Followers

Saturday, 31 December 2011

Akan tiba masanya dia pergi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akan tiba masanya dia pergi
Beberapa jam sahaja lagi
Sesetengah berasa happy
Sesetengah tak senang hati
Persoalan yang tak berhenti
Apa azam tahun baru nanti?

Akan tiba masanya dia pergi
Sambil kita kesana sini
Apa kata di check kembali
Yang lama ada x ditepati?
Yang diazam adakah dicapai
Atau sekadar penyedap hati

Akan tiba masanya dia pergi
Esok mulalah tahun baru
Harap x mula dengan haru
Jangan hanya berazam baru
Tapi hampa macam dulu
Harap sedap kat telinga kamu
Tapi hampeh x jd pun cmtu

Moga kita jadi lebih baik. Sentiasa membaiki amal n menjauhi mungkar. Berani menegur, pegangan utuh, iman kekal teguh.

Diharapkan kita berdoa agar umat ALLAH akan bersatu. Kita kuat dengan ALLAH, satu y dikongsi sedunia, walau ada yang taknak ngaku, DIAlah yang satu, tak kira sekarang, nanti dan dulu.

Takbirr!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 30 December 2011

Bersangka baik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Seseorang yang bersedih. Hari-hari kehilangan dirasakan sangat perit. Hidup sangat susah dirasakan terutamanya bila melihat ke kiri dan kenanan namun tiada yang diharapkan itu disisi. Sekarang, dalam waktu terdekat ini, yang menemankan diri hanyalah enchik bantal yang menjadi pusat pengumpulan air mata, enchik cermin yang menjadi tempat meluah juga enchik perut yang menjadi mangsa kembong angin sebab tidak diisi saban hari.

Lama kelamaan si yang bersedih sedar yang dia dah salah, puas dia mencari jawapan, tapi langsung tidak bertemu. Namun, ALLAH itu Maha Penyayang, lantas dikirimkan utusan kepada si bersedih, bukan hanya jawapan buat kesedihannya, malah jawapan muktamad pada semua kekusutan dalam dunia. Satu yang bila diaplikasikannya, bakal memadamkan segala sedih dalam dunia yang x pernah sunyi dari menyapa kehidupan.

SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH.

Mksud Nadh adalah macam ni, kita susah hati, sebab kita ada masalah peribadi, kucing kesayangan lari dari rumah, punya la susah hati kita ni, fikir macam-macam ni.
Dalam fikiran : mungkin ikut boyfie lari ke lombok kot kan? Ke kena culik? Jika ya, kenapa x ada nota ka panggilan tpom dr penculik? Atau kucing tu dah x suka kita sebagai tuan dia? Ke kita rebus ikan x sedap sbb x letak garam?

Kita terlalu beratkan fikiran sampai last sekali, kita seakan menyalahkn ALLAH atas apa y menimpa. Konon macam ALLAH x nk makbulkan doa kita untuk bersatu kmbali dengan kucing kita tu.

Bukankah lebih baik jika kita baca situasi sebagai ujian ALLAH kepada kita? Satu cara untuk kita tunduk bersujud kepangkuan tikar sejadah memohon doa agar dipertemukan?

Sambil tu bermuhasabah, kenapa ALLAH pisahkan kita dengan kucing kita? Mungkinkah bila kita ada dia, kita terlalu asyik sampaikan kita x bersolat kepada nya? Ye lah kan, asyik nk main ja? Atau mungkin ALLAH nk kita belajar rasa kehilangan pula, kata org, kucing ni kan, kalau dia nk mati dia akn ilg dr pndgn mata tuannya (xnk tuan dia sedih gamaknya kan?),

bila bersangka baik, bukankah ini satu kebaikan ALAH kirimkn kepada kita? Sebabnya ALLAH xnk kita sedih. ALLAH xnak kita lalai. ALLAH nk ajar kita erti hidup yang tidak pernah sunyi dari 'kehilangan'.

ALLAH sangat baik kan? Kita ja yang gegeh sangat nk fikir banyak.

"Cukuplah bagi kami ALLAH, DIAlah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 29 December 2011

Tidak susah, kita yang menyusahkannya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca..

Selamat pagi readers. Pagi ini hari kedua Nadh OJT buat kerja dekat site. Semalam Nadh ckp dkt enchik trainer, hr ni aja Nadh, esok if ada site, let me do it, then u cn take 1 week holiday n i will take care of the rest.

Terus dia perli Nadh, "amboihh, confident betul engkau ye?". Nadh gelak ja.

Bila renung balik dalam hidup ni kan, Kekadang kita akan rasa down, motivated, confident, useless dan macam-macam. Perasaan itu yang kemudian akan terbawa-bawa dalam perbuatan kita lepas tu. Contohnya, mood gloomy akan secara tidak sengaja buat kita nmpak suram ja, macam kurang berminat nk bekerja mungkin? Manakala bila bersemangat, kita seakan bermula dengan penuh tenaga yang mana 'tenaga' itu dikongsi secara tidak sengaja oleh colleague kita.

Macam Nadh terbaca dalam pesbuk tadi, "ia tidak susah, tapi kita y myusahkannya". Nadh nk pnjm quote ni y asalnya untuk menda lain untuk digarap dlm entry ni.

Baik, Nadh nak panjangkan. Tidak susah, tapi kita yang menyusahkannya.
Contohnya : Mula kisah bila terfikir nak punya kenderaan sendiri. Dalam bank ada RM15000. Setelah difikir fikir renung renung last sekali belilah kenderaan tu.

Tak susah bila : beli wira second hand secara cash.
Menyusahkan bila : nak Honda Civic : harga 150k, HUTANG. Tapi lama kelamaan rasa terbeban. Ye lahh, setiap bulan kena tanggung dekat RM1500 untuk installment. Gaji pun tak tara mana sangat. Lepas tu, bila ekonomi meleset, mula la pening kepala.

Macam itu jugalah dalam hidup ni. Kita sebenarnya yang susahkan hidup sendiri, bukan orang. Kaedah termudah nak selesaikan masalah susah menyusahkn ni adalah dengan serahkan semuanya pada ALLAH.

Seperti Contoh yang Nadh bagi di atas ni, y Nadh mksudkn berserah adalah bila kita benar-benar mengikut susunan ALLAH tu la. Dia x semestinya bg kemahuan kita, tapi yang pasti Dia x pernah miss keperluan kita.

Bermaksud, apply hukum y Dia buat tu, kita juga carilah n dptkanlah keperluan, bukan terlalu asyik dengan kemahuan. Sebab bila yang perlu tu dah ada, hidup dah cukup senang, lain pula dengan kemahuan yang sentiasa meluap luap dan tidak pernah habis. Sebab tu x hairan bila tgk berita saban hari, pegawai, malah tahap menteri pun guna duit banyak dan menyeleweng. Padahal logiknya gaji depa pun dah cukup tinggi.


Note :: Sebenarnya banyak lagi bila babit tang tidak susah yang disusahkan ni, terlalu banyak. Tambh tambah bab adat, bab kait dengan orang ni. Nk orang suka, nak orang kagum, nak orang hormat, last skali? ALLAH entah ke mana.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 28 December 2011

Wordless Wednesday #24

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Masjid atas kolam.
Masjid Al-Uda Alor Setar.

Kabus-kabus Cinta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nampak x tu? Kabus yang sangat tebal dlm perjalanan. (dr Taiping ke Bukit Merah). Since kabus yang Nadh jumpa pagi ni, jadi biarlah kita jadikannya subjek pagi ni ye?

Apa yang readers nampak pada seluas pandangan kabus? Putih? Sejuk? Lawa? Best?

Nadh rasa - "gile cool~~" (nada Probe)

hihi opss sorry. Sebenarnya kan, bila tengok kabus ni, tersedar yang ianya hanya ada pada tempat yang menghijau ja. Kabus ibarat selimut yang menutup pandangan, melaluinya ibarat melepasi satu dimensi baru, indah sangat. Namun adakalanya bila ia terlalu tebal mungkin bakal mendatangkan bahaya.

Sedar x kita sebenarnya hidup kita juga ibarat melepasi kabus? Jalan x pasti didepan kita. Kita mungkin tersasar, mungkin juga berlanggar, jatuh terjelepok, tapi bila pandang hadapan yang kabur terbuka, terfikir semua pasti x jadi kalau nampak. Begitulah kehidupan kita ni yang adakalanya kita melepasi 'kabus' , yakni perjalanan kurang pasti yang kita lalui. Kekadang kita rasa cool, bila nampak kabus, kita lalu juga, kekadang kita perhatikan, terlalu asyik, seakan xnak lepas kan? Semuanya dek seronok dengan situasi.

Hidup adalah perjalanan yang tak pasti. Namun ALLAH dah tunjuk jalan pun. Al-Quran n As-Sunnah tersedia sebagai ikutan n rujukan. Barangsiapa yang berpegang padanya pasti xkan apa-apa. Yang mana kebahayaan kabus dapat diabaikan.

Pun begitu, kabus itu sebenarnya memang sangat cool. Perjalanan x pasti tu mungkin berliku, tapi hebat bila kita tahu tiap satunya merupakan penuh hikmah yang dikurniakn buat kita. Ujian tanda kesayangan, nikmat itu pemberian. Bila kita teguh berpegang, kabus itulah 'Kabus-kabus Cinta'.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 27 December 2011

Kepimpinan melalui tauladan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru pulang kesarang bak kata Mama pagi td. Tapi malam ini bakal bergerak ke Alor Setar untuk tugas esok siang. Baru sangat sampai dah keluar balik. Hihi. Sebenarnya kan, kalau x balik pun x apa tau. Sorang boss dah bg kebenaran smlm. Pastu hari ni sorang lagi pun ckp, "laaa klu ang ada kerja x pyh la blik lg, dok ja kt Penang tu".

Tapi Nadh da blik pn, n rasanya x sanggup nk lbhkn personal dr tugas sebab boss tu pernah kecil hati ng colleague Nadh yang wat mcm tu sebab terlalu lebihkan personal. Jadinya Nadh blik juga smlm sbb hr ni berkemungkinan ada meeting. Tapi dah kena gelak sebab dia kata x apa aihh.

Nadh snyum ja. X kisah la. Orang tu brsungguh untuk semua, x patut plak Nadh nk buat cm tu. Bagi Nadh ini adalah fasa Nadh belajar melalui kepimpinan. Dia banyak da aja Nadh slama ni. Bukan hanya boss tapi seorang abang yang baik. Kata orang bila kita mcontohi perkara baik, kita juga jadi lebih baik. Nadh rasa memang pun.

Kepimpinan melalui tauladan. Kenapa zaman awal ketika ada Rasulullah dulu adalah zaman kegemilangan? Kenapa tahun-tahun selepas itu masih terus gagah dengan para sahabat, lepas itu diikuti dengan generasi seterusnya, sehinggalah tiba zaman suram seperti hari ni yang bakal berterusan sampailah Islam diangkat kembali kegemilangannya.

Jawapan Nadh adalah pemimpinnya. Lihat bagaimana hebatnya Rasulullah menjadi ketua agama satu masa dulu. Kaji bagaimana hebatnya para jemaah yang memegang tampuk pemerintahan dengan agama berjaya buat Islam jadi sanjungan. Bagaimana Al-Fateh mengangkat Islam sbg kuasa besar satu masa dulu?

Kemudian zaman kini pula. Suram dan hampeh. Bagaimana perompak besar hanya terima hukuman ringan sedang yang terdesak itu dihukum berat. (sangat terkedu dengan hukuman tu. ) juga tidak mengiakn kesalahan yang bersalah 'ringan' cuma mempersoal 'adilnya' di sana.

Selagi mana tiada ISLAM, selagi itulah bermaharajalela ketua-ketua songsang diatas sana sewenangnya mengerah kekayaan, menyusah dan terusan menindas. Hukum ALLAH x kenai siapa. Tapi adil buat semua.

Bila ditanya tentang kepimpinan melalui tauladan, saya terus tergelak. ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 26 December 2011

Bercinta dengan Rupa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Nadh rasa sangat letih ni, seharian di luar hari ni menyelesaikan kerja sikit. Lepas tu, da balik, lepas mandi, rasa badan sangat segar dan lepas tu mula la rasa mengantuk. Tapi yang anehnya, mengantuk tu tak dapat nak lawan rasa nak menaip Nadh ni. Dah nak terjelepok tadi atas lantai, tapi entah napa, bila tengok lappy tak dapat nak lawan ghairahnya rasa nak menaip malam ni, tapi heran jugak, sebab nak menaip tapi apa nak dijadikan bahan pun tak tau. 

Yang bestnya, ALLAH ni sangat sayang pada kita kan.? Lepas Nadh habis solat tadi, ALLAH beri ilham untuk Nadh kongsikan malam ni, iaitu Bercinta dengan Rupa. 

Tadi masa nadh kat bawah dengan Mama, ada cerita Cave of The Golden Roses. Dalam tajuk malam ni, Romualdo tukar jadi rupa buruk yang betoi-betoi buruk ni, macam golem la, jadi dia rasa malu nak bersama dengan Fantaghiro. Lepas tu dia pun lari dan uji Fantaghiro, adakah dia tu betoi-betoi cintakan dia.
Kisah mengenai cinta dan rupa. Dan Nadh panjangkan kepada persoalan buat yang membaca. Adakah cinta kita hari ini kerana rupa? Kerana satu masa kita melihatnya, kemudian bak kata orang Melayu dulu-dulu 'dari mata jatuh ke hati', dari hati lahirlah satu perasaan yang dipanggil Cinta. Cinta yang bermula dari mata, kemudian turun beralih ke hati dan akhirnya bertapak dalam jiwa seterusnya bermula langkah awal mendekati untuk memiliki.

Dan sekiranya jawapannya adalah YA. Adakah sekarang ianya masih bertaut hanya kerana rupa? dan bukannya hati sudah mengambil alih peranan rupa dan mencintai dia kerana dia adalah dia, yang mana bila dia 'berubah' rupa, kita akan masih setia dan menemani dia hingga dia sudah melelapkan mata buat selamanya. 

Suka Nadh nak kaitkan dengan cantik menarik segak, lawa, comei, kacak, bergaya, dan segala berkaitan dengan rupa dan pandangan. Bermakna kita mencintainya dengan sebab. Dan satu hari nanti, bila tiada lagi sebab yang tinggal maka tiada lagilah cinta yang tinggal untuknya. 

Contohnya ya, ada beberapa sebab mengapa dia yang menjadi pilihan kita.

1. Rupa - Kacak bergaya, hensem, cantik. - Sekarang memang la dia paling cantik, emsemm bagi kita, tah tetiba jumpa yang lagi emsemm cantik, dia kena tinggal tak? Ye lah kan, dulu emsemm dan selim, tapi sekarang, emsemm tapi ada specs tambahan, perut one pack, KITA SAYANG LAGI TAK?




2. Rupa - Maneh elok. Takkan la satu hari nanti, bila tiada lagi manehnya dia bakal dibuang kerana tiada lagi manis yang sememangnya menjadi penyedap mata kita?


3. Rupa - Putih Gebu. Nak jadi cerita, satu hari dia kena hempap dengan cat hitam, habis gelap tubuh dia sebab cat tu memang tak boleh nak tanggal lagi, adakah terus ON THE SPOT dia nak kita tinggalkan?



4. Rupa - Kulit Cekang elok. Adakah bla satu hari nanti si dia berkedut, tiada lagi rupa idaman sekarang, dianya bakal dilupakan?




Cuma beberapa contoh pada yang membaca. Lepas tu kita belek sat tubuh kita ni. Pastu kan, kita tengok CINTA ALLAH pada kita.

1. BILA KITA RASA KITA GEMUK- Cuba kita rujuk uncle gugel sat, dekat luar negara tu, ADA ORANG YANG LANGSUNG TAK MAKAN, adakah itu bererti ALLAH tak sayang kita?

2. BILA KITA RASA KITA GELAP - Cuba plak la kita belek channel pelajaran, ada satu info menarik : Sebenarnya orang gelap ni kurang risikonya pada kanser kulit.

3. BILA KITA RASA KITA KURUS SANGAT - kesiankan lah pada yang obesiti, pada si gemuk-gemuk yang mencari-cari kaedah menguruskan badan, dan kita bebel kerana kurus sangat kita ni, Bersyukur tak kita? 

Terlalu banyak untuk kita bualkan tentang RUPA dan Cinta. Akhir sekali, penutup bebelan Nadh malam ni adalah, bila kita terlalu membanding RUPA dan CINTA, pandanglah keistimewaan ALLAH pada semua dari kita, adakah si gemuk yang tak cantik tu TAK DIBERI AIR UNTUK DIMINUM? atau si gelap TIDAK DIBERI UDARA UNTUK BERNAFAS? Atau si cacat tidak diberikan REZEKI UNTUK HIDUPNYA?

Pendek kata KASIH SAYANG DAN KECINTAAN ALLAH tidak terbatas, malah buat semua, tanpa ada lebih dan kurangnya. Sama sahaja yang diberikan. Persoalan akhir sebelum Nadh meminta diri, 

" Cantik ka si dia tu bila Mengerbang rambutnya, cantik ka tu?"

" Handsome yang mendedahkan betisnya dan lututnya pada tatapan umum sedangkan itu AURAT, handsome ka? "

Tidak bergunalah "kelebihan" yang dikurniakan itu, bila mana kegunaannya adalah untuk DOSA.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al-Hujuraat : 49)

Akhir kata, RUPA YANG SEPATUTNYA DI PANDANG adalah HATI. :) Kerana itu ALLAH kata, TAKWA, sebab TAKWA tu adalah dari HATI. Bukan dari rupa tau! (tak ada pula sebut handsome, cantik, kacak, lawa, segak)

Renung-renungkan. :D

Sunday, 25 December 2011

Sepotong Kepala Ayam Goreng Untuk Ayah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Satu petang, ketika pulangnya seorang suami dari kerja. Dia melihat isterinya yang tertidur di atas ruang katil queen milik mereka didalam bilik peraduan mereka, dalam fikirannya, mungkin letih gamaMama solat Asar?". Isterinya bangun dengan hati yang bebunga-gunga lalu menjawap soalan suaminya, "sudah Papa.." lantas bangun dan mencapai tangan suaminya dan dikucup penuh sayang.
Si isteri kemudiannya turun ke dapur dan menyediakan santapan buat suami tercinta. Lauk untuk petang itu adalah lauk kesukaan si Suami. "Lihat ni Papa, Mama sediakan masakan kesukaan Papa.". Suami pun membuka penutup makanan lalu melihat ada sepotong kepala ayam yang terhidang untuk dirinya. Lalu si suami memakannya dengan lahap dan menghabiskannya. 

Isterinya yang setia menemani si suami makan, sambil bersembang dengan suami nya. Isterinya bertanya,
"Papa, kenapa Papa suka makan kepala ayam, padahal Mama dan anak-anak kita tidak suka kepala ayam?".

Suami yang sedang makan menghabiskan suapan terakhirnya, dan selesai mengunyah, dia menjawap, 
"Itulah sebabnya kerana Mama dan anak-anak tidak suka makan, jadi Papa habiskan la, supaya Mama dan anak-anak kita dapat makan bahagian yang paling enak."

Mendengar jawapan dari si suami, terlahirlah butir-butir mutiara jernih turun menuruni pipinya. Jawapan itu menyentak jiwanya. Langsung tidak terlintas olehnya yang sepotong kepala ayam itu punya maksud paling dalam yakni setulus-tulus kasih dan cintanya si suami terhadap dirinya dan anak-anak mereka. 

Suami yang menyedari tingkah laku isterinya yang dah mula 'banjir' datang mendekati si isterinya, lantas disapunya air mata di kelopak mata isterinya, terus memberi sebuah ciuman penuh makna di ubun-ubun isterinya. 
"Terima kasih ya Papa atas cinta dan kasih sayang Papa.". Ucap sang isteri. Suaminya menjawab dengan senyuman, petanda kebahagiaan hadir di dalam dirinya.

Wahai readers, kita seringkali mengabaikan sesuatu yang kita sangka kecil yang dilakukan oleh Ayah kepada kita. Kita terlepas pandang kasih sayang dan meletak ke tepi makna kasih sayang, cinta, pengorbanan dan tanggungjawab. Semoga dengan cerita di atas kita boleh mengambil hikmah dengan mencintai setulus hati ayah kita. Ingatlah yang walau sekecil kecil yang diberikan kepada kita, ia tiada dibuat tanpa makna, tapi sedalam-dalam kasih bersama perlakuan mereka. 

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Kenapa? Semestinya lah kerana hanya mereka yang sudi ada tika kita SUSAH, hanya mereka yang sanggup berdiri menyokong DUKA, dan pastinya, tiada lain dari kasih mereka yang telah menjaga dan membesarkan kita sejak dari kita kecil lagi. Hargailah mereka selagi ada, kerana kelak, mungkin kita tak dapat lagi hendak bermesraan sepertimana ruang yang kita punya sekarang.  


Credit n Edited from : Ust M. Agus Syafii

Saturday, 24 December 2011

Terkadang cinta dan kehilangan berjalan seiringan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam Nadh terkumen dekat satu post sahabat Nadh yang bertajuk "Terkadang cinta dan kehilangan berjalan seiringan".

Nadh cakap setuju. Sebab Nadh rasa memang betoi pun. Cinta dan kehilangan datang bersama sebab hidup yang bukan milik kita. Mungkin kita terasa kita menyusun nya dengan plan kita (kita yang kata), tapi mandat untuk tiap kejadian itu adalah izin ALLAH.
" Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)." ( AlQamar : 49 )

Kemudian ada satu ketikanya yang kita rasa telah berjaya dan bakal dapat apa yang kita mahukan, tapi tetiba, ianya hilang dari pandangan. Ada kalanya, kita terlalu berharap. Tapi putus juga ditengah jalan. Ibarat air yang kita tadah ditangan, kita yakin benar yang ianya bakal menjadi milik kita, tapi sebaik digerakkan, tirus, air turun dari tapak tangan. Tumpah dari tadahan kita. Begitu jugalah dengan perihal hidup dan mati. Kita mungkin sudah dapat, tapi akhirnya, kita kehilangannya.

"Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). maka kalau engkau meninggal dunia (Wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya? Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan” . ( QS Al-Anbiya ayat 34-35 )

Walaubagaimanapun, ada yang lebih menyedihkan, memiliki cinta dan kehilangan akhirat. Dapat faham x perkaitan ini?

- Hidup yang mengejar sang makhluk dunia, terlalu cinta, hinggakan perasaan itu yang sepadannya menjadi pemangkin Cinta Abadi untuk hidup disana diabaikan. Nikmat yang diberi tapi dilalaikan.

- Terlalu cinta pada harta, wang dan pangkat, hingga tidak mengendahkn hukum hakam. Haram pun sapu..

- Cinta keterlaluan yang membabi buta. Tiada dia, tiada juga kamu. Mati dia, mati juga kamu. Sedangkan itu hnyalah satu pencaturan mengajar jiwa. Tapi hilang sudah nyawa, dek kejarnya cinta tak kesampaian.

Begitulah hebat sekali penangan cinta. Tapi datang juga bersama satu penawar yang diberikan Yang Maha Agung.

"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq : 3).

Modal utamanya hidup adalah mengabdikan diri dengan sepasrah mungkin dan berserah pada ALLAH. Menyerahkn segala urusan kepadanya, menerima dan bertawakal setelah usaha diberikan. Pernah dengar x orang cakap, "setapak kamu mendekatinya, selangkah dia kepadamu, sejengkal kamu kepadanya, sehasta dia kepadamu". Menunjukkan betapa luasnya karunia dan rahmatnya yang selama ini memayungi hidup kita.

" Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.” (Surah Ar-Rum ayat 47)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Besar periuk, banyaklah keraknya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tersebutlah kisah, A iaitu seseorang itu bergaji 800, dia kata x cukup, sebab masa tu dia kena bayar rumah la, untuk makan la, untuk kiriman kepada keluargalah, banyak betul untuk dia guna. Kekadang dia buntu, ye lah kan, untuk diri x berapa cukup nak belanja sampai terpaksa pinjam dari kawan pula.

Satu hari, nk dijadikan cerita, si A yang rajin ini telah dinaikkan pangkat, dan sudah pasti gaji nya juga telah dinaikkan. Kalau dulu 800, tapi sekarang beserta dengan insentive dan elaun, dia telah mendapat 1200 sebulan.

Pada awalnya, A tersangat gembira, sebab kenaikan 400 bererti dia ada banyak duit lebih untuk disimpan memandangkan gaji sebelum ini hanyalah 'cukup makan'. Namun, lain pula yang terjadi, bukan kata semakin mewah, tapi hal yang sama masih berlaku, masih berlaku kesusutan wang buat A, dia masih lagi kurang wang bila tiba hujung bulan.

Setahun berlalu. A masih seorang yang sangat komited pada kerjanya, dan kali ini, sepertimana janji ALLAH, kita diblas dengan usaha yang kita buat, A dapat kenaikan gaji lagi. Sebanyak 300 lagi ditambah pada koceknya bila tiba hujung bulan. A tersangat gembira. Sekali lagi dia berpeluang untuk menyimpan.

Namun, sangkaannya meleset. Dia telahpun menjual motosikalnya untuk digantikan dengan kereta. Kali ini, habis sudah baki 300 yang sepatutnya disimpan itu, hendak diburukkan lagi keadaan, dia meminjam lagi 3000 buat habuan mengubahsuai keretanya.

Akhir bulan, dengan tangan yang memicit micit dahi, dia tertunduk dan mengomel,
"ruginya aku dah x ada motor, kalau dulu isi 5.00 cukup 3hari, tapi kini kena isi 10.00 sehari, campur toll dah 13.00 sehari ". A mula menyesal dengan tindak tanduknya.

Begitulah realitynya dalam masyarakat. Semua beranggapan gaji besar itu penjamin hidup senang, namun sebenarnya tiada yang perasan bahawa TIADA HUTANG itulah penjamin kesenangan hidup. Kemungkinan pada mereka 1000 itu kecil, tapi tanpa hutang 1000 itu juga nilai yang agak besar dibandingkan dengan 10000 dengan hutang 9000. Mungkin dari nilai baki itu sama, tapi yang nk ditekankan adalah 'nilai tanpa hutang' tu. Katakan satu hari jika keduanya tidak bernasib baik, dibuang kerja keduanya, si 1000,masih mampu hidup denamgan kerja baru bergaji 500, tapi si 10000 tak mungkin mampu hidup walau dengan 5000 kerana dia perlu 9000 untuk menutup mewah.

Mereka mungkin tidak mewah, tiada kereta vios, kondo 14 tingkat, tapi itu semua kan KEMAHUAN? Tak semestinya rumah pangsa biasa 44 tingkat n moto cub lampu bulat tu x hidup x boleh pergi kerja kan?

Semua merupakan pilihan kita. Sedang untuk makan pun dah dipesan "berhenti sebelum kenyang", inikan pula hidup dengan luas liputan yang lebih besar.

Apapun pilihan anda, Sama ada anda menambah kerak atau menTIADAkan kerak waktu berubah periuk besar, berada pada tangan anda. Pilihlah diantara KEHENDAK atau KEPERLUAN. Anda mampu mengubahnya! ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 23 December 2011

Gemok tak cantik laaa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kurus tu cantik, ye tak?

Yaya :: Mama, sepupu Yaya tu gemokk Ma. Tak cantik.
Mama :: gemok? Gemok.cmna?
Yaya :: gemok la, gemok macam ibu tu. Tapi ibu tu gemok cket caje.
Mama :: gemok tak cantik ka?
Yaya :: gemok tak cantik. Icha tu kurus, cantik. Gemok tu malass macam orang utan Yaya tengok kat zoo tu.

Uikzzz. Gelak sakan masa mama cita pasal ni masa naik keta tadi. Ade2 ja adik sorang tu. Ntah mana dapat pun tatau. Punya pandai relate dengan sekeliling dia.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 22 December 2011

Peel customer

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Bizi sungguh aih hari ni. Mana tak nye kan, kerja baru nk mula ni. Orang dah mula kalut, call x berhenti, pastu mula la tekanan perasaan Nadh ni. Bukan apa, nak save cost, pastu malas nk mlayan customer.

Sebenarnya kan? Mmg ada masalah bila ujung bln ni, sama ja tiap bulan. Bila customer dok kalut nak kejar target depa. (yang peliknya, awal bulan suma keja 'goyang' ja. ), lepas tu kan, nak suruh reattend menda yang x sepatutnya kna attend. Mls btoi la nk mlayan.

Bukan tak ikhlas kerja ya, cuma malas nk layan sebab dah terlalu banyak Nadh wat wellfare kt depa. Gila ka apa barang depa yang rosak, kita yang tanggung cos. Lepas tu bila minta suruh bayar kita dapat ALASAN bodoh. Sapa tak hangin kan? Kita ni hidup dengan sales, tapi depa goyang-goyang ujung bulan tekan duit masuk, sepatutnya consider dengan kta ni la. Asik suruh support ja, mintak support hampeh.

Dunia ohh dunia.. Kalaulah depa dapat rasa keadaan kita ni walau sekejap, baru depa tau cmna..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Indahnya satu PENGHARGAAN! - Menangguk bahagia disebalik duka

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh ada seorang sahabat ni. Selalunya kan, bila chat ka sembang dengan dia dalam FB dia selalu sebut "saya ingat jasa kalian" , "saya x pernah lupa kamu semua".

Buat Nadh rasa terharu plak. Betapa dia hargai apa yang pernah dihulurkan kepadanya satu masa dulu. Serius rasa terharu bila orang bersungguh keluarkn kenyataan macam tu dekat kita. In fact, dalam dunia ni, berapa ramai sangat yang macam tu? Berterima kasih atas apa yang diberikan kepadanya.

Bukan minta pun, pulun lagi la, tapi Apa yang Nadh nak cakap adalah, bila berbudi, tidak perlulah kita berharap akan sebarang penghargaan buat kita. Sama macam kes ni, x pernah terfikir dia akan ingat lagi. Padahal Nadh pun dah lupa apa Nadh buat dulu.

Tapi bila cmni, rs terharu lah, walhal Nadh ni suka jadi angin. Maksudnya sekadar berlalu. Dengan tetiba dinyamankn, dan tanpa sedar sudah pergi berlalu. Itulah ibaratnya, menyedapkn orang, dan ilang bila tiba ketika orang sudah tidak memerlukan. Terbaik bt Nadh sebab bg Nadh ini adalah kebahagiaan melihat senyuman terukir dari bibir yang bersedih.

Sebenarnya bagi Nadh ia adalah salah satu terapi diri, bila mana kita pandang masalah tu sebagai ubat merawat luka diri. Mksudnya. Masalah melanda orang sebagai batu pengukur untungnya kita dalam hidup. Dan perbandingan itu (dalam masa kita memotivasikan orang) , kita sedang membina tembok YAKIN dalam hati dan memperkasakan PERCAYA DIRI. Ya lahh, masalah orang bisa diselesaikan, apa lagi diri sendiri. Dan buat kita semakin tabah.

Akhir sekali, kita akn peroleh KEKUATAN dari sana. Bila menjadi 'si boleh harap' bagi yang perlukan khidmat kita. Membantu n dibantu. Dia dengan halnya, kita menangguk bahagia melihat penyelesaian. Itu diri Nadh. Gembira menepek disebalik duka hingga temu cahaya. Akhir hilang tanpa bicara. Ibarat angin berlalu, sejuknya rasa selesa nyamannya, pabila selesai mengorak bahagia, ilanglah ia tnpa berita.

Superman mana nak pegang kriptonite dan melemahkn kredibility sendiri kan. ?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 21 December 2011

Kapal Perang Kertas

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kisah ini adalah diantara dua insan, si Ayah yang menemani anaknya berada di atas beranda rumah, dan menghabiskan masa bersama. 

Kapal Kertas by Fiza


"Ayah, boleh tak Ayah aja Yaya camne nak buat kapal kertas Ayah?". Dengan tangan menghulurkan sekeping kertas ke tangan ayahnya.

"Boleh sayang." Sambil tangan mengambil dan mengajari anaknya bagaimana membuat sekeping kapal perang kertas. Kemudian, selesai buat, si ayah membawa anaknya ke ruangan taman di bawah, dan meletakkan kapal anaknya didalam aliran air di kolam di halamannya. 

Seraya itu, si ayah berbicara,
Wahai anakku, dapatkah kamu melihat, kapal yang ayah buat tadi, dan ayah lepaskan dia di aliran air di dalam kolam air ni. Selepas itu ayah tinggalkan dia dan dia bergerak menusuri jalan aliran air itu hingga tiba ke destinasi akhir air itu. Walau kapal ini tidak berengine, tapi dia masih bergerak, sangat perlahan, tapi akhirnya dia sampai juga. 

Lantas si Ayah menambah,
Dalam kehidupan, sepertimana air yang membawa kapal yakni kehidupan untuk sampai ke pengakhiran akhirat yang kekal abadi, Agama itulah tunjang kehidupan. Ibarat air di batang sungai yang diletakkan kapal dan akhirnya bertemu juga lautau, walau selambat mana pun, pasti akan  tiba juga. Seperti kapal tadi, walau ianya tiada berengine, dan diletakkan di permukaan air, dia pasti akan bergerak juga mengikut aliran air, dan akhirnya tiba ke destinasi.

Begitulah juga kita, dengan seperlahan manapun pergerakan kita mendekati ALLAH, tapi selagi mana kita berpegang kepada tunjang utamanya, dan mengikuti sahaja arus arah perjalanannya, selagi itu, kita tidak akan pernah tersasar dari jalan NYA.

Berbeza dengan kapal yang kita beli berjuta-juta, dan berengine, tapi dibiarkan kaku diatas tanah, pastinya ia takkan bergerak kan? Sebab? Air lah pentas perjalanannya...

Tuesday, 20 December 2011

Parut-parut cinta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Minggu lepas kalau readers perasan Nadh hampir hilang terus. Kesibukan melampau. Nadh x dapat nk jenguk sayang Nadh ni kerap kerap, sian dia x sempat nk sembang.

Dalam berjumpa sanak sedara tu, jadi perhatian juga masa mcik Nadh belek muka ni. Parut da mkin kurang. Lepas tu bila sebut parut dibadan, dia bising la. Sebab Nadh x letak ubat. Tau apa dia kata?

"sebab kat badan kan? Orang x nampak, tu x kisah tu kan? Cer kalau kt muka?"

Lepas balik, Nadh balik n check, memang betul la. Makin x cntik badan ni jadinya. Byk sgt bintat. Betul kata mcik tu, parut masa muda ni senang nk baik, bila da lama lama susah sikit, tapi insyALLAH ok la.

Kaitkan dengan kehidupan kita jap, bab parut juga ya. Tapi parut hasil sakit hati kita dengan masyarakat keliling, dalam cinta maybe? Sama juga la konsepnya HARUSLAH secepat mungkin diubati, kerana takut kesannya akan terbawa ke masa depan.

Nadh ambil contoh, bila dikecewakan, diri terbawa-bawa dengan sejarah untuk menghukum kaum sejenis, sedangkan mungkin masa tu ada alasan tepat untuk kejadian tu. Walau sejahat mana pun dia, bukan alasan untuk disimpan dendam dan dibiarkan parut itu kekal di hati.

Bukankah kita telah sedia maklum yang 'kita tidak disatukan dengan cinta kita tapi bersama dengan jodoh kita'. Alasan paling baik untuk diamal sebagai penawar duka, pengubat lara kita.

Ditambah lagi dengan hujah ni,
"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." (Surah. Al Baqarah : 216)

Dan jelaslah sudah kan, yang kita sebenarnyalah yang berlaku zalim pada diri sendiri dengan mengejar yang 'bukan milik'. Sedang sudahpun tersedia seseorang buat kita.

Terlintas kah untuk bercinta sedang belum tiba masanya? Fikir-fikirkan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kenapa TAK DIBENARKAN gambar di FACEBOOK?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

HUKUM meletak gambar kat pesbuk.
Boleh. Tapi gambar yang kecik-kecik aja. kecik jangan lebih satu cm gambar tu.

Sebab?




[Photos from Facebook by paaduu.com]


Ada nampak tak apa yang Nadh kongsikan ni?


Note : Ada lah sebabnya ISLAM tak bagi wat itu dan ini. Tak mau ikut jugak. Last dah jadi macam ni. Apa dapat? MALUUUUUUUUUUUUUU~~ 
Sekadar peringatan buat kaum wanita. 

Wallahualam.

La Tahzan - Sesungguhnya ALLAH bersama kita

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.



"Cukuplah bagi kami ALLAH, DIAlah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"

Monday, 19 December 2011

Happy Belated Birthday Dear Diary

Happy Belated Birthday

Dear Frame and Lenses 


Hopefully by time goes by, u'll be more reliable and informative enuf to bring people back to the only way

ISLAM as ONLY 

WAY of LIFE.

♥♥ Lebiu... Muahsss Muahsss ♥♥

P/s : Praying that my writings will also evolve to someting which is matured but relaxed, simple but meaningful, long but entertaining. Amin. 

Sunday, 18 December 2011

Kahwin n cinta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apa cer hari ni? Menyambut hari rindu dengan keluarga mungkin. Pulang kali ini dengan kerja, walau bersama keluarga tapi tak banyak masa dengan Mama, Ayah n adik-adik.

Sibuknya la kenduri ni. Serious rasa takut dengan majlis ni. Rasa macam masa depan tu gerun nak hadapi. Tapi nak buat macam mana kan? Sooner or later akan jumpa juga kan? So malam ni meh Nadh nak share cerita seperti kata deejay semalam kat majlis.

Katanya, kita zaman sekarang kahwin ni ada banyak sebab.
1. Kahwin kerana cinta. Kelompok ni kahwin sebab dah bercinta. Ye lah kan, dah lama memadu kasih lastly endingnya mestilah kahwin kan? Buat pa buang masa dengan hubungan tanpa arah tuju.

2. Kahwin kerana pasangan. Lebih kurang la macam cinta. Dah jumpa lama, kawan, nk tinggal sayang, semua pun ada. Ai dah sentuh, ai tanggungjawap ye?

3. Kahwin kerana ALLAH. Berapa ramai yang memilih ini untuk melengkapkan nya? Pilihlah ALLAH kerana ALLAH akn makmurkn hubungan yang trjalin dengan redha dan rahmatnya, mjaga pergaulan n mengekalkannya hingga ke pintu-pintu syurga.

4. Sebagai tambahan. Kahwin kerana harta, darjat, kecantikan. Apa yang ada pada hrta dan darjat? Bila tiada harta tiada lagi cinta, tiada lagi sayang. Tiada darjat cinta pun tersejat. Pada yang cantik, mungkinkah tua dan kerepot menjadi penamatnya?

Love dont need a reason kan?sebab bila ALLAH sebagai tunjangnya, segalanya pasti tercatat dengan indah. ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 17 December 2011

Lebih dan Kurang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ishhh.. Bersawang dah belog ni. Tak ada orang nak update ka hari ni.? Hiihi shian dia. Tak ada orang nak sembang dengan dia. Ops, apa nakk sembang malam ni ya? Kenduri dah selesai, semua pakat nak balik dah. Mana yang tinggal tu, tinggal la, yang tidak balik dah.

Esok dah nak balik. Penat ni. Rasa nak pengsan pun ada. Leh tak nak apply cuti lebih? Rasa pelik pn ada. Selalu balik x pernah nak cuti pun, tapi kali ni sapa call men cakap tidak ja. Malas nak melayan.

Kesimpulan yang dapat beberapa hari ni. Jumpa ramai ja yang well established kerja n life malah segala-galanya dalam hidup depa. Jelesnya rasa.

Bila jumpa yang elok pelajarannya, rasa rugi sebab satu masa dulu x ngaji betoi-betoi. Sekarang ni kita pun x tara mana.

Jumpa yang kerja bagus, kita ni kuli batak ja. Depa tu gaji besaQ, kerja pun bagus bagus. Lecturer la, cekgu la. Aishh dengaQ pun dah kagum sangat aa.

Bila tengok suma tu, cm jeles ja, tapi kan, tanak fikir sangat la. Ada la kot lebih tu kat kita kot mana-mana. Ada yang kita ada yang kita tak ada.

Dalam dunia, walau sikaya raya pun punya ruang kekurangan yang si miskin ada. Sebagai contoh, harta berjuta bukan bererti keluarga bahagia, mengejar harta bebanyak, tapi pincang dek kerana anak kurang kasih sayang.

Teringat tak banyak cerita selalu buat, ayah mencari harta, ibu bekerja saja, tapi anak tiada cinta. Bibik menjadi penjaga, kasih sayang anak lebih untuk bibik, malah sampai masa, anak tercari cari ruang untuk SAYANG, akhirnya tumpas bila tiada tempat buatnya.

Ibubapa yang disoal memberi jawapan ''aku kerja teruk untuk kesenangan kamu''.

Soalnya, senang itukah kesenangan? Kesenangan terbahagia kepada luaran dan dalaman. Akhirnya, siapa sangka kan, si miskin kedana adalah yang mendapat kesenangan LEBIH.

Hidup dengan 'cinta', senantiasa bersama bahagia. Bukan wang tanda utama, tapi perhatian itu tunjangnya.

Sini untuk sana atau sini untuk sini?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang nembaca.

Hari resepsi sepupu Nadh hari ni. Seharian Nadh tengok sepupu Nadh, makcik, anak sedara, semua sekali. Seronok plak Nadh tengok.

Tapi kan, tak sedar plak rasa. Cepat sangat semua membesar rasanya. Dari kak sepupu da jadi bini orang. Dari sepupu yang dulu kecik kecik skang da jadi anak dara. Anak sedara yang dulu Mama ngasuh dah habis sekolah.

Tergelak. Dulu kita tatang. Kita lambung lambung, skg ni dah besar dari kita. Sampai lah satu masa nanti, semua dah beranak pinak, lepas tu satu persatu ALLAH panggil.

Hidup ini adalah sementara. Sama ada kita manfaat ke jalan ALLAH atau kita tersimpang ke jalan lain. Apa pun, peringatan x pernah lekang dari menyapa. Namun, kita lah yang berperanan memilih jalan kita. Sama ada kini untuk sana atau sini untuk sini.

Renung-renungkan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 16 December 2011

Pengalaman di kenduri kezen

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari kedua di rumah kenduri. Tadi pagi akad nikah. Esok majlis resepsi.

Apa yang dapat disimpulkan adalah....

















Penat!
Dan terlalu banyak yang kena uruskan. Tapi seronok!
Rupanya bila kenduri kan, memang x menang tangan.

Tahniah n selamat pengantik baru buat sepupu Nadh.
Moga berkekalan hingga ke taman taman syurga hendaknya. Amin


P/s: kenduri sndiri nanti Nadh jadi mentara jugak leh dakkk?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 15 December 2011

Perhubungan selamat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Satu masa dahulu, Nadh suka sangat hubungan yang selamat. Yakni hubungan yang berpaksikan adik beradik, adik n kakak ka, adik n abang ka, abang n adik ka, paling Nadh suka semestinya bila menjadi adik la. Sebab sangat seronok tau. Ntah napa, mungkin sebab anak sulung kan, tak merasa ada abang n akak, jadi seronok pula.

Ada juga sekali tu, masa pergi camping, masa ini Nadh antara yang muda, yang mungkin sedikit menyerlah masa tu. Memang la sangat seronok. Apa saja activity memang dalam 'observe' akak n abang. Terasa selamat disitu. Time activity dengan abg, waktu akak memasak jadi tukang rasa. (tetiba rasa diri sgt manja, ouhhh malu)

Teringat masa tu, orang berebut dengan GF-BF, Nadh dengan kakak. Suka sangat, rasa tenang ja bila ada orang kat sisi, pujuk bila sedih, menasihati dan motivate untuk diri cemerlang n temankn Nadh selalu. Apa lagi yang kita mahu kan, cumalah untuk disayangi. Tapi sayang hubungan x kekal lama. Akak da x kwn ng Nadh sejak kawen. Tapi itu lah, orang kawen tu kn suami dulu. Walau sedih, terpaksa tima.

Sekarang ada abang. Walau hanya abg tempat kerja, tapi memang meriah rumah n office tu. Nadh rajin cari gado, lepas tu marah sebab x kena backing. Kena perli la, tapi bila time jaga Nadh. Nadh memang puji. Tapi lawak plak, pantang hilang kejap, mula la Nadh nk merap. Sampaikan kawan luar perli "awak ni saya ingat x pyh ada GF la, abang-abang awak tu punya la jaga adik sorang ni, asal keluar ja depa call.".

Lepas tu Nadh pun suka ada adik. (Bukan x cukup adik ya), tapi Nadh suka jadi abang kepada adik-adik. Sebab bila jd cmni, adik adik x malu nk datang n minta nasihat Nadh. (Tiada gap sebagaimana gap dengan kawan kawan) N mudah untuk Nadh selami hati mereka, bg cadangan n nasihat. Seronok sebenarnya ada adik ramai ni. Kejap-kejap yang tu lepas tu yang ini. Sampaikan cik seseorang tu perli Nadh, "ye lahh, dia kan abang kesayangan dalam group tu.". Tak caya p tengok FB Nadh. Dengan adik2 sokmo. ;)

Macam macam manusia kan? Nadh suka sebab hubungan yang selamat takkan punya hati nk tacing tacing jatuh chenta suma ni. Ikhlas memperingatkan satu sama lain berpaksi ALLAH sebagai yang terutama. Indah sangat kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 14 December 2011

Kita sudah ditakdir bertemu

Assalamualaikum. Dan salam.sejahtera pada yang membaca.

Kita sudah ditakdir bertemu.
Aku dan kamu
Kemudian Hati berubah rasa,
Dari kamu berubah sayangku
Kawanku, ai lap yu
Alhamdulillah Cintaku dan cintamu akhirnya disatu

Kita sudah ditakdir bertemu
Cinta dua menjadi tiga
Aku dan kamu akhirnya
Mendapat permata yang di doa
Sudah lama sudah berkira
Akhir terlahir juga di alam dunia

Kita sudah ditakdir bertemu
Lahirnya permata yang dicintai
Ibarat kertas yang putih berseri
Dan aku pemunya warna warni
Hijau biru merah kuwarnai
Dan kamu pula belajar mengenali
Walau sehebat mana kamu kutatangi
Akhir kamu dikaki sendiri
Tindak kamu mencerminkan kami
Baik buruk, disayang atau dikeji

Kita sudah ditakdir bertemu
Semua ini bukan untuku
Tapi ini mandat Tuhanku
Kerana kamu amanah untukku
Biar sekarang kau bencikn ajaranku
Tapi nanti kau tersenyum selalu
Dan aku juga mahu
Kau tercatat sebagai solehin Tuhanku
Yang ingatkan aku dalam doamu

Kita sudah ditakdir bertemu
Bercucuran aku dalam doaku
Tidak henti mendoakan kamu
Jadilah sesuatu yang masyarakat mahu
Akhlak terpuji lagi disegani

ALLAH memilihmu anakku
Pejuang ALLAH yang dijanji syurga buatmu.
Walau apa kerjamu, biar apa jadimu
ALLAH itulah tunjang yang satu
Published with Blogger-droid v1.7.4

Budak sekarang HEBAT.!!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni Nadh berkesempatan berjumpa dengan boss Nadh n berbual. Nadh rasa takut plak bila sembang dengan dia tadi. Mengenai hal dunia ni la apa lagi.

On dia punya last visit masa involve dalam project ni hari tu, waktu dia buat survey kat sekolah, dia bertemu dengan penemuan yang agak dahsyat (bagi Nadh).

Waktu dia naik survey kat satu site tu. Dia terpaksa melalui siling dekat satu bangunan sekolah tu. N know what? Bermacam-macam la yang dijumpai kat atas tu, dari gambarlucah, majalah lucah , komik lucah, n lagi n lagi (dia ada sbt lagi. Tp x sbt suma, malu mungkin).

Lepas penemuan tu, dia pun panggil cikgu disiplin. Pas tu dia tny cikgu, "ini blok apa ni cikgu?", jawap cikgu, "ni adalah block asrama perempuan. "

Dengar dia cerita Nadh dah istigfar panjang. TERKEJUT!!

Bukan apa, ini menunjukkan tahap pemikiran remaja kita sekarang sangat menakutkan? Tu belum Nadh share kes tangkap basah lagi. Opsss nanti la ye?

Note :: sangat takut! Mendoakan ALLAH pelihara Nadh n family. Juga readers belog Nadh ni. Agar terbuka minda bukan untuk dekati maksiat , tapi mcintai amal n membenci dosa. Amin yarabbal alamin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bank OFFLINE plak dah.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh baru balik dari bank ni. Komputer offline plak dah. Abih x dapat la Nadh nk setelkan urusan Nadh tu sebab nak bank in duit ke akaun company. Pastu sebab duit banyak, Nadh terpaksa call boss.
"abang, ada masalah negara ni".

"napa Nadzri? Apa jadi?"

"ni haa. Komputer offline, saya nak bank in duit macam mana?"

"hang p la kat kaunter macam tu."

"komputer tu la yang offline nya abg. Saya x boleh nak bank in duit yang sen-sen tu. Mesin mana tima duit singgit "

"laa hang ni. Ang bank ja yang lain. Singgit sen sen tu ang amek wat duit ayaQ"

"sinngit lima kupang mana nak cukup bli ayaQ kat tekak ni. Saya amek seploh hengget na abang?"

Boss gelak. "ahahahaha ya la ya la, ang bank in la dulu. Satgi aku transfer kat ang 10 hengget. Ehhh ada ka p transfer 10 hengget,."

"hihihi. Maceh abang.".

Adehhhh. Patut kna sekeh ka tarik tinga dak Nadh ni? Hihihi
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 13 December 2011

Angin jadi Taufan? wahhhhhhh

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada sesiapa tengok tak episode Boboiboy kemarin? Ada kemunculan baru tau. 
Kalau hari tu Boboiboy Petir tukar jadi Halilintar, kali ni giliran Boboiboy Angin jadi Taufan plak.


Meh Nadh nak tayang.


Sangat Cool kan? Suka-suka-suka.

BerGoogle+ plak jom?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada sesiapa readers belog Nadh ni yang dah ada akaun Google+.



Meh Add Nadh kat sini. Kita reramaikan Google+ plak la. Jomm..

Leh la add Nadh kat SINI kalau sudi. :D

Monday, 12 December 2011

Anugerah Dekan? Anugerah Ketua Jabatan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tadi pagi Nadh tengok satu cerita tu. Mengenai seorang budak yang main hoki ais. Satu hari dia cedera, tapi dia pulun juga nak main, sebab katanya dia nak buat Ayah dia bangga dengan dia. Sebab dia akan masuk perlawanan akhir hoki ais remaja. 

Lepas tu coach dia cerita. Waktu coach dia kecil-kecil dulu pun, dia sama juga, macam budak tu la, nak bagi Ayah dia bangga masa dia terpilih untuk team hoki ais tu. Masa tu dia berniat nak score 100 goal untuk dihadiahkan kepada Ayah dia. Sampaikan dia main cam gila lepas tu injured juga.

Last tau Ayah dia kata apa? Waktu paling menggembirakan Ayah dia adalah waktu dia kecik kecik dlu. 

Apa yang Nadh nak sampaikan kat sini adalah, bukan harta, pangkat anugerah yang mereka kejarkan sangat, tapi adalah MASA BERHARGA YANG KITA LUANGKAN BERSAMA MEREKA. .

Entry Khas ini untuk mengucapkan 
"SELAMAT HARI LAHIR AYAH "
Moga Ayah panjang umur, murah rezeki, n senantiasa berada dalam limpah kurnia rahmat dan lindungan Illahi. 

Nak kasi hareta, Nadh pun tak kaya. Duit tak banyak. Yang dapat diusahakan hanyalah Doa, dan usaha untuk menjadi anak soleh yang bakal mendoakan Ayah sampai bila-bila. Moga ALLAH makbulkan impian ni.

Arie sayang Ayah ketat-ketat..

Dapur | Ayam Kicap Berempah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tiga hari bersama Jiah n kawan-kawan dia. Hari ni kami ke Ikea. Okeh, Nadh dah rasa gila sebab tengok macam-macam susunan perabut dalam bilik tu. Ada ja plan nak buat bilik sendiri, tapi Jiah cakap tak boleh, sebab dia kata jangan wat kat rumah Subang, nak wat juga wat kat rumah sendiri iaitu kat Seberang Jaya tu.

Lepas tu apa yang Nadh beli, kuali satu. (Jejauh sampai ke Ikea tu, Kuali ja yang beli? Tergelak kawan-kawan Jiah tadi). Lepas tu Nadh cakap ng depa. Entah apa akan jadi lauk pertama nanti kan? Depa jawap, telur goreng. Tapi tak jadi pun, sebab bersemangat nak cuba resepi ni sebenarnya tadi. 

" Ayam Kicap Berempah "

Bahan-Bahan
Bawang putih, Bawang Merah, Halia (blend atau tumbuk)
Ayam (nak guna ikan atau daging pun bleh)
Cili giling
Serai 
Daun Pandan
Kicap
Sedikit rempah kari. (ikut tema la, ayam guna rempah ayam, ikan guna rempah ikan)

Pre-masak
1. Gorengkan ayam tu dulu. (nak goreng tu letak la kunyit + garam sikit okeh)

Cara-caranya
1. Mula sekali, tumiskan bawang putih bawang merah n halia yang dah di blend tadi.
2. Lepas tu masukkan serai yang ditumbuk n daun pandan tadi. (kalau guna daging n ayam kan, guna la kayu manis, bunga cengkih, dan bunga lawang skali na.)
3. Masukkan cili giling tadi, sampai agak dia dan naik bau,
4. Masukkan rempah tadi (sikit ja tau, nak ambil bau ja.) 
5. Masukkan air sikit. Lepas tengok da bercampur, tuang plak kicap dalam tu. (kalau guna daging, letak air lebih la ye? Sebab daging tu kena bagi empuk dulu, kang liat ampa jugak takmau makan)
6. Last sekali masukkan ayam. 
7. Masak sampai dia agak kering. (Nadh wat tadi berkuah banyak, kalau dia agak kering-kering sikit pun sedap)
8. Hidang dan telan. (Jangan lupa Bismillah na.)

Note : Nadh tak gna garam, tatau napa dia rasa dah okeh. Tak payah garam la ye.


P/s : Last time mama wat guna ikan bawal. Sedap. Tapi sebab tak ada bawal, ayam pun boleh la kot?

Sunday, 11 December 2011

Semua telan serupa ja kan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

My Lovely Sis dah sampai Penang. Alhamdulillah. Baru ja dia SMS Nadh. Rasa lega juga. Kalau tak tadi risau juga kenangkan perjalanan dia tu. Macam nak ikut balik pun ada juga la. Sebab macam tak harap la kononnya. Risaukan dia. Lepas tu fikir punya fikir punya fikir. Dia pun dengan kawan-kawan kan? InsyALLAH tak apa la. 

Sebenarnya kan, dalam kehidupan kita ni, kita senantiasa akan dirundung keresahan, kerisauan dan macam-macam lagi, kekadang apa yang datang (perasaan tu) , halang kita untuk buat sesuatu. Contohnya, kita nak masak, lepas tu, dalam fikiran dok fikir, kang kalau kita masak, tak sedap la, tak menjadi la, apa la. Macam-macam dalam fikiran tu.

Akhir sekali, Sebab kita rasa tak jadi, dan dengan risiko-risiko yang kita 'cipta' tadi, kita pun tak buat apa yang kita nak buat tu. 

Dalam hidup, kita kena bersedia nak hadapi situasi mendatang ni. Alasan semua tu hanya mendatangkan TIDAK kepada tindakan kita. Macam Nadh selalu sebutkan kepada orang, "penghalang terbesar kita adalah diri kita sendiri". Sebabnya, macam kes ni, kita tak buat, sebab ada konflik dalam hati kita yang halang kita dari bertindak. Sedangkan, kita tak buat lagi. Mana tahu gagal kan? Itu yang Nadh maksudkan dengan diri sendiri. Kita sendiri dan tak babitkan orang lagi ni.

" Slurppppp " by Funmaafia

Cer kita negative kan dalam hati, nak makan, nanti takut tak tertelan. Agak-agak ada ka orang nak buat macam tu? Semua telan serupa ja kan?

Kemana menghilangnya kesabaran?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera padav yang membaca.

Okeh.! Hari ketiga ni.
Pg ni Nadh sebut tentang etika lain plak. Kalau semalam pasai toilet, ni pasal yang lg trok. Yang babitkan nyawa iaitu etika di jalan raya.

Semalam, satu hari Nadh kat jalan. Banyak sikap orang Malaysia ni yang tunjuk kita makin x berhemah.

1. Potong queue.ni sangat menjengkelkan masa Nadh di sogo semalam. Supposely semua buat satu pusingan U, tapi since ada ruang parking kosong ditengah tu, dia slumber ja potong kot situ.

2. Gunakan lorong kecemasan waktu jammed. Ni lagi satu perangai kita. Hello, tak sepatutnya guna la. Kalau tetiba eksiden tak ka susah bantuan nak sampai?

3. Cilok tak hengat. Ini pun bahaya sangat waktu jammed. Ini antara sebab kemalangan waktu jalan sesak. Orang yang mengikut, tetiba ada kereta cilok , terkejut n langgar belakang. X patut kan?

4. Kereta mahal tak ada signal. Macam atas juga. Tapi dia la selalu jadi sebab, cilok tak bersignal. Juga waktu nak masuk simpang. Sian tau kat moto, depa kan guna jalan kiri. Nadh sllu kna.

Kesimpulan, kita makin x beretika di atas jalan. Lagaknya macam dia seorang nak cepat. Di mana kesabaran?

Note :: selalu tenangkan diri ng bersangka baik. Depa nk cirit. Tu kalut nk cepat, cari tandas laa. ;p
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 10 December 2011

Rumah depa macam tu tak?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dah 2 hari Nadh temankan adk Nadh keluar. Kalau semalam lokasi outdoor, hari ini lebih kepada indoor punya tempat yang kami kunjungi. Penat juga, tapi puas bila tengok adik tersenyum gembira.

Dalam dua hari ni, ada beberapa penemuan penting yang Nadh jumpa, tapi buat masa ni nak sebut tentang adab dan etika kita kita sebagai manusia.

To be honest, Nadh rasa x puas hati masa Nadh masuk tandas semalam. Kalu nak tahu,tandas dia sangat kotor dan tidak terjaga. Dengan kunci pintu nya yang tercabut, lepas tu tandas tidak boleh flush dan kebersihan memang fail la.

Terfikir kan, kenapa ya kita sebagai manusia tidak beretika ketika menggunakan tandas ya? Memang la bukan tandas kita kan? Tapi itu bukan bermakna kita boleh buat lebih kurang kan? Ramai lagi nak pakai.

KALAULAH semua tahu jaga adab dan etika, mesti kebersihan tandas terjaga kan? Bukan tu sahaja, kerosakan pun tiada. Tapi itu lah, tiada kesedaran. Apa pun tak boleh.

Agaknya kan, tandas umah depa macam tu x?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bila Tunang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam Nadh cakap pasal tunang, hari ni meh nak berseloka plak pasal ni. Buat yang dah OTW tu, selamat la ye. Pada yang dah tawen tu, tahniah juga. Moga-moga kekal ke taman-taman syurga.

Bila tunang
Orang kata selangkah ke alam kahwin
Dari single jadi double kan
Dari sorang sudah berteman
Dah tak boleh njoy kena menyimpan

Bila tunang
Kata orang da selangkah milik
Tapi bagai ditilik
Masa depan bukan kita punya milik
Tapi punya Dia Ya Khalik

Bila tunang
Selangkah sudah, tapi belum sah lagi
Bukan setangan memegang sana sini
Memeluk sakan tak kira kanan n kiri
Konon berpaksi wo ai ni
Dosa tau x suma ni?

Bila tunang
Ada pantang larang
Bukan apa, belum milik tau abang
Moto pun belum sain belum boleh pegang
Apakan lagi nak menunggang

Bila tunang
Diri kenalah berani
Perbaiki diri
Bukan sengaja gatai nak berbini
Tapi mencari cinta hakiki
Dia disini,
Mudah mudahan kesana sekali

Pesanan buat semua. Baik jadikan pedoman. Salah sila betulkan saya ya? ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 9 December 2011

Depa pun sama ja.

Assalamualaikum. Dan salam salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam Nadh sembang dengan seseorang. Dia ada ceritakan dekat Nadh 2 kisah terdekat yang berlaku dalam dunia orang bertunang yang dekat nak kawen ni.

Kes 1.
Perempuan putuskan tunang sebab ngaku ada orang lain.

Kes 2.
Perempuan jugak yang putuskan tunang sebab dia kata lelaki tu x boleh sara dia.

Putus keduanya masa majlis sedang menjengah. Bulan 12 ni plak tu. Dan pengakhiran keduanya adalah lelaki tu nak saman.

Baca kes ni buat Nadh terfikir ketidakadilan dunia kepada lelaki. Bila yang buat kes selalu orang kata laki. Bila yang disakiti selalu penyebab orang kata laki.

Tapi ni dua bukti perempuan pun sama ja masa sekarang ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Dunia yang kian 'ADIL'

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru kejap tadi, Nadh baca satu entry mengenai SBPA. Dari pembacaan Nadh tu sebenarnya Nadh terasa nak share juga pendapat Nadh yang sama dengan mereka.

Dari enrty tu, CUEPACS kata lepas perkenalan sistem baru tu, akan wujud jurang yang lebih tinggi diantara kakitangan bawahan dan atasan kkerana bawahan hanya tambahan sebanyak 10 peratus, tapi atasan hingga 40 peratus.

Terus Nadh tergelak, maaf ya bagi kakitangan kerajaan. Nadh kutuk pun tidak, marah pun tidak, tapi Nadh rasa sedih sebenarnya, macam Nadh pernah sebut mengenai kes ni dulu waktu pemberian bonus, tapi memang la sangat tak adil, sebab yang dibawah sikit, yang diatas dapat besar, sedang yang dibawah pun menyumbang juga. Banyak mana sangat la keja, kalau asyik kena 'sub' ja tugasan-tugasan tu kan?

Lagi satu kan? Minta maaf la cakap, yang atas tu dah kaya raya la, bawah ni gaji berapa sen sangat la. Lepas tu jerit kuat kuat dalam berita, ke arah negara maju, ke arah negara berpendapatan tinggi.

Bila jenguk balik situasi, terus rasa nak gelak. Ohh ya, tinggi sebab yang atas dapat pakai kereta besar, rumah besar besar, hidup mewah, lepas tu bila harga dah naik suma, yang atas pun masih membesar juga sebab semua pun naik besar, yang bawah pasti rasa kesannya. Menaik ciput, membelanja makin besar.

Akhir sekali, golongan kaya jadi kaya raya, sederhana jadi miskin, miskin jadi papa kedana, yang susah mati kelaparan. Terbaekkk kan?

Thursday, 8 December 2011

Spontaneous Thursday #4

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Kalau kita rasa Jalan hidup terlalu susah bila ada nya Traffic Light (Larangan-larangan Agama), cubalah fikirkan Accident di Akhirat kelak"

Langkahku yang terhenti

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Sendiriku disini. Diteman lautan yang sesayup mata memandang, juga angin bersepoi bahasa yang dari tadi menghempas tubuh. Deruan ombak bertemu pantai dari tadi menjadi irama penuh syahdu menemani diriku yang sedang asyik melayan perasaanku.

Tiap langkahku dipenuhi zikrullah, tapak kaki yang ku tinggal itu jejak yang membawa maksud langkah yang pernah aku lepasi dulu. Hati dari tadi bermonolog, sakan dengan berbagai persoalan, kenapa aku, kenapa aku yang terpilih? Kenapa aku bagai dihimpit tiap kali aku sudah punya yang lebih baik. Kenapa mesti aku?

Sesudah itu langkah ku hentikan seketika. Memerhatikan kembali laut yang seperti tidak akan jumpa hujungnya. Dari sana, kebiruannya, disambung dengan pemandangan awan memutih diatas tapak biru langit. Tika itu, satu suara seakan membisikkan kepadaku, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji?" 

Dan aku tersedar dari lamunanku. Ku berpaling dan ku amati tiap langkah yang pernah ku jejak. Satu persatu ku perhati. Dari yang paling dalam dan paling jelas bentuknya, hinggakan yang paling kabur pandangannya. Lantas ku bermuhasabah, merenung kembali langkah aku selama ini, dari yang paling kuat kesannya (kegembiraan), hingga kesedihan yang tak penah berhenti dari menjengah setiap hela nafas. 

Tanpa sedar, aku tergelak sendiri. Dah sememangnya kita takkan kembali ke masa lepas, tapi tiap langkah dibelakang itu sebenarnya lah yang membawa kita ke hadapan, langkah belakang itu adalah butir-butir hidup yang buat langkah kita hari ini penuh makna. Tanpa kesedihan, aku tak mungkin belajar mengenali gembira, tanpa air mata, mana mungkin aku kenal erti jatuh bangun.

Aku bangkit berdiri. Jariku ku genggam. Dengan penuh semangat aku bangkit, kali ini, aku takkan rasa gusar lagi, masa kini dan hadapan akan kuhadapi walau apa jua yang menghalang. Hakikat sebenarnya tidak sukar sebenarnya. "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Wednesday, 7 December 2011

SEGMEN | JOM TAMBAH FOLLOWER

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.



Lulu kembali lagi. Kali ni segmen baru plak.
Lulu Caldina ajak "Jom Tambah Follower"

P/s : Nadh join sebab nak support Lulu. :)

Sapa nak join segmen dari belog comei Lulu Pages leh click kat SINI.

Wordless Wednesday #WW24

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Moment that i wont miss. Lil Darling birthday. 
Jadi anak solehah tau syg..

Hati yang ingin kuhabisi.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saat menjejakkan kaki disana, sesampai sahaja, mata meliar memerhati, bukan sahaja kiri dan kanan, tapi atas dan bawah turut tidak terlepas dari pandangan. Lantas mata tertarik untuk berhenti di satu sudut, melihatkan ia terbuai-buai di situ. Kadang kala, dek hembusan sang angin, bergerak gerak sang buah di atas ranting paling hujung.

Keterujaan terhadapnya mengajak diri untuk meluru kesebelah pohon. Mata mencari-cari galah, mahu dikait ia turun kebawah, tapi tidak berjumpa walau sebatang pun. Lalu, ditunduk pula ke bumi, lantas dicari sama ada berjumpa batu atau apa sahaja untuk dilempar, juga hampa. Setelah lama merenung, kaki berganjak ke pohon. Di cari-cari batang paling kukuh, kemudian ditepuk tepuk batang sebelum kaki berani memanjat nya. Satu demi satu dahan di selak, daun yang menghalang pandangan ditolak tepi, dan akhirnya, buah ditemu dan dipulas, alhamdulillah berhasil, akhirnya dia menjadi milikku.

Kaki akhirnya menjejak ke tanah. Tanpa banyak soal, buah tadi digigit. "Ouchh masam". Lantas digigit lagi. Namun akhir sekali, ia dcampak, kerana rasa yang langsung tidak menepati pandangan tadi. Terjelepuklah buah di satu sudut, bergulingan dan bercampur pasir. Rosak dan kotor. Kemudian ditinggalkan.

Situasi sama dengan hati yang didamba. Semasa ingin kepadanya, lautan duri sanggup diredah, hujan api sanggup ditelan, pahit tidak terluah, manis tetap dikendong, namun pabila sudah tidak disuka, dibuang ditepi tanpa mahu menoleh lagi.

Kira diri tak ingin menghabisi buah yang dipetik, jangan ianya diambil. Saat ia mula turun dari sambutan si ranting, hanya 2 kemungkinan pasti, menjadi darah daging, atau membusuk dan diurai cacing. Pastikan lah hati yang dipetik cintanya dijaga penuh amanah, bukan dirosak dan ditinggal tanpa hemah. Kerana kita tidak tahu mungkin satu masa nanti, hati kita juga bakal diuji perihal sama, mungkin lebih teruk membusuknya atau lebih hina, terendam dalam saluran busuk penuh geli menghilang dan lenyap bersama kepedihan dan kesengsaraan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 6 December 2011

Photos | Undercover

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca..

Pernah tak dalam hidup, kita ada dalam situasi 'undercover' ? Konon-konon berada dalam lingkungan mereka untuk kita dapatkan sesuatu? Menyamar lah ni, kat bawah ni ada .












Sumber : Email


Note : Ni Nadh nak bagitau, menyamar tak apa. sebab kita mungkin sedang menyiasat, tapi jangan bermuka-muka ya.

Tips Agar Selalu Dicintai

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 
 
Di dalam hidup sering kali kita ingin dicintai oleh orang lain, pasangan hidup kita, saudara, kerabat, teman sepejabat, sang buah hati kita dan juga tetangga dimana kita tinggal. Rasulullah memberikan satu tip agar kita dicintai oleh orang lain sebagaimana Sabda beliau, 
"Kalian disenangi oleh manusia bukan karena harta kalian melainkan karena wajah yang ceria dan akhlak yang mulia." (HR. al-Baazar)

Katakan satu hari, kita muncul dengan muka yang sememeh, waktu mereka sedang sedih, kepala otak fikir yang bukan-bukan, muka kita turut buat mereka berasa tak selesa, mungkin bertambah sedih. Tapi seandainya kita ceria, bukankah mereka akan turut terpanggil untuk berasa ceria. Macam orang selalu kata, senyum tu virus paling dahsyat. Satu senyum semua pun senyum.

Wajah yang ceria dan akhlak yang mulia itulah kunci agar kita dicintai oleh orang lain bahkan juga oleh Allah dan RasulNya. Pernah Nabi Muhamad ditanya, ''Ya Rasululullah, siapakah hamba yang paling dicintai oleh Allah?' Beliau menjawab, 'Yang paling baik akhlaknya.'' (HR. al-Tirmidzi). 

Macam Nadh baca semalam, ALLAH itulah sumber segala kebaikan, dan DIA mencintai kebaikan. Jadi untuk jadi terbaik dan disukai oleh hamba-hambanya, kita kenalah baik dulu dengan ALLAH. Kemudian barulah yang berada di samping turut akan mencintai kita. Macam yang kita belajar dari kisah Rasulullah dulu, bagaimana dia senantiasa bersangka baik, walaupun dengan orang yang melayannya macam musuh. Diterjemahkan melalui perbuatan kita, tuba yang dibalas susu satu hari nanti bakal pulangkan kita dengan kebaikan.

Dan Nabi juga bersabda, "Orang yang paling aku cintai dan paling dekat denganku dihari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya." (HR. al-Tirmidzi).

Jadi, kuncinya agar kita dicintai adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia.

"Senyum, tak perlu kata apa-apa. :D" by GempakGile

Hihi, mesti la suka kan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tadi Nadh dpt panggilan dari boss Nadh. Dia kata dia pergi meeting tadi dengan boss Nadh yang lagi satu dekat satu company ni. Lepas tu dia decide nak tarik Nadh handle project baru.

Boss yang lagi satu cakap dia setuju. Bagus juga kalau Nadh pergi sana. Lepas tu dia cerita kat boss Nadh ni pasal meeting dia minggu lepas . Ada yang tak sedap didengarlah. Antaranya mengenai complaint customer sebab diorang x dapat nak hubungi Nadh la. Tapi dia dah backing Nadh, (semua pun tahu kot office baru ni gua, susah nak dapat line). Malah customer (bos diorang la) pun tahu yang memang staff dia ni pun mengelabah tak hengat pun.

Tapi sebab ada project baru, Nadh akan keluar la. Lagipun boss Nadh kata dia dah x larat asyik kena ulang alik ke Penang ja tiap minggu, jadi dia perlukan Nadh. Nadh gtau la, "boleh x ada hal, tapi abg kna turunkan ilmu la dekat saya, kang turun p tengok project jadi org bodoh saya." . Gelak ja dia, lepas tu dia kata, "abg pun bukan tau sangat. (training belum habis tau) yang penting ang kna confident, buat muka confident." . Terus tergelak Nadh.

Sebenarnya, dalam banyak-banyak cerita tadi, Nadh terharu la sebab boss Nadh tu pesan kat boss yang call, jangan gtau Nadh sal ni, dia takut Nadh moral down sebab dah buat betul-betul tapi sebab staff yang mengelabah bewak tu, Nadh dipersalahkan.

Tak apalah, nak buat camna kan? Nadh terima ni sebagai ujian dalam hidup. Lagipun ni bakal jadi perjalanan baru Nadh lepas ni. Handle project baru, dan best part is, lepas ni dah boleh ulang alik kL-Penang. Sebab boss cakap dia dah x larat nak ulang alik. Jadi kita ganti-ganti la ye. Atau hang blik terus la duduk Penang. Ang memang suka kan?

Hihihi. Mesti la suka kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 5 December 2011

GA Korea AnaMiyuki

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam sahabat Nadh ni gtau dekat Nadh. Dia ada wat GA. Elok cun-cun lepas Nadh buka belog dia dan baca. Kemudian bookmark.


Hari ni Nadh buka balik belog Nadh n menaip. Nadh nak join la " GA Korea AnaMiyuki "

Dia tanya tu, perlu ka dia nak share pngalaman dia di sana?
Nadh nak jawap YA. ANDA KENA SHARE SEBAB SAYA NAK TAHU. :)

Wink3.. Ada yang nak join jugak tak? Support la memember kan?

Nak tahu lebih lanjut sila click kat SINI tau.

Jangan terlalu berharap

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni Nadh nak cakap pasal memaksa orang suka kita. Leh tak? Sebab tadi kan terbaca entry Boss kat SINI, lepas tu semalam pn ada jugak la kaitannya dengan SUKA kat entry NI. Jadi hari ni, nak cakap pasal paksa orang suka. 

 "Nganga kaih, meh ai nak cuap..." by funmaafia

Dalam hidup, sudah menjadi norma buat kita untuk suka, kemudian disimpan didalam hati dan akhirnya bila sudah tiba saat dan ketika yang kita rasa tepat, kita akan berusaha untuk meluahkan. Tak macam cerita Doraemon, episode 03-Dec-2011 yang mana seorang pakcik Nobita perlukan sebuah patung untuk meluahkan isi hati. 

Dan akhir sekali, bila dah meluahkan, semestinya hati mahukan untuk memiliki hati yang di sana, kerana sudah sekian lama perasaan disimpan, dan berkali ingin dicurah, namun belum punya kata untuk ianya diterjemahkan dengan penuh rasa agar si dia dapat memahami hati yang sudah lama mendamba si dia.

Tetapi langit bukan selalunya cerah kan, 2 kemungkinan sudahpun tersedia untuk kita. Satu berupa jawapan Ya, dan satu lagi Tidak. Yang mana akan bawa juga dua kesan iaitu gembira dan kecewa. Sekiranya Ya jawapannya, pastilah hati akan girang menyambut kata Ya yang sudah lama di nanti, akan tetapi, bila mana Tidak yang muncul dari bibir dia, diri akan mula berasa tidak selesa, kekecewaan mungkin menyerang. 

Apa pun, hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh kita PAKSA kan. Macam gambar atas ni, memaksa si dia makan pisang yang bukan rela nya, boleh tengok kan macam mana dia palingkan muka, macam tu juga bila kita paksa orang untuk menerima kita. Jadi yang lebih baik adalah memberi peluang untuk dia berfikir dan bertenang. Mana tahu kan satu hari nanti dia akan berubah hati. 

Tapi peringatan juga buat kita. Jangan terlalu berharap.

Sunday, 4 December 2011

Cerpen | Doaku Untukmu Sayang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

“Sini kau. Meh aku nak piat telinga tu..”

“Jangan la weh.. aku tak salah kot..”

“Tak ada nya, kau dah buat kot, takkan ngaku tak salah lagi.”

“Alaaa. Nak lawak-lawak pun dah tak boleh kau ni.”

Berlarian keduanya di atas padang tempat kami bertiga berjumpa. Amir di kejar Hana sebab Amir sudah kenakan Hana semalam. Hana tak puas hati, cari sampai ke sini. Aku yang ada di sebelah kiri padang hanya tergelak dengan telatah kedua mereka. Lawak sungguh. Mak singa versus anak kambing. Memang kena getah la kan anak kambing tu?

“Akim, tangkap Amir cepat..” Hana meminta.

“Kau tangkap aku siap kau Akim, tidur luar kau malam ni..” Amir menyambung..

“Kau tak tangkap siap kau, aku cubit kau sampai biru..” Hana menyambung.

“Aku nak sokong mana satu ni?” . Aku menjerit membalas jeritan keduanya dari jauh yang masih lagi berkejaran di atas padang.

Mereka adalah Hana dan Amir. Dua sahabat terbaik semenjak aku berada di sini. Semenjak kami bersama, inilah suasana nya, si Hana, ganas dan garang, semenjak dari kami kenal dahulu, dia tak pernah sunyi dari ‘naik hantu’ bila dia dikenakan, tapi kalau dia yang kenakan orang tak apa pula.

Si Amir pula, sedikit diam, tapi nakal. Pantang ada peluang , takkan lepas dari idea-idea nakal dia tu. Yang jadi mangsa selalunya Hana la. Saling mengenakan satu sama lain.

Aku? Ohh ya, aku adalah hakim. Tukang mengadili bila keduanya bergaduh.

**********************

“Class, please be prepare for your presentation tomorrow okay.” Ms Mas memberi arahan.

“Yes Miss..” satu class menjawap.

Lepas tu suasana menjadi bising, semua berbincang-bincang mengenai presentasi kami esok, yang mana bakal menjadi presentasi terakhir kami, untuk projek sem akhir kami.

“Kim, kau da ready ke?” Soal Amir.

“Rasanya. Kau plak?” Aku membalas.

“alaa.. Akim, takkan tak ready-ready lagi kot. Dia kan best student, kurang ready pn, hasilnya memuaskan, tambah kalau dah ready, mesti la sama dengan superb”. Hana membalas sambil tangan nya menepuk-nepuk bahu Amir. Keduanya tersenyum.

**********************

Berlalu sudah bertahun ketika mereka di University. Masing-masing pulang dengan pointer yang baik. Dan alhamdulillah mendapat kerja yang baik. Ketiganya bekerja di sektor swasta dengan posisi yang baik juga. Namun, mereka tidak pernah putus bertemu antara satu sama lain. Menunjukkan jalinan ukhuwah yang dijalinkan itu, merapatkan hubungan diantara mereka. Yang mereka pegang adalah, "Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Satu hari,

“Akim. Aku ada perkara nak cakap dengan kau ni. Aku nak buat pengakuan..”

“Apa dia? Sila lah beritahu aku Amir. “

“Aku rasa aku dah jatuh hati dengan Hana. “

“Haa? Ahahahaha. Aku dah agak dah. Dari hari awal kita berkenalan bertiga aku dapat rasakan kau ada hati dekat dia.” Balasku pendek.

“Macam mana kau tahu ni?”

“Aku dapat rasa boss, aku ni kan doctor cinta.” . Aku sendiri tergelak dalam kataku.

“Kau dapat tolong aku tak?”

“Aku boleh berusaha, takkan aku nak hampakan sahabat baik aku kan?”

“Thanks bro, aku terhutang budi dengan kau.”

“menda kecik camni pun kau da terima kasih teruk-teruk. Tak payah la bro, apa sangat la menda ni. Malu aku kau ucap terima kasih camni.”

Amir tersenyum. Puas mungkin dengan jawapanku. Mungkin juga berasa lega kerana akhirnya dapat meluahkan perasaan yang dah lama terbuku dalam hati. Aku dapat lihat riak wajahnya berubah ceria selepas meluahkan tadi. Lain bebenar dibandingkan ketika dia mula berjumpa aku tadi.

Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan ku turuti
Walau harus aku terlelap dan letih
Ini demi kamu sayang
**********************

“Aku cintakan kau Kim, macam mana kau sanggup serahkan cinta kita hanya untuk dia?”

“Aku tak mampu Hana, aku tak mampu nak menolak permintaan dia Na. Dia sahabat aku, dia terlalu penting buatku.”

“Dia penting buat kau. Habis aku? Aku ni siapa Kim?”

“Kau juga penting buatku, tapi bagaimana harus aku meluahkan kepada Amir tentang status kita? Ianya sangat susah.”

“Kalau kau tak mampu, biar aku yang memberitakan kisah ini kepadanya. Biar aku yang ceritakan semuanya kepada dia.”

“Jangan. Aku tak mahu sebab ini persahabatan kita terjejas. Dia pasti akan berasa dirinya dikhianati bila dia tahu perkara sebenar.”

“Kau buat aku berasa langsung tidak berharga Kim. Aku sedih kau sampai hati cakap macam tu, Aku ingatkan kau akan pertahankan kita, tapi kau lebih dahulukan persahabatan dari kita.”

“maafkan aku, aku cintakan kau, malah kau sendiri pun tahu akan hakikat itu, tapi aku tak sampai hati ingin lepaskan persahabatan demi cinta. Biarlah kita putuskan hubungan setakat ini sahaja. Aku tak sanggup melihat kesedihan di wajah kau lagi Na.”

Hana sudah mula menangis. DIa langsung tidak menyangka akan menghadapi kesulitan hubungan cinta tiga segi ini. Dari kedua sahabatnya, berubah menjadi kekasih dan rupanya, keduanya menyimpan perasaan sama terhadapnya, in fact, dia sendiri punya hati buat keduanya. Tapi , dia lebih pantas menerima Akim yang disifatkan lebih matang dari Amir yang kebudakan walau keduanya punya hati yang baik.

Tahukah kamu apa yang ku pinta
Disetiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi

**********************

“Aku dah beritahu dia. Terpulanglah kepada kau untuk teruskan “

Sender : Akim

“Jika ini takdirnya.”

Akim bermonolog didalam hatinya. Dia sudah nekad akan pergi meninggalkan keduanya. Biar tidak putus sahabat dan biarlah dia tidak lagi melihat air mata yang turun dari kelopak mata kekasih juga sahabat nya Hana. Sepanjang bertahun mereka bertiga bersama, sudah acap kali dia menghadapi kesayuan air mata Hana, dan sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah meninggalkan Hana yang memerlukan dia, tapi kali ini, dia terpaksa nekad. Jika dia tidak mengambil keputusan ini, dia pasti tidak akan pergi meninggalkan Hana.

Digenggamnya erat surat tawaran kerja yang didapatinya dari Huawei Technologies (AUS) Corp. Yang di terimanya 4 minggu lalu. Dia nekad menerima tawaran itu, kalau dahulu berat , tapi kini dia nekad. Mungkin ini jawapannya untuk diri sendiri. Pergi membawa diri tapi orang lain menafsirkan dia pergi sebab menerima tawaran yang berjumlah kira-kira AUS dollar 30,000 sebulan.

"Tidak sempurna Iman seseorang dari kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." 

Dia makin teguh dengan keputusannya.

**********************

“Jaga diri kau bebaik bro.”

“Samalah kau juga. “

“Hana, kau jaga Amir bebaik ya? Jadi apa-apa kat dia jaga kau nanti dengan aku.”

“Aku tahu lah, kau tak payah nak ajar aku.” Hana menjawap. Tapi dalam matanya aku dapat melihat, air mata sudah mula menerjah benteng mata, mungkin akan turun bila-bila masa, sama juga aku, tapi biarkan aku pergi membawa diri, mungkin ini langkah terbaik mengubati hati, dari menyakiti dia dan dia yang aku sayangi.

Tiket ditangan nya dibelek-belek. “Sudah tiba masanya aku pergi. Kita akan jumpa lagi beberapa tahun lagi sahabat.”

“Kau jaga diri tau.” Amir berpesan lagi.

Akim melangkah menuju ke pintu masuk. Sebenarnya dia ada banyak masa lagi untuk melepak di luar, tetapi dia bergerak juga kerana dia tidak mahu menyeka air mata yang turun dari matanya itu dihadapan mereka berdua. Dia tak sanggup untuk menunggu lebih lama. Selepas selesai dia bersalaman dengan kedua ibu dan ayah, dia pun melangkah masuk ke balai pelepasan.

**********************

Lima tahun berlalu. Aku dapat berita yang mereka berdua akan disatukan dari Facebook. Tak sia-sia Mark Zuckerberg buat Facebook ni kan, mudah untuk aku meng-observe kedua sahabat aku dari luar negara, tak perlu guna duit, hanya online, dan aku dapat lihat mereka tersenyum bahagia tiap kali aku menyelak satu persatu album di dalam akaun mereka. Setiap kali itulah juga hatiku berdetik sangat cepat, mungkin cemburu, tapi aku beristigfar panjang demi menolak perasaan itu dari berakar dalam jiwa, aku sendiri yang memilih jalan ini. Aku sepatutnya rasa bahagia untuk mereka.

“Akim, kau kena ada tau. Jangan tak datang. Kalau kau tak datang, putus sahabat. Aku tak nak datang masa majlis kau nanti.” Amir mengugut. Aku hanya tergelak lagi membaca Private Messages yang di hantarkan ke Message Facebook aku

Sebenarnya aku sudahpun berhenti kerja di sini hampir sebulan yang lepas, tetapi saja aku lepak lagi di sini, bersama Ibu dan Ayah juga adik-adik yang datang minggu lepas. Kata mereka takkan aku nak balik macam tu aja, jadi aku kirimkan mereka tiket datang ke sini, dan aku layan mereka puas-puas di sini. Mana sahaja lokasi impian, aku bawa mreka ke sana. Kami dijadualkan akan pulang dua hari lagi. Dan aku bakal kembali for good kat tanah air Malaysia tercinta.

“Dah lama rasanya tidak bau udara kampong tu Ibu.”

“Sapa suruh tak mahu balik. Ibu suruh balik setiap tahun kot. Kamu tu yang busy sangat dengan kerjaya kononnya.”

“Betul la tu Ibu, abang yang taknak balik, kata rindu plak.” Balas adik prempuanku. Serentak dengan itu, lengan ku dicubitnya.

“Adeh.. Ibu tengok ni Anis ni..” Aku memohon simpati dari Ibu.

“Kuat lagi Anis.” Ibu menyokong tindakan Anis.

“Ahahahahah tengok tu abang, ibu sokong Anis.”

Aku mencebikkan bibirku. Ayah yang berada di kerusi malas di satu ruang di rumahku hanya terdiam. Aku dapat lihat terukir senyuman di bibirnya. Bukan kata dia, aku juga rindukan suasana ini. Dah lama rasanya kami tidak usik mengusik macam ini.

**********************

Amir sedang asyik menatap gambar dia, Amir dan Hana. Dia begitu gembira membayangkan yang mereka akan disatukan kembali dalam masa terdekat. Walau ada perkara yang lain yang lebih menggembirakan dia iaitu dia bakal disatukan dengan Hana melalui pertunangan, tapi dia lebih memikirkan kepulangan Akim. Kerinduan terhadap sahabatnya itu lebih kuat dari perasaan debar untuk pertunangannya bersama Hana. 

Sedang asyik dia melihat gambar itu, hatinya terpanggil untuk membuka satu surat dalam kotak barang dari Universiti nya satu masa dahulu. Surat itu nampak begitu asing untuk dia. Rasanya itu bukan miliknya. Tak pernah pula dia perasan surat itu sebelum ini. Namun hatinya begitu tertarik untuk membukanya. 

Dengan pantas jari menguis bukaan sampul surat itu untuk melihat apa isi kandungannya. Dan hasilnya sangat mengejutkan.


**********************

“Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal Hana?”

“Maafkan aku. Aku buat begini demi kau. Dan begitu juga Akim. Dia tinggalkan kita demi tidak membuat kau sedih. Kami sayangkan persahabatan ini. Kami tak nak sebab kami kita berpecah."

“Aku bukan sahabat yang akan buat kedua sahabat aku menderita. Cinta itu adalah terlalu murni untuk dikorbankan begini.”

“Kami tak ada pilihan.”

“Tidak, aku tak akan korbankan kau dan dia sebab kan diri aku. Aku janji akan satukan kamu.”

Hana terkedu. Dia tidak menyangka, begitu hebat persahabatan dalam diri keduanya lelaki yang begitu rapat dengannya. Perasaan sendiri bukan keutamaan lagi. Tapi memikirkan sahabat itulah yang lebih berat lagi. Dia sangat tersentuh dengan nada ucapan dari mulut Amir. Langsung tidak menyangka kata yang terluah sebentar tadi. Dia yakin amat yang bila Amir mengetahuinya, dia bakal 'melompat', dan marah kerana mereka pernah berhubungan sebelum ini.

**********************

Dipendekkan cerita, mereka akhirnya disatukan.
Kepulangan Akim, disambut dengan majlis ringkas, majlis pertunangan terkejut diantara dia dan Hana. Yang Akim sendiri tidak tahu, manakala Hana diarah 'duduk diam' oleh Amir. Dia sayang keduanya, tak mungkin dia akan pisahkan dua hati yang bercinta. Hanya kerana dia yang mencintai wanita itu. Soal hati boleh dipupuk, tapi soal sayang dan cinta, bukan paksaan. Dia tidak rela menjadi punca kesedihan Hana satu hari nanti. Walau dia tahu Akim ikhlas, tapi dia juga sedang ikhlaskan diri demi kecintaan nya kepada persahabatan.

"Sesungguhnya perumpamaan sahabat yang soleh dan sahabat yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi - boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi - boleh jadi sama ada dia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi)."

Dia senyum bila membaca kata-kata di atas. Dia adalah pembawa minyak wangi. Yang mana minyak wangi itu mewakili Hana yang bakal menjadi isteri Akim yang bakal membawa keharuman kepada rumah tangga dan pastinya persahabatan mereka nanti. Dia tak rela menjadi peniup tungku api, membawa bau, kegembiraan kepadanya, tapi membakar cinta kedua sahabat tersayang.

**********************

Pada hari bahagia mereka berdua.
“Ehh, sapa tu Hana? “. Soal  Amir ketika sedang menjadi pengapit si Akim.

“Adik aku la..” Jawap Hana.

“Tak cakap pun ada adik kembar?”

**********************TAMAT**********************



Buat semua sahabat. Nadh sayang kamu. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA