Followers

Sunday, 31 July 2011

Selamat Hari Lahir Boss

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Entry KHAS buat Boss kuh sorang.


Nadh nak ucapkan,
"Selamat Hari Lahir yang ke dot-dot-dot. Semoga panjang Umur, Murah rezeki dan Sentiasa hidup dalam limpah kurnia NYA dan sentiasa dipayungi rahmat dan keberkatan. "

Nadh nak ucapkan,
Terima kasih bebanyak sebab jadi seorang BOSS yang Besh. n Moga mendapat yang terbaik dalam hidup okeh. !!


Opss, sekali diucapkan Selamat Hari lahir kepada Penjaga Pulau yang terhormat jugak.
Since Nadh pun tinggal kat Negeri berPulau kan, Nadh nak ucap maceh jugak sudi jadikan Pulau sebagai nama blog. weeee~~

Maceh. maceh. Maceh. Selamat segalanya ya. :)


Note : Kalau selalu yang terawal diingati, Nadh gembira menjadi yang terakhir mengucapkan. ;)

Mini Gath - Pulau Aman

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Oops.. hari ni ada Mini-Gath agi la. Ramai juga tadi, ada Adik, Naqiah, Adik Naqiah a.k.a Najwa, Jusiza, Ern, Naim, Mikro, lepas tu datang Cycy (sebut macam Ern, Cai Cai), Aien Sudu Plastik, Dik Wan Kunci Locker, dan last sekali pacik HidiaQ.

 

Banyak cer ni,

1. saya.. saya.. saya.. nama penuh Asyraful Naim. pakai empom e72, black edition, lepas tu kerja besa-besa ja, single lagi tau. dulu study pun besa-besa ja. Nama belog saya myblogmyhero.blogspot.com

2. saya Mikro, blog saya betul Syukri. kerja dekat KOMTAR tingkat 49 . nak mai ka? nak mai bagitau la, sya leh bawa berjalan sampai kat atas tu. "kami ada thumb print tau, bukan macam UiTM Arau. :P "

3. Saya Asal orang Johor. Tapi skarang ni mengaji dekat IPTB. Umur baru 20. Masa masuk asrama hari tu la, dapat bilik baru, tapi tak ada kunci locker. sebab tu dapat ilham nak guna nama ni.

4. Nama saya Erin Azizan. Nama baru saya Ern. Nama betoi tak boleh nak bagitau. Saya ni terlebih Hormon laki-laki. Sebab tu tukaQ gambar baru. Opss lupa nak gtau, saya dah seperated dengan Mikro.

5. Saya blajar sekarang ni. Belajar nursing. Dulu masa sekolah kan, sudu n garfu kotor, lepas tu kan, kami bawa la sudu mai dari rumah,. Lepas tu dapat nama Sudu Plastik. "kalau tau basic best la, tak tau tak best"

6. Nama saya Cycy Amiruddin. Nama ni nenek yang kasi masa mula-mula lahir, masa dari kecik-kecik la. Skarang ni saya kerja dekat klinik. Baru lagi, baru sebulan lebih. Blog kurang update la.

7. Nama kat fesbuk Siti Jusiza, nama dalam Ic pun Siti Jusiza. Nama blog Akujusiza.blogspot.com. Saya #retis. " Saya dah kurus. Turun 3 kg tau. "

8. Nama saya Najwa. Berblog since saya tingkatan 3. Sekarang umur saya 19 tahun dan belajar dekat ALAM.

9. Nama blog saya cintatulip.blogspot.com. (sambil gelak). Asalnya blog saya tak pakai nama ni, tapi kena tukaQ atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Berblog since tengah tahun lepas lagi.  "Ehhh saya berblog pun Najwa la yang ajar. "

10. Nama saya Nadzli Bin Azlan. Masih single dan available. blog nama Afrospexs.blogspot.com. Dulu saya afro, tapi sekarang dah botak. (Botak tu Sexy <-- dari Ern) . Blog saya ada gambar-gambar saya bagi sedikit tips nak guna camera.

11. Yang ni takyah cita. :P

Sebelum tidur, meh tgk dulu la gambaQ depa tadi.

Saturday, 30 July 2011

Dia dan PINK

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni hari yang agak busy (Kot) bagi Nadh. sebab pagi tadi Anak-anak kecil Mama dah datang. Yaya n adk dia, Isha. Seronok plak rasanya kongsi busy dengan Mama sikit. Mama ngasuh Isha, Nadh tengokkan Yaya, bagi mandi la apa la. Mengada tau dak budak ni. Pantang jumpa air, nasib Mama pesan, kalau tak jenuh nak layan. 

Pastu, selepas Jumaat seseorang datang ke rumah Nadh. Lama juga dia datang ke rumah Nadh tu. Siap kuar jejalan kejap la sebab nak pergi jumpa Jiah dekat Perodua Autocity. 

Sepanjang dalam kereta dia tu, ada beberapa penemuan yang menarik untuk dikongsikan. 

 Mula skali jumpa...
CD kaler PINK

Lepas tu,
 HP kaler PINK. bukan tu aja, COVER HP pn kaler PINK. 

Lagi ada ni  plak.
 Tong Sampah pun PINK


Dia suka PINK kan? Skali dengan Nadh pun dah terPINK tadi. adui laa..

Thursday, 28 July 2011

Nadh, Lelaki Melayu ?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Oihh tadi kisah bola, ni ada kisah lain plak. Mengenai Nadh yang secara otomatiknya berubah jadi LELAKI MALAYA sebaik sampai kat rumah. Nak tahu apa jadi? Meh kita tengok kat bwah ni.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tadaaaa~~ Serius, bila balik rumah ja, secara otomatiknya belajar pakai kain. Sepanjang hari pakai kain. kecuali nak keluar la. (hari ni pun, seharian, sampaikan dok wat kerja rumah, dok bakar sampah pun slumber ja pakai kain.)

Lelaki Melayu terakhir kah? lalalalalalalalalala~~

kalah pun kalah la. apa pun kamu tetap di hatiku.. ;)

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru ja selesai wisel ditiupkan oleh enchik pengadil jap tadi. Yang menandakan Malaysia tak kurang layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 setelah kalah kepada Singaponen kejap tadi. Malaysia kurang layak disebabkan seri 1-1 dan agregat 6-4 kepada Singaponen. 

Pada pendapat Nadh sepanjang game tadi, Malaysia banyak buat gerak, tapi mungkin dek kerana kurang pengalaman dan kehilangan antara tonggak paling kreatif atas padang, kapten Safiq Rahim yang kena kad merah pada perlawanan pertama Nadh tengok banyak pergerakan Malaysia yang tersekat. Ditambah pula dengan defender yang masih terus-terusan buat kesilapan mudah tadi, membuatkan Malaysia sedikit tertekan. Nasib baik la goalkeeper enchik Fahmi Che Mat yang banyak menyelamatkan percubaan merbahaya striker Singaponen tadi. 

Apa pun, percubaan yang baik dari Malaysia. Banyak yang masih boleh diperbetulkan. Tak apalah, rezeki di tangan ALLAH kan? Usaha kita dah usaha, teruskan dengan usaha dalam memartabatkan bola sepak di arena ini.

Kepada semua penyokong, tak mahu marah-marah dekat depa tau? They have do their best kan? Kalah menang kita tetap kena sokong depa tau. :) Depa tetap di hati !!

Dah-dah,.. jum layan lagu ni.. weee~~

Bila Anak Teruna Mama dah balik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Tadi pagi Mama kejutkan Nadh.
"Abang, nak makan apa?"

"Mama masak aja la apa saja, special tau? "

Lepas tu Mama pergi ke kedai beli lauk. Nak tau apa yang Mama wat kat Nadh hari ni? Meh nak share ni..

Kerang Rebus

Sup Ayam

Ketam Sos Tiram Pedas


Sotong Kurita

 
Pelengkap nya - Air Asam
Banyak lauknya kan? hee.. memang naik lagi la Nadh ni. hihi..
Apa pun happy sangat. banyak lauk. Puas makan. burppp.. alhamdulillah. ;P

Andai wang menjadi ukuran, Belikan saya kasih dan sayang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Andai wang menjadi ukuran, Belikan saya kasih dan sayang"

Nadh teringin benar nak bercerita kisah yang Nadh kongsikan dengan Mama kejap tadi.
Nadh tengok Mama agak sedih dengan cerita tu. 

Dia adalah antara Mama, Ayah dan Anak-anak mengasuh dia. Satu masa dahulu pernah jadi, orang tu tak hantar anak dia, lepas tu dengar-dengar dia dah ada bibik. Ni baru-baru ni dia buat lagi, kali ni dia dah hantar kat orang lain. Sebab konon sentap la dengan Mama yang dah taknak jaga anak dia. (Tapi bersebab, sebab ada perjanjian dengan Kak Azza, takkan Mama nak reject Kak Azza, tak adil plak untuk diia. )

Lepas tu hilanglah budak-budak tu dari pandangan Mama. Tapi bak kata orang, ikatan kasih sayang ni tak boleh nak diputuskan. Mesti akan ingat dekat budak-budak tu. 

Last week, Aqil demam, sampai muntah-muntah masuk hospital. Ayah pergi tengok anak dia tu. Mama kata Aqil sebaik nampak Ayah, peluk Ayah, tidur kat riba Ayah. Esok paginya, budak tu bangun, buka mata ja dah mencari Ayah dia. 

Seorang lagi Dina. Dia cakap dekat Mama, "Mama, Yaya dah datang ka Mama?". Mama cakap belum. Dia cakap dekat Mama, "Mama, nanti Yaya dah datang Mama Dina kena lah cari orang lain nak jaga kami kan Mama? Mama mana larat nak jaga kami ramai-ramai. ". (budak-budak pun faham, tapi mengapa Ibu anak ini tak mahu faham? atau sengaja buat tak faham? Mungkinkah bila seorang manusia tu dah ada $$$, tiada yang lain dia mahu, dan fikir melainkan kesenangan diri sendiri? ). Dina tambah lagi, "nanti Aqil n Isha hantar la dekat orang lain, Dina tak apa duduk dengan Mama. " (sempat lagi kan? Anak kecil ini begitu bersahaja dan tulus mengatakan niat di hatinya)


Yang ketiga, Permata hati baru Mama n Ayah. Tak reti dok diam, cakap pandai. Yaya datang ja, "Ayah, nak tidur dengan Ayah..". lepas kejap tidur dengan Ayah, dia cakap "dah takmau tidur dengan Ayah dah.". "Ayah pergi mandi cepat, Yaya nak pergi Tesco". 

Macam lawak ja cerita anak-anak baru nak meningkat naik ni kan? Tapi hakikat dalam cerita ni adalah. Duit tidak membeli kasih dan sayang, tetapi kasih dan sayang itu hadir dari ikhlas yang bertapak dalam hati dan jiwa kita, yang mana ianya dirasai hingga dalam lapisan terdalam hati. Sebab tu orang kata, sekali tersentuh hati tu, bukan mudah hendak diubah. 

Note : berhati-hatilah kita dalam berdunia. Ianya tidak mudah. Hati tidak seperti Simen di lantai. Pecah, kita beli simen baru dan tepek untuk melicinkan dia kembali. Seperti satu kisah yang Nadh pernah baca, "sekiranya kita tak ingin berasa sedih, elakkan dari buat hal yang boleh menyakitkan hati orang lain."

Wednesday, 27 July 2011

Part 2: I'm nothing without you

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Part I boleh dirujuk dekat SINI.

*****************************************************
"Morning Dilla.. "

"Morning.."

"Jom makan?". Pelawa Erika. Teman sepejabat Adilla tapi tiada berjawap pun dari Adilla.

"Hai, senyap sokmo sahabat aku seorang ni kenapa? Sindrom PMS ka apa ni? Pelik bebenor aku tengok engkau ni Dilla. Tak macam selalu.."

"Ehh suka hati ja kau nak kata aku PMS. Sepanjang hidup aku tak pernah kena sindrom-sindrom tu tau? aku kuat ibarat UltraWoman yang menyelamatkan planet Bumi dari serangan Raksasa Nyamuk yang berbelang-belang tu."
"ele, kuat konon. Habis tu tadi yang muka macam keropok lekor tu kau nak jawap macam mana? "

"Muka macam keropok.? hello, macam ni punya cun kau kata macam keropok? Kau pernah kena gigit tak?". Keduanya tergelak. Muka serius Adilla pagi itu, dan mood dia yang kurang memberangsangkan itu ditenangkan oleh sahabatnya, Erika. Keduanya pun beranjak ke Kedai Koko Tok Aba yang berada dalam linkungan 50 meter dari pejabat mereka. 

Perbualan mereka diteruskan. 
"Erika, aku ada benda nak tanya dekat engkau ni. Boleh tak? "

"Kau nak tanya apa? Tanyalah. Tapi sebelum tu weyh, tolonglah jangan nak skema dengan aku, mau muntah kaler ungu aku kejap lagi ni.. ". 

Keduanya tergelak lagi. Mereka berdua sudah lama kenal. Sejak dari mereka belajar di Universiti lagi. Jadi keduanya rapat sangat. Nak dijadikan cerita, dapat kerja pun sama-sama, jadi perhubungan itu terus terjalin dan mekar ibarat bunga yang berkembang di pagi hari.

"Ha sambung lah. Apa dia tu? Bunyinya macam serius aja aku tengok."

"Macam ini Erika. Kau ingat tak dengan Shahir? "

"Shahir? ehh Itukan kawan aku dari sekolah rendah lagi. Kenapa dengan dia? ohhh engkau orang bercinta ae? Wowwww.. senanglah aku nanti, keduanya aku kenal, nak pergi kenduri pun dekat-dekat. Sukanyaa.."

"Bukan la. Aku dan dia belum bercinta. "

"Habis tu, dari cara aku tengok ni macam ya ja, sejak kau dengan dia rapat kan, dia selalu cerita tentang kau dekat aku, dia kata tak pernah dia jumpa seorang yang happening macam kau. Dia kata dia gembira kenal dengan engkau. "

"Aku rasa kami dah tak kawan dah kot." 

"Pulak. Kenapa ni weyh? "

"Kau rasa, salah tak seorang perempuan meluahkan rasa hati dekat lelaki? Maksud aku perigi mencari timba?"
"okeh, aku faham dah sekarang. Pada pendapat aku tak salah pun, jika itu yang terbaik. Jika kau masih ingat akan cerita bagaimana Khadijah bertanyakan kepada Rasul akhir zaman, meluahkan isi hatinya kepada Rasulullah dan akhirnya berkahwin. Khadijah mendampingi Muhammad SAW. selama dua puluh enam tahun, yakni enam belas tahun sebelum dilantik menjadi Nabi, dan sepuluh tahun sesudah masa kenabian. Ia isteri tunggal, tak ada duanya, bercerai karena kematian. Tahun wafatnya disebut "Tahun Kesedihan" (‘Aamul Huzni)." 

"Aku ingat itu, cuma mungkin dia rasa kekok kerana aku yang meminta dan meluahkan rasa hatiku kepadanya. Atau mungkin juga aku ini kurang cantik pada pandangannya, mungkin juga bukan idaman dia selama ini."

"Andai ada jodoh, ada la tu ALLAH berfirman kat dalam surah An-Nur ayat 26 yang mengatakan lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya. Aku yakin andai itu takdirnya, maka bersatulah kau dan dia, dan sekiranya tidak, kau akan dipertemukan dengan yang lebih baik. "
*****************************************

Shahir termenung pagi itu. Memikirkan keberanian seseorang yang bernama perempuan dalam hidupnya. Dia cuba menolak perasaan yang sudah bertamu di ruang hatinya, dek kerana terkejut dengan pelawaan dan pengakuan berani mati oleh si dia. Di sebalik menung itu, dia terimbau kenangan lamanya. Peristiwa yang pernah berlaku satu masa dahulu dalam sejarah hidupnya. Ketika itu, dia sangat menyayangi seorang.

Ina, nama seorang puteri yang pernah satu ketika dahulu menyerikan hidupnya, 4 tahun mereka mencipta sejarah. Cinta yang sudah berkira-kira untuk disatukan, dan sudahpun mendapat persetujuan keluarga, namun seperti mana kata ALLAH, "dari AKU kamu datang dan kepadaku kamu kembali". Ina telah menemui ALLAH kerana terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan kereta dan motosikal yang ditunggangnya ketika dia dalam perjalanan menemui Shahir. Kejadian itu membuatkan Shahir takut untuk bersama dengan sesiapa, dek kerana takutnya dia akan satu lagi kehilangan. 

Tiba-tiba satu panggilan dari bawah rumah mengamatkan suasana rumahnya. 
"Shahir..".

"Ya Bu. Ada apa Ibu? ". Balas Shahir yang bergegas turun ke tingkat bawah untuk menemui ibunya.

"Ibu ada benda nak cakap dengan kamu ni.."

"Apa dia Ibu? Macam penting saja.."

"Ada sesuatu untuk kamu dalam sampul tu. Kamu buka dan tengoklah."

Shahir terkedu melihat isi didalam sampul berkenaan. Selepas satu, satu lagi datang kepadanya. Semalam dengan Iskandar. Hari ini dengan Ibu pula. Dia menggelengkan kepalanya.


Note : Ciap dah part II. Apa yang nak jadi seterusnya ni. Maaf ya. Kurang menyengat rasanya. hihi

Wordless Wednesday #WW9

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Lalalalaalalalalala~~

Cari Menantu Versi UHB2422

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Last minggu lepas kan Nadh busy dengan Gath. Seriously memang GEMBIRA la. Tapi yang tatahan hari Ahad. Gath yang PALING FORMAL rasanya buat Nadh. mana tak nya, pagi tu ada Program Cari Menantu (bak kata Madam Lecturer Nadh.)

Tak caya? cuba tengok calon-calonnya kat bawah ni..



Ramai kan calon-calon dia? hihi.
Sebenarnya bukan la. Tak ada kerja nak wat program cari menantu pagi-pagi. gilak..
Cuma nak highlight sikit, Madam cakap semua nampak kemas, nasib baik la dia tak ada anak dara, kalau tak pilih terus ja. agagagagag.. :P 


Opssss.. sebenarnya...Pagi tu Nadh ada Presentation la.

Tak pernah sepanjang 3 tahun Nadh kat UTM kena pakai formal macam ni. Last kena juga. Demi mendapatkan sedikit markah kekemasan (DIWAJIBKAN LA). Maka dengan itu, kami pun pakailah, kemeja tangan panjang, kasut, seluar slacks, dan paling masyuk skali, neck tie. agagagag..

Bayangkan la dengan outfit macam ni terus pergi lapor diri kat Wangsa Walk dengan para blogger? Sampaikan Cikgu BI Nadh NI tegur la. "Nadh ni takkan la tak bawa baju nak keluar berjalan dengan kami.."
"keluarkan ja la baju tu, takyah tuck in,"
"Aduiii jejalan dengan budak sekolah.."

Nasib Enchik ni cakap jangan. lalalalalala~~ 

[Muka mintak penampaQ.]


Note : Jadi pemes sat hari tu sebab orang tengok pelik kan? Jadi perhatian kejap. Leh tara tu?

Note lagi : Nanti Nadh wat entry mengenai Presentation Skills ya. Communication Skills. Mana tau berguna. ;)

Wordless Wednesday #WW8

Assalamualaikum. Dan Salam Sejahtera pada yang membaca.

 Jum Race? lalalalalalallaa~~

Susah hati tak ada kerja

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam Boss Nadh atas SMS, dia kata Nadh bakal dikeluarkan dari Team Motorola. Sebab dia bagitau kat PM Nadh,
"kalau dia jaga semua, mau kena darah tinggi budak tu..nak kena coordinate lagi, nak kena mengadap ZTE lagi.."

Lepas tu Nadh tanya la, "habis tu kalau dah tak buat, sapa nak buat abg? Lagipun ZTE kan tengah on hold tak ada site ni abg? "

Dia cakap, tak apa, "nanti ada la kerja tu."

Note :: (Susah hati tak ada kerja. T.T)

Sekarang masih dok buat TSSR. Sama macam semalam. Ada lagi satu belum selesai. Semalam dah siapkan tiga. lepas tu benti sebab mengantuk. Ni bangun pagi-pagi tak masuk opis sambung buat.

Tuesday, 26 July 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU

Assalamualaikum.

Teringin nak berada dalam bloglist kawan-kawan lepas " BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU "

Nak ka? click SINI

Bagaimana Adudu mendapat Nama.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada sapa kat sini meminati cita kartun Boboi Boy kat TV3?
Meh Nadh nak share ni, macam mana si penjahat Adudu yang ni mendapat namanya.


Misi Asal Makhluk ni nak mendapatkan Koko Tok Aba. Sebab tu dia n dua konco-konconya datang ke Planet Bumi demi untuk menghidupkan bola kuasa. Tapi Bagaimana dia mendapat nama masih lagi menjadi Misteri kan? Meh nak share macam mana..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Sebab tu kan lagu ni dapat Nadh samakan dengan dia. Kena dengan NAMA dan MISI BUAT APA SAJA dia kan? tak caya tanya Probe. lalalalalalala~~


Opsss.. Watak Boboi Boy petir itam ni sangat cool okeh. Suka.. suka.. suka..


Note :: Sekadar imaginasi Nadh ja la.. hhehe

Mengembang petanda hati senang, betulkah?

Assalamualaikum. Dan salam sejatera pada bukan Muslim yang membaca.

Mengembang tandanya hati senang. Itu kata orang. Persoalannya, betulkah kenyataan ini?

Macam tak logik ja bagi Nadh. Sebab pernah buat satu entry mengenai orang putus cinta yang bertukar menjadi seorang yang kuat makan.

Sebenarnya berkaitan dengan pembawakan kita juga. Bagaimana diluahkan kekecewaan, bagaimana meluahkan kegembiraan.

Bagi Nadh sendiri, i memboooolat sebab i kurang senaman la. Sekarang dok active balik. Tamo la, nanti kurang comei (buat kenyataan macam sekarang ni comei ja) ahahahahahahahahahaahahaaaa

Kisah Perjuangan Laksamana, Panglima dan Pejuang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Kita ada seorang General, di depan General tu ada Panglima, di hadapan Panglima tu ada Laksamana dan bawah sekali Pejuang."

Takkanlah si Panglima nak lepaskan Pejuang berjuang sendiri tanpa perancangan dari dia?
Takkanlah Si Laksamana nak izinkan si Pejuang berjuang sendirian tanpa sokongan dari dia?
Sedangkan semuanya saling memerlukan.

Si Laksamana yang berada di hadapan itu sedang terluka sekarang, Panglima datang nak gantikan tempat dia, dan jadi yang terkedepan mempertahankan, Laksamana di rawat di belakang, tapi Pejuang tak ingin bersama. Pejuang menidakkan kedudukan Panglima yang ingin mengantikan Laksamana. Di lawannya si Panglima.

Tindakan Pejuang ibaratkan sedang menyucuk Panglima dengan senjatanya. Sedangkan yang sedang dilawan adalah musuh. Begitu diibaratkan perjuangan yang terjadi ketika sedang diasak hebat di medan perjuangan.

Sepadannya, Pejuang menjadi salah satu benteng buat masa ini, selagi mana si Laksamana rebah, selagi itu dia kuat bertahan, hinggalah Laksamana kembali sihat untuk kembali menjadi barisan hadapan yang sama-sama menentang musuh.

Semua saling berkaitan, bersama menentang, bersama menang dan jika kalah, kalah bermaruah, berjuang sehingga titisan terakhir, kau mati, aku mati, kau menang, aku menang.

Hebatnya berperang bila si Pejuang menikam musuh di kanan, tiba pula Laksamana menyucuk di kiri, mengibaratkan kekuatan dan kehebatan kesefahaman dalam perjuangan satu Batalion. Serangan pedang Pejuang melumpuhkan, ditambah si Laksamana, menumbangkan si musuh. 

Nadh baru pulang dari diskusi panjang dengan sorang sahabat dekat Shah Alam sebentar tadi. Nadh n abg Pion pergi sana selepas selesai hantar barang kat Jijoi tadi. Perbincangan kami seperti biasa berkaitan dengan kerja dan tanggungjawap seorang Manager yang tidak diketahui malah tidak disedari oleh Seorang Engineer.

Nadh n Abg Pion terangkan, yang apa jadi kita mesti nak kena bersama-sama. Perjuangan ini bukan perjuangan sendiri, tapi perjuangan adik beradik. Yang kiri dicubit, yang kanan berasa pedih juga. Begitulah rapatnya satu menikam, satu menyucuk, yang akhir merobek. Satu rebah yang lain masih gagah, satu benteng, dengan pertahanan yang kuat, bukan mudah dijatuhkan, tapi sekiranya pertahanan hebat tapi dibuka laluan kepada musuh bisa dijatuhkan bila-bila masa sahaja.

Bila aku jatuh cinta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Bila aku jatuh cinta.
Banyak hal perlu di kira.
Yang nyata,
Yang tiada,
Yang fana,

Aku mencari,
yang sebenar dicari.
Kononnya cinta abadi,
kononnya cinta sejati.

Namun terkadang tersasar
terkesamping dari landasan,
terbabas dari jalan.

Yang ku harap cuma bahagia,
yang ku ingin kononnya permulaan satu cerita.
Yang akhirnya bertukar,
bukan ceria, tapi derita.
Tapi apakan daya.
Perancangan kita tertakluk,
pada izin yang Esa

Akhirnya,
aku mulai sedar.
Yang hidup cuma sementara.

Monday, 25 July 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Assalamualaikum.

Enchik Ben wat Segmen baru lagi. weeeee~~
So sapa-sapa nak KRITIK BLOG Nadh ?


Note : Belog nan tiada pape ni untuk anda komen, komen la sesedap hati dan perasaan anda. Kumen anda penting untuk pembaharuan belog Nadh ni. Maceh suma..

Penawar duka lara.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Normally manusia akan mendiamkan diri, tacing, amek hati dan mudah betul tersentuh bila datang mood tak ketahuan. Hasil akhir adalah kesedihan yang menjadi ibarat duri dalam daging kepada kehidupan kita ni, patutnya tak payah nak sedih-sedih kan, bila mana sedar yang ALLAH jadikan kehidupan kita dengan penuh rencah nya, full set bak kata orang putih.

"Kehidupan ini indah bila kita menghargainya, kesedihan itu manis bila kita memahami hikmahnya.."

Pokoknya segalanya sudah tertulis, ibarat kata ALLAH dalam firmannya,
Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar, ayat 10)

ditambah lagi oleh Rasulullah dalam sabdanya,
Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)

Tapi still Nadh nak kongsikan ubat penawar kegembiraan ciptaan manusia ni. nak tahu tak? tengok kat bawah ni.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Nama mendalah ni SODA GEMBIRA. Tak caya ka?

See? kan dah cakap? Minum memang jadi gembira. Tak caya leh tanya DAK NI.


Lokasi penjualan SODA GEMBIRA. 

Mereka nampak GEMBIRA kan? 


 Nak jugak ka? silakan berkunjung ke cawangan terdekat.

Sunday, 24 July 2011

Kenapa Terasa Berat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kenapa terasa berat? Sedih? Sayu? Pilu? Terkenang-kenang? 
opss.. Apa maksud Nadh ni? Maksud Nadh entry NIH.

Kami baru jumpa semua ramai-ramai. 
N sebab rasa macam tu, adalah sebab semua ni antara yang rapat sesama sendiri, sebab tu la rasa lain. 
Walau tak pernah jumpa kan, tapi Jiran n Boss ni antara yang rapat ng Nadh. 

Cik Adish Shida n Nur Amalina ni keja dok bertengkaQ ja. Ina dengan ayat "cakap dengan cermin" dan Cik Adish ng "Nadh diammmmmm..."

Geng jenjalan Aimaa n Dek Nazzs. Lama tak jumpa depa dua ni. Dek Nazzs dah kat Shah Alam skg. weee~~ 

All time abg, Abg Ady Budika

Geng kaki buli, KSP n Along. hohoo..

Sahabat baru Nadh Wan n Elly. Okeh dua-dua pn sangat fun okeh.

Baik, dipendekkan cerita, seronok ada dengan depa suma ni. Walau tak lama kan, (dari kul 10 sampai kul 2:30 sebab lepas tu kena halau pergi class oleh Cekgu BI)

Betul la orang kata kan? orang yang rapat, yang dekat dengan kita kan, susah kita nak lupa kan? Ada dengan semua tu seronok sangat. sampaikan lupa palotak dok tengah pening seketika. 

(GambaQ diculik dari belog Boss Sunah)

Opss : Ati bukan tissue macam depa na. Kuat nih. lalalalala~~

Nadh kuat. Nadh kuat. Nadh kuat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh nak ngadu malam ni. 

Sekarang mood tengah swing sejak "kejadian tu". Tadi Nadh ngadu kat seseorang tu lepas dah banyak hari kejadian tu berlaku, Nadh baru cerita tadi. tu belum lagi Nadh ngadu kat Mama Nadh. hurmmm.. tak tahu nak cakap macam mana, rasa mungkin hilang semangat sikit la rasanya. Takdak hati nak stay kat sini lagi. Macam nak kembali ke sana pn ada juga. Tapi if Nadh ke sana, Nadh nak kerja apa? (boleh dicari rezeki di mana-mana kan?) Cumanya, adakah ini sebagai tindakan yang agak betul? 

ni kalau seorang sahabat jumpa Nadh, dia akan kata, "Nadh yang aku kenai tu, kuat semangatnya.."
Tapi hakikatnya, tak adalah sekuat mana sekarang ni, tak macam dulu, very fragile sekarang. 

Ni Nadh baru balik jumpa blogger-blogger Utagha + baru kenai. (Kak Shida, Nur Amalina, Kirin, Elly, Iffah, n Along).  Sedih plak pisah dengan semua. Nadh rasa mungkin sebab Nadh perlukan orang nak bersembang kan, supaya ati ni tak fikir sangat. Entah la. taknak fikir sangat.. Tapi mungkin sebab tu juga jadi terlebih active (ehh, sat-sat.. selama ni pendiam ka? Pendiam la sangat.. agagagagag)

Nadh kuat. Nadh kuat. Nadh kuat.. lalalalalalalalalala~~

Wahai Masalah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera.

Masalah tidak dicari,
Tapi dia akan mendekati,
Tidak dinanti,
Tapi pasti merapati

Menjumpainya,
Sesetengah akan lari,

Dan setengah masih berdiri,
Mencari, dan akhirnya menemui,
Jawapan dan penyelesaian

Pokoknya,
Dikirim ujian pada para hamba,
Supaya kita berlari mendekati,
Semakin dekat merapati
ALLAH yang Maha Suci.
Kerana darinya kita datang, kepadanya juga kita bakal kembali.

Saturday, 23 July 2011

Mini Gath jadi Gath besaQ, leh tara tu?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh baru balik n penat tahap gaban + lapaQ teruk-teruk. Nak pergi makan memang tak daya dah. ingat macam ni la, g solat lepas tu buat-buat pejam mata sampai lelap. Esok pagi bangun terus pergi class.

Pagi tadi kan, Nadh jumpa satu geng ni. Depa sangat Fun okeh.
1. Abg AdyBudika
2. Boss Sunah
3. Kaki Buli Kak Adish Shida
4. Tag team kaki buli Nur Amalina

Lepas tu datang lagi satu geng
1. Along Usop Yusuf Rosli
2. Aimaa Shameera
3. Dek Nazzs
4. Jiran Iffah Afeefah
5. Suhaili
6. Pakcek Biola.

Dah sembang punya la lama, datang enchik Chef ajak kami makan-makan tadi. Maceh sebab sudi jemput mai makan kenduri tau.

Lama lepak umah dia, pergi Extreme Park plak, ada gath SB kat sana. pun besh. Tapi apakan daya kan, student kena pergi class, dah terpaksa tinggalkan semua.

Thursday, 21 July 2011

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera.

Nadh dah hantar moto Nadh ke kedai. Dah bunyi teruk-teruk. Lama dah sebenarnya, tapi hari ni Nadh bawa juga ke kedai. Nak tahu apa jadi, engine tu dah nak jahanam dah. Sebab silinder tu da stat ''mkn minyak''.

Hasilnya, jahanam la dan habis engine tu. Jahanam = modal la. Sebelah tangan la cerita dia. Nadh call ngadu dekat Mama, lepas dah discuss, Mama kata buat la. Nak wat macam mana.

Yang nak dikongsikan adalah :

1. Engine perlu maintain.
2. Kerosakan jangan tunggu lama-lama, repair aja. Kerana sedikit, tangguh-tangguh, besar jadinya.
3. Pastikan minyak hitam di check kerap dan tukar sebulan sekali.


Moral of the story, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

"She's not gonna LOVE me anymore, she LOVE me because im a genius"

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.


"She's not gonna LOVE me anymore, she LOVE me because im a genius.."

Nutty Professor tadi tunjuk, dia rela mengundurkan diri bila sedar diri menjadi seorang yang bodoh selepas sel-sel otak dia mengalami kerosakan. Tu ayat dia tadi.

Yang nak disampaikan, adakah kita meletakkan sebarang sebab untuk menyayangi, mencintai seseorang?

Jika jawapannya adalah Ya, meh kita kongsikan Hadis di bawah ni

Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :
"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"


Note : Takut sebab orang yang terlalu baik sangat ni. Kenang diri yang tak tara mana ni, makin isau. Let say some day i turned to someone really bad camna? owhh T.T

Manager VS Engineers/Technician

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera.

Nadh nak bebel pasal beza kerja Manager n Technician / Engineers.

1. Managers deal with people. While Technician / Engineers with machine.

2. Machines rosak bila tiba masanya, tapi manusia anytime boleh meROSAKkan keadaan.

3. Machine, bila yang meragamnya satu, yang lain, ikut keadaan, tiba masa meragam la dia, tapi manusia mencari sebab untuk meragam. Dan tanpa sebab dia boleh meragam.

4. Machine rosak bleh repair, tapi Manusia yang rosak ni susah sangat nak repair.

5. Hasil akhir kepada kerja Engineers n Technician adalah report kepada Managers. Tapi Manager memerlukan cara terbaik untuk mengarahkan staff dibawah setelah mendapat arahan customer.

6. Manager terbaik adalah manager yang berjaya menjaga ahlinya sebaik mungkin. Tanpa mereka, dia pun adalah NOTHING !

7. Manager need PR, while technicians n Engineers need knowledge.

8. Ketua terbaik adalah ketua yang dibenci pekerja kerana kerja.


Kesimpulan : Machine lebih mudah dijaga dari manusia.

Wednesday, 20 July 2011

Wordless Wednesday WW#8

Wordless. Agagagagaga.. :p

Nadh bahagi 3

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera.

Nadh seharian di sini lagi. Membelek jadual mungkin hari ini. Cari kesempatan nak pulang mengadap kampung halaman plak.

Perlukan sedikit ketenangan. Hari yang kurang tekanan tapi dalam tekanan sebenarnya. Diri yang dipecah tiga ternyata susah untuk cope dengan tugasan. Tambahan pula, tekanan dari yang Nadh sebutkan dalam FB semalam.

Yang mampu adalah bersabar n istigfar sebanyak-banyaknya. N berdoa yang Nadh xkan dihentam buat kali kesekiannya dari pihak management Nadh plak.

''different between idiots and wall is that wall just being there and listening to our bubblin but idiots repeatedly asking you to answer what you have told them thousand times! ''

Tuesday, 19 July 2011

Aku hero. Kau heroin aku

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera.

Transformers entah ke berapa kalinya pada malam ni. Sorang sahabat bertanya,
''dia bersusah macam tu semata-mata hendak selamatkaan gepren dia ja??''

Nadh pun jawap : ''chentaa.''

sahabat Nadh gelak. .
''dalam hati ada taman ni. Muka ja nampak ganas.''

Nadh gelak juga. Tapi dalam yang dia sebut tu, Nadh ada sedikit teguran dan message buat readers. Hero sanggup buat apa sahaja demi selamatkan heroin. Heroin pun sama, demi hero sanggup tinggalkan kampung halaman, tinggal ayah dan ibu demi cinta. Betapa takutnya kehilangan chenta teragung kononnya bagi mereka ini.

Tapi berkaitan cinta ALLAH, berapa ramai sanggup ketepikan dunia, menolak penerimaan dunia dengan mengharamkan maksiat ni? ''Ku cinta, kuserah tubuhku'', ''kau cinta, kau berikan wangmu''.

Ingatlah bahawa zina itu berbahaya. Zina penyebab manusia menjadi hina, permulaan kepada kerosakan. Renung-renungkan..

Kegembiraan Mama n Ayah kembali dah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh agak happy hari ni. Dalam semak-semak kepala otak melayan sorang manusia tak paham bahasa tu, (sampai tertidur la lepas balik tadi sebab serabut pala), ada juga kegembiraan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

Nak tau apa dia? Meh tengok bawah ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
v
Ha ni dia kegembiraan keluarga Nadh. Anak kecik kesayangan Mama n Ayah.

Mama cakap sejak family satu tu tak hantar anak depa kat Mama, Ayah nampak sedih, sebab selalunya masa dia balik kerja ada anak kecik dia tunggu depan pintu. Sejak depa tak ada, Mama kata Ayah cam sedih ja bila balik kerja.

Ni tadi Nadh call kan, dengar ayah dok sembang dengan Yaya. Dengar dia happy sangat. Mama pun sama. Alhamdulillah.. Syukur sangat.. Nadh serabut sikit, tapi Mama n Ayah Nadh happy. 

Tu sangat penting!!! Alhamdulillah..

Adakah Nadh salah?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Sebelum Nadh tidur, Nadh nak kongsi pengalaman Nadh. Tentang kegagalan yang ketiga Nadh rasa ni. Umm.. Nadh tatau nak kata macam mana, cuma mungkin sedikit rasa bersalah pun ada juga kot pada boss Nadh, juga mungkin sedikit syukur kerana tidak berlaku. Entah lah, keliru sebenarnya.

Nadh sempat tazkirah engineer Nadh tadi. Kenapa kita nak senang? Kita nak kaya. Kita nak itu dan nak ini. Sedangkan kita masih lagi berada dalam kelompok manusia yang lalai. Kita berdoa pada ALLAH. Minta pada dia. Nadh cakap, Nadh dah berhenti sebab Nadh takut kita akan lagi lalai bila diberikan kesenangan. Dengan ujian ini pun masih slumber lagi. Dengan kejayaan, kesenangan? Agak-agak kita akan ingat dia tak? TIDAK!! 

Dia gtau, dia takut jika satu hari nanti, kita naik dan kita jatuh teruk-teruk. Nadh kongsikan dengan dia menda ni : "jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Surah Muhammad : 7)

Moral of the story Nadh kata, selagi mana kita menjaga agama ALLAH, kejayaan itu kita tukarkan dengan mengingatinya, kita gunakan duit untuk jalannya, kita sedekahkan, kita bagi zakat, kita tolong orang, ALLAH akan tolong kita. Seperti juga ayat tadi kata Nadh. 
Ada satu kisah, satu company tu tak besar sangat, tapi dia berjaya kekal lama seperti company besar. Rahsia dia, mengingati ALLAH, menjaga solat, lepas tu ada duit lebih, hantarkan staff-staff menunaikan umrah. tu satu contoh ja, ALLAH menjaga depa, sebab depa menjaga hubungan dengan dia. 

Nadh tanya, nak ka. kita diberikan kesenangan sedangkan kesenangan itu adalah istidraj, sesuatu yang diberikan hanya untuk menyesatkan kita lagi? sampai satu masa, dia tarik on the spot, masa tu jatuh berguling-guling ke lantai. Ini masih beruntung lagi, sebab DIA tarik untuk menguji, sama ada kita akan kembali ke tidak kepada DIA. Jika Ya baguslah, jika tidak camna? 

Akhir kata Nadh kepada engineer Nadh,
" Aku lebih rela kita hidup susah macam sekarang dari hidup senang dan lalai dari mengingatinya.. "

Note : Cerita sebenarnya adalah, Boss Nadh dok cari funder baru. Dah 3x yang paling positive gagal. Nadh tatau nak kata, adakah Nadh perlu disalahkan sebab Nadh tak sama memohon meminta. Nadh sangat takut.. takut dengan ujian kesenangan pada kami.. T.T sebab tu Nadh hentikan meminta. Nadh tanak sahabat-sahabat Nadh dan Nadh juga makin leka. 

Ya ALLAH, kembalikanlah hati kami kepada hati yang mengingatiMU ya ALLAH, Tiupkan lah roh-roh keinsafan dan nur kedalam hati kami, agar kami tergolong dalam kalangan para solehinMU. Amin Yarabbal Alamin.

Monday, 18 July 2011

Apabila seorang manusia jatuh cinta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh sekarang ada dekat site. Area Gombak. Kalau ada yang terbaca FB Nadh mesti tau Nadh ada kat mana sekarang. Meh nak gtau, Nadh kat Hidden Leaf Village ni. Tak caya? nadh jumpa Kakashi tau tadi.

Oopsss.. Nadh ada masakah negara ni sikit, enchik Engineer Nadh sorang dok serabut tu, katanya soal chenta. Dia jatuh hati. Nadh cakap cita la, dia taknak kongsi ng Nadh.

Yang Nadh heran tu, apa nak diserabutkan? Love come and go so easily in life kan? Whats the point of filling ur mind with such an unrelevent thing?

Buat bodo sudah. Kan? Lalalalalala~~

Kenapa dengan Mimpi semalam? Its 999 -

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera.

Ada sesiapa sedar tak dengan kisah Kisah Mimpi Nadh semalam? Ngeri tak? (Merapu aja lebih kan?)
Seharian juga berfikir, apa cerita disebalik mimpi berkenaan, Nadh dapat selesaikan beberapa tanda tanya dalam hati Nadh. Berikut apa yang Nadh dapat huraikan dengan mimpi, dan hari ini.

Mungkin ALLAH nak bagitau :
1. Call police. : 999. tapi tak dapat. tapi hari ni dah dapat. (Tercapai angka ini). Alhamdulillah

2. Hati perlukan 999. Panggilan kecemasan.
Iman a.k.a POLIS- terus-terusan menjadi "Penjaga" terbaik dari perbuatan dosa.
Insaf a.k.a "Ambulans" - Panggilan kecemasan kedua, membaiki kesilapan, mengubati Iman. Menjahit kembali Iman yang carik.

3. 999 - Mangsa perlu diselamatkan. ALLAH nak selamatkan dari terus-terusan lalai dari mengingatinya.

4. Kenangan Ianya untuk dilupakan dan menjadi benteng kepada masa depan. Agar yang terbabas itu dielakkan, yang belum itu dijaga. 

5. Mati - Hidup itu InsyALLAH, MATI ITU PASTI. ALLAH sedang sampaikan, yang sebelum tibanya MATI, terbuka luas jalan ke arah kebaikan dan keinsafan. Amal Makruf, Nahi Mungkar. Kembalilah ke jalannya.

6. Punctuality - PENTING sangat !!

7. Air Mata - Satu-satunya yang mampu HARAMKAN Api Neraka dari menyentuh tubuh badan kita. Yakni yakin dan sebenar-benar bertaubat dan berniat meninggalkan perbuatan-perbuatan dosa.

Segalanya susunan ALLAH kan? Alhamdulillah.. diberikan peluang bernafas hingga ke hari ni. Moga-moga perubahan hari ke hari ini bawa diri ke arah yang lebih baik.


Opss, BTW, ini Yang buat Nadh rasa bertuah dengan tindakan menekan button FOLLOW tu. Sudi la jugak dia nak masuk belog nan kudus Nadh ni kan?


Adik baru kenai ni. Belog comei ja. Adik 15 tahun ni tahun ni nak jawap PMR. Tapi dah pandai sebut pasal SEKS. Jangan salah sangka tau, SEKS itu Solat-Elakkan maksiat-Keimanan-Selawat la.

Nak kenai lagi dengan adik yang punya identiti Kepala orang badan kartun ni, meh la lawat belog dia.
Sangat comei kan? Nak gelak guling-guling leh? Sebab comei sangat..
Nak tengok lagi tak? Leh la click kat SINI.

1 dibalas 4.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Cuba anda tuding jari kepada seseorang tengok? Tak ada orang yang akan tudingkan semua jarinya kan? Tapi bila menuding, 1 jari akan diarahkan kepada subjek dan empat lagi semestinya akan pulang menunjukkan diri kita. Kenapa ? Sebab dah ALLAH jadikan tangan macam tu kan? dan semestinya la ini adab menunjukkan sesuatu kan?

Apa Nadh nak sampaikan disini adalah, bila terjadinya sesuatu, cuba mengelakkan diri anda dari menuduh atau menuding jari kepada pihak lain, SEBAIKNYA anda renungkan diri sendiri dahulu, adakah kesalahan berkenaan datang dari diri kita? Cuba sebaiknya menggunakan fikiran kita kearah BERMUHASABAH dahulu sebelum bertindak.

Kenapa empat?
1. Siapa? Contoh, dalam gagal belajar, jangan kita tuding kepada lecturer kerana salah mengajar, tapi salahkan diri sendiri dahulu sebab tidak Proactive mencari penyelesaian kepada tanda tanya dalam fikiran kita.

2. Mengapa? Sebab utama perkara ini boleh berlaku. Dalam perihal tanda tanya yang tiada jawapan. Bukankah kita dah besar untuk terlalu disuap?  

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd : 11)


3. Kenapa? Kenapa hendak dipersalahkan yang lain sedangkan yang memegang kunci kepada segala keputusan diri adalah diri sendiri? Kita MAMPU usaha untuk mencari penyelesaian (seperti contoh diatas tu), dalam contoh tu, kita mampu mencari lecturer berkenaan untuk bertanya, atau mungkin mencari lecturer lain untuk bertanya. Tapi kita tak buat. Salah sapa sekarang?

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi?)".  (Al-Balad: 10)


4. Di mana? Dari mana bermulanya kegagalan kita? Dimanakah langkah kita yang menyongsang itu? Cari dan renungkan, supaya kita mampu cari titik di mana kita hendak bermula kepada SATU PERUBAHAN. 


Hendak menyalahkan orang lagi ka? Banyak salah kita sebelum tiba salah orang kan? 4 LAWAN 1. Kalah teruk tu. Bukan bererti setiap masa kita salah kan? Tapi tengok salah diri sebelum tengok salah orang. Apa pun, BERSABARLAH. Seperti Firman ALLAH,
"Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya." (Surah Al-Ma'aarij : 5)

MuhasabahKesabaran + Redha = Kesyukuran Yang berakhir dengan Kesayangan ALLAH. 
"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."(QS.An NAhl : 96).


Note :: Hidup ini mudah sekiranya kita benar-benar berserah kepada ALLAH. Bukan bererti kita menolak bulat-bulat dan berkata tidak kepada usaha. tapi kita serahkan segala dengan satu lafaz "dari nya aku datang dan kepadanya aku kembali". yakni sedar yang yakin yang tanggungjawap kita sebagai Khalifah adalah untuk mentadbir alam dengan baik. Maka dengan sedar, kita juga secara tak langsung tertakluk sepenuhnya kepada ketentuanNYA, juga sedar yang tiap kejadian itu terselit banyak hikmah yang bila satu hari nanti terdedah, kita mungkin menangis mengenangkan betapa ALLAH SAYANGKAN KITA!! Sebab itu DIA takdirkan perkara yang kita takut tu berlaku.

2:27 AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Malam yang sayu kan? Dan 2:27 AM, tapi belum punya rasa mahu melelapkan mata Nadh ni. Lepas tu, tercari-cari satu folder bertulis DEM CREWZ dalam lappy. Tapi tak berjumpa. Lepas tu tangan tercari-cari external putih kesayangan.

Data dicari dalam From E folder. dan jumpa gambar kenangan dalam tu. Satu per satu gambar dibuka. Dan mengimbau kembali nostalgia kisah kegemilangan DEM CreWz satu ketika dahulu. Sebak plak hati ni. Entah kenapa sedih plak teringat sahabat-sahabat Nadh tu. Nadh mungkin rindukan mereka sangat-sangat kot. Kisah yang dah berlaku, memori yang dah tersimpan, dan hubungan yang dah terjalin tu, meninggalkan kesan dalam jiwa kan?

Mereka terbaik, banyak sangat yang berlaku sepanjang tiga tahun tu, Nadh happy mengenali mereka semua. Dah 3 tahun berlalu. Semua dah bawa haluan masing-masing. Walau masih berhubung, tapi tak mungkin akan kembali saat terindah yang pernah berlaku tu kan?

 Kenduri adik Paklan

 OUR farewell Party T.T

 Macam tak pernah naik ketapi benti kan? agagagag

 Lepas habis LAB. Apa lagi, posing la. 

 Pantai Merdeka. 

 Heyyy.. Smart kan suma? Ni masa class kena paksa pakai tie n kemeja.

 Trip to Qlate-Ganu.


Its Our Day. Gosh i miss this time.

Our Last Meeting - Kenduri Pak Lan

Mendoakan mereka semua akan sentiasa berada dalam jagaan NYA. Nadh rindu semua.Moga ALLAH pelihara semua dari kerosakan dunia dan pertemukan semua dalam Taman-taman Syurga satu hari nanti.

Goodbye PAST

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Bila mai tengah malam ja, mula la Nadh ni. Chenta lagi. weee~~
Oopsss.. entah kenapa kan? actually dah lama tajuk ni bermain dalam fikiran kan, malam ni nak ulas sedikit la, boleh tak? (tak bagi pun nak ulas jugak.. :P werkss)

Well, its hard to forget, especially someone that has leave a very big impact to your life kan? But when it comes to life, and future, you SHOULD TRY HARD TO FORGET. 

Just now someone asked, by the time "that thing" happen to me, what is on my mind? Do i even think of committing suicide? 

I answered, "I never gonna think over that line, no use of giving or doing something that bad just because of someone who never care bout us.."

So please all, PLEASE do something to forget "that someone" who hurt you the most. Its for your own good. Remembering them will just bring you back to your past, and that past will slowly hurt you again and again. 


Note : Happen cause that someone suddenly pop-up last week. Ohh ALLAH, do take care of her for me, i dont want to have any connection with her anymore.

Sunday, 17 July 2011

SEGMEN MSRED : MY FAVORITE PHOTO AND WHY

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh nak join Segmen Msred la. Dia ajak Nadh. Jadi apa salahnya sokong kan? Dia kan geng Nadh. hihihi

" SEGMEN MSRED : MY FAVORITE PHOTO AND WHY "




Lepas tu, kena letak pic kesukaan Nadh. Ni yang bawah ni.

Kenapa ianya Special? Tengok la sendiri dan tafsirkan. Ini tiga-tiga anak Enchik Azlan. Kami sangat rapat kan?


Ehh, anda ada gambar menarik tak? kongsi la. kongsi la. Click kat SINI tau?

Final Destinations VI - versi Nadh

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Balik pagi tadi. Nadh mimpi ngeri sgt. Nadh mimpi Nadh n 2 kawan pergi tengok wayang. Masa dekat panggung, kami sampai punya la cun-cun masa, elok Nadh n sorang kawan masuk, pakcik tu tutup pintu. Pukul 1:30 masa tu. Terkurung kawan Nadh sorang dekat luar tak boleh masuk. Pakcik tu cakap,
''dah sampai masa, tak boleh masuk'' (kami memang ada masalah sikit dengan pakcik tu)

lepas tu Nadh pun masuk n duduk dengan kawan Nadh tu. Entah macam mana, yang ke3 tu muncul jugak. (Entah kot celah mana dia masuk Nadh tak pasti). Masa Nadh nak naik duduk tu, tempat platform dia tu punyalah tinggi. Kena panjat, (macam nak pentas masa perhimpunan sekolah tu tapi tinggi sikit). Masa Nadh naik, ada orang kusi depan tu membantu Nadh.

Lepas Nadh naik, ada sorang abang tu nak naik, kami pun cuba bantu dia. Tapi x berjaya. Dia jatuh. Masa dia jatuh tu, entah camna, banyak jugak ekor kala jengking (besar-besar plak tu) jatuh kat dia, dia cuba mengelak, tapi x berjaya. Diorang sengat dia. (kami dalam panggung suma wahhhhhhh.. Tekejut).
Certia pun mula lepas aksi tu. Upanya yang tadi tu hanyalah gimik, maksud Nadh iklan sblm mula movie, dan memang berkesan la. Suma mata memang menumpukan dekat adegan tu.

Cerita pun mula. nadh x igt cita apa, tapi ingat Nadh duduk tukar-tukar kerusi. Hinggalah Nadh terjumpa kawan sekelas Nadh, abg suhaimi. Lepas Nadh jumpa dia, tetiba kerusi panggung kami duduk tu berubah. Bergerak-gerak dia. Nadh bangun dari kerusi, tapi orang lain tak bangun. Tau apa jadi? Kerusi tu bergerak ke sebelah panggung dan naik ke satu platform tu (macam games dekat genting tu. Tapi lebih kurang macam buai pusing-pusing tu).

Ni la saat kritikal tu, waktu dia naik kat atas, memercik darah-darah orang dekat atas tu. Nadh ingat lagi. Merah kat bawah tu dengan darah. Nadh tak sanggup, nadh lari peegi duduk dekat tmpat lain. Nangis sebab takut Nadh cuba panggil polis.tapi x berjawap. Kami terperangkap kat sini.

Yang herannya, entah macam mana ex Nadh muncul. Boleh plak la jalan sesama + babak romantic sikit-sikit. Heran gak tu. Semua dalam ketakutan masa tu. Tapi lepas da petang sikit, (hujan masa tu). Kami wat aktiviti untuk menenangkan diri reramai.

Hairan sangat hairan.

Saturday, 16 July 2011

My last day

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

"Amboihhh.. seronok la dia makan dengan adik dia.."

"Bukan kak, nak buat baik la dengan akak ni, mana tau ada sorang lagi adik dia tak lepas. leh la ekjas kat saya."  

"Haa.. ada.. ada.. "

Tu sorang, ni sorang lagi.

"sopannya,, adik sapa ni..?"

"Baguih betoi la dapat adik macam ni."
tu suma perbualan Nadh dengan akak-akak kelas Nadh tadi. tu masa Nadh pergi makan dengan 2 orang akak tu kat kantin. Lepas tu, turun la geng-geng akak yang lain mai tengok kami dok makan. Tergelak jugak Nadh dengan kata-kata depa tu. Lepas tu mai join kami sekali. Penuh semeja berenam. Hihih.

Lepas tu naik atas, kumpulan mana entah present, lepas tu baru kumpulan Nadh present. Macam biasa la kan, gamat sekelas bila waktu present ni, ada ja yang depa nak sakat kumpulan kami tadi. Mai time Nadh tak ada plak nak tanya, kat kawan Nadh depa tanya bebanyak. Elok la tu. Selamat.. hihihi 

Nak balik, Nadh tak sempat nak sembang dengan depa, wish ka ucap maaf ka tima kasih sebab suma pakat dah hilang. Nadh p kat lift, tengok-tengok ada lagi kat lift.

"terima kasih la kak, tolong simpan satu tempat kat saya kat lift ni."

"haa.. hang mai ja terus mai lift."

"Muka rezeki ni kak, muka rezeki". Semua pakat gelak.

Dalam lift , 
"Weyh adik, ang ni kena geng dengan akak ni, ampa dua satu group mesti best present, gamat satu kelas.."

"Mana ada kak, saya tak pandai, saya kan pemalu.." (sambil tarik jaket tutup muka). Habis bergelak sakan suma. 

Seronok plak ada dengan akak-akak sekelas tu. Ye la kan, kita kan tak ada akak, ni jumpa ramai sangat akak yang ramah-ramah yang baik-baik. Jadi seronok plak. Dalam pada tu, sedih pun ada jugak, sebab lepas ni tak jumpa dah la Akak-akak Ustazh tu, sebab depa kan kampus lain, Nadh dekat kampus lain. Nadh doakan depa suma akan diberkati dan dilindungi ALLAH dan terima kasih banyak sebab jadi geng yang baik. Bak kata kak orang kedah tu, jumpa-jumpa tegur la ya.

BaloQ liat tak hengat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Topik bebel petang hari Nadh hari ni adalah. ''baloQ liat tak hengat''.

Sebenarnya Nadh dok perhati seseorang ni, Nadh hairan sebenarnya, dia datang class, tapi boleh buat tatau minggu-minggu lepas, tapi hari ni baru kalut nak mintak masukkan nama dia dalam group orang. Nampak sangat tak serius, sebab sepatut-patutnya dia datang minggu lepas tapi dia tak plak register nama dia dalam group.

Hari ni, last day present ni, baru nak terkedek-kedek jumpa satu-satu group buat muka comei nak minta letak nama. Seperti biasa la, tidak layan orang macam ni. Sebab rasanya minggu-minggu lepas dia ada.

''ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu berubah.''

paham-paham sendiri la.

Segmen Kenal Blogger Sampai Juling

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Semalam seharian tak ada entry dari Nadh kan? ceritanya Nadh busy dengan kerja, lepas tu balik kerja, rumah banjir. Banjir?? Apartment tingkat 1 banjir? agagag.. betoi.. tak tipu.. so camna nak online, nak tengok umah naik air lagi ka? so umah diutamakan, walau terpaksa berpisah dengan belog terchenta.. (agagagaga
ni entry sulung selepas 2 hari ni.

Nadh nak join segmen sahabat Nadh sorang ni, Cik Najihah. Tengok tu, belog yang comel kan? (tengok Cik la kan? ) weee~~ 


Dia suruh letak :

Nama Pemes : Nama pemes tade la. Sebab tak pemes.. weee~~ 
Tempat Blaja : UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Tempat Kerja : Subang Perdana sebagai Kerani Lelaki. :P


Kata-kata buat Cik Najihah : Teruskan berblog ya kamu, belog kamu tu mesti leh pergi jauh. Nadh rasa la, sebab tengok menarik tertarik the vooomm.. Usaha lebih lagi tau. Blog bukan untuk orang, blog bukan untuk duit, blog untuk diri sendiri. Minat . ALL THE BEST YA.. :) 


Cam menarik kan Segmen dia ni? Click kat SINI untuk join.

Thursday, 14 July 2011

Cinta boleh mencontohi Gadget

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh benti kejap la wat report. Mata dah berpinau, kepala dah berdenyut. Berpusing-pusing rasa. Mengantuk pn ada juga. So Nadh ber-BW, sampai kat belog Jiran Nadh. Tajuk cita dia Cinta bukan seperti Gadget. Cinta lagi kan? Hebat la Jiran Nadh ni. Cinta lagi, seperti gadget, jangan disamakan dengan gadget. 

Nadh nak kata kalau nak cinta macam gadget leh tak? Sebab ;
1. Gadget cepat berubah.
2. Gadget makin lama makin canggih. 
3. Gadget silih berganti. 

Nadh rasa leh apa nak macam gadget.
1. Cepat berubah. - Maksud dengan cinta kita berubah, dengan cepatnya, setiap perlakuan yang tidak baik tu, cepat-cepat kita buang. Yang baik kita kekalkan. dan teruskan. Dengan itu, tiap teguran yang membina, yang dapat upgrade nilai kita dalam satu-satu perhubungan itu, perlu lah kita ambil kira. Kita ambil contoh dari Saidina Umar yang mendengar teguran, walaupun ianya datang dari seorang peminum arak.

2. Makin lama makin canggih - betul la, kalau nak ikut gadget, kita pun kena la canggih. Maksud, takkan la nak guna ayat-ayat lapuk lagi dengan isteri kan? mesti la kena "upgrade" sikit diri kita, up-to-date sikit. kalau hari ni kita ayat macam ni, minggu depan tukar la ayat macam tu plak, ubah-ubah, baru la hubungan tak hambar.

3. Silih berganti - oopss.. bukan macam gadget yang kita silih berganti tau, tapi kena silih berganti dalam hubungan. Kalau hari ini dia jadi "Api" kita jadi "Air"nya, esok lusa kita jadi "Api" dia pula menjadi "Air". Sama-sama la kena jadi penyejuk. Bukankah dah DIA kata, yang "Suami yang terbaik itu adalah suami yang terlebih baik dengan isteri dan keluarganya.." ?

4. Mahal - Ni tambahan ja ye. Mahal dari segi, "nilai" kita la. Takkan sampai bila-bila nak macam tu kan? kena la tambah "nilai". Suami kan Imam, kalau dulu berani solat sorang, sekarang dah kahwin kenalah solat jemaah dengan isteri, dengan anak-anak bersama-sama. Oihh mahal tu tau?


Note :: Nak jadi gadget cinta? hehe.. Dengan yang HALAL okeh la, kalau dengan gepren-bopren, kata satu hari nanti tak jadi pasangan, tak rasa rugi ka? eeuuu.. penat la menabur chenta dengan yang tak sah ni, rugi-rugi. Dah kahwin, tengok muka senyum pun dah kira ibadah. Kejar lah. takkan nak tengok saja? weee~~~

Seharian kepenatan dan ganjaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua.

Selamat malam semua. Nadh busy trok2 hari ni. dari pagi sampai ke sekarang tak berhenti ni. dok tengok TSSR report ni aja. Konpem pening. hehe. Ni kepala dah sakit ni. Beri tumpuan sangat kot. Ni nak rehat kejap la, seharian tak jumpa syg Nadh ni. Rindu plak ni.

Rasanya kan, kesibukan ni best. Sebab 1 ni menda baru belajar kan, lepas tu menarik untuk dipelajari. Dari pagi training, mai petang pun sama, balik dah terus mengadap lappy sampai sekarang.


Ni ganjaran Nadh malam ni. Makan lepas kerja teruk. Dapat skali pembungkus lappy.
Readers nak tak? Nanti print out kupon bawah ni. Lepas tu nanti dapat la 10% discount.
Beg ni kalau nak beli saja harga dia RM21.00.


Print la, print la. selagi stock masih ada.. weeee~~

Buta+Pekak+Bisu=CINTA