Followers

Tuesday, 31 May 2011

Segmen Nelly : Kenapa korang buat berblog ?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh join, " Segmen Nelly : Kenapa korang buat berblog ? "


Nadh jawap kenapa ..

Rasanya pernah ada dalam 1 entry. YANG NI.. Tapi since ini adalah segmen,
Meh nak senaraikan beberapa sebab.

1. Blog is MY BEST FREN EVER
- seriously, blogging bukan saja untuk orang, tetapi dia adalah kawan baik Nadh. I WILL TELL EVERYTHING bout me to my blog. But thing starts to change when ive choose to share my blog with others, the trend of the story have changed, "Story in the Story" starts to be applied in all those sharing.

2. SHARE my thoughts thru blog. Thats the reason why Frameandlenses is so special.

3. Place where i can "be creative". To those who still new here, do click HERE to read my newest masterpiece (100 Letters of Love), and leave ur comments. Thanks.

4. Knowledge, i love to talk, but sometimes no one is there to hear me bubbling, so i let my blog to be the ears.

No matter what it is, Frameandlenses.blogspot.com is the best ever for me, do mind your words okeh, mess wit it, means that u r trying to mess with me, I LOVE Frameandlenses.blogspot.com soooo much !!!

Note :: Will it be changed to (Dot) Com one day? Let the time decide. :)

Kain Putih dan Ensiklopedia Tebal

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Seharian Nadh busy lagi. Dari pagi hingga ke petang. Idea ada menjengah kotak fikiran, tapi belum punya masa untuk benar-benar bersedia untuk mencoret di dalam ini.

Pagi tadi sesudah Nadh pulang dari meeting, Nadh masuk office, tapi sebelum tu singgah dulu dekat Secret Recipe yang baru dibuka area office Nadh untuk beli Choc Cheese Berries. Asalnya dah terlepas jauh, tapi patah balik sebab nak makan cheese cake. Jadi Nadh singgah jugak. demi mendapatkan nya. ehehe.

 Don't ask! i am a cake lover. :)

Baik office tu, masa makan tengahari dengan seorang sahabat, Nadh terpanggil nak berkongsi cerita ni. 

"Nadzri, cantiknya akak tu pakai jubah, tudung labuh tu, cantik... "

"Aku tak pandai fesyen la. Tapi lawa.. "

"tu la cantik la Nadzri, kalau orang lain tengok mesti depa kata tak cantik kan? tapi aku lagi tertarik pakai macam tu, berjubah, tudung labuh.. "

"Nak wat macam mana weyh, dah orang macam tu. Aku pn tatau dah nak kata macam mana.. "

"Aku lagi suka macam tu, baju dah terang besar, tak gaduh nak risau pasai bentuk badan dah, tertutup, tak ketat, suma terjaga.. "

Nadh senyum tanda bersetuju. Betul kata dia, kenapa kain putih tanpa kata mampu berbicara macam tu, tapi sebuah eksiklopedia setebal-tebal tidak mampu berfikir perkara berkenaan? Nadh hairan.. Nadh hairan, dan Nadh sangat sedih...


Note :: Sebenarnya betul sangat kan? Yang kain putih itu lebih senang nak dicuci dari kain yang dah berkaler-kaler tu. Tulisan yang baru beberapa perkataan yang hanya baru mula dicoret dibarisan pertama perenggan itu lebih senang dipadam dari tulisan yang dah beratus muka surat dan ditulis pula dengan Pen memang sangat susah nak dihilangkan...

Buat yang membaca, renung-renungkan.. Hati Nadh mulai sebak..



AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

Assalamualaikum
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Enchik Ben wat segmen malam-malam. hihi..
Dah nak tdo dah ni.. Tapi join dulu la baru tdo kan? hehe
Segmen : " AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA ! "


Sebelum pergi nak sampaikan pesan :
Udah2-udah la deme, 2 orang dah kawan Nadh sakit pasai rokok.
Udah-udah le, yang ada anak, ampa wat anak ampa jadi LEMBAP.
Buat isteri anda MATI CEPAT.
Sedang cuba buat anak n isteri merasa title JANDA n YATIM.
Terbaek der.. udah2 le tu..

Maceh.

P/s : Nak join tak? leh.. sila click kat SINI .

Akhirnya Lulu Caldina follow Nadh

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.


Entry ringkas sebelum Nadh masuk tidur. Since rasa happy so wat jugak la entry..
Nak tau tak pasai apa ni? Meh tengok, sis Lulu yang berinformasi da follow Nadh.. hihihi..
Cam happy plak. Dia dah la ada Lulu-Pages yang masyuk lagi sarat info saban hari kan,
Tetiba leh plak la click button Follow kat belog serba daif Nadh ni.


Maceh cik Lulu. Selamat bercuti na.
N tak lupa, Selamat Hari Lahir sekali lagi.
Mendoakan yang terbaik buat kamu. Dan agar "What I Wish For My Birthday" tercapai hendaknya.

Maceh tau.. :)

Monday, 30 May 2011

700 dan 707.

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.


Satu entry lagi, mengenai 700 yang dicapai pagi tadi dan 707 sebentar tadi. Hihi.. Cam segan plak kan? kita yang naive lagi tak ketahuan ni nak cerita sal follower, padahal belog cap ayam ja. Tapi Nadh stil nak cita jugak sal kedua nya, sebab depa wat Nadh rasa bertuah sebab depa sudi follow belog tak seberapa Nadh ni. 

Orait, mulakan dengan 700. Nadh nak kenaikan Cik Normala Ali. 

Belog comei berlagu ni. Dah bertapak dalam dunia blog ni sejak dari hari Jumaat 30 Julai 2010. Wah, dah lama dah blog Cik Normala ni, dan kalau nak kira-kira kan, dalam 2 bulan lagi blog dia akan beranjak ke angka 1 tahun. Wah hebat.. hebat.. 

Apa yang Nadh nampak dia ni suka betul join contest, segmen. bagus jugak kan, menyokong rakan-rakan blogger kan, tahniah Nadh ucapkan pada dia. 

Ni Nadh kenan nak kongsi entry dia yang ni.. Pertemuan dengan Orang yang salah , Kekasih dikebas orang, dan Lelaki VS Perempuan. Suka baca pendapat dia. menarik tau.. Nak tahu sila click dekat link tu.

***********************************************

Lagi satu is Angka 707. Pun menarik minat Nadh jugak. Sebabnya, Nadh dulu pernah ada angka 03.03, 04.04, dan 05.05, cumanya 06.06 yang tidak berjaya dicapai dan dah berakhir pun cerita Nadh tu. hehehe..

So la ni Nadh nak jugak pilih 707 sebagai subjek entry ni. 


Nadh nak kenaikan, pemilik blog http://suzajudin92.blogspot.com/ iaitu Cik SuzaDin. Kalau tadi tuan tanah mula bulan 7, tuan tanah ni plak mula bulan August. Kalau yang tadi mula hari Jumaat, yang ni plak hari Sabtu. hehe. macam dah janji plak kedua blogger ni kan? hehe..

Tak banyak yang Nadh dapat explore dari sini, tapi Nadh kenan toi dekat UTM Bloggers tu. hehe, Nadh baru 2 hari tau join group tu. Dan sepertimana blogger 700. Cik Suza ni pn sama jugak, rajin betoi join contest. hehe ampa dua ni janji pa? hehehe.. :P

Dalam bebanyak entry kan, Nadh pilih entry NI . Bagus betoi la adik ni do promote akak dia yang comei tu, siap masuk blog lagi. Class weyh.. hihihi.. Tapi apa pn, kak dia memang comei tahap Lisa, aii like.. ahahaha..

Apa pun, nak tau lebih lanjut pasai Cik Suza, nak ngorat akak dia ka, nak ngorat dia ka, silalah rajin-rajinkan diri click dekat SINI..

Sergeant Keroro tanya apa hobi anda !!

Assalamualaikum
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Tu dia aihh.. malam ni segmen sungguh aihh Nadh ni. :)
Kali ni join Segmen Sergeant Keroro plak la..
Dia invite Nadh tadi.. Segmen ala-ala mengimbau kenangan sekolah rendah gitu.
Jadi dengan senang ati n rendah dirinya Nadh join la.
Segmen : " Sergeant Keroro tanya apa hobi anda !! "






Meh Nadh nak cita hobi Nadh.
1. Belog
2. Belog
3. Belog
4. Belog.
5. Belog.

Hihihi.. tengok tu, semata-mata belog kan? hehehe.. sebenarnya hobi utama adalah berkaitan dengan Blog. Sebab hari-hari pun tengok dia, dating ng Chenta Hati ni kan.. :P Tak mengadu apa jadi, kongsi hal dunia, atau tazkirah sikit, rajin sikit wat Vlog, rajin lagi, lagi dan lagi, wat cerpen.. Gitu la citanya. N sekarang ni dah mula berjinak-jinak balik dengan buku. so dah ada 2 hobi. dan last sekali is PSP.

Tu saja dari Nadh Sergeant Keroro.

Maceh.


Kenapa guna nama blog tu by MTT

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membawa.

Wahhhh.. Negara MTT wat segmen la. (sila click SINI untuk tau nama dia negara MTT). hihihi..
Nadh nak join jugak. Segmen:  " Kenapa guna nama blog tu by MTT "


Orait. Nak cerita kenapa dapat nama Frame and Lenses. 
Actually masa nak wat belog tu kan, dok fikir nama setengah mati (tipu aje)
Last-last terpandang paper bag cermin mata yang Nadh baru wat.
Jadi dengan itu, terciptalah belog Frame and Lenses, yang sekiranya Nadh terangkan mengenainya adalah merupakan apa yang berlaku disekeliling dalam kaca mata pandangan Nadh, (buleh tara tu? ahahahaha :P )

Note :: Arap maklum, gambaQ lupa nak amek la.. Tapa-tapa, lagi sekali balik kampung Nadh amek gambaQ paper bag tu na.. hihi.. :D

Selamat datang Adik Baru Nadz Kosa 3

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Sekadar entry special buat ahli baru keluarga Nadh. Anak kepada Kak Azza. isitu Yaya Jr. hihi
Meh nak share pic.Tak ada banyak la, satu aja.. 
(oopss.. nak gtau, ni bukan family betoi la. tapi dah macam family betoi. Ni adalah adik kepada anak ngasuh Mama, Adik Yaya. Anak kepada Kak Azza n Abang Azrul ) Jadi dengan itu dia adalah merangkap kepada ADIK baru Nadz kosa 3.. hhihi.. Happy trok3 ni.. :))

Apa pun, Alhamdulillah, dan syukur yang tak terhingga buat Tuan Punya Alam, ALLAH SWT kerana atas linpah dan kurnianya, diberikan keselamatan dan dipermudahkan urusan kelahiran Adik Yaya tadi. Alhamdulullah, syukur kerana tadi dalam pukul 15:02 abg Arul hantar message mengatakan Kak Azza dah selamat melahirkan Puteri Kedua depa. Alhamdulillah. Syukur sangat..

Sekalung Tahniah buat Yaya, Kak Azza n Abang Arul atas kelahiran ahli baru dalam keluarga depa.
Abang Arul n Yaya Jr.

Terasa diri nak balik Penang ni.. Nak tengok budak ni. Tapi apakan daya, tugas dan kelas mencemburui Nadh..
Doa-doa dapat balik jugak. Amin Yarabbal Alamin.


Segmen Bloglist ABGTEROR | Tanah Tumpah Darahku

Assalamualaikum.

Kemarin geng kembaQ ada ajak Nadh join bloglist Abg teror ni. 
Nadh pun belek-belek blog Abg Teror ni tapi baru hari ni nak join. Sebab semalam agak busy dengan cerpen, hai ni Nadh nak uruskan sal ni plak. (chewahh.. )

Apa pun kan, terbaek la apa yang Abg Teror cuba wat ni, atleast kan, kita leh tau la rakan blogger kita tu dari negeri mana kan? mana la nak tau, satu hari p berjalan tempat depa, leh jugak nak tanya-tanya.. ihihi. :D


SOALAN

1. Dimana anda dilahirkan?
Hospital Bersalin Pulau Pinang

2. Dimana anda dibesarkan?
Di Pulau Pinang, dari Pulau dan kemudian di Tanah Besar.

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Pulau Pinang


4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Semestinya kerana dianya adalah negeri tanah air tempat tumpah darah Nadh. Im proud to be Penangites.

P/s : Ada sapa lagi nak join? Terhad kepada 500 blog sahaja. Jum la reramaikan bloglist abg Teror. Kalau berminat leh click kat SINI.

100 Letters of Love

di bawah batu nisan kini kau telah sandarkan,  Kasih sayang kamu begitu dalam, Sungguh ku tak sanggup ini terjadi, kerna ku sangat cinta…

Air mataku bergenang lagi.  Tiap kali aku terdengar lagu ni, hati aku akan menangis, kerana ianya sangat meninggalkan kesan dalam hidup aku. Buat pengetahuan kalian, lagu ini mempunyai cereka nya yang tersendiri, dan didalam nya terselit sedalam-dalam kepahitan dan begitu besar dan susah untuk aku melupakannya.  Dan kemungkinan juga mengapa hingga ke saat ini aku kekal sebagai diriku dan bukan seseorang yang beranjak ke alam matang iaitu dengan berpasangan. 

Cerita bermula saat aku masih bersekolah. Segalanya bermula dengan kisah ini. Cerita yang banyak mengajarku erti hidup dan betapa ALLAH yang menentukan tiap apa perjalanan hidup tiap hambanya.

*****************************************************
Mula cerita.

Aku ni merupakan student yang agak nakal di sekolah, yang mana aku tak pernah balik lewat dan selalu dipersalahkan atas kejadian-kejadian tak diingini dekat sekolah ni. Terus terang, kerjaku hanya menambahkan beban dibahu guru-guru sekolah dengan aktiviti haramku, iaitu memonteng dan membuat onar disekolah ni. 

Akan tetapi, disebalik kenakalan aku itu, keputusan pelajaran aku tak pernah mengecewakan. Aku tak pernah “miss” mendapat anugerah kecemerlangan dekat sekolah ni. Dan rasaku mengenangkan prestasi aku inilah aku kurang diambil kisah tentang disiplinku, walau agak nakal, tapi masih diberikan peluang. 

Satu hari, saat aku sedang memontengkan diri, aku terlihat seseorang. Penampilannya mengkagumkan aku, kelembutan diwajahnya, andai ianya dapat aku bandingkan dengan idolaku Lisa Surihani, pasti dia yang memenanginya, kerana begitu indah dan sopannya dia di mataku. Akan tetapi sekiranya dia menjadi perbandingan sahabat-sahabatku, semestinya aku akan dikutuk dan di kolotkan mereka dek kerana dia bukan seperti yang orang lain idamkan. 

Jika sahabat lain jatuh cinta dengan tubuh badan cantik, paha gebu dan mekap tebal seinci, aku lebih mengidamkan “batman” bermuka suci yang tidak bertepek mekap-mekap yang mana cuma sekadar penutup sementara untuk mengaburkan si yang melihat. Dia bukan si pendedah, dia cuma penutup yang mengikut apa kata Tuhannya dan menerima seadanya arahan itu akan tetapi keindahan itu memukau mataku. 

Aku benar sudah terpaut kepadanya. Maka dengan itu, setiap hari aku menjadi pengikut setia dia yang pulang kerumahnya. Rentetan dari kisah itu, dan dari cara dan langkahnya yang tersusun rapi bak indahnya ALLAH menyusun bukit bukau yang menjadi bukti-bukti kebijaksanaanNYA mengatur alam, begitu juga langkah si dia yang menjadi perhatianku. Aku mulai berubah sedikit demi sedikit, dari seorang yang nakal, aku kembali berubah, dan perubahan itu menjadi buah mulut disekolahku. Aku juga sedar akan perkara ini, tapi aku langsung tidak mempedulikannya, mungkin benar aku ingin berubah kerana ingin mengimbangi kejadian dia yang bagiku cukup indah dan mempersonakan. Akan tetapi, aku perlahan-lahan juga mengajar jiwaku untuk menerima ini sebagai titik tolak dan salah satu kejadian yang ALLAH aturkan buatku sebagai untuk kujadikan “alasan” kepada satu perubahan. 

Sejak dari hati itu, hati aku begitu tertarik untuk mengikuti perkembangan si dia yang sudah memaut hatiku. Kalau dulu aku yang rajin pulang awal, tapi hari ni segalanya berubah. Hari ni, aku punyai aktiviti baru selepas sekolah, iaitu “menemani” si dia pulang. Bermula dari saat inilah perubahan berlaku. Aku bukan lagi pemonteng tegar, tapi aku makin bersemangat untuk kesekolah, mengenangkan saat-saat indah menjadi seorang “stalker” dan pengikut setia si dia. 

Hari-hari selepas dari aku pulang ke kelas aku akan mengikutinya, dari stesen LRT di sekolahku, Taman Melati, hingga ke stesen di mana dia berhenti, iaitu di Stesen Taman Universiti. Dan dari sana kami kan sama-sama turun dan perjalanan kami akan berlawanan bila sampai ke satu simpang, yang mana dia akan ke kanan, manakala aku meneruskan langkahku ke kiri dan pulang ke rumah.
Satu hari aku ditegur,

“Adik, abg perasan adik ni asyik mengikut sahaja Ain setiap hari..”

“ehhh, siapa abg? Siapa Ain?”

“aiikk? Takkan adik tak kenal? Dia kan yang adik ikut setiap hari tu? “

“ummm.. abang ni sapa? Awat abg nak tahu kenapa? “

“tak ada la adik, abg cuma memerhati. Hari ini abg berkesempatan menegur adik, sebab itulah abg tanya. “

“tak dak aih abg, saya cuma sejalan saja dengan dia, mana ada ikut aihh”. Balasku menidakkan.

“tak apalah sekiranya adik tak mahu cakap dengan abg, tapi abg memerhatikan. All the best jika itu yang adik mahukan. Cuma abg nak nasihat, belajar pandai-pandai baru fikir nak bercinta tau.? “

Aku tersenyum kelat sambil meneruskan langkah, aku langsung tak rasa nak pusing melihat abg tu, geram juga rasanya,
siapa dia nak menegur aku kan? Aku punya suka la aku nak bercinta ka, aku nak mengikut ka, apa ka, bukan aku nak apakan budak tu pun, aku berniat ikhlas, nak berkenalan, itu saja.”. Bebelku didalam hati

Hari-hari berikutnya berlalu seperti biasa, aku masih lagi seorang pengikut tegar yang menjadi pemerhati dari jauh tiap langkahnya dan akan berpisah di simpang tersebut bila tiba masanya. Dalam tempoh ini, dalam tidak aku sedar, diriku sudah bertambah baik dan baik. Masalah disiplinku juga sudah terkubur. Hinggakan aku ditegur oleh rakan sekelasku.

Der, aku tengok ko dah berubah banyak la.. kalau dulu ko asik aje ponteng kelas, tapi sekarang ni aku tengok ko dah berubah.. ape hal?

Eh, kenapa hang cakap macam tu? Aku rasa biasa saja aih.

tade la der, aku tengok macam lain ko dah tak ponteng sekolah, lepas tu keputusan ko pun lebih banyak meningkat, kalau dulu ko conquer 3 4 mata pelajaran je, tapi hari ni majority ko amek keputusan cemerlang die. Jeles la aku macam ni dekat ko.. apa rahsianye? Kongsi la..”

Takdak aih weyh, aku cuma wat macam biasa ja la, takkan nak berubah pun tak boleh kot? “. Aku memberikan alasan.

kalau ko tanak cerita tak ape la, aku tak kesah, saje je tanye ko. Aku happy tengok ko hari ni. Dah menjadi buah mulut semua orang kalau ko nak tahu..”

dah dah cikgu dah masuk tu weyh.. bangun-bangun.”. Cikgu Hani masuk tepat sekali disaat aku rasa aku akan terus disoal, dan kehadiran dia ni memberikan aku alasan yang sangat kukuh buat aku menolak soalan bertubi dari Alif, salah seorang dari rakan sekelasku.

*****************************************************

Sebenarnya jika hendak dikira, hari ni merupakan hari ke 95 aku mengikutnya, tak sangka kan, lama juga aku menyimpan perasaan ni kan? Dan minggu ini merupakan minggu-mingu terakhir aku disekolah. Ini adalah kerana, minggu depan merupakan juga minggu terakhir persekolahan di tahun ini. Dalam simpananku, adalah kira-kira 95 keping surat yang menunjukkan aku sudah menyimpan hati selama hampir seratus hari kepadanya. 

Hari ini berlaku kejadian yang agak pelik bagiku, hari ni, si dia tidak pula aku jumpa di tempat biasa. Jika selalunya aku akan bertemu dia di tempat bus, dan kemudian mengikutnya hingga ke Stesen Jalan Universiti, dia tidak pula kelihatan di hari ni. Maka pulanglah aku dengan hati yang hampa, kerana sememangnya aku dah berniat untuk serahkan surat-surat aku yang ku simpan selama ini. Aku ingin benar menyerahkannya sejak dari hari-hari awal pertemuan, tapi naluri takut dan rendah diriku sedikit sebanyak menghentikan langkahku untuk mendekatinya dan menyerahkan bicara hatiku yang terbeku dalam hati ni selama ini. 

Hari keesokannya juga perkara yang sama berlaku. Aku masih tidak melihatnya di jalan ini. Berjam-jam aku menantinya, dengan harapan dia sebenarnya keluar dari sekolah lambat kerana ada perkara yang perlu di selesaikan disekolah, tapi aku hampa, kerana sesudah 3 jam menunggu dan menanti, hari demi hari cumalah kebuntuan yang mana tidak bertemu jawapan di mana dia sebenarnya.
Hinggalah pada hari ke 98. Abg tu datang dan menegurku. Mungkin dia juga perasan yang aku cuma menunggu sesuatu yang tidak berkesudahan mungkin.

Adik, menunggu Ain lagi ka?”

ummm..”. Mulutku seakan tidak mahu mengeluarkan patah katanya. Mungkin dengan demikian dapat aku meluahkan perasaan Ya yang mana aku sememangnya sedang menunggu si dia wujud dan hadir supaya dapat aku berikan kepadanya hasil-hasil artifak cinta nukilanku sepanjang 98 hari memendam rasa.
abg nak beritahu kamu sesuatu ni

apa dia abg? Abg ada tau apa-apa pasai Ain ka abg?

sebenarnya kan dik, dah 3 hari Ain di masukkan ke hospital dik

Apa? Kenapa abg? Apa jadi dengan dia? Dia accident ka? Sapa langgar dia? Dia cedera teruk tak abg? Dia camna sekarang? “. Bertalu-talu ibarat “machine gun” soalan aku tanyakan sebaik aku mengetahui akan hal ini. 

Dia sakit. Kalau adik nak melawat, adik pergilah ke Hospital Ampang Puteri. Dia ada di sana..”
Tanpaku sedar, aku menggenggam tangan abg tu, dan jutaan terima kasih kuucapkan kepadanya, seterusnya langkahku dilajukan demi untuk melihat Ain yang sudah hilang berhari-hari dari pandanganku.

*****************************************************
Sesampainya aku di hospital, aku lihat kedua ibu bapanya berada didalam bilik yang mana dia ditempatkan. Aku masuk setelah mendapat izin dari kedua ibu dan bapanya. Mereka tidak pula meninggalkan aku dan dia bersendiri didalam bilik itu, tetapi menjarakkan sedikit kedudukan supaya aku punya ruang untuk bercakap-cakap dengannya. 

Assalamualaikum kamu..”. Sapaku. 

ehh kamu, macam mana kamu boleh tahu saya ada di sini?

sebenarnya saya dapat tahu dari abg Ben, dia la yang habaQ kata kamu ada dekat hospital sekarang ni.

Abang Ben? Ahha..dia tu la yang bagitau saya tentang kamu.bukankah kamu yang setiap hari pulang dengan saya dari sekolah?

kamu perasan ka saya yang dok ikt kamu tiap hari tu?

sebenarnya saya perasan, saya macam teringin nak tegur juga, tapi saya rasa malu

Agak lama juga aku berada dengannya, dan berbual-bual, tapi sebaik tangan terlihat jam di tanganku sudah mengenjak ke pukul 6:30, aku meminta diri untuk beransur pulang. Sebelum pulang, aku menyerahkan artifak hatiku kepadanya. 

ummm.. saya nak sampaikan kepada kamu ini, dalam sampul ni.. ada surat-surat yang setiap hari saya tuliskan untuk kamu, harap kamu sudi menerimanya. Nak kata banyak tak la sangat, ada 99 ja. Kamu baca la pelan-pelan, mana la tau kan, leh wat teman tidoQ satgi malam. Ehehe” sempat ku tersengeh bila aku ucapkan kata-kata ini kepadanya, dia hanya tersenyum sambil bangun menerima sampul besar berisi surat-surat aku kepadanya.

Aku pula melanjutkan langkahku kemuka pintu sambil disapa ayahnya.

Nak, terima kasih datang melawat anak pakcik”

Sama-sama pakcik, tapi apa penyakit Ain? Dah banyak hari dia ada di sini, tapi tak keluar-keluar lagi. “ Pakcik Amir mendiamkan diri.

kenapa ni pakcik? Ceritakan la dekat saya, saya ada tanya Ain tadi, tapi dia takmau cerita dekat saya..”

“Sebenarnya Ain tu ada penyakit ketumbuhan didalam kepala, dan dia sebenarnya dah berada didalam peringkat-peringkat akhir.. “

Mataku mula berkaca, tapi kukuatkan hati, dan terus menguatkan diri demi untuk memberi semangat kepada Pakcik Amir. Dalam pada itu, hati tertanya kenapa aku tak nampak langsung tanda-tanda sakit di wajahnya? Cekap benar dia menutup sakit itu tika berada dihadapanku dan kedua ibu bapanya, lantas keluar kata-kata ini dari mulutku,
Pakcik, sama-sama lah kita mendoakan dia, dari DIA kita datang, dan kepada DIA juga kita akan kembali, namun demikian, DIA juga ada bagitau yang tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati kan? Jadi kita sama-sama lah berdoa dan memohon izin dia agar Ain akan terus dapat kekuatan untuk bertahan dan pulih.” 

Aku tahu kata, kataku bukanlah apa untuk dibandingkan, perasaan ku ini cuma sedikit risaunya dan jauh hendak dibandingkan dengan ummi dan ayah Ain yang mana membesarkan dia dari kecil hingga sekarang, akan tetapi aku cuba juga untuk memberikan semangat kepada mereka, dan berharap dengan sedikit sisa harapan tu, mereka akan terus berdoa dan bertahan. Aku juga tak berhenti berdoa buatnya. 

Aku pulang hari itu dengan hati yang hampa. Dalam hati tak berhenti berdoa dan berdoa agar diberikan keselamatan dan dipulihkan Ain dari penyakitnya. Malam itu juga aku bertahajjud, dan buat solat sunat hajat untuk memohon ALLAH panjangkan umur Ain dan pulihkan dia dari penyakitnya, Aku tahu tindakanku salah, kerana aku meminta dari NYA tika keadaan aku begini, tapi pada siapa lagi tempatku berpaut jika bukan kepada Yang Maha Esa ALLAH yang menjadikan setiap kejadian alam ini? 

Keesokannya aku kembali lagi ke hospital untuk melawat Ain. Hari ni aku bawakan buah tangan baru untuknya, iaitu bicara hatiku untuk hari ke 99. Bergelak sakan kami hari ni. Membaca kisah dari hari ke 50 sampai ke hari ke 99 ini. Semalam sebelum tidur Ain dah baca hingga ke hari ke 49 katanya. Jadi kami sambung saja lah membaca kisah hari seterusnya. Dia tak berhenti-henti gelak dari tadi membaca surat aku ni. Dan aku pula, menahan muka merahku setiap kali dia gelak. Aku tahu dia saja gelak, demi untuk menutup sakitnya dan tidak mahu aku dan kedua ummi dan ayahnya risau. 

Satu jam saja ku telah bisa, Cintai kamu kamu kamu di hatiku, Namun bagiku, melupakanmu, perlu waktuku seumur hidupku…. “ (begitu hebatnya satu jam berbicara dalam hidupku.. )

Setelah berakhir lagi hari ini, aku beranjak pergi. Setelah mendapat izin dari kedua ibu bapanya. Aku pulang dengan hati yang sedikit terubat kerana melihat gelak tawanya, akan tetapi, aku juga masih risaukan akan keadaan nya, ini kerana sedang kami asyik tergelak tadi, dia ada sesak nafas, dan aku terpaksa untuk keluar dari bilik untuk dia mendapat rawatan. Selepas selesai sahaja dia mendapat rawatan, aku masuk kedalam bilik bersama kedua ibu bapanya, tapi tak lama kali ini sebab kami tidak dibenarkan lama didalam bilik ini demi untuk memberi ruang kepada Ain untuk berehat.

*****************************************************

Malam itu dengan penuh semangatnya aku menyiapkan surat ke 100 hari aku berkenalan dengannya, aku begitu seronok mengenangkan sudah tiba hari ke 100 dan angka ini agak menarik untuk aku bualkan. Tergelak aku bila melihat, 5 keping kertas A4 diatas mejaku ini dah ku gunakan untuk luahan yang tadi ku katakan pendek itu. Selesai sudah luahanku buat hari ke 100 yang ku buat sebaik selesai aku bertahajud dan solat hajat untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan Ain. Sebaik selesai menulis, aku tertidur. 

Tamat imbas semula. 
*****************************************************

Inilah saat terakhirku melihat kamu, jatuh air mataku menangis pilu, hanya mampu ucapkan.. Selamat jalan Kasih…” 

Sebenarnya apa yang aku coretkan diatas merupakan dari surat yang ditulis oleh Encik Badrul, seorang insan yang pernah berpaut didalam hatiku, iaitu hasil dari 100 hari kisah dia menyimpan hati kepadaku. Jika dibaca kembali kisah diatas sepertinya aku yang berada didalam kisah, tapi aku adalah aku yang menjadi watak si pesakit didalam kisah ini. 

Badrul dah lama pergi meninggalkan aku, dia pergi ketika hari ke 100 dia menyimpan hati kepadaku ketika dia dalam perjalanan datang untuk melawatku di hospital. Dia telah meninggal ditempat kejadian kerana dia dilanggar kereta ketika dia hendak menyelamatkan seorang budak yang melintas jalan. 

Seperti kata ALLAH dalam firmannya, dalam surah Al-Imran ayat 145 yang bermaksud,
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya..

Begitulah juga kisah hidupku, mungkin aku sudah berada dalam saat akhir kejadianku jika mengikutkan kepada kira-kira manusia, tapi pabila ALLAH menetapkan tidak, semestinya tidak adalah jawapan kepada kejadian yang belum berlaku ini. Aku masih hidup, malah pulih dari sakitku, tapi Badrul yang sihat sejahtera ini yang pergi dulu meninggalkanku. Apapun, aku mendoakan agar dia tenang di sana..

Air mataku menitis lagi.. 


Sunday, 29 May 2011

"I LOVE ATTENTION. SO WHAT? "

Assalamualaikum
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

"I LOVE ATTENTION. SO WHAT? "

hihihi.. bunyi agak mengada dan gila glem kan? ahahah.. sebenarnya saja ja nak wat kecoh dengan tajuk Nadh ni. Cerita nya tadi Nadh jadi presenter kumpulan Nadh. Tajuk kami adalah "Mengekalkan Berbagai Kaum di Malaysia" . iaitu tajuk kontra kepada tajuk kumpulan sebelum Nadh iaitu "Mewujudkan Masyarakat 1 Malaysia".

Sebagai presenter kan, biasa la dah mulut tak reti cover + pelat Utara yang tak reti nak tukaQ ada "E" dekat belakang kan, memang Nadh jadi attention, 2 hari dalam kelas dah ada yang sedar kehadiran Nadh tu, walaupun Nadh sememangnya asing dengan depa suma ni. Terutama nya ada dah yang datang dan berbual dengan Nadh sebaik Nadh habis kelas tu.  "Nadzri orang mana.?" pertanyaan dari seorang akak tu yang asalnya di Alor Setar. Dan memang ramai la yang dah sembang dengan Nadh. hihi.. Rasa seronok sebab dapat kenai ramai ni. (Naluri sorang yang suka berkawan cam Nadh kan? serious happy.. ).

Oihhh.. dah tersasar ni, Okeh-okeh, Nadh sambung balik..  tadi cakap sal topik ni, Nadh tak tahan nak gelak dengan isi seorang sahabat Nadh cakap. Dia kata Malaysia ni berbagai kaum. Menarik pelancong untuk datang ke negara ni. Contoh nya pelancong dari Amerika, nak ja datang Malaysia, sebab jimat kos, bila mai Malaysia, dia leh jumpa masyarakat Melayu, Cina dan India. Tak perlu la dia nak ke China n India lagi sebab semua dah ada dekat sini. (serious Nadh gelak dengan hujah dia, sebab memang lawak tapi benar jugak kan, kita di Malaysia memang dikenali dengan berbagai kaumnya kan, so apa dia kata ni, ada "isi" bukan "kosong".)

Kemudian mai kat time Nadh plak, Nadh highlight apa sahabat Nadh kata dan kemudian Nadh beri 2 cadangan untuk mengekalkan keharmonian kaum kat Malaysia ni. (2 saja sebab kurang persediaan, dan blurr sebaik ada didepan..selalu pantang ada peluang cakap kan.. hihi. ). Antara yang Nadh cadangkan adalah Mengetatkan undang-undang keselamatan dan kebebasan bersuara ni. No Kompromi. (Masa Nadh sampaikan hujah ni, mendapat tepukan satu kelas. Rasa macam ahli parlimen plak.. hihihi

Nak tergelak pn ada., tapi seriously Nadh enjoy sangat dalam kelas ni, terima kasih ALLAH, terima kasih Kak Mas, terima kasih Kak Sarah, terima kasih Asyraf n Hasbullah n Akak-akak segroup 4. Dan terima kasih jugak pada semua dalam kelas Nadh. tak lupa Enchik Mokhtar yang menerima Nadh masuk kelas ni. Terima kasih semua. Had great time with you guys. 

(Dunia Nadh dahulukala.)

Note :: Nadh takut memikirkan masa depan kita dekat Malaysia ni lepas dengar hujah-hujah dari depa dan juga setelah Nadh tenung-tenung-renung-renung keadaan kita sekarang ni, adakah kita akan kembali mencapai keamanan yang seperti dahulu kala? Adakah MELAYU akan bersatu? Nadh doa sangat, Kita yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah dengan satu lafaz Lailahaillallah sepatutnya YANG PALING BERSATU, tapi hairan sebab yang terok-terok berpecah belah adalah kita, Nadh doa sangat semuanya akan kembali macam normal, (maksud Nadh macam Zaman Kegemilangan Islam dulu, di mana ISLAM BERSATU). Doa sangat!! dan pada yang membaca, kita aminkan ya doa Nadh ni. Amin Yarabbal Alamin...

Perkongsian Minda.

Assalamualaikum 
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Wahhh.. Macam banyak ja tajuk nak Nadh kongsikan lepas Nadh balik dari kuliah kan? Seriously memang banyak pun sebab module pengajaran kali ni banyak kepada perbincangan dan Nadh bergaul dengan para guru-guru seMalaysia kan, memang banyak yang membuka minda dan pemikiran Nadh.

Macam tadi kan, present tentang 4 tajuk besar, iaitu :
1. Hubungan antara kaum di Malaysia sedang baik-baik aja. 
2. Hubungan antara kaum di Malaysia sedang meruncing.
3. Mewujudkan 1 Malaysia, Kaum Malaysia
4. Mengekalkan konsep berbagai kaum di Malaysia.

Nadh terpikat benar dengan tajuk yang di bentangkan oleh kumpulan 2 iaitu Hubungan antara kaum di Malaysia semakin meruncing. Semasa perbincangan dilakukan, ahli kumpulan ni (sorang abg cekgu) banyak menyentuh isu yang kita tak dihebahkan, dari berbagai segi dan cuma menjadi isu "disapu bawah karpet" yang sepertinya cuba ditutup demi untuk menjaga kestabilan keharmonian di negara ni. (kononnya).Nadh tak sangka rupanya banyak yang disorokkan yang tidak kita ketahui.

Mungkin kami agak offensive kan, tapi bagi Nadh isu seperti ini bukan isu kecil kerana ianya akan dapat memporak perandakan keharmonian antara kaum di negara ini. 

Terus terang Nadh katakan la, Nadh sangat kagum dengan abang-abang n akak-akak dalam kelas Nadh ni. Walaupun depa dari kalangan guru-guru yang bagi Nadh mempunyai standard lain dari Nadh yang cuma kerani cabuk ni, tapi depa sangat happening dan yang paling Nadh kagum adalah cara depa tu, cara menyampaikan buah fikiran, cara depa berbual, cara depa menyampaikan, buat Nadh rasa seronok sangat, (tambah-tambah yang baik dengan Nadh ni sat dok kuaQ ayat Quran tu, sat ayat ni, kata-kata tu ada ja la ayat jadi sebutan, Nadh jadi kagum dan seronok sangat.. ).

Ni yang buat nak kenai dengan lebih dekat ni, bukan apa, ILMU yang depa ada yang Nadh tadak tu dah buat Nadh seronok sangat. seriously la, banyak membuka minda tadi, sebab perbualan kami bukan sekadar "bual kosong". Alhamdulillah, Nadh happy sangat, syukur pada ALLAH yang buka hati Nadh nak join kelas ni. Syukur.. syukur.. Alhamdulillah.. :D

Apa pun, terbukti la, golongan cerdik pandai ni, depa lain kan, takkan nak sama macam kerani cabuk macam Nadh ni kan? hihihi.. rendah diri plak rasa.. T.T


Saturday, 28 May 2011

Hidup PILIHAN, sebelum tiba MATI dan PAKSAAN

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Nadh teringin benar nak berkongsi tentang apa yang Nadh dapat masa Nadh dengar Khutbah Jumaat semalam.
Apa yang Imam sampaikan tu, Nadh simpulkan dalam beberapa patah perkataan. Iaitu "Hidup ini Pilihan, Mati Bermula Paksaan.. "

Apa yang dapat kita simpulkan dari perkongsian Nadh tu? Mari Nadh terangkan. 

HIDUP SEBAGAI PILIHAN

"Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku" (Az-Zariyat : 56)

Bermaksud, ALLAH jadikan kita, untuk beribadat kepadanya, untuk menyembahnya, dan dari sebab itu, dilimpahkan kita nikmat dan segala kelebihan didunia ini untuk memudahkan kita mendekatiNYA. Seperti dalam satu Firmannya dalam Surah Toha ayat 132 yang bermaksud :

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." ( Surah Toha : 132)

Menunjukkan bahawa, ALLAH memberi pilihan kepada kita, sama ada untuk menjadi seorang hamba yang taat, atau hamba yang ingkar kepada segala yang diperintahkan oleh NYA. Dan dijanjikan pula balasan yang baik bagi yang bertakwa dan neraka jahanam sebagai tempat pada yang ingkar.


MATI BERMULA PAKSAAN.

Apa yang Nadh maksudkan dengan paksaan?

"Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Al Munaafiquun : 10)

Ayat diatas menerangkan yang KEMATIAN itu bukan satu yang kita tentukan, yakni bermakna, pabila sudah tibanya saat kematian itu, kita takkan dapat menolak, atau menanguhkan walau sesaat pun. Dan mula dari saat itu, bermula apa yang Nadh maksudkan sebagai paksaan itu.

Iaitu, yang mana beratnya buku amalan dengan perkara-perkara kebaikan dan mendekati ALLAH, ALLAH kurniakan DIA syurga, manakala yang ingkar dan selalu melawan perintahnya, akan telah disediakan baginya neraka jahanam sebagai balasan buat dia yang tak mendengar peringatan-peringatan yang diberikan kepadanya.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (Al Imran : 185)

Dan destinasi akhirnya itu nanti, adalah dengan nada PAKSA, kerana bila saja kita masuk ke alam barzakh, yang menjadi bekalan hanyalah amal, hanyalah amal dan iman yang akan berbicara bagi pihak kita, baik kita di dunia, dan menggunakan sebaiknya peluang kehidupan, maka baiklah balasan dan DIPAKSA menerima balasan dan layanan baik-baik dari malaikat dan setibanya Alam Akhirat nanti, diberikan pula nikmat Syurga yang didalam nya terkandung nikmat-nikmat yang tak terjangkau dek fikiran kita.
( Ada ka yang nak menolak PAKSAAN masuk ke syurga? Semestinya tiada kan?  )

Dan bagi yang ingkar, PAKSA juga menerima layanan buruk dan akhirnya dihumbankan kedalam neraka jahanam yang dahsyat lagi menakutkan seksaannya. (Kita ketakutan untuk masuk ke neraka yang dahsyat, TAPI ADAKAH KITA PUNYA KUASA MENOLAK BALASAN YANG DAH DIJANJIKAN PADA KITA?? Mau tak mau, TERPAKSA-rela masuk jugak ke Neraka.  )

Jadi? Tunggu apa lagi? Buatlah pilihan ketika dialam PILIHAN sebelum melangkah ke alam PAKSAAN. Yang mana hanya AMALAN yang menjadi kira.


"andai kata dunia itu sebesar sebelah sayap burung ataupn sebesar sayap nyamuk, maka takkan AKU beri walau setitis air pun kepada mereka"

Wallahualam.
Moga mendapat manfaat.

Hari Pertama Kuliah Pertama Sem baru 2011/2012

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Hari ni hari pertama kuliah Nadh. Permulaan yang agak lawak jugak tadi mulanya, Nadh sampai dalam pukul 2. Lepas tu, Nadh naik atas, tingkat 13A, lepas tu tak bertemu kelas. Jumpa kawan-kawan, tapi subjek yang depa amek tu, bukan subjek yang patut Nadh balik. Depa kata subjek Nadh minggu depan baru ada. Nadh tinggalkan depa, n Nadh turun bawah.

Sampai kebawah, Nadh tengok balik jadual, memang ada kelas tu, Nadh naik atas balik. Lepas tu dah naik atas, memikirkan nak masuk kelas mana. (ceritanya, Nadh tak daftar online sebab tak sempat hari tu, jadi Nadh terpaksa buat manual semua tu, jadi kena paksa-rela pujuk lecturer terima Nadh). Dah sampai kat atas, Nadh jumpa sorang akak tu, Kak Mas nama dia, dia tanya Nadh. 
"Adik kelas apa?

Nadh : kelas Etnik kak, Kak plak? 
Kak Mas : Sama la kita, tapi kak nak insert ni.
Nadh : ehh. sama la kita kak.

Then lalu sorang lecturer tu, nama dia Encik Mokhtar, dia kenai akak ni, akak ni kata nak duk kat kelas dia, tapi dia kata kena tanya dulu dekat penyelaras kursus. Jadi Nadh n akak ni pun berjalan-jalan cari penyelaras kursus ni. 

Sampai kat satu kelas tu, Nadh suruh la akak ni tanya. Nadh kata Nadh segan. Dia plak suruh Nadh. lepas tu tanya, Lecturer tu kata dia bukan penyelaras. Penyelaras ada dekat kelas sebelah. 

Nadh ketuk pintu dan tanya. Nadh bagi salam n tanya. lepas tu dia tanya, 
"kenapa kamu nak masuk kelas saya? kelas saya dah ramai dah ni.. "

Lepas tu dia macam susah hati plak Nadh tengok, Nadh pun cakap, 
"ehh Puan, saya nak masuk kelas Encik Mokhtar leh tak Puan? tadi saya dah tanya dia, dia kata sebelum masuk kelas dia kena tanya Puan dulu. "

Puan tu pun cakap, okeh la macam tu, kamu pergi tanya enchik Mokhtar dulu, kalau dia tak terima kamu baru kamu datang dekat saya. Nadh pun ucap terima kasih dan mintak diri. (dengan penuh sopan santun lemah lembut, ahahahaha. : )

Kemudian dah dia bagi kebenaran kan, masuk la kelas Encik Mokhtar tu. Nadh tadak pilihan la, sebab ngikut akak tu kan, kalau nak tahu dalam kelas ni ada 5 saja LELAKI termasuk Nadh. dan Nadh sorang ja budak Elektrik yang sesat dalam ni. Nak kata segan tu mungkin la, tapi wat tatau aja la. Sebab Kak Mas cakap dengan Encik Mokhtar ni senang-senang ja leh dapat A. 

Dalam kelas perempuan majority, n Laki yang pupus ni, nak kata pelik tu pelik jugak, tapi yang tatahan tu, stat ja Nadh bukak mulut, abeh,... suma dah mula tgk kat Nadh. Owhhh no... pakat kenai dah adik depa sorang ni.. Menjadi perhatian lagi nampaknya.. huuu.. tambah bila dah p depan tu, abeh dah kenai..

SEGMEN : Froogy Ady Budika Cari Jodoh

Assalamualaikum..

Khabarnya Abg Adybudika sedang mencari jodoh untuk enchik Froggy.
(leh rujuk entry NI) n since Nadh terjumpa entry NI, Nadh rasa paling seswai kalau Nadh cadangkan Mr.Froggy dikenenkan dengan Mrs Domo.

Nama : Mrs Froggy 
Umur : Muda bergetah lagi
Pekerjaan : Surirumah sepenuh masa.
Status : Janda Kaya 

Tu Nadh dah kenaikan Mrs Domo. Dia janda kaya. n Since Mr. Froggy pn dah ada anak-anak, 



 
Nadh rasa elok jugak lah dipertemukan depa dua ni. Siang hari Mr. Froggy keja, Mrs Domo leh jaga anak-anak. Petang-petang depa leh p jejogging kat taman, tak pun hujung minggu leh main Futsal, Cukup korum dah tu.. Yehaaaaa.. :D

Tapi Nadh tertanya-tanya la, Mr. Froggy sudi tak?

Appreciation dari sahabat

Assalamualaikum..

Nothing special, cuma Nadh happy dapat penghargaan dari seorang sahabat..


 (click untuk membesar)

Hihihi.. tak ada apa sangat pun kan? tapi happy sebab semacam satu penghargaan plak..
Terima kasih sahabat. Nadh mendoakan kamu, panjang umo, murah rezeki n berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Jangan lupa panggil ye kenduri nanti. hehehe..

Friday, 27 May 2011

TIPS Membuat Pilihan

Assalamualaikum..

Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Malam ni ada lagi entry kaitan dengan CINTA yang Nadh nak ketengahkan ni. Iaitu berkaitan dengan membuat PILIHAN.

Siapa yang tak mahu yang terbaik dalam hidup kan? Tambah bagi yang pernah merasa peritnya disakiti dalam perhubungan kan? Selain tu, bagi yang baru sahaja nak menginjakkan diri dalam arena bergaul laki dan perempuan ni, mungkin sedikit TIPS ni dapat membantu.

1. Beragama - Siapa tak inginkan IMAN dalam sesuatu perhubungan tu kan? bagi si LELAKI jugak, dia semestinya mengharapkan MAKMUM yang terbaik yang dapat dia bimbing sebaiknya kan? Yang mendengar teguran, yang mengikut arahan, yang taat pada ajaran agama.

2. Tanggungjawap - ini salah satu sikap yang penting dalam satu perhubungan tu, bagi yang dah memikirkan untuk perhubungan yang serius, hal ini sangat dititik beratkan, UNTUK melihat hal ini, lihat cara dia dengan family, selalunya yang berkeluarga ni, dia sangat bertanggungjawap, Contohnya diberatkan hal kesihatan ibubapanya, sakit ibu bapa di bawa ke klinik, pendek kata anak soleh / solehah yang bertanggungjawap.

3. Peka - Selalunya si dia sangat sensitif akan perubahan yang berlaku. Manusia dari kalangan ini, pandai membaca situasi, malah bijak mengawal keadaan dan kepekaan dia buat dia berfikir sebelum berbuat sesuatu. 

4. Caring - siapa tak mahu manusia jenis ni berada disisi kita kan? kehadirannya buat kita rasa tak perlu yang lain lagi disisi kerana perhatian yang dah diberikan tu. :D

5. Tegas - Sikap ini selalunya yang akan mempertahankan sesuatu pilihan yang dibuat. TAPI AWAS, ketegasan yang untuk perkara yang tak betul tidak seharusnya dilayan. 

6. Penyayang - susah untuk kita tahu kesayangan kita dari LELAKI tapi bukan bererti mereka tidak sayang, cumanya TAK PANDAI NAK TUNJUK.

7. Boleh Menerima Teguran - mungkin sesetengah kita tak terfikir kan? tapi Penerimaan mereka bila ditegur tu juga PENTING. Tiada manusia yang PERFECT dalam dunia ni, tapi kita MAMPU BERUSAHA untuk menjadi LEBIH BAIK SETIAP HARI. Dan dengan menerima teguran, kita akan dapat memperbaiki diri kita.

Nabi Muhammad ada pernah menyebut dalam satu sabdanya :
 Perempuan itu dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, kecantikannya, keturunannya, dan agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama agar selamatlah dirimu” (HR Bukhari Muslim).

NOTE :: Setiap dari kita tak terlepas dari berbuat salah, semua sama disisi ALLAH, kita hamba dan manusia lemah yang tak berhenti dari berbuat dosa, kesedaran kita akan buat kita lebih baik setiap hari bila kita berusaha untuk memperbaiki diri, ALLAH dah berjanji dalam firmannya, Lelaki baik untuk perempuan baik, dan begitu jugak sebaliknya, menunjukkan ALLAH dah sediakan yang terbaik buat kita, dan pilihan sekarang di tangan kita, NAK YANG TERBAIK, DIRI JUGAK PERLULAH JADI YANG TERBAIK !! 

Note kecil : Membuat pilihan yang terbaik? Tanyalah ALLAH, DIA dah sediakan Solat Istikhrah dan Doa. Gunakan la sebaiknya kelebihan yang dah diberikan ni.. ALLAH Maha Mengetahui tiap apa susunan NYA buat Hamba-hamba nya ini.

Wallahualam. 
Moga mendapat manfaat


Bloglist Pendamba Mawar

Assalamualaikum.

Malam segmen rasanya ni. eheh..
Nadh telah di tag oleh dak gemok ni. Jadi nak join jugak la.
(tak join nanti majuk plak dak gemok tu kan? lalalalalala~~ )

Nadh = Be-Boy

Nak Tag :
Bakal pengambik gambar Kawen
Si Macik yang Garang 

Tu ja kot. Maceh tuan tanah, Enchik Pendamba kerana merajinkan diri membuka beloglist untuk dijoin.

P/s : pada yang berminat, sila la rajinkan diri click dekat SINI

BLOGLIST NMIRMO ^_^

Assalamualaikum..

Wahhh.. pelakon drama Nadh dalam cita NI , Cik Nmirmo wat Bloglist la..
Nadh nak join sekaki la..

Nadh pilih nak jadi YOSH yang tak reti nak berbaik langsung dengan Mirmo..


Nick name :: Nadh 

P/s :: Sesapa lagi nak join? leh la click dekat SINI.

Its 666.. Thanks all for the support..

Assalamualaikum..

Akhirnya... angka 666 tiba jugak dekat belog Nadh yang tak seberapa ni. 
Terima kasih sangat pada yang mengikut, yang memollow, yang membaca, yang menyerbu, 
semua la yang berkaitan dengan belog Nadh ni..

Malam ni Nadh nak kenaikan seseorang. Pemilik angka 666 dekat belog Frameandlenses.com blogspot.com ni. Baik, Nadh nak kenaikan..Nama Cik yang buat Nadh rasa bertuah ni..

 Nama diberi : Syazana Jasmee
DOB : 22 August 1990
Currently masih menuntut di UiTM Sri Iskandar, Perak dalam kursus Diploma in Estate Management.

Comei tuan tanah ni kan? tu belum tengok belog lagi.. lagi comei.. tak caya?

Ni header dia, nak tau lebih lanjut leh click kat header dia..

Entry dia pun leh tahan jugak.. Nadh tak tengok banyak, tapi ada beberapa yang menarik hati Nadh.
Dia ni suka letakkan cita lawak. dan memang lawak la.. nak tegelak membaca ny.. 




Berikut sedikit review Nadh untuk belog Cik Syazana iaitu belog http://syazanajuzme.blogspot.com/.
Nak tahu lebih? rerajinkanlah diri anda click dekat LINK yang Nadh bagi dekat atas tu. Tak rajin kalau leh click kat SINI 

Maceh kerana membaca..

Tips mengelakkan orang Ter-"JATUH" HATI

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Petang ni Nadh nak berkongsi beberapa TIPS bagi mengelakkan orang Ter-"JATUH" HATI dengan kita.
Nadh tidak menghalang kita berbuat baik pada orang disekeliling, tapi semuanya perlu berpada-pada, dan berikut Nadh kongsikan tips mengelakkan, atau dalam bahasa mudahnya "persediaan" bagi mengelakkannya.

1. Bagitau kita dah berpunya.

2. Jika tidak, bagitau, kita tiada intention lain, HANYA INGIN BERKAWAN.

3. Elak jadi terlalu baik hati sangat, nak amek tahu pasal tu, nak jaga ini, ini merupakan salah satu sebab ORANG JATUH HATI.

4. Pastikan ada BATAS DALAM PERCAKAPAN. Elakkan bersayang-sayang, rerinduan dan sebagainya yang boleh menyumbang kepada "perubahan hati".

5. Tegur bila dia dah terlebih dari BERKAWAN. 

6. BERHENTI melayan sekiranya si dia MULA MENGADA-NGADA.

7.JANGAN SESEKALI BERI HARAPAN.

8. Sentiasa sediakan benteng atau perisai antara kita dan si dia. Bila dia sedar ada orang lain selain dia, pasti dia sedikit sebanyak sedar tentang kedudukan dia.(cth : wujudkan perbualan tentang kekasih kita)

9. Menolak dengan baik sebarang pelawaan pabila si dia mula meluahkan rasa, ini penting untuk menjaga hati si dia. (kita tak suka tak erti kita leh sewenangnya sakiti orang kan? )

Note :: Kena ingat ya, POKOK TAK GOYANG KALAU TAKDE ANGIN!! Yang bergoyang tu, bila ada angin, maksud, kalau satu tu tak beri peluang untuk berlaku takkan terjadi, KITA TURUT SAMA MENYUMBANG kepada berlakunya JATUH HATI tu. Tak salah menjadi yang terbaik, yang baik dalam pergaulan, cumanya PERLU ADA BATAS. Jadi berhati-hati dengan langkah kita ya. Selamat mencuba. :D

Thursday, 26 May 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

Assalamualaikum..

" BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU "


 Minat? meh la serbu reramai. Tapi sebelum tu kena la click kat SINI..

Makanan dan Lelaki

Sebaik terjalinnya satu perhubungan, banyak perkara akan bermain dalam minda yang terlibat. Banyak yang ingin diketahui dari karektor pasangan mereka, dibandingkan wanita yang lebih terbuka, lelaki biasanya lebih tertutup, terutama sekali bila berkaitan dengan soal peribadi mereka.


Nadh kongsikan cara unik untuk anda mengetahui atau explore watak kekasih anda itu, sama ada dia adalah idaman atau sebaliknya. Mudah aja, perhatikan apa yang dipesannya setiap kali anda makan, kerana hidangan kesukaannya bisa menjadi isyarat peribadinya.

Berikut beberapa jenis makanan atau hidangan pencuci mulut yang dapat sedikit sebanyak mengungkap peribadi si dia.  :


Kerepek dan makanan pedas
Dia mungkin sangat senang pada pengembaraan. Sebuah jejak pendapat terbaru dari Lawry terhadap 1.000 orang menemukan pencinta rasa pedas suka berjalan.


Roti keju dan burger
Dia adalah seorang yang berdikari, seorang pemikir dan selalu ingin tahu.

Double cheeseburger dengan kentang goreng
Dia seorang yang penuh kasih, dan suka tinggal di rumah. Biasanya, mereka adalah orang yang serius dan sangat senang menonton atau memasak bersama pasangan.

 

Pizza
Dia boleh menjadi seorang dramatis dan senang menjadi pusat perhatian. Topping tambahan dengan rasa unik atau aneh menandakan si dia seorang yang kompetitif dan dapat menjadi agresif.




Pai buah dan kuih manis
Dia memiliki keperibadian manis dan serius. Pencinta kuih manis senang bersosial dan lebih bahagia dengan pekerjaan, kewangan, dan keluarga yang ia miliki.



Brownies
Dia sangat senang menyantap sesuatu yang manis tanpa takut akan kalorinya. Orang jenis ini biasanya cenderung baik, sederhana, dan setia.




Ais krim vanilla
Merupakan seseorang yang tak suka terikat dengan paraturan ditetapkan, dan jauh dari kata membosankan. Meskipun pencuci mulutnya simple, pencinta Vanilla ini merupakan seorang yang berani mengambil risiko.



Note :: Kalau spesis pencinta makanan macam Nadh ni camna ae? Semua ciri-ciri ni ada kot? lalalalalalalalala~~

Sumber : email

Buta+Pekak+Bisu=CINTA