Followers

Monday, 28 February 2011

"Saya Bangga Ada Ibu"


Thanks to KSP sebab Contest nih.. Nadh nak join..
tapi nak ubah cket tajuk untuk entry ya..
kalo pgl ibu feel kurang, sebab Nadh pgl Mama.. ;)


"Saya Bangga Ada Mama."

Saya Bangga Jadi anak Mama.
Saya takkan lupa satu masa dulu, Saya pernah down sebab pelajaran.
apa pun tadapat.. masa tu memng sedih la.. tengok kwn2 sukses.. kita hampeh..
tapi satu hari, saya dapat tawaran belajar, kali nih saya study betul2 dan sukses.
Mama tak pernah tinggalkan saya.. hari-hari Mama akan call dan tanya kabar..
Setiap kali nya dia akan bagi semangat kat saya.. Hasilnya, Setiap sem saya dapat pegang Anugerah Pelajar Cemerlang.

Masa ni masa paling sayu dalam hidup saya.. bila Mama cakap..
"Abg, mama nak bagi duit kat abg, mama takdak duit, tapi Mama leh watkan untuk abg Chocolate Cake kesukaan abg.. abg nak makan apa abg gtau kat mama. tu ja Mama leh bagi kat abg"
Masa ni saya ng serentak nya berasa sayu
(sekarang dok mencoret ng penuh Feel rindukan mama sebab tingat saat tu.. mula berketakkk..)

Mama terbaek.. tadak leh ganti Mama.
Doakan saya Murah Rezeki.. sebab saya berniat bawa semuanya datang tinggal bersama saya di sini.. Biar saya susah untuk depa, jangan depa susah untuk saya..
Saya nak jadi Harta Paling Bernilai buat Mama, iaitu Anak Soleh yang mendoakan dia..
Saya sanggup wat apa saja untuk Mama, Ayah n Adik2 saya..
Sayang Depa sangat!!!



pic terlatest saya n Mama, amek masa raya Cina hari tu.. Dekat Putrajaya. datang sini atas permintaan Mama.. ;)


p/s :: Depa paham bagaimana anak Mama nya saya..
ASYЯAFUĿ Naim
Armalisa
Nadzli

Nak Join ka? sila Click kat SINI

Saya bukan Talkative la.. Chat-kative ja

Saya bukan Talkative la .. Chat-kative ja.. :p

buleh tara tu?
ada orang kata, saya talkative.. tapi..
dia kenai saya pn melalui dalam chat ja pn..
dalam blog, dalam FB..
buleh ka chop saya talkative.. :p tapi tatau la.. yang mengenali nak kata apa..
pada yang da jmpa tau la..
tapi kan.. nak pjm sat power Autism leh dak? cakap tak tgk mata..
jalan sikit2.. leh ka? (debishhhh.. :p )

persoalannya sekarang.. chat-kative ng talkative ni.. leh ka disamakan? agak2 yang cakap banyak tu.. dia banyak chat dak? ha.. jawap2.. :p

"Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest"



♫ Program macam mana korg nak terbitkan? (cth talk show, reality tv, drama bersiri etc).
semesti nya la reality show. kisah reality hidup manusia kat dunia yang fana nih..

♫ Nama Program tersebut
"How to Be a Matured Man " aku nak Papa Khai n Ady yang jadi Host.

♫ Kalo leh terangkan sikit konsep program itu
program dia.. konsep reality show.. macam besa la kan.. ala-ala imam muda cket.. konsep dia nak terang kat cni.. aku nak program tu pilih mat-mat dadah, mat gian, mat rempit, yang mana orang kata rosak jiwa nih.. didik dalam program ni.. aja camna nak jadi manusia berguna, yang mana nt satu hari pasti membuka mata masyarakat, depa ni pun bukan la tak guna sgt.. tapi still leh diubati. ;)

♫ Station Tv mana yang korg nak siarkan?

ikutkan aku, satu dunia aku nak siar.. agak2 leh dak curi sat satu jam kat ESPN ka dekat CNN? masyuk weyh.. satu dunia tengok.. :p


Ok...yang nie kira bonus..Bagaimana korg nak tarik penonton korg???

meh aku nak senarikan kat cni.. mula sekali, nama pn reality show kan? yang paling hampeh pn ada orang sokong, orang nak undi, nak tgk.. ni program suci murni macam aku.. takkan tak tgk kan.. kat situ, nama reality show tu pn da angkat nama program aku nih.. pastu :
1. panggil suma blogger wat review pasai cita ni.. sapa tak wat.. jgn ngaku diri rakyat Mesia.
2. aku akan guna kosa Adi sebagai staff kat Media Prima
3. aku nak guna kosa macik Aima. sebab dia cekgu kat Taska.. dia kena brainwash budak2 paksa mama papa depa tgk cita nih..
4. aku akan gunakan kosa macik Naniey, sebagai HR untuk paksa staff-staff tempat keja tgk cita ni.. tak wat kena potong gaji..
5. dan yang terakhir. Kosa Papa khai sebagai sorang trainer dalam Kem untuk paksa budak2 bawah dia ikut.. sapa tak ikut nt kena buli lagi teruk.. :p
6. FB kan ada.. apa lagi..guna la medium nih..
7. Guna ikon2 masyarakat. kita ada enchik ben ashaari kan, redmummy kan. panggil la depa jadi undangan untuk blogger. kita ada ikon imam muda kan.. pgl la dia..ada artis poplar kan.. pgl la jadi undangan.

note :: idea asal dari kejadian Mini-Gath petang kemarin. hanya depa yang mengetahui. manusia yang mai semalam ja yang mengerti.. maceh to mr. cool atas sebab menjadi sumber inspirasi. :p

p/s :: Hari ni last. nak join ka? sila Click kat SINI

Memilih Idola

Assalamualaikum..
tu dia aih.. baru hari ni ingat nak wat entry nih..
sepadannya aku wat entry ni masa hari tu..
masa Maulidur Rasul hari tu.
tapi baru hari ni ingat..

mengenai memilih Idola..ramai hari ni memilih idola yang salah..
rasa aku betoi dak? yang jadi ikutan tu adalah....Artis, Pelakon, Penyanyi..

sedang ahli2 masjid, iman2, yang mana sepatutnya menjadi ikutan tu,
langsung tak glemer untuk dijadikan Idola..

Ada 3 Zon dalam menjaga anak sebenarnya..

Zon Kasih Sayang. - ni zon paling kritikal kata orang putih MOST CRUCIAL one.. saat ni mula dari time mula nak berjimak ng isteri smpai lah ke kelahiran Anak n anak membesar di zaman kanak-kanak. SANGAT penting ketika ini la ibu bapa menegur, apa kesalahan anak. dan dididik dalam keadaan yang baik. Apa yang kita didik, apa yang kita ajar, apa yang kita beri kepada anak, tu la akan anak kembalikan kepada kita insyALLAH.. jangan la keja nak peluk Mak ja.. anak tak pulak.. jika pada masa ni didikan betul, insyALLAH ketika zon kedua nanti,takkan ada masalah. Anak dalam perut tu leh dengaQ tau apa mama dia dok dengaQ masa ngandung.. coba2 la dengaQ ngaji sllu masa ngandung, mana la tau nt anak da lahir pandai ngaji, suka kepada Al-Quran.. tadapat byg.. sangat besh.. ;)

Zon Kritikal - nama kritikal. sebab memang kritikal, tapi dari segi lain la. sebab masa ni kerosakan berlaku jika didikan pada masa Zon awal tidak dititikberatkan. zon ini dari umurnya 8-15tahun. pada time ni la patut ditegur dan di perbetulkan mana tak betoi tu. sebab kalau tak amek berat. nanti da masuk zon ketiga.. susah dah.

Zon Bebas - mula dari umur 16 ke atas. masa ni da mula beranjak remaja. susah sikit la nak tegur kalau tak amek tau dari zon sebelum ni.. anak- yang terlalu dimanjakan.. memang dah tak makan saman time ni.. caya la.. pendidikan awal, kalau tak diamek berat, susah la bila da smpai tahap lagi tinggi.

Paling terbaik adalah mengambil yang terbaik sekali menjadi contoh ikutan. semestinya la Rasulullah.. sebab sifat- baik dia tu.. memang takleh nak lawan la.. dia terlalu baik dengan orang sekelilingnya.. rasa takyah la aku nak cita kan.. ampa suma pn sedia tahu.. tapi tu la.. kita hidup amek pengajaran dari yang baik-baik sekeliling kita..

kata Ustaz dalam slot ceramah sebelum Jumaat hari tu, kita ni macam komputer, apa yang diinstall, tu lah dia yang ada dalam diri kita. sama macam hidup ni.. kalau hari2 kita dengaQ lagu, yang merapu2.. macam tu la kita.. tapi kalau kita bina dri dengan alunan ayat-ayat suci AL-Quran, ngaji, kita pn akan terikut2 dengan menda tu. macam kata ustaz, orang yang macam tu, tak sedar pn bila sesekali dia dok sorang-sorang, tatau nak watpa.. sunyi.. tak sengaja dia akan mengaji Quran,ayat-ayat hafal dia tu akan dia alunkan.. ni la manusia yang dah berjaya install program ni dalam diri dia..

Note :: hal baik tu memng la susah nak wat.. tapi tak mustahil kan?? ;))


My First Mini-Gath

Mini-Gath Pertama Blogger KBU di Klang Valley dekat Taman KLCC.

whoaaa..
tatau nak kata lagu mana la..
seronok la..
maceh kat Aima, Naniey, K, Papa Khai n Ady.

mula tu jumpa cik Aima. dia la yang tegur aku.. selepas aku pusing tingkat bawah KLCC tu cari RotiBoi. nak tegelak pn ada.. nak sekeh pala pn ada.. sebut suh cari kedai ni.. aku pun pusing, pusing dan pusing, dia kata kedai ni.. last masa jumpa tau dia kata apa?
"kedai ni mmg la kedai bakery, juai roti, salah satu roti yang dia juai tu roti boi la.. "
padahal dia tatau kedai ni memang nama kedai Roti Boi.. duii cik aima.. :p

pastu jumpa Cik Naniey, dia mai dengan body guard, enchik K. enchik K ni anak angkat ibu dia, merangkap abg angkat dia jugak la.. just nice 2 orang ni.. n bgs jugak dia ada teman nih.. ye la.. bukan dekat UKM n KLCC ni.. (bagi aku la, untuk depa tatau).. tapi still datang jugak, n berteman, bgs la.. apa2 senang ada orang backup.. ;)


then, Papa khai, Mama khai (Kak As) n depa punya 2 Princess, adik Qurratul Ain n adik dia. Aleesya tak silap nama. Papa Khai n Kak As sangat sporting.. gaya santai2 ja depa ni.. seronok tapi cam segan jugak, pasai aku mmg tak cover (hahaha.. oopsss.. ) then 2 adik badik ni.. Ain sangat comel dan pemalu.. dia nak ja mai dekat kami, tapi pemalu.. tak larat nak panggil.. dia wt dunno ja.. nak amek gambaQ lagi la.. kita ajak amek gambaQ dia.. dia amek gambaQ kita balik. (hhihi).. lepas tu baby 2 bulan 6 hari ni.. owhhh.. dia tidur sangat comel weyh.. aku paling suka time dia tengok sesuatu n dia ralit tgk menda tu.. secara otomatiknya Pipi akan dikembungkan.. comei weyh.. comei.. n dia suka bersembang.. aku cakap ng dia dia balas balik.. besh nya weyh.. besh dan besh.. dan besh... ni masa depan leh jadi lawyer ni.. byk cakap cam aku.. (ehh.. aku lawyer ka..? :p )



last kedatangan enchik Ady.. ohoooo.. baru tau semalam upanya dia ni tak sehat.. padan la diam semacam ja semalam.. abamm Ady kot. depa kata dia abamm. so maksud Nadh pn kena panggil abamm jugak ka? (hahahaha.. debishh.. debishh.. :p ) okeh2.. dia ni sangat pendiam okeh.. dan gaya dia tu.. seyes cool. mmg la aku kalah (KALAH TERUK bak kata macik 2 orang nih).. gaya cool tu depa kata perlu.. untuk NAMPAK MATANG.. adui laa.. me tak reti laa.. tapa2.. nt jadi studeng Papa Khai n Enchik Ady la.. dalam rancangan "How to Be a Matured Man ". :p


ni sorang kawan baru yang kami jumpa semalam. acik ni n anak dia.. sebabnya kami p lepak satu tempat ng dia.. asal nak p situ, tapi ada couple dok romen dalam tu.. so dia da p leraikan depa 2 dari menyemakkan mata yang nak tenang2 di hujung minggu. last depa p dan kami mai. dia tanya, kami suma ni family ka..? tapi last pas dia tau kami berkenalan bermula di Blog, terus dia mintak info apa suma, nak add dalam FB, n blog. cam nice ja kan? orang pn seronok dengan kita.. ;))


and last one la.. pic reramai.. sebagai menghormati permintaan seorang sahabat, imej2 dia terpaksa dikeluarkan dari tiap pic ni..



Apa pun, thx again pada semua yang hadir semalam. walau tak ramai mana pn. tapi meriah.. maceh tu cik Aima n cik Naniey sebab banyak cakap. maceh jugak pada enchik K sebab selalu sokong Nadh. juga pada enchik Ady n last pada Papa Khai pasai banje KFC n bagi Adiah. to mama khai jugak sebab sporting.. kami appy sangat.. Semoga ALLAH merahmati perjumpaan kita semalam.

Saturday, 26 February 2011

Apabila ada yang bertindak balas..

rasa nak gelak pn ada..
tapi seriously speechless la atas apa yang jadi..
sebab dah ada orang sound2 aku..
tak puas hati sebab ada perubahan kat aku..
kononnya aku tipu la..
padahal.. aku wat sebab suka suki saja..
tadak apa langsung..
SEBAB DIA.. aku tadak hati langsung kat mana2 buat masa nih..
jadi wat tatau ja la.. men suka suki ja..
PLUS. aku memang taleh kena cabar kan.. so layan ja la..
BTW im losing nothing pn kan kalau wat menda ni suma..
AND SALAH HANG JUGAK keyh.. ang jugak la yang start kan..

mngkin yang bertindak tu.. sebab rasa aku tipu kan..
takpa la.. aku tipu ja la senang, bila aku cerita takmau percaya..
aku nak terangkan tamau dengaQ..
apa-apa sajalah keyh..
n aku sangat kecewa bila orang yang aku mtk tolong bleh buat main plak kan..
takpa2.. ikut suka la kan..
masing-masing ada masing-masing punya cita, punya pangai..
aku tak marah langsung..
buat la apa ampa suka keyh..

AKU HIPOKRIT!!!!
Aku kuat menipu!!
Aku jahat!!
Aku kejam!!!


sekian memaklumkan untuk negara..

Khutbah Jumaat :: Bertakwa

Mengenai kepentingan bertakwa kepada ALLAH..
khatib kata :: inilah ungkapan yang paling kerap diulang.
setiap Jumaat akan diulang 2x.. tidak kira lagi bila kita dalam majlis Agama, pun akan diulang berkali2.. tandanya betapa pentingnya kita ini bertakwa ke jalan ALLAH SWT.
ini adalah kerana, hanya dengan jalan Takwa sahajalah akan dapat membawa kita ke arah yang lebih baik , juga dengan Takwa jugalah kita akan dapat mendidik, Anak-anak kita, ahli keluarga kita, jugak jiran-jiran dan masyarakat untuk bertakwa kepada ALLAH.

mula nya mengenai Mukjizat Rasulullah SAW yang dikurniakan ALLAH , di mana Rasulullah mempunyai mukjizat untuk bercakap mengenai masa depan yang kita tidak tahu. dibuktikan apabila pada ketika itu, Rasulullah berkata yang Rome akan jatuh. pada ketika itu, semua pakat dok kata dekat Rasulullah yang dia adalah pendusta kerana pada ketika itu, ROme berada pada zaman kemuncaknya. (Surah Al-Ruum)

hari ni khatib bercakap mengenai Hadis ini.:
mengenai wanita yang berpakaian, tapi sepertinya mereka bertelanjang dan mengenai, golongan pemimpin yang kejam,ibaratkan seperti lembu yang menggoyangkan ekornya, kekiri dan kekanan, sedangkan dia sendiri tidak sedar kemana yang dipukulnya ekornya itu.

Dari Abu Hurairah :: Bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)


hari ni khatib bercakap mengenai Hadis ini.:
mengenai wanita yang berpakaian, tapi sepertinya mereka bertelanjang dan mengenai, golongan pemimpin yang kejam,ibaratkan seperti lembu yang menggoyangkan ekornya, kekiri dan kekanan, sedangkan dia sendiri tidak sedar kemana yang dipukulnya ekornya itu.

Pertamanya mengenai golongan pemimpin yang kejam. mentadbir dengan akta, dengan segala undang-undang kononnya sedangkan perkara2 berkenaan tidak sama sekali bertepatan dengan Hukum Hakam yang termaktub dalam Al-QUran yang mana ini yang ditetapkan dan dimahukan oleh ALLAH. samalah seperti lembu yang mengibaskan ekornya sedang dia pun tidak tahu ekornya itu dilibaskan ke mana.

kita, sebagai hamba yang mengaku cintakan Rasulullah, adalah dilarang menyokong orang yang zalim, mendekati mereka, malah cenderung kepada golongan ini. sesungguhnya ALLAH melarang kepada kezaliman, dan mengharamkannya, maka siapa dari kita yang menyokong atau cenderung kepada golongan ini, adalah sama seprti mereka dan ditakuti akan turut sama disambar api neraka dek kerana itu.

Sabda rasulullah s.a.w:
“Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan),jikalau tidak berkuasa hendaklah dengan mulut(menegur), jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman”.

kata khatib, yang disebutkan dengan hati itu, bukan setakan mendiamkan diri, tapi itulah dengan menjauhi mereka dan tidak menyokong mereka.

Pkara ke2.adalah mengenai golongan perempuan yang berpakaian , tapi bertelanjang, iaitulah golongan yang memperagakan tuuh buat tatapan orang. berpakaian, tapi pakaian yang KETAT, yang menunjukkan bentuk tubuh, (ayat kasar saya, nampak abeh yang mana toek, yang mana tegang yang mana kendur, abeh nampak la,,)

dalam hal ini, seperti yang diatas tadi jugalah, tidak akan berlaku jika AL-Quran dan As-Sunnah dijadikan pegangan dan dititikberatkan dalam mentadbir, juga atas kata Takwa tadi juga, kita akan lebih "alert" dalam hal ini. sebab, kita dapat lihat sendiri sekarang, ada sahaja fesyen Muslimah (kononnya), tapi fesyen yang mendedahkan aurat, ada fesyen muslimah, tapi tangan baju pendek jugak, tudung atas dada judak, tudung tu men tekup atas rambut ja, sama ja la macam yang lain, kat cni, leh tgk sendiri la, yang mereka sendiri tidak serius dalam usaha memuslimahkan pakaian wanita.

Ibu bapa juga mempunyai kepentingan yang besar dalam hal ini. pemikiran, "depa muda lagi, depa kecik lagi, takpayah tutup aurat lagi" ini perlu dibuang jauh-jauh dari pemikiran. kerana dari ibu bapa sebenarnya soal takwa dan hal aurat ini bermula, sebaiknya adalah dipaksa dalam menjalankannya, (tapi bukan secara membabi buta la, tapi secara berhemah) . Kalau tidak, sampai bila pun kita akan jumpa, ibu yang bertudung, ayah yang berkopiah, tapi anak, masih dengan pakaian yang ketat-ketat yang tidak menunjukkan muslimah yang sepatutnya menutup aurat seperti yang disyariatkan.

apa jalan kita, apa perbuatan kita di dunia ini akan dipertanggungkan di akhirat satu hari nanti. sekira nya masih lalai dan tidak ambil kisah perkra ini nanti, kita akn ditanya dan dipertanggungjawapkan atas hal ini. "Setiap org tidak akn dbebankn kcuali dari hasil usaha depa sndiri. Hasil dari amalan dan usaha depa sndiri." , dan tidak menjadi tanggungjawap mereka lagi seteleh mereka telah berusaha untuk berdoa dan menegur keluarga yang berada di bawah tanggungjawap mereka, hal ini dapat dilihat dari kisah Nabi Nuh dan anak-anaknya yang menolak ajaran ALLAH yang dibawanya. Nabi Nuh telah dimaafkan dan dilepaskan dari kesalahan anak-anaknya kerana telah mengambil tanggungjawap menegur mereka.


Moral dari diatas adalah, sebagai ibu bapa, pendidikan anak-anak tersangatlah penting. maksud saya dari segi hal Pendidikan Agama. WAJIB kita melengkapkan mereka seawal permulaan mereka, dan dari diri kita sendiri juga, jika kita pn Haru, camna kita nak bagi depa jadi baik kan.
ibarat kata dia bawah .
"anak adalah seperti kain putih, kita yang mencorakkannya, jika hijau yang kita letak, maka hijaulah dia, biru dari kita, maka biru lah dia.. segala bermula dari kita"


Friday, 25 February 2011

Ayah Aku

Asalnya dah nak tidur.. ngantuk sangat ni..
badan rasa letih sangat.. mata pn da taleh nak angkat..
tapi taleh nak lelap smpai la aku cerita dalam ni..
AKU BUKAN TAK SAYANG AYAH..

mungkin la percakapan aku tak keluar ayah..
tak dinafikan suma ni..
tapi kat luar.. kalau bercakap sal kisah LELAKI.
memang cita ayah akan keluar..

aku banyak kali sebutkan kat kawan2 aku..
AYAH sorang yang sangat melindungi anak2 dia..
aku TAKKAN lupa.. camna tegasnya AYAH marah aku n adik sebab kami main bola..
camna AYAH keras tanak anak2 dia sakit.
camna marahnya AYAH bila anak2 disakiti..

pernah aku ceritakan kat kawan2..
bila aku mtk duit kat AYAH nak beli kasut bola..
AYAH tak bagi..
"hampa seronok main bola, hampa taktau kawan AYAH berapa ramai main bola, urat kaki putus, sapa nak bayaQ..? kalau main kat luaQ negara tapa la depa jaga, ni kita? sapa nak jaga? nak bayaQ? "

aku takkan lupa la menda ni..
tapi bila aku cakap nak men badminton, sepantas kilat, malam ni mtk, sok pagi da ada duit atas meja AYAH tinggal..

aku juga tak lupa..
camna AYAH belikan motor pertama kat aku..
dia cari motor paling SAVE MINYAK. dan paling TAK LAJU untuk aku..
aku takkan lupa.. camna ayah berleter kat aku..
"nak naik motor kena pakai kasut, jangan pakai sliper"
aku ingat AYAH..
kalau nak keluar tu, walau dekat AYAH wajib pakai helmet..
pasai ni aku selalu kena tegur.. sebab aku mmg tak rajin nak pakai helmet bila keluar.

aku ingat AYAH takkan bagi anak2 dia sentuh motor dia..
selagi kami tadak lesen..
AYAH sangat jaga kami.. aku tak lupa tu suma..
sebab tu bila aku ada kereta.. aku tgl ja, sebab AYAH nak pakai ng Mama..

banyak leteran AYAH yang ada dalam ati aku.. aku tak lupa la..
malah aku jugak ada letak ringtone kat enpom aku lagu kumpulan Aeman - Di Pondok Kecil.
lirik dia cita pasai sapa? pasai Seorang AYAH..

paling aku INGAT..
AYAH la manusia yang tak lelap tidur bila anak2 dia kecil satu masa dlu.
dia la yang bangun tengah malam ciapkan susu, bila kami jaga tengah malam sebab Mama taleh jaga terkejut nt Mama sakit.. aku tak lupa semua tu.. aku tekad dalam diri, aku nak jadi anak soleh, yang menjadi harta AYAH n Mama bukan sahaja didunia, tapi yang membawa doa untuk AYAH smpai bila2..

Aku SAYANG AYAH!



[Jilid 4] My Appreciation :: Nadh Review Blog Kamu

okeh.. im ready.. sebelum p solat jumaat nih.. nak siapkan review Jilid 4.
nih untuk sorang sahabat yang baru kenai juga.. he's just nice..
dia gtau aku semalam, dia jugak la yang tadak Skandal dalam nih..
tapa2.. sat na.. Nadh kasi skandal kat ang.. ang ekjas la noh..
kalo beran wat la.. add IN A RELATIONSHIP cam Nadh wat.. hahahahaha..

okeh2.. kita risik dulu.. dia mai kat mana.. ..

haaa.. ang lari dari medan perang ya.. hahaha.. tadak la.. dia p minum2 ng kekawan.. depa call ajak dia p minum la.. ;))

nama pacik nih... Mr. Angah..

blog yang diinspirasikan dari kaler ijau (duii ramai noh pakai kaler ijau.. )
dan kata kata tema dia "Hijau Itu Bumi Tuhan" tu bertepet kat Header kaler ijau berlatar belakangkan pokok n juga gambaQ pacik ni yang emmsemm lagi kacak.. sapa2 mau. aku yakin.. baek ati nih.. sapa nak.. sila tinggalkan nama dan Link keyh.. nt Nadh tlg ekjaskan kat ampa na..

cakap sal blog dia.. pacik nih.. suka toi la kat kaler ijau..
ampa tak caya.. ampa leh baca kat post nih..

cita pasai enchik Jerung (nama mamat dalam gambaQ nih) yang da ditukaQ p kat kaler ijau.
dari pengamatan aku.. pacik nih kenan sungguh dengan ijau dan jugak menda2 ber-engine nih.. sebab ada jugak beberapa post dari dia.. yang membabitkan Motor dan Kereta. antaranya.. Tips Menjimatkan Petrol dan Tips penjagaan Piston dan Valve. so meh la layan page dia. dapat manfaat jugak kan.. padahal aku haram tatau apa sal engine suma nih.. hahahaha..


okeh.. yang ke2 plak nih..
Mood : nak mengkenen2kan depa 2 nih.. jum tgk.. jum tgk..
sapa dia manusia tuh...laa.. mana angah nih? nak suh teka..
iskhh.. lambat.. tunjuk terus la..
nah.. masa mula2 dia amek peranan dalam drama 2 hari..


Meh Nadh nak kenaikan..
nama dia.. Nora Amila Ghazali..

blog yang ceria.. wana dia cantik.. seyes terpikat la tgk..
kreatif la pemilihan kaler dia.. (jeleshh.. :p )
seyes cantik.. blog dia..
cantik.. (duii. da berapa kali da gtau.. )
ha.. smbung balik la. lagi satu.. header dia ni mmg style kot..
kata-kata masyuk dia "With Love" tu.. penuh ng gambar muka dia..
heran toi.. camna dia wat ya.. seyes sempoi.. kagum plak ng macik yang follower da 657 nih..
ramainyaa.. rendah diri plak rasa.. kita apa pn tarak. tapi dia.. da ramai siot.. ;)

post pertama waktu Nadh p jenguk page dia yang nih...

nak tegelak la.. sebab ada orang wat muka kecian nak tengok Merak kembangkan ekoQ dia..
hahahaha.. tapi Nadh bagi idea suh p kejaQ Merak tu dia tamo.. cuba tgk la.. nt mesti kembang ekoQ.. tapi kalo kena serang.. tak jamin la.. hahah.. besh la jugak baca pengalaman dia p melawat ladang nih.. ng cita dia p menimba ikan.. weyh.. yang nih besh sangat.. Nora.. bila nak bawak Nadh p nih.. nak jugak~~


Hohooo..selesai dah 2 nih.. more to come after this.. ;))

Cinta Yang Tak Pasti


hari ni dalam mood putus cinta kat opis nih..
dari semalam lagi.. sorang opismate ni dok berjiwang tahap dinasour..
minggu lepas sorang yang lain..
putus cinta., putus cinta.. putus cinta lagi..

nak gelak pun taleh.. nak kata apa pun taleh..
sebab ni perasaan yang fitrah, yang mana semua mahukannya.
tapi disebalik fitrah tu, tak ramai yang pasan tentang hakikat sebenar cinta yang manusia semakin agung-agungkan sekarang nih.. malah sanggup berbunuhan, sanggup berbuat apa saja untuk pastikan cinta tu dalam genggaman..

bukan mengutuk, jauh sekali menghina, tapi ni apa yang sedang hangat dalam masyarakat kita sekarang.. kalau kita ushar tengok cita Hindustan, leh tengok la.. yang "LOVE RULES".. apa saja yang betuhankan cinta nih akan menang.. malah boleh plak la sound tuhan sebab tak bagi kebenaran atas cinta tu, last2.. tuhan amek ati, pastu kasi depa punya cinta tu menang.. bila tengok memang la nampak kisah cinta kan.. tapi isi dia tak baik untuk tatapan kita. aku tak sangka, zaman sekarang.. cerita yang punya elemen macam ni da menusuk dalam masyarakat kita. kalau sapa-sapa ada tengok slot drama skang, depa mesti pasan menda ni.. si Ibu yang menghalang, di abaikan, lepas tu dipersalahkan sebab tak restu cinta depa.. ralat sangat la rasa tengok macam ni..

melihat dalam media massa kita sekarang, hampir setiap hari kes lari dari rumah dilaporkan. n yang menariknya, most of them lari sebab mengikut kekasih. tu tak kira lagi kes yang tidak dilaporkan. mengucap aku.. aku sedih membaca nya.. hati rasa sakit..

ha.. tu dia aih.. panjang nya la kisah mula tu.. aku berkenan toi satu post tu yang dikongsi oleh seorang sahabat.. mengenai rasa cinta tu.. yang mana kata dia ;

Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

aku tambah lagi.. betoi.. memang sungguh pun.. aku sndri satu masa dlu pernah alami situasi nih.. aku tak nafi la.. sat dia tuh, sat dia nih.. tapi benar.. kita takkan kahwin sebab kita jatuh cinta, dan saling mencinta, tapi berkahwin dengan JODOH kita yang dah ditetapkan ALLAH. buleh ja nak p ramai mana pun.. tapi last2.. sama ja.. ALLAH pertemukan kita dengan orang yang akan bersama kita bila kita dah jadi yang lebih baik. dan sebaik tiba saat tu, bila dah jumpa orang nya.. kita lah yang terbaik. kita yang paling sempoi la dalam hidup. segala kekurangan itu pasti akan ditutup dengan kebaikan kerana sedar kita adalah part kepada dia.

Jadi pesan kepada diri sendiri dan yang membaca khasnya, jangan hidup terlalu diberatkan dengan Cinta Yang Tak Pasti ni.. kerana cinta bila tiba masanya, akan hadir dan masa tu, hidup akan diserikan.. tanpa kita sedari. kenapa tidak kita mencari Cinta Agung yang Pasti. yang mana hasilnya akan diberikan kepada kita di dalam Hidup Abadi kita nanti..

wallahualam. yang kurang tu dari aku. ALLAH lebih mengetahui.




Thursday, 24 February 2011

[Jilid 3] My Appreciation :: Nadh Review Blog Kamu

haa... baru balik dari bank..
gila toi tgh malam p bank.. tapi selamat.. kawasan tu orang ramai..
pastu tgk aku y selekeh tahap gaban, pencurik pn ta lalu nak mai.. hahaha
okeh la.. okeh la.. malam ni nak wat part III plak..
sapa pulak ya kali ni... haaa... tau tah..
since manusia ni spesel dalam ati suma manusia dalam Kami Blogger Utagha
aku wat keluaran Khas.. dia konker la sorang2 ruang nih malam nihh.. ;))

Meh check sat.. babak mana dia mai..
Aku nak letak babak paling lawak skali aku rasa dalam cita kisah drama 2 hari tuh..


Tadaaaa~~ kenaikan.. skandal aku dalam KBU. Macik GKSB..

kata2 sempoi macik nih..dalam blog serba Pink dia..
"Senyum Mau maneh"
nak sokong la.. tapi taleh nak maneh sgt la.. sat susah..
jadi macam aku.. manis sgt.. p mana2 ada nyamuk.. konpem la kena kenduri..
tu la taleh tu.. maneh2 ni kan.. :p

ha nih dia post pertama aku baca kat blog macik nih..
juga merupakan comment pertama aku dalam post dia..
dan juga la permulaan jodoh aku dengan Kami Blogger Utagha.


bawah ni aku kasi satu post aku suka dalam tempat macik nih..
cita dia pasai Kami Blogger Utagha.. macik ni kata, dia da ada obat nak ubati stress dia..
memang besh kan.. hahaha.. buleh plak la macik ni p letak Borang Agensi Jodoh..
Yang Penting Gaji kan.. ? ;p


Apa yang aku pasan kan.. banyak la post dalam ni sekarang pasai Kami Blogger Utagha..
nampak sangat la ampa suma tu sangat berharga bagi dia..
pastu tadi.. ada jugak satu Video dia tuh.. nangis siot..
memang nampak la ikhlas dia gembira ng ampa suma..
so Nadh nak pesan.. jaga la ati dia keyh.. VVIP Kami Blogger Utagha..
tadak dia.. tadak la kita suma kat dalam nih.. so hargai ati dia..
hargai ati suma.. tamo gaduh2.. tamo majuk2 (ehhh.. ehh.. debishh.. :p )

Doa Buat Yaya

Baru ja dapat pic adik..
Pic Yaya kat spital..
duii.. sedih plak rasa.. cyg ku ini ta sihat..
pastu abg dia taleh nak balik p tgk..
pasai komitmen kerja n komitmen study..
tapi tak kira la..
kalau dalam minggu ni tak kua jugak dari wad..
konpem la.. malam isnin ni jugak aku balik p tengok..
kawan2 kuh syg.. kita doa Yaya ku syg ni sehat ye..
amin2kan doa aku.. pasai aku syg Yaya aku,. :'(


Yaya combong.. abg wat video call tamo cakap.. geget satgi baru tau.. :p


pic ni wat rasa nak ngs pn ada jugak..yaya nampak lemah.. muka mandom ja.. alaa.. shiannn kat syg abg.. ;(


kat mana la dia dok pose nih.. iskhh.. mai ng adik ni.. ada2 saja.. suma tempat dia amek gambaQ..

Note :: rasa rindu n isau kat Yaya.. arap Yaya cepat sembuh n kua hospital.. ;(

[Jilid 2] My Appreciation :: Nadh Review Blog Kamu

Assalamualaikum....
Part 2 coming up.. tadaaa~~
sapa nak menjadi mangsa nih..
pikiaQ sat.. haaaa.. tau dah...

kali ni Nadh nak kembaQkan 2 orang nakal nih..
depa ni kuat menyakat nih.. mula nak letak adik nih.. (adik ka? :p )
tapi tapa.. kita letak Chief dia dulu..

Sapa tu? mai kita tengok babak kemunculan dia..
(dia ni banyak nih.. dia la mula dulu.. kan nadh da ilang sehari.. hahaha.. tapi Nadh paling tatahan dia kata yang kat bawah nihh)


meh Nadh Kenaikan.. Aimaa Nur Shameera


ni Post pertama dia yang nadh baca.. n da watkan Nadh terus follow page dia..
Nadh susah cket nak follow2 ni.. tapi Isi dalam dia tu tak wat Nadh tak teragak2 nak tekan FOLLOW.. bagus la ada kawan macam nih. mengingatkan.. smpai ada satu lagi post dia tu.. cakap sal Follower Anon- (bkan macik Anon okeh, tapi Anonymous) yang mana dia ta kesah pn sal diikut ka tak, tapa la ada silent readers, yang penting info sampai..




ha.. nih sorang lagi..
Adik Partner in Crime nih..
2 geng nih aktif toi sakat Nadh.. smpai ke hari ni.. tapa2.. sat ampa...

Babak kemunculan dia.. ;


Blog nih milik Adik Syakira Yaakub


Nadh Suka Post nih... tapi post ni khas untuk seteru Ira (peremuan lahh) :p
pasai.. info dia besh.. dia nak cakap, JADI LAH DIRI SENDIRI..
takyah nak susah2 blajaQ nak tiru orang len.. tade maknanya..
macam Nadh sllu percaya, "we are Very Special in our own way"..
jadi takyah susah2 nak tiru la.. rugi la.. :p


Ayat pebret Nadh dalam cita dia nih.. tapa kamu. nt Nadh post ayaQ na.. perigi da ada.. timba da ada.. mai la Nadh jadi ayaQ.. leh ka? :p


Note :: maceh tau.. moga ALLAH lindung kamu kamu semua tau.. termasuk 2 kawan nakal Nadh nih.. :)

My Appreciation :: Nadh Review Blog Kamu

As an appreciation to all of them kerana menjayakan Drama siri I & II kemarin.
Nadh nak review cket la blog depa.. tau dah Nadh ta pandai nak cita citi ni kan..
tapi takpa la.. anggap ni sebagai adiah ye.. sebab menyerikan idup Nadh.

Okeh.. kami nak review blog pacik-pacik nih dolu..
pasai depa laki.. sat p review blog pempuan ampa kata Nadh biased plak kan..
no. no. no.. tak kasi chance ampa nak kata apa.. :p
jadi sebagai permulaan. Nadh amek 2 blog per Post untuk Nadh review..
1 blog pacik. 1 more macik.. buleh ae?
jum3.. ;))
mula tu nak letak penglibatan dia dalam kisah Drama 2 hari tuh..



Okeh.. kenaikan. Pacik ni adalah Adi Suda..
nih dia.. Header nih dia baru wat.. comel ya.. amek pic kanak2 sekali ng kamu ya.. hihi..

Blog kaler itam biru ni.. ala-ala ceria la.. kaler dia cun..
biru muda ng itam tu masuk ja..
kira leh lawan la kaler pebret aku, itam oren.. ;)

nih plak post pebret Nadh masa masuk mjenguk2..
suka toi ng post ni sebab, orang kata kan..
Pempuan nak sesama ng Laki nak seiring sejalan kan..
tapi laki pn tadak la kurang tara mana pn..
Adi membuktikan.. LAKI PUN PANDAI LIPAT KAIN LA..
jadi, rasa leh dah jadi calon suami ni..
mana Grpren dia nih? mai puji laki hang.. :p


Sila Kelik Pic untuk Cerita lengkap.


Number 2. Nadh kenaikan.. macik nih plak..

babak ni dia pekena Nadh.. kenot go toi.. buleh plak la p korek kat My blog p cita kat Wall KBU.. kantoi la Nadh wat cita dalam tu.. hahaha.. debishh.. debishh..


Nadh Kenaikan.. kak Adish Shida..
apa Nadh tau.. Adish tu adalah terbalik Shida.. anyway, sedap nama tu.. creative..
sebab tu orang len pgl kak Shida. nak pgl cik Adish jugak.. ;))

kalau yang tadi tu kaler itam biru, yang nih kaler merah hati (kot.. buta kaler cket.. :p )
menarik jugak kaler ni.. mungkin still baru dalam bidang ni.. jadi ta jmpa byk lagi blog.. tapi kaler dia menarik.. buat ati tingin nak explre lebih dalam ni.. rasa nya dia nih pun da agak lama dalam field nih.. post pertama pada April 2009. dan pengikut setia da jadi 326. ramai jugak nih.. segan aihh. nak campoq orang kenai ramai nih..

Nih plak post dia yang Nadh suka n kenan..
pasai persiapan berinai adik Cik Adih hari tu..
nak tegelak pn ada jugak.. keras badan la nak tunggu menda tu kering..
inai tu.. haahaha.. cam lawak pn ada..
well cik Nadh tapenah plak la tengok menda tu..
dlu2 pakai kat tgn ja.. ni kaki tgn.. (nasib ta pakai smpai ke idung, perut, betis, ka nak kaler bulu kaki ka.. kalo ta tadapat byg la.. aipp.. merapu dah.. :p )

p/s : kalau leh nak cadang cik Adish buang ja pic dalam ni.. syg la tjk aurah kat semua orang.. laki cam Nadh tgk. maaf ye gtau ja..


Haa.. takat ni dulu.. the rest tunggu sat la..
jgn dok nak terasa tacing-tacing plak sapa kena dlu sapa kena kemudian..
yang pasti suma akan ada..
maceh. Assalamualaikum

Wednesday, 23 February 2011

Arie

Arie...
Dulu Arie kecik2 Arie nak jadi apa..?
Dolu kan.. Masa sekolah..
Cita2 wajib dak2 sekolah...
Polis, askar, cikgu, bomba
pasai apa? Depa style la..
Emsemmm.. Kacak bergaya...

Pastu.. Mai sekolah menengah.. Arie nak jadi apa..?
Arie nak jadi pemes.. Arie nak jadi mamat emsemm yang orang suka
jadi anak murid ksygn.. Nak sllu nek pentas.. Sebab ramai tgk..
Last apa arie dapat? Arie kena rotan depan kelas peralihan.. Pasai ketua pengawas men buah gatai.. Palit kat tangan kawan2..

Mai tingkat 4.
Arie jadi bomba.. cekgu mai cari Arie.. cekgu mau arie jadi Debater..
Arie cakap mahu. Pengetua mari, cakap kat Arie "saya mahu kita jadi johan".
Arie cakap tamahu.. cekgu jadi haru..
kena la plak cari orang baru..
tapi Arie merapu..nak orang kenai selalu.
pelawat mai lawan, Arie jadi yang depa tahu.. ;)
"macam cina la muka kamu.."

Mai tingkat 5.
Arie nak jadi lain lagi.
Arie nak Jadi Dokte laki.
tapi Arie memain lagi.
time study Arie rajin diri.
orang dalam kelas ngaji, arie suka-suki kat di padang waktu tengah hari.
cekgu jumpa Arie,
"kamu nih, dulu lain, sekarang kami tengok da jatuh pelajaran, main banyak ni.. "

tingkat enam pun mula.
Arie masuk lagi, konon rajin la kali ni..
azam Arie nak jadi tukang kira kiri
pacik akauntan plak kali ni..
namun berubahnya tidak sama sekali.
Arie main-main lagi.
last lari p amek dip.
suma cari-cari, Arie ilang sapa pun tadak di hubungi.

Mai kat Sini.
Arie rajin sekali.
hari-hari masa dicari.
buat mengaji yang tak reti-reti..
last sekali jadi studeng yang rajin sekali.
kaut abeh suma piala dalam poli.

Mai plak lepas ni..
Arie terikut geng lain lagi.
plan nak kaya ada duit berlori-lori
kerja tak henti hari-hari
customer dicari interview di sana sini.
mai last sekali..
yang dicari tak ditemui,
di dah dikecapi abeh lari .

Arie jatuh kali ni.
jatuh teruk nak bangun susah sekali.
pada yang sokong mula menjauhi.
yang sedap di cari.
yang kami terkehel dok Nehi-nehi..

Arie bangun kembali kali ni..
Kulim -Sembilang rutin Arie.
Arie ngaji di siang hari.
malam keja angkat guni.
tak lama pasni.
arie pn mula dikenali.
yang tu mau, hat ni pun mau kat Arie.
depa kata, mai la keja ng kami..
yang dekat ng arie, jgn harap nak lepas Arie..
smpai tiba peluang baru lagi..
itulah tempat Arie hari ni..
arie benti dari cni..
Arie lari ke Kota ni..

dan la ni..
Alhamdulillah hidup Arie..
yang tu DIA bagi.. hat ni DIA kasi..
yang Arie tak lupa lagi.
susah pun dak, senang sgt pn dak lagi..
tapi bagus nya kali ni..
hidup Arie diberkati..
Arie rasa syukur sekali..
hari ni.. Arie ngaji len lagi..
hat la ni pn da angkat Arie..
Lecturer Arie kata, kamu nih bakal Juruterer nih.
Arie rasa happy sekali.
idup la ni macam ni..
Arie nak usaha ganda lagi..
hat yang kerja ni..
ngah otw capai cita Arie..
Arie nak hat ni dlu satu hari.
lani Arie dapat hat ni..
Pening dan takut jugak Arie..
tapi takpa..
demi Mummy..
Ayah Arie..
Adik-adik Arie..
Arie juang smpai mati..
tanak kalah di tengah lagi.

Special thanks to:
My Beloved Mama
My Beloved Ayah
My Beloved Adik Nadzirah
My Beloved Adik Nadzli

Harta Arie semua ni..
Arie rela Mati untuk depa ni..
Kalau kebahagiaan depa sebagai ganti.
Nasihat Arie..
jangan rasa susah hati, ALLAH tak pernah lagi tinggal kami..
yang dok bagi-dia bagi..
hat kita ni.. kena hati-hati..
nikmat untuk kita syukuri..
balas maksiat. dibalas la nanti..
sekian.


:)

Photos :: Supercreative FB Wall

Malam ni aku tadak apa nak wat pun..
mengantuk amat.. ng ada orang tu terasa hati..
cam bersalah pn ada jugak.. tapi mai nak contact dia plak da ilang..
so tapa la.. tunggu ja la esok.. kalau2 ada nyawa lagi aku esok..
tercari la.. if not pn taleh nak kata apa la kan. ALLAH da cakap tidak..

tapi nak kongsi 2 wall yang aku tengok menarik sepanjang aku berkecimpung dengan FB slepas projek FAIL (projek menyusahkan aku pakai wall baru nih)

apa pun.. jum p tengok2 kat bawah nih.. creative kan?


seyes tatau ni uncle mana..tapi style kot cara dia wat.. hampir nak nampak suma muka dia kan..


ala-ala Mata-Man la.. hahaha. Mata ja nampak.. kalo mata cantik okeh la.. sepet macam i kalau? :p tamo la.. sat aweks tgk geram.. :p


cuba teka.. apa dia disebalik pix nih? sebab aku pn tatau.. hahaha


ala-ala Sakuragi Hanamichi.. (konon)


weyh.. tu produk luar.. yang aku nak share nih n highlight produk tempatan la..
kasi besaQ cket leh kot.. :) layan jum...


nih.. mamat nih.. dalam mood ♥ ng awek sebelah dia tuh.. coba tengok.. depa wat pic kat tengah tu macam depa dduk di dua port berlainan.. creative.. ;)



nih yang kedua Pic ng kawan2.. creative jugak.. seronok tengok anak Mesia pn ada idea2 macam nih.. kira leh lawan la ng omputih..

sapa-sapa lagi pernah jumpa profile PELIK lagu nih di mana-mana?
kongsi la dengan aku. share Link na.. ;) nt leh la nak hapdet lagi dlm nih..(mood rajin konon :p )
untuk Aku? owhh tidak.. kami orang kampung.. tapandai nak wat la menda2 macam nih.. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA