Followers

Tuesday, 24 April 2012

Dimanakah kekuatan kita?

Assalamualaikum Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni Nadh nak berkongsi cerita sedih yang Nadh jumpa petang tadi. Masa tu Nadh baru lepas solat. Lepas solat tu, Nadh pun pergi la dekat pintu kan, Nadh tengok kasut Nadh dah hilang. Pening gak fikir tetiba tu. Tapi tiba-tiba sorang abang ni tegur Nadh.

"Abang, kasut abang saya dah angkat.  Letak dekat atas. Hujan tu, basah nanti,"
Nadh cuma tersenyum kemudian mendekati abang tu dan bersalaman mengucapkan terima kasih atas usahanya mengangkat kasut Nadh yang kebasahan jika dibiarkan di situ. 

Kemudian dia bertanya, 
"Abang kerja ka dekat sini? 

Ya saya kerja abg. Tapi dekat Puchong. "
Ohh, abang kerja apa? Hantar surat ke? 

Nadh cuma tersenyum. "Eh tidak saya datang cari barang tadi. Ada kerja di kawasan ini."

Kemudian dia sambung, "Saya esok baru mula kerja." Dengan wajah yang berseri-seri. Nadh tanya lagi, kemudian dia tunjukkan bangunan tinggi berwarna hijau berdekatan dengan kami. Seraya menambah , "Sebenarnya saya ini muallaf abg. Baru masuk Islam. Tapi family taknak terima saya. Sebab itu saya ke sini"

"Umm. sabar ye abang. ALLAH ada sesuatu untuk abang tu. Sabar ye. " Cuba menenangkan. Sebenarnya diri sendiri pun tak tahu bagaimana nak hadapi situasi ini hari ni. 

"Abang tinggal di mana?"

"Saya tinggal dekat Subang. "

"Saya tengok plat moto abang plate Penang. "

"Saya memang orang sana."

"Isteri saya pun orang sana. Penang juga. " Sambil menunjukkan kawasan rumah isteri dia dekat Nadh. Kemudian tetiba dia pun menambah "Tapi itu dulu la, sekarang kami dah berpisah, saya pun dah tak ingat di mana rumahnya. ". 

Kata-katanya buat Nadh sekali lagi rasa terkejut. Namun tak memberhentikan Nadh untuk terus bertanya. 
"Jadi kiranya abang lari ke sini sorang la ni?" 

"Ya, saya lari sini sesorang, buat apa nak duduk sana lagi. Keluarga saya sudah tak mahu saya, buat apa saya duduk sana lagi." 

Lepas tu, hujan pun mulai kurang lebatnya. Nadh mula hendak beransur. Dia juga sama, dia menunggu hujan renyai rupanya. Selepas bersalaman. Nadh gapai-gapai di dalam beg, cuma mengambil kad nama Nadh untuk dihulurkan kepadanya. Namun, tak kesampaian, dia dah berlari didalam hujan yang mulai renyai itu. 

Yang Nadh  ingat, dia tinggalkan Nadh dengan kata-kata ni. 
"Kalau abang nak cari saya nanti, abang datanglah dekat menara tu ye? "

Doa Nadh agar hatinya akan terus kuat dengan Islam dan ALLAH. Moga dipermudahkan urusan kehidupan sehariannya. Juga dia bisa menerima ujian ini dengan hati yang tenang. 

Cumanya apa yang Nadh jumpa ni buat Nadh sendiri terfikir. Kuatkah kita sekiranya kita diuji sehebat dia? Kalau kata bercinta pun kita dah goyah, hilang cinta kita sudah putus harapan, dia lagi hebat, bukan setakat kekasih, dah isteri pun, tapi putus juga akhirnya. Cinta bukan? Tapi Cinta itu tidak menjamin apa-apa. 

Keduanya, dia hilang keluarga. Orang zaman kini, kerana cinta, n sanggup buang keluarga. Tapi dia dibuang keluarga sebab ALLAH. SubhanaALLAH, Nadh rasa sangat kagum dengan kekuatan dia tu. Entah apa yang dia ada tu, ada dalam diri kita ni ka tak?

4 comments:

Iffah Afeefah said...

Kagum nadh kagum

#untungla org tu ade rupe penghantar surat kikiki

Eza Boom Boom said...

semoga dia terus kental menghadapi segala dugaan.

kiera'sakura said...

mendoakan untuk dia jugak Amin

Hanif Idrus said...

Kau bertuah dapat menghadapi susana sedemikian ...
Pertemuan ni membuat kau berdetik seketika memikirNya...dan berkongsi entri ini bersama dan membuat aku memikirkanNya dipetang ni..Amin
Ambil kesempatan Vote me as Blogger As The Year

Buta+Pekak+Bisu=CINTA