Followers

Saturday, 30 April 2011

Best CKT in TOWN

Assalamualaikum.
Tu dia, lama nya Nadh tak wat entry kan? ntah kenapa Mr Mood dah p mana ntah.
Mungkin dia bercuti kot? tatau nak cita la. tapi rasa lama sangat tak buat entry.
Kalau tak rajin tak hengat, ada ja la idea tu, nak cita tu, nak cita ni, sebab apa ja y nampak tu mesti akan jadi ilham untuk bercerita. Tapi ntah napa lately jadi camni. Majuk kot sebab Lappy majuk hari tu?agagagag..
Ni dengan keadaan lappy yang SEPARA SEHAT ni.. pn efek jugak mood rasanya.
(kes tu wujud Vlog tu.. ahahahahaha)

Okeh la.. biarlah gambar berkata-kata pada entry kali ni.
Nampak tu? 3 CKT besaQ n air.. ahahaha.. seyes best.. Dalam bahasa sopannya, sepanjang bertahun dok kat Kay Hell ni, ni pertama kali rasa CKT yang ada rasa macam CKT la. hat lain tu, elok tauk dalam tong ja la. tak sedap langsung, dan kena chop FAIL sebab sememangnya GAGAL dalam wat CKT. Apapun alhamdulillah la, semalam bersama 2 orang adik badik KBU, Aimaa n Dek Nazzs, kami p date bertiga makan Mali CKT dekat Danau Kota bertiga. alhamdulillah. sedap. syukur alhamdulillah. len kali leh p lagi kot noh? ehhee..

Dari perjumpaan semalam :
Ada beberapa cadangan yang dah dibuat :
1. Buka Syarikat KBU untuk menyumbang kepada $$$ dalam akaun KBU yang akan diconvert jadi NGO nanti. antaranya, Kita kan ada ramai Jurukameraman & Jurukamerawoman, buat team, bila ada orang nak kawen ata team kita p, ni dijangka dapat menambah $$$ kat akaun KBU.

2. Wat FORUM PERDANA ketika gath, kita bukan sekadar berjumpa kan. tapi kita Isi sekali dengan perkongsian ILMU & ROHANIAH. bukan sahaja diberkati kerana berjumpa kan, tapi ada pengisian, sama-sama saling memperingati. :D

3. Filter ahli-ahli yang ada. Yang mana wujud sekadar PING dan takat nak mencapap tak ketahuan punca tu, keluarkan, ketatkan syarat kemasukan, its not that kita nak bersifat KEDEKUT ka CONTROL, tapi WE ARE FAMILY punya moto tu cukup nak gtau kita punya target macam mana, lagipun QUALITY yang kita cari bukan QUANTITY.


Note :: All the besh. "KBU ITS A FENOMENA" bak kata Cik Erin. :D

Thursday, 28 April 2011

From reality to fantasy - Thanks to You Siti Noor Atikah Samsul Anuar

Assalamualaikum..
Actually da banyak hari sangat nak wat entry ni.
As an appreciation to someone for her Doodle dalam entry bawah ni.. 


tengok tu.. Dari Adik Ika ni.. telah menukar Profile pic Nadh. 

Dia dah ubah Nadh yang bawah ni

Kepada
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang ni


Comel kan hasil kerja dia.. <-- tak merujuk langsung kepada Nadh okeh. 
Tapi pada hasil Doodle Adik Ika ni..
Pandai dia.. Actually dia bukan Artis yang dia dok isau sangat tu, tapi dia seorang Artis yang berbakat dalam seni ni. Seyes Nadh kagum.. All the besh Adik Ika

P/s : dengar cita dia nak abeh praktical lagi beberapa hari. tak silap minggu ni.. All the besh la pada dia.

Kelebihan Dalam Ketidaksempurnaan

Assalamualaikum.
Tak rasa nak taip hari ni.. Down sebab probz dengan Outlook hari ni.. T.T


Yang Sempurna tu ALLAH, yang lemah lagi kurang dari Nadh.
Moga mendapat Manfaat.

Lappy separuh sihat

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah.. Cik Lappy kesayangan dah sihat separuh.
Apapun masih gembira sebab sok akan cuba selesaikan masalah dia.
dan akan pastikan dia sihat seperti sediakala secepat mungkin.
serious rindu blog ni. tak puas rasa menaip dari PC opis tu..
Cik Lappy da pulih sok. mesti rasa happy sgt..
Syukur Alhamdulillah..:D

da selesai cerita sal keterujaan.
Nak masuk tdo..

Nite..:D

Wednesday, 27 April 2011

Wanita SILA BERHATI-HATI dengan LELAKI

Assalamualaikum.
Nadh terbaca sesuatu dalam blog orang ketika sedang berBW tadi.
Satu yang sangat mengejutkan. dalam surat khabar Metro hari ni.

 (sila Click Photos untuk terus ke pautan Metro)

Mengenai serbuk Setan, yang memperdaya Wanita.
Nadh da mula risau dan takut. memikirkan perempuan-perempuan diluar sana, jadi dengan sepantasnya Nadh punya jadi pun  mula berkata-kata, dia tanak apa-apa jadi kepada yang ada di luar sana, di sini dia nak memberi sedikit peringatan.

Apabila ada date dengan LELAKI yang tidak dikenali, atau dikenali pun, sila amek tahu tentang TIPS di bawah ni. 

1. Pastikan tidak keluar dengan LELAKI berdua, sebaiknya ada TEMAN bersama kita
2. Pastikan tidak meninggalkan MAKANAN atau MINUMAN bersama LELAKI sendiri ketika kita hendak ke tandas atau ke mana, sebaiknya pergi la tandas setelah selesai atau apa sahaja, ini untuk mengelakkan mereka punya peluang untuk buat apa-apa kepada makanan kita.
3. Jangan keluar ke tempat-tempat yang tidak ramai orang, Sebaiknya ke tempat yang ramai orang, agar mereka tiada peluang mengapakan kita. ELAKKAN berdua bersama mereka.
4. Sebaiknya gunakan transport awam. Bagi mengelak mereka bawa kita ke tempat yang kita tidak tahu di mana, demi keselamatan, gunakan transport awam.
5. Pastikan mereka tidak meniupkan asap rokok atas apa-apa kepada kita, berjaga-jaga kerana ada juga kes pukau melalui asap rokok ini.

Dan paling baik sekali, TAK PAYAH LA NAK GATAI, KELUAR DENGAN LELAKI YANG TIDAK SAH MILIK NI, SEBAB KITA TAK TAHU MEREKA MACAM MANA KAN? DALAM ISLAM SENDIRI ADA MENYEBUTKAN, EVEN TUNANG PUN TAK BOLEH KELUAR BERDUA MALAH MESTI DITEMANI OLEH YANG SAH TARAF IAITU MUHRIM KITA. 

Kesimpulan yang boleh dibuat, ISLAM dah susun comei dah untuk kita, bagi yang mengikut, Alhamdulillah aa, yang tidak, pun tidak salahkan juga, mungkin kurang ilmu pengetahuan, atau mungkin terlalu open, BERJAGALAH DENGAN LELAKI, BERHATI-HATI DENGAN MEREKA. Kerana ditakuti apabila satu sudah menguasai sembilan, memang habis jahanam la.

Sekian. Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat.

Yang Ter-Begitu Bernilai.

Kenapa ter? sebab memang Ter. 
Tetiba tanpa diduga..
Tetiba tanpa diminta.
Tetiba tanpa di cari

Dia tiba tanpa kata,
Hadir bersama senyuman,
Mewujud rasa dalam jiwa.
Menghadir gembira dalam bicara

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..
Dikurniakan satu lagi buat aku
Dalam tiada, diADAkan..
Menghadir satu tanggungjawap

Harapanku,
Yang terbaik sahajalah,
Kerana DIA sudah menjawap,
Berkata ini pilihannya buatku,
Maka akan aku letakkan diriku dalam pemerhatian,
Menjaga tiap kata dan bicara
Memantau tiap rasa 
Agar tiada terselit unsur Noda 
Dalam satu perasaan kupanggil C**** 

Kami Selangkah ke Final - Manchester United.

Assalamualaikum. 
Manchester United selangkah ke Final Champions League. 
tak caya tengok bawah ni..

Alhamdulillah.. 
cam happy pulak bila tengok stats kat bawah ni. :

tu belum kira bila dapat tau pasal fakta paling besh dalam sejarah ni.. 
Sapa nak cakap pasal Pakcik Giggs yang da jadi Goal scorer Paling Veteren dalam sejarah Champions League? 

Chaiyok... moga-moga dekat Old Trafford nanti, akan ada pertambahan lagi goal.
~Glory-Glory Man United~

Thanks kerana membaca. :D

Tuesday, 26 April 2011

Nadh berbicara soal Aurat dan FB


Semoga mendapat manfaat. 
Yang Kurang tu dari nadh, yang lebih baik lagi sempurna itu dari ALLAH.. 

Wassalam

Ehh, bukan semalam kamu datang ka?

Assalamualaikum.

Dengan ini mengumumkan tangan ketar sebab tak dapat nak wat entry..
Hari ni gagahkan jugak diri nak buat entry. Nak cerita tentang perkembangan Nadh jika ada yang membaca.
sebenarnya tadi mata Nadh berdarah. Masa tu Nadh nak pergi jumpa boss Nadh dekat opis yang lagi satu. Masa OTW balik tu rasa mata berair, susah nak tengok jalan, rasa pelik la. Tapi Nadh just usap-usap mata tu.
Sampai depan opis, Nadh checking la mata Nadh. tengok apa jadi dengan mata, tengok-tengok MERAH. 
Rupanya yang tadi Nadh ingatkan air mata adalah Darah!!

Terdiam seketika, kemudian boss sampai, dia kata hang nak p klinik ka Nadzri? Nadh cakap la, takpa la abang, nanti saya selesaikan la sal mata saya ni. Dia cakap, takpa-takpa, hal tu aku akan watkan nanti, tapi ni kita pergi klinik dlu, jadi boss Nadh bawa la Nadh p klinik. Alhamdulillah, klinik tu dengan bank berdepan ja. Masuk dalam klinik tu, dah kena psycho dengan kak klinik tu, dia kata kami 2 orang sebijik macam semalam dua orang datang nak medical checkup, budak tu nak keja dekat Puspakom. Nadh agak pelik disitu, kami tak mai kot? ntah camna la leh kata muka 2 orang tu macam kami. So dipendekkan cerita, dia dok sakat kami la. Last Nadh lepas satu ayat ja, dia tanya tinggal kat mana setelah amek IC Nadh nak daftarkan, dia kata jauh, Nadh cakap ja "ala kak, mungkin dah ditakdirkan kami mai klinik kak ni nak jumpa kak hari ni.." tergelak boss Nadh, dia kata, "ayat.. tatahan Nadzri. ahaha.." kak tu pun gelak. lepas tu Doctor tidak ada, kami pun pergi la bank dulu. 

Lepas selesai dekat bank, Nadh mai balik, n doktor masih tak ada lagi. so Nadh just tunggu. sambil tunggu tu, rasa tak senang hati kalau tak bagitau dekat Mama, Nadh call mama n cakap, mata Nadh berdarah. terkejut mama. Lepas tu SMS seseorang bagitau. dan dia juga sama macam mama, keduanya dah cam isau dengan Nadh. Tak lama lepas tu, doc panggil masuk dalam bilik dia. Nadh cita la dekat dia apa jadi, dia cakap, pembuluh darah mata Nadh pecah. sebab tu berdarah. Nadh tanya la, so camna doc? dia kata, jangan risau. tak buta aih.. ahahaha.. Nadh gelak sat la noh.. hihi.. sebab da lama tak baik-baik lagi. Nadh tanya la dia, dia kata sebab panas. lepas selesai tu, kua dari bilik doc, Nadh SMS mama, tau apa Mama cakap? 

"ok jgn dok ronda sana sini cuaca tak elok, minum air banyak2, air masak bukan air ais, kalau tak penting jangan kluar dok saja kat opis, kalau sendiri tak jaga sapa lagi nak jaga"

Nadh sangat paham kalau Mama risau. sebab Mama pernah kata jugak time Nadh study dlu, Adik perempuan Nadh kalau tak call sehari pun Mama tak rasa apa, tapi kalau anak teruna dia ni tak call sehari, macam-macam dia fikir.. hurmmm.. mesti Mama isau kan? tapi Nadh na leh tak cita pape kat Mama. So skang Nadh kena jaga betoi-betoi la diri ni, ikut pesanan Mama. tak mahu Mama isau. harap-hharap akan cepat pulih.

Doakan Nadh ya.. :D

Monday, 25 April 2011

Vlog Pertama Nadh.


Credit to :: Naim n Aima sebab mendorong.. :D thx a lot guys.. :D

Bukan Sekadar Farewell Party, Its More than That!

Assalamualaikum..
tu dia, dah lepas 2 hari baru nak wat entry kan..
Details majlis Nadh ada sebut dalam entry NI .
Jadi dipendekkan cerita, majlis berlangsung jugak, serious terbaik sebab semuanya sangat sporting, tak percaya? meh tengok bawah.

Kita Bako je.

 Gadis sedang beraksi, depa la bakaQ dlu

 
Guys take Over la plak
Mengambik makanan la ni plak.
 
Beratur kaih..

Sedang menjamu Selera
 
Dan lagi tu

 
Bad, Jiah, Adik, Me n Syukri


tu dia aihh..
 
Tengok Hidir


 Bukan Semua Soalan mempunyai jawapan

 Ice Breaking Session

Adik Beradik Yang Dikesan
 Nadz KUASA TIGA

 Adik beradik 2 ni. Adik Hajar n Noo Oor

 kalau ampa nak tau, Enchik Naim ni la yang suruh Nadh share blog dengan semua, thx to him la kita dapat kenai. suma atas nasihat dia la. 


Ni Pic Geng Yang Telah di Kesan Kat sana.. 
 ni Geng UNGU

 nama geng ni Geng SUSU

 Geng Air Mata (nt kami haplod video nak? lalalalala~~ )

 Ehsan Munet. suka pic ni sangat. apa la adik Naqiah dok marah tu. 
jeles la taleh amek pic ng abg dia Nadh ni.. :P

Yang tidak dapat dipisahkan -  Geng Straw
Hadi cam tengah berkhutbah pn ada jugak ni. .:P

 Gaya comel disaat Ice Breaking 
(mentang la Hadi ada sana, dia pn mau jugak.. :P )

Sedang melepak-lepak menanti Balik
 Bercanda ditepian Parit.. lalalalalala~~

Ni paling Fun Antara semua, 9 + 9 tau..
 Hidir sntiasa ng gaya muka taleh blah weyh..

 Mari tengok Hidir lagi

 Sila Perhatikan Hidir

Sila tengok GK

Tadi dalam Rumah, ni atas jalan, tobat orang takut ni.. apa menda la budak2 ni..
 Tengok bawah weyh

 Shhhhh.. kontroversii

 Tengok atas tu, brung dok dating~~

 Buat Gaya ikut suka
Gaya statik

 Piece laaa~~

 Gaya Comei kaihh

 Tangan di bahu mata diatas ya suma..

Ikut macam sayee

 Pasangan ni selalu la curi tumpuan. suka je. kalau toi pn abg sign Approved dah.. :D

Macam hari raya kan? Serious sangat terharu tengok semua yang berusaha nak join dan mengikut TEMA, serious rasa bangga dengan semua, I REALLY MEAN WHEN  SAID SEMUA, sebab semua sangat sporting!! tak jumpa la kat mana-mana geng yang rapat macam ni. Tagline We Are Family tu memang tinggalkan kesan dalam jiwa masing-masing, apa pun tahniah. Akan ada susulan selepas ni, Nadh akan kumpulkan link suma dalam satu entry, anda leh la nak follow depa nanti melalui entry ni, tunggu lappy Nadh sehat sat na.. PLUS my very first Vlog kot nt. insyALLAH. 
Proud Of U Guys!!!

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

dipertemukan kita dalam satu medan, supaya kita dapat saling mengingati antara satu sama lain, jalinan ukhuwah antara kita ni, ditentukan oleh ALLAH, dan hasil akhir darinya, sama ada bermanfaat atau tidak, adalah berkait dengan pengisian dari kita, andai madu yang kita beri, maka manislah dia, dan sihatlah isi nya, tapi jika hanya racun yang kita tuangkan, abis matilah semua, tiada lagi nilai didalamnya, Nadh harapkan, semua dapat amek iktibar, kita berkawan bukan di sini sahaja hendaknya, moga-moga keberkatannya, berkekalan hingga ke taman2 syurga hendaknya. Amin Yarabbal alamin.

Bicara Tengahari Nadh

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Kehadapan Blog sayang,
serious aku sangat rindu dekat kamu.
rindu sangat sebab aku tak dapat nak bersama dengan kamu.
sangat-sangat rindu sebab taleh nak sembang dengan kamu,
sangat-sangat-sangat- rindu sebab tadapat nak lihat perkembangan kamu dan berkongsi ceritaku sedang aku ada banyak sangat cita nak kongsikan dengan kamu.

Wahai Blog,
aku bukan tak mau nak sembang dengan kamu,
tapi kesuntukan masa, dan kemerajukan lappy tu membuatkan aku tak dapat nak jumpa kamu,
kamu tahu tak, rasa sasau sekejap la sebab tak dapat tengok kamu,
ni hati ni, tak tenang tau dak bila idea melonjak-lonjak keluar dan ianya tak dapat aku luahkan dalam bentuk tulisan,

Wahai Blog,
ni aku dok online pakai pc office dengan menggnakan broadband aku, sebab aku taleh tahan da berjauhan dengan kamu selama 2 hari.
kamu nak tau dak, tak ramai mai melawat kamu semenjak 2 hari aku tadak ni.
tapi tu bukan soalnya la, soal utama dia adalah aku yang tadapat tengok kamu,

Wahai Blog,
kemarin aku ngadu kat boss aku cakap lappy rosak,
kamu tau apa dia kata?
""Ya lah.. hg duk layan perempuan lain. laptop hg laptop betina. ha. ha."
duii leh plak dia kata macam tu? ada ka patut blog?
kalau yang nak jadi perempuan tu aku nak kamu la blog.. sebab aku selesa sangat dengan kamu..

huuu.. tamat sudah aku berkata-kata, nanti kita sembang len tau.
aku da cal angah tadi, dia kata satgi malam leh jumpa dia, aku akan pastikan lappy aku sehat seperti sediakala agar aku le tengok kamu selalu. tata blog. take care tau.

Lots of Love
Nadh

Saturday, 23 April 2011

Bermula Pasti Ada Akhirnya

Assalamualaikum.

Nadh menulis dalam mood tacing cket.. hehe..
Tacing la sangat tu kan. hehe. Actually nak berbicara sedikit mengenai Majlis Perpisahan yang akan diadakan satgi. Bermula dari perkenalan, berlaku pertemuan, dan hari ni perpisahan, sebab lepas ni susah dah nak berjumpa dengan depa bertiga dan mungkin yang lain juga selepas ini. 

Sebab depa bertiga akan tamatkan pengajian tahun ni, dan kembali ke negeri tempat asal depa lepas ini. Onie dan Erika kat KL dan Tatia tak silap dekat Kedah. Yang Kedah ni mungkin senang lagi la jumpa, yang dekat KL ni, mungkin susah dah nak turun sini untuk bersuka-suki lagi. Dan lagi seorang tak dilupakan, Cik GK yang akan menamatkan pengajian jugak dalam tahun ni, tak silap sem ni juga. Sorang lagi yang akan meninggalkan bumi Pulau Pinang dan kembali ke tanah tempat lahir. 

Actually bukan ini yang nak dikongsikan sangat asalnya tapi mengenai " Bermula dan Akhirnya " kita di muka bumi ni. "Ketika kita lahir, kita menangis dan dunia bergembira. Jalanilah hidup kita dengan cara sedemikian rupa, supaya ketika kita meninggal, dunia akan menangis dan kita bergembira"
 
Quote atas menyebut yang ; Dari ketika kita mulai menjerit didunia ni, saat-saat kelahiran kita, kita melihat alam, dari alam rahim, kita muncul pula di alam dunia ni. Kita mula melihat, berkenal dengan Ibu dan Ayah, dua yang tak pernah tinggal sisi kita, dari awal kita lahir, kemudian kita mengesot, belajar merangkak, belajar berdiri, berjalan dan akhirnya berlari. Satu Per Satu perjalanan hidup kita mula dari awal hingga ke saaat ALLAH menitahkan Malaikatul Maut datang dan menarik nyawa kita. 

Sepanjang perjalanan kita dari Awal hingga Akhirnya tu, apa yang kita dah buat? adakah kita berjaya mencorakkan diri dan jiwa sebagai Hamba yang Taat pada ALLAH dan umat yang disayang Rasulullah, atau menjadi seorang penduduk Neraka dek kerana seronoknya kita dengan nikmat keduniaan ni. Atau adakah kita berjaya menjadi Anak Soleh Solehah yang menjadi bekalan dan harta paling bernilai buat kedua Ibu dan Ayah kita? adakah kita menjadi abg atau kakak atau adik yang baik kepada adik beradik kita? Adakah kita menjadi seorang sahabat yang baik kepada teman-teman kita? 

Renungkan semua ini. Adakah kita menjadi seorang yang berguna dan berharga buat yang berada disamping kita? Berjayakah kita dalam menjadi seorang yang dapat memberi renungan buat yang bersama kita? Kita tidak meminta supaya ditangisi pemergian nanti, tapi sekiranya kita berjaya untuk buat orang rasakan pentingnya kita dalam hidup, perkara ni mungkin boleh berlaku, tidak meminta, tapi menjadi yang TERBAIK akan kita dikenang sebagai yang meninggalkan kesan dalam hidup.

Apa pun, segalanya adalah dari kita juga, kita yang menentukan, adakah kita "tersenyum" saat kita diambil nanti, atau berduka cita menantikan hari pembalasan yang akan pasti menjelma buat semua.
Renung-renung, tenung-tenungkan. :D


Majlis Perpisahan KAMI BLOGGER UTAGHA - Kami Orang Melayu

Assalamualaikum..

Hari ni Nadh ada majlis perpisahan untuk adik beradik Kami Blogger Utagha,
Onie, Tatia dan Erika, depa ni adalah yang study di Penang (Utagha) dan lepas ni depa akan kembali ke kampung halaman la, sebab dah abeh study.

Jadi tujuan di adakah majlis perpisahan ni sebab nak meraikan depa.
Majlis akan di mulakan pada jam 11. tamat pukul berapa tatau.

Tapi yang menariknya pasal majlis adalah atas tema dia,
hari ni suma akan jadi ORANG MELAYU.
Lelaki akan berbaju Melayu, Perempuan berbaju Kurung.
kita tengok la satgi sapa yang menyahut cabaran tu. ada tak yang nak mengikut tema ni? :D
sorang ni dah tentu dah merempit dengan baju kurung..
lalalalalalalalalalalala~~

Friday, 22 April 2011

Hadiah Contest Adik-Beradikku Yang Cute Dah Sampai

Assalamualaikum.. 

Hadiah untuk " Contest Adik-Beradikku Yang Cute " baru ja sampai.
Alhamdulillah la.. Seronok plak bila diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dalam contest ni.
Terima kasih tak terhingga kepada Tuan Tanah, Encik Fadhirul Ahmad, kerana memilih Nadh sebagai salah satu pemenang contest ni. Alhamdulillah, Syukurlah, rezeki adik2 Nadh ni. Syukur..

Ni la adiahnya, Cik Pemenang beraksi bersama adiah dia.. hhihi.;)


Ni bawah ni Entry berkaitan dengan Contest ni.

Apabila 2 Blogger Pemes Bergaduh, Sapa Lagi Comel??

Assalamualaikum.
Sebelum Jumaat hari ni, ada cerita PANASSSS sangat..
2 blogger pemes bergaduh ni...
Jadi demi menyelesai kan pertikaian antara berdua ni..
Satu Undian akan dilakukan :: 

 
 
 

Baik, mari kita undi, sapa dia yang Comel antara DUA di bawah ni ::



Atau??


Undian anda amatlah dihargai. Maceh. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA