Followers

Wednesday, 30 November 2011

Encik Supomen

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ehem3.. Pagi ni nadh tingat dekat supomen la. Pasaipa tatau. Teringat kat dia mesti la ingat dekat kuasa dia kan? Boleh terbang, lepas tu kuat, badan tuff, gagah berani, then?

Sebenarnya kan, bila renung renung balik bukan senang ada dkt kedudukan dia. Tempat dia. Situasi dia tau. Sebab?

1. Semua nak kata dia gagah kan? Dia kuat, tapi dalam hati sapa tahu kan? Hebat dia motivasikan orang, diri sendiri pula? Terpaksa gagah diri juga, walau situasi dia sgt myebabkan dia kalah x terkata.

2. Dia hebat kan? Bila tengok dia boleh terbang, tapi kita tau ka, bukan senang menggapai awan? Nadh pilih 'terbang menggapai awan' ni sebagai tema Nadh sebab nk semua tahu, bukan mudah ada nama ni, dan bila ada juga bukan senang nak jaga. Sekali dah buruk, jahanam.

3. Emsemm. Hello guys, handsome tu mngkin pakej luar ja, tapi jadi handsome pun payah. Zaman la ni, aweks pn dah gatai, slumber badak depa ja nk ngorat hero ni, takat ngorat mungkin leh blah lagi la, tapi kalau kna ikut? Kna kejaQ camna? Takut aihhhh

4. Hero kuat, tapi kita tau ka camna dia? Orang nampak dia kuat, tolong orang, tapi diri sendri dia? Kita tak tahu kan? Orang boleh jerit minta tolong, lepas tu dia mai, tolong orang tu. Tapi untuk diri dia? Kekadang tak terluah kata, dia terpaksa rela kuatkan diri sebab nak jaga nama baik dia, imej dia.

Kalaulah dia pun down??
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 29 November 2011

Meluah-Luahan-Terluah-Diluah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Meluah-Luahan-Terluah-Diluah

Banyak betul kaitan nya dengan hidup kita kan? Kekadang tu kita teringin sangat nak meluah, tapi tak mampu nak meluah, sebab ada macam-macam roadblock untuk kita meluahkan tu. Contoh terbaik, kita tak ada sesiapa untuk kita luah. Atau mungkin kita nak luah, tapi kita tak rasa patut kita luah pada orang sebab biarlah ianya menjadi rahsia kita. Akhir sekali, simpan sendiri lagi baik kan?

Luahan, apa yang kita rasa nak cerita pada orang, mungkin satu masa dalam fikiran kita terlalu banyak sangat kisah dan perkara yang membuatkan hati kita jadi celaru, fikiran berceramuk. Macam selalu kata dulu, kita ni macam belon tau, bila kita masuk je angin, tak henti-henti, lama-lama belon tu boleh pecah. Mama kata kemarin, "dia tak boleh fikir banyak-banyak, nanti dia sakit kepala, tengok semalam, dia tak boleh tidur, fikir banyak sangat la tu, "

Yang terluah dari kita, sebenarnya dah nama pun TER kan, ianya keluar secara tak sengaja. Kekadang waktu sedang bercakap-cakap dengan orang, ianya akan keluar. dalam kita tidak sedar. Tapi selalu kena jaga kata-kata yang keluar tu, tak patut plak rasa share dengan orang. 

Di luah. Perkara sebenarnya yang terbuku, langsung tidak ada filter, cerita semua, macam mana kita rasa selesa bermonolog dalam hati, macam itu jugalah kita cuba untuk keluarkan apa yang ada dalam fikran kita waktu kita bercakap-cakap dengan seseorang tu. 

Apa pun yang pasti, tidak semua orang mampu SIMPAN, tidak semua juga mampu luahkan semuanya, dan yang pasti, TIDAK SEMUA MAMPU JADI PENDENGAR SETIA, dan mampu jadi tempah luahan yang baik!! Oleh itu, mungkin ada ketikanya ianya disimpan sendiri lebih baik dari meluahkan, sebab yang dengar luahan itu juga pasti punya kisah sendiri yang disimpan sendiri sebelum dapat diluahkan. :)

Monday, 28 November 2011

Duit beli Kepsi buat mereka

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kemarin Nadh jumpa satu situasi tu lebih kurang macam ni la.
"24.50? Baiklah , bulan depan saya dapat gaji, dapatkan la saya 100 orang untuk saya peristerikan."
"Oih mana boleh la."
"A'ah kan, empat saja la kuota yang ada. Camtu tak apalah, empat pun empat la. "

Opss. Apa yang Nadh nak kongsikan malam ni adalah mengenai Mas Kahwin.
Maskahwin atau mahar adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Menurut undang-undang Keluarga Islam, mas kahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakad nikahkan, samada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang.

Malah, adalah HARAM untuk suami atau sesiapa sahaja mengambil wang ini dari isteri, sekiranya dia tidak izinkan, dan akan dituntut sampai bila-bila oleh isteri sebagai hak dia.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud : 
Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.”

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .

Kedua ayat diatas adalah ayat yang mana menunjukkan yang mas kahwin adalah perkara WAJIB yang perlu diberikan oleh seorang suami kepada yang isteri. Jadi base on cerita atas yang Nadh tempek atas tu, Nadh terbuka untuk buat satu kesimpulan sendiri, dan Nadh rasa Nadh nak share dengan readers.

RM24.50. Banyak mana sangat duit tu? Rasanya kan, kalau pergi kepsi, dan beli 2 set dinner set pun Nadh rasa tak cukup dan kena tambah lagi beberapa ringgit untuk set ni. Cuba bayangkan bahawa yang selama ini PEREMPUAN diserah kepada lelaki setelah di ajar bertahun-tahun , di belai dan dimanja, di lindung sebaiknya, dan diserahkan dengan harga yang menjadi WAJIB hanya dengan RM 24.50. Maaf ya, Nadh bukan sedang mempersoal, cuma nak soal aja, ini kah harganya? Kan baik kalau di UP cket duit mahar tu, buat mereka (anak-anak), kemudian hantaran tu kurangkan.

Kemudian, ada orang kata dekat Nadh balik. Hadis ni tau,
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud ) 

Pun Nadh tidak mempersoalkan tentang hadis ini, cuma Nadh nak buka minda masyarakat kita. 
YES kita rendahkan MAS KAHWIN, kononnya murah sebab nak ikut hadis. Tapi duit belanja a.k.a duit hantaran BERPULUH RIBU tu macam mana ya? Bukan sama ja ke maksudnya. Dah la tu, kalau MAS KAHWIN jadi milik si gadis, HANTARAN tu tidak? Sayang kan? Apa dia dapat at the end? Owhh ya, bapa kasi anak murah, anak dara dapat duit beli kepsi. 

Terbaekkk kan?

Sunday, 27 November 2011

Cerpen | Sedetik Lebih

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

"Aku sedih Man, aku dilayan macam sampah je. Sampai hati dia buat aku macam tu bro."

"Perempuan sekarang susah nak jangka kan? Aku jumpa banyak dah, tapi dia ni spesis paling aku hairan."

"Bro, ang kenai aku dan dia bro. Ang sahabat kami bersama, ang kenai aku macam mana, dan aku takkan buat cerita sebab ang kenai aku macam mana."

"Aku tau bro, lepas hampa break, aku call dia, aku sms dia tanya aku nak call dia. Lepas tu aku gtau la, aku dah dengar cerita dari ang, sekarang aku nak dengar dari pihak dia pula. Lepas tu aku dapat tau dari dia.."

"Entah la bro, aku sedih sangat. Aku bukan mngungkit, tapi aku sangat sedih bro, hanya hang yang tau macam mana aku jaga dia dulu."

"Aku ingat masa tu dia dah ada seseorang la. Sebab tu masa tu dia buang ang macam tu."

"Aku kurang periksa pasal tu Bro."

"Masa tu aku ada tanya dia, weh, yang aku dok tengok gambar kat facebook ang tu gambar BF baru ang ka?. dan dia kata, aku tengah single masa tu, sebab tu aku couple dengan dia."Kata Luqman.

"Lagipun masa tu hampa baru lepas break kan, aku diam ja la. Pastu dia kata, lagipun budak tu dah tunggu aku selama tujuh tahun, dan aku terima sahajalah. "

Terdiam lagi selepas mendengar cerita. 

"Sekarang ni aku tengok, asyik update gambar dengan bf baru dia saja, sat pakai baju sama la, apa la." Luqman menambah. 

"Aku tak kisah dah sekarang bro, aku tak marah tapi aku sangat sedih bro."

"Aku paham bro, masa aku tanya dulu, lepas cita ang, dan lepas cerita dia, aku dapat rasa dah. Aku cuma tak sangka bro, tak sangka perempuan sangat tidak mengenang jasa sampai tahap ni, tak macam lelaki."

"Tak apalah, nak buat macam mana, cumanya kalau itu kebahagiaan dia, aku mendoakan bro, biarlah dia hidup dalam bahagia,..". Nada pasrah dan sedih dari Roy. 

"Aku rasa, kalau dia jumpa budak tu, dan budak tu buka cerita pasai hang, mesti dia takkan cerita baik hang kan?"

"Entah, tapi aku yakin, tiada kata yang mengatakan aku ni baik sekiranya aku menjadi tajuk cerita. Tapi seriusly aku pernah sound seorang budak sampai menangis sebab menghamun dia dihadapan aku. Aku kata, hang tak kenai dia, aku yang hidup dengan dia selama ini, hang tak layak nak judge dia. Aku bukan kata aku baik bro, tapi aku takkan buat macam tu. Dulu aku sayang dia, kenapa sekarang aku nak benci, kenapa aku nak kutuk-kutuk dia. " 

"aku paham bro."

"Aku sangat yakin dia takkan kembali kepada aku. Aku kenai dia macam mana. Dia jenis yang bila dah buat keputusan, dia takkan ubah keputusan dia tu."

"Aku pun rasa macam tu, sebab aku pun rasa dia lain dari yang lain. Mudah sangat dia melupakan."

Perbualan antara dua sahabat bila mengimbau masa silam, kisah yang sangat huru hara bagi seorang yang sangat sayang dan diabaikan kerana kesayangannya itu, malah dijaja keburukan yang entah bagaimana boleh di sebut tiba-tiba dihadapan orang lain, sedangkan disebalik kebaikan itu punya seribu kebaikan yang tidak dijaja, tapi secebis buruk yang wujud itu tiba-tiba dikorek untuk menjadi santapan kisah bersama orang. Walaubagaimanapun, itulah hakikat kehidupan, walau sejuta tahun kebaikan, tapi sesaat buruk itu yang menjadi buah mulut selamanya. Pun begitu, si dia pasrah bila mengenangkan, yang menjadi pujaan, bukan lagi pujaan, tapi sudahpun bertukar tidak dikenali dan si dia menjadi musuh paling ketara dalam hidup nya. 

*******************************

"Roy, sekarang kamu dah aku berikan tugas ini, aku harap kamu dapat menunaikannya dengan sebaik mungkin. Aku dah berikan kamu tanggungjawap menjaga kawasan ini dari Perlis ke Perak adalah jajahan taklukmu, diharap kamu dapat memegang amanah ini. Kita bukan bekerja untuk diri kita, tapi kita bekerja untuk satu company, tugas kita besar kerana hanya kita berdua yang menjaga kawasan besar ini dengan aku dari Perak ke Kuala Lumpur, aku harap kita dapat jadikan projek ini sukses. "

"InsyALLAH, jika ini dah diamanahkan kepadaku, maka aku akan lakukan yang terbaik."

"Seronok la anak Mama nak pulang kepangkuan keluarga. Mesti seronok kan?"

"Ehhe, mana lagi nak letakkan diri jika bukan di pangkuan keluarga abang. Saya gembira ada bersama mereka, biar satu hari nanti, saya pergi di pangkuan mereka, kerana tiada lain yang akan hargai kita sebaik mereka menghargai kita.". Roy meluahkan kata dalam gembira. 

"Roy, makan jum? dah pukul berapa dah ni". 

"Ha jum la. Boss belanja la noh?"

"Ye la, Ye la, jom la. Boleh la takat nak belanje korang makan." . Falah menjawap seakan-akan merajuk. Semua tergelak bersama. Bagi mereka, kerja bukan hanya atas nama mendapat gaji, tapi mereka sudahpun dididik dalam organisasi ibarat sebuah keluarga. Sebelah paha diusik, sebelah lagi turut merasa pedihnya. 

*******************************

"You, later bila you dah free, you SMS i ye? I ada benda nak beritahu you."

Sender 
IZA.

"Okeh, kejap lagi I selesai kerja, I gtau you ye?" Button Send ditekan, mengandaikan yang SMS itu akan tiba beberapa saat lagi. Roy mula mengandai, walau sebenarnya sudah agak pasti apa yang bakal diluahkan kepadanya sebentar lagi, namun sengaja menjadi manusia bingung demi untuk memastikan apa yang bakal di sembahkan kepadanya. Walau dia hanya insan biasa, namun sudah agak masak dalam kehidupan dan cerita soal hati dan perasaan.

Fikirannya terimbau seminggu yang lalu. 
"Woi, kau nak tahu satu cerita tak pasal Mal?" . Za membuka cerita.

"Mal? kenapa dengan dia? "

"Sebenarnya kan, dia juga ada perasaan dekat kau?"

"Hang jangan nak buat cerita weh Za, aku dengan dia tu hanya kawan yang sangat baik weh"

"Serious aku tak buat cerita bro, aku ni perempuan, aku dapat rasa menda tu, dan aku da dapat pastikan."

Roy menggelengkan kepalanya, dalam hatinya bermonolog sendiri. "dia ni plak dah. Ramainya. Laku juga aku ni, tapi aku dah tak mampu nak percaya kepada sesiapa lagi, hidupku kini aku sendiri, aku hanya percaya diri aku, bukan lagi perempuan yang kononnya sumpah setia dengan aku, maafkan aku Mal, aku tak mampu." 

"Roy.. Roy.. " Daus menyapa. Sambil tangannya menyentuh bahu Roy kerana melhat Roy begitu ralit didalam dunianya.

"Ehh abang, berapa lama dah ada kat sini?". Roy terkejut, namun ringkas bertanya membalas teguran sebentar tadi.

"Lama dah abang perhatikan kau. Tengok menerawang saja fikiran tu, fikir apa?". Daus cuba memancing .

"Tak adalah abang.." Roy cuma bersandiwara. Senyuman tawar diukir pada bibirnya. Cuma menutup cerita, tidak ingin pula dia berkongsi kisah yang sedang mengganggu fikirannya. Bagi dia, semua itu sangat sulit untuk dibicarakan kepada orang. Biarlah semua disimpan sendiri, walau berat pada diri, namun lebih untuk untuk disimpan dalam hati, gusar orang benci mendengar rentetan kisah hati yang sedang meniti dalam jiwa kebelakangan ini.


*******************************

"Haa? Abang nak kemana? tak payahlah Abang.." Mama mula terkejut. 
"Alaa, bolehlah Ma, berilah peluang untuk CheQ ke sana. "

"Abang ni bukan orang yang mampu bertahan selama itu di luar, Mama kenai abang. Tara duduk jauh begini pun pulangnya kerap, ini hendak pergi sejauh itu?". Mama membebel. Dia masak benar dengan anak terunanya itu. Family type, spesis tak mampu hidup berjauhan darinya. Malah dia sendiri lebih memanjakan anak pertamanya dari yang lain. 

"Boleh la Mama, CheQ nak juga kerja di sana. Lagipun mahal gajinya Ma. Hampir-hampir 15K sebulan. Cukup setahun di sana, CheQ pulang dan set up business sendiri di tanah air nanti." Roy memujuk. 

"Mama tak mau kata apala, abang dah besar, Mama tak sokong dan tak suruh, abang fikirlah sendiri tindakan abang tu. Mama tak mau kata apa." Mama seakan berputus asa dalam pujuknya, namun itu hanyalah ibarat memancing agar anak terunanya itu menarik balik keputusannya, walau dia sendiri faham benar akan perangai anak kesayangannya itu. Pantang mengalah, malah sangat degil. 

*******************************

"Mama, CheQ minta maaf, bukan berniat pergi meninggalkan Mama, cuma CheQ rasa, mungkin tiba masa CheQ fikir masa depan. Bukan di sini tiada masa depan, tapi CheQ tak nak menolak rezeki yang datang menguis kali ini, mungkin perjalanan ini bakal merubah hidup kita nanti, CheQ akan call Mama selalu. CheQ sayang Mama sangat-sangat, CheQ pasti akan terlalu rindukan Mama di sana nanti.". Roy mengucapkan kata dalam sayu, air mata sudah mengalir. Namun tindakan ini diambil untuk dirinya juga, dia sendiri tidak pasti sama ada ini tindakan yang betul atau tidak, namun tekadnya mengalahkan apa sahaja yang cuba berada di jalannya.
"Mama restu pemergian abang kali ini, tapi pastikan abang jaga diri sebaik mungkin. Ingat janji abang, abang akan kembali dengan kejayaan. ". Mama juga sudah turun air matanya, Dia sendiri tidak menyangka anaknya akan mengambil tindakan sedrastik ini. Namun apakan daya, dia terpaksa hormat tindakan anaknya itu. Dia tahu anak nya sedang melarikan diri dari sesuatu. 

"Adik, abang nak pergi dah ni, tolong janji dengan abang, adik akan pegang tanggungjawap sebagai anak lelaki selepas abang pergi, tolong jaga mama sebaik mungkin, Tolong jaga ayah hingga ke daya akhir nafas akhir adik. Depa segala-galanya untuk kita."

Tssskkkk.. Dengan nada sebak. "Adik janji abang, adik akan jaga depa baik-baik. Janji!!" 

"Abang, jangan la p, nanti Jiah nak sembang dengan sapa, nak share dengan sapa semua cerita Jiah. nanti sapa nak bawa Jiah berjalan-jalan, ". 

"Abang bukan p mati sayang, abang cuma terpaksa pergi, Janji na, Jiah akan tengok Mama, tengok Ayah n tengok Adik baik-baik selepas abang pergi, ini amanah abang bagi kat adik-adik abang. "

"Ayah, CheQ pergi dulu." . Ayah cuma melihat dari jauh. Walau dia tidak serapat dengan anak daranya, dengan Roy, tapi kasih sayangnya terhadap anak-anaknya melebihi apa yang mampu anak-anaknya bayangkan, dia juga sebak dengan situasi itu, namun sebagai lelaki, dia gagahkan diri untuk menjaga air mata yang diibaratkan maruah lelaki dari turun dari empangan mata yang sudah berkaca sebentar tadi. 

"Jaga diri bebaik. Cepat balik."

Suasana itu sangat menyayatkan hati buat yang memerhati. Pemergiannya ibarat pergi kemedan perang, walau sekadar tugasan luar yang memakan masa beberapa bulan, tapi buat pertama kali lima beranak itu bakal terasing selama 9 bulan dengan kurang khabar berita kerana tempat yang bakal dikunjunginya merupakan negara dunia ketiga yang mana belum muncul kecanggihan yang sudah bertapak di negara sendiri sejak sekian lama. 

Sebaik selesai berpeluk cium buat kali terakhir, mereka berpisah. Dengan harapan dan doa yang tidak akan putus sehingga menerima kepulangan anak dan abang yang satu satunya ada dalam hidup mereka. Kasih sayang tidak pernah lupus dalam jiwa, walau jarak memisahkan, namun ibarat air yang dicincang takkan putus, begitulah kasih yang tak pernah kurang dan rindu yang tak pernah hilang dalam jiwa masing-masing. 

*******************************

8 tahun sudahpun berlalu. Sepanjang tempoh itu, Roy tidak pulang, hanya melampiaskan kerinduannya melalui Skype, salah satu aplikasi yang digunapakai mereka sekeluarga untuk bersatu melepaskan rindu masing-masing, alhamdulillah,sepanjang tempoh tersebut, ALLAH menjaga mereka dengan baik, tiada satupu dari mereka yang sakit. Mama dan ayah juga sihat, cuma mungkin diri yang terlalu rindu dengan abang yang terpisah lama.

Pun begitu, kedua adiknya masih memegang amanah mereka terhadap abang, masih belum mahu menapak ke dalam alam perkahwinan, hanya disebabkan apa yang diamanahkan sang abang. Masing-masing masih berteka teki dalam kerana bagi mereka, Mama dan Ayah merupakan amanah yang bukan sahaja patut mereka pegang, tapi pesanan si abang yang mereka beratkan dalam masa yang sama. Walaupun masing-masing sudah punya pasangan, namun tiada kata putus diberikan untuk bergerak ke arah perkahwinan, mereka masih setia menanti abang pulang dari sana. 

Satu hari,
"Mama, CheQ nak balik dah ni Ma. Minggu depan cheQ balik la Mama. ". Roy dengan muka kegembiraan meluahkan kepulangannya kepada si Ibu. Ucapan itu bukan sahaja disambut dengan senyuman, malah air mata menyambut kepulangannya kerana akhirnya, sang putera akan pulang menemui keluarga. 

Kegembiraan itu disambut dengan satu panggilan kepada setiap dari ahli rumah itu, 
"Jiah, Abang nak balik dah, minggu depan dia nak balik."

"Ya ka ni Ma? Ya ALLAH, syukurlah, akhirnya Mama. Dah lama Jiah tunggu. Rindu sangat dengan abang Ma. ". Jiah bersuara. Air mata sudah berkaca di matanya. Baginya, inilah tempoh yang sangat panjang, dia begitu rindukan abangnya yang dah lama tidak bertemu. 

"Serius ka ni Ma? Yayyyy. Abang balik akhirnya. Siaplah dia nanti, Adik nak paw dia sungguh-sungguh. ". Si Adik mencelah. 

Ayahnya pula hanya duduk di satu sudut dengan mendengar apa perbualan 3 beranak tu. Dia juga terlalu rindu dengan anaknya itu. Sepanjang mereka hidup, kali pertama dia berpisah selama itu dengan anaknya. Dalam hatinya bertekad, kali ini, kalau anaknya itu bersuara lagi ingin meninggalkan mereka, dia akan menegah, walau hingga titisan terakhir, kerana dia tidak sanggup melihat isteri dan kedua anaknya lagi bersedih, bukan hanya mereka, dia juga sama, namun hati keras lelakinya menegahnya dari menangisi pemergian anaknya itu. 


*******************************

Akhirnya masa yang ditunggu tunggu tiba juga, anak mereka sudah pulang. Keempatnya sudah berada di lapangan terbang seawal jam 1, padahal anaknya akan sampai pada jam 3, terlalu awal mungkin, tapi kerinduan itu tidak benarkan mereka untuk keluar awal, biarlah awal sampai, janji tidak menjadi yang terlambat melihat anak mereka. Jika kata mereka bisa pergi menyambut di pintu kapal terbang, maka sudah pasti mereka akan berbuat demikian. 
Seketika itu, si ayah menolah, dilihatnya betapa semangatnya kedua puteri dan puteranya. Mereka sudah memegang bunga, dia tergelak sendiri. Dalam hatinya bermonolog, "lawak pula aku tengok Jiah dan adik, kalau dulu masa kecil-kecil, bergaduh saja ceritanya, tapi hari ini, mereka semangat betul menyambut si abang pulang.". 

Manakala si Ibu pula, dari tadi memeluk lengannya. dia dapat rasakan betapa rindunya si ibu. Kerana sepanjang mereka berjauhan, hanya dia menjadi tempat berkongsi segala kerinduan itu. Dan dia, sebagai suami, lelaki keluarga, terpaksa berpura-pura kuat dan gagah hanya untuk menenangkan sekeluarga itu, padahal hatinya bukanlah sekuat itu, namun sebagai ketua, dia perlu, dan harus kuat hanya untuk gagahkan juga semangat keluarganya itu. 


*******************************

Sebaik melihat sang putera muncul di lapangan ketibaan, si ibu dan kedua anaknya berlarian mendapatkan sang putera. Masing-masing dibuai dengan emosi. Langsung tidak menghiraukan lagi orang di sebelah, hanya air mata sahaja yang dapat meluahkan betapa gembiranya mereka bertemu.Yang si abang juga sama, berlarian mendapatkan keluarganya. 

Suasana ketika itu sunggguh mengharukan. hinggakan si penjaga pintu turut sama menangis melihat pertemuan yang disifatkan macam Jejak Kasih di lapangan terbang itu. Namun begitu, semua sangat bersyukur, kerana akhirnya mereka bertemu juga. Bukan hanya pelukan yang menjadi perbuatan, namun, hampir lemas juga si abang dicium kedua ibu dan ayah, campur dengan adik-adiknya. Tapi semua itu tidak dihiraukan, bukan sahaja mereka, dia juga terlalu rindukan semua sekali. 

"Abang, jangan p dah tau, Mama dengan Ayah sapa nak jaga lepas ni?". Si Ayah bersuara. 

"Tak mungkin ayah, CheQ takkan pergi lagi lepas ni. Tempat CheQ bersama semua. CheQ terlalu sayang pada semua. " Roy membalas. 

"Kalau abang p lagi lepas ni, Jiah takmau kawan dengan abang. " Si adik mencebik bibir, memohon simpati si abang. 

*sambil picit hidung adik*
"abang tak p dah aih, takkan la nak tinggai adik-adik abang ni. ". Balas si abang.

"Abang dah janji tau, abang jangan p dah tau. Rumah tu sunyi tau abang takdak. Shian Mama makan sorang-sorang, abang takkan tak tau, adik tak makan pelik-pelik.". SI adik pula menyampuk.

"Ya baik, baik. InsyALLAH, kita akan bersama, hingga abg pergi satu hari nanti.". Si abang membalas. 


******************************* 

Seminggu sudah mereka bersama. Adik-adiknya juga sudah seminggu bercuti, masing-masing kepingin untk bersama buah hati ulam jantung mereka , si abang yang dah lama terpisah. Sekembalinya si abang, banyak perbezaan yang dapat mereka lihat, kali ini, setiap waktu solat, sekeluarga akn berjemaah bersama. Si Ayah, kalau dulunya ke surau, tapi sekarang di rumah sahaja. Dia tersenyum riang melihat anak terunanya pulang, bkan hanya dengan kejayaan, namun jiwa yang disalut iman ini buat dia terlalu gembira. Hatinya sangat senang, tidak putus-putus melafazkan syukur, kerana bukan satu, tapi ketiga-tiga anaknya, adalah anak soleh dan solehah. Dia yakin, jika satu hari nanti dia akan diambil, mereka adalah harta paling bernilai, dia yakin .

Sesi selepas solat pula diisi dengan tazkirah pendek oleh si abang. Dan seperti biasa, selepas itu, semuanya akan berkumpul, tiada langsung masa singgang, mungkin cuma waktu ke tandas dan tidur. Jika tidak mengenangkan semuanya dah tua bangka, pasti semua akan tidur sama-sama di bawah bentangan laymat di lantai rumah. Namun , mengenangkan perkara itu, semua tidur di ruang tidur masing-masing. 

Sekarang,  keluarga itu sudah punya slot baru, yakni tahajjud bersama bila tiba sepertiga malam. Ini merupakan perkara baru yang di praktikkan semua. berjemaah menunaikan solat taubat, solat hajat, dan solat tahajjud. Sebelum ini, hanya si Ibu dan ayah yang menunaikannya. Perbuatan ini demi kerana mengingati pesanan ALLAH, yang turun ke langit bumi tika munculnya sepertiga malam, tika waktu ini, ALLAH berfirman dalam surah Al-Mu'Min ayat 60 yang bermaksud,"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu..". Jadi mereka menggunakan kesempatan ini, sebaik mungkin demi mendapatkan kembali sang putera hati pulang, walau sudah 8 tahun berdoa, dan hari ini mendapatnya, tapi mereka sangat bersyukur, kerana akhirnya, doa dan kesabaran meraka di balas juga. 

Pagi itu, selepas mereka selesai berjemaah solat subuh, si abang membuka bicara,
"Jiah, Adik, abang nak tanya ni."

"Apa dia abg?". Hampir serentak keduanya menjawap. 

"Hampa dah ada pilihan hati ka?". Si abang bertanya. Mama dan Ayah hanya menyepikan diri . 

"Adik dah ada abang. Kakak pn sama.". SI adik menjawap. 

"Habis kenapa tak kahwin dulu? ". Abang menyambung.

"Kami tak sanggup nak dahulukan diri kami, kerana kami nak ada abang sekali. Abang abang kami, dan kami nak tiap saat penting kami disambut sekali dengan abang.". Jiah menjawap.

Si abang yang tadinya bertanya terkedu seketika, dia sangat terkejut dengan kata-kata adiknya. Dia sangat terharu dengan pengorbanan yang dah dibuat kedua adiknya itu. 

"Betul tu abang, mama dah suruh banyak kali, tapi depa berdegil nak teruskan.". Mama menambah. 

"Abang ada satu permintaan." Abang menyambung katanya.

"Apa tu abang?" Adik bertanya. 

"Sudi tak kalau abang nak taja perkahwinan hampa berdua.?". 

"Pucuk dicita abg, sekali sambai belacan dengan ulam yang mai, siap suap lagi, mau plak la kami menolak.". Jiah bersuara gembira. Manakala adik hanya tersenyum. Seketika kemudian, si adik menambah, "boleh, tapi dengan syarat, kami nak tiga-tiga p sekali. ". Mama dan Ayah masih berdiam diri, tersenyum panjang, hingga ke telinga senyumnya, sudah lama mereka menanti, akhirnya putera puteri kesayangan bakal menamatkan alam bujang mereka. 

"Tapi abang belum punya sesiapa." Abang memberikan alasan, seakan menolak.

"Kami boleh cari, Mama pun boleh cari." SI Jiah bersuara cuba memujuk abangnya. 

"Tak boleh, abang akan selesaikan kedua adik abang dahulu, lepas tu baru kita akan fikir pasal abang. Pleasee..". Abang pula merayu. Dan akhirnya semua bersetuju, mereka berdua akan berkahwin dahulu, hingga selesai baru semua akan carikan peneman buat si abang. 

******************************* 

Dan tibalah masa yang ditunggu-tunggu, kesemuanya telah selesai diijabkabulkan. Ketika ini, tiada lagi yang terlebih gembira di hati masing-masing, bukan hanya adik-adik dan Mama Ayah, malah pasangan masing-masing juga, siapa sangka kan, kesabaran membuahkan hasilnya. Kahwin free kan, siapa tak mahu, malah bukan hanya mereka mendapat kahwin, tapi bulan madu berupa pakej umrah juga menjadi hadiah buat semua. 

Keduanya walaupun sudah berkahwin, masih juga tidak ingin berjauhan dengan abang mereka. Pasangan telah menjadi orang kedua sekarang, bagi mereka, abang itulah yang pertama selepas Mama dan Ayah, mereka berterima kasih kerana usaha abang mereka yang telah menaja kahwin mereka. Sedang mereka berbual, si abang tiba-tiba membuka jamnya. 

"Napa abang buka jam abg ni? Abang nak hadiah kat adik ka?" Si Adik bertanya. 

"Abang nak adjust time la dik." 

"Eh, jam abang dok ikut jam luar negara lagi ka abg? kan dah berbulan abang pulang ke sini." Jiah pula menyoal.

"Ni ha, abang akan hentikan jam ini, buat saat ini, biarlah masa ini terus kekal pada tarikh dan ketika ini, saatnya abang melihat keluarga abang berbahagia, permata yang tak mungkin abang jumpa lagi sampai bila-bila. Abang sayang semua." Serentak kedua adik terkedu, kerana abang tiba-tiba menarik keduanya dan mencium dahi mereka. Pun begitu, tiada kata yang diluahkan, cuma sangka baik kerana menyangka abang terlalu sayang dan cintakan mereka. Disatu sudut lagi, kedua Mama dan Ayah tidak berhenti melayan tetamu, senyuman langsung tidak putus dari mulut masing-masing. Gembira sangat dengan kurnia Ilahi. 

"Ma, Abang nak pergi solat sat Mama." Si Abang mencium tangan Mama. Dan mencium pula dahi Mama. Kemudian, berganjak kepada Ayah pula. juga berbuat hal yang sama. Keduanya juga kurang periksa akan tindakan si abang, mungkin si anaknya terlalu gembira juga fikir mereka. 

Selang 15 minit, si ibu mendapat panggilan. Bukan di telefonnya, tapi di telefon Abang. Ibu hanya mengangkat, kerana dia tahu abang sedang menunaikan solat. 

"Hello, nak cakap dengan Roy ka? Dia pergi solat la.".

"Hello, boleh saya tahu siapa ni?". 

"Saya ibunya. kenapa ya? macam penting sahaja panggilan ini?". Si Ibu bertanya lagi untuk kepastian.

"Sebenarnya saya Dr. Harris, membuat panggilan dari Hospital Melbourne."

"Doctor?" Si Ibu mula hairan.

"Ya saya Doctor persendirian Roy. "

"Boleh saya tahu kenapa? " Si Ibu bertanya. Kali ini, sudah perkara lain yang bermain dalam fikirannya. 

"Sebenarnya, Roy dalam peringkat terakhir penyakitnya, dia pulang ke Malaysia sebab dia nak bertemu keluarga buat kali terakhir." Sebaik mendengar kata dari Doctor, ibu terkejut, telefon dilepaskan, dan berlari ke arah surau, Ayah yang tadi berada tak jauh dari situ tekejut dengan perbuatan isterinya dan mengikut sama isterinya. Adik dan Jiah juga, bangun dari kerusi makan dan menuju ke arah Mama. 

Sebaik masuk kedalam surau, bukan hanya teriakan, tapi air mata yang turun bak hujan sesudah kemarau datang, si abang sudah tidak bernyawa, dalam keadaan nya bersujud , pada ketika paling dekat dengan ALLAH, kesemua tidak dapat menahan tangisan, bukan mendapat kegembiraan di hari bahagia, tapi sudah tiba takdir abang dipanggil ALLAH , pada hari bahagia mereka, Si abang sudah pergi, menemui yang Maha Esa, dalam keadaannya, menunaikan janji kepada Ayah dan Mama, pada ketika kedua buah hatinya sudah punya penjaga baru, dua menantu yang bakal menggantikan tempatnya untuk mereka. 

Pada ketika ini, tiada lain yang dapat diluahkan. Hanya tangisan mengiringi pemergiannya, walau hanya sekeping warkah untuk tatapan keluarga ini yang ditinggalkan diatas meja tulisnya.

Assalamualaikum Mama, Ayah, Jiah dan Adik,
Sebaik kalian membaca warkah ini, tahulah kalian bahawa abang sudah pergi menemui Maha Pencipta, kerana sudah tiba masanya untuk abang dipanggil untuk mengisi kuburan di muka bumi ciptaannya ini.Tolonglah kalian jangan menangisi pemergian Abang, kerana pemergian abg bukan sebarangan, tapi kerana sudah mengikat janji pada Maha Pencipta.

Jangan juga diratapi, tapi anggaplah ini merupakan takdir, yang mana sudah sampai ketikanya abang pergi. Tangisan anda mungkin bakal menyusahkan abang didalam sana, ratapan anda juga akan buat abang bertambah sedih, kerana kalian tidak melepaskan abang untuk berehat di sana. Terimalah hakikat ini yang abang sudah tiada bersama anda lagi di zahirnya, tapi dalam hati, batinnya, abang masih berada di dalam hati, seperti mana ketika abg di luar negara, hati kita tidak pernah putus dari mengingati sesama kita.

Kalian yang abang cintai,
Maafkan abang kerana merahsiakan penyakit abang. Tujuan ianya di sorok adalah bertujuan untuk tidak membuatkan kalian bersusah hati, biarlah sakitnya abang seorang yang menanggung, kerana apalah sangat dibandingkan dengan hadiah kesabaran kalian atas ujian dan dugaan sepanjang tiada abang? biar ini kepada abang, untuk abang seorang menghadapinya. Bersyukurlah,  Kurang-kurang abang masih diberi masa untuk saat lebih untuk kita bersama kan?

Kalian yang dicintai,
Tolong tahu yang cinta abg terhadap kalian terlalu dalam, ALLAH makbulkan doa abang untuk diberikan peluang memhabisi sedetik lebih masa yang diberikan untuk bersama kalian. Ingatlah yang saat itu, merupakan saat paling berharga dalam hidup abang. Kalian merupakan harta paling indah, paling cantik, terlalu mahal untuk ditukarkan dengan apa sahaja, abang bersyukur, redha ALLAH sentiasa menemani kita sekeluarga.

Abang harapkan, kalian akan menjaga diri sebaik mungkin, dan jagalah Mama dan Ayah sebaik kalian menjaga diri kalian. Abang sudah tiada kalian, tapi kasih abang tidak mungkin hilang walau abng ditelah tanah sekalipun. Andai kata kalian rindukan abang, kirimkanlah abang dengan Al-Fatihah, dan sila jangan lupa soalt sayangku. Kerana solat itu, mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Akhir kalam, Abang cintakan kalian semua. Terima kasih, terima kasih, terima kasih atas jasa kalian kepada abang sepanjang abang hidup. Hanya ALLAH bisa membalasnya.


Yang Menyayangi Mu,
Abang

******************************* 

Hari ini, kedua adik beradik itu mengimbau kenangan mereka satu masa dahulu, surat ini ditunjukkan pada anak mereka, bercerita mengenai pemergian abang yang hingga kini menjadi kerinduan mereka. Mama dan Ayah menahan sebak, namun bersyukur, kerana mereka punya anak seperti ketiga nya, tidak berhenti mereka berdoa,

"Moga-moga satu hari nanti, kita bertemu lagi di pintu Syurga". Ucapan Amin diluahkan semua. Dengan perbuatan mengaminkan doa sebentar tadi.

Saturday, 26 November 2011

Dah tiada baru nak kalut

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, sepatutnya Nadh ada date dengan seorang sahabat Nadh (lelaki tau) sebab ada hal dunia sikit yang nak dibincangkan antara kami, perihal kawan-kawan jugak la.

Then suddenly dia call, terpksa membatalkannya sebab ada ahli keluarga dia meninggal dunia. Sembang punya sembang, dia ada sebut sesuatu dekat Nadh.
"masa dia dok ada, sapa pun tak kalut, la ni dia dah p, baru semua nak kalut..".

Sebenarnya apa yang sahabat Nadh cakap tu memang betul kan? Semasa dia hidup, tak pula nak pergi ziarah, sakit demam dia ka, tiada pula yang peduli, bila dia dah pergi, baru la nak tacing tacing nangis meratapi pemergiannya.

Ini bukan budaya semua, tapi kebanyakannya sekarang lebih sibuk mengejar harta, wang segala yang bawa senang, tapi kes trpencil seperti ini diabaikan. Kita rasa bertanggungjawap nak pergi selepas meninggal, tapi tidak semasa sakit. Semasa ada lagi dia hidup dimuka bumi. Bukankah bila kita pergi kita bawa semangat kita untuk dia tumpang demi melawan sakitnya?

Dari Ali Radiallahu-Anhu ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tiada seorang muslim itu melawat seorang muslim yang sakit pada waktu pagi melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu petang dan tiada dia melawatnya pada waktu petang, melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu pagi, dan adalah baginya kebun tempat memetik buah-buahan di dalam syurga. (Riwawat Al-Imam At-Tarmizi).

Hadis diatas jelas menceritakan, Betapa besarnya balasan yang pergi melawat orang orang sakit, bukan hanya kita beri dia semangat, malah sinar baru seperti memberikan harapannya. Dan yang penting, kita dah gembirakan dia dengan kedatangan kita. Bukankah menggembirakan orang itu satu lagi perbuatan yang mulia?

Nadh harapkan, para readers tak macam tu. Kita hargai yang ada semasa hidupnya dan mendoakan selepas perginya dia. Peringatan buat diri Nadh sendiri juga.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kita buat sama-sama ye?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sepanjang hidup, Nadh penah jumpa 2 spesis manusia yang tidak menunaikan solat. (AMARAN :: ini adalah entry peringatan, tidak berniat mengaibkan sesiapa)

1. Tidak bersolat, tapi aware dengan waktu solat. Golongan ini, bila masuk waktu, akan menyuruh kita pergi menunaikan solat,ciap berleter lagi bila kita melengahkannya.

2. Golongan tidak bersolat, tapi bila kita hendak kearah itu, (kita cakap kita nak bersolat), tapi diabaikan permintaan kita tu. Boleh plak bawa kita pergi tempat lain untuk elak dari solat. (terjadi semasa kita menumpang mereka).

Beza keduanya adalah, ALERT dengan waktu dan menyuruh dari bw kita turut memonteng macam mereka. Nadh hormat yang pertama. Tapi dalam hati Nadh tersangatlah sedih, kerana mreka punya hidayah, tapi sayangnya tidak berganjak untuk menunaikannya. Nadh pernah soal golongan ni dulu.

"awak, saya selalu awak ingatkan untuk solat, bila masuk waktu, awak suruh saya pergi, tapi kenapa awak tak turut serta?"

**Terdiam.**

"saya minta maaf andai pertanyaan ini buat awak tidak selesa dengan saya, tapi saya rasa sayang. In fact saya rasa sedih sekali bila satu berada dalam situasi ni. "

"sebenarnya kan, dulu saya solat. Lepas tu mula terkurang waktu, mula satu dan dua, selepas tu saya hanya tunai subuh dan maghrib sahaja, lama-lama tidak terus."

"jadi dah sedar kenapa tidak buat?"

"entahlah, saya rasa berat hendak tunaikannya sekarang, malah seminggu sekali pun susah. Tapi kekadang tu lama lama sekali saya buat jugak".

Nadh pula terdiam. Selepas lama berfikir,
"kalau bersendiri itu tidak kuat, maksudnya kita kena ada pendorong, lepas ni kita buat sama-sama ye?"

Keduanya tersenyum. Dalam Nadh mengamin doa, Nadh yakin dia juga sama, berniat menggapai redha ALLAH dengan menuju jalan yang dah disusun. Moga dia dimudahkan jalan n berusaha.

Amin yarabbal alamin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 25 November 2011

Madu dibalas hempedu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtara pada yang membaca.

Seharian didalam bus. Perjalanan yang tidak disangka sangka bakal memakan masa selama ini. Kalau perjalanan malam dapat di agak masa tibanya, perjalanan siang langsung tidak dapat dibaca . Kalau last time Nadh naik ambil hampir 6 jam, rasanya kali ini bakal mengulang cerita yang sama.

Teman Nadh pula sebuah novel yang menjadi santapan rohani Nadh dipetang ini. Isi nya Nadh garap petang ini buat tatapan para readers belog kudus ni.

Topik petang Nadh hari ini mengenai "Madu di balas Hempedu."

Sepertimana bacaan Nadh petang ini, watak dalam kisah ini baru sahaja membantu sebuah keluarga berduka ini dari sihir durjana, tapi sebaik kembali ke halaman, pihak dari yang dibantunya datang kembali untuk mendapatkannya untuk ditangkap dan dibunuh oleh ketuanya. Setelah disiasat, rupanya si dia telah didedahkn oleh keluarga yang dibantu itu juga yang merupakan bapa mertua kepada suami yang isterinya disihir.

Dua kali madu dibalas hempedu yakni bantuan yang dibalas tangkap dan selamatkan anak tetapi bapa tidak berterima kasih, malah menyusahkan yang membantu.

Tapi bukan itu yang nak Nadh sebutkan, tetapi bagaimana watak ini berdepan dengan nya, dia bukan sahaja redha dengan ujian ini, malah terima dan senyum.waktu menghadapinya.

Hati terfikir, membawa sekali readers menjenguk iman dan jiwa kita, adakah kita seteguh itu, membalas keburukan dengan kebaikan tatkala kebaikan sendiri yang ibaratkan madu diblas hempedu?

Benar seperti mana air itu punya kuasa memadamkan api, yang panas itu disejukkan dengan mudah dengannya. Diaplikasikan dalam kehidupan, pasrah dengan ujian menutup rasa gundah, membantah lahirnya perasaan tidak baik didalam jiwa. Akhir sekali kesabaran yang kekal itu yang bakal menyedarkan insan berhati walang yang bersarang sifat tidak baik itu lantas menyedarkannya akan khilafnya yang berbuat durjana pada yang mulia. Semoga kita dijauhkan dari menjadi anjing menggigit insan baik menariknya dari lubang.

Mari kita bersama tetapkan dalam hati bahawa sesungguhnya ujian itu tiba bersama redha, didalam kesulitan itu terselit kemudahan (Al-Insyirah). Ajarlah hati kita supaya bersangka baik dengan tiap detik nafas kurniaNYA. Sebab tiada sia sia semuanya.

Sesungguhnya yang sabar itulah golongan yang beruntung.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Dilema hati : Banding-membanding

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh teringin nak bercakap mengenai penerimaan petang ni. Selepas Nadh tertonton satu cerita pagi tadi yang mana terdapat sepasang suami dan isteri , yang mana si suami tidak dapat terima kehadiran isterinya (konon kononnya la, tapi anak dah nk masuk EMPAT).

Secara mudahnya dapat Nadh simpulkan. Kes ini sebenarnya adalah salah satu dari penyakit hati. Sebab , penerimaan itu adalah pada hati, jadi jika hati tidak.menerima bmakna hati yang salah, ini belum lagi diambil kira faktor luarannya.

Nadh rasa perkongsian di bawah dapat dijadikan panduan dalam kita menghadapi dilema ni.

1. Belajar untuk redha dengan ketentuan. Ini merupakan jalan utama sebelum kita masuk dalam fasa lain dalam penerimaan. Hujahnya mudah sahaja, perkara sudah pun terjadi, tiada baiknya jika kita mengeluh, tapi terima dan cuba hadapinya.

2. Hati yang redha akan buka rasa untuk menerima dan menghadapi. Mksudnya, jika dia bukan pilihan pun, diri masih perlu hadapi si dia. Mungkin sebagai suami, sebagai isteri dan sebahagian dari hidup kita kini. Dulu sendiri, kini tidak lagi, jadi perlu jadikan TANGGUNGJAWAP sebagai satu kunci penyelesaian.

3. Semasa belajar menerima, diri kena belajar MELUPAKAN KENANGAN yakni si dia yang pernah bertakhta dihati. Nadh kenal pasti ini sebagai satu sebab kenapa bila yang sudah berkahwin pun kantoi. Jika kita rujuk kes rumahtangga, ada kes membabitkan pasangan kembali kepada yang kekasih lama.

4. BERHENTI MEMBANDING. Satu yang perlu diingat, kalau ada pun 3 biji buah di atas satu tangkai yang sama, belum tentu ketiganya punya rasa yang sama, begitu juga dengan pasangan. Dalam menerima, kita tidak boleh expect yang mereka itu sama, kaedah terbaik hadapinya ialah berhenti membuat perbandingan.

5. Seterusnya kena belajar kenal perkataan BAGUS, BAIK, BEZA. sebabnya. Selepas tiada perbandingan, mindset itu juga perlu diubah. Jadinya, positive itu lebih baik dari sebaliknya. Iaitu dengan memandang perilaku si dia sebagai, BAGUS dan BAIK untuk kita. Apa pun yang dia buat, kena fikir BAIK.

6. Dan akhir sekali adalah, KERJASAMA. Ingat tak lagu WonderPets? Dia nyanyi, "apa yang penting? Kerjasama. Apa yang penting? Kerjasama." kenapa dia ulang 2 kali? Sebab kerjasama hanya terjadi bila kedua pihak mengambil peranan masing-masing. Dari kerjasama, wujud tolak ansur dan akhirnya bahagia.


Apa yang Nadh kongsikan diatas merupakan buah fikiran dari Nadh yang serba daif ini, mungkin dan mungkin tidak betul pendapat Nadh, tapi apa pun, mendekatkan diri pada ALLAH itulah yang terbaik bagi kita, sepertimana Firman ALLAH dalam surah Al-Ankabut ayat 45,
"sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".

Kerana selain dari hati yang bertakwa, terselit kelebihan didalam solat yakni, secara tidak langsung sehari kita telah mendapat 5 kali kesempatan berdoa dalam kesibukan juga memperbaiki kekhilafan diri.

"jika sekiranya akhirat yang kamu cari, maka dunia akan mengejar kamu, akan tetapi jika dunia mahumu, maka ia akan jadi milikmu jua, tapi akhirat bukan lagi untukmu..."

Wallahualam. Yang baik dari ALLAH n yang kurang itu dari silap Nadh sendiri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Soalan Tanpa Jawapan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ummm.. Nadh belum dapat melelapkan mata. Tak tahu napa. Spatutnya dari pukul 11 tadi dah tidur, tapi x dpt nk tidur. Padahal tadi mengantuk sangat. Actually dah berapa hari macam ni. Nak kata PMS sudah tentu la tidak, tapi memang rasa terganggu kebelakangan ni.

Mungkin banyak yang dalam fikiran ni yang perlukan jawapan tetapi belum menjumpainya. Mesti readers juga pernah rasa kan? Bila yang kita nak tu, tak dapat nak digenggam. Kekadang, hati bermonolog sendiri, dengan persoalan teras, apa sebenarnya yang sedang dikejar dalam hidup ni?

Persoalan itu akan terus menjadi jawapan tanpa noktah sebaik unsur jawapan dari TAG Dunia diambil kira didalamnya. Betul Nadh cakap, ada masa teringin lari dari hiruk pikuk kota dan kesibukan dunia ini, tapi bila terfikir akan komitmen dunia, segalanya menjadi buntu. Seperti yang disebut td, jawapan tanpa noktah menjengah ditengah-tengah.

Mungkin diri belum cukup teguh untuk menghadap rintangan ini, dan mungkin juga perlu beristiqamah dengan usaha sekarang kerana noktah sudahpun tersedia dihujung jalan, cuma menanti diri untuk menafsirkan jawapan pasti sebagai penutup tanda tanya.

Apa yang pasti, segala apa yang dijalani merupakan perjalanan yang sudah pasti tiada patah balik, dan hanya keredhaan yang tinggi beserta iman yang kukuh sebagai tapak membina jaya disana kelak.

Semoga semua kekal utuh mrnghadapinya. Amin.


Nadzri,
25-Nov-11
00:54
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 24 November 2011

PHOTOS | SAYANG, I WILL SAVE YOU!!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Kebelakangan ini rasanya Nadh kurang menulis kan? Rasa macam mana tak tahu, nak kata tiada ilham, ada juga sikit-sikit, tapi tak reti macam mana nak realisasikan message melalui penulisan plak. Jadi terpaksalah biarkan ianya pulih. Sementara itu, Nadh cari juga isi berguna untuk tatapan readers belog serba kurang ni. 

Di bawah merupakan kisah antara kaum-kaum singa yang menyelamatkan seekor anak singa yang jatuh ke bawah tebing yang runtuh. Kisah dramatic ini telah diambil oleh jurugambar hidupan liar Jean-Francois Largot di Kenya Masai Mara pada bulan Ogos 2011

Gambar 1  : "Oihh geng..Anak kiah jatuh woihh.. tulongggg~~"
Gambar 2 : Sementara depa nak sampai, aku nak turun dulu, Yang.. tunggu auntie ya, auntie datang ni"
Gambar 3 : ALLAH, tak lepas. sat Yang, Auntie cari jalan lain, sabaQ sat..

Lepas tu, satu geng turun untuk kerja-kerja menyelamat.
"Weyh, turun pelan-pelan weyh. Hati-hati.."

Dan Mummy pun sampai untuk menyelamat. 
"Yang, Mummy datang ni, tunggu, sabar kat bawah sana, sikit je lagi ni."

Anak dia nak terjatuh dah. tapi si Ibu pantas menarik si anaknya.
"Got you Yang. Alhamdulillah selamat. "

"Lets get back to the save place. Kita nak naik dah ni.."

Dan akhirnya anak selamat sampai ke tanah yang selamat. Di selamatkan dari bahaya yang hampir meragut nyawanya. Keduanya melepaskan lelah, anak kerana diselamatkan, dan ibu kerana sempat menyelamatkan.

Berbeza dengan keadaan kita di muka bumi hujung sini, iaitu di Malaysia. Situasi seperti gambar bawah ini, adalah hampir menjadi perkara biasa. Ibu bukan menyelamatkan, malah ada yang sanggup membunuh anak yang dikandungnya,
1. Demi menjaga nama baik (KONON),
2. MALU. (lepas kantoi, tapi sebelum kantoi tak fikir MALU DENGAN ALLAH)


Sebenarnya kan, ia dah disebutkan dalam satu hadis Rasulullah, iaitu Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka"

Dan di bawah ini merupakan bala yang menimpa menurut satu hadis lagi.
"Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi.

Dan jika ditafsirkan bala-bala itu merupakan :
1. Bala berbentuk cuaca panas
2. Bala berbentuk gempa bumi
3. ALLAH mengubah manusia jadi makhluk lain (tgk zaman sekarang, zina berleluasa, anak-anak dibuang, kan itu pangai yang lebih teruk dari BINATANG?)


Renung-renungkanlah.

Part 16: I'm nothing without you

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Karya kolaburasi antara Nadh n JIRAN. silalah berkunjung ke widget di kiri anda untuk kronologi kisah ni.

Selesai sesi ulang cerita apa yang jadi sebentar tadi, Amani yang tidak dapat menahan air mata lari turun ke bawah. Belum pun sempat dia sampai ke satu kawasan sunyi dari hiruk pikuk manusia yang lalu lalang, air matanya sudahpun turun merambu. Dia terus mendekati satu sudut itu dan menangis semahunya.

"Kenapa semua ni terjadi.? kenapa? "Kenapa yang di hukum itu dia dan bukan aku?"Amani tidak berhenti mempersoalkan apa yang berlaku. Dia benar-benar sedih akan apa yang terjadi. Dia terlalu sayangkan Shahir. Dan dia buta dengan perlakuan dirinya sendiri.

"kalaulah aku tidak bertindak seperti itu mesti semua ini tidak terjadi. "

Seraya fikiran Amani teringat kepada satu baris ayat dari surah Al-Anbiya ayat 35 yang bermaksud,
“Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”

Dia masih cuba menenangkan fikiran. Dalam masa sama bermuhasabah atas ujian yang menimpanya. Insan yang sangat dia sayang, koma, dan semuanya adalah kerana dia. Ujian kali ini sedang mengujinya dengan menguji andai dia kehilangan insan yang disayanginya. Memang benar yang ujian itu satu dari kasih sayang ALLAH, bila mana dia melihat kita seperti layang-layang yang sudah terlalu tinggi layangannya, dia memanggil pulang ke bawah dengan ujian ibarat tali yang merentap layang-layang di atas awan.

Amani sedar yang dia tidak sepatutnya buat perkara seperti itu. Dia adalah seorang yang berkelulusan agama,sepatutnya dia yang menjadi insan yang memperbetulkan yang berada di sekelilingnya, bukan si penjahanam maruah diri sendiri dan juga Shahir yang cuba diragutnya.


**********************************************

"he really is someone with full of surprises kan?". Iskandar


"........". Zaki cuma terdiam. Tanpa kata dan tanpa reaksi.

"Aku bersalah dengan dia Aki, Aku pernah tuduh dia satu masa dahulu. Aku tak sangka macam ini setianya dia pada kekasihnya dulu. " Iskandar menambah.

"Sudahlah tu Is, dia tak marah kau pun, dia pun paham, macam mana sayangnya kau pada Ina tu. Btw, isteri kau Azlina kan? tapi nama kekasih dia bukan Ina sepertimana kita memahaminya. "

"Maksud kau?"

***IMBAS KEMBALI**
"Shahir, kau biar betul pernah bercinta dengan Ina? "

"Betul, kenapa kau tak percaya?" 

"Kau tak tahukah yang apa kau luahkan ni bakal buat sahabat kita si Iskandar tu naik minyak dengan kau?"

"Naik minyak kenapa pula? Aku ikhlas dengan Ina, takkan kerana itu Is nak marah aku? dan aku pasti cinta aku terhadap Ina tidak akan padam semudah itu."

"Kau ni dah gila la Shahir, kau kan tahu Ina tu isteri Is sahabat kita tu?"

"hahahahahahhahahahahahahaha.". Shahir ketawa panjang. Saat itu Zaki seakan terkejut dengan perlakuan Shahir yang disifatkan memang menempah maut. Sudahlah mengaku cintakan isteri sahabat sendiri, malah berkeras akan terus mencintainya. Kalau tak mengenangkan Shahir ni sahabat dia juga, dah lama dia hempuk mamat ni dengan kerusi yang dia duduk sekarang ni.

"Sebenarnya kan, Ina yang kau dan Is faham dan aku maksudkan itu insan yang berlainan. Nama pun dah lain, bagaimana hendak sama keduanya?". Shahir memulakan ceritanya.

"Nama lain? kan ke nama dia Ina juga?". Zaki menyoal. 

"INA tu sebenarnya stands for Insyirah nak ALLAH. "

"Aikk? apa maksudnya ni?  "

"Insyirah Nak ALLAH. adalah nama yang aku buat sebab aku nak tenangkan jiwa aku selepas pemergiannya. Dia pergi saat kami sudah mula dalam perjalanan untuk ke arah perkahwinan. Aku dah pun khabarkan kepada kedua ibu bapaku, dan mereka bersetuju untuk menerima dia dalam keluarga kami. Tapi sayangnya.....". Shahir mula bernada sebak. 

"Aku faham Shahir, Insyirah Nak ALLAH sebab dia pergi menemui ALLAH sebelum kamu sempat bersatu sebagai suami dan isteri. Dia pergi menemui yang berhak ke atasnya.". 

"Aku tak sepatutnya cerita, kan? tapi aku rasa aku lebih sayangkan persahabatan kita dari kisah yang dah terbuku dan disimpan rapi yang mana aku simpan demi untuk menjaga perasaan sendiri. ". Matanya berkaca dengan air mata, tapi tidak pula dibiarkan ianya turun. Tindak tanduk Shahir mengundang sayu juga di hati Zaki. 

"Maafkan aku sebab bertanya, aku tak berniat langsung untuk buat kau bersedih dengan kisah lama yang kau bongkar hari ini Shahir. Aku benar-benar minta maaf."
**TAMAT IMBAS KEMBALI**

"Rupanya ini di sebalik semua ni Zaki? Aku langsung tidak tahu menahu. Betapa setianya dia. Tapi aku tak tahu menahu mengenai hal ini. "

"Kau jangan la risau weh, dia tak simpan dalam hati pun. Lagipun, Dia pun saja-saja ja nak sakat kau hari tu.". Zaki cuba menenangkan Iskandar. 

**********************************************

"Baik ya semua, malam ni adalah malam terakhir kita bersama dalam perkhemahan kita malam ni. Jadi malam ni aktivity kita adalah aktiviti refleksi yang mana semua akan berkongsi pengalaman masing-masing dalam perkhemahan kita ni. Jadi semua sila buat satu bulatan. ". Arah encik jurulatih. 

Malam ini akan menjadi malam terakhir semuanya bersama sebagai satu pasukan selepas selesai perkhemahan selama 4 hari ini. Seperti biasa, seperti mana juga kadet-kadet sebelum ini di akhir perkhemahan, mereka akan melakukan sesi ini, cuma bezanya kali ini, ianya dilakukan berbumbungkan langit dengan ditemani bulan dan bintang. 

"Awak, cantik kan langit malam ni?". Bisik Shahir.

"Boleh tahan cantiknya. Suka plak saya tengok. " Sambung Syirah.

"Mulai esok dah tak dapat la saya nak kacau awak lagi. Kita dah nak balik ni." Shahir menyambung. 

"Alhamdulillah, aman la hidup saya esok ye? ". Syirah membalas. Sambil lidah dijelirkan kepada Shahir. Shahir hanya mencebikkan bibirnya kepada Syirah. 

"Baiklah, saya nak seorang demi seorang beri pendapat mengenai program perkhemahan ini. Siapa nak mula dulu ni? ". Jurulatih menyoal. 

"Bagi Naz jurulatih, Naz nak mula tu, tengok dia macam excited ja dari tadi. "

"Bagi Alif, jurulatih, dia nak , dia nak..". 

Masing-masing sibuk menolak kepada orang lain sebab mereka tak mahu bermula. "Okeh la, Kita bagi dekat ketua kumpulan mula. Sri, sila mulakan. ". Sebagai ketua, dia pun memulakan sidang refleksi dan diikuti oleh satu persatu didalam bulatan bermula darinya.

Selesai sesi refleksi, jurulatih kedua bangun dan berdiri di tengah bulatan itu. 
"Baik, di dalam ni ada potongan-potongan tembikai, semua sekali ada 17, iaitu 15 pelatih dan 2 lagi saya dan jurulatih pertama, apa yang kita akan buat adalah, setiap seorang akan ambil satu, dan dia akan suapkan tembikai tersebut kepada seseorang dalam kumpulan kita ni, dan dia kena sampaikan ucapan kepada orang yang disuapnya. 

Maka, seorang demi seorang pun bangun untuk menyuapkan tembikai ke mulut seseorang. Sesampainya ke giliran Syirah, suasana menjadi gamat. 

"Shahir, Shahir, Shahir... Suap Shahir, Suap dekat Shahir..". 

Syirah terdiam, muka dia sudah mula merah padam, walau dalam samar-samar cahaya bulan dan lampu kecil di tengah bulatan, sudah dapat terlihat yang dia sudah berasa malu dengan kata-kata dari kumpulannya. Manakala Shahir ketika ini hanya menundukkan kepalanya. Dia juga berasa malu, tapi gelak sahaja dalam kumpulan tersebut. Di hatinya sedikit cemburu bila melihat Syirah menuju ke arah Nik. 

Tiba-tiba, Langkahnya terhenti, dia menuju ke arah orang lain di dalam bulatan tersebut, tapi sebelum sampai dia sempat berpatah balik dan menyuap Shahir. Semua yang berada di dalam bulatan tersebut bersorak. Mereka sudah mengagak yang Syirah akan menyuap Shahir. 

Walaupun cuma beberapa hari, sedikit perasaan sudahpun bertaut dalam hati mereka. Masing-masing sudah mengagak, terutama apabila semalam terdedah kisah sebenar semasa Shahir terlepas cakap ketika bersembang dengan Ho, ketika mereka mahu tidur, Shahir dan Ho tidak sedar yang percakapan mereka malam semalam di amati oleh perempuan di khemah sebelah. Merah padam muka Shahir pagi itu apabila disoal siasat oleh Kak Zura. 
**********************************************

"Abang.. Anak kita senyum abg.. cuba abang tengok tu.." Zainah dalam tangisnya memanggil Nazli untuk melihat anak mereka. Nazli cuma terdiam sewaktu melihatnya. Dalam hati berfikir, entah apa yang berlaku di alam koma anak kesayangan mereka itu...



Note :: Selesai sudah. Lambat bebenor nak sambung cerita ni kan? Maaf JIRAN.

Wednesday, 23 November 2011

Meninggal dunia di MALAM PERTAMA

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi ni Nadh nak kongsikan kisah yang pada Nadh PATUT SANGAT kita jadikan perbandingan dalam kehidupan kita seharian sekarang, dan diharapkan akan membawa kita ke jalan yang lebih baik yang membawa Redha Yang Maha Kuasa kepada kita di muka bumi dia ni.



**Berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh Shaykh "Abdul Mohsen al Ahmad",berlaku di Abha (wilayah Asir di Arab Saudi)


********************************************** 

Selepas selesai bersolat Maghrib, Pengantin perempuan memakai make-up dan memakai pakaian putih pengantin untuk majlis resepsi perkahwinannya.
Kemudian dia mendengar azan 'Isyak. Dia menyedari yang sudah terbatalkan wuduknya sebentar tadi, jadi dia memberitahu ibunya,
"Ibu, sudah masuk waktu Isya', saya nak berwuduk dan bersolat Isya' dahulu"

Si Ibu yang terkejut dengan kata-kata anak nya pun bersuara,
"Kamu dah gila kah sayangku? Bukankah di bawah sana tetamu kita sudah menunggumu? "Dan bagaimana pula dengan make-up kamu itu, ianya akan tercuci apabila kamu mengambil wuduk nanti.".

Si Ibu menambah lagi. "Aku Ibumu dan aku perintahkan kamu  tidak bersolat dulu, dan aku akan marah sekiranya kamu berwuduk sekarang. !!

Anaknya si pengantin baru menjawap,
"Ibu, aku tidak akan turun ke bawah sehinggalah aku bersolat, Ibu. "

"Ibu mesti tahu bahawa,
" There is No Obedience To Any Creature in Disobedience To The Creator." !!

Ibunya berkata:
"Apa pula yang akan tetamu kita katakan nanti apabila melihatmu turun tanpa bermake-up? Mesti mereka akan mengata kamu kerana kamu tidak nampak cantik.Dan mereka pasti akan menggelakkanmu sayangku."

Anaknya tersenyum, lalu menjawap,
"Adakah ibu risaukan saya kerana saya tidak akan nampak cantik di mata yang di cipta? Bagaimana pula dengan Pencipta saya? Saya risau Ibu, sekiranya saya terlepas solat saya, saya tidak akan nampak cantik di pandangan NYA.". Dia pun pantas mengambil wuduk, malah tidak peduli akan make-up nya sebentar tadi yang akan di cuci ketika wuduk.

Dia pun mula solat Isya', ketika dia tunduk bersujud, dia tidak sedar yang ini akan menjadi sujudnya yang terakhir. DIA MENINGGAL KETIKA DIA SEDANG BERSUJUD.

Satu penamat yang sangat indah bagi seorang Muslimah yang berkeras untuk taat kepada perintah ALLAH.
Ramai yang mendengar kisah ini, berasa tersentuh, kerana dia MELETAKKAN ALLAH SEBAGAI TEMPAT TERATAS DIDALAM HIDUPNYA. Dan dia mendapat penamat terbaik didalam hidup yang mana seorang Muslim sepatutnya mendapatnya.

" She Wanted To Be Closer To Him, So He Took Her Soul in The Place Where Muslim Are The Closest To Him ! "

SubhanaAllah !


Note : 
Dia tidak kisah sekiranya tidak cantik di mata makhluk, Jadi dia nampak cantik di mata Maha Pencipta, Bayangkan kita di tempat nya, apa yang akan kita lakukan? Yang mana satu yang akan kita pilih? Menyenangkan / Mengambil hati Makhluk atau Maha Pencipta?

Siapa yang dapat pastikan yang dia akan hidup lagi untuk minit berikutnya? Jam berikutnya? Atau Berbulan lagi? Tiada siapa yang tahu bila Maut akan tiba, bila kita akan pergi dan bertemu denganNYA, disoal oleh malaikat yang dihantar olehnya. Soalnya sekarang, BERSEDIAKAH KITA?



Sumber :: Email

Tuesday, 22 November 2011

eqbalzack.com Writing Contest [2]

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang ni Nadh tak tahu nak buat apa. Hanya berBW ke belog-belog favourite. Lepas tu jumpa JIRAN Nadh join satu contest ni. Iaitu "eqbalzack.com Writing Contest [2] "

Jadi Nadh pun join jugak la. Sesaja nak bagi semak penyertaan dalam tu kan. Tajuk cerita bawah ni.
"Lecturer-student relationship, anything wrong?"

*****************************************

"Ya ALLAH, dah boyot? Mampuslah kita yang.."

"Napa nya abang? Tak suka tengok Yayang dah boyot? Kan ke comei perut yayang ni? dah macam perut abg"

"Iye lah, tapi kan tak semua orang tahu, fitnah yang menuduh kita berkelakuan sumbang"

"Nak buat macam mana, kita yang nak sorokkan hal ni."

"Itulah, nak sorok sangat, sekarang dah macam ni, mana nak sorok perut Yayang?"

"Rasa bersalah sebab kita sorokkan perkara baik dari pengetahuan orang diluar sana. "

Keduanya malam itu tidur dalam kerunsingan. Sebab keesokannya mereka perlu mengadap Pengarah.

*****************************************
**Tinggg**
kepala otak bernas Zack berjalan. Dia selalu sangat dapat idea-idea sawan dikala semak kepala macam ni.
Sebenarnya, dia sedang membantu menyelesaikan masalah diantara sahabatnya Iffah dan Haziq yang ibarat badai yang sangat dasat mengalahkan serangan Adudu di planet bumi.

“Macam ni la, aku tahu dia tu student kau iffah, dan kau takut dan malu nak meluahkan perasaan antara kau dekat dia sebab kau takut dia akan jadi bahan ketawa orang kan? Sebab dia tu murid kesayangan kauu dalam kelas. Aku ada idea."

"Macam ni….. “.  Zack seperti biasa menjadi mastermind dalam menyelesaikan soal hati sahabatnya itu.

“Tapi….”. Iffah cuba menolak.

“Sudah.. Jangan bertapi-tapi lagi. Kau nak ke tidak dekat dia tu?”

*****************************************

Aku kau & dia
Bertautnya perasaan bila bertemu,
Dari mata datangnya Cinta,
Demi redha,
Akad dilafaz, Hubungan ditaut,
Hati dan perasaan itu fitrah,
Dan cinta tidak mengenal erti beza.

“Ini mungkin ungkapan cinta, tapi ungkapan cinta kami punya makna, perasaan tertusuk dalam hati. Tolonglah Pengarah, jangan gantung dia, dan saya, kerana kami bercinta, dan dah berkahwin dah.”. Rayu Iffah.

“Ehh kejap, apa yang awak berdua takut sangat ni? Saya pun dulu kawin dengan student saya lah, 10 tahun dah. Anak 10 tau. Jangan buat main.”. Balas pengarah.

“Haahhhhhhh…”

Ketiganya tergelak bersama. Ya ALLAH, penangan cinta. ;)


(299 Patah Perkataan)

*****************************************

Opss. Selesai sudah cerita ringkas Nadh. Susah juga ya bila nak menulis ada hadnya. Kalau sesiapa nak baca cerita dari JIRAN leh tengok kat SINI. Kero pun join gak kat SINI. Owhh ya, nak tag Acik KIRA .


P/s : Sapa nak join leh click dekat SINI ya. Peraturan pun ada kat sana. Cepat, sebab Tarikh Luput contest ni 25 Nov 2011.

Wahai Sang Juara

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni semua bercakap mengenai sang garuda terhempas kan? Nadh x pula ingin menyebut yang sama, tapi hendak berbicara mengenai sang juara.

Semua orang inginkan menjadi juara, menjadi number satu, emas, dan apa sahaja yang buat dia disanjung menjadi yang terbaik, tapi bukan itu sebenarnya yang utama dan menjadi agenda besar kehidupan. Berikut beberapa pandangan Nadh mengenai ciri sang juara yang penting.

1. Macam kita lihat tadi adalah mentaliti mereka. Bagaimana kita bertahan dan menyerang. Walaupun moral mereka boleh dijatuhkan dengan hampir 80,000 penyokong lawan di stadium, tapi mereka bijak mengawal emosi dan tenang.

2. Tidak putus asa. Ketinggalan 1 - 0 bukan petanda jatuh, tapi pemangkin buat mereka lebih usaha memburu goal. Malah, jika kita perhatikan, mereka bijak mengawal dan bertubi-tubi menyerang.

3. Professional n sikap. Nadh terus terang, Nadh kagum dengan sikap seorang pemain Indon td, walaupun dia kalah, tapi dia masih bersifat pro. Dia Nadh perhatikan tadi bersalam dengan pemain kita waktu pemberian pingat tadi. Bagi Nadh ini salah satu sifat n ciri juara.

4. Harga diri. Minta maaf andai apa y Nadh katakan ini berat, tapi Nadh tak dapat rasakan yang peminat mereka kurang bab ini. Pasukan mereka punya harga diri dengan bersikap pro masa bermain, tapi sikap fanatic yang entah apa-apa jatuhkan mereka, buat malu negara ja, bila pelawat kena naik barracuda untuk masuk dan keluar stadium, macam perang la plak kan? Tapi ianya sangat teruk. Mana pergi semangat kesukanan?

5. Semangat. Nadh nk minta maaf sekali lagi pada peminat fakri, tapi dia sgt spoil malam ni. Tapi memang boleh tengok yang dia spoil the game dengan prestasi dia tadi. Pass yang lemah, attacking yang gugup, n sahabat Nadh cakp, most of the time, apa yang dia buat memperlahankan tempo prmainan. Last minit leh nampak la dia macam buat hal, tunggu bola, pass teruk, then tak habis buat faul bodoh, dan last sekali, penalti macam x makan nasi.

Kita sebenarnya sudahpun juara satu ketika dahulu. Buktinya, dari berjuta sperm yang terpancut ke dalam rahim, kita yang menjadi juara bertemu ovum dahulu. Apa lah lagi yang nak dikejarnya? Tiada, tapi mentality, segala macam perangai juara perlu dititipkan didalam hati. Perjuangan masih jauh.

Bukan hanya mengejar number satu, tapi mengejar redha Yang Satu. Hari-hari perbaiki diri, akhirnya berakhir aman di tempat yang abadi. Lalai disini bermakna gagal juga di sana.

Takkan nak jadi juara yang gagal?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 21 November 2011

Bersyukurlah !!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Satu malam seorang lelaki datang ke rumah kami dan memberitahu saya, 
"Ada sebuah keluarga dengan lapan kanak-kanak. Mereka tidak makan selama beberapa hari, "

Saya mengambil sedikit makanan dan saya pergi. Apabila saya sampai ke rumah keluarga itu, saya melihat muka kanak-kanak itu kelaparan namun tiada pula kesedihan terpamer di wajah mereka.

Saya memberi beras kepada ibu. Beliau kemudian  membahagikannya kepada dua bahagian, dan keluar, membawa setengah dari beras dengannya. 

Apabila dia kembali, Saya bertanya kepadanya, "Ke manakah anda pergi?" 

Dia menjawap mudah, "Saya ke rumah jiran saya, mereka juga lapar. "

Saya tidak terkejut bahawa dia memberi-kerana dia orang miskin berhati mulia. Tetapi saya terkejut yang dia tahu mereka lapar. Selalunya, apabila kita sedang menderita, kita begitu memberi tumpuan kepada diri kita dan tidak mempunyai masa untuk orang lain.

Berilah makan kepada yang lapar, dan bantulah mereka yang dalam kesusahan. Kemudian cahaya anda akan bersinar keluar dari kegelapan, dan kegelapan di sekeliling anda akan menjadi terang seperti tengah hari.



Kisah yang Nadh kongsikan di atas, sedikit sebanyak membuka minda tentang kita yang berada di dalam kesenangan ni, bila satu masa kita bersedih, kita berduka, dan bersusah, kita lebih menumpukan bahawa kita sahaja yang diuji, kita tidak pula membandingkan yang lebih-lebih susah di keliling kita, kisah ini sangat memberi inspirasi kepada diri yang "BILA KITA RASA KITA SUSAH, SEBENARNYA RAMAI LAGI YANG SUSAH DI SEKELILING KITA". 


Bersyukurlah !!

Sumber : Email

Sunday, 20 November 2011

Part 14: I'm nothing without you

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
(Untuk kronologi kisah sila rujuk dekat widget di sebelah anda tu. ada dari episode satu dalam tu.)

Shahir mempercepatkan langkahnya ke tingkat empat bangunan hospital itu. Dia baru sahaja mendapat panggilan daripada Adilla. Walaupun diri masih terkejut dengan kejadian sebentar tadi, tapi dia gagahkan juga ke atas untuk menemui Adilla. Sebaik bertemu Adilla. 

"Kenapa ni awak? kenapa awak menangis ni?". Soal Shahir.

"Mama...". Jawap Adilla sepatah, dalam keadaan ter-esak-esak.

"Kenapa dengan Mama awak? ". Shahir bertanya lagi. 

"Mama dia jatuh dari tangga tadi. Semasa nak turun mendapatkan Adilla. " Jawap Rasyid bagi pihak Adilla yang disoal sebentar tadi. Saat ini, Adilla yang tadinya teresak dalam tangisnya tidak dapat nak menahan dirinya lagi, dia pantas mencapai Rasyid dan dipeluknya. 

"Uncle, Maafkan Dila Uncle, Dila tak sengaja.. Semua ini salah Dila.."

Rasyid terpinga-pinga dengan tindakan Adilla. Namun, dalam hatinya, benar-benar tersentuh, saat itu juga, air matanya berjuraian. Sudah lama, 24 tahun sudah dia menanti saat dan ketika ini untuk mendapat pelukan dari anak kesayangannya ini, namun, dia tidak pernah mendapatnya, kerana dia begitu dibenci oleh anak nya ini, kerana Adilla berpendapat, dia cuba merampas tempat Arwah Papa Adilla yang sudah lama meninggal dunia. 

"Sudahlah Adilla, mungkin sudah ini takdirnya, sekarang ini, bukan saat untuk kita biarkan air mata kita berjurai bak empangan pecah kerana meratapi kejadian ini, tapi kita biarkan ia turun ketika kita berdoa memohon agar Mama kamu selamat dari apa-apa musibah yang bakal menimpa. ". Rasyid cuba menenangkan Adilla. Sambil tangan nya mengusap ubun-ubun anak kesayangannya itu.

Shahir cuma sekadar tersenyum. Dia sendiri tak sedar yang dia juga terharu dengan apa yang berlaku di hadapannya. Dia gembira bagi pihak Adilla yang akhirnya berdamai dengan Bapa tirinya. Sedang asyik dia melihat drama petang yang sedikit menyayat hati itu, tiba-tiba pandangannya menjadi kabur dan Shahir tiba-tiba rebah ke bumi. 

Adilla dan Rasyid mendapatkan Shahir dan menjerit meminta pertolongan dari pihak hospital. Ketika itu, baru Adilla tersedar yang kepala Shahir berlumuran darah, tapi tidak pula dia bertanya akan keadaan Shahir tadi.

**********************************************

"Arghhhhhhhhh......... tak guna punya laki, apa lagi yang kau mahu ha? Aku dah bagi free pun kau tolak? bodoh, tak pernah pula buaya menolak bangkai, kau mungkin buaya bodoh yang menolak makanan percuma yang datang cuma menanti masa untuk di ratah." Amani menjerit macam orang gila di sebelah padang yang di singgahnya ketika dia pulang dari hospital sebentar tadi. 

Pakcik tidak dikenali. : "Adik, tak elok sekiranya adik menjerit-jerit begini."

"Apa yang kau tahu orang tua? Berani kau mencuri dengar apa yang aku buat tadi." Amani meninggikan suaranya. 

"Adik, bukankah malu itu satu dari ciri yang terkandung dalam iman? sepatutnya adik menjaga maruah diri dan bukannya begini, tahukah adik, jeritan adik tadi, mengejutkan semua.". Pakcik menambah lagi.

"Kau nak sibuk kenapa? Ada aku jerit kat telinga kau ka orang tua?". Amani mencebikkan bibir sambil mata merenung tajam Pakcik yang berada di sebelahnya. 
"Adik-adik. Mungkin Pakcik tak tahu apa yang mengundang marah adik, tapi Pakcik tahu, tiap apa yang menimpa kita, adalah limpah kurnia ALLAH kepada kita, merupakan satu cabang kasih sayang DIA kepada kita dik, mungkin hari ini adik berada di bawah, di uji kemapuan sabar adik, tapi satu hari nanti, adik bakal sedar yang hikmah sebenarnya lebih besar dari ujian yang ditimpakan kepada adik ini.".. Pakcik berucap lagi.

"Sudahlah kau wahai orang tua, aku tidak kenal kau, dan aku tak mahu dengar ceramah kau petang-petang ni.". Amani dengan biadapnya membalik kotak air yang diminumnya kepada pakcik tadi. Pakcik tidak sempat mengelak, dan habis basah bajunya terkena air minuman Amani.

Pakcik hanya menggelengkan kepalanya sambil memerhatikan Amani pergi meninggalkannya. Dalam hatinya berdoa agar Amani dapat menemui sinar yang dicarinya itu. Dia berdoa agar Amani akan kembali tenang. Tiada secebis rasa marah pun didalam hatinya melihat Amani dan perlakuan Amani terhadapnya tadi, baginya inilah harga yang perlu dibayar untuk satu dakwah yang tidak mengenal erti putus asa.

**********************************************

Amani baru selesai bersolat tika dia mendekati pintu keretanya, masuk dan pantas jari mencapai butang ON bagi menghidupkan radio keretanya. Irama Mohram dari lagu yang menyerikan cerita Syurga Cinta sedang berkumandang di siaran radionya. Hatinya terdiam seketika dan terkenangkan apa yang berlaku tadi.

"kenapalah aku sebodoh itu? Ya ALLAH, ampunkanlah aku Ya ALLAH, Aku terlalu tegar mengejar cinta yang tak sepatutnya aku agungkan. Aku lalai ya ALLAH, aku lalai sehinggakan aku terbuat apa yang tak sepatutnya aku buat." Amani menangis penuh kesal. 

Ketika ini jugalah teringat pesanan dari seorang Ustaz ketika dia mendengar tazkirah selang beberapa minggu yang lepas.

Dari Ma’qil bin Yasar berkata : Rasululloh shallallahu’alaihi wa sallam bersabda :
“Seandainya ditusuk pada kepala salah seorang kalian dengan jarum besi panas, maka itu lebih baik dari pada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (HR. Thobroni)

Amani tambah teresak lagi tangisnya. Mengenangkan apa yang dah dia lakukan tadi, malah dia telah berlaku sangat tidak sopan dan menjatuhkan maruahnya bukan sahaja di hadapan seorang yang bergelar abang kepadanya, malah, dia juga telah mengherdik seseorang yang berhati suci datang ingin menegur dan mungkin juga datangnya lelaki itu untuk membantunya. 

"Ya ALLAH, ampunkanlah aku Ya ALLAH. Aku benar-benar telah terikut akan bisikan syaitan durjana yang telah berjanji bakal merosakkan anak adam dengan sumpahnya satu ketika dahulu.". Dalam tangisnya Amani berazam untuk menemui Shahir dan memohon maaf, dan kepada pakcik yang diherdiknya tadi. Dia benar menyesal dengan perlakuannya tadi.

**********************************************

"Maafkan saya. Tiada apa yang dapat saya lakukan. Berlaku hentakan yang kuat tadi mungkin semasa dia kemalangan". Doktor Ana mengeluarkan kata. 
"Apa?". Mengalir lagi air mata Adilla. Kalau tadi kerana ibu, tapi sekarang Shahir. Dia sekarang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Akan tetapi dia pelik kerana macam mana tadi Shahir biasa sahaja, tapi baru sekarang rebah. 

"Saya faham apa yang kamu nak katakan itu Cik Adilla, tapi itulah yang terjadi, saya juga hairan kerana ini kali pertama pesakit mampu bangun seperti tiada apa, tapi kemudiannya rebah. " Balas Doktor Ana, seperti sudah faham akan apa yang hendak disoal.

Serentak dengan itu , keluarga Shahir pun sampai. 

**********************************************

Buta+Pekak+Bisu=CINTA