Followers

Saturday, 22 October 2011

Menegur, mencegah, mendidik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selamat petang readers. Tugas Nadh belum selesai disini. Tapi Nadh tatau nak buat apa dah. Jadi Nadh nak kongsi dengan readers tentang teguran.

Teguran ni pada Nadh penting dalam kita memperbetulkan sesuatu yang kita rasa salah dan perlu untuk kebaikan. Akan tetapi manusia ni, ada banyak juga spesis, ada yang susah tegur, ada yang tak boleh tegur, ada yang dengar cakap. Jadi bila kita menegur ni, perlulah gunakan kebijaksanaan kita semasa proses kita nak buat teguran tu.

1. Bila yang ditegur itu seorang yang keras, senjata kita adalah teknik. Kita kena menyelami dia, baru proses itu dilakukan perlahan-lahan. Kebijaksanaan itu penting, ibarat api yang disejukkan, dipadamkan menggunakan air, kiranya api dijadikan senjata, maka maraklah dia.

2. Yang ditegur itu lembut, kuat tacing. Untuk ini, kita perlu jadi lembut jugak. Tak boleh nak jadi singa sebab dia susah jalan dengan cara ni. Silap silap memberontak. Kan lagi susah kita nanti? Macam tisu, kita kasar hancur la dia, tapi kalau perlahan lahan kita tarik, pasti selamat kan?

Dalam menegur, bijaksana itu kuncinya, ada masa perlu keras ada masa berlembut. Terlalu lembut jawapnya rosak, terlalu keras membawa benci.

Zaman dahulu, cikgu diberikan kuasa mengajar, salah boleh hukum, macam Nadh dulu, pernah aja dirotan depan kawan kawan. Dah nakal kan, nk buat macam mana. Malah, banyak cerita Nadh dengar, kerana hukuman itulah yang buat budak tu jadi 'orang' sekarang ni, bukti menghukum itu prlu dalam mengajar. Dan juga itu satu bentuk teguran.

Lembut yang keterlaluan merosakkan. Tak perlu terlalu dimanjakan. Kelak hanya susah. Bukti didepan mata, anak anak zaman sekarang, baru tegur dah lari dr rumah, baru rotan dah nak saman, akhirnya? Bagaimana mereka hendak dididik? Bila semua seakan betul? Sedang mengingat dan menegur itu perlu.

"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada ALLAH. " (Al-Imran : 110)


Note :: hari ini menjadi penanda aras kepada masa depan. Jika hari ini diberat dengan teguran, insyALLAH hasilnya baik dan memberangsangkan, sekiranya berat, mungkin berat jugalah jadinya nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

Iffah Afeefah said...

Br marah ecah huhu

Rozuan Ismail said...

wan suka entri ni nadh.dalam menegur kita perlu kenal org yg kita nak tegur. strategi dan teknik perlu ada agar proses menegur tu berjalan lancar dan berjaya

aimie amalina said...

huuuuuu
susahnye nak tegur org
takot
=.=

kiera'sakura said...

menegur dgn berbudi..
yg ditegur tak sentap,
yg menegur tak kelat =)

mas saari said...

teguran biarlah membina, janganlah mengkritik dan mengutuk!

aizamia3 said...

dulu, cukup takut kalau kena marah @ rotan dengan cikgu.. yelah.. malu dengan kawan2.. :) tapi takdelah memberontak sampai nak pukul @ rosakkan barang cikgu tersebut.. sebab perasan hormat tu masih ada.. macam kita hormat pada ibubapa kita.. ;)

sekarang.. cara tegur tu dah betul tapi orang yang kena tegur jenis besar kepala.. aduh.. kita pulak dimarahnya.. nila etika dan perasaan hormat tiada dalam diri susah.. :(

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: Cik De ni garang la.. :P

Wan :: a'ah kan? babit ati ni. kena main strategi cket. hhihi

Aimie :: mmg susah pn. :)

Kiera :: ayat amek mana tu? kelat tu bukan untuk makanan ka? :P

Kak Mas :: betul kak. setuju. :D

Kak Aizamia :: setuju kak. takut kan? moga2 kita tak macam tu la.. isau anak2 kita nt..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA