Followers

Monday, 30 May 2011

100 Letters of Love

di bawah batu nisan kini kau telah sandarkan,  Kasih sayang kamu begitu dalam, Sungguh ku tak sanggup ini terjadi, kerna ku sangat cinta…

Air mataku bergenang lagi.  Tiap kali aku terdengar lagu ni, hati aku akan menangis, kerana ianya sangat meninggalkan kesan dalam hidup aku. Buat pengetahuan kalian, lagu ini mempunyai cereka nya yang tersendiri, dan didalam nya terselit sedalam-dalam kepahitan dan begitu besar dan susah untuk aku melupakannya.  Dan kemungkinan juga mengapa hingga ke saat ini aku kekal sebagai diriku dan bukan seseorang yang beranjak ke alam matang iaitu dengan berpasangan. 

Cerita bermula saat aku masih bersekolah. Segalanya bermula dengan kisah ini. Cerita yang banyak mengajarku erti hidup dan betapa ALLAH yang menentukan tiap apa perjalanan hidup tiap hambanya.

*****************************************************
Mula cerita.

Aku ni merupakan student yang agak nakal di sekolah, yang mana aku tak pernah balik lewat dan selalu dipersalahkan atas kejadian-kejadian tak diingini dekat sekolah ni. Terus terang, kerjaku hanya menambahkan beban dibahu guru-guru sekolah dengan aktiviti haramku, iaitu memonteng dan membuat onar disekolah ni. 

Akan tetapi, disebalik kenakalan aku itu, keputusan pelajaran aku tak pernah mengecewakan. Aku tak pernah “miss” mendapat anugerah kecemerlangan dekat sekolah ni. Dan rasaku mengenangkan prestasi aku inilah aku kurang diambil kisah tentang disiplinku, walau agak nakal, tapi masih diberikan peluang. 

Satu hari, saat aku sedang memontengkan diri, aku terlihat seseorang. Penampilannya mengkagumkan aku, kelembutan diwajahnya, andai ianya dapat aku bandingkan dengan idolaku Lisa Surihani, pasti dia yang memenanginya, kerana begitu indah dan sopannya dia di mataku. Akan tetapi sekiranya dia menjadi perbandingan sahabat-sahabatku, semestinya aku akan dikutuk dan di kolotkan mereka dek kerana dia bukan seperti yang orang lain idamkan. 

Jika sahabat lain jatuh cinta dengan tubuh badan cantik, paha gebu dan mekap tebal seinci, aku lebih mengidamkan “batman” bermuka suci yang tidak bertepek mekap-mekap yang mana cuma sekadar penutup sementara untuk mengaburkan si yang melihat. Dia bukan si pendedah, dia cuma penutup yang mengikut apa kata Tuhannya dan menerima seadanya arahan itu akan tetapi keindahan itu memukau mataku. 

Aku benar sudah terpaut kepadanya. Maka dengan itu, setiap hari aku menjadi pengikut setia dia yang pulang kerumahnya. Rentetan dari kisah itu, dan dari cara dan langkahnya yang tersusun rapi bak indahnya ALLAH menyusun bukit bukau yang menjadi bukti-bukti kebijaksanaanNYA mengatur alam, begitu juga langkah si dia yang menjadi perhatianku. Aku mulai berubah sedikit demi sedikit, dari seorang yang nakal, aku kembali berubah, dan perubahan itu menjadi buah mulut disekolahku. Aku juga sedar akan perkara ini, tapi aku langsung tidak mempedulikannya, mungkin benar aku ingin berubah kerana ingin mengimbangi kejadian dia yang bagiku cukup indah dan mempersonakan. Akan tetapi, aku perlahan-lahan juga mengajar jiwaku untuk menerima ini sebagai titik tolak dan salah satu kejadian yang ALLAH aturkan buatku sebagai untuk kujadikan “alasan” kepada satu perubahan. 

Sejak dari hati itu, hati aku begitu tertarik untuk mengikuti perkembangan si dia yang sudah memaut hatiku. Kalau dulu aku yang rajin pulang awal, tapi hari ni segalanya berubah. Hari ni, aku punyai aktiviti baru selepas sekolah, iaitu “menemani” si dia pulang. Bermula dari saat inilah perubahan berlaku. Aku bukan lagi pemonteng tegar, tapi aku makin bersemangat untuk kesekolah, mengenangkan saat-saat indah menjadi seorang “stalker” dan pengikut setia si dia. 

Hari-hari selepas dari aku pulang ke kelas aku akan mengikutinya, dari stesen LRT di sekolahku, Taman Melati, hingga ke stesen di mana dia berhenti, iaitu di Stesen Taman Universiti. Dan dari sana kami kan sama-sama turun dan perjalanan kami akan berlawanan bila sampai ke satu simpang, yang mana dia akan ke kanan, manakala aku meneruskan langkahku ke kiri dan pulang ke rumah.
Satu hari aku ditegur,

“Adik, abg perasan adik ni asyik mengikut sahaja Ain setiap hari..”

“ehhh, siapa abg? Siapa Ain?”

“aiikk? Takkan adik tak kenal? Dia kan yang adik ikut setiap hari tu? “

“ummm.. abang ni sapa? Awat abg nak tahu kenapa? “

“tak ada la adik, abg cuma memerhati. Hari ini abg berkesempatan menegur adik, sebab itulah abg tanya. “

“tak dak aih abg, saya cuma sejalan saja dengan dia, mana ada ikut aihh”. Balasku menidakkan.

“tak apalah sekiranya adik tak mahu cakap dengan abg, tapi abg memerhatikan. All the best jika itu yang adik mahukan. Cuma abg nak nasihat, belajar pandai-pandai baru fikir nak bercinta tau.? “

Aku tersenyum kelat sambil meneruskan langkah, aku langsung tak rasa nak pusing melihat abg tu, geram juga rasanya,
siapa dia nak menegur aku kan? Aku punya suka la aku nak bercinta ka, aku nak mengikut ka, apa ka, bukan aku nak apakan budak tu pun, aku berniat ikhlas, nak berkenalan, itu saja.”. Bebelku didalam hati

Hari-hari berikutnya berlalu seperti biasa, aku masih lagi seorang pengikut tegar yang menjadi pemerhati dari jauh tiap langkahnya dan akan berpisah di simpang tersebut bila tiba masanya. Dalam tempoh ini, dalam tidak aku sedar, diriku sudah bertambah baik dan baik. Masalah disiplinku juga sudah terkubur. Hinggakan aku ditegur oleh rakan sekelasku.

Der, aku tengok ko dah berubah banyak la.. kalau dulu ko asik aje ponteng kelas, tapi sekarang ni aku tengok ko dah berubah.. ape hal?

Eh, kenapa hang cakap macam tu? Aku rasa biasa saja aih.

tade la der, aku tengok macam lain ko dah tak ponteng sekolah, lepas tu keputusan ko pun lebih banyak meningkat, kalau dulu ko conquer 3 4 mata pelajaran je, tapi hari ni majority ko amek keputusan cemerlang die. Jeles la aku macam ni dekat ko.. apa rahsianye? Kongsi la..”

Takdak aih weyh, aku cuma wat macam biasa ja la, takkan nak berubah pun tak boleh kot? “. Aku memberikan alasan.

kalau ko tanak cerita tak ape la, aku tak kesah, saje je tanye ko. Aku happy tengok ko hari ni. Dah menjadi buah mulut semua orang kalau ko nak tahu..”

dah dah cikgu dah masuk tu weyh.. bangun-bangun.”. Cikgu Hani masuk tepat sekali disaat aku rasa aku akan terus disoal, dan kehadiran dia ni memberikan aku alasan yang sangat kukuh buat aku menolak soalan bertubi dari Alif, salah seorang dari rakan sekelasku.

*****************************************************

Sebenarnya jika hendak dikira, hari ni merupakan hari ke 95 aku mengikutnya, tak sangka kan, lama juga aku menyimpan perasaan ni kan? Dan minggu ini merupakan minggu-mingu terakhir aku disekolah. Ini adalah kerana, minggu depan merupakan juga minggu terakhir persekolahan di tahun ini. Dalam simpananku, adalah kira-kira 95 keping surat yang menunjukkan aku sudah menyimpan hati selama hampir seratus hari kepadanya. 

Hari ini berlaku kejadian yang agak pelik bagiku, hari ni, si dia tidak pula aku jumpa di tempat biasa. Jika selalunya aku akan bertemu dia di tempat bus, dan kemudian mengikutnya hingga ke Stesen Jalan Universiti, dia tidak pula kelihatan di hari ni. Maka pulanglah aku dengan hati yang hampa, kerana sememangnya aku dah berniat untuk serahkan surat-surat aku yang ku simpan selama ini. Aku ingin benar menyerahkannya sejak dari hari-hari awal pertemuan, tapi naluri takut dan rendah diriku sedikit sebanyak menghentikan langkahku untuk mendekatinya dan menyerahkan bicara hatiku yang terbeku dalam hati ni selama ini. 

Hari keesokannya juga perkara yang sama berlaku. Aku masih tidak melihatnya di jalan ini. Berjam-jam aku menantinya, dengan harapan dia sebenarnya keluar dari sekolah lambat kerana ada perkara yang perlu di selesaikan disekolah, tapi aku hampa, kerana sesudah 3 jam menunggu dan menanti, hari demi hari cumalah kebuntuan yang mana tidak bertemu jawapan di mana dia sebenarnya.
Hinggalah pada hari ke 98. Abg tu datang dan menegurku. Mungkin dia juga perasan yang aku cuma menunggu sesuatu yang tidak berkesudahan mungkin.

Adik, menunggu Ain lagi ka?”

ummm..”. Mulutku seakan tidak mahu mengeluarkan patah katanya. Mungkin dengan demikian dapat aku meluahkan perasaan Ya yang mana aku sememangnya sedang menunggu si dia wujud dan hadir supaya dapat aku berikan kepadanya hasil-hasil artifak cinta nukilanku sepanjang 98 hari memendam rasa.
abg nak beritahu kamu sesuatu ni

apa dia abg? Abg ada tau apa-apa pasai Ain ka abg?

sebenarnya kan dik, dah 3 hari Ain di masukkan ke hospital dik

Apa? Kenapa abg? Apa jadi dengan dia? Dia accident ka? Sapa langgar dia? Dia cedera teruk tak abg? Dia camna sekarang? “. Bertalu-talu ibarat “machine gun” soalan aku tanyakan sebaik aku mengetahui akan hal ini. 

Dia sakit. Kalau adik nak melawat, adik pergilah ke Hospital Ampang Puteri. Dia ada di sana..”
Tanpaku sedar, aku menggenggam tangan abg tu, dan jutaan terima kasih kuucapkan kepadanya, seterusnya langkahku dilajukan demi untuk melihat Ain yang sudah hilang berhari-hari dari pandanganku.

*****************************************************
Sesampainya aku di hospital, aku lihat kedua ibu bapanya berada didalam bilik yang mana dia ditempatkan. Aku masuk setelah mendapat izin dari kedua ibu dan bapanya. Mereka tidak pula meninggalkan aku dan dia bersendiri didalam bilik itu, tetapi menjarakkan sedikit kedudukan supaya aku punya ruang untuk bercakap-cakap dengannya. 

Assalamualaikum kamu..”. Sapaku. 

ehh kamu, macam mana kamu boleh tahu saya ada di sini?

sebenarnya saya dapat tahu dari abg Ben, dia la yang habaQ kata kamu ada dekat hospital sekarang ni.

Abang Ben? Ahha..dia tu la yang bagitau saya tentang kamu.bukankah kamu yang setiap hari pulang dengan saya dari sekolah?

kamu perasan ka saya yang dok ikt kamu tiap hari tu?

sebenarnya saya perasan, saya macam teringin nak tegur juga, tapi saya rasa malu

Agak lama juga aku berada dengannya, dan berbual-bual, tapi sebaik tangan terlihat jam di tanganku sudah mengenjak ke pukul 6:30, aku meminta diri untuk beransur pulang. Sebelum pulang, aku menyerahkan artifak hatiku kepadanya. 

ummm.. saya nak sampaikan kepada kamu ini, dalam sampul ni.. ada surat-surat yang setiap hari saya tuliskan untuk kamu, harap kamu sudi menerimanya. Nak kata banyak tak la sangat, ada 99 ja. Kamu baca la pelan-pelan, mana la tau kan, leh wat teman tidoQ satgi malam. Ehehe” sempat ku tersengeh bila aku ucapkan kata-kata ini kepadanya, dia hanya tersenyum sambil bangun menerima sampul besar berisi surat-surat aku kepadanya.

Aku pula melanjutkan langkahku kemuka pintu sambil disapa ayahnya.

Nak, terima kasih datang melawat anak pakcik”

Sama-sama pakcik, tapi apa penyakit Ain? Dah banyak hari dia ada di sini, tapi tak keluar-keluar lagi. “ Pakcik Amir mendiamkan diri.

kenapa ni pakcik? Ceritakan la dekat saya, saya ada tanya Ain tadi, tapi dia takmau cerita dekat saya..”

“Sebenarnya Ain tu ada penyakit ketumbuhan didalam kepala, dan dia sebenarnya dah berada didalam peringkat-peringkat akhir.. “

Mataku mula berkaca, tapi kukuatkan hati, dan terus menguatkan diri demi untuk memberi semangat kepada Pakcik Amir. Dalam pada itu, hati tertanya kenapa aku tak nampak langsung tanda-tanda sakit di wajahnya? Cekap benar dia menutup sakit itu tika berada dihadapanku dan kedua ibu bapanya, lantas keluar kata-kata ini dari mulutku,
Pakcik, sama-sama lah kita mendoakan dia, dari DIA kita datang, dan kepada DIA juga kita akan kembali, namun demikian, DIA juga ada bagitau yang tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati kan? Jadi kita sama-sama lah berdoa dan memohon izin dia agar Ain akan terus dapat kekuatan untuk bertahan dan pulih.” 

Aku tahu kata, kataku bukanlah apa untuk dibandingkan, perasaan ku ini cuma sedikit risaunya dan jauh hendak dibandingkan dengan ummi dan ayah Ain yang mana membesarkan dia dari kecil hingga sekarang, akan tetapi aku cuba juga untuk memberikan semangat kepada mereka, dan berharap dengan sedikit sisa harapan tu, mereka akan terus berdoa dan bertahan. Aku juga tak berhenti berdoa buatnya. 

Aku pulang hari itu dengan hati yang hampa. Dalam hati tak berhenti berdoa dan berdoa agar diberikan keselamatan dan dipulihkan Ain dari penyakitnya. Malam itu juga aku bertahajjud, dan buat solat sunat hajat untuk memohon ALLAH panjangkan umur Ain dan pulihkan dia dari penyakitnya, Aku tahu tindakanku salah, kerana aku meminta dari NYA tika keadaan aku begini, tapi pada siapa lagi tempatku berpaut jika bukan kepada Yang Maha Esa ALLAH yang menjadikan setiap kejadian alam ini? 

Keesokannya aku kembali lagi ke hospital untuk melawat Ain. Hari ni aku bawakan buah tangan baru untuknya, iaitu bicara hatiku untuk hari ke 99. Bergelak sakan kami hari ni. Membaca kisah dari hari ke 50 sampai ke hari ke 99 ini. Semalam sebelum tidur Ain dah baca hingga ke hari ke 49 katanya. Jadi kami sambung saja lah membaca kisah hari seterusnya. Dia tak berhenti-henti gelak dari tadi membaca surat aku ni. Dan aku pula, menahan muka merahku setiap kali dia gelak. Aku tahu dia saja gelak, demi untuk menutup sakitnya dan tidak mahu aku dan kedua ummi dan ayahnya risau. 

Satu jam saja ku telah bisa, Cintai kamu kamu kamu di hatiku, Namun bagiku, melupakanmu, perlu waktuku seumur hidupku…. “ (begitu hebatnya satu jam berbicara dalam hidupku.. )

Setelah berakhir lagi hari ini, aku beranjak pergi. Setelah mendapat izin dari kedua ibu bapanya. Aku pulang dengan hati yang sedikit terubat kerana melihat gelak tawanya, akan tetapi, aku juga masih risaukan akan keadaan nya, ini kerana sedang kami asyik tergelak tadi, dia ada sesak nafas, dan aku terpaksa untuk keluar dari bilik untuk dia mendapat rawatan. Selepas selesai sahaja dia mendapat rawatan, aku masuk kedalam bilik bersama kedua ibu bapanya, tapi tak lama kali ini sebab kami tidak dibenarkan lama didalam bilik ini demi untuk memberi ruang kepada Ain untuk berehat.

*****************************************************

Malam itu dengan penuh semangatnya aku menyiapkan surat ke 100 hari aku berkenalan dengannya, aku begitu seronok mengenangkan sudah tiba hari ke 100 dan angka ini agak menarik untuk aku bualkan. Tergelak aku bila melihat, 5 keping kertas A4 diatas mejaku ini dah ku gunakan untuk luahan yang tadi ku katakan pendek itu. Selesai sudah luahanku buat hari ke 100 yang ku buat sebaik selesai aku bertahajud dan solat hajat untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan Ain. Sebaik selesai menulis, aku tertidur. 

Tamat imbas semula. 
*****************************************************

Inilah saat terakhirku melihat kamu, jatuh air mataku menangis pilu, hanya mampu ucapkan.. Selamat jalan Kasih…” 

Sebenarnya apa yang aku coretkan diatas merupakan dari surat yang ditulis oleh Encik Badrul, seorang insan yang pernah berpaut didalam hatiku, iaitu hasil dari 100 hari kisah dia menyimpan hati kepadaku. Jika dibaca kembali kisah diatas sepertinya aku yang berada didalam kisah, tapi aku adalah aku yang menjadi watak si pesakit didalam kisah ini. 

Badrul dah lama pergi meninggalkan aku, dia pergi ketika hari ke 100 dia menyimpan hati kepadaku ketika dia dalam perjalanan datang untuk melawatku di hospital. Dia telah meninggal ditempat kejadian kerana dia dilanggar kereta ketika dia hendak menyelamatkan seorang budak yang melintas jalan. 

Seperti kata ALLAH dalam firmannya, dalam surah Al-Imran ayat 145 yang bermaksud,
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya..

Begitulah juga kisah hidupku, mungkin aku sudah berada dalam saat akhir kejadianku jika mengikutkan kepada kira-kira manusia, tapi pabila ALLAH menetapkan tidak, semestinya tidak adalah jawapan kepada kejadian yang belum berlaku ini. Aku masih hidup, malah pulih dari sakitku, tapi Badrul yang sihat sejahtera ini yang pergi dulu meninggalkanku. Apapun, aku mendoakan agar dia tenang di sana..

Air mataku menitis lagi.. 


124 comments:

Sunah Mohammad said...

subhanallah... sedih juga, tapi sangat2 indah...

kalau dalam dunia realiti berlaku macam ni, sesungguhnya aturan Allah memang sentiasa indah kan...

thanks for sharing... berbaloi cuti keja malam ni...

.::.MY.s.e.l.f.::. said...

waahhh!!! sedey la cita nie abg nadh.. ajal dan maut ditangan tuhan.. sihat bukan bermakna jauh lagi untuk kita bertemu Allah.. sama-sama untuk renungan kita.. hurm.. nice story abg nadh.. :)

kiera'sakura said...

best... selagi Allah tak mengizinkan sesuatu perkara tue terjadi pasti ia xkan terjadi... =)

Miss Ran said...

sedih sgt...

nadh ni kannnn...


wt citer hepi ending lak k

betol manusia boleh berubah

cinta mengubah kite...so sweet

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

Ya ALLAH,sedihnya sy bc kisah ini..

hmm..moge kamu kuat mghadapi hari2 mndtg ea..

qaseh johanna said...

wah...bes la cite ni...

pandai ye mengarang...

EYFAalias said...

arghhh. menangis eyfa baca entry ni. sedihhhh :((

GreenAppleKu.com said...

Singgah follow blog ini. Tuan blog sihat ker?

* Zaleta * said...

sangat seronok mbacanya...sedih,gembira bersatu...usaha lagi dan boleh improve lagi...

Muhammad Ferdaus Zulkifli said...

terbaek..pandai erk mengarang..beshh..next episode??:)

sergeant keroro said...

wow! pandai nadh buat cerita.

serius sedih.

kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tetapkan segalanya.

nadh, ada masa leh la join segmen keroro ye. =)

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

walaupun cerita ni panjang tp tetap membacanya sampai habis... BEST (^^,)

hidup,mati,jodoh semuanya kuasa Allah... harus menerima semua dugaannya dengan hati yg terbuka...

teruskan menulis ye...
,Happy blogging... heee ~

Cik Purple said...

sobs~~T_T sedeynye citer nih..:(

Wahida said...

Saya bukan peminat novel, tapi cerita ni sungguh menyayat hati :"(. Penulisan bagus, cuma ayat perlu kasi lagi puitis lagi. Insha Allah :)

Fauzan 'Jahn' Abas said...

wah, cerpen yang sungguh beremosi, especially di bahagian-bahagian akhir... sedih sungguh... teruskan menulis nadh...

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

sob3~ sedeynyer..dia dah berubah kerana seorang perempuan tu...dah ajal dia pergi dulu..sedey2...

haslinda said...

sedih nye cite ni...nak nangis...wuwuwuuuu...:(

kamu berbakat jd penulis!!!teruskan mengarang k!!!

AinSyaz said...

airmata mengalir tatkala membaca kisah ini. sungguh tersentuh :'(

Lulu caldina said...

err cerita betul ke ni? baru belajar? err betul dah pro menulis ni... best!

AreMir aLiaS said...

BEST...teruskan menuliss

AinSyaz said...

nak tambah lagi ni..
awak ada bakat jadi penulis :)
saya suka cerita ni... :)
lagi-lagi bila ada nama saya "Ain" kat situ. hehehe :P

miss.Addin said...

nice ! :)

sangat mendalam cerita ni

sungguh hebat rasa cinta tu kan .

cik pulau said...

nadh.. sedeynya citer ni...sob2.. nak tisu lagi..

murninya kisah diorang..

shida anwar said...

sedihlah dik..gud job..

NiSha said...

wwaaaa sedih giler...
itulah org kata ajal tu kat tangan tuhan..

cik najihah said...

sory nadh..
baru berkesempatan nak bace..
awesome..act sedih huuhu
nadh boleh jadi penulis jugak..bnyak makna yg tersirat..
keep up ur work :)

MISS QASEH SAIFUDIN said...

ololoooo...ssssoooo swweeeetttttt!!!!...ngan cinta je manusia bole berubah..nice laa nadh!..keep writing okay..nnti mana laa taw bole jd novelis pulak ke lepas ni..
~hehe..nnti buat novel..bole dapat free x?..=P~

pwincess Lov3y dOv3y said...

setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknyer.
nice sharing.
dpt something dari cerita nie..
thanks,:)

::Miss Hearty:: said...

niceee story !!
terasa kesedihan tu :(
good job.all the best^^

YAYA AZURA said...

bagus cerita ini..halan cerita pun simple je..tapi ada supprise..ada peringatan disitu..kita tak tahu bila ajal kita..org yg sakit pun masih panjang umurnya ..

Nour Akmal said...

gud job nadh..
dpt hasilkan cerpen mcm ni..
sy sendiri masih tak dpt nak hasilkan cerpen..
cite yang bgs..penuh dgn perasaan..
teruskan lg ek..=)

Asyieq-iN Rkey said...

100 luv letter..criter yg suweet..best bile ending xdpt jangke cmnie..baru xcliche kan...like2..=)

scha said...

tahniah nadh! citer yg sangat indah . . . kalau ad background music lagu sedeyh mesti nanges nie.. heehe.. apapun congrates yaa! hope ada lagi cerpen-cerpen yg menarik untuk dikongsi .. :)

fRaMe+LenSeS said...

Sunah :: ya boss. bbaloi ka ni? hehehe

Dek Nazzs :: maceh dik. membaca.. :)

Kiera :: ye betoi.. tau takpa. :)

Miss Ran :: hihi.. nt nadh usahakan ya. :)

Nusha :: hihi.. maceh kamu doakan Nadh. :)

Qaseh :: maceh kamu.. besa2 ja.. baru blajaQ ni. :)

Eyfa :: nangis? hurmm.. maaf la ye..

GreenApple :: Alhamdulillah.. tuan belog sehat.. maceh2.. :))

Zaleta :: maceh kamu.. terima kasih. Nadh akan usaha lagi. ;)

Ferdaus :: next episode? hehe. Nt la ye.. :)

Keroro :: terima kasih Keroro. :)

fRaMe+LenSeS said...

Izzat :: maceh sebab baca sampai abeh. :) betul tu..suma memang dalam kuasanya.. DIA Maha Menentukan. :)

Cik Purple :: sedih jugak la camni. :)

Wahida :: insyALLAH, Nadh akan usahakan. jadi lebih puitis lepas ni. Maceh kamu. terharu ada komen. :)

Fauzan :: terima kasih Fauzan. maceh sgt..

Ca :: tu la.. dah ajal kan.. nk wat cmne.. dah ditentukan kan..

Haslinda :: huu.. jgn la ngs kamu.. :) maceh tau.. terima kasih. :) Nadh akan berusaha. terharu ni kamu cakap camtu..

Ain :: uishh... T.T terharunya..

Lulu :: baru lagi la Lulu. hehe. :)

Aremir :: terima kasih kamu. Nadh akan berusaha.. :)

Ain :: maceh sangat kamu.. Nadh terharu ng pendapat kamu.. T.T

fRaMe+LenSeS said...

Miss Addin :: maceh kamu.. :) mendalam ae? hehe

Cik Pulau :: nak tisu. nah.. hehe. :P

Kak Shida :: maceh kak. :

Nisha :: ye betul, jodoh ajal n pertemuan ditangan ALLAH kan?

Cik Najihah :: Maceh membaca.. :) Nadh akan berusaha lagi..

Miss Qaseh :: hehe. amin2.. doakan la ye. :) tapi Nadh wat seronok2 ja.. hehe

Pwincess :: ye betul kamu. alhamdulillah la kalau dapat sesuatu dari kisah ni. syukur..

Miss Hearty :: maceh kamu..

Yaya :: betul kalau da ajal, nak wat camne kan?

Nour :: maceh kamu. nadh akan usaha lagi.. nasib ja ni kot.. hehe

Asyieq-iN :: hii.. iea di malam hari ni kamu.. :)

Scha :: hehe. toi jugak tu. Nadh baca balik ng lagu sedih, sebak jugak rasa.. ;)

IZYAN KAHER said...

sedihh .. sobsssss ~ :'(

tapi the plot memg ohsem ouuu ! :D

Amalina said...

Panjang dan menarik kalbuku ;)

NuSaNa NoSa 91 said...

kita hnya mmapu merancang.. tp perancangan DIA melebihi segala-galanya.. huhu~

sedihnya.. mmg org xsuke sad ending, kn?? tp, dlm dunia realiti, benda tu la yg biasa terjadi.. T_T

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

Tahniah Nadh (=
menarik. Suka dgn ending dia.

Percaturan Allah itu maha hebat kan? (=

AMIRA NADIA said...

cerita kamu sangat mendalam..terbaik :))

jemput juga baca cerita saya .)

http://ieranadiea.blogspot.com/2011/05/kapal-terbang-kertas.html

ta seberapa..cuma nukilan dari sang hati..

AMIRA NADIA said...

cerita kamu sangat mendalam..terbaik :))

jemput juga baca cerita saya .)

http://ieranadiea.blogspot.com/2011/05/kapal-terbang-kertas.html

ta seberapa..cuma nukilan dari sang hati..

mira.... said...

menarik...bkat pnulisan yg hbt..trus mnulis taw

udin said...

peh! tabik lu brader! mmg ada bakat jadi novelist.. keep it up.. gua support lu..

iLa suHaiLa said...

Nadh terbaekk!!! msti boleh ke depan lgi dgn crite yg lebh baek..

sedih Nadh..kate2 tu ost drppd citer nikita kan..kamo terbaekk..chayok2!!

ainol akasyah said...

sedih dan tersentuh baca kisah nie..rasa seolah2 sy yang berada dalam cite nie sebab nama sy pun ain jugak

arima kamila said...

Salam, tq sudi jenguk KALAU INGIN BELAJARLAH! ;)

100 Letters of LOVE ..> best!

Setiap orang pasti ada rasa dan daya utk berubah,.dan yg paling penting rasa dan daya itu digerakkan oleh yg MAHA KUASA.

teruskan menulis, mungkin dari situ kita sama-sama dpt belajar 'something'.:)

Salbiah Zakeri said...

best best...

sal ade satu suggestion...
kalau nadh ade buat cerita lagi, sal rase nadh perlu buat cerita nadh ade sambungan..contoh part 1, part 2, etc...sebab kalau nadh buat panjang2 cmni takott readers bosan nak bace...sal just nak bg pndpt je..huhu

btw, cerita ni memang best...ade bakat..ehee...

Eza Boom Boom :) said...

sedih la :'(...Huhu...Ajal kita x dapat nak jangkakan..Karya yg menyentuh hati.Tahniah Nadh!

juicy X said...

NICE abg nadh!!1 idea sendiri ka ni???amazing!

miss inna said...

tahniah inna ucapkan kat nadh sbb bjaya wat storyline yg bgus. teruskan la dgn karya2 yg seterusnya. bg inna cerita nie bgus sbb nadh selitkan pgajaran & nilai2 ketuhanan. so, kiranya nadh memberi ilmu yg baik kpd pembaca..gud job gurl:)

genkconer said...

best..teruskan menulis ya..
bakat yg ada jgn dipersiakan ^_^

Golden Rose said...

wow...its nice....teruskan usaha anda...best of luck

lyana said...

disebabkan lagu kenangan saya ~lagu st12 saat terakhir~ saya ta berganjak tok bace cite nie...nangis woooo....huhu...sedeyhnyerw...

Fiizya Aurora said...

wow menarik citer dier...gud luck..

Si Penconteng said...

nadh, fiqa suka dengan cite yg mcm ni...crite yg tak disampaikan direct....best2...klu boleh, nak lagi sedih sikit boleh tak? hihiihihi...

p/s: one of my dream is to make such a story like you did... :D

fRaMe+LenSeS said...

Izyan :: maceh kamu.. :)

Amalina :: panjang sangat ae? huu

Nusana :: betul tu.. kita tak suka sedih kan? tapi hakikat dalam idup mmg begitu..

Izzati :: salam. :) maceh kamu.. :) setuju ALLAH mencaturkan y terbaik buat kita.. :)

Amira :: niec one from you. Nadh suka. :)

Mira :: maceh kamu. :) akan dusahakan.. :) moga ALLAH izin.

Udin :: maceh bradder. :) terharu ada support macam ang. :)

Ila :: kate2 yang mana ae? maceh ila sokong Nadh.. :)

ainol :: hihi.. maceh membaca.. :)

Arima :: Amin2.. mga2 ya. :D

Salbiah :: sal, maceh na bagi pendapat kat Nadh. insyALLAH akan diusahakan. :)

Eza :: maceh kamu.. setuju, ajal pertemuan di tangan ALLAH kan, DIA izin, jadi la. :)

Jusiza :: idea abg la cheQ.. :)

Miss Inna :: maceh Inna.. maceh support Nadh.. akan berusaha lagi lepas ni.. maech tau..

Genk :: maceh kamu.. insyALLAH..

Golden :: maceh kak. :)

Lyana :: ngs? ooopss.. maafkan Nadh..

Fiizya :: maceh kamu.:)

fRaMe+LenSeS said...

Fiqa :: maceh fiqa. Nadh akan usaha lagi. insyALLAH di masa depan akan ada lagi kot.. doakan Nadh ya.. n to fiqa maceh membaca.. :)

Ly_Tulip said...

baru bekesempatan tok bace...

Wah~ nice stori.... menarek.. tp, agak tetipo ngan ending...igt si pompan tu yang akan meninggal.. skali laki tu...besh la...

keep it up... :)

Epy Zhafri said...

sgt mnyentuh hati..
satu penulisan yg bgus..
truskan usaha.. =)

p/s: tisu da habis, trpkse pkai towel.. towel lak kne perah berbaldi-baldi..huhu.

fRaMe+LenSeS said...

Ly_tulip :: maceh kamu.. :)

Epy :: yo lahh tu.. perli ka apa ni..ahahaha :P

miss ladybirds said...

^^ nice one...x cuba hantar karya but dalam bentuk cerpen pada karangkraf??do let me noe if ada lagi entry kamu mcm ne ya

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sedih ceritanya..kalau dapat dituliskan isi surat 1-99 sikit-sikit lagi terkesan di hati..jd bolehlah kita baca luahan hati badrul..

btw dulu sy pernah singgah sini baca cerita kamu simpan hati dekat gadis depan rumah yg suka siram bunga tu..yg mcm berbalas entri dgn blog lain (blog kiera sakura kut) tu..yg bersambung²..yg akhirnya mereka berdua berkahwen..itu cerita benar ya?

k.h.a.l.i.l.a said...

wahhhh... best, betul sgt2 best cite ni. teruskan usaha. mana tau lepas ni boleh tulis novel pulak. cume kalau part die ade tulis surat tu dinyatakan lebih awal mungkin lagi best. contohnya hari pertama die jumpe ain dh dinyatakan die ade tulis surat untuk ain. ^_^

p/s : ini cuma pendapat peribadi saya semasa sy baca crita ni. gud j0b nadh. ^_^

Sally Yatiey said...

Nice ! Penulisan yang bagus .
Cerita ni pulak sedih .
Tnamun jalan ceritanya menarik sebab siap tulis surat lagi kan dari hari pertama tu sampai ke 100 , menarik .
Lagu tuuuu betul2 sedehhh ;(

Goodluck yeah !
Hihi ^.^

zaly said...

Cite ni dah bleh buat drama ganti sinetron....

logorithm said...

Sedihnya... boleh buat Cerekarama nih...

Entri terbaru --> Dua Ringgit

Marcella said...

best..sedih sungguh..cerita kena betul dengan lagu ST12 tu (betul ke)..tahniah..

Tumpang lalu, nak jalan-jalan..

aQim said...

menarik jln cerita ni..
jrg2 sy nk mmbce cte cm ni..
ttbe boley tlyn plak..
hehehe..:))

kirani+mia said...

best sgt cte ni..sedih..huhu..nice job nadh..:))

Novelgurl said...

best=) drpdnya kita dtg kpd-Nya kita kembali.tak kish spe pegi dlu..kita pun bakal mnyusul sme ..redha saja.

jln cite best dh cume pnggunaan bahasa je x bpe rsenya.alala.

piouspdosh said...

Subhanallah..Cerita yang indah..Penceritaan yang menarik. Bagus2..Keep it up =)

eyn @ efujy said...

wahhhh~~~cerita ni agak sedih n menarik...huhu~~
datang kunjung balas...

Ninie Dora said...

waahhh best laa cite ni...
congrate :)

MiEyz pUtrI sAljU said...

nice! luv it.. ^_^

Cik Nyza said...

sedey..wuu..sob sob...
thumbs up for u...
lepas ni leh tulis novel lak..hehe

btw, thanks jenguk blog sy.. :)

Lieya said...

Tahniahhh... penulisan yg sangat menarik sampai org boleh rase ngan hasil penulisan kamu Nadh. Lepas ni boleh kuar novel, hehehe...

fRaMe+LenSeS said...

Miss Ladybirds :: insyALLAH sekiranya diizinkan, Nadh akan maklumkan kamu..

Rina Avail :: cik Rina, ehh. tak adalah, tu cuma entry colaburasi saja. tade pape aih.. hehe

Khalila :: maceh kamu. Nadh akan mengusahakan nt, yang lain plak. maceh menegur n memberi ilham. :)

Sally :: maceh kamu. :)

Zaly :: eh ya ka ni? hehe

Logotithm :: hee.. maceh kamu. :) cerekarama islamic leh tak? tade pegang2.. :)

Macella :: betul tu kamu. mmg lagu st12. pandai kamu teka. :)

Aqim :: terima kasih kamu. Nadh terharu kamu cakap camtu.. :)

kirani :: maceh kirani. :)

Novelgurl :: umm.. leh terang tak camne nak ubah n improve, Nadh tak pandai cam kamu. newbie..

pious :: maceh kamu.. :)

eyn :: selamat mengunjung. maceh datang. :)

Ninie :: maceh kamu..

Mieyz :: thx for luvin it. maceh sgt..

Nyza :: hehe. maceh. insyALLAH.. :)

Lieya :: maceh lieya. terharu kamu cakap camtu. syukurlah kalau terkesan ng penyampaian. maksud sampai la cerita ni. :)

CiK LiYzA ^^, said...

dats wut we called de p0wers of luv~can be interpret in many ways..

fRaMe+LenSeS said...

Cik Liyza :: nak wat tak paham.. tak bercinta.. :P camno tu? hehe

intan suraya said...

waahh.. tahniah.. best citer.. mmg b'bakat.. kalo menulis lg,nanti mesti blh buat duit nie..hehe

fRaMe+LenSeS said...

Intan Suraya :: ehh. maceh. :) kamu jugak. :)

Zul Fattah said...

ada bakat... nice... keep it up..

~cik emmie~ said...

sebuah kisah yang sweet & sad...

teruskan menulis...:)

Muhammad Iqbal said...

Alhamdulillah sudah membacanya,
anda ada potensi sebagai penulis insya-Allah,
Satu saja yang terdetik, adakah ini kisah benar??

Raja Ellysya said...

waaaa...na nanges..da nges dah pon :'(
ooppss.teremo pulak,

btw,u got da talent!keep it up! :)

Afiqah said...

Ouuhhh...sedihnya nadh...alalala...

abyway..best crita..nice writing...
keep it up nadh!..:D

fRaMe+LenSeS said...

Zul Fattah :: terima kasih kamu. :)

Cik Emmie :: maceh. insyALLAH, selagi ada hayat, selagi ALLAH kurniakan Nadh dengan ilham.

Iqbal :: maceh kamu. ehh tade la. ni kisah fantasi Nadh. wat sndiri ni. :)

Raja Ellysya :: la.. shian kamu.. maafkan Nadh.. T.T

Afiqah :: maceh kamu.. :) akan usaha untuk permajukan lagi skil y ada.. insyALLAH. :)

♥misz nana♥ said...

WOW... SANGAT MENARIK.. BAGUS SANGAT CERITA NI.. JALAN CERITA YANG MENARIK.. MESEJ2 YANG BAIK PUN ADA SELIT DALAM CERITA NIH..

NICE.. SELAMAT BERKARYA :D

Jay said...

Alhamdulillah..gaya penceritaan.susun atur penceritaan semua bagus..boleh kadi novelis ni..hehehe..

Pak Syahot said...

sedey sgt bce kesah ni....keep it up..nice writing... =)

FyNa said...

subhannallah.. sungguh tragis cerita ini...

syieda said...

^_^ nice job..

Honey Barney said...

pehhh...mmg sedey...
pandai mengarang...
good job:)

nanie zainudin said...

ya Allah..kisah benar..sedihnya..seyesly... semoga arwah Badrul dicucuri rahmat Allah...amin..

nadya e-man said...

besh! shuke sgt...tersentuh hati...thumbs up... =)

hanim azhari said...

best!! suka2..klu ade mse tulis la lagi ^^

Ini Kisah Tia said...

ini cerita betul ?? PLEASE bagi jawapan dekat blog Tia ...

Contest dan Segmen - Janganlah Over

Sarah Sayuri Hartnett said...

speechless

:DD

abg Nadh ke?baru prasan,,,,....huhu

Dayana AZ said...

best sgt :'). satu per satu dayana baca ni smpai habis , tak jemu . huhu.. keep it up !

cik ungu said...

waaa..so sedih..tp cik ungu suka sangat..cik ungu suka ending yg sedih..sebab,hidup bukan senantiasa gembira kan..:)gud job ye..perbaiki lagi untuk menulis dgn lebih baik..:)

fRaMe+LenSeS said...

Misz Nana :: terima kasih kamu. :)

Jay :: maceh kamu.. doakan Nadh ya. :)

Pak Syahot :: maceh kamu. :)

Fyna :: tragis ae? huu..T.T

Syieda :: maceh2..

Honey :: sedih ae? hurmmm maceh ya kamu..

Ninie :: ehh tak la kamu.. ni rekaan ja.. :)

Nadya :: maceh kamu .. thumbs up kat kamu jugak. :)

Hanim :: insyALLAH kamu. ada peluang Nadh wat lagi.

Cik Tia :: ehh.. ni rekaan Nadh ja. :)

Sarah :: Sarah mana ni? huu..

Dayana :: maceh Dayana membaca.. maceh sangat.. :)

Cin Ungu :: kita geng.. Nadh suka y sedih jugak. :)

Farrah yong said...

best . nak happy ending pulak ;)

SYAF said...

YA ALLAH sYaf Yang Dah BerJanji Tak Akan MeNagis Lagi Ttp JUGak Menitiskan airmata bila baca karangan dari anda.... Cukup2 teRasa... BENar JUa Kata ORAng Kalau KITa MemBaca SerTA MenGHayaTinYa...nescaya kita akan merasa berada didalamnya..setiap RASA yang terjadi pasti dapat dijiwai... TeriMa Kasi KERana BerJaya Membuat AirMata SYAf gugur..

kheeyu tohid said...

love it so much...sy pon penah ilg org yg sy syg..T____T

pha is said...

nice story... tapi nk tnya skit, cerita ni ader kaitan x dengan komik karya "kouru"... hehehe... sbb jalan cerita nak sama sikit...

Faris Adli said...

panjangnya entri ni..tak boleh ke pecah2 kan2 kepada beberapa entri?

anismelon said...

sedey la..nice try..leh masuk peraduan kat remaje toh..

jom bace anis punye lak..dah lame tulis..and publish 4 da 2nd time..rajin rajin bace lah and bg komen yup...:)

http://anismelon.blogspot.com/2011/06/sampai-menutup-mata.html

Hafiza Ishak said...

wah..dekat mata ni dah ada air bila baca...
ehm good2... Keep it up :)

n jom follow balik.sy blogger baru =)

zana said...

sedihh... =(

tapi best...sgt menyentuh hati..huhu..best sangat... tahniah nadh.

and thanks komen dekat blog saya.=)

fRaMe+LenSeS said...

Farrah :: insyALLAH, akan diusahakan plak nanti. :)

Syaf :: ehh.. nadh mtk maaf Syaf.. tak sngaja wat kamu ngs.. maaf. maaf..

Kheeyu :: sabar tau kamu.. ini kan susunan ALLAH, DIA Maha Tahu apa dia wat untuk kita.. :)

Pha is :: ehhe.. betoi la tu.. :) adaptasi ja, tapi dijadikan cita n diubah ending.. :)

Faris :: umm.. akan diusahakan untuk pojek seterusnya insyALLAH

anis :: hihi.. tak berani la kamu.. apa la sgt hasil Nadh ni.. :)

Hafiza :: huu.. maaf jugak kat kamu..

Zana :: maceh kamu. ala kita kan geng2 blogger.. hehe.. :)

pha is said...

patutla.... hehehehe... tapi ok la... bnayk jugak yg diolah... hehehe

fRaMe+LenSeS said...

Pha is :: hhihi.. maceh kamu. maceh membaca :)

pha is said...

sama2...('',)

لئيبة said...

sedih..huhu...
kecik2 dah pandai bercinta ya..:)

♥~c!k wAnNy~♥ said...

sedih laa....
nice cite nie...
pndai la...b0le wt n0vel...

pengemis cinta~ said...

salam ukhuwah dik..;) nice story..setiap yang hidup pasti akan mati.tapi masanya rahsia Dia.bila Dia kata KUN FAYAKUN, tidak dapat diundur,ditahan, ditangguh walau setengah saat, PASTI terjadi..

sememangnya adik berbakat..teruskan penulisan untuk manfaat bersama k..setiap kita akan ditanya apa yang disumbangkan untk umat diSANA nanti..semoga pena adik bermanfaat untuk Islam.yang penting niat.may Allah bless us..ameen..;)

fRaMe+LenSeS said...

لئيبة :: hihihi. cerita ja. :)

Cik Wanny :: hehe. maceh kamu.. amin2. :)

Pengemis Cinta :: maceh kak. amin2. sama2 la kita mendoakan. adik pn harap hasil adik terkemudian nanti dapat adik selitkan unsur2 peringatan dan bermanfaat untuk islam. maceh menyokong adik. :)

aufa_rissa said...

dtg jgk sini akhirnya..tq dtg ke blog sblm ni..=p Honestly,best n tacing Nadh citer..ada bakat besar ni, boleh kembangkan lagi..nnti jd penulis hebat r.. ameeen..=)

Pijisketch said...

manly tears :')

terharu membacenye, best2!! >,<!

skemaituehot said...

akhirnyer...dtg jugk sini....permulaan yang baik.....100 letters of love + 100 pucuk surat cinta....apakah yang tertulis...nak tau!

Hafidz said...

selamat menyambut ramadhan al mubarak...semoga kita mendapat 1001 keberkatan..amin:)

Nana Miyuki said...

buang masa pada 1ramdahan dgn melayari frame n lenses ni terisi jg masa aku,,ihiks..

nice bro!

nur79 said...

sdihnya cte nie..mla2 ingatkn pmpuan yg mati tp last2 laki yg mati..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA