Followers

Tuesday, 8 November 2011

Persepsi kita vs mereka

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Maafkn nadh ya readers. Dah beberapa hari dah Nadh x update entry. Dan maaf sgt juga pada syg Nadh ni sebab lama x bersembang dengan dia. Shian dia.

Malam ni Nadh nk bercakap cakap soal persepsi kita. Selalunya adalah perasaan buruk sangka kita ni. Sebab kita terlalu mudah menghukum si pesalah walaupun selepas mereka berubah. Tiada sokongan tapi penuh dengan cacian, prasangka, malah double standard golongan ni.

Nadh akui mereka pernah buat salah. Tapi kan, bukankah dari salah tu kita belajar jadi yang lebih baik? Ambil contoh, masa kita kecil dulu, kita belajar berjalan. Tapi bukan terus pandai berjalan. Kita jatuh, kita tersembam, pastu x kurang juga yang terluka, malah yang tertinggal parut sebab kejadian tu.

Relate balik pada mereka. Sama tak dengan kita? Susah susah akhirnya berjalan juga kan? Jadi jangan kita pandang jahat sangat, tapi prasangka baik sedikit, kesilapan itu mengajar kita yang x reti supaya akhirnya berjalan lurus.

Note :: mereka yang bersalah ini, yang dalam penjara contohnya, pun dah belajar mengenal sejadah, mengerti maksud taubat, tapi yang konon baik sangat ni, nk sujud menghadap Tuan sekelian alam pun susah. Persoalan nya, betul ka kita baik?baik sangat ka??
Published with Blogger-droid v1.7.4

5 comments:

Raisya Haris said...

Saya tak baik, tapi saya selalu berusaha jadi yang terbaik! (:

mas saari said...

betullah Nadh, akak setuju!

lagi2 orang yang suka pandang serong pada mereka yang berubah dari pakai tudung ke tak pakai tudung... lagi dikutuknya! patutnya berilah kata2 semangat sebab dia dah berjaya berubah kan?

kiera'sakura said...

bg peluang dan ruang tuk mereka

aimie amalina said...

setuju sangat!
kita insan luar
diri kita pon tidak mampu dinilai dgn mata sendiri
hanya Allah yang mengetahuinya

tambah lagi mahu menilai orang2 luar di sana kan..

Iffah Afeefah said...

Kita sape nk judge org kn

Buta+Pekak+Bisu=CINTA