Followers

Thursday, 2 June 2011

Alasan untuk satu perjalanan. Alhamdulillah.

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh syukur sebenarnya hari ni. Banyak yang ALLAH nak paparkan dekat Nadh n pertunjukkan dekat Nadh hari ni. Mulanya adalah, Nadh masuk kerja lewat, tapi yang manisnya, Nadh dapat masak dekat rumah, jadi dah selesai makan malam Nadh, n sambil tu dapat jugak Nadh merasa sup panas-panas.. (hihihi.. sangat taleh blah kan? Boss call tanya ada mana, cakap ada dekat rumah, nak masuk lewat sikit, la ni kan cuti sekolah boss, jadi nak masuk lewat la sebab nak tgk kartun.. )

Tu baru 1, yang keduanya. Hari ni boss call tanya sal ada dekat mana tu sebab nak mintak tlg Nadh ambilkan air kolah masjid. Nadh cakap dekat dia, kawasan ni tade kolah la abg, dia cakap tak dapat kolah, dapat air paip pun jadi la, Nadh cakap la, ada plak, orang nak wat ubat mana nak pakai air paip, pastu tetiba ALLAH ingatkan Nadh tentang masjid Nadh dok p solat Jumaat tu. Then Nadh pn masa nak mai keja, lalu depan Masjid tu, tengok-tengok tadak orang. (nak amek kena la mintak izin kan? takkan nak amek macam tu ja). Teringat plak, mungkin masa ni (pukul 11 lbh) orang tak ada sebab lum waktu solat, jadi Nadh wat keputusan nak kembali waktu solat Zohor satgi. 

Mai waktu zohor, Nadh pun nak keluar, tengok-tengok tayar moto pecah. Dah kena tolak motor ke kedai tayar, nasib baik la dekat, leh ja Nadh gamble naik motor tu. sampai dekat kedai, tengok dah kul 1:25. Nadh tinggalkan abg dekat kedai tu, n berjalan kami p Masjid tu. (kena berjalan la, nak naik motor tayar pancit, n lagipun dah azan pukul 1:14 tadi. Nadh gagahkan jalan kaki.kalau tak nanti, nak mintak izin dari sapa). Alhamdulillah, walau cuaca panas, Nadh tak rasa panas (mungkinkah ini perlindungan ALLAH? tatau nak kata. apapn syukur).

Di Masjid, rasa tenang sangat. Seriously.! Lepas solat, Nadh cari pakcik surau dan mintak izin, dia kata, amek ja la, Nadh ucap terima kasih, ambil air kolah masjid masuk dalam botol, n balik. Apa pun kan, Nadh rasa syukurlah, mungkin ini satu cara ALLAH nak panggil Nadh ke Masjid berjemaah solat Zohor. Sememangnya terbaik apa yang ALLAH susun buat Nadh. Nadh syukur, dan gembira sangat.. Alhamdulillah..

Ibarat kata seorang sahabat, 
"Itulah ..tanda kasih Allah tiada bertepi,sayang Allah janjiNYA pasti..."


9 comments:

maszmadi said...

alhamdulillah, Allah sememangnya menjanjikan sesuatu yang baik untuk umat yang mengingatiNYA..

Sunah Mohammad said...

alhamdulillah... Allah permudahkan urusan... bersyukurlah, akan DIA tambahkan nikmatNya...

Muslimah Optimis said...

part tengok kartun tu tak boleh blah ok..hihihi.. apa pun percaturan Allah itu adalah yang terbaik untuk hidup kita..alhamdulillah

cik AngguR said...

roy...tingat akukt masjid yg salu aku p...MASJID SHAH ALAM yg byk mengajar aku erti kehidupan ~

haslinda said...

Alhamdulillah... Allah menyusun perjalanan kamu dengan baik... ;)

Miss Ran said...

wah nak ngis rasa

betapa indahnya perjalanan

berapa ramai ade kat msjid td ye

'CikMimiEy' said...

Allah S.W.T sentiasa ada tuk hamba2 nya antara kita sedar atau x menyedari akan nikmat dariNya saja . Alhamdulillah , diberikan prjalanan hiduo yg baik . moga sentiasa mndpt rahmatNya.. insyaAllah ~~

anismelon said...

Allah tahu niat kite baik..Allah akn sentiasa permudhkn urusan kite selagi niat kite btl..:)

fRaMe+LenSeS said...

Maszmadi :: tu la. alhamdulillah.. syukur sgt. :)

Sunah :: yup. syukur alhamdulillah.. ditambahkan nikmat.:)

Aimaa :: Sangat terbaek weyh.. hihi. :)

Sue :: the best kan? T.T

Haslinda :: syukur.. Nadh syukur sangat..

Miss Ran :: tadi rasa dalam 2 saf ada la.. :)

Cik Mimiey :: mendoakan kamu juga ya.. amin2.. :)

Anis :: tu la, dia tau niat kita kan, dia bagi sedikit kemudahan. syukur..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA