Followers

Friday, 30 September 2011

Watak yang hidup di alam reality

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Someone ada hantar SMS dekat Nadh semalam. Seseorang yang begitu kagum dengan watak dari Novel yang dibacanya. Pernah satu ketika dia suruh Nadh cari novel berkenaan.

Dia suka cakap yang Nadh adalah watak dari novel itu tapi di dunia reality. Lama juga dia cakap macam tu, Nadh ingatkan sudah berakhir, rupanya sampai sekarang, dia masih beranggapan begitu.

Dek kerana tertanya-tanya akan watak itu, Nadh pun mencari novel itu dan berjumpalah.

Nadh dah pun habiskan membaca novel tu, selepas membacanya, Nadh memang sangat kagum dengan watak dalam novel itu. Dia seharusnya dijadikan ikon lelaki lelaki yang berada di luar sana.

Peribadinya, semangat perjuangan, akhlak, kesungguhan, setia kawan dan terlalu banyak yang dapat Nadh belajar dari watak itu dalam Nadh nak memperlengkapkan diri dalam menjadi hamba yang juga khalifah di muka bumi ni.

Mengharapkan, agar Nadh dapat menjadi sehebat watak dalam novel berkenaan. Moga-moga dihadirkan kekuatan juga istiqamah dalam diri berusaha ke arah itu.

note :: terima kasih kepada seseorang tu atas penghargaan yang Nadh dapat. Terharu plak. T.T

Photos : Reality + Pencil Fantasy

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni kita kongsi gambar reality + pencil fantasy plak. Amacam ?

 Dual Fuel

What an ass

 Delicate steps

 Mixed Reality

 Chain Gang

X-Ray Vision

Up in the air

On the box

Skin n Bones

Watch your steps

 Table for one

Hitching a ride

Here's looking at you

Taking in a view

Khutbah Jumaat : 7 Golongan Lelaki Disayangi ALLAH.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

7 Golongan Lelaki Disayangi ALLAH.

1)  Pemimpin / imam yang adil.
-Adil itu dalam erti kata, bukan hanya pada pemimpin yang berada di bwahnya pengikut-pengikut yang ramai, tapi adil kepada isterinya, kepada anak-anaknya juga, bermakna pemimpin dalam segala segi.
 
2)  Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadah kepada Allah.
 
3)  Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
- Lelaki yang apabila masuknya waktu solat, dia pun bergegas ke masjid untuk menunaikan solat di masjid. 
Golongan ini semakin kurang dan seperti Rasulullah pernah bersabda dahulu, yang "di akhir zaman nanti masjid akan kurang orang di dalamnya walaupun kedudukannya di tengah lembah manusia"

4)  Dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.
 
5)  Lelaki yang diajak oleh perempuan yang berkedudukan tinggi dan mempunyai rupa paras yang menawan untuk melakukan maksiat lalu ia berkata; "Aku takut kepada Allah".
- Golongan yang ini benar-benar takutnya akan ALLAH, dia lebih takut akan balasan dari Maha Esa dari kesedapan yang nak dia dapat sekejap itu. 
 
6)  Lelaki yang memberikan sedekah dalam keadaan sembunyi hingga tangan kanannya tidak mengetahuinya.
- Yakni menginfakkan hartanya kerana ALLAH, dan tidak ada terlintas langsung tindakannya itu untuk mendapat pujian makhluk atau di angkat kerana kemurahan hatinya itu.
 
7)  Lelaki yang ingat kepada Allah dalam keadaan sembunyi/tidak diketahui oleh orang lain  sehingga gugurlah air mata daripada kedua matanya.
- Lelaki yang takutkan akan ALLAH, sehingga gugur air mata nya. Dan telah disebutkan bahawa mata yang menangis kerana insaf dan takutnya akan balasan ALLAH itu adalah mata yang diharamkan akannya api neraka. (takut dalam erti kata, bersungguh-sungguh menjauhi dosa dan maksiat yang dibenci ALLAH)


Note :: Mengandaikan adakah diri seperti 7 golongan yang disayangi ini? Moga-moga diri senantiasa memperingatkan diri sendiri untuk melangkah menuju 7 golongan ini.

Membuang air kecil

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Pagi ni Nadh nak kongsikan mengenai buang air kecil. Nama pun kecil kan? tapi sebenarnya kecil ini tidak lah sekecil yang kita sangkakan, kerana banyak amalan yang tidak di kira hanya kerana kecil ini dipandang enteng. 

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat Islam di muka bumi ini, Insyaallah Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dll tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syedina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.

Syedina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat pula berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan sipolan semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam
Sektor Kebahagiaan Rumahtangga

Tuesday, 27 September 2011

Photos : 6 Million Toothpicks

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

6 juta pencungkil gigi katanya,.











Rajin betoi tukang wat tu kan? Kena ada semangat, tumpuan tinggi dan RAJIN la yang penting. kan? :D

Garang macam singa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Kekadang rasa diri ni macam singa. Pantang ada benda yang tak suka tu, nak je cepat meletups, tapi kekadang bila memikirkan, ada jugak realitynya apa yang boss pernah pesan tahun lepas masa awal-awal terjebak dengan pengurusan ni. 

Kata dia, 
"A good leader adalah orang yang dibenci staff bawahan kerana ketegasan nya dalam kerja, but a week leader adalah orang yang tunduk kepada orang bawahan dia."

Betul kata dia, Nadh setuju, sebab sekarang memang menghadapinya. Bila terlalu bagi muka, at the end memang kena balik kat diri sendiri. Macam tadi, budak wat repot tu dah kena jerkah sebab dia langsung tak ambil tau apa yang pernah bagitahu dekat dia sebelum ni. Sapa tak hangin kan, bila kita bagi arahan, yang di balas adalah alasan, masalah la apa suma tu. Padahal semua dah bagitau, tapi LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.

Semua kata tidak, tak tahu, susah la apa la. Last sekali senang ja. "Aku tau menda tu siap ja !! Aku tak peduli.. "

Dah, kes close.

Monday, 26 September 2011

Saya Comot

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang  membaca.

"Comotnya awak sekarang ni Nadzri. " . Kak Ila.
"Nadzri, habislah, dah tak hemsemm dah kau sekarang ni.. " Kak Jah.

Tu dua respon orang selepas Nadh pulih dari demam campak ni. Tadi Nadh jumpa Mama, dia datang dengan Kak Nor, Ibu, Aishah n Wani sebab nak pergi checkup Kak Nor. Jumpa Mama dekat Jalan TAR tadi selepas Nadh selesaikan kerja dekat NSN tadi. 

"Ya ALLAH, hancur muka abang.. teruknya.." Mama
"Comot kan Mama? " Nadh
"Muka Arie kena ujan tak? teruknya, habis.. " Ibu
"Dah tak boleh nak kata 'untunglahhh' dah la sekarang ni kan abang? penuh muka tu" Ecah

Tu pula lepas Nadh jumpa Mama, Ibu, Ecah, Wani n Kak Nor tadi. depa pun terkejut sebab teruk kot. Nadh pun rasa macam tu jugak. Last sekali di sarankan Nadh try guna Organic Aid, Vitamin E Moisturising Cream ni Ecah yang suruh. Nadh cuba aja lah.

ni dia mendanya, sila cuba ye. kezen kata lg bgs dari Bio Oil.

"Abang satgi p beli tau.." Mama
"Ha baik Mama, nanti Arie p beli na.. " Nadh
"Apa plak nanti, p cepat, beli hari ni jugak,," Mama
"betoi tu Arie, sementara parut tu muda, parut dok baru lagi." Ibu. 

So dipendekkan cerita, terpaksa rela beli jugak la tadi. Kita lihat sahajalah kesannya dalam masa sebulan dua selepas ini. 

P/s : perlu tak wat macam model dalam tibi tu amek gambaQ sebelum selepas? agagagagagga :P

hidup tak susah la

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hidup ini tidak susah. Siapa yang kata ianya susah? Sebenarnya, susah hidup ini bila kita yang menyusahkannya.

Bila kita rasa lapar. Kita makan. Rasulullah berpesan, "makanlah bila lapar n berhentilah sebelum kenyang."
Dan apabila tidak dijaga, datanglah sakit n mudaratnya. Bukti terbaik, obesiti.

Hutang. Kadang-kadang kita terlalu sangat mengikut nafsu. Contoh terbaik, kereta perodua kancil berharga RM10,000, itu mampu kita bayar cash, tapi kita cari Evo 10, konon kita mampu, tapi bazir nya bila sebenarnya itu adalah kemampuan mulut, tapi bukan diri. Sayang duit yang boleh diselamatkan itu sebab dirugikan dek keinginan.

Sayang n cinta. Soal hati n perasaan ini paling sukar rasanya. Ibarat kata seseorang tadi, Sayang ini punya 100 cabang, tapi cuma satu diturunkan di bumi ini buat penduduk bumi, tu pun dah ramai yang terbabas hanya kerananya dek kerana terlalu asyik n sedapnya. Hairan mengapa yang 99 itu tidak dikejar, maka pastinya kesayangan ALLAH n janjinya akan datangkan lagi 1 untuk melengkapkan 100.

Kebencian. Kita selalu marah bila disakiti. Tapi kita tidak pula berkira-kira yang tiap yang berlaku punya sebab n musabab, jadi alasan itu kita gunakan untuk dendam. Sayangnya bila kita tak bayangkan yang memaafkan itu satu kepuasan terbesar bagi hamba kerana redha atas kejadian itu dikurniakan ALLAH sebesar-besar pahala.

Note :: ia indah bila segalanya ada didalam redha dengan menempatkan diri sebagai hamba, yang senantiasa diuji untuk melihat keimanan dalam diri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Terbawa dalam mimpi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam Nadh ada terbaca blog seorang sahabat, Nadh ada tinggalkan komen dekat belog dia, tapi tak sure dia membalas atau tidak komen tu, cuma yang Nadh perasan, dia dah tak ada dalam friendlist pesbuk Nadh. tak pastilah sama ada dia tak mahu kawan dengan Nadh lagi atau tidak, tapi terkejut juga bila sedar yang dia tiada dalam friendlist Nadh. 

Tapi yang menghairankan, dek kerana teringat tu, membawa Nadh sampai ke dalam mimpi. yang Nadh ingat, dalam mimpi, Nadh jumpa dia, Nadh nasihatkan dia sampai lepas tu Nadh terjaga. 

Cuma yang Nadh ingat Nadh ada kata (lebih kurang camni la),

"kita perlu ambil langkah untuk melupakan, menuju masa depan, selagi mana kita masih di sini, dan terhukum dengan masa silam, tak mungkin sampai bila-bila kita akan berubah dan mengharungi hidup. "

Pada yang membaca, kita mungkin kadang-kadang tersekat dalam perjalanan bila kita terlalu memikirkan masa silam kita. Pada Nadh, mungkin masa silam itu penting, dalam mematangkan kita, tapi sekiranya dia mengganggu perjalanan kita, maka sebaiknya lah dia ditinggalkan dan dibuang. 

Mungkin kejadian itu satu kejadian atau peristiwa paling indah dalam hidup kita, namun andai kita terlalu memikirkan masa silam kita, pasti kita takkan berani nak berenjak ke depan. Atas alasan, "dia yang terbaik pernah hadir dalam hidup kita". 

Yang sebenarnya, kita tak sedar yang dia mungkin terbaik, TAPI UNTUK MASA ITU SAHAJA, dia memang terbaik (itu pun pada kita) , di masa depan, kita masih lagi belum tahu kan? Pastinya ALLAH telah menyediakan sesuatu yang lebih baik bagi kita, tapi mesti la bila kita dah berusaha untuk menjadi yang lebih baik juga, kan? 

Sekiranya sahabat itu membaca,
"Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu, dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan." (Adh-Dhuha : 3-8 )


Note :: Nadh mendoakan kesejahteraan dia dan kebahagiaan dia. Nadh tak pernah tinggalkan sisi dia bila memerlukan.

Sunday, 25 September 2011

Jika aku? kuat tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tetiba teringin plak nak tengok cerita Stanza Cinta ni. Jadi Nadh pun keluar dari perkurungan malam ni untuk tengok cerita yang dah nak habis ni kan?

Sambil tengok fikiran melayang seketika, Irfan ni sakit. Ami iaitu bakal isteri dia sebulan lagi tu punya la risau sampaikan nak cepatkan pernikahan mereka sebab nak jaga dia tanpa batas.

Terfikir pula, kalaulah situasi ini la jadi pada diri, siapakah yang akan ada disisi, siapa yng menjadi sahabat selama ini adalah yang paling dekat pada diri datang menengok?

Entahlah, cuma cerita ni bagitau Nadh sesuatu, ingatkan tentang Cinta pada Yang Maha Esa. Kisah Nabi Ayub yang diserang penyakit kudis dan ulat memakan isinya. Hinggakan bila isinya mendekati mulutnya, Nabi Ayub berdoa,
"ya ALLAH, janganlah ulat-ulat ini memakan lidahku Ya ALLAH, aku ingin berzikir dan bersolat kepadamu Ya ALLAH,."

Betapa hebat dan dahsyatnya kasih sayang n cinta Nabi Ayub pada ALLAH, makin hebat diuji. Makin kuat imannya, makin kuat diuji, dia makin erat n kukuh cintanya pada Ilahi.

Begitulah kisah seorang kesayangan ALLAH yang terus-terusan diuji. Dan kita yang tahu perlu mencontohinya. Kita tidak meminta sakit, tapi sekiranya berlaku, kita perlu redha n menghadapinya sebagai ujian yang diutus buat hamba yang disayanginya.


Note :: moga diri menjadi sehebat itu. Amin.

P/s :: sapa tau mn nk donlod cita ni? Hihihi
Published with Blogger-droid v1.7.4

Gejala murtad. kenapa?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh dah 2 hari mengikuti laporan kes murtad di TV9. Dari apa yang dilaporkan, Nadh terpanggil untuk berkongsi sebab yang rasa Nadh punca berlaku perkara ni.

Punca UTAMA adalah kelemahan umat Islam tu sendiri. Kalau ada yang membaca entry Nadh semalam mengenai kekuatan kita mesti paham apa maksud Nadh.

Dari laporan hari ni mengatakan, dia makan babi bila mengikut cina dan terpengaruh bila dikatakan "boleh aihh nak makan, kan ke kalau dah darurat."

Laporan semalam pula dek kerana cinta, dia mengikut ke kuil n akhirnya dia juga turut sama menyembah berhala. Dan juga terpengaruh bila dikata "tuhan kamu tak nampak.". Nauzubillah tapi itulah reality kelemahan kita sang manusia yang menidakkan arahan Maha Pencipta untuk mengikut sahaja susunan perjalanan alam dengan garis panduan yang juga telah tersedia.

Jika dilihat dari dua contoh diatas, sebenarnya ia cuma contoh kecil dari ribuan kes murtad yang dilaporkan. Itu belum lagi diambil kira dari kes muallaf kembali ke agama asal. Alasan dia masih sama, KELEMAHAN UMAT ISLAM. Bukan Islam tau yang salah, tapi umat dia yang brtanggungjawap atas kes ni.

Kesalahan kita bila :
1. Hiburan melampau dan keterlaluan. Sebab tu bila panggil ustaz kita tak kenal. Ajak pergi ceramah agama, ada artis, penuh satu dewan. Kna plak ada konsert kan?

2. Tak pandai agama tak ada hal. Tapi kalau tak lulus SPM memang tak daya la. Sebab tu bila masuk Enginerring ka, medic kena straight A, tapi aliran agama E pun masih ok.

3. Agama, AL-Quran dipandang enteng. Yang penting mengaji sedap-sedap. Bukan kefahaman akan isinya. Sebab tu ramai bantah hukum hudud. Sebab tak faham isinya. Cuba tengok kat Mekah tu, slumber ja tokei kedai tinggal kedai bila datang waktu solat. Barang tak hilang. Kat sini cuba la tengok?

4. Kata-kata ulama ditutup para BIJAK PANDAI POLITICIAN YANG KONON PANDAI UGAMA. Sebab tu susah nak bertindak. Mudah betul mereka menidakkan tindakan ulama. Padahal yang dilakukan tu untuk jaga institusi Islam.

5. 1 Malaysia. Sebab tu jadi telur hilang. Tak berani nak komen hal bila kait dengan agama. Owhh ya saya lupa, jaga keharmonian kan? Sebab tu makin lama makin kena pijak. Dibodohkan. Sedang dalam Islam awal lagi dah termaktub dua golongan iaitu ahlu zimmi n ahlu harbi yang perlu dijaga n diperangi.

Sebenarnya banyak lagi. Tapi apa pun kita kena jaga diri sendiri n jaga kesedaran kita akan hal ini. Kita jaga yang patut n DIA akan tolong kita dari sana.

"bacalah apa y ang diwahyukan kepada mu iaitu kitab Al-Quran dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati ALLAH adalah lebih besar keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain. " (Al-Ankabut : 45)

Note :: kita masih berdiam diri kan? Lalai dengan alam fana yang terlalu disogokkan dengan hiburan melampau. Dan mengabaikan yang sepatutnya terlebih jaga. Udah-udah la ye. Mari kembali martabatkan agama ALLAH ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 24 September 2011

Apabila ianya dihayati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selesai tunaikan tanggungjawap. Sekarang masa untuk diri sendiri. Betapa Nadh rindukan blog ni. Lama dah dia terabai tak macam dulu, berkepit ja dengan dia kan?

Malam ni Nadh nak kongsi dengan readers tentang sumber kekuatan Islam yang juga adalah ketakutan terbesar para kafiruun kat muka bumi ni. Apa yang Nadh kongsi malam ni adalah apa yang Nadh dapat dalam khutbah Jumaat semalam.

Tahukah kita yang kekuatan kita umat Islam ni adalah Al-Quran yang mana sepatutnya menjadi ikutan tapi telah ditinggalkan oleh kita sekarang. Bukan kata nak dibaca,nak paham, nak dihayati tu lagilah tidak.

Iman Al-Ghazali ada menyebut, yang Al-Quran yang dibaca, dengan betul tajwidnya, makhraj nya sedang tidak difahami isi kandungnya adalah mengikut syaitan.

Ada satu kisah di zaman Rasulullah dahulu bila mna seorang sahabat yang penuh khusyuk mengikuti Rasulullah dengan khutbah dan solatnya telah diarahkan oleh Rasulullah supaya pergi menemui seorang orang arab mempelajari bahasa arab agar dapat memahami bahasa Al-Quran.

Dari kisah diatas menunjukkan betapa pentingnya kita memahami.isi kandung Al-Quran. Kerana dengan memahami isi kandungnya akan dapat mengelakkan kita umat Nabi Muhammad dari berbuat maksiat dan takut juga berserah sepenuhnya pada ALLAH.

Satu masa dahulu ketika pihak barat kalah dalam peperangan mereka dengan Islam, satu persidangan telah diadakan dan hasil dari persidangan 40 negara tersebut telah mendapat jawapan yang kekalahan mereka disebabkan adalah kerana umat Islam faham dan seterusnya menghayati ajaran ddalam Al-Quran.

Ini kerana kefahaman umat Islam akan ajaran Al-Quran itu menjadikan mereka tak takut mati, kerana dalam Al-Quran ada menyebutkan yang perjuangan jihad menentang musuh Islam itu bakal menjadikan mereka syahid yang ALLAH menjanjikan syurga yang abadi, sedang dunia ini tiada apa makna melainkan untung pada yang taat dan beramal soleh.

"dan barangsiapa yang mentaati ALLAH dan Rasul (Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh ALLAH, iaitu Nabi-nabi. Para shiddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya." (An-Nisa : 69 )

Begitulah hebatnya apabila kita berpegang kepada Al-Quran yang dijamin ALLAH takkan berubah kandungannya sampai bila-bila.

Dan atas sebab itulah para kafiruun bertindak dan sanggup buat apa saja demi menjauhkan kita dari Al-Quran ini. Lihat sahaja dunia kita sekarang, Islam sendiri sewenangnya menolak ajaran ALLAH yang dicatatkan dalam Al-Quran. Menang AF buleh ratus-ratus ribu, pertandingan Al-Quran berapa duit sangat? Contoh nyata yang wujud.

Sama-samalah kita mendekati Al-Quran n memahami seterusnya mengamalkan n menghayati isinya. Dalam terselit sebesar peringatan n jalan hidup bahagia di sini dan disana.


Note :: hairan kenapa dia terang-terangan menolak hukum ALLAH. Moga ALLAH tepet cket dengan peringatan agar insaf n bertaubat. Amin
Published with Blogger-droid v1.7.4

Hidup itu hanyalah keperluan


Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
 
Hari tu Nadh bersembang dengan boss Nadh . Dia ceritakan tentang hidup dan keperluan. Kami berbicara macam mana manusia hidup dan macam mana pendapatan kurang itu mampu hidup di kota raya. Nadh rasa Nadh kena kongsi cerita ini dengan semua. Walau cerita ini agak da lama (dari hari selasa hari tu tapi Nadh tak berkesempatan nak menaip) tapi Nadh rasa cerita ini sedikit sebanyak akan membuka minda kita tentang satu erti kehidupan yang didalamnya kita isi dengan keperluan.

Ada seorang kawan boss Nadh ni. Dia nak kahwin, tapi dia takut, dia kata dia risau tak cukup gaji dia nak sara bini dia. Gaji dia RM 1500 Dan gaji bakal isteri dia hanya RM800 (tak silap Nadh).  Tapi bila dia tanya pendapat boss Nadh, boss Nadh kata, kau kawin je. Lepas tu sebelum dia kahwin, boss Nadh n dia pergi cari rumah. Dapatlah sebiji rumah di Bukit Beruntung, flat sewa RM150. Lepas tu dengan simpanan dia yang ada tu, mereka belikan barang-barang perabot basic untuk rumah. Bilik ada set bilik tidur, RM399 lepas tu dapur lengkap. Ada peti sejuk (cari yang 2nd hand, RM250). Untuk ruang depan, belikan TV dan lepas tu susun semua kat depan dengan bantal besar dan karpet. (tak ada sofa). N lepas tu cat rumah sendiri.

Tahu apa jadi selepas kahwin?
 isteri dia masuk rumah dan kata, dia suka dengan dekorasi yang simple tapi cantik ini. Dan puas hati dengan apa yang ada. Dan menakjubkan, bila gaji dia tu, tambah dengan sedikit OT mampu dia pelihara isteri dia TANPA menggunakan wang isterinya. Maksud di sana, hanya wang dia untuk segala hal keperluan rumah. Dan hebat lagi bila dia masih mampu menyimpan sedikit dari wang gajinya. (sedikit itu lebih baik dari TAK ADA LANGSUNG, kan? ).

Baru-baru ini boss Nadh cakap, dia pinjam duit dari boss dia (dan bayar dengan duit gaji sedikit-sedikit), dalam RM5000 untuk dia beli kereta Kancil cash, cukup untuk kegunaan dia dan isteri.

Apa yang nak Nadh sampaikan disini adalah, kehidupan itu mudah bila kita sedar KEPERLUAN itu dan KEMAHUAN itu yang mana. Bila kita hidup dengan KEPERLUAN, maka hidup kita senang, sebab segalanya yang kita cari adalah, yang asas, yang mana untuk kita hidup sahaja, tanpa memikirkan yang berlebihan itu. Dan yang penting sekali TIADA HUTANG.

Berlawanan dengan seorang lagi sahabat boss Nadh. Dia dulu kerja besar, Manager bank tak silap Nadh. Gaji semesti la besar gile kan? Beribu riban, tapi sekarang dah tak ada kerja. Boss Nadh kata, kalau setakat kerja nak cari makan tu boleh, tapi dia tak boleh cari kerja macam tu sebab.. HUTANG.

Cuba kita kira bersama, gaji 1500 tapi tak ada hutang dari gaji RM15000 tapi hutang sahaja dah lebih dari RM5000, tapi bila sesuatu terjadi, katakan keduanya dah diberhentikan dari kerja. Si gaji RM1500 masih mampu untuk tampung hidupnya, mungkin kerja dengan gaji RM 800 masih mampu untuk dia menyara diri, dari si RM 15000 yang PERLU mencari kerja dengan gaji lebih dari RM5000 yang memerlukan duit ini untuk HUTANG SAHAJA lepas tu baru berfikir untuk HIDUP.

Begitulah kehidupan kita apabila kita beratkan dengan sesuatu yang rasanya boleh kita kurangkan dengan mengikut ajaran ALLAH, sepertimana disebutkan di dalam ayat Al-Quran di bawah :

Dunia by Sisi Gelap.


Persoalan untuk semua sebelum Nadh mengakhiri perkongsian ini :
Kita hidup dalam Keperluan atau Kehendak? Renung-renungkan…



Note :: rasa terinspirasi dari kisah ini. Tak sabar pula rasanya untuk diri proceed ke tahap baru.

Dia wajar dijadikan contoh !!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sedang Nadh kemas-kemas tepom Nadh semalam, Nadh terjumpa satu number. Number milik salah seorang adik yang Nadh kenal dah dekat 5 tahun. Iaitu sahabat seseorang yang pernah Nadh sayang satu masa dahulu. Nadh pun ambil tindakan untuk SMS dia. Lama juga tunggu, akhirnya berbalas. 

Dia cakap dia masih ada dekat Australia. Ada lagi satu sem kot tak silap, lepas tu dia habis belajar. Dan dia akan balik sini akhir bulan 11 nanti. Nadh harap akan ada peluang untuk Nadh jumpa dia satu hari nanti. Sebab sepanjang kenal, Nadh tak pernah jumpa dia, walau banyak kali bertanya khabar. Sebab dia ni seorang yang sangat caring dan amek berat (ehh bukan sama ka? hihihi). Paling Nadh tak lupa, dia pernah menangis dek kerana cerita Nadh dahulu. Mudah betul dia tersentuh kan? semua sebab apa? mesti la sebab ambil berat kan?

Nadh sebenarnya nak kongsi mengenai adik ni. Seingat Nadh kan, dia ada satu penyakit yang mana dia akan buta bila tiba masanya nanti. Tapi Nadh begitu kagum dengan semangat yang dia ada. Dia tak putus asa, malah masih berusaha, masih lagi belajar, tak hanya duduk di satu ruang dan meratapi masa depan yang akan berlaku. Sungguh kagum dengan semangat yang ada pada dia. 

Bagaimana jika kita satu hari mendapat berita seperti itu? Adakah kita masih terus gagah melangkah, atau terkedu dan seterusnya putus semangat dan tak lagi bangkit? Dia wajar dijadikan contoh !!

Note :: Nadh mendoakan kesihatan dia. Moga dia sihat-sihat aja dan sembuh. Moga ALLAH lindung dia.

Friday, 23 September 2011

Balasan surat itu.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

awak.. awak.. awak...

saya tak pandai la nak menterharu menterharu ni.. 
tapi saya tahu.. 
hati, kalau kita sayang kita kena jaga.
hati kalau kita kasih kita kena ingatkan,
sebab peringatan tu tak datang selalu, tapi hasutan syaitan itu senantiasa ada.
syaitan tu kan awak, dia ada kawan, nama dia nafsu.
sebab tu kita kena senantiasa memperingatkan..

awakk...
awak nak tahu, ramai orang kata, 
kalau sayang kita kena sayang betul-betul,
tapi saya nak pesan, kalau sayang sila sayang yang disekeliling tu betul-betul
sebab yang ada disekeliling tu yang akan senantiasa menjaga awak..
saya tak ada. saya jauhhhh sangat...

awak...
ada setengah berpendapat, kalau sayang kita kena limpahkan dengan kasih sayang..
tapi saya tak berani..
sebab saya hamba, kasih sayang saya ini kekadang melalaikan.
jadi saya sarankan awak untuk menyayangi tiap kejadian yang ALLAH dah tentukan ni.
saya nak awak sayangkan apa yang awak ada.
Dan lebihkan sayang awak pada ALLAH, Rasulullah, kemudian Ibu dan Ayah
lagi adik beradik, sedara mara, kawan-kawan dan semua sekali yang ada bersama awak.

awakk..
saya ni tak ada apa pun. 
nak kata kaya, saya tak ada banyak wang,
nak kata miskin, tak ada pula saya sampai tak makan.
tapi kan awak..
saya yakin, rezeki ALLAH tu kan, dah ditentukan, 
yang penting, usaha.
sebab tu saya nak suruh awak, banyakkan usaha, 
kayakan diri dengan ilmu, 
lengkapkan jiwa dengan iman, 
sebab bila kita dekat dengan ALLAH, dia pun dekat dengan ALLAH,
orang yang ALLAH sayang kan awak, ALLAH senantiasa jaga tau..

awak..
bila dah bersama kan, orang selalu mengucapkan terima kasih kepada memasing
konon sebab memberi peluang kepada dia atas sebab hubungan tu,
tapi saya nak bagitau awak, 
jangan kita macam tu,
kita jangan terima kasih kepada kita, 
tapi terima kasih kepada ALLAH, dia dah kurniakan perasaan, 
dia dah kurniakan satu nikmat, tapi andai kita tak jaga dia tak jadi nikmat,
dia akan jadikan kita kufur .
oleh itu kan awak,
kita kena usaha, jaga diri sebaiknya. 

awak, 
saya nak bagitau, mulai sekarang,
kita akan jauhkan diri,
syaitan senantiasa menghasut,
nafsu senantiasa menyucuk,
manusia senantiasa mempengaruh,
jadi oleh itu, kita kena jaga, tiap apa yang kita ada,
agar ALLAH pula pelihara apa yang kita sayang ni.
moga-moga satu hari nanti, ianya diperkenankan dan disatukan.

saya tak pernah lupa apa awak bagitau saya. 
ALLAH akan menghukum mereka yang tidak endah kepada dosa di era Praperkahwinan, dengan hukuman perasaan. Perasaan syak wasangka dan sulit membina rasa percaya selepas berumah tangga.


"TIDAK MUNGKIN SYURGA DI AKHIRAT MENJADI HABUAN KITA,
ANDAI DUNIA BERSALUT NERAKA.

DUNIA LADANG AKHIRAT,
APA YANG DISEMAI PADA HIDUP SEMENTARA INI,
ITULAH TUAIAN DI AKHIRAT YANG KEKAL ABADI. "


yang baik itu dari ALLAH dan yang kurang itu dari saya. moga saya senantiasa akan ingat akan peringatan ALLAH agar saya dapat memberi peringatan pada yang lain.

Thursday, 22 September 2011

Untung juta tapi kedekut ya amat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh ada kisah malam ni mengenai si kaya yang kedekut.

Yang rapat dengan Nadh pasti tahu yang Nadh sedang dalam proses migrate sebab Nadh tersangatlah tak suka dengan satu company ni. Last time dia melantak point Nadh yang banyak tu tanpa belas kasihan. Nadh cita kat adik. Upanya dia juga menjadi mangsa. Lepas tu ada lagi la rentetan kisah kedekut dia ni bila nak dibandingkan dengan saingan dia yang lain.

Hari ni jadi lagi, tapi lagi kritikal. Kalau semua nak tahu Nadh ni contractor. Hari ni team Nadh g wat kerja upgrading. Lepas tu ada issue dengan breaker yang membantutkan kerja team Nadh. Lepas tu Nadh ngadu kat project owner la.

Nk tau apa feedback dia dr company tu? Ada ka ptt suruh Nadh yang bayar kos untuk breaker adding tu? Ciap cakap kalau tak, diorang nak kensel ja kerja upgrading ni.

Kita yang bermain dengan kos ni panas ja tinga dengar. Untung juta-juta, nak tambah breaker pun kedekut. Baru berapa ja. Kita ni dah la bayar murah, kalau ni pun kita kena tanggung. Jenuh laa..

Note :: konpem bulan ni last. Lepas tu migrate.
Published with Blogger-droid v1.7.4

kata vs mata pedang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi yang hening kan? Sejuk sangat. Sebab hujan. Atas sebab tu, Nadh x boleh nk kua lagi. Sebab takut campak berparut. Nasib la enchik boss paham. So Nadh masih lagi disini menunggu ujan reda.

Sambil diri berFB pepagi ni, Nadh jumpa satu quote,
"kata itu lebih tajam dari mata pedang"

Pandangan Nadh, ada benarnya. Contoh termudah, pedang membawa ketakutan, yang mn sesiapa yang dipaksa dengan pedang akan wat apa yang disuruh demi menjaga nyawa. Dan lagi pedang bisa membunuh. Skali tikam kat tempat yang betul n dengan izin ALLAH kita dah lh ucap selamat tinggal.

Lain pula dengan kata. Sekali dah tersentuh boleh membawa kesan yang besar dalam hidup.

1. Kata fitnah tanpa bukti dan diambil tindakan oleh yang tidak menyiasat boleh sebabkan macam-macam kerosakan. Mgkin kehilangan nyawa.

2. Kata-kata tanpa tindakan menghilangkan kepercayaan pada diri. Ye lah kan, dok panas je cakap, last-apa pun xdak. Sapa tak marah kan? (ditujukan buat para manusia yang hanya tahu berjanji)

3. Kata yang benar, walau perit dan susah kena juga dituturkan.
"berkatalah kamu kebenaran, walau ianya pedih".

4. Kata bisa buat manusia berdendam. Ada manusia yang tak buat, tapi sesudah difitnah. Hati jadi marah, yang tak buat, akhirnya dibuat juga. "hampa kata kat aku sangat kan? Aku buat dah hampa kata aku buat."

5. Kata indah bak pujangga menginspirasikan diri untuk berubah. Jika setiap hari mendengar peringatan, mahunya hati tidak terasa mahu berubah. Ditambah cahaya yang ALLAH limpahkan dalam jiwa. Alhamdulilah bertemu juga dengan keinsafan.

Note :: kata itu sesuatu yang perlu dijaga, ditapis sebelum ditutur. "kurang kata maka kuranglah salahnya".
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 21 September 2011

Kueh cakoi atas meja

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh puasa hari ni. ni Nadh baru selesai balik dari Pasar Malam. nak menyiang ikan jap, lepas tu nak berehat. Demam hari ni, tapi gagahkan diri jugak, (selalu macam tu, gagah je, apa ada wat la. takkan nak wat lembik kan,? lawan je. )

Umm. malam ni nadh nak kongsi pasal sahabat Nadh. Orang paling tua dalam rumah Nadh ni. Tapi hari ni dia dah balik kampung, sebab ayah dia tak sihat. Dalam nak kalut balik kampung tu, Nadh sedikit tacing la dengan dia. dalam pukul 7 lebih, dia ada hantarkan SMS dekat Nadh.
 Kueh cakoi atas meja


Nadh tengok ada kueh atas meja. Kueh yang diajar makan oleh dia jugak masa bulan puasa. Lepas tu Nadh suka kueh ni. ouhhh tacing rasa. Baiknya la abg ni. Rajin plak la dia tinggalkan kueh atas meja untuk Nadh buka puasa. Terharu la jugak kan.

Disebabkan sahabat adalah tajuk malam ni, Nadh kongsi satu kisah mengenai sahabat,

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. 

Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. 

Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).

Hebat kan cerita mengenai persahabatan? Betapa besarnya ALLAH berikan balasan hanya kerana persahabatan. Begitu juga la kita didalam hidup, dalam bersahabat.
Note :: Nadh admire orang yang bersahabat macam ni, admire sahabat Nadh ni. Tiada lain cuma mendoakan ALLAH berikan dia kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. dan moga sinar cahaya iman dan nur dilimpahkan kehatinya agar kuat dan hebat mengingati ALLAH. Amin.

Hebat nya kamu. Jelessss

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada bersama yang hebat kekadang tidak buat kita terinspirasi untuk turut sama hebat. Tetapi kadang-kadang rasa diri sangat kerdil dan rendah diri sangat.

Nadh ada bersama seseorang itu, rasanya dia lengkap dalam kelasnya. Sijil wireman tahap 1 2 dan 3 tak silap. Lepas tu ada Chargeman lagi (tahap B apa Nadh tak sure, tapi sijil dia laku orang nak guna), tambah lagi, ada Degree Electrical, and skarang ni ongoing adalah IR. Seriously rasa rendah dirinya bila ada dengan dia. Hebat. Lengkap sijil dalam bidang elektrik. Malah kalau masuk TNB mmg dah terang la jadi boss besaQ n yang penting skali kerja dia memang tiptop.

Susah jumpa orang spesis ni yang merendah diri. Tapi dia orangnya. Bukan hanya itu, peluang besar buat diri dilepaskan demi orang. Terkejut besar malah kagum bila diceritakan, dia dapat offer kerja di Australia. Tapi bukan kagum bab tu, tapi apa yang ditawarkan buatnya, 40k Aus dollar. (darab la dengan sekarang 3.1). Banyak kan?

Begitu apa yang diberikan kepadanya. Penghormatan atas komitmen dan usaha selama ini.

Buat rasa rendah diri bila kita tak mampu ditahap tu, juga bila kita tak tara mana, takut dipandang tak berguna olehnya. Entah la. Perasaan sendiri kot.

Yang Nadh nak sampaikan sebagai penutup adalah, itu baru seorang hamba yang ALLAH berikan kejayaan, dan berikan keistimewaan. Seorang HAMBA. bayangkan pula lah kehebatan yang ada pada Yang Maha Pencipta pula. Tidak terbayang pada fikiran kita kan? Dari itu marilah menginsafi diri, memandang yang disekeliling itu sebagai peringatan atas kehebatan Yang Maha Esa.

Note :: teringin nak dapat offer macam tu (i mean obersi) tapi tak ada pun. 0 nak dapat macam-macam mana mungkin kan?

Tuesday, 20 September 2011

Road to Sedenak. Part III

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selamat hari semua. Nak kongsi part seterusnya pemgembaraan Nadh n kawan-kawan ke Sedenak ni.
(hadoiiihh.. macam da basi ja kan? ). Tapi Nadh tak kira, nak wat jugak, sebab dah berhari-hari nak selesaikan. Semalam bz lagi, kawan ajak kua plak, nak bawa Beby Gatta kua malas, sebab tanak tjk kat orang, nanti orang kata Nadh berlagak, banyak duit la apa, so sebab dah malas, semalam, tinggallah Beby kat umah sebijik tanpa Papa Nadh yang menemani (sila muntah kaler pelangi. lalalallaa~ :P )

Hokkeh, hari pertama pengembaraan Nadh dimulakan seawal pukul 6:40 pagi bila Nadh dikejutkan oleh dua bodyguard Nadh. Lepas tu bersiap, dan lepas tu kena bebel sebab depa kata "Nadh ni lama sungguh la mandi, macam anak dara.." 

Lepas tu perjalanan diteruskan ke UiTM Shah Alam nak g amek budak lesung yang terlupa dia tinggal kat asrama number TIGA. tapi p bagitau dia dok kat SATU.

Lepas tu kami gerak ke BALAKONG demi mencari kedai barang cenderamata yang dicari oleh Cik Adish Shida. Ni satu lagi cita lawak yang jadi. dah la dok mencari jalan, lepas tu GPS jadi gila, battery HP Nadh 2-2 habis. Baby Gatta pn tak dapat nak membantu. Sebab tak ada battery. Lepas tu mula la "buat pala". Mujurlah akhir sekali jumpa. Thanks to Nadh yang bercakap2 dengan tokei kedai. (huk3.. tobat depa marah kalau baca ni. :P )

 
Pusing-pusing kedai punya la besar, ni ja penemuan Nadh. :P


Opss.. Lepas selesai kat sini, kami bergerak ke UKM nak mengambil LAKI yang bakal menemani Nadh dalam kereta besar nan laju ni. siapa dia tu? Meh Nadh nak kenaikan, enchik AYong UsYop, a.k.a Yusuf Rosli dalam pesbuk. Lepas tu barulah kami bergerak ke Sedenak. Masa jumpa AYong UsYop n bergerak masuk highway, jam dah masuk ke pukul 11. Perjalanan TIGA jam diambil untuk ke sana. Sesampainya di sana, kira-kira pukul 2. Dah ada dah Boss Sunah, Sarjen Keroro Khairul Azri (semua orang ingat dia ni anak sedara Pacik Mat ) dan Azila Aji merangkap housemate Boss Sunah, juga Racer of The Day untuk hari pertama. Tak lama lepas tu Cekgu Azaref Naim pun sampai. 

Ni apa yang ada di Teratak (teratak la sangat kan) Pacik Mat Gebu.

 Ni makanan-makanan yang ada. nak tengok secara dekat sila tengok kat SINI.

Ambil gambar bersama Pacik Mat Gebu (Tiffin Biru)

Hokkeh, selesai dah makan, sembang plak sampai pukul 5 lebih. (Pacik Mat Gebu tak bagi balik). Dia kata "ilex la dlu, jam tak bunyi lagi, mana boleh balik". So sembang dulu, sampai dah pukul 5 lebih baru la balik. 

Next location adalah dekat Gemas. Umah AYong UsYop. Smpai dekat sana pun dah dekat pukul 9. Sembang dulu sambil makan Mee Kari buatan Ibu AYong UsYop. Seyes sedap. sedap dan sedap.. aahahahhahaa. (malu nak tambah. sampaikan macik AYong UsYop tanya, Nadh p jawap, tank kecik ja ni macik. taleh masuk bebanyak. ). Mak AYong UsYop sangat best! Happening.. weee~~

Lepas tu baru la pergi melawat Jiran Nadh ni. Lama jugak la kat rumah dia. (Nadh segan sebenarnya kat umah dia ni. Ye lah kan, Nadh ni memalu.) . Tapi taleh blah hokkeh bila Jiran Nadh buli. Dan lagi la dia suruh Nadh jadi bibik dia. (tapi tak apalah, nama pn jiran kan, kang tak wat tacing plak. :P ). Lepas tu sembang pasal PJJ plak tu kat umah dia. Masa nak balik p sebut plak pasal BULAN n BINTANG. habis la suma orang tahu. (jaga kau jiran, sebab Nadh dah tau SUMBER INSPIRASI cerpen-cerpen jiran Nadh ni.)

Balik dari umah Jiran Nadh dah pukul 1 lebih. Singgah kat Sri Pentas jap nak jumpa Abg Adybudika. nak hantar lauk. Dan lagi amek gambar seshoot dua. Lepas tu baru balik p cari hotel n tidur. 
Next day satgi plak laa~~ :P

Aku Bukan Loser

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh dlm perjalanan untuk tidur. Tapi ada sesuatu untuk seseorang.

Jika aku seorang loser.
Kenapa tidak aku imbau zaman mula aku
Tika kaki tangan belum kuat menampung badan,
Tapi bagaimana aku terus cuba bangun dan bangun berusaha.
Kalau lah kata aku mengalah,
Pasti kini aku masih tidak mampu berlari.

Jika aku seorang loser.
Entah bagaimana kini aku mampu berkata-kata.
Kenapa tidak saja aku menolak.
Bercakap sahaja dengan loghat kanak-kanak ku.
Atau mungkin irama rengekan si bayi yang penuh dengan perhatian.

Jika aku seorang loser.
Mungkinkah kini aku masih wujud?
Sedangkan aku tahu.
Saat mula terpancutnya mani dlm rahim ibu
Kami berenang beramai-ramai.
Bukan 1 2 3, tapi berjuta menuju destinasi ovum ibu
Tapi aku yang gagah dan laju,
Dan kini aku besar n bernafas atas dunia Tuhanku.

Aku bukan loser.
Tapi aku si hebat.
Yang sedang berjaya.
Belajar menjadi pemenang sejati dengan ujian dan dugaan.
Yang ALLAH beri padaku
Buat mempergagahkan lagi jiwa.
Menguatkan lagi hati.
Menebalkan iman dalam diri.

Aku bukan loser.
Kerana aku sudah pun berjaya menghadapi.
Dan kini fasa akhirku.
Sabarlah wHai jiwa.
Kuatlah wahai jiwa.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 19 September 2011

Ouwhhh.. Saya bukan hipokrit

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni Nadh nak berbicara mengenai hipokrit. Menurut kamus kefahaman diri, hipokrit ni adalah sejenis perangai (ehh betoi ka ni) yang mana manusia menutup seketika diri sebenar n menjadi diri orang lain. Atau dalam erti kata lain, bermuka-muka atau 'berlakon' depan orang dengan tidak menjadi diri sendiri.

Soalnya sekarang kan, perlu ka kita buat macam tu? Jadi orang lain? Berlakon? Atau hinakah sangat bila tetiba kita buat macam tu?

Pendapat peribadi Nadh, rasanya tak adalah teruk sangat bila kena dengan situasinya. Mungkin kekadang dipandang HIPOKRIT bila kita berada depan orang dan tiba-tiba menjadi hati suci, konon dah berubah jadi baik (orang kata). Tapi rasa Nadh, dia tak salah sebab itu cara dia membawa diri, dalam satu sudut lain, menjadi duta Ayah dan Mama yang melahir n menjaga juga mencorakkan diri sejak dari kecil.

Satu situasi lain, marah dengan tiba-tiba, maki hamun orang dengan penuh perasaan. Kemudian bila ditegur, ''ini aku, aku tak suka jadi hipokrit'', pada Nadh kan, ini tiada soal kait dengan menjadi hipokrit. Sebab nya, secara tidak langsung sedang menunjukkan diri yang kurang adab dengan perangai yang tidak menggembirakan orang yang melihat. Kena plak diri tu perempuan. (lagilah kan? Bukan kata laki boleh ya).

Note :: Hipokrit atau tidak, itu mungkin penunjuk diri dihadapan yang tahu. Tapi bukan bererti adab n etika kita sebagai manusia diletakkan ke tepi, kan? Asal kita pandai menjaga diri, meletakkan ALLAH sebagai yang teratas, Rasulullah sebagai penunjuk aras akhlak diri, Nadh pasti kita dah berjaya menjadi yang terbaik, juga contoh tauladan buat yang lain.

Road to Sedenak. Part I

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Ada yang membaca entry part II tak? ehhe. sebenarnya memang tak mahu susun sebab tu apa yang berlaku di hari kedua Road to Sedenak. Dan hari pertama tak sempat nak update blog..

Meh Nadh nak citakan episode satu perjalanan kami.

Kak Shida datang rumah Nadh dalam pukul 9 lebih nak ambil Nadh. Lepas tu perjalanan diteruskan ke Kulim untuk menjemput seorang lagi peserta Kembara Aidilfitri kami ni iaitu Aimaa. Masa dekat rumah Aimaa tu, memang rancak menyembang, Mama Aimaa, dok rancak bersembang dengan Kak Shida. Asalnya nak bergerak awal la, tapi pukul 12 baru gerak. Makna duduk bersembang dari pukul 10 sampai ke 12. (Apabila dua orang creative berjumpa)

Perjalanan terus pukul 12. Kira-kira pukul 1 baru kami masuk highway. Terus ja sampai ke Tapah baru berhenti tak silap pukul 3:46. (tu pun sebab Nadh nak berhenti solat). lepas tu sambung balik sampai ke Sungai Buloh. masa ni la paling lawak dalam perjalanan ni, buleh plak Nadh n Aimaa sembang, n tak perasan minyak tak isi. Tak silap sampai ke Bukit Tagar minyak dah mula berkelip. Nadh n Aimaa dah takut dah. Takut kang tetiba berhenti kat tengah jalan. 

Last, kami berserah ja pada ALLAH, gerak jugak sampai ke Sungai Buloh. Alhamdulillah, ALLAH pelihara perjalanan kami ni. Syukur sangat.. Selamat ja sampai.

Sunday, 18 September 2011

Road to sedenak. part ii

Whatdepishhcake.
Design toilet taleh pakai.
Ada ka patut lobang kat bawah tu.
Sebelah yang mandi, kita yang banjir.
Haishhhhh...

Friday, 16 September 2011

owhh si Pelangi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh dah otw ke KL ni. Wahhh dah tiga minggu dok Penang kan. Ni baru nk balik. Rasa dah sihat ni. Harapnya tak berjangkit la nanti.

Ummm berjalan lagi ye malam ni. Mengantuk ni. Satgi nak sampai pukul berapa ae? Ada cerita baru.

Owhhh pelangi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

zero to hero

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selamat pagi semua. Entry pagi ini ditaja oleh beby gata. Hihihi

Nadh nk kongsi mengenai hero from zero pagi ni. Iaitu manusia yang berubah dari nothing to sesuatu. Seperti contoh, sijahat yang dihina kepada si dihormati.

Ada satu kes orang cerita dengan Nadh tentang perubahan terhalang. Seperti Nadh sebut kat atas tadi, zero yang nk jadi hero. Tapi banyak sungguh gangguan dan cubaan.

Tahukah anda readers bahawa yang paling susah untuk menerima kita dalam.dunia multilevel (MLM) adalah orang paling dekat dengan kita. Sebab tu lah bila kita nk berubah, kena tahan telinga sikit.

Pun begitu. Cubaan terbesar sebenarnya datang dari diri kita. Sebab tu orang kaunseling kata "yang menghalang kejayaan kita sebenarnya adalah diri kita sendiri". Atas sebab tu maka x mustahil kejayaan nk berlaku bila diri berkesungguhan.

Kita yakin kita mampu,maka kita berusaha. Sebab tu orang yang ada keyakinan selalu mempengaruhi yang lain kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 15 September 2011

Pindah saja cita nya 2 hari ni

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari yang memeningkan. hihihi.. Sebab kena mengadap gambar-gambar dan data yang banyak yang perlu diproses secepat mungkin. Pening dah ni. Tapi seronok jugak, cuma rasa keciwa cket sebab kelembapan tu memburukkan nama. huu. Shian mr boss.

Umm. kemarin Mr. Boss cakap minggu depan nak kena pindah. Masuk opis lama. Nadh cakap okeh saja abg. Sebab Nadh tak kisah sangat mana-mana pun. Janji senang Nadh nak bekerja. Lepas tu Nadh cakap la, Nadh rasa dah okeh ni, Nadh tak larat nak tinggal kat rumah dah ni, nak kena keluar dah, minggu depan Nadh kata kita angkat barang sesama ya abg? dia kata bukan kata angkat barang, siap abg leh tolong sebarkan campak ang tu. Nadh kata la, abang nak ke? meh nak kasi.. Dah dia kata "takpa ang mai dekat abg simbah dengan dettol, lepas tu abg sembur dengan ridsect." (hadoihh kejam toi. :P )

Lepas tu tadi abg Madi call, bagitau berita pindah juga, dia bagitau wife dia dapat tukar ke Sungai Buloh. Nadh tumpang gembira ja dengan depa. sebab pindah tu bagi keduanya adalah JIMAT. hihihi.. Bagus la tu, nanti dia tak payah la tiap minggu nak kena balik ke Bentong tu. dah selamat duit tu kan? 

Then sembang pasal pindah lagi dengan Iffah pasal seseorang tu. 3 tahun lama ka kalau PJJ? tetttt~~~

Menerima Masa lalu Itu Menyembuhkan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Menerima Masa lalu Itu Menyembuhkan

Banyaknya orang yang gunakan masa-masa mudanya mencuba untuk mengabaikan masa lalu, ingin melupakan. Dalam fikiran berpendapat, seandainya peristiwa berkenaan tidak berlaku, seandainya luka yang ternganga itu dapat disembuhkan seketika. 

Apabila hasilnya hampa, ribuan cara digunakan untuk mencuba menutupi sakit hati itu, mengabaikan bayangan dan perasaan terluka yang mengikut kemana saja kita pergi. Kita mencuba menghalang rasa dengan berbagai kesibukan, malah menyangkal, mengherdik dan menyingkirkan, namun luka bukan makin sembuh, malah menjadi semakin perit, . Kita mula tertanya, apakah akan ada kesembuhan bagi kita dari peristiwa menyakitkan masa lalu?

Padahal Kesembuhan itu hanya terjadi bila kita menerima masa lalu itu sebagai ketetapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang harus disyukuri sebab dengan menerima apapun ketetapan Allah dan bersyukur maka hidup kita menjadi tenteram, aman, penuh dengan cinta dan kasih sayang serta tawakal kepadaNya.
… Barangsiapa bertawakal  kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS. Ath-Thalaq 2-3).

Nadh tertanya-tanya plak, tetiba selepas tadi membaca surat khabar, dan beberapa hari ini banyak berita menceritakan tentang kegagalan, dan masa lalu. tentang luka. Tentang dendam yang disimpan dek kerana satu keperitan dan masa silam ni. Manusia sanggup berbunuhan. 

Ingatlah bahawa, menyimpan dendam juga ketidak puasan hati itu tidak memberi ketenangan, tapi menyebabkan diri bertambah tak aman. Dendam ibarat seekor bangkai yang disimpan, makin hari ianya tidak makin wangi, tapi makin membusuk dan membusuk. Cara terbaik adalah membuangnya, maka akan selamatlah kita, bukan hanya dari bau yang membusuk, tapi sekali dengan kuman-kuman bakteria bawaannya. Sama seperti hidup, kita menerima kejadian itu sebagai susunan dari ALLAH, penerimaan kita, dengan penuh yakin pada ALLAH akan membuahkan hasil, yakni keyakinan yang semakin menggunung pada ALLAH, dan bukan itu sahaja, hikmah kejadian juga ujian itu menjadikan diri semakin gagah mengharung perjalanan hidup yang makin mencabar.


Edited fr : Ust M. Agus Syafii

Wednesday, 14 September 2011

Bulan, dan Bintang.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni mood bintang dan bulan rasanya. Nadh jumpa banyak jugak status yang menyebutkan bulan dan bintang. antaranya yang ni. hasil coretan sahabat ni,.

Kemudian jumpa lagi dari sahabat ni plak.


Tetiba diri pun jadi rajin nak menaip status ni. 


Persoalan malam : Kenapa bulan dan bintang menjadi simbolik kepada RINDU? Ada sesiapa tahu tak? 

Akhirnya, diri sendiri menjawap :
1. Feeling melihat bintang bersama si dia tu MEMANG BEST ! 
2. Bintang itu simbol, bulan itu simbol, kerana semua berkongsi yang sama, hasil ciptaan yang MAHA ESA. 
3. Bulan dan bintang itu muncul di kala diri merindu. iaitu di malam hari. (siang hari tak sempat nak rindu, busy dengan macam-macam hal la)
4. Bulan itu satu, bintang itu banyak. Bermaksud, satu yang menjadi dan menjaga takhta utama, selepas itu diserikan lagi dengan bintang. Itupun bila mana ALLAH menjadi yang TERUTAMA.

Ada satu kisah berkenaan dengan Bulan dan Bintang ni tau. 
Ada seorang pakcik tu, dia bertanya pada Ustaz , 
"Ustaz, nanti kat dalam Syurga tu pakcik nak kena duduk dengan makcik jugak ka? "

"Kenapa pakcik tanya macam tu? ". Soal Ustaz kembali. 

"Laa.. macam tu ka Ustaz? ni kat sini pun dah hari-hari tengok, dah bosan la Ustaz, sampai ke Syurga pun jumpa makcik jugak ka Ustaz?  Tak ada hat lain ka? "

Ustaz menahan gelak. Sambil melihat muka makcik yang menahan geram mungkin. 
"Sebenarnya macam ni pakcik, pakcik pernah tengok tak Bulan dan Bintang?" 

"Kenapa dengan Bulan dan Bintang tu Ustaz? ". Pakcik mulai runsing.

"Di dalam Syurga nanti kan Pakcik, Isteri Pakcik merupakan ketua pada bidadari-bidadari di dalam sana. Pakcik pernah tengok tak langit di waktu malam? Bintang tu cantik sangat kan? Berkelip-kelip dengan berbagai warna, tapi yang paling indah diatas sana adalah Bulan, dia satunya yang dikelilingi yang cantik-cantik. Bulan yang dipagari oleh bintang, mana yang terlebih istimewa ye pakcik? "

"Ehh, Bulan la Ustaz. Bulan tu ada satu, Bintang tu ada banyak, Bulan tu macam ketua ye Ustaz,.. "

"begitulah istimewanya Bulan di "sana" nanti pakcik.. " 

Riwayat Ibnu Abbas r.a : Rasulullah Muhammad SAW bersabda, “Sesungguhnya di dalam surga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, yaitu : misik, kafur, anbar, dan za’faran. Seluruh bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya:”Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya

SubhanaALLAH, hebatnya, indahnya kehidupan di sana nanti ye? Tapi indah itu bila di sini dengan penuh usaha dan ketakwaan kita isi bulan-dan bintang yang kita punya sekarang ini. Bulan itu akan dipunya, tapi andai bulan dilimpahkan dengan keseronokan dunia, maka akan rosaklah Bulan yang sepatutnya menjadi penyeri di sana nanti. Kan?

Buta+Pekak+Bisu=CINTA