Followers

Monday, 31 October 2011

Kita, Angry Birds, MARAH?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang ni ati munga-munga sikit, tapi lebihnya kepada hati kartun. Sebenarnya semalam lagi dah terfikir cerita ni, tapi biarlah hari ni Nadh kongsi pasal ini ye. Moga-moga kita boleh juga basuh sikit hati ni kan? Jauhkan dari menda ni.

Topik petang ni adalah BURUNG MARAH a.k.a Angry Birds yang orang dok memain tu. Lama dah kita kenai dengan game ni kan? Tapi petang ni Nadh nak kaitkan karektor burung marah ni dengan Anger, atau kemarahan yang dibawa dalam game ni dan semestinya kita yang berada di dunia sebenar ni juga.

Mula sekali adalah burung merah ni. Burung ni macam dalam game juga, tak ada keistimewaan apa-apa. Macam kita kat luar ni, marah, tapi marah biasa-biasa sahaja. Tapi tak bermakna tiada apa-apa ya, marah itu api dan api itu syaitan, jauhkan lah diri dari marah.

Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk  (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)


 
Burung kedua ni. Burung biru. Peel dia, sama macam kita yang dekat luar ni. Mula tak marah, tapi bila dah marah, satu per satu kita keluarkan, Maksudnya simpan peluru, bila dah marah tu, habis semua peluru kita tembak, maksud, dari kisah atuk, nenek, sampai ke cicit piut semua kita keluarkan waktu marah. Tak baik tau buat macam ni, nak marah, marah la, tapi jangan la berkait-kait dengan semua. Yang tak berkenaan pun kena sekali, tak seronok la kan? 




Burung kuning. Kemarahan melulu. Macam juga pergerakan dia dalam game, cer kita renung balik, kita marah macam tu ka? Tetiba terus meluru ke arah yang kita marah tu, entah-entah dia salah ke tidak, tapi kita terus meluru kat dia, macam orang kata tu, "serang tak ada helmet", macam ni la, main nak marah ja tak ketahuan.

Burung Putih. Jenis lepas bom, lepas tu hilang. Ada juga orang spesis ni, marah-marah, lepas tu dah lega, terus dia berlalu. Baik juga orang spesis ni bila marah, dia marah kejap ja, dah dia lepas geram dia, dah dia sejuk. Ini spesis kedua marah, cepat marah dan cepat sejuk.


Burung spesis hitam. Ini spesis bom atom. Bila dia dah meletup. Apa pun tak dapat. Kalau dalam dunia, golongan ini paling orang takut, sebab bila dia dah marah, bak kata orang utara, "se duit pun tak guna".  Memang kena sungguh-sungguh dia 'serang' kita. Bahaya ya orang ni, pada yang spesis ini, kena lah tegur hati tu, jangan cepat marah, meletup sangat, sebab tak baik untuk kesihatan.



 
Yang terakhir. Burung Hijau. Spesis boomerang, spesis marah berkali-kali. Marah-marah, bila teringat ja, dia patah balik. Pusing-pusing kot situ juga. Spesis berbahaya ni, sebab ni spesis marah tak berhenti-henti, cepat marah lambat sejuk, ini spesis golongan paling Rasulullah tak suka. jadi sila jauhkan ye.?


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW yang maksudnya:  ”Berwasiatlah kepada ku."

Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.
Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..”  (Al-Bukhari)

Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.

Firman Allah s.w.t. "Orang-orang yang bertakwa ialah orang yang berinfak (bersedekah) baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Al-Imran : 134)

Jadi kenapa kita harus marah-marah?


Lain mengenai MARAH. : 
Artikel Al-Islam Mengenai Marah.
Golongan Manusia yang Marah.

18 comments:

JIJI YU said...

kemain lg review ek..terbaik..

FasiHaH SupiaN said...

peringatan yg berguna...suwit je kait dgn angry birds tu. tapi ade betulnye gak....peberet games nie.hehe

SHAFIQ HASHIM said...

Nie Kaki Angry Bird Nie..Haha

ROROI said...

Aku nak burung raja udang...ada? hahaha

azwa amani said...

angry birds ni comel sangat....thanks nadh..satu pandangan yg bernas bagi amani..

CIK PARO! said...

siap buat research lagi,,
menarik.//

jejaricokelat said...

terasa macam adik burung putih tu . hehehe

mas saari said...

terbaiklah!!
harap2 kita tak jadi macam angry bird ye.. cuba kawal rasa marah dengan wuduk dan solat!

risa said...

pandainyaaaaaaaaaaaaaaa....sangat2 tersusun lah dear...ai like sejuta kali...weeeeeeee
takmo marah2 eh...cepat kedut2

mikro_kokus said...

menarik.....idea yg kreatif... membuatkan pembaca tidak merasa jemu untuk memebaca ^_^

Operasi Hitam said...

nice entry.. :D

msredcheesecake said...

msred main game ni pun jadi marah2 sbb tak lepas2...

fRaMe+LenSeS said...

Jiji :: terima kasih bro. :D

Fasihah :: ehhe. suka jugak game tu. ehhe

Shafiq :: tahu pn. kamu camne?

Roroi :: ang amek burung belatuk dah la. :P

Amani :: terima kasih amani jugak. :D

CIk Paro! :: ;) nakw at cita kan. kna la research sikit2. :D

DIk Niaa :: alhamdulillah. ok la tu. cpt marah cpt sejuk. :D blajar jadi lambat marah plak. :D

kak Mas :: setuju kak. moga2 la kan kak? :D

kak Risa :: ehehe. baekk kak adik. :D maceh like entry adik. :)

mikro :: ehhe. ya ka ni boss? terharu aih.. komen ni. maceh .. :)

Operasi Hitam :: maceh. :)

Msred :: ehhe.. toi jugak la. kekadang satu2 stage tu susah la sgt.. cam Nadh skg ni la. ahahaha

Iffah Afeefah said...

Jiran cpt mara cpt sjknye

Rozuan Ismail said...

org kita ni kadang2 marah x bertempat.sensitif sgt

IQ = Iez Qis said...

waaa..fakta yang menarik!

sergeant keroro said...

thumbs up! :)

Along Usop said...

okeh along tak penah sampai level boomerang... gugugugu...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA