Followers

Thursday, 30 June 2011

Berapa gaji kita sejam?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh terbaca cerita ni dalam email. Nadh copy dan Nadh kongsikan didalam blog.
Harapan agar yang membaca dapat mengambil iktibar. Moga-moga. Nadh doakan.

***********************************************
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....


Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?

Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.


Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"


Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"


Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi.


"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
 
Note :: RM20 dan masa kita bersama yang tersayang. Mana lagi besar? Renungkanlah. ALLAH beri masa 24 jam untuk semua orang, tapi dia tak cakap setiap masa kena peruntukkan untuk KERJA, tapi dia beri sela masa untuk kita, waktu untuk solat, untuk rehat, dan untuk perkara-lain dalam hidup. Jangan kerana KERJA semata kita abaikan yang sepadannya menjadi tanggungjawap dan abaikan amanah kita iaitu KELUARGA YANG TAKKAN DAPAT DIGANTI SEKIRANYA KITA KEHILANGANNYA.

Renung-renungkanlah...

Wednesday, 29 June 2011

Wordless Wednesday #WW6

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.


Wordless lagi.. lalalalalalala~~

Aku dah suka kat ang, nak buat apa ni?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh kebelakangan ni terjumpa beberapa kenyataan dekat FB tentang manusia-manusia yang jatuh hati dekat seseorang. Lepas tu meluahkan perasaan mereka dalam blog la, dalam FB la. Merata la, seakan-akan mereka takut nak meluahkan perasaan mereka. SEBAB? Takut kena reject. 

Apa pendapat anda yang membaca? Perlu tak meluahkan bila dah suka? 

Pendapat Nadh kan, luahkan saja, kalau dah suka, katakanlah, kenapa nak simpan sendiri. 
Paling kuat pun kena reject ja, Lepas tu selesai la. Dah tak perlu tunggu dia lagi, lepas tu pergi cari ganti. 
Hello, ramai kot kat luar tu. Kita kan HOT!! ( Hot la sangat..wee~~ ) Anytime leh cari lain la.

Kalau menunggu, dan menunggu macam tak ada makna ja, tak sudah, kita yang berputih mata selepas orang lain yang LEBIH BERANI datang. Luahkan perasaan, dah dia terima pula, tak ke kita gigit jari.

Kalau kita mencuba, mana la nak tau, dia ada perasaan sikit-sikit kat kita, dah mengena kan? Selesai kes. Kalau simpan apa dapat? 

Tak caya ka bila mengaku kita suka dia, dia menerima kita dan berbahagia? Boleh baca KISAH NI. Kisah benar tau ni. weeee~~~ 

Note :: tak sedia kalau tak payah la nak gatai. Nadh tak tanggungjawap kalau anda berhati tissue, baru putus cinta, kena reject dah nak terjun parit. lalalalalalal ~~

Petua mempercepatkan Internet menurut Blogger.com

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh dah dapat jawapan kenapa internet kita problem masa kita nak BW.
Selalu Nadh baca ada orang komplen problem dengan connection kan?
Selalunya mesti sebab pakai Berokbeng kan? Nadh nak kongsi tips yang dikongsikan Blogger.com

Meh kita tengok bawah ni..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Rupanya Blogger.com menyokong TM Unifi.. Padan la BB selalu poblem.

Laju dowhhh.. lalalalalala~~

Ku Ingin Kamu - Part V

Tapi bila kau dah jemu | Ada saja yang serba tak kena | Perangaimu pun berubah | Menyakiti hati | Hilangnya kemesraan | Aku sering kau marah | Engkau tidak seperti dulu | Lalu kau pinta oh perpisahan | begitulah lumrahnya manusia | Waktu tengah sayang kita dirayu | Bila dah jemu kita ditinggalkan

Lidahku ligat pagi ni dek kerana melayan lagu di radio pagi ini. Seronok pula rasanya, dah lama tak berjiwang dengan lagu dari kumpulan-kumpulan tahun 90an ini. Dari apa yang aku tahu, lagu jiwang saja tak berhenti-henti. Banyak mengenai kekecewaan, ditinggalkan, perpisahan. Kebanyakan dari genre itulah. Masa tu memang top kumpulan-kumpulan ni, layan habis aku. Walaupun aku tidak bercinta, tapi dengan aku sekali touching dengan irama dan bait kata lagu berkenaan. 

Perjalanan diteruskan, pagi ni aku bertekad nak ambil hati si Ayie balik. Kemarin kan aku dah marah dia, pagi ini aku nak belanja dia sarapan. Sebaik sampai di tempat parking, si Ayie pun sampai. Sama seperti hari-hari sebelumnya, dia akan sampai apabila aku sampai. Sela masa antara kami tak banyak, paling lambat pun 10 minit lepas aku tiba di ruang parkir dia akan tiba juga.

"Assalamualaikum enchik handsome."

"Waalaikumussalam. Cik Ain panggil saya handsome? Jangan la panggil saya handsome. Tak sesuai la Cik Ain." 

"Biarlah saya nak panggil, mulut saya. Rasanya tiada akta yang mengharamkan kita memuji kawan-kawan kita kan? "

"Ya lah Cik Ain, saya sedar semua itu, tapi Cik Ain, saya ni bukan sahaja handsome, tapi dilengkapkan pula dengan kacak, lepas tu comel, dan suwweeeet. Bila Cik Ain hanya sebut handsome, macam tak cukup pula rasanya, sebab itulah saya kata tak sesuai." 

"Adoi. Pantang puji sikit awak ni Ayie, ada aja yang awak nak jawap kan? "

Ayie hanya tersenyum di hadapanku. Hati aku terubat dengan keletah nakalnya itu. Walaupun aku tengok dia punya semua yang disebutkan itu, tapi takkan aku nak puji depan-depan kan, karang ada jugak yang kembang mengalahkan belon panas yang terbang dilangit itu, jadi aku hanya diamkan sahaja. 

"Ayie, mari temankan saya sarapan? boleh tak?

"Cik Ain nak belanja saya kah pagi ini? Boleh saja kalau nak belanja. Sebab saya ingat pagi ini saya nak puasa sahaja, tapi kata Rasulullah, kalau kita nak puasa pun, tapi bila ada yang mengajak kita nak wat kenduri macam ini, kita kena ikut sebagai  tetamu, jangan hampakan hati tuan rumah kan? kan? " 

"Ele, iya la tu Ayie."

Aku dan Ayie berjalan beriringan ke kedai yang berdekatan dengan pejabat kami itu. Sepanjang berjalan dan di kedai makan, aku sempat bertanya pendapat dia mengenai situasi di luar negara iaitu mengenai kes ketidak-adilan dan sikap sesetengah negara yang nak jadi polis dunia dengan masuk campur kedalam politik negara-negara lain. Dan seperti biasa jawapan dari Ayie sangat meyakinkan dan punya nas-nas lengkap untuk mengukuhkan hujahnya. 

Perbualan kami di kedai terhenti seketika sebaik Ayie mendapat satu panggilan telefon. 

"Assalamualaikum.. Ya saya..  Ada apa-apa yang boleh saya bantu? ". Jawap Ayie sambil tangannya diangkatkan tanda memberitahu aku sebentar kerana dia ada panggilan telefon. 

"Kan saya dah cakap, saya tak mahu ada apa-apa lagi antara kita. Tolonglah, saya tak mahu tahu apa-apa lagi, tolonglah jangan kacau saya, tolonglah, cukup dah apa yang pernah jadi dulu tu okeh. Saya maafkan awak". Selepas bercakap, Ayie pun letakkan telefonnya.

"Siapa tu Ayie? ". Soalku. 

Sebelum sempat Ayie membalas. Telefonnya berbunyi lagi. 

"Ya saya. Ada apa lagi. saya tengah makan ni awak. nanti awak call lain ya.. ". Jawap Ayie. Tangannya menekan butang End yang terdapat di bawah screen Iphone kepunyaan nya. 

"Maafkan saya Cik Ain. ". Ucap Ayie, dengan muka bersalah. Mungkin malu rasaku dengan apa yang berlaku tadi. 

"Tak apalah. Boleh saya tanya?"

"Silakan Cik Ain. "

"Siapa itu? ". Soalku. 

"Sebenarnya itu kenalan lama saya. Atau lebih spesifik Ex-Gf saya Cik Ain. " 

"oooooooo.." sengaja aku panjangkan O itu. Kemudian menambah "Ada apa-apa berlaku antara kamu dan dia kah Ayie? Macam ada masalah aja saya tengok. Berkali-kali telefon? "

"Rasanya tiada apa Cik Ain.". Sebaik dia habis berbicara, telefonnya berbunyi lagi. Aku lihat dia menggelengkan kepalanya. Kemudian bangun dari tempat duduk dan menuju ke satu ruang mungkin agar dia punya privacy untuk berbual dengan si penelefon. Aku masih menanti dia kembali ke tempat duduk, agak dalam 12 minit dia bercakap telefon, aku menjeling jam tanganku. Sudah hampir 9. Aku bangun dan mendekati Ayie. Aku tunjukkan isyarat kepadanya memberitahu yang aku akan bergerak dahulu. Dia hanya mengangguk sahaja. Aku pun berlalu.

*************************************************




Wordless Wednesday #WW5

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.


Cuba teka? agagagagaaggag.. :P

Tuesday, 28 June 2011

Diari Hatiku.

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim.

Nadh nak cerita pasal diary boleh tak? Sapa-sapa ada diary?
Nadh tak ada.. hehe.. Tapi satu masa dahulu, Nadh ada, tu waktu sekolah Nadh la. Seronok juga punya diary ni, sebab bila ada diary, kita akan ada tempat nak mencurah apa jadi setiap hari. Macam Nadh dulu, ada 2 diary paling Nadh jaga la. Satu masa tingkatan 2. Satu lagi masa Nadh tingkatan 5 tak silap.

Dalam tu jadi tempat Nadh cerita kegembiraan, atau apa yang jadi. Seronok juga punya diary ni, dia macam kawan yang berkongsi cerita kita. Kekadang bila kita tak tahu nak buat apa-apa, kita hanya buka dia dan baca balik apa yang pernah kita coretkan.

Zaman sekarang dah berubah kan? Diary tu tak ada lagi, tapi dah digantikan dengan Blog. Tapi kekadang tu Nadh segan nak cerita apa yang jadi seharian dalam ni macam Nadh ceritakan dalam Diary dulu-dulu. Sebab Blog ni kan Published Diary, peranan dia dah berbeza dengan peranan dia waktu Nadh mula-mula berjinak-jinak dulu. Malu juga nak kongsikan apa yang jadi seharian ni. Sebab tu kekadang tu wujud "cerita dalam cerita". 

Pada yang paham, paham la, yang tak paham, ianya sekadar bingkisan peringatan dengan cermin depan yang gelap yang menutup kisah didalam disebaliknya. weeee~~

Segmen KBU, Jom kembali ke sekolah!

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Kami Blogger Utagha (KBU) buat segmen la. Organized by Enchik Pakcu Sofi dalam belog dia NI.

Serious menarik. Since malam ni kepala otak Nadh weng sikit, nak mencoret pasal diri Nadh masa sekolah plak. Jum3...

Mana paling best, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah?
Nak pilih mana-mana pun tak boleh sebab semua nya sangat best. Heaven. weeee~~ Setiap satu ada kisahnya.

Pengalaman pahit
Pengalaman Nadh, apa ya yang pahit tu? Rasanya macam tak ada ja. tapi pernah la sekali tu Cikgu Fauziah, Cikgu Akaun Nadh murka dengan Nadh, sebab Nadh drop subject account kelas dia masa Nadh f5. Dia takmau bercakap dengan Nadh lama juga la. Kes dia dipendekkan cerita dalam kelas Science tu, Nadh ni kira orang harapan dia la untuk subjek ni dari kelas Science.

Sekolah rendah pula kes kena marah dengan Mama kes dapat surat cinta dari peminat. Surat sampai ke rumah. Lepas Sampai Nadh dekat kampung la Mama call soal siasat. Lepas tu balik rumah, terus koyak surat tu dengan hujah "dah orang nak bagi surat tu kat Arie, mana Arie tahu..? " (Apa pun, dah kawen pn budak tu sekarang. doakan kebahagiaan dia) weeee~~

Pengalaman manis
Rasanya sepanjang hidup kat sekolah tu manis sokmo. Ada ka yang tak manis? 

Masa Sekolah rendah : Scorer sepanjang tahun. dalam class Nadh tu. tak 1 2 macam tu la. Lepas tu Nakal sangat. Nadh paling kecil dalam kelas. Tapi ketua kelas yang nakal. Ingat lagi, masa darjah 3, Nadh pergi larikan anak tudung yang dipakai kawan Singh Nadh tu, lepas tu Nadh lari pergi dekat geng Nadh, ngadu Singh tu nak buli Nadh, memang la budak tu kena belasah.. ahahaha

Tingkatan : Nakal jugak, Penolong ketua pengawas kena rotan depan kelas. Nakal tak tara tu? kes dia, main buah gatal. hihihi. Banyak cerita la. (Kalau cerita suma mau ampa bosan pastu terjun lombong sebab tak larat dengaQ..) lalalalalala~~

Subjek yang digemari
Rasanya semua pun suka. tapi PALING sekali semestinya Bahasa Inggeris. Cerita dia, Nadh ada seorang sahabat ni (dia sekarang dah kawin tinggal kat UK). Dia ni memang pandai BI. Nadh mungkin dapat sedut kosa terer dia tu. Takkan lupa dalam kelas masa f5, Cikgu puji kata karangan Nadh antara terbaik. ada 2 orang ja yang kena puji tu.. weeee~~~

Satu lagi subjek PJ. Sebab budak laki kelas Nadh suma macam Nadh. Kami ni gila main bola. Bayangkan dekat2 nak SPM, sampai Penolong Kanan HEM mai jumpa, "hampa ni udah-udah la main, p study nuh.."
Subjek yang tak digemari    
Fizik. Sebab setiap kali kelas Fizik, budak perempuan akan duduk dekat meja depan sekali tempat Nadh and the geng duduk. Dah la lelaki paling kurang dalam kelas tu. Bayangkan kena duduk belakang, lepas tu tak paham apa cikgu cakap. memang la hangin..  

Meh tengok gambaQ budak Nakal.. 


nak join segmen : klik sini
nak join KBU : klik sini

Meh la join sekaki. Ceritakan anda waktu sekolah dulu macam mana.. meh click dekat SINI.

Nadh dipersimpangan lagi

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Perjalanan minggu baru sedikit menggembirakan. Dengan sibuk yang dah lama Nadh tak rasa. Gembira pula rasanya. 2 projek dalam kawalan walau astu tu masih baru nak berjinak-jinak, tapi still consider as seronok.

Tapi satu yang mengganggu adalah soal RM. Bukan la kata tak ada, ada ja, just that Nadh tak berani nak declare dekat Mama macam mana keadaan Nadh sekarang. Sengaja Nadh buat macam Nadh lupa sebab Nadh tak mahu Mama risau.   

Soal meminta dari ALLAH, Nadh jadi segan, takut sebenarnya, sebab dengan Ujian yang DIA bagi pun masih tak sedar, Nadh takut dengan nikmat akan lebih melalaikan. 

Entah la, Nadh pun tak tahu nak cakap macam mana. Banyak yang perlu difikirkan. Buat masa sekarang, hanya dapat mendoakan, nikmat beserta Nur kedalam hati-hati kami. Kerana itu yang terlebih besarnya dan terlebih baiknya buat kami, hamba yang lalai dengan peringatan yang ALLAH berikan.

Semoga ALLAH izin. Amin Yarabbal alamin.

Nadh, Sharp Shooters, Blog dan Revolusi

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Nadh baru sudah tengok cerita The Sniper dekat TV3 ni. Mengenai persaingan untuk menjadi Sharp-Shooter terhebat sezaman dalam cerita tu. Cerita yang menarik. Teringin pula nak jadi seorang Sharp-Shooter macam ketiga-tiga watak utama dalam cerita ni tadi. Hebat sangat !! 

Tapi malam ni, Nadh nak cakap tentang sharp-shooter juga. Iaitu peranan kita sebagai Blogger yang juga adalah seorang sharp-shooter kepada readers kita. Sekiranya sharp-shooters dikira hebat dengan tembakan head-shot nya, kita sebagai Blogger juga adalah sharp shooter dan sasaran kita adalah HATI.

Sebab utama Nadh cakap macam tu adalah sebagai bloggers, yang punya readers tersendiri, kita berperanan untuk menyampaikan info, dan sebaiknya Nadh nak juruskan kepada Dakwah. Katakanlah, isi yang kita huraikan itu, dan sasaran kita itu kena tepat pada HATI, insyALLAH, kita akan berjaya menyentuh HATI dan seterusnya dengan izin ALLAH dan Nur yang ALLAH tiupkan kedalam HATI, kita dapat sedikit sebanyak menyumbang kepada satu perubahan.

Katakanlah, semua Blogger mengambil peranan nya, bayangkanlah yang akan terkesan  dengan penulisan kita (juga dengan Izin ALLAH). Tak payah banyak, seorang Blogger satu sasaran, dengan bilangan bloggers yang ada di Malaysia ni, bayangkan tak betapa banyak golongan sasaran kita ini? 

Dan sekiranya diizinkan, bayangkan besarnya PERUBAHAN YANG DIREVOLUSIKAN oleh tulisan kita ni. Hebat kan? Semoga diizinkan.

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ''(Al-Baqarah:30)


"Blogging bukan sekadar blogging, Sekiranya Ilmu ALLAH digunakan dan tarian jari di atas keyboard itu ikhlas dan berhikmah, penyampaian pasti jadi HEBAT dan mendapat Rahmat ALLAH.. "

Monday, 27 June 2011

Pengalaman Nadh sebagai Chekgu

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Malam ni mood Nadh lebih kepada mood ke-Cikgu-an dek kerana ENTRY tadi disamping tengah sambil-sambil menonton cerita Juvana dengan housemate Nadh.

Pada yang memang bakal-bakal cikgu macam Cikgu Iffah, Cikgu Aimaa dan kenalan baru Nadh Cikgu Nabila. Pengalaman menjadi cikgu tu sedikit sebanyak akan dapat menyedarkan yang MENJADI GURU BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA. 

Nak berdepan dengan anak-anak murid dan karenah mereka bukan semudah yang kita sangkakan. Tu belum kira lagi perkara lain-lain, seperti Nadh sebutkan tadi, karenah ibu bapa yang tidak memahami, dan melampau memanjakan anak.

Pengalaman Nadh sendiri dalam menjadi cikgu satu masa dulu, mungkin tak hebat cabaran mereka ni rasanya, Nadh hanyalah seorang guru Taekwondo. Itupun dah merasa kenakalan anak-anak kecil ni dulu. Itu baru Nadh berdepan dengan mereka dalam 2 jam sekelas. Bayangkan guru-guru yang seharian bersama anak-anak ini? 

Kesabaran mereka tidak boleh kita sangkal. Pada ketiga sahabat Nadh yang akan jadi cikgu ni diucapkan selamat ke alam ini.

Dan jutaan terima kasih kepada guru-guru Nadh juga, sebab kerana dengan ajaran mereka Nadh jadi siapa Nadh sekarang. Jasa mereka sangat besar. Hanya ALLAH dapat membalasnya.

Terima kasih semua.



"Guru unggul tidak semestinya yang lembut mengikut, tapi yang dapat mencorakkan anak-anak muridnya dengan ketegasan mereka.."

Manja itu merosakkan

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca,

Nadh baru tengok berita ni, mengenai kes seorang cikgu yang dicederakan dek kerana menghukum seorang budak tahun empat yang mencederakan rakan sekolahnya. 

Lepas tu bapanya penumbuk cikgu tu. Dan mengugut untuk mencederakan cikgu tu lagi, dan ibu budak itu pula mengugut dengan parang. 

Perkara pertama setelah Nadh dengar adalah SubhanALLAH.. Kenapa? 

1. Apabila ada pihak ketiga yang masuk campur dalam soal pengajaran di sekolah, secara automatiknya akan menjatuhkan kredibiliti seorang cikgu. Nadh tak nafikan ada juga cikgu yang over dalam bab ni, tapi tak kurang juga yang betul dalam menghukum anak muridnya. 

2. Merosakkan anak. Betul ka anak dia tu tak bersalah? Kalau anak itu tak salah tu tak apa la, kalau salah? Tindakan tanpa siasat ni mendatangkan keburukan pada si anak satu hari nanti. Nadh ada seorang sepupu cikgu yang pernah kena sound bapa muridnya sebab dia hukum anak orang tu. Last masa jumpa dia sound, "kalau i tak tegur anak you, you nak ka anak you mati kepala kena potong dengan kipas?". 

3. Akan melahirkan golongan cikgu "hang nak belajar hang belajar la, taknak belajar hang boleh blah". Nadh sebutkan di sini, guru spesis ini akan menghasilkan anak murid yang ROSAK ! Yang bangang dan nakal akan terus dalam dunia mereka, dan yang baik sahaja akan dijaga guru-guru. Sebab guru tiada kuasa nak menegur. 


Note :: Mungkin zaman sekarang dah tak macam zaman Nadh dulu. Mama n Ayah pergi sekolah, gtau cikgu, "kalau anak saya salah, hukum saja, tak payah risau nak denda ka apa ka". Tu zaman Nadh, zaman Mama n Ayah dulu lagi la, rotan besar punya dekat Tok Guru, nakal ka tak pandai mengaji ka, akan kena rotan. Sebab tu zaman tu anak-anak BERGUNA, HORMAT ORANG TUA, Sekarang?? 

"Manja merosakkan, berhati-hati lah.. "

Dulu lemakku dilindung, kini tubuhku ditayang

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Pagi ni Nadh nak kongsi kenapa Nadh tak suka perempuan gemuk jadi kurus.

Anda pernah tengok tak program-program kesihatan menguruskan badan ni? Nadh sebenarnya tak berapa suka tengok perempuan yang join program-program ni. SEBAB?

1. Bila dah kurus mereka jadi cantik? 
Bukan sayang. bila kurus jadi cantik alhamdulillah la. TAPI bukan sebab ni. Sebab Nadh tak suka adalah apabila dah kurus, mulalah pakai baju kecik + ketat nak tunjuk badan dah kurus, lepas tu bergaya ala-ala model untuk tatapan orang. Hello sayang, bukankah tubuh badan kamu tidak sepatutnya jadi tatapan insan bernama LELAKI di luar ni? 

Sedih sebenarnya tengok iklan-iklan kurus ni. Kalau dulu masa bdan besar, baju pun BESAR-BESAR sebab nak lindung lemak-lemak di bdan, tapi hari ni dah berani pakai Kebaya, agar kelihatan bentuk tubuh yang dah mengecil tu. 

Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu, dan perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Tak ada maknanya bila "Dulu lemakku dilindung, Tapi kini tubuhku ditayang". ALLAH beri nikmat, tapi awal-awal kita dah KUFUR kepada NIKMATNYA. Adakah bersyukur namanya itu bila kita tak Syukur dengan nikmatnya dek kerana kita dah Kufur pada Nikmat ni? Tak mustahil dia tarik balik kan? 

Bukan erti Nadh dengki atau apa, (hello, Nadh slim okeh). Tapi Nadh tegur sebab Nadh ambil berat. Harapnya yang membaca, yang ada kaitan, ambil berat apa Nadh kata ni. 

Renung-renungkan...

Ku Ingin Kamu - Part IV

Jika belum, anda boleh mulakan di awal kisah 100, kemudian Part I, Part II dan Part III di SINI, SINI dan SINI.

"Ayie, sampai bila Ayie nak macam ni? "

"Macam mana Ma? "

"Ya lah, Mama tgk Ayie ni, takkan sampai sekarang Ayie masih nak bersedih pasal kisah dulu tu? "

"Ma, bukan macam tu Ma, Ayie pun tak reti nak cerita macam mana dekat Mama. Ayie ni macam tak ada hati untuk ada sesiapa lagi Mama.."

"Jadi betullah tekaan Mama, Ayie memang masih lagi ingatkan yang dulu? "

"Mana ada Mama, Ayie dah hapuskan semua cerita pasal dia, Ayie dah hapuskan ingatan pada dia, segala-galanya la tentang dia. "

"Habis tu yang dalam laci Ayie bebanyak card ucapan, surat-surat cinta Ayie tu? "

"Ummmm.. nanti Ayie selesaikan la Mama. Lagipun Ayie tak berkesempatan nak proses semua tu Mama. "

"Kenapa tak benarkan Mama kembalikan ja pada dia hari tu? "

"Bukan taknak bagi Ma, cuma biarkan Ayie buang sendiri ya Mama? "

"Ikut Ayie la, Mama tak kisah, cuma Mama risaukan anak Mama ni. Mama tak suka tengok Ayie macam hukum diri Ayie sebab cerita lama. Ayie ingat Mama tak tahu last Ayie call Ustaz kan nak dapat definition tentang 'memutuskan silaturrahim' tu? "

"Macam mana Mama leh tahu? Sapa cerita? "

"Ayie ni nyanyuk ni, tingat kat sapa ni sayang? Bukankah Ayie yang cerita kat Mama cerita ni hari tu? "

"Hehehe.. Lupa la Mama, tapi betul apa tindakan Ayie Mama, sebab menurut Ustaz kan Mama, dia kata, bila terputusnya silaturrahim tu, ALLAH marah, tiada lagi rahmat di satu tempat tu, katakanlah dekat satu jalan tu ada seseorang memutuskan silaturrahim, habislah satu jalan tiada rahmat dari ALLAH. "

"Mama paham sayang, anak manja Mama ni taknak jadi sebab kenapa berlaku kes ragut, kes curi, dan segala bala menimpa orang sepanjang jalan hanya dek kerana tindakan Ayie tu kan? Mama paham anak Mama ni. I'm proud of you sayang. "

"Terima kasih sebab Mama paham. Ayie sayang Mama juga. Mama sabar lah ye, doakan Ayie, moga satu hari nanti Ayie akan kembali seperti sediakala. Ma, ngantuk dah ni, Ayie naik tidur dulu ya Mama? "

Ayie naik dan masuk ke bilik tidurnya. Dalam hatinya bercampur baur. Walau sebenarnya dia sebenarnya menjadi sasaran yang mengenalinya, tetapi Ayie takut untuk menerima sesiapa untuk menjadi ratu di ruang hatinya. Biarpun kisah itu sudah beberapa tahun berlalu, namun, dia masih terhukum dengan apa berlaku di tahun-tahun sebelum kejadian. Dia mungkin seorang yang naif dalam perhubungan, tapi dia juga bukan seorang yang bodoh, cumanya, mungkin bila hati dah terlalu kepada seseorang, ini akibatnya. 

******************************************************

Ain sedang cuba untuk memejamkan matanya. Kisah petang tadi buat dia tergelak sendiri. Entah macam mana dia boleh naik berang hanya kerana si Ayie cuba untuk berbuat baik kepadanya. Ayie tidak bersalah pun, dia cuma berfikir yang terbaik untuk Ain, hanya kerana nak melindungi Ain, dia dimarah. 

Itu boleh dilihat dari cara Ayie bertindak balas, selepas dimarah dia diam seketika, tapi tindaknya yang laju menyiapkan tayar yang pecah itu, Ain dapat rasakan yang Ayie bersalah kerana telah mengheret dia dalam situasi tadi, walau sebenarnya ini adalah hakikat yang dah ditentukan Yang Punya Dunia. 

Malam ini, secebis kertas bertulis 'Hari 22' menjadi pilihannya untuk dibaca sebelum melelapkan diri. Sebenarnya,  setiap hari inilah yang akan Ain buat sebelum melelapkan mata. Selalunya selepas solat Isya' Ain membaca buku tak kiralah sama ada berkaitan kerja atau lain-lain. Kemudian selepas itu, dia akan solat sunat dan kemudian satu surat dari 100 yang dim

Assalamualaikum awak, 
Hari ke 22 dah ni awak. Tak sangka kan, berhari-hari dah saya jadi pengikut setia awak. 

Awak, nak tahu sesuatu?
Pagi tadi, Ibu pesan kat saya supaya menjaga silaturrahim sesama makhluk. Jangan sewenang-wenangnya memutuskan silaturrahim antara manusia ni. Ibu cakap, 

”Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam”

Apa yang Ibu kongsikan dengan Bad nak Bad kongsikan dengan awak juga. 
Diharapkan kita tak termasuk dalam golongan tu awak. 

Saya mintak diri dulu ya, mengantuk dah ni. ehhee.. macam Ustaz plak rasanya kongsikan hal agama dengan awak ni. Padahal diri ni tak tara mana, malu plak dengan awak. ;)

Bad oh Bad. Apa khabarmu disana. Aku doakan kau berbahagia di sana. Terima kasih untuk perkongsian hari ke 22  ni. Aku akan ingat dan simpan peringatan ini ketat-ketat dalam fikiranku. Terima kasih, terima kasih kerana menjadi sebab untuk aku terus gagah bersemangat menghadapi hidup ini. Selamat malam ku ucapkan.

Sunday, 26 June 2011

Nadh VS Handphone

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh baru ja balik. tapi tak baru sangat la. Dalam sejam juga la jumpa sorang sahabat tadi. Lama tak jumpa dia, last jumpa juga dekat Shah Alam tadi. Dia nak beli handphone tadi. 2 biji sekali beli, hebat-hebat. Nak jeles leh tak? ehhe.. Sebiji SE sebiji lagi Norkia. 2 biji HP dengan 3 biji HP di trade-In. 

Wahhh.. seronoknya.. Nadh tadi pun dah terpengaruh dah. Macam nak ja Nadh kuarkan duit tadi beli Samsung Ace. Tapi last sekali, cuba rehatkan minda, kawal nafsu tak beli la. Macam nak ja ikut kwan trade in HP, tapi tak jadi la. Tak sanggup pula rasanya melihat HP Nadh di trade in dengan kedai.

Sebenarnya HP yang Nadh pernah pakai semuanya masih ada tersimpan dekat rumah. Reason, masa beli mahal. Nak jual balik, harga turun banyak kot. Tak sampai hati.

 
First HP Nadh is NOKIA 2100. Ni model kesukaan masa tu. HP ni dihadiahkan oleh sepupu Nadh. tapi dah dihilangkan oleh Adik. Memang marah la masa ni sebab masa tu Nadh dekat PLKN. Tak boleh bawa HP, tinggal dekat rumah dan Adik hilangkan. Sakit jiwa sat. Sebab Nadh sangat sayangkan hadiah-hadiah Nadh. 






 
NOKIA 6600, 1st handphone Nadh beli sendiri. Ni handphone kedua Nadh pakai. Harga beli dalam RM1350 tak silap. Masa tu kan, kerja waktu cuti semata-mata nak pakai HP ni. Masa nak beli tu, tanya Mama. Ma, nak beli handphone ni boleh tak? Mama kata beli la. Tanya lagi, Ma betul ka boleh beli ni? Mama kata beli aja la. Nadh tanya kali ketiga dekat Mama. Betul ni Mama? Barulah Mama tanya, berapa harga HP ni? Nadh gtau la harga dia. Mama tak membantah, Mama kata beli lah, sebab masa tu Nadh kerja teruk kot untuk dapatkan HP ni.



 
Yang ketiga adalah NOKIA 5300. Ini idaman ketika zaman tu juga. Ingat lagi, warna Merah. suka sangat-sangat. Ini dah ditinggalkan dekat rumah untuk Mama pakai. Tapi tak kesudah Mama dah taknak pakai sebab dah problem sekarang.








 
Keempat, Sony Ericsson C902. Masa beli 2 biji sekali. Pakai dengan Ex Nadh. Pakai HP ni sesama. Problem HP ni, yang dia punya tu, entah berapa kali tukar entah. Ada ja masalah dia. Tapi yang Nadh okeh aja, tak ada masalah pun. 








 
Kelima, Nadh beli NOKIA E72. Sebab Nadh beli HP ni, sebab nak cari HP yang boleh load email, dan hasilnya, dalam hutan pun Nadh leh lagi membalas-balas email dengan customer. hehe.. HP ni jadi pilihan sebab Mama YANG PILIHKAN. Sebab tu Nadh sayang HP ni. 






 

Keenam, Ipong. hehe.. Sebab pakai, tengok orang pakai, rasa kenan plak. Sebab tu pakai HP ni. weee~~







 

Last yang paling baru is NOKIA N97 Mini. Yang ni pakai lepas Boss Nadh ajak tukar. rasa dalam lepas sebulan ke dua bulan Nadh pakai E72. Last sekali sebab geram tak boleh nak update Blog melalui dia, Nadh tukar balik ke E72 tahun ni.






Next HP, masih under consideration, sama ada Samsung Galaxy ACE atau Samsung Galaxy Tab. Mana satu ya? Teeetttttt~~~ 


Samsung Galaxy Ace VS Samsung Galaxy Tab


Oihh,. Nadh bukan gila gadget okeh, pakai sebab rasa nak pakai ja. Almaklumlah tak kaya raya macam orang lain. BTW banyak lagi nak fikir selain dari tukar HP ni. hehehe.. Apa pun, happy sahabat Nadh kata, kalau nak beli nanti bagitau dia, dia akan mai sini, temankan. Sebab dia kenai penjuai HP tu, leh la dia bodek sikit untuk dapat murah. Syg lebih la dekat kawan Nadh ni.. Weeeeeeee~~~

Ku doakan kau bahagia

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Sejak akhir akhir ini, Nadh ada terbaca beberapa laporan dalam surat khabar berkenaan manusia yang tak dapat menerima hakikat apabila berlaku perpisahan. Mereka ini selalunya akan cuba menghantui manusia yang pernah bertakhta di hati, tak kurang juga yang terbabit dengan penyakit 'gila bayang' dan ada yang lagi teruk iaitu penyakit 'gila talak'. Kalau ada yang membaca, baru-baru ini seorang janda muda diserang oleh bekas suaminya sehingga cedera.

Petang ni Nadh teringin nak kongsi satu tips dibawah tajuk "Ku doakan kau bahagia".

Kenapa perlu kepada ''kudoakan kau bahagia'' ??

Sebab dia, bila kita berbuat demikian, kita akan belajar '''melepaskan''. Dan tiada istilah dendam akan berakar dalam jiwa.

Tidak kiralah sama ada dia itu jahat atau baik, tetapi dengan melepaskan, kita dapat mengajar jiwa kita agar redha dengan ketentuan salah satunya.

Bukankah ALLAH telah berjanji bahawa ''lelaki baik untuk perempuan baik dan begitulah sebaliknya'' ?? Peganglah pada janji itu.

Anggaplah kita belum jumpa ''yang terlebih baik dari dia'' lagi. Bersabar dan berusaha menjadi lebih baik. Masanya akan tiba.

''Dan jika segalanya sudah suratan, aku relakan kau pergi...''

Nadh duduk belakang diam-diam

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Group Nadh baru selesai present ni. Pertama kali rasanya Nadh melepaskan apa yang Nadh rasa Nadh-do-best kepada orang lain untuk diselesaikan.

Semua gara-gara group members pilih dia untuk present. Jadi Nadh lepaskan la. Cuma rasa macam pelik pula bila bukan Nadh yang present.

Apa pun bagus la, ada yang nak selesaikan kerja tu. Nadh sokong aja. Cuma rasa pelik aja.. Weeeee~~~

Saturday, 25 June 2011

Bukan Menidakkan, tapi keliru dan risau

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh sedang SMS dengan seseorang berkenaan dengan "Bantuan dari ALLAH". To be honest, semua sedang berharap pada bantuan dari ALLAH, tapi Nadh cakap dekat seseorang tu, bayangkan bantuan datang sekarang, di ketika kita masih lagi ingkar kepada NYA. 

Tidakkah itu sesuatu yang sebenarnya kita harapkan? Kejayaan dari hasil redha DIA, bukan kejayaan yang datang dari zat Maha Pengasih DIA yakni sesuatu yang diberikan kerana kita dah berusaha. 

Mungkin Nadh salah bila berbicara dan Nadh harap seseorang tu tidak terasa, kerana mungkin kata-kata Nadh seperti Nadh sedang menidakkan bantuan, tapi Nadh sedih, kerana DIA sedang menguji, tapi kita masih lagi ingkar, dan tidak beringat akan Ujian yang diberi kerana DIA nak kita kembali kepada DIA. 

Tapi akhir sekali setelah diperkenankan, adakah yang tidak beringat akan beringat dengan kejayaan setelah ujian diberikan? SEMESTINYA TIDAK PADA NADH sebab MANUSIA BILA DAH SENANG TAKKAN INGAT PUN NAK TUNDUK DAN PATUH PADA ALLAH !!! Dan jika ada pun, berapa kerat sangat??

Nadh harap bantuan hadir sekali dengan kesedaran dan keinsafan dalam diri, Nadh nak yang ada ni bersama Nadh sampai ke sana, bersahabat sampai ke sana. bukan hanya di sini.. T.T

Duduk seorang masak ka nak beli?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslm yang membaca.
Orang selalu berpendapat, "duduk sorang, tak payah masak la, makan kedai senang.."
Tapi lain bagi Nadh, walaupun sorang, tapi lagi seronok menikmati makanan di rumah. Duduk rumah sorang pun, tak ada orang nak teman makan, rela ja Nadh masak dan makan sorang-sorang. 

Walaupun tak adalah lauk macam-macam seperti di kedai kan, tapi boleh aja Nadh nak hentam masak apa Nadh nak makan. Abis last sekali, buat bubur, lepas tu wat sayur air, perghhh... itupun dah sangat istimewa bagi Nadh.

Mungkin Mama yang ajar macam tu kot kan? Lauk nasi dengan kicap pun, makan dekat rumah, lagi sedap. Panas pun tak panas, jimat pun jimat, sedap? ehhehe.. ikt nasib lah.. lalalalalalalala~~~

Kisah cinta perlu diakhiri dengan kegembiraan

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Nadh tengah tengok cerita di TV ni. Dia cakap, "kisah cinta perlu diakhiri dengan kegembiraan."

Nadh macam tak setuju ja dengan pendapat dia, sebab bagi Nadh, kegembiraan tidak akan mengajar kita erti kebahagiaan, tapi kesedihan dan kegagalan yang akan mengajar kita erti bahagia sebenar-benarnya. Dari sana akan datangnya penghargaan dan susah payah menjaga kebahagiaan kita.

Kalau asyik dibuai dengan kesenangan, tak mustahil satu hari bila ditimpa bencana, kita akan jadi seorang yang tak ketahuan punca, dek kerana tak mengerti macam mana nak ber-reaksi. 
Dari aspek cinta, (dah macam dokte cinta plak menyentuh soal cinta kan? :P ) 
Penderitaan itu akan jadi bukti yang menunjukkan sama ada pasangan itu bersama atas dasar kesenangan atau sememangnya ikhlas, tak mustahil kan, kalau asyik dengan mudah-mudah dan mudah, bila satu hari nanti susah, akan ditinggalkan sahaja pasangan tu terkial-kial sendirian.

Sebab tu nak nasihatkan yang baru nak belajar bercinta ni, tak payah nak layur dengan duit, bunga la, apa saja sebab BAZIR ja suma tu. Dah kahwin nanti, limpahkan dengan kasih, sayang dan dengan kejutan-kejutan tersedia nanti, pasti akan buahkan kegembiraan dan pastinya kebahagiaan yang jadi idaman suma orang.. 




Sekali lagi silap.. Huu

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Hari ni Nadh silap tengok jadual lagi. Kalut dari pagi lagi. Pastu ke office nak print out assignment dan lepas tu terus ke kelas. Sampai-sampai tengok kelas kosong tak ada orang. Pelik sekejap. Lepas tu call classmate, dia kata kelas esok. Bukan hari ini.

Yang baiknya, Nadh dah selesaikan assignment tu. Memandangkan Nadh dah kat KL, Nadh cuba la call kawan, apa lagi, nak ajak hangout la. Tapi seorang tu tengah busy, lepas tu Nadh baru terfikir yang.. "Rupa-rupanya macam Nadh tak ada kawan pun kat sini.."
sedih pula rasa. Rdu sangat kat Mama, Ayah n Adik-adik. kalaulah sekarang Nadh dekat sana mesti Nadh tak sorang macam ni kan..?

Friday, 24 June 2011

Jom Join Bloglist Cik Bunny!

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.



Nak tag sapa yang membaca. Yang teringin nak ada jugak dalam Bloglist belog comei Cik Bunny..

Berminat? sila click dekat SINI.

PELANGI OH PELANGI, AKU SAYANG KAMU..

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Ada sesiapa pernah dengar ungkapan di bawah ini? 

~ Kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi ~

Malam ni Nadh nak berbicara tentang PELANGI. Boleh tak? Mengenai PELANGI, Hujan, Petir dan Matahari dari kaca mata dan pandangan Nadh. 

Matahari - Simbol cerah, simbol keriangan, perjalanan hidup idaman kita semestinya, yang tidak pernah diharapkan akan hadirnya kesusahan, kepayahan dan nak yang indah-indah belaka.

Hujan - Simbol air mata, kesedihan, kepayahan, hari yang cerah yang kita harapkan tadi tidak secerah dan seindah yang kita harapkan dengan matahari. Kerana ALLAH sediakan pula Hujan.

Petir - Datang sekali dengan Hujan. Adalah raungan kita yang menyesali kejadian, apa yang kita harapkan, cita-cita yang GAGAL kerana perjalanan kita yang kita tak harapkan tu. 

Tiba-tiba, dalam asyik kita meraung, meratapi kehilangan matahari dan ketibaan hujan dan petir, ALLAH HADIAHKAN KITA PELANGI .


Kenapa PELANGI ? PELANGI adalah simbol keceriaan, dengan 7 unsur warna yang berasingan, menjadikan ia sebagai penyeri, tika ini, kita tidak lagi menangis, tapi terdiam dan terpaku dek kerana cantiknya PELANGI YANG DIHADIAHKAN ALLAH kepada kita.

Mari Nadh ulas satu persatu unsur PELANGI yang Nadh rasa padan Nadh kaitkan dengan hidup dan perjalanan kita ni.

MERAH - MERAH itu menyerikan PELANGI , sepertimana kita pandang MERAH sebagai warna ceria, kehadiran sebenarnya sedang membawa penyeri dalam hidup kita. Setelah kita kesedihan, tiba si PELANGI untuk menyerikan kembali hari kita.


JINGGA - JINGGA itu jalan. Tidak ALLAH beratkan kita dengan UJIAN melainkan ALLAH nak kita meminta kepadanya. Dan kemudian, DIA pasti kurniakan kita kembali Jalan untuk menyuluh kekusutan yang menimpa kita sebelumnya.
"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya aku akan makbulkan...." (Al-Ghafir : 60)

KUNING - Satu lagi warna terang yang menceriakan. KUNING itu Kemudahan. Ingat tak kata-kata ALLAH dalam Al-Insyirah yang mengatakan ""Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan" . ALLAH dah buktikan dengan memberi HUJAN kemudian digantikan PELANGI


HIJAU - Apa yang kita akan rasa tiap kali kita melihat warna HIJAU di bukit bukau, di padang-padang rumput dan di seluas-luas tanah bendang? Itulah dia yang kita panggil sebagai KETENANGAN yang kemudan membawa kepada HILANG masalah dan tekanan dek kerana cantik dan indahnya warna HIJAU. Malah ada kajian yang mengatakan, bila kita terlalu sangat melihat monitor lappy atau komputer, pandanglah warna HIJAU kerana ianya ibarat terapi kepada biji mata kita.


BIRU - Warna LAUT juga BIRU. Cuba renung-renungkan kembali, LAUT tak pernah berhenti dari membidas PANTAI. Begitu juga HIDUP kita, takkan nak harapkan yang mudah sahaja dalam hidup, UJIAN akan datang ibarat pantai yang adanya ombak dan badai. Kita diuji sebagai BALASAN, juga bererti tandanya ALLAH sayang kita, diberikan kita ujian dan ujian supaya kita senantiasa beringat, yang seperti juga pantai dan ombak. ALLAH itu TAK PERNAH TINGGALKAN SISI KITA.

NILA - Warna air, inilah dia yang akan menjadi SAHABAT KITA bila satu hari nanti kita menyedari yang rupa-rupaya ALLAH SEDANG KURNIAKAN kita NIKMAT. Tapi kita belum sedar akan HIKMAHNYA. Dan tiba hati kita benar sedar akan adanya HIKMAH, kita pasti tersenyum.. 
"owhhhh begini rupanya, kenapalah aku tak sedar yang ALLAH itu sayangkan aku rupanya.."


UNGU - UNGU bererti UNTUNG. Dan beruntunglah orang yang sabar dengan Ujian kurniaan ALLAH ini.
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas."  (Az-Zumar :10 )


Tujuh warna PELANGI bererti banyak NIKMAT besar yang ALLAH beri kepada kita yang menginsafi dan bersyukur atas tiap apa yang dikurniakan. Ingat yang ALLAH tak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, TETAPI tiap satu punya sebab dan musababnya, dan punya HIKMAH yang sememangnya tidak akan mengecewakan bila satu hari nanti kita sedar akan semuanya.

ALLAH sayang kita.



Mood + Feel VS Entry

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Mood dan "feel" dalam berbuat sesuatu. Adakah anda memerlukan Mood dan feel untuk buat sesuatu. Adakah kehadiran keduanya penting dalam anda membuat entry dan seterusnya menghasilkan entry yang bermutu dan meletopps?

Rasanya keduanya penting dalam sesuatu. Sebab dengan ada nya Mood dan Feel, untuk blogger macam kita ni, pasti akan menghasilkan sesuatu yang berbeza dan istimewa.

Tapi hairan jugak tadi sebab sorang sahabat tegur Nadh. 


Tengok tu apa dia kata. Sebenarnya dalam menyiapkan cerita INI. Nadh tengah dok kusut. Dengan kerja dan budak wat hal. Tekanan sebenarnya. Tapi hairan pula sebab cerita ni dah jadi sangat panjang..

Hairan kan? jadi apakah yang sebenarnya menghalang Nadh dari berkarya ni? Mungkin terkadang tu, faktor masa dan kekangan harian menghalang diri berkarya kot? sebab kekangan menghalang idea diterjemahkan sebaik mungkin. Rasanya kot? Nadh akan berusaha..

Apapun, Wallahualam.. Nadh pun masih tak tahu..

BILA SI ANAK BERBLOG.. SI AYAH dan IBU ?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Enchik wat Segmen baru ni.
" BILA SI ANAK BERBLOG.. SI AYAH dan IBU ? "


Soalan dia, ceritakan bagaimana anda membahagikan masa dengan belajar , membantu kedua ibubapa dan berblog.. 

 - Cara membahagikan masa antara belajar, membantu Mama n Ayah dan berblog. Nadh ceritakn bila Nadh balik Penang ya. Bila balik Penang, Nadh akan kurang luangkan masa dengan blog, sebab masa siang Nadh adalah untuk Mama dan Ayah n Adik-Adik. Tapi bila malam, sebaik Mama Nadh tidur, Nadh akan mengadap blog. Kekadang tu, bila sampai ke rumah Tok contohnya, masa itulah Nadh nak mengadap blog. Nadh kan driver, driver dah sampai kat lokasi mesti tunggu Boss kan.? Lagi satu masa tengah jejalan dengan Mama ka, Nadh leh ja update blog, teknologi di hujung jari kan? HP ada, so gunakan la.. weeee~~ weeee~~

Pastu , ayah atau ibu tak membebel atau tak kisah ke ? 
Ayah dan Mama nak bebel macam mana, dah masa terisi dengan baik. Tak sempat nak bebel pun. Sebab masa kat KL, Nadh dah guna untuk Blog kan, bila balik kampung, mesti la dengan mereka pula.


Camana anda terangkan minat anda itu serta tunjukkan bukti bahawa berblog tu berbaloi ?
Tak perlu Nadh nak terangkan atau bukti. Sebab Mama dan Ayah sangat Supportive,. Last time masa Nadh pergi Gath, Mama dan Ayah juga support. Depa pula yang syiok tengok kami pergi reramai. Siap tanya macam-macam lagi..Tu belum kira Mama watkan Kek untuk anak teruna dia ni.. weeeee~~~

Jadi Moral of the story, pepandai la nak jaga diri kan? selagi tak lalai dalam tanggungjawap, mesti tak ada masalah. Kan?




Anda seorang ISTERI? SUAMI? Atau Anak? sila click dekat SINI untuk ANAK, SINI untuk Isteri dan SINI untuk Suami kalau nak join segmen ni.

Ku Ingin Kamu - Part III

Jika belum, anda boleh mulakan di awal kisah 100, kemudian Part I dan Part II di SINI dan SINI.

Tookk.. tokkk.. (Bunyi Hakim memberhentikan perbicaraan)
Sesi disambung selepas makan tengah hari.

Fuhh penat. Seminggu sudah berlalu. Hari ini, aku seharian berada di Mahkamah Pulau Pinang. Demi menyelesaikan kes rasuah yang aku handle. Hairan juga aku, nak kata tak kaya, dah cukup hebat kerja sebagai pegawai, tapi masih nak ambil rasuah, dah tu tak mengaku plak tu dia yang ambil duit rasuah sedang dah terbukti yang dia sememangnya melakukannya. Mana tak nya, yang memberi rasuah itu adalah seorang pegawai juga, tapi pegawai SPRM yang menyamar sebagai kontraktor demi nak mendekati laporan dari pihak yang tidak mahu didedahkan identitinya itu. 

"Kenapa Cik Ain? ". Soal Ayie. Sebenarnya dia dipaksa mengikut aku hari ni, disebabkan pagi tadi, enjin kereta aku entah tiba-tiba tidak dapat dihidupkan. Dan since si Ayie ni yang paling dekat dengan aku, aku terpaksa meminta dia yang hantarkan aku. Bagus juga, ada teman aku dan si pemberi semangat nak sokong aku hari ni. Walau aku sedikit down dengan beberapa hari kebelakangan ini. 

"Tak ada apa Ayie, saya hairan, kenapa manusia begitu mudah dipengaruh dengan duit? Sedangkan dia itu seorang pegawai.. Lainlah orang tak ada duit nak makan ka, hidup susah sampaikan nak makan pun tak ada duit, tapi ni pegawai kot, apa lagi yang tak cukup.."

"Fikir macam ni ja la Cik Ain, apabila kocek sebesar Kancil hendak di sumbatkan dengan Lori kontena 48 tayar, ini lah yang terjadi.. "

Aku tergelak. Dan menambah. " Kamu ni Ayie, perumpamaan nak gah saja ye "

"Betul apa kata saya CIk Ain, bila kocek cukup untuk diisi dengan Kancil, tapi nak bermewah ibarat duit penuh dalam Lori Kontena 48 tayar. Inilah jadinya. Hidup nak bermewah, sedangkan itu bukan satu keperluan, dan akhirnya terperangkap dalam medan hutang, dan cara nak atasinya, setelah habis fikir, diambilnya jalan mudah iaitu dengan makan rasuah. Semua demi menutup lubang besar yang sengaja dikorek ditengah jalan.. "

Aku terkedu lagi. Dia ni bila berbicara, macam machine gun pun ada, cakap macam tidak ada noktah, dan bukan cakap kosong, tapi diisi dengan hujah lengkap sampai aku tak mampu berkata-kata lagi. Terkadang aku hairan, siapa sebenarnya Peguam sekarang ni, macam dia pula yang menjadi Peguam di luar mahkamah ni.

"Alamak Cik Ain..".

"Kenapa Ayie? " Aku dikejutkan dari lamunan aku.

"Tayar kereta pancit la CIk Ain, nampak gayanya Cik Ain terpaksa menunggu la saya tukar tayar kereta ni. "

"Laaa, ya ka, awak ada tayar spare tak?

"Ada Cik Ain, tapi paham-paham la, panas ni Cik Ain, apa kata Cik Ain pergi lepak dekat tempat tak panas. CIk Ain tu perempuan, nanti kang ada pula yang salahkan saya sebab dah kena sunburn..

"Tak apalah, lagipun awak kan datang dengan saya. Takkan saya nak tinggalkan awak pula..Kalau awak berpanas, saya pun berpanaslah."

"Jangan lah macam tu Cik Ain, segan saya Cik Ain cakap macam tu, Cik Ain tu perempuan, takkan lah saya nak suruh tinggal tempat macam ini, panas ni Cik Ain. ". Sambil dihulurkan payung ke tangan aku manakala sebelah tangan lagi mencapai handphone sambil jarinya tekun mendail.  . 

"Hello pakcik, saya ada dekat Kompleks Mahkamah ni, boleh pakcik hantarkan sebuah teksi ke sini? "

"Awak nak call sapa tu? Takkan awak tak reti nak cabut tayar kot?sampai nak kena panggil back up la. " Tegurku dengan nada sinis ingin memerli Ayie.

"Bukan Cik Ain, saya nak call teksi ni, biarlah dia hantarkan Cik Ain pulang dulu, saya akan teruskan menukar tayar, Cik Ain, pulang dulu ya? Lagipun panas ni Cik Ain.". Ucap Ayie sambil mulut memberhentikan perbualan kerana nak menjawap soalanku.
"Taknak!! saya kan dah kata, kita datang sama-sama, kita tunggu sama-sama sampai selesai.."

"Tapi Cik Ain...."

"Tak ada tapi-tapi.. Tolong batalkan teksi yang awak call untuk saya tu sekarang!! ". Tegasku. Pertama kali aku tinggikan suara aku di hadapan seorang lelaki sepanjang aku hidup. Aku ini anak yang satu-satunya dalam keluarga sebab itu aku sedikit degil dengan apa sahaja kataku, asalkan tidak bercanggah dengan kelaziman pasti tidak akan dibantah Abah dan Ibu.
Dia diam tanpa kata, mungkin terkejut rasaku. Aku lihat dia batalkan teksi yang dipanggilnya itu. Dan terus ke belakang bonet kereta mengeluarkan tayar kereta dan cepat-cepat 'jack' kereta untuk menukar tayar. 

Saat titis-titis peluh lelaki membasahi tubuh lelaki yang ada didepan aku di tengah panas itu, aku gagahkan diri memayungnya dengan payung yang diberikan padaku. Perlahan aku buka mulut. 

"Ayie, maaf ya saya tinggikan suara tadi.Saya tak biasa kata saya dibantah terutamanya bila saya rasa saya betul. "

"Tidak apalah Cik Ain, saya sebenarnya tidak biasa begini, saya cuma taknak jika satu hari nanti Ayah dan Ibu Cik Ain suruh saya bertanggungjawap sebab anak dara mereka dah hitam. Semua gara-gara Ayie ni." . Sempat lagi dia melawak dalam situasi macam ni. Sambil buat gaya 'tangan ke bahu, mata ke atas' semasa menyebut namanya tadi.

Aku terus tergelak. "Awak ni kan Ayie, sempat lagi nak sakat saya kan? "

"Kalau saya tak sakat, nanti siapa lagi nak sakat Cik Ain? Takkan nak panggil pakcik Hakim tadi kot? atau Cik Ain nak Pegawai gagal tadi datang dan sakat CIk Ain? "

"Ehhh tak nak lah, kalau mereka sakat saya nanti, saya jadi hairan, dah la tak kenal dengan mereka tu. "

"Tahu pun, sebab tu saya sakat. Kata orang kan, bila kita buat kerja sambil bersembang, penat tidak terasa, kejap ja rasa kerja tu selesai. Tak begitu Cik Ain? "

"Ye Ayie, awak betul. Terima kash ya Ayie."

"Terima kasih untuk apa CIk Ain? "

"Ye la, awak dah berpanas untuk saya, awak dah susahkan diri untuk tolong saya hantar saya ke Mahkamah."

"Biasalah Cik AIn. Ini kan tugas saya. Lagipun apa la sangat susah ni untuk lelaki yang gagah lagi kuat macam saya ni Cik Ain.. "
"eleh.. berlagak". Sempat aku jegilkan mata dan julurkan lidah tanda membantah katanya itu. Aku lihat dia hanya tersenyum. Dalam hati terkenangkan Bad. Kalaulah yang hadir membantu, yang menghantar adalah Bad. Alangkah maninsya. Ohh Bad. Ain doakan awak berbahagia di sana. Moga ALLAH kasihani awak yang selama ini banyak beri Ain kekuatan walau awak sudah tidak ada lagi dalam dunia.

"Cik Ain, dah selesai. Boleh kita bergerak sekarang.? "

Lamunanku terhenti lagi. Bad ohh Bad, rajin betul kau hadir menerjah fikiranku sekarang. Tambah-tambah sejak aku berkenalan dengan Ayie ini. Walau banyak beza antara kau dan dia, tetapi dari segi perhatian dan prihatin tu, kamu dua bagaikan sama antara satu sama lain.

Kami bergerak pulang, tapi hari ini, aku pulang dengan dihantar Ayie. Tapi kami berhenti untuk makan sebentar di Padang Kota. Ayie cuba menolak pelawaanku membelanja dia kerana bersusah untukku, tapi setelah aku berkeras, dia cuma mengiakan sahaja. 

Ketika aku dan dia sedang makan. Kami disapa oleh seseorang. 

"Assalamualaikum. Cik Ain kan ini? ". Katanya sambil menghulur tangan untuk bersalaman denganku. Tapi aku hanya senyum tanda menolak berjabat tangan dengannya. Walaupun aku sudah belajar di luar negara, tapi soal aurat dan sentuhan ini, aku sangat menjaganya. Takkan aku nak izinkan lelaki yang bukan patut menyentuhku, untuk menyentuhku, walaupun dengan bersalaman, tapi tak rela aku izinkan lelaki merasa kelembutan tanganku kerana aku ingin suami ku merasa yang terbaik.

"Ya saya. Boleh saya tahu siapa awak? Kita pernah berkenalan kah? Awak nampak sangat asing pada saya.". Balasku.

"Boleh saya duduk? "

"Silakan. Duduk." Balas Ayie sambil menyambut tangan lelaki asing itu dan bersalaman. 

"Saya Joe." 

"Selamat berkenalan. Boleh saya tahu bagaimana kamu boleh kenal saya dan kenapa datang berjumpa saya?". Aku memulakan perbualan.

"Macam ni lah Cik Ain, saya ada satu hajat ni."

"Apa dia Enchik Joe? Ada apa-apa yang dapat saya bantu? "

"Begini Cik Ain, saya tahu Cik Ain sedang menguruskan satu kes mengenai rasuah berkenaan seorang pegawai, betul kan? "

"Ya saya. Kenapa ya? "

"Jika saya sediakan sesuatu buat Cik Ain, boleh tak Cik Ain buat sesuatu untuk gugurkan kes tu? Apa saja supaya Dia tak dihukum. "

"Ehh, bro, cermat sikit ya, sebelum aku tapak engkau dengan kaki aku ni, baik engkau blah.". Sergah Ayie. Aku sedikit terkejut dengan tindakan dia yang tiba-tiba naik angin.

"Kau siapa? Kau jangan nak menyibuk, atau kau pun nak sekali? Aku tak ada hal, asalkan kau 'settlekan' kes ni, yang penting dia terlepas. "

"Aku ulang sekali lagi, terbaik jika kau blah dari sini sekarang, sebelum angin sampai dekat kepala aku..". Ulang Ayie. 

"Sila pergi, untuk pengetahuan awak, saya bukan bekerja untuk manusia, tapi saya kerja untuk ALLAH, memegang amanah dan tanggungjawap, ini bukan caranya, jika saya terima apa-apa dari awak, bererti saya gagal bukan sahaja sebagai peguam, malah sebagai hamba ALLAH saya akan dilaknat oleh NYA. ". Sambungku.

"Atau kau orang nak letak harga? cakap sahaja, Berapa pun aku sanggup.. ". Nampaknya Joe masih belum selesai dengan tawarannya. 

Belum sempat aku pusing, Aku tengok tangan Ayie dah hampir hinggap di muka si Joe ni. Ayie seperti dah hilang sabarnya, baju Joe direntapnya, dan tangannya dah hampir ke muka Joe, tapi dia belum memulakannya. Tapi dia membentak dengan keras. "Bertaubat kau Joe, tahukah kau apa yang kau cuba buat ini HARAM? Dan janganlah kamu makan harta benda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari harta orang lain dengan dosa, sedangkan kamu mengetahui."

"Aahhh.. sudahlah kau, tak mahu sudahlah. Tak payah kau nak ceramah aku dekat sini. ". Sergah Joe yang marah dan terkejut kerana tindakan Ayie. 

Serentak itu, beberapa orang datang nak meleraikan mereka, Ayie ditarik jauh dari Joe. Sebelum pergi Joe sempat menyindir, "Ala, tak payah kau nak buat baik lah, entah-entah ada saja, cuma berlagak kau dengan aku.. "

Aku lihat muka Ayie dah merah padam menahan marah. Mulutnya terkumat kamit seperti membacakan sesuatu. Aku dapat membaca pergerakan mulutnya, dari pengamatan aku, Ayie sedang beristigfar, aku yakin dia juga sedang berusaha menahan marahnya. Lantas aku bangun meleraikannya. "Sudahlah Ayie, biarkan dia. tak payah dilayan Orang macam tu. "

Setelah berjaya memujuk Ayie, kami selesaikan makan dan sebaik membayar makanan, kami pun pulang kerumah.
Sebelum bergerak, "Maafkan saya sekali lagi Cik Ain. Saya jadi marah sebaik mendengar dia cakap macam tu tadi "

"Tak apalah Ayie, saya paham. Terima kasih kerana menjadi seorang yang 'stick' dengan undang-undang ALLAH..". Aku mengerti, walau aku sedikit terkejut tapi aku kagum melihat seseorang yang marah kerana hukum ALLAH yang ingin dikhianati manusia. Dia bukan marah kerana dirinya, tetapi kerana marahkan manusia ingkar yang sedang menongkah akhirat demi mencapai kekayaan dunia. 

"Segan saya dengan Cik Ain, pertama kali saya marah dan bertindak macam itu tadi. ". Balas Ayie.
"Dahlah Ayie. tak ada apalah. terima kasih sekali lagi ya. Untuk hari ni. kerana dah bersusah untuk saya.". Aku cuba menenangkan keadaan.

"Ehh.. tak adalah Cik Ain. itu kan tugas saya. "

"Tak kira, saya nak terima kasih juga.". kataku, melawak mungkin. 

"Ya Baik Cik Ain, Jika Cik Ain berkeras, akan saya pertimbangkan kasih dari Cik Ain tu..". Aku lihat senyuman mula terukir di bibirnya.

"Dahlah Ayie, selamat tinggal, balik elok-elok tau..". Balasku sambil bergerak masuk ke dalam. Dia pun sudah bergerak pulang. Dalam langkahku, tersenyum terbayang seharian yang macam-macam berlaku..

Ku Ingin Kamu - Part II

Click SINI untuk permulaan cerita, dan SINI untuk Part 1 

"Morning Cik Ain. "

"Assalamualaikum Ayie.."

"Baru sampai kah Cik Ain,? "

"Aii, takkan itu pun awak nak tanya saya kot Ayie? Takkan awak tak nampak saya keluar dari kereta sebelah awak tadi?"

"Memang nampak Cik Ain, tapi kalau saya tak tanya, takkan nak ada topik awal perbualan antara saya dan CIk Ain pagi ni kan?  Lagipun, mana la saya tau Cik Ain dah sampai lama, lepas tu tengok-tengok saya baru sampai, Cik Ain pun ubah kereta Cik Ain datang park sebelah kereta saya.. "

"Tak ada maknya saya nak saja-saja park sebelah kereta awak tau? "

"Cik Ain nak tahu, bila tiap kali Cik Ain naik marah, muka Cik Ain nampak makin comel. sebab tu saya suka sakat Cik Ain.. "

"Tak ada maknanya Ayie, malas saya nak layan kamu tu.. "

"Hihihi.. Boleh saya jalan dengan Cik Ain ke atas? "

"Boleh aja. Bukan jalan ni ada nama saya, lift tu untuk saya seorang.. "

"Itu yang saya nak dengar tu, Cik Ain, silakan Cik Ain.." Sambil tangan menunjukkan jalan untuk aku ke depan nya. 

"Terima kasih. ". Ucapku. Walau aku selalu juga marahkan si Ayie ni, tapi dia ni seorang yang baik, ambil berat dan lawak juga orang nya. Selalu menjadi penasihat dikala diperlukan. Walaupun kepala otak dia ni sedikit mereng, tapi bila bercakap hal ilmiah dan memberi pendapat, aku dapat rasakan dia ini seorang yang bijak, cuma mungkin kemungkinan yang dia sengaja menyorokkan perangai dia itu dengan cara sewel dan macam kurang matang bila diluar waktu itu menjadikan dia seorang yang senang bergaul dengan orang lain. 

Aku senang sekali bergaul dengan dia. Walaupun dia hanyalah pembantu pejabat di office tempat kerja aku, tapi dia ni seorang yang rajin. Dengan muka yang agak handsome, ramai yang jatuh cinta kepada dia, tapi dia ni aku tengok, cuma melayan semua nya sama rata, tiada pula yang dia beratkan, bagiku itu menandakan dia tidak mahu sesiapa berharap kepadanya kot. 

"Ayie, awak baca tak surat khabar kemarin? ". Aku memulakan bicara.

"Mengenai issue anak dan bapa bersekedudukan itu kah Cik Ain? ". Balasnya.

"A'ah, menakutkan saya baca kisah tu Ayie, sampai dah beranak pinak pula tu.." 

"Saya terkedu bila membacanya Cik Ain, nak pengsan rasa nya.. ". Balasnya dengan gaya seakan manusia nak pengsan. Aku tergelak kecil melihat keletahnya.

"Itulah bila terlalu dimanjakan nafsu tu, sampaikan anak dan ayah pun dah tak kira, janji dapat.. ". Balasku.

"Dah diambang akhir zaman ni Cik Ain, macam-macam berlaku, lagi-lagi pula bila Agama semakin tidak dititikberatkan dalam masyarakat kita. Tambahan pula, dengan pihak atasan yang terlalu membudayakan hiburan dalam masyarakat, dan banyak lagi perihal lain yang bukan-bukan, masyarakat semakin rosak. "

See, aku dah cakap, bila dia berbicara, macam aku cakap dengan orang yang besar-besar sedangkan si dia ni hanyalah Office Boy dekat tempat aku bekerja. Kekadang tu aku tak percaya yang dia hanyalah Office Boy di sini. Idea dan cara dia bercakap tu, menunjukkan yang dia ini seorang insan terpelajar, tapi jika Ya, kenapa dia memilih untuk menjadi Office Boy sahaja? Aku menggelengkan kepada memikirkan. Jawapan akhir yang lahir adalah, "Biarlah siapa pun kau, yang aku tahu kau tak buat masalah dengan aku sudahlah.."

Hari itu berlalu dengan aku dan dia yang sibuk menguruskan urusan kes aku yang terbaru ini, iaitu mengenai kes rasuah pegawai kerajaan yang melepaskan seorang kontraktor yang tidak layak menguruskan projeknya. 

Dalam asyik aku membuat kerja, hati terkenang sedikit isi kisah hari 58 dari Bad yang berkisah kepada cita-citanya yang bertukar-tukar dari kecil.

Awak, 
Hari ni kan, masa saya tunggu awak, ada seorang Polis yang lalu didepan saya. Saya dulu bercita-cita nak jadi Polis sebab saya teringin sekali nak jadi ketua semua dan betulkan nama buruk mereka yang disalah ertikan masyarakat. 

Tapi bila difikirkan semula, susah la awak, boleh tak saya jadi seorang Engineer? Seorang dari senior sekolah saya sekarang ni dah jadi Engineer di sebuah pelantar minyak, gaji bulan-bulan 5 angka tau awak, kaya-kaya, kalau la saya macam dia, mesti senang kan awak? Boleh capai impian memakai kereta idaman saya Toyota Estima yang bikin jadi sporty lepas tu kaler Putih. wahhh.. 

Awak, tak jadi la awak, tetiba risaukan Ibu, Ayah, Nenek dan awak, boleh tak saya nak jadi seorang Doktor, sebab saya nak rawat Ibu, dan Ayah sekiranya mereka tak sihat. Dan andai satu hari nanti, awak yang tak sihat, saya sendiri yang akan rawat awak, mesti seronok kan? saya sendiri yang mempertanggungjawapkan diri untuk menjaga awak. 

Kalaulah awak membaca...

Hairan kan, macam si Bad tahu pula aku sakit masa tu kan? Nak pula dia ubah cita-cita menjadi seorang Doktor kan? Tetiba aku terdiam.

"Cik Ain.. ooo Cik Ain... ". Ayie memanggilku..

Aku terkejut. dan menoleh. " Eh, kenapa Ayie ? "

"Dah pukul 7:20 petang ni Cik Ain, mari pulang. Esok nak kerja lagi. Lagipun kita dah hampir siapkan bahan kes ni, esok dah boleh selesaikan part-part akhir bahan kes Cik Ain ni.. "

"Urmmm.. jomlah... Terima kasih ya tolong saya.. "

"Alaaa.. takdak apa la Cik Ain, lagipun ini kan tugas saya, sebagai pembantu Cik Ain. Apa la sangat bantuan ni, lagipun, kalau tak ada saya membantu, manakan Cik Ain bersemangat nak kerja kan? "

"Ada-ada ja awak ni, dah-dah jom balik.."

Setelah selesai kami bersolat Maghrib, kami pun pulang. Fikiran aku mula terbayangkan bahan kes ini, kerana aku bakal membentangkan kes ini dalam minggu depan, dan diharapkan segalanya berjalan lancar.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA