Followers

Monday, 31 October 2011

Kita, Angry Birds, MARAH?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang ni ati munga-munga sikit, tapi lebihnya kepada hati kartun. Sebenarnya semalam lagi dah terfikir cerita ni, tapi biarlah hari ni Nadh kongsi pasal ini ye. Moga-moga kita boleh juga basuh sikit hati ni kan? Jauhkan dari menda ni.

Topik petang ni adalah BURUNG MARAH a.k.a Angry Birds yang orang dok memain tu. Lama dah kita kenai dengan game ni kan? Tapi petang ni Nadh nak kaitkan karektor burung marah ni dengan Anger, atau kemarahan yang dibawa dalam game ni dan semestinya kita yang berada di dunia sebenar ni juga.

Mula sekali adalah burung merah ni. Burung ni macam dalam game juga, tak ada keistimewaan apa-apa. Macam kita kat luar ni, marah, tapi marah biasa-biasa sahaja. Tapi tak bermakna tiada apa-apa ya, marah itu api dan api itu syaitan, jauhkan lah diri dari marah.

Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk  (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)


 
Burung kedua ni. Burung biru. Peel dia, sama macam kita yang dekat luar ni. Mula tak marah, tapi bila dah marah, satu per satu kita keluarkan, Maksudnya simpan peluru, bila dah marah tu, habis semua peluru kita tembak, maksud, dari kisah atuk, nenek, sampai ke cicit piut semua kita keluarkan waktu marah. Tak baik tau buat macam ni, nak marah, marah la, tapi jangan la berkait-kait dengan semua. Yang tak berkenaan pun kena sekali, tak seronok la kan? 




Burung kuning. Kemarahan melulu. Macam juga pergerakan dia dalam game, cer kita renung balik, kita marah macam tu ka? Tetiba terus meluru ke arah yang kita marah tu, entah-entah dia salah ke tidak, tapi kita terus meluru kat dia, macam orang kata tu, "serang tak ada helmet", macam ni la, main nak marah ja tak ketahuan.

Burung Putih. Jenis lepas bom, lepas tu hilang. Ada juga orang spesis ni, marah-marah, lepas tu dah lega, terus dia berlalu. Baik juga orang spesis ni bila marah, dia marah kejap ja, dah dia lepas geram dia, dah dia sejuk. Ini spesis kedua marah, cepat marah dan cepat sejuk.


Burung spesis hitam. Ini spesis bom atom. Bila dia dah meletup. Apa pun tak dapat. Kalau dalam dunia, golongan ini paling orang takut, sebab bila dia dah marah, bak kata orang utara, "se duit pun tak guna".  Memang kena sungguh-sungguh dia 'serang' kita. Bahaya ya orang ni, pada yang spesis ini, kena lah tegur hati tu, jangan cepat marah, meletup sangat, sebab tak baik untuk kesihatan.



 
Yang terakhir. Burung Hijau. Spesis boomerang, spesis marah berkali-kali. Marah-marah, bila teringat ja, dia patah balik. Pusing-pusing kot situ juga. Spesis berbahaya ni, sebab ni spesis marah tak berhenti-henti, cepat marah lambat sejuk, ini spesis golongan paling Rasulullah tak suka. jadi sila jauhkan ye.?


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW yang maksudnya:  ”Berwasiatlah kepada ku."

Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.
Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..”  (Al-Bukhari)

Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.

Firman Allah s.w.t. "Orang-orang yang bertakwa ialah orang yang berinfak (bersedekah) baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Al-Imran : 134)

Jadi kenapa kita harus marah-marah?


Lain mengenai MARAH. : 
Artikel Al-Islam Mengenai Marah.
Golongan Manusia yang Marah.

Motivasi : Mengenai perbandingan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni Nadh nak kongsi mengenai "Disamakan". 

Tadi ada bersembang dengan seorang sahabat Nadh, Dia ada kongsikan dengan Nadh, dia takut dia akan disamakan dengan seseorang setelah dia dapat tahu banyak info mengenai masa lepas seseorang tu. 

Kekadang tak dapat nak dinafikan, kita akan berasa rendah diri bila kita dapat tahu sesuatu yang rasa kita, kita tak mampu untuk jadi begitu. Masa tu mulalah jiwa kacau sekejap, (ambil masa nak betulkan balik ni), tak dinafikan, moral down mungkin sekejap, sampai bila otak dah centre balik, baru kita rasa kembali tenang. Tapi masih lagi dengan tanda soal dalam hati dengan perasaan berbolak balik tentang info baru yang kita dapat tu. 

Since Nadh berdepan dengan kes ni, so Nadh nak kongsikan beberapa info dengan readers, mungkin sedikit sebanyak bila readers turut berada dalam situasi yang sama, readers akan dapat encounter masalah ni. 

1. Positivekan minda. Kenapa Nadh kata macam tu, sebab bila kita positif, kita akan berfikiran lebih waras berbanding dengan hati yang macam kapal kena ombak besar ni. 
2. Fikirkan kebaikan. Bila minda dah positif, kita cuba fikirkan kebaikan kita dapat tahu mengenai info tadi. Cuba bayangkan, apa yang kita dapat dengan info tu. Bukan untuk kita rasa rendah diri sebenarnya, tapi itu adalah "gift" yang mana kita sepatutnya berasa bahagia kerana gifted dengan info tadi. Ambil yang baiknya, kita dapat belajar sesuatu yang baru dalam perhubungan.

3. Belajar untuk jadi lebih baik. Sesudah dua di atas, kita kenalah fikir dan belajar cara untuk menjadi lebih baik. Kalau dari kisah yang kita tahu tu, adalah sesuatu yang best, kenapa tidak kita fikirkan sesuatu, atau buat sesuatu melangkaui apa yang kita tahu tu.

4. Cipta sejarah baru. Kalau kita rasa si dia pernah melalui hari-hari indah dulu, kita pun kenalah buat sesuatu. Cipta sejarah baru bersamanya. Jadikan detik-detik indah tu satu yang akan sentiasa dikenang hingga bila-bila. Kalau dulu si dia pernah bersama-sama kayak dengan yang tersayang, kenapa tidak kita plak ajak dia berenang bersama, mungkin bunyinya lawak, tapi kena ingat, kita kan sedang mencipta sejarah?

5. Kita istimewa. dan kita akan jadi yang lebih istimewa. Simpan ni dalam kepala otak kita. Maka dengan itu, kita akan mendapat keyakinan dan kita akan berjaya buat sesuatu. Ingat, penghalang kejayaan itu bukan dari luar tapi faktor dalaman itu yang sebenarnya menghentikan perjalanan kita. Moral yang tinggi dan bermotivasi itu akan jadi benteng kuat menolak serangan minda kita.

Atas mungkin sedikit sebanyak melegakan. Tapi percayalah, bila kita berjaya menjadi yang istimewa, memory-memory lalu itu hanya sekadar angin yang pernah berbisik alunannya di tepi telinga kita, ianya indah dan mengasyikkan, tapi sekarang yang lebih mengasyikkan tu sedang di hadapinya. Kenangan lalu itu terindah, tapi masa depan itu lebih indah bila diri sedang menjadikan nya yang lebih baik, yang lebih baik kerana perjalanan sekarang adalah perjalanan menuju jalan redha ALLAH Yang Maha Kuasa.

Sedikit peringatan, didalam perhubungan,bukan hanya persamaan yang kita cari tapi yang kurang pada kita dan kurang pada dia dengan kelebihan diri masing-masing tu yang menyatukan dan melengkapkan 2 hati, ingat tak orang kata, cinta adalah mengenai "melengkapi" satu sama lain?

Cinta Ilahi by Bicara Hati

P/s : Untuk semua, yang bercinta usahalah ke arah perkahwinan, yang dah tawen, indahkan lagi taman-taman dunia ini untuk beroleh taman di sana kelak. Selamat Berjaya.


Versi Akak VOGUE kat SINI

Kisah Pengurus, Anak dan Seorang Ibu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon,pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti.Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"

Gadis itu menjawab "Tidak".

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"

Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya".

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah".Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi,"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?".Gadis itu menjawab, " Tidak pernah.Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan.Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian.Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi.Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu.Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti . Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak.Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya

"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?".

Gadis itu menjawab, "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal".

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab. "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini.Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukar nya mendapat sedikit wang untuk hidup.Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya.Awak diterima untuk bekerja disini." Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini ialah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ , kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.



Sumber : Facebook

Bunyi alarm

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, saya berbual dengannya. Saya minta bantuan untuk mengejutkan saya hari ini. Jawapnya, tak ada masalah. Pukul berapa pun dia kejutkan. Pukul 5 pagi pun dia kejutkan.

Saya balas, susah susah aja. Awal sangat tu. Dia kata apa yang susahnya, jam loceng bunyi "gedek-gedek-gedek" , dia tjaga, n kejutkanlah saya. Lepas tu leh sambung tidur, bangun awal pn dia bukan boleh solat.

Lepas tu saya perli dia. Wahhhh hebattt la jam loceng kamu. Bunyi "gedek-gedek-gedek" . Dia balas, napa? Nk saya rakam ka?

Dah tiba tiba dia dapat ilham. "apa kata kamu carikan saya lagu ini untuk saya buat bunyi bangun pagi saya? Wat bunyi alarm?"

Terus saya jawap, "ahhh tak rajin saya nak cari, kamu nak kamu cari la. " . Dia cuba nak pujuk, saya tahu, tapi buat bodo. Susah kot nak cari menda pelik macam ni. Kalau lagu, lirik lagu ka, senang, ini menda rare macam ni. Pkai tak laaa.

Setengah jam lepas tu, saya capai hp saya. "gedek-gedek-gedek" . Dan saya send bunyi tu. Selfmade dari saya.

Dia tak puas hati sudah. Saya dah usaha. :P
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 30 October 2011

Tag dari JIRAN

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Adehhh.. apa plak la JIRAN wat hari ni. tengok tu, dah dia suruh jejawap soklan bebanyak ni.
Satu per satu ye. (bagus jugak, busan-busan ni kan. hihi)

1.ape name penuh anda?
Nama Mama Ayah kasi, Nadzri Azlan.


2.awak syg sye x?(sentap!!)
Dah nama jiran, kang ada orang sentap p remove feed lak kan? werkss.. ahahaha

3.kalu d hari minggu selain tdo dan membute ap lagi yg anda lakukan?? (jujur erk.. tp kalu xnk tu hak anda..haha)
Blog. Pesbuk. Buku (kadang-kadang), Novel. Selain dari tu melengung cari Ilham. :P


4.pernah menipu x? nyatakan bila, d mana, dan bagaimana.
pernah. tapi bila keadaan memerlukan sangat-sangat (tapi tak buat dah skg) sebab sangat membenci penipuan ni. Pernah sound sorang sahabat yang menipu sampai dia sentappp

5.Lecturer/cekgu siapa yang anda sayang? kenape erk?
Entah la. tak pasti. tapi lect/ cekgu yang sayang saya ramai. lalalalalalalallaa~~

6.kalu stress buat ap?
Buat tak tahu aja. Kalau melayan kang parah. Layan belog lagi beshh.. Ngadu kat dia la.. Paling best p lena. Terbaekkkk...

7.pernah tk mndi pg n trus g ke kelas x?
sejujurnya tidak. sebab tak reti kalau tak kena air pagi-pagi. Mandi kamben pun takpa la. janji kena air. :P

8.binatang ap yg plg anda tkut?
geli ng ular la. yang bersisik-sisik tu. (eeuuu masa sebut pn da naik bulu tengkuk)

9.mana lg pnting? kwan atau bf/gf?
rasanya keduanya pun lebih kurang ja.

10.jika dilanda masalah sape yg anda crik dulu..?
Selalu cari ketenangan. dia ja yang senang cita. nak cita kat kawan depa pn ada masalah. cita kat Mama, dia isau nanti. cita kat belog la senang.

11.best tak soklan saya? haha
Soklan terbaeekk.. best sgtttt.. :P

Ha.. takmau tag orang dah. :P

P/s : bila nak beli oven ni, nak wat ciskek sndiri plak la. :D

Kepercayaan, Tuduhan, Kesalahan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam nadh tengok satu cerita mengenai seorang ustaz yang kena tuduhan apa tatau, lepas tu family tunang dia putuskan hubungan. Dari surat tunang dia bagitau :
"family saya tak dapat terima awak, sebab tuduhan yang dilemparkan kepada awak. Lagi lagi awak seorang ustaz".

Tengok tu buat Nadh terfikir, terimbau balik satu entry dulu mengenai "muka baik". Memang betul rupanya psl muka baik tu, berikut beberapa peringatan untuk suma.

1. manusia akan menghukum satu kesalahan yang dilakukan seseorang , dan itu akan menjadi satu satunya point menjatuhkannya. Walau sejuta tahun kebaikan pun yang dia lakukan, tapi satu buruk sudah cukup untuk dia dibuang.

2. Orang baik yang jatuh air mukanya, lebih malu dan lagi teruk dugaannya dari si jahat yang memang macam tu. Sebabnya, dia adalah contoh didalam masyarakat. Bila contoh turned out to be yang tidak baik, sudah tentu suara sumbang akan cakap, "muka ja baik, pangai macam setan, rupanya selama ni blakon ja baik,".

3. Siapa pun dia, dia masih adalah MANUSIA. yang mana tidak akan pernah sunyi dari berbuat kesalahan. Janganlah kerana sedikit itu dia dilayan sedemikian rupa. Berilah peluang. Berilah ruang. Untuk sama ssma kembali bertapk di atas tanah ALLAH ni.

Oleh itu kita perlu berhati hati dalam hidup. Entry Nadh bukan cakap jangan jadi baik, tetapi Nadh nak pesan agar kita jaga nama baik kita sendiri. Bukan sebab nak orang pandang tinggi, tapi sebab nama baik tu yang berat dipikul. Bayangkan yang ambil kita jadi contoh, tetiba tahu kita ni tk baik, apa akan jadi pada dia? Andai dia pandai berfikir tak apalah, jika tak? "alaa yang camtu punya bagus pun perangai cm apa lagi, tak boleh harap, aku ni? Lagi laaa."

Orang mengikut contoh didepan mata, tapi contoh yang hancuss merosakkan kepercayaan. Semua tidak sempurna, tapi kesempurnaan tidak dikira dari tiada salah, tapi bagaimana kesalahan diperbetulkan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 29 October 2011

Bola dan Aurat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh sedang menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan. Banyak yang diperhatikan dalam game ni. Nadh tak nafikan, banyak yang baik dalam bola sepak ni, tapi dalam pada tu, banyak juga yang tak baik. Dan paling jelas yang leh Nadh katakan adalah dari segi AURAT.


1. Hairan kan. Kalau nak main tu, bleh aja guna seluar fit, tutup aurat kaki tu. Tapi tak buat. sebab konon depa kata tak selesa, susah nak gerak, segala bagai alasan yang membuatkan sukan ni jadi sukan yang tak baik.

2. Hairan lagi, Aurat secoet (kecil) sahaja, tapi nak tutup tu, susah tahap gaban. Bayangkan la dekat lutut tu saja yang nak ditutupnya, tapi sedihnya sebab tak ditutup jugak.

Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan." (Bukhari)

Jadi? kita reramai doa depa fikir sal aurat tu ya? Tutup la. boleh ja aih nak main, cara ada, sendiri yang takmau. Beh tu camna nak maju? ALLAH pun tak redha.

Renung-renungkan.

Berseluar pendek ketika Bersukan
Aurat lelaki diremehkan

Don't Stop Moving

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh asyik melilau dalam mailbox Nadh tadi. Terjumpa sesuatu yang rasa Nadh bagus untuk dikongsikan.
Sebuah Poem yang memberi inspirasi.

Buat semua : Don't Stop Moving

Your presence, is a present to the world.
You're unique and one of a kind.
Your life can be, what you want it to be.
Take the days, just one at a time.

Count your blessings, not your troubles.
You'll make it through, whatever comes along.
Within you, are so many answers.
Understand, have courage, be strong.

Don't put limits on yourself.
So many dreams, are waiting to be realized.
Decisions are too important, to leave to chance.
Reach for your peak, your goal and your prize.

Nothing wastes more energy, than worrying.
The longer one carries a problem, the heavier it gets.
Don't take things too seriously.
Live a life of serenity, not a life of regrets.

Remember, that a little love goes a long way.
Remember, that a lot of love goes forever.
Remember, that friendship is a wise investment.
Life's treasures, are people... together.

Realize, that it's never too late.
Do ordinary things, in a extraordinary way.
Have health, hope and happiness.
Take the time, to wish upon a star.

And don't ever forget....
For even a day....
How very special you are.

Sumber : Email  

Diharapkan dengan perkongsian ni, dapat buka minda kita sedikit yang, diri kita sebenarnya adalah sesuatu yang sangat bernilai, sangat istimewa. Atas sebab itulah ALLAH menitahkan kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." (Al-Israa' : 70)

Maka dengan itu, jangan la nak down teruk-teruk sangat tak tentu hala. Banyak lagi yang menanti kita di kemudian hari, takkanlah sebab yang secuit tu kita nak berhenti melangkah?

Friday, 28 October 2011

MengHALALkan yang HARAM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh terbaca sesuatu dari kemarin, tapi Nadh nak kongsi la untuk hari ni.


Gambo Pinjam kat SINI.

So, baik la dijauhkan dok LIKE-LIKE picture yang tak ketahuan tu. Nadh tengok banyak bebenor sekarang ni kat pesbuk, gambar-gambar orang yang dok suruh LIKE tu. Siap wat event lagi. Berhati2 lah..

Hai orang-orang yang beriman: Janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik (dari) apa yang Allah telah halalkan buat kamu, dan jangan kamu melewati batas, karena sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang suka melewati batas. Dan makanlah sebagian rezeki yang Allah berikan kepadamu dengan halal dan baik, dan takutlah kamu kepada Allah zat yang kamu beriman dengannya.” (al-Maidah: 87-88)

Dari ayat di atas ni, jelas ALLAH bagitahu yang Janganlah kita mengHALALkan yang HARAM itu, contoh dalam kes mengeLIKE gambar ni la, kita suka ja dok mengeLIKE, tapi kita tengok tak gambar-gambar tu? 
1. Ada yang dok tunjuk aurat, lepas tu kita  pergi LIKE plak. sedangkan membuka aurat itu adalah satu kesalahan yang jelas.
2. Ada pula kita LIKE, gambar yang tak sepatutnya, (contohnya budak tu dok berpeluk sakan dengan bukan Muhrim). 
3. Ada 

Kesan dari kita LIKE kat atas Nadh sebut ni, apa jadi? Si Polan binti polan, atau si polan bin polan ni jadi suka plak, lepas tu buat lagi. Tak ke jatuh atas menyokong berbuat perkara yang baik? Kita kena ingat ya, manusia ni, bila dia rasa apa yang di buat "DIREDHAI", dia lagi suka tau nak buat,. Kita nak ka tanggung dosa dia wat perkara tu sebab kita dah secara tak langsung MENYOKONG PERBUATAN DIA??

" Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan." ( Surah al-Mai'idah : 2 )

Fikir-fikirkan, renung-renungkan.


P/s : Nak ambil gambar, ikut DIA NI. Kompem selamat.

Thursday, 27 October 2011

Kereta habis minyak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pernah x readers berhadapan dengan kenderaan yang kehabisan minyak? Nadh ada 2 experience, tapi keduanya berakhir dengan baik. Yang pertama dia habis cun-cun depan stesen minyak, dengan speed yang tinggal, moto Nadh berhenti betul-betul dekat pam minyak.

Kedua, sebelum sempat gerak.detect minyak tak ada. Dua kejadian yang bg Nadh cukup menginsafkan diri betapa ALLAH melindungi diri Nadh.

Cuba kita semua bayangkan minyak yang habis itu sebagai nyawa yang dah habis. Masa tu, tubuh longlai tidak bernyawa ibarat kereta yang tidak boleh bergerak. Waktu itu, katakanlah kereta itu berhenti di tempat yang tak baik, dalam hutan yang gelap mungkin, atau ditempat maksiat, atau tengah ruang paling membahayakan.

Baik, sekarang minyak sebagai nyawa dan kereta sebagai jasad. Kita pergi dikala belum tiba ke destinasi dan dalam keadaan tidak bersedia. Bukankah itu sesuatu yang merugikan kepada kita? Perginya bukan sebagai mukmin sejati, yang taat kepada Maha Pencipta, tapi kita pulang sebagai munafiq, atau fasiq yang terang-terang dibenci ALLAH.

Di mana kita selepas itu? Kita pun tahu.

Jadi, bersedialah dari sekarang sebab kita tak tahu bila mnyak nak habis. Terhenti di tempat baik atau tidak juga pilihan kita. Masjid ka pusat maksiat? Pilih sendiri destinasi kita di sini, dan kita juga buat pilihan untuk di sana nanti.

Yang mana satu? Tepuk dada, tanyalah Iman.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 26 October 2011

Wordless Wednesday #WW18

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dah besar Dyan Adra Khalisya Nadh sorang ni. 
(Jeleshh ng Adik, pantang dia yang sergah, Icha gelak tak tahan tu, tunggu la abg balik sana...)

Cahaya Petunjuk

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam petang kepada readers Nadh yang dikasihi.

Petang ni Nadh nak cerita mengenai Sesuatu yang Mahal, Yang Susah, tetapi bila dah dapat, dia sangat beruntung. Nak tahu apa dia? Ianya adalah Hidayah.


Hidayah membawa maksud, Cahaya Petunjuk yang dikurniakan oleh ALLAH kepada insan-insan yang dipilihnya. Contoh nya adalah Saidina Umar Al Khattab yang berubah tingkah lakunya dari kufur kepada beriman setelah mendapat hidayah. Itu mungkin hanya satu sahaja dari kisah yang disebutkan mengenai HIDAYAH kurniaan ALLAH kepada kaum manusia.


"Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka Barang siapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barang siapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudaratannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara (mu)." (Al-An'am : 104)

Dari ayat di atas jelas yang ALLAH memberikan bukti kekuasaan nya melalui hidayah yang diberikan ke dalam hati kita, dan bermanfaat untuk diri sendiri (yakni yang mengambil manfaat dan berubah) dan yang tidak melihat (masih lalai) itu akan rugi sebab dia tidak mengambil tindakan untuk dirinya sendiri. 

Sebenarnya sekiranya kita mengerti, hidayah itu adalah kuasa ALLAH, pilihan ALLAH kepada sesiapa yang dikehendakinya. Kita boleh lihat yang kurang baik itu berubah, semuanya bukti yang ALLAH berikan hidayah kepada yang dikehendakinya.

"Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (Al-An'am : 125)

Oleh itu kita jangan hairan sekiranya kita jumpa kawan-kawan, mungkin sahabat atau orang-orang terdekat yang mengerti akan pentingnya solat itu berpesan-pesan malah lebih menjaga waktu solat kita itu, tapi untuk dia, tidak pula dia bangun dan menunaikannya bersama kita. Jangan tanya kenapa bila berdepan situasi ni, tapi bersyukurlah kerana ALLAH memberikan kita hidayah, anugerah besar yang tidak semua mendapatnya dan tanggungjawap kita adalah menjaganya, dan mendoakan sahabat-sahabat kita yang "belum bertemu" lagi dengannya.

Doakanlah mereka, kita, semua sekeliling kita bertemu dengan Hidayah . Kerana bersamanya terdapat kemudahan dalam mendapat redha ALLAH, dan terlindunglah kita semua dari berbuat perkara-perkara keji dan menjengkelkan, sepertimana apa yang menimpa kita sekarang ini.

"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan, Tunjukilah kami jalan yang lurus,(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah : 5-7)

Amin Yarabbal Alamin

Tuesday, 25 October 2011

10 ayat darurat di Jepang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni meh Nadh nak share 10 kata-kata mudah yang senang ingat, senang sebut n senang guna di waktu-waktu kecemasan di Jepang. (mana la nak tau kan, kot-kot tetiba kena p sana kan..)


1. トイレ (toire) = Toilet. Ini adalah kata yang kita guna setiap hari. Kita semua mesti g tandas kan, apa lagi. TOIRE bila dah rasa tak taahan tu. :P

2. 手洗い (tearai) = Kamar mandi. Sama seperti toilet, cuma kata yang ini lebih menyeluruh. Toiletnya lebih lengkap
 
3. 助けて (tasukete) = Tolong! Jerit la kalau betul-betul perlukan pertolongan ya. Jangan plak masa tak perlu, nanti jadi macam kisah budak dan serigala. :P

4. わかりません (wakarimasen) = Saya tidak paham. katakan saja bila kamu tak "paham setarang" apa orang Jepang tu cakap.

5. やめて (yamete) = Hentikan! Kalau la ada orang setempat atau sesiapa yang mengganggu kamu, katakan YAMETE, mungkin dia takkan kacau kamu lagi.

6. 英語 (eigo) = Inggris. Kalo kamu kebetulan boleh berbahasa Inggeris, cuba la. Mungkin orang Jepang tu tahu juga berbahasa Inggeris. Selamat~~

7. 警察 (keisatsu) = Polis. Pacik Polis di sana. Bila bantuan diperlukan.

8. 危ない (abunai) = Bahaya! Jika seseorang berteriak kata ini ke kamu, sebaiknya kamu perhatikan langkahmu.

9. 危険 (kiken) = Berbahaya! Ini adalah kata lainnya abunai. Kamu boleh melihat kata ini di tanda-tanda peringatan.

10. チカン (chikan da!) = Tukang raba! Kata ini khusus untuk para wanita. Apa lagi. Jerit la kuat-kuat.


Sumber : Email

delete dan copy lepas tu paste

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, Nadh baca satu status FB, ada seorang tu kata, dia kalau mampu diulang dia mahu mengulang masa lalu, kalaulah memory otak seperti memory dalam komputer yang mampu di didelete, dia nak wat macam tu jugak.

Sesetengah kita berpendapat macam tu, nak mendelete memory yang ada bila kata apa yang diinginkan itu tak mencapai matlamat, apa yang di mahukan tidak dikecapi,  malah nak plak la mengulang masa lepas supaya tidak berlaku perkara ini di masa hadapan.

Meh Nadh nak share apa Nadh rasa tentang diri kita dan memory komputer, kenapa dia berbeza dan sampai bila-bila akan kekal berbeza. 

Memory komputer, seperti yang kita tau, ada simpanan, apa yang disave, akan ada didalam tu. Selagi mana kita tak delete, selagi tu memory tu ada dalam tu. Tapi sekarang dengar cita dah ada software yang leh recover balik file-file yang kita dah delete. (Nadh pun tak tahu tapi orang la bagitau Nadh. )

Memory kita, dah ada. Kenapa tak boleh nak delete ya? Ada la sebabnya ni. 
1. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, mana nak datang nya istimewa kta ni sebagai Umat teristimewa manusia yang ALLAH perintahkan makhluk-makhluk lain tunduk kepada dia yang membawa kepada peristiwa derhakanya Syaitan satu msa dahulu.


2. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, dapat bayang tak? semua orang boleh mendapatkan memory-memory orang lain. Contohnya, kenangan Nadh, Nadh dapat share dengan para readers hanya dengan copy dan paste, lepas tu semua orang leh dapat apa yang Nadh pernah rasa. Tapi soalnya, PENGALAMAN TU SEMUA ORANG DAPAT KA?


3. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, mana nak datangnya istimewa seseorang manusia. Sebab semua kita boleh SHARE. Malah dapat rasa yang sama. Rasanya yang banyak Pengalaman tu paling rugi, sebab semua nak copy- paste Pengalaman dia. Masa tu tak perlu Nadh nak g Pulau Sipadan lagi sebab nanti leh ambil memory tu dari Boss, then tak perlu la Nadh nak pergi Korea sebab yang tu leh ambil dari Jiran Nadh.


4. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, masa tu semua manusia akan jadi kaku. jadi ngeng, jadi ngok. Semua main copy dan paste, senang la nak program, cakap ja macam tu, jadilah dia. Rasanya tak ada yang kenal erti salah, sebab semua dah betul. (takkan kita nak ambil yang salah nak copy paste kan? )


5. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, kita tidak belajar apa-apa dari hidup. Sedangkan kehidupan itu sebenarnya satu pembelajaran yang sangat menyeronokkan sekiranya kita tahu menghadapinya. Kalau dari satu masa kita belajar untuk makan, akan adalah pengalaman, tumpah makanan, minuman terpercik ke baju, nasi melekat di bibir, berbagai lagi yang satu hari bakal dikenang.

"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim " (Al-Imran : 140)


6. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, kita bukan manusia NORMAL. kerana sebagai manusia kita belajar dari setiap kenangan, dari kenangan kita terkenang dan dari sana wujud kemanisan hidup. Kita ada kenangan, yang indah itu menjadi ingatan kekal, yang tidak juga sama, dari sana sebenarnya terbentuknya siapa kita di masa depan. Kain putih itu dicoret dari ibu dan ayah, tapi bila sebaik kita yang memegang pena dan warna nanti, kita mencorakkan siapa kita juga.

"Orang yang paling mengenal bahagia itu adalah yang pernah satu ketika belajar dari kesedihan, yang terlebih mengerti gembira adalah manusia dengan rasa derita dan duka satu masa dahulu, bila ditanya mengenai kejayaan, pastilah si dia yang pernah gagal faham lebih akan rasanya, mereka inilah yang paling mengerti, yang paling mengerti dan menghargai gembira, bahagia dan berjaya!! "

Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan seperti ditusuk oleh duri atau yang lebih berat daripadanya, melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah s.w.t. perbuatan buruknya seta digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya.” (HR Muttafaq alaih)

Oleh itu, bersyukurlah sebab kita bukan memory computer, kita adalah manusia, kita belajar dari pengalaman, kita belajar dari kegagalan, kita bangun dari kejatuhan. Satu persatu kesabaran dan kegigihan kita menghadapinya akan satu hari memanfaatkan kita semula.

Photos : Thinking outside the box

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh nak share photos yang lain dari lain. Konsep diluar kotak pemikiran.

 Konsep Ruang Tamu

Jam

Bilik tidur a.k.a Sarang burung ehh silap, sarang manusia

Tangga ka gelongsor?

Ce teka apa yang lain?

Jam lagi

Cawan ka sinki?

PACMAN

tower letrik baru


Lain dari lain kan? Suka..

Monday, 24 October 2011

Tahniah Sahabat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selesai sudah hari ni buat nadh. Tadi Nadh chat dengan seorang sahabat. Dia bagitau Nadh, karya dia yang kelima sudahpun di 'publish' dalam web iluvislam. Nadh yang membaca ni rasa happy, terharu dan sedikit bangga plak bila membacanya.

Nadh akui, hasil perkongsian dari dia sangat berkualiti dan banyak info. Sepanjang Nadh kenal dia banyak juga hasil dari dia yang menarik minat Nadh. Malah, dia pernah buat satu contest bertajuk 'Aku Ingin Berubah' yang Nadh sifatkan sebagai something yang punya maksud dalam dan bukan sekadar perubahan.

Baguslah, happy untuk dia, mungkin satu hari Nadh beranikan diri untuk entry macam dia.. Mana tau terberani nak cuba kan.


P/s : sebab sedar diri yang tak mencuba tu. Hihihi
Published with Blogger-droid v1.7.4

Mulut JIRAN Masin.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh baru selesai buat keja ni. Masa untuk check email-email ni. Lepas tu baca komen-komen, then BW, buka belog wajib NI, dan jumpa entry NI. Tuan tanah a.k.a JIRAN Nadh dok sebut pasal mulut masin. Kata ja jadi. Macam anak sedara dia si Ecah tu. 

La ni dah mulut dia masin, apa kata dia masin sebut : 
"Tangan.. cepat baik..."

"wahai tangan.. cepatlah kau baik,, nanti leh la wat CUPCAKE kat Nadh tu...."

Pastu masin mulut dia tu cepat lah baik tangan tu... N kepada suma yang baca-baca ni, meh kita doakan sesama JIRAN Nadh tu cepat sembuh ya. Tangan dia cepat baik.. Okeh? Nak ucap maceh ciap2 sebab sama-sama tlg Nadh doa. :D

Camtu kan bgs, kan JIRAN kan? qweeeeee~~~

Saturday, 22 October 2011

Menegur, mencegah, mendidik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selamat petang readers. Tugas Nadh belum selesai disini. Tapi Nadh tatau nak buat apa dah. Jadi Nadh nak kongsi dengan readers tentang teguran.

Teguran ni pada Nadh penting dalam kita memperbetulkan sesuatu yang kita rasa salah dan perlu untuk kebaikan. Akan tetapi manusia ni, ada banyak juga spesis, ada yang susah tegur, ada yang tak boleh tegur, ada yang dengar cakap. Jadi bila kita menegur ni, perlulah gunakan kebijaksanaan kita semasa proses kita nak buat teguran tu.

1. Bila yang ditegur itu seorang yang keras, senjata kita adalah teknik. Kita kena menyelami dia, baru proses itu dilakukan perlahan-lahan. Kebijaksanaan itu penting, ibarat api yang disejukkan, dipadamkan menggunakan air, kiranya api dijadikan senjata, maka maraklah dia.

2. Yang ditegur itu lembut, kuat tacing. Untuk ini, kita perlu jadi lembut jugak. Tak boleh nak jadi singa sebab dia susah jalan dengan cara ni. Silap silap memberontak. Kan lagi susah kita nanti? Macam tisu, kita kasar hancur la dia, tapi kalau perlahan lahan kita tarik, pasti selamat kan?

Dalam menegur, bijaksana itu kuncinya, ada masa perlu keras ada masa berlembut. Terlalu lembut jawapnya rosak, terlalu keras membawa benci.

Zaman dahulu, cikgu diberikan kuasa mengajar, salah boleh hukum, macam Nadh dulu, pernah aja dirotan depan kawan kawan. Dah nakal kan, nk buat macam mana. Malah, banyak cerita Nadh dengar, kerana hukuman itulah yang buat budak tu jadi 'orang' sekarang ni, bukti menghukum itu prlu dalam mengajar. Dan juga itu satu bentuk teguran.

Lembut yang keterlaluan merosakkan. Tak perlu terlalu dimanjakan. Kelak hanya susah. Bukti didepan mata, anak anak zaman sekarang, baru tegur dah lari dr rumah, baru rotan dah nak saman, akhirnya? Bagaimana mereka hendak dididik? Bila semua seakan betul? Sedang mengingat dan menegur itu perlu.

"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada ALLAH. " (Al-Imran : 110)


Note :: hari ini menjadi penanda aras kepada masa depan. Jika hari ini diberat dengan teguran, insyALLAH hasilnya baik dan memberangsangkan, sekiranya berat, mungkin berat jugalah jadinya nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 21 October 2011

In a R

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh sedang bekerja. Site KTILX1 di Kuala Ketil, Kedah. Baik, sangat bosan sebab hanya menunggu interval, Nadh hapdet la belog ya malam ni.

Ummm... Semalam, cik someone kata dekat Nadh.
''nak tahu tak? Dalam kamu sedar atau tidak sedar sebenarnya ada ramai yang kamu tak tahu menaruh hati pada kamu''

Nadh tanya dia balik.
''apa laa yang merepek ni, muka dah tak emsemm, penuh bintat bintat, kena campak plak tu, takdak nya yang mau aihhh''

dia tambah
''betul, saya sendiri, seorang perempuan, dan naluri saya kuat mengatakan menda ni. Anda sahaja yang tidak sedar, dan seandainya anda tidak berjaga dalam hal ini, maka ramai yang akan terasa penangannya dan jatuh hati.''

Nadh kata,
''saya rasa semua sama ja, tak dak plak la melayan istimewa pun pada semua orang.''

''kamu sangat mengambil berat, seorang yang cuba sedaya upaya agar tidak 'hilang' sewaktu diperlukan, dan banyak lagi kalau saya nak cakap, tapi macam saya cakap tadi, kamu kalau tidak ambil langkah berjaga-jaga takut ada yang terkesan nanti.''

Tu pandangan dari cik someone, Nadh pun tak berapa sure. Arapnya takdak la. Sebab nya tak pula rasa ada sesuatu yang istimewa tu dalam diri sendiri. Cuma berusaha nak jadi yang baik tu, untuk pepatah yang berkata
''tika lahirmu, satu dunia bergembira dan kamu menangis, biarlah satu hari nanti semasa pemergianmu, kau tersenyum, dan satu dunia menangis keranamu.''

harap dan berdoa sangat nak buat macam tu.

Note :: sebab tanak jadi macam cik someone cakap, maka dengan itu saya umumkan diri saya sudah in a R la ye. Tunggu sampai masa nanti saya update plak EnGd dan lepas tu MrieD yek? Looking forward untuk EnGd menjelang hujung dua ribu sebelaihh, doakan saya ya.?? (ehhh jap, napa bersaya ni?? Arrrr) :p

Rezeki

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari sibuk sudah kembali. Rindunya kepada hari sibuk ni. Tapi kesibukan saya mungkin menyebabkan sayang saya ni di abaikan seharian. Apapun, rezeki ALLAH dah kasi, masa untuk saya bergerak. (heran kenapa hari ni bersaya-saya tatau.. :P )

"Apabila telah ditunaikan solat maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung." (QS. Al-Jumuah : 10)
Dari Firman ALLAH yang diatas ini sebenarnya ALLAH sedang memberitahu kepada kita yang rezeki ALLAH ada di merata muka bumi ALLAH, dan bertebaranlah kita mencarinya. Umar bin Khaththab pernah menegur seseorang yang sampai menjelang siang masih berada di masjid tanpa mau bertebaran di muka bumi. Ingatlah, rezeki tidak turun jika tidak bertebaran di muka bumi karena langit tidak pernah menurunkan hujan emas. Bekerja mencari yang halal adalah sebuah kewajiban, setelah kewajiban pengabdian kepada Allah melalui shalat.

Rasulullah SAW memberikan motivasi kepada orang-orang yang kelelahan mencari rezeki yang halal sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Asakir "Barangsiapa yang tidur semalam suntuk karena lelah setelah mencari rezeki yang halal, maka semalam suntuk ia dalam keadaan mendapat ampunan (dari Allah atas dosa-dosanya)".

Tentang solat dan ingatlah ALLAH pula, sebenarnya punya banyak kelebihannya, dan sekiranya kita lihat dari segi rezeki tu juga, akan punya keberkatan, dan dirahmati ALLAH, ALLAH jaga kita bila kita jaga DIA. sama juga dengan rezeki, bila kita ingat ALLAH, maka tiadalah rezeki-rezeki haram yang datang menjengah tubuh kita ni, jadi beringatlah, sebab itu yang sebaik-baik kita dapat buat untuk diri kita.


Edited from : Klikm

Thursday, 20 October 2011

Rawatlah pernikahan Anda!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Rawat dan jagailah pernikahan itu sepertimana kita menjaga dan merawat taman bunga. kalau kata bunga-bunga di taman perlu dibajai, perlu disiram setiap hari, begitu jugalah cerita nya dengan perkahwinan, dari hari ianya bermula, ia bukan sekadar menunaikan tanggungjawap secara luaran, tetapi tanggungjawap jiwa itu sangatlah dituntut. Sebabnya, perkahwinan itu adalah penyatuan dua jiwa.

Ketika menjelang perkahwinan, biasanya keluarga nampak kecoh, heboh dengan hiruk pikuk dan kesibukan dalam menyiapkan pesta perkahwinan, semua terpukau dalam kemasyuran pesta namun segalanya menjadi tenggelan setelah semuanya berakhir. Dari kecoh , heboh dengan suara, dari kemesraan yang tidak dapat hendak dipisahkan menjadi sunyi, longlai dek kerana ianya tidak dijaga tidak dibajai sepertimana sayangnya kita kepada pokok-pokok ditaman, bunga-bunga di laman.

Bertahun berlalu, pernikahan yang tidak dirawat n dijaga dengan baik akhirnya mulai memudar cintanya, kasih sayang menjadi hilang, pernikahan menjadi hambar. Seorang suami yang diawal perkahwinannya sangat mencintai suaminya tetapi setelah menjalani 15 tahun pernikahan, suami lebih senang berada dalam kesibukan dari berdua bersama isteri. Si isteri pula, lebih mendahulukan anak-anak, hinggakan selalu "kehilangan" masa berharga bersama suami, keduanya ibarat dua makhluk penuh asing yang hidup dalam satu rumah.

Bila pernikahan tidak pernah terawat selama bertahun-tahun sehingga bukan hanya menjadi tidak indah lagi pernikahannya namun juga bisa saling melukai pasangan. Menurut Al-Quran surat Ar Rum ayat 21, 

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir."

Merawat pernikahan itu adalah mawaddah dan rahmah, cinta dan kasih sayang. Idealnya jika antara suami dan isteri diikat oleh perasaan mawaddah dan rahmah sekaligus. Mawaddah mengandungi erti kelapangan dada dan kekosongan jiwa dari kehendak buruk. Jadi cinta mawaddah adalah perasaan yang mendalam, luas, dan bersih dari pikiran serta kehendak buruk. Sedangkan rahmah mengandung pengertian dorongan psikologis untuk melindungi orang yang tak berdaya.

Rumah tangga yang diikat oleh mawaddah dan rahmah adalah pasangan dimana masing-masing secara naluriah memiliki gelora cinta mendalam untuk memiliki, tapi juga memiliki perasaan sayang dimana masing-masing terpanggil untuk berkorban dan melindungi pasangannya dari segala hal yang tidak disukainya. Sesuatu yang ideal biasanya jarang terjadi. 

Bagaimana jika tidak? Bila mawaddahnya putus, perasaan cintanya tidak lagi bergelora, asal masih ada rahmah, ada kasih sayang, maka rumah tangga itu masih terpelihara dengan baik. Betapa banyak suami isteri yang sebenarnya kurang dilandasi oleh cinta membara, tetapi karena masih ada rahmah, ada kasih sayang, maka rumah tangga itu tetap berjalan baik dan melahirkan generasi yang terpuji. Rahmah yang terpelihara pada akhirnya memang benar-benar mendatangkan rahmat Allah berupa mawaddah.

Kata orang, yang bertahun tu makin mahal sebab nilainya naik, seperti teko kesukaan PCM menjadi antik dan istimewa sebab dah lama wujud, jadi masa ni menjadi buruan para pencinta macam PCM, tapi lain cerita nya dengan perkahwinan, makin lama jika tidak dijaga, ianya mungkin mendatangkan kebosanan. 

Oleh itu para suami, carilah satu masa untuk menghargai perkahwinan itu, bak kata Ustaz Kazim, carilah masa untuk bercuti bersama isteri tercinta, semarakkan kembali cinta ini, moga ianya berkekalan hingga ke Taman-Taman Syurga hendaknya. 


Note :: Sebagaimana api tak marah sekiranya tidak disimbah petrol, pohon tidak bergoyang sekiranya tiada angin, begitu jugalah cinta, tanpa usaha dari siapa-siapa dalam rumah tangga, bagaimana cinta nak bersemarak sebagaimana ianya bermula tika dua jiwa bertaut satu masa dahulu?



Edited from : M. Agus Syafii


Buta+Pekak+Bisu=CINTA