benar sudah terpaut.
raut wajahmu, keayuannmu.. benar-benar telah menusuk kedalam jiwa.
walaupun kamu tidak secantik rozita che wan, kamu tidak secomel lisa surihani..
Tapi senyumanmu itu, kurasakan lebih manis dari senyuman heliza helmi y comei lote tu..
Arghh.. Tidak.. Aku jatuh cinta..
Aku rasa aku perlu bertindak.. Aku mesti amek tindakan sekarang..
Kaih2.. Sekarang buat berani..
Buat la macam muka aku dah kena lapik dengan 7 lapisan bumi..

Aku : assalamualaikum.. Hai awk.. Saya rasa saya da jatuh hati dengan awkk.. Boleh tak saya nak dekat awak..?

Kamu :: waalaikumussalam.. awk nak dekat saya? saya masih ada ibu bapa.. kalau betul awk nakkan saya.. jumpa la dengan ibu bapa saya..

Whoaaa.. jawapan kamu tu sangat dasat.. kamu begitu berani mencabarku ya..
aku yang sesungguhnya berani kali ni ng berlapikkan 7 lapisan bumi yang menyebabkan aku hilang sumber malu dengan sepantas dan selaju ny mendekati kedua ibu bapamu yang tika ini sedang berada kira-kira 10 Meter dari kamu..

Aku :: assalamualaikum pakcik , makcik..

Pcik :: waalaikumussalam nak.. (jawap bakal bapa mertuaku ng nada sedikit terkejut)

Aku:: hurmm.. pakcik..saya da berkenan dekat anak pakcik, bolehkah saya hendak melamar dia??

Pcik n mcik :: (terkujat~)

Aku ng slumber badaknya menambah lagi.. pakcik, terus terang saya berkenan dekat anak pakcik, dan saya rasa saya da jatuh cinta pandang pertama, dan berdirinya saya di sini ingin meminta izin dari pakcik dan makcik untuk melamar anak pakcik. jika pakcik dan makcik setuju menerima saya.. saya akan hantar kedua ibu bapa saya untuk mengadakan perbincangan dengan pakcik dan makcik. rasa saya ini kali pertama saya beranikan diri macam ni sebab seorang perempuan. dan ini juga pertama kali saya benar-benar terpaut pada seseorang.. jadi atas dasar orang kata "perkara baik jangan dilengahkan" saya pn dengan ini memberanikan diri untuk meminta izin dari pcik dan mcik untuk anak pcik dan mcik.

Pcik n mcik yang masik terkujat mendiamkan diri buat seketika. seraya pakcik menjawap :
"baiklah nak.. kalau benar kamu mahukan anak pakcik, hujung minggu ni kamu bawa kedua ibu bapa kamu datang keteratak kami. kita berbincang tentang perkara ni.."

Kamu yang ketika ini baru sahaja menapakkan diri di belakang kedua ibu bapanya tersipu-sipu malu. mungkin agak terkejut dengan "keberanianku" ini. malah aku sendiri tidak tahu, dari mana datangnya kekuatan itu kerana sebelum ini, aku seorang yang sangat-sangat pemalu. susah untuk aku mendongak kepala bila berselisih dengan perempuan, inikan pula memberanikan diri bertanya hal-hal sebegini. malah seingatku.. ada juga kawan-kawan menegur, "weyh Dol, apa la ang ni.. ng awek tu pun takut ka.. " , "apa la ang ni.. macam tu punya segak mau kat ang pn ang rejek.. ".. ini yang aku ingat, malah banyak lagi leteran dari kawan-kawan kerana perihal aku yang sangat pemalu dengan perempuan ini. tapi kali ini, nekadku membuahkan hasilnya..

Seminggu berlalu, kedua ibu bapaku pun sudah bertemu dengan keluarga gadis berkenaan. dan sudah pun di tentukan tarikh untuk hari bahagia kami. seingatku, ibu bapaku dan keluarga gadis itu begitu teruja dengan peminangan ini dan bercadang meneruskan majlis kami dalam masa beberapa bulan lagi sempena cuti persekolahan yang mendatang ini. bagi ku sendiri.. aku tidak pernah terbayang semua ini, sedang kawan-kawanku, semuanya sudah berpunya , tapi aku, yang kosong ini, tetiba akan menamatkan zaman bujangku lebih awal dari mereka.. mungkin ini sudah suratan dari ALLAH.. aku rasa gembira juga, tapi sedikit takut dengan perkara ini, namun, aku sedia menyerahkan segalanya kepada ALLAH, ni takdirnya.. kenapa perlu aku risau, sudah semua ini janji DIA kepada hambanya.. yang mana bila sudah tiba masa ny, kita akan bertemu juga dengan jodoh kita..

maka tibalah masanya, hari aku dan dia disatukan.. kami masih sama seperti suami dan isteri2 lain, cuma beza kami, cinta kami disemai selepas kami selesai akad dan nikah. semua nya sangat indah sebenarnya.. cinta selepas kahwin dan cinta sebelum kahwin lain ceritanya.. mula dari detik ini, kami saling berkenal-kenalan antara satu sama lain. tak seperti pasangan lain, penyatuan setelah lama menjaga dan membaja cinta. tapi aku dan dia.. cinta kami baru nak membenih, dan dari kami jugalah yang menentukan sebagaimana suburnya ikatan cinta kami. aku gembira kerana dia dapat menerimaku seadanya.. aku juga sama sepertinya.. dia adalah isteriku sekarang.. baik dan buruknya aku terima seadanya.. kerana dialah pelengkap hidupku sekarang. kata orang, kesempurnaan kita lelaki adalah selepas kita sudah berkahwin. (merujuk palotak aku tentang cita Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam). rasaku hidupku sudah lengkap. semuanya teratur sekarang. syukur kehadrat ALLAH.. aku berbahagia sekarang.

pada yang membaca, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH, jika DIA izinkan tiba masanya.. maka tibalah masanya.. jangan kita terlalu menggesa diri untuk mencari cinta, jangan juga kita terlalu menghambakan diri kepada cinta. kerana cinta itu milik ALLAH, malah segalanya dalam idup kita adalah milik ALLAH, kita hanya dipinjamkan cinta ini untuk kita lebih lagi kuat menghambakan diri kita kepadanya. bukan ng merosakkan nya dengan janji-janji palsu atas alasan cinta. berhati-hatilah dengan cinta. mungkin pernah kamu merasakan putus cinta, betapa sakitnya perasaan itu, tapi perlu juga kamu ingat, mungkin ALLAH takdirkan perkara itu kerana hendak melindungimu dari perbuatan-perbuatan mungkar. semoga kita sama-sama mendapat keberkatan. Amin yarabbal alamin.

Tuesday, 7 December 2010

Bunny Maloney..


baru pas tgk kartun ni..
sangat comell..
suka3..


kartun ni pasai Bunny, ng gf dia Candy.. pastu ada Prof apa tah y jaat nak rebut Candy dari Bunny.. selalu ja wat idea jaat nak dapatkan Candy..


episode hari ni.. Candy majuk ng Bunny, sebab Bunny ag pentingkan game dari layan dia..
pastu geng dia Stan Ookie cipta satu perfume, macam minyak pengasih.
dah tu Bunny y Candy da seminggu majuk ng dia pn pakai la perfume tu..


tettt~~ terlebih pakai.. Stan Ookie suh Bunny balik kat Lab, sebab nak betulkan keadaan.
abeh suma menatang dalam town suka kat dia.. da kena kejaQ satu town.
beh tu lari ny lari ny lari.. da kena serang ng Military yang konon nak selamatkan suma pets kat town.. tapi lawak aa.. depa elak dari kena tembak. tak pasai PROFESSOR DÉBILOUMAN yang jadi mangsa.. da sink dalam laut balik.. beh tu Bunny balik umah aa.. Bunny igt Candy nak jaga dia.. tapi Candy tdo kat sofa lua sebab tanak jangkit sebab dia demam n sesema..
ahhaa.. comei sgt cita ni.. suka3.. ;))

Buta+Pekak+Bisu=CINTA