Followers

Thursday, 31 March 2011

Macik Yang Tatau Nama IV

Macik yang tatau nama,
Aku tau hang takkan baca lagi corat coret aku hari ni
Tapi aku tengah happy ni.
Rasa aku, kalau leh lompat,
Mau smpai ke awan dah aku

Macik yang tatau nama,
Hari ni ada perkhabaran gembira
Walau aku kantoi ng abah ang.
Dan aku malu tahap gaban.
Tuhan ja tau aku isau camna..
Tapi hari ni.. selepas seminggu kantoi.
Aku dapat berita besh.


Macik yang tatau nama,
Pagi tadi, waktu subuh,
Abah kamu menyapa aku,
Dia dah tau dah aku yang lekat surat kat bunga ros Mama
Dia kata dia tadak hal.
Mai la cepat. dia setuju amat,

Malu aku sebab time aku dok yayyyy
Pak Imam ada belakang.. hii


Yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..( wat dalam ati sekali lagi )

Psst :: tunggu mgu depan plak aku bawa mai sekapai p serang umah ang.. lalalalalalala~~


Nak lagi? leh baca bawah ni.. :: 

Aku Takut Melangkah

Satu masa dulu, aku si gagah yang hidup di muka bumi ini.
Aku terlalu kuat dengan paras ku,
Aku hebat dengan penampilanku,
Aku bermotivasi untuk hidupku

Satu hari, 
Ditakdir aku untuk hidup berdua
Hadir sang peneman untuk mengisi ruang hati
Hadir si penyeri untuk menyeri hari
Hadir si pelengkap untuk melengkap diri

Segalanya berjalan indah,
Ibarat si matahari yang tak pernah sunyi dari sang awan
Ibarat malam yang stiasa ada bintang meneman
Ibarat si pantai yang sentiasa di hempas si ombak
Segalanya indah sekali. aku gembira, kerana apa yang diimpi
Bukan mimpi, tapi sudah menjadi reality

Namun awan tak selalu cerah,
Hadir sang awan hitam menggnaggu hari
Menggelap situasi, 
Air hujan turun mencurah2 ke bumi
Tika itu, aku basah dalam dengan air nya.
Aku juga pasrah dengan takdirnya

Rupanya ku hanya bermain dengan api
Si yang disygi cuma hadir sekadar berlalu
Mengisi diri yang nya yang tidak bertamu
Tapi sememangnya silap aku,
Yang terlalu percaya pada janji kamu.
Kau tinggal aku dengan begitu,
Tanpa kata tanpa apa.
Cuma ilang dengan begitu

Kesan dari tu, 
Aku takut untuk melangkah,
Aku fobia dengan masa lepas, 
Segala yang ada sekarang,
Cuma aku dengan takutku,
Ku ingin melangkah.. 
Ku ingin berlalu dari situ
Cuma soalnya sekarang.
Bilakah masanya,
Bila akan tiba hari itu,

aku kaku, aku buntu.. ~~

Ada Apa Dengan Blog?

 

Sebenarnya ni antara topik yang dibualkan semalam semasa didalam bus dengan orang disebelah saya.
dia juga salah sorang yang mempunyai blog.
kesimpulan dari yang kami wat.
1. Blog leh pertajam skill menulis kita.
2. Blog tu leh dijadikan sebagai diary kita.
3. Ruang kita berkongsi informasi
4. Lecturer suh esaimen.. (agagagagagg.. :P)

Paling suka kami jmpa yang BLOG TU AKAN TUNJUKKAN SIAPA DIRI KITA.
sebab dalam blog, kita selalu akan ceritakan siapa diri kita sebenarnya.
berdasar pengalaman sendiri la. bila menulis, selalunya apa yang keluar tu adalah hasil dari hati, apa yang kita rasa, sejujurnya akan keluar. dari situ, KAMI wat kesimpulan y dari blog tu, sambil membaca, kita juga dapat explore siapa sebenarnya orang yang sedang kita kenai dari blog ni.

Ntah betul atau tidak, sapa-sapa ada pandangan?

(ni tak apply pada kisah2 jiwang miwang dalam blog saya okeh.. !! )

Wednesday, 30 March 2011

Macik Yang Tatau Nama III

Macik tatau nama,
Aku pelik la..
 Napa bila aku lalu depan umah ja, abah mesti ada depan umah ang?

Macik tatau nama,
Aku pelik la,
Napa bila aku lalu ja, mama mesti ada kat depan umah ang?
Aku pelik sebab bukan ang yang dok wujud depan umah tu,
Nak ja aku kejip mata dekat ang kalau yang tu ang,
Tapi mama ng abah la, malu la aku..

Macik tatau nama,
Hari tu, aku rasa rindu kat ang,
seminggu tajumpa (walau tgk kt jauh) 
Lepas tu, malam lepas balik solat isya kat masjid,
Aku p ikat surat cinta kat bunga rose mama ang.
Sebab aku tau pagi-pagi ang yang siram bunga.
Aku harap sangat ang la baca,

Tapi....
Ttengok-tengok pagi tu,
Abah yang siram pokok
Abah y baca..aku nampak dia senyum bila baca..
Lepas dari tu, hari2 abah akan dok depan umah tegur aku bila aku lalu..

Seyes aku malu.. malu.. malu..
uwaaaaaaaa~~ camna nih?


Nak lagi? leh baca bawah ni.. :: 

Si Pipit, Enggang, dan Merpati Putih


Si Pipit terbang sendiri mencari kawan. sebenarnya dia dari satu kumpulan, terbang bersama menyanyi riang, tapi dia terlalu suka, terbang kesini, terbang kesana, bersuka ria sepanjang jalan, tapi tetiba dijadi cerita si Pipit sesat tertinggal lah dia, entah di mana dirinya dia, tercari2 mana semua. tinggal sendirilah dia yang tersesat tapi kemudiannya dia bertemu sang Enggang di pertengahan jalan. si Enggang besar sekali, malah nampak gah dan hebat. kata si Pipit,

" kamu besar sekali, kamu nampak hebat sekali, malah rasa ku, jika kamu ingin berdamping denganku, maka akan jatuhlah aku bila sekali kau kepakkan sayapmu,"

jawap si Enggang. " ya. aku besar. dan aku begitu gagah dalam kalangan kita, malah jika nak dibandingkan aku dan kamu, kau hanyalah pipit, yang kecil dan tidak susah nak kujumpa, beza dengan ku, yang gah, hebat ini, hanya jika kau benar mahu bertemu kerabatku, perlu kau mencari di tempat habitat kami, di mana kami tinggal bersama kerabat kami tanpa gangguan. "

"wahh. aku benar gembira melihat kamu, melihatmu membuat aku rasa aku jugak seperti kamu, yang hebat dan gagah di pandangan mata semua, aku benar kagum denganmu, tapi aku rasa, aku tidak bisa mengikutmu, aku hanyalah si Pipit kecil yang terpisah dari kalangan ku. "

"habis tu wahai Pipit, kemana pergimu selepas ini? sedangkan kamu si kecil yang tidak punya besar kudrat, mana mahu pergimu ? biarlah saja kamu denganku, akan ku temani kamu, melayan kamu sama seperti aku dan kelompokku. "

"aku rasa aku perlu berlalu pergi wahai Enggang, aku hanya akan buatkan semua memandangmu dengan pandangan sepi, Pipit tidak seperti Enggang. izinkan saja aku membawa diriku "

maka berlalulah si Pipit sekali lagi, perjalanan yang memakan masa tu, buatkan dia lemah tak berdaya, di saat si Pipit keletihan, dan dia berhenti untuk melepaskan penat perjalanannya, muncul pula Si Merpati Putih, Pipit yang keletihan tidak berkata apa, cuma kagum dengan Si Merpati Putih yang hadir dihadapannya. baginya, indah sekali penampilan putih bersih Si Merpati Putih, membawa mesej suci dari warna dan penampilannya, begitu kagum si Pipit lalu bertanya pada Si Merpati Putih.

"wahai Si Merpati Putih, dari mana datangmu, aku betul seronok melihat kamu. "

"Wahai Pipit, janganlah kamu berkata demikian, aku jugak demikian, berasa gembira melihat kamu dihadapanku. tapi Pipit, dari mana kamu? melihat kamu begini, buat aku tertanya sendiri, mana hadirnya kamu disini, tanpa bersama pipit seisi"

"Wahai Si Merpati Putih, aku hanya si Pipit yang sesat mencari jalan, mencuba berjalan, berharap agar bertemu golongan, yang entah di Utara, mungkin di Selatan.yang sendirian tanpa sokongan. "

"Pipit, sudikah kamu mengikut aku, bersama aku dan keluarga aku, perjalanan kami, hanya disini, kami tidak ke sana sini, cuma kekal di tempat sendiri,"


"Wahai Si Merpati Putih, begitu suci dan murninya kamu, adakah dari kelompok golongan kamu, suma begini, putih bersih dan suci sekali seperti pandanganku,? "

"Wahai Pipit, aku mengaku, dari kalanganku, semuanya putih2 sepertiku, bukan dari aku, tapi mungkin ini sudah ketentuan dan pilihan ALLAH menjadikan aku demikian rupa, akan tetapi, kau lihat aku seperti ini, bukan ertinya aku tidak seperti kamu, kita masih sama sahaja nak dibandingkan, masih kau dengan sayapmu, aku jugak dengan sayapku, kau bisa terbang, dan aku juga bisa terbang, tiada apa lain dari ku, melainkan keputihan yang dikurniakan ini wahai Pipit. "

"aku kagum benar melihat kamu, suci bersih nya kamu dari pandangan mataku, aku benar kagum, tapi aku hanya si Pipit, aku tak mungkin dapat menukar diriku seputih kamu, seputih golongan mu, kita berbeza, aku adalah aku dan kalanganku, dan kamu juga dengan kalanganmu,. "

"tidak mengapalah Pipit, mungkin itu beza kita, tapi kamu masih dari keluarga besar aku, kita sespesis, mungkin lain rupa dan cara, tapi masih berkongsi nama, tinggallah dikau dengan aku, bersama kita bersatu padu"

"Mungkin tidak Wahai Si Merpati Putih, mungkin aku hanya menyinggah, selepas sahaja penat dan lelah, tiba hari tiba masa, aku pergi meninggalkan diri, hanya aku dalam kelompokmu, mungkin akan membawa kaku, biar aku membawa diriku, tiada lain mencari kaumku, tinggalah kamu bersama kaummu, kaum yang suci murni padaku, sungguh bersyukur di pertemu denganmu, membawa erti baru buatku. "

Si Pipit pun meneruskan perjalannannya kali ni. buat kesekian kali, mencari diri mencari identiti, mana pergi kaum sendiri. Akan tetapi, walau lain dicari lain ditemui, dia dapat meraih sesuatu, menemui siapa dia yang sebenar, mengatur cerita, mengenal DIA. ada memang punya isinya, biar lain, biar beza, tapi bukan itu soalnya, dia tekad, bingkas bangun dari lamunan, dia juga bisa menjadi, yang bersih indah, juga si gagah, walau bukan Sesuci Si Merpati Putih, bukan segagah Si Enggang, tapi dialah si Pipit kecil, lain dia dari mereka, namun ada lebihnya dia. mungkin sapa tidak menahu, tapi ALLAH Maha Mengatur. tiap satu apa adanya, punya sebab punya cerita. wallahualam.. ;)

ECO DECO BENG BENG BOONG !

Assalamualaikum.. 
wahhh, baru sampai umah.. 
kosek2 blog enchik Ben, ada segmen baru.. mai nak join jugak la..
Segmen baru :


cam menarik kan? nak jugak ka? meh la click kat SINI

Susu tadak straw?

Assalamualaikum.
dan salam sejahtera buat yang taleh jawap salam ya.

hari ni. sepanjang hari dalam bus. pagi setelah Ayah, Mama dan Yaya ata ke stesen bus.
aku pun beli tiket, dan kemudian naik bus.
Hari ni bertemu seseorang yang agak asing walau tak asing sangat pun dalam Bus.
Alhamdulilah, hari ni ALLAH pertemukan orang baru, yang lain yang punya cerita baru untuk aku isi kamus hidup aku, yang beri aku ilmu baru yang amat aku alu-alukan untuk aku sematkan dalam pala otak aku ni.
bunyi macam lawak ja kan, tapi dari kisah diri, family hingga kepada karier dan lain-lain yang jadi topic perbualan sepanjang awal 9 pagi hingga ke 3 petang pertemuan ini.

Alhamdulillah lagi, kalau dlu aku sangat asing dengan satu topik ni, tapi hari ni aku dah tahu, yang sebenarnya hadir mereka dalam kelompok kehidupan kita ni, taleh buat main tau. mereka sangat istimewa, dan punya besar sekali peluang untuk berada didalam masyarakat. walau ada buruknya jugak dari pergaulan dan pembawaan diri tu, tapi mereka masih boleh diperbetul ibarat rusuk yang tidak mesti dapat ditegakkan, tapi masih boleh dibetulkan jika ada yang mengambil peluang ini. apa pun, kagum, kamu masih bijak membawa diri, dan menafsirkan situasi dengan baik.

Tergelak dengan satu quote ni, "straight tu senang ja nak bagi bengkok, tapi bengkok ni susah nak straight balik". sedikit tergelak, dan diri mendoakan agar akan hadir sinar nur dalam diri, dan satu hari kenai mengenai akan kebenaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW, yang membawa petunjuk dari ALLAH SWT.

lagi, Si tidak berputus asa tu silap la, kurang sedikit untuk menang, akan tetapi syukurlah, dah selamat dari genggaman kan. yang mendatang sediakan payung sebelum hujan, dan bersedia untuk segala kemungkinan, mungkin ini hanya sedikit hujan ketika matahari sedang memancar dengan terangnya, tapi baik juga, peringatan buat diri juga. thanks sebab berkongsi.

Juga terima kasih banyak atas ilmu2 dan perkongsian tadi ya. semoga ALLAH beri kamu perlindungan dan di jaga sebaiknya, orang baik-baik sewajarnya di jaga dengan sebaiknya juga oleh ALLAH, moga yang di sekeliling itu jugak akan mendapat inspirasi dari kamu yang lain dari mereka.

last sekali, maaf jugak walau tau mungkin tidak akan bertemu dengan entry ini, maaf sangat sebab kena dengaQ aku yang terlalu excited bercerita dan terlalu banyak bertanya ni. arap maklum. tu kelemahan diri, insyALLAH akan berusaha untuk berubah andai kata menjadi diri sendiri tu membuat orang rasa kekok dan menyampah. terima kasih sekali lagi..

heyyy.. ini memang sebab kamu okeh. ada ka patut tadak straw.. debishhh.. debishh. :P

Tuesday, 29 March 2011

Macik Yang Tatau Nama II

Macik yang tatau nama II

Buat macik tatau nama..
Malam ni mood jiwang miwang.
Suma pasai adik pasang lagu Tak Bisa Memilih
Tapi kan, rasa kalau aku nak memilih
Leh tak aku kata kamu?

Macik yang tatau nama..
Heran la macik, cita siram pokok,
Cita tolak moto tu cam bodo ja nak dibandingkan ng kita yang tak kenai sapa ni
Tapi awat aku dok tingat kat ang ae?
Padahal, nama pn tatau,
Muka pn dok tengok2 kot celah ja

Macik yang tatau nama,
Kalau ang baca ni ang rasa terharu tak?
Tolong la rasa terharu, pasai penat tau dak aku wat menda ni
Orang cita guna karangan, aku cita guna puisi
Aku sangat jiwang kan macik?

Macik yang tatau nama,
Aku nak sangat dapat number tpom ang
Aku nak sangat sembang dengan ang
Nak ja aku p dok depan muka ang, tatap tiap2 taik lalat atas muka ang tu
Pastu kita sama-sama kira taik lalat tu
Aku sangat sweet kan macik.

Ahahahahha..
selesai dah.. :P

Sekecil Sayap Nyamuk?


 "andai kata dunia itu sebesar sebelah sayap burung ataupn sebesar sayap nyamuk, maka takkan aku beri sedikit pun ia kepada mereka"

suka pada Quote ni. tak silap dari satu hadis tadi. tasempat nak salin.
tapi ini untuk menceritakan Zat ALLAH Maha Pengasih dari bacaan Bismillahirrahmanirrahim.
dan kenapa ALLAH beri DUNIA kepada orang yang melawan dia, yang kufur kepada DIA, yang tak TAAT kepada DIA. semua sebab dia itu Maha Pengasih.

tak banyak nak diperkatakan, cuma menuntut para pembaca, memahami Quote atas tu.
betapa Sayangnya ALLAH pada kita kerana dikurniakan nikmat dari sifat Maha Penyayang DIA tu. itulah dia nikmat IMAN. itulah dia nikmat ISLAM. Yang tidak diperolehi dari orang lain. Tak dak apa pun DUNIA ni jika nak dibandingkan dengan AKHIRAT YANG ABADI. Dunia hanya jambatan untuk ke sana, dan sebaik-baik orang adalah yang memperelokkan amal dan ibadah dan mendekatkan diri kepada NYA, dan dialah yang memperoleh kebaikan dari amal yang dia buat.

Fikir2kanlah, renung2kanlah.
Selamat Beramal.

Cinta itu Makanan

Cinta itu ibarat makanan? 
tadi sorang sahabat kata Cinta itu Makanan.. 
nadh kata, cinta ibarat Kueh..
BTW, betoi ka ni..
cam lawak pun ada kan?
meh nak terangkan..

CINTA ITU MAKANAN :: YES. betoi apa.. sebab dia hanya sedap bila dinikmati sebaiknya, diibaratkan makanan, kita makan kalut-kalut, pastu terus telan, mana nak dapat nikmatnya, tapi bila dikunyah perlahan-lahan, baru la terasa nikmatnya.. tiap inci makanan dan kunyahan tu ibarat tiap saat indah cinta dinikmati, dan akhir dengan telan, bila selesai sahaja menikmati nya. telan tu kira akhir sekali, iaitu indahnya kejadian akan terus tersemat dalam hati dan minda.. TAPI, kalau makan tak baca bismillah pun ta seronok jugak, macam kita makan la. orang kata, mula dengan Bismillah tu sebab kita wat kerana ALLAH, sama dengan Cinta jugak kan. Cinta Kerana ALLAH tu satu ibadah. rugi la tak buat.. ;))



CINTA ITU KUEH :: YES jugak la. tapi kenapa Kueh? sebab kueh, kita taleh simpan lama2.. sebab nt dia akan rosak. sama macam kueh. kita makan lepas kita dah buat, simpan lama akan rosak. ibaratkan Cinta, lama-lama simpan akan rosaklah dia, sebab akan ada unsur Syaitan dalam tu (bila tak jaga), pastu, kena angin, makin lama, makin dia rosak. tapi, jika beli dan makan. leh baca kat CINTA ITU MAKANAN la.. besh kan..? ;)

uikz.. ni pendapat ja.. tak setuju pun takpa.
tapi yang ni kena percaya, sebab ALLAH bagi Cinta tu sebagai Anugerah. semanis2 anugerah tu adalah Anugerah yang kita amek dan guna untuk capai jalan Redha, baru cantik hidup ni kan.. ;))

Monday, 28 March 2011

Mini Gath - CKT Sungai Dua

Assalamualaikum.. 
tadi petang, ada wat mini Gath dekat kedai Char Koey Teow kat Sungai Dua.
ramai jugak yang mai,. 
tapi nak cita ni.. tensi toi ng GK.
ada ka patut kata deka Pacific, Nadh pn p la sana, last2 call n tunggu lama, depa dah ada kat Sungai Dua.
nasib la moto ayah tu laju.. kalau tak, lambat smpai ni..
ha.. sat nak kongsi gambaQ2 ng depa ya.. 

 Daus n Adam 

 Tu dia Hadi.

 Nganga2.. kaih2.. cik GK nak cuap kamu.. lalalala~~ 

Depa dari tepi.. 

 Depa lagi

 Semua yang hadir. huu.. sowie taleh nampak besaQ.. yang dok belakang tanampak

 kono malu la tu KSP.. :P

Adam , Syuk, n Erika
 KembaQ 2 orang. ;)

 Amalina, Cik Adish, Che Ain, n Onie

 Dari Kiri, Daus, KSP, Hadi, Adam, Syukri n Erika

Semua dari Depan
 sakan depa ni. pantang nampak kamera

Hadi wat Tarian Tiang.. lalalalla~~
 Semua yang hadir. seyes besh.. ;)

 Lagi satu ya.. ;)

 sampai ati Cik Adish nak tembak Nadh. huu

Urmmm.. tu saja yang tadi kami jumpa.. ada ja gambaQ skendel tadi.. heee.. nt kami wat Hapdet dalam entry Number 3 Gath Tanjung Asam ya.. ;)
 Maceh

Domo sakit?

Assalamualaikum.
huu.. baru ja balik dari Klinik Haiwan ni.
Domo sakit plak dah.. 
tgk monyok ja dia.. (macam orang tu ta tgk nadh sehari <-- hanya dia tau sapa dia.. :P )
tadi p la tgk..
Akak dokte hewan tu kata,
Domo kena Ring-worm. sakit ni sebab dia nya tempat tu agak lembap.
actually dia taleh lembap2.. kena kering ja tempat dia ni..
so akak dokte tu bagi obat sapu ja kat dia..
yang ta shedap didengaQ tu, sakit ni lambat baik, mungkin 2 minggu pun ta baik lagi.
jadi kena jaga Domo toi2.. n jaga jugak sebab penyakit dia ni, leh jangkit kat manusia jugak..
huuu.. Shian Domo..

dak sakit dalam sangkaQ.. huu shian dia..

Khas buat Macik tatau nama

Khas Buat Macik Tatau Nama

Macik, 
Nak tau dak first time aku pindah
Aku rasa sunyi, aku rasa sepi.
Orang dok ramai aku dok sorang diri
Tapi apakan daya, tugas aku kat sini,
Pastu kan macik,
satu hari tu, aku tengok menda lawak berlaku depan mata
org suh siram pokok bunga, ang siram mama,
terjerit2 la orang tua tu macam P.Ramlee punya cerita,
aku yang dok depan tu, gelak tak sangga
dalam hati, sat kuat malu pula

Macik, 
Aku tau yang hang tatau.
Hari tu, aku saja ja tolak moto depan umah
Sebab da berhari tak nampak ang beramah depan umah
Mulut aku dok komplen cakap sorang tercari2 mana dia ang.

Heran-heran, sehari tak nampak rasa rindu..
Tau dah ang tak membaca. tapi takpa la. aku bukan wat untuk ang baca,
Sekadar luahan perasaanku. .;)

Gempa Bumi Mendekati Malaysia??

 

tadi pagi sebenarnya dengaQ berita ni..
masa keluar ng mama tak silap..
terkejut jugak. sebab baru selesai ja Gempa Bumi kat Jepang (8.9 Skala ritcher)..
hari ni kat Myanmar 6.0 Skala Ritcher.
dan dikatakan Malaysia plak bakal menerimanya.
menurut Pakar Kajian Geologi Malaysia aa.
katanya kekerapan gempa berlaku menyebabkan perubahan titik gempa mendekati Malaysia.
no komen tentang tu, tapi nak kongsi sedikit info dibawah ni. 

Dari Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
Apabila berlaku perkara2 di bawah ni.. adalah halal untuk bala ALLAH turun:

1. Apabila harta negara diagihkan kepada orang-orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah direbut, kerana nak merebut harta dunia
3. Zakat diselewengkan
4. Para suami membiarkan isteri dan anak-anak berbuat maksiat
5. Derhaka kepada ibu
6. Apabila anak baik dengan kawan-kawan, tapi berkasar dengan ayahnya
7. Apabila masjid sudah tidak dihormati lagi
8. Apabila orang yang paling hina diangkat sebagai pemimpin
9. Apabila orang jahat dihormati kerana kejahatannya, dan pada masa sama orang baik dihina
10. Arak banyak diminum
11. Orang lelaki memakai kain sutera (menurut ulama' lelaki menyerupai perempuan, dan begitu sebaliknya)
12. Para artis disanjung
13. Berlaku hibran yang terlalu melampau
14. Apabila manusia mula menghina Para Sahabat Nabi, Ulama' terdahulu


Terjadinya perkara-diatas ini akan sebabkan ALLAH menurunkan balanya, dari TIGA yang dibawah:

1. Bala berbentuk cuaca panas
2. Bala berbentuk gempa bumi (Titik gempa berubah dekat dengan kita sekarang?? )
3. Allah mengubah manusia jadi makhluk lain (tgk zaman sekarang, zina berleluasa, anak-anak dibuang, kan itu pangai da macam binatang)

Wahai Sahabatku, Dari apa di atas, cuba tengok balik, sebab yang 14 tu? ada berlaku tak? rasanya la kan, SEMUA tu dah berlaku.. tengok berlaku kan? tengok plak yang bertiga tu. pun dah ada kan? tidakkah kita rasa yang semua ni BUKAN SATU KEBETULAN? dan sememangnya ini MERUPAKAN SATU PETANDA, PETUNJUK dari ALLAH buat kita yang masih hidup bersenang lenang ni? Tak rasa ka yang jadi kedua peristiwa tu, ADALAH SATU BALASAN diatas keingkaran mereka mengikut SURUHAN dan meninggalkan LARANGANNYA?? Fikir-fikirkanlah, Renung2kanlah. Selamat Beramal. ;)

semoga dengan sedikit ingatan ni memberi kita sedikit keinsafan. amin yarabbalalamin

Sumber :: Khutbah Jumaat : Surau Ar-Razi

Sunday, 27 March 2011

Gath KBU - Tanjung Asam PART I I

Assalamualaikum.. ni part II.
lepas kejadian SESI PECAH KETOI ICE dalam Keta Myvi PINK a.k.a TIN SARDIN..
haaa.. seyes rasa keciwa.. sedih.. jeleshh tahap Papa Ultraman,
sebab masa kami kembali tu da lewat..
satu geng dah kembali ke kampung halaman..
tinggal sket ja..
tapi ntah camna, depa dok wat lagi SESI PECAH KETOI ICE.

kami miss hat nih.. ;)
 apa dia depa dok wat reramai ni.. tu Kak hat depan tu.. dok senyum ja.. manis elok. :P

gambaQ cam besh ja.. SEYES JELESHH.. :P

Ni babak paling besh tau.. KOTAK BERACUN.. meh tengok satu2.. ;)
ni mangsa pertama, Ez.. ;) 

Melompat dan kata HOREYYY.. :P

 Minah rempit.. wiwit2.. suka hat ni sebab trademark *PEACE* tu. ;)
 
 Pabila SuperModel beraksi. ;)

ANDA blogger ka? MIKRO KOKUS dingorat?? tetttt~~

 AIII LAPP YOUUU~~ agagagagaggag

 Cik Penyu Bertuah.. ;)

ini S.E.X.Y hahahahaha
selesai aktiviti nih.. suma pakat2 rajin mengemas.. tapi tak kurang jugak yang dok bergambaQ sakan..
nak amek cket la petikan gambaQ2 sakan geng2 KBU semalam.. 
 Yang Berusaha. Papa Khai.
 
 TOLONG PISAHKAN mamat ber2 ni. hat tinggi skali ng mamat baju kuning tu.

rasa segan ng pic ni. tgi toi la enchik angah ni.. 

 adik2 kita.. syg depa.. arap depa blajaQ pepandai tau..

geng dapur.. :) 

 makan pn dan lagi amek gambaQ ni..

 Pegang Balang BESDAY.. ;)

 ni besh.. muka Cik Gadis Kuat SeBek. hahaha. :p

Oshin N Yuyu kat depan tu.. :D 

and last but not least (ehh toi ka guna kata2 ni? :P )
Pic sebelum balik.. wahhhh.. ni ja yang tinggal last sekali kan.. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA