Followers

Sunday, 24 June 2012

Dipersimpangan memilih

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Baru semalam ada terbaca. Satu iklan dalam pesbuk ni la. Mengenai jawatan kosong. Saya ada utarakan keinginan untuk mencuba kat macik, katanya ikut suka la. Tapi katanya kalau nak cuba dia leh bantu mudahkan nya, tapi dalam pada itu hati ni dah berbolak balik. Ye lah, dalam masa yang sama, pagi tadi juga ada seseorang, offer saya job juga. Katanya dah tiba masa saya tinggalkan apa yang saya ada di tempat sekarang. Means, greenlight macam entry saya pagi tadi.

Sekarang, dalam dilema. Satunya berkaitan dengan apa yang saya nak sekarang. Adalah idaman saya dalam beberapa tahun ini. Serious saya harap sangat perkara ini akan ebrlaku, dan akhirnya, pagi ini saya dapat maklumannya. Itu kelebihan di sini la. Banyak juga yang saya dapat. Dan lagi, apa yang saya harap dan impikan.

Di sana pula, dalam pada kurangnya, terdapat banyak juga lebihnya. Selain dapat dekat dengan Mama Ayah n adik-adik, kemudian melihat dari aspek masa depan yang bakal terbina tak berapa lama lagi, dia punya lebihnya tersendiri. Tambah pula bila dah berkeluarga, dan beranak pinak, semestinya saya juga mengharapkan environment yang baik untuk pembinaan sahsiah keluarga saya, dan anak-anak terutamanya, dibandingkan dengan apa yang di sini. Lagi, perbincangan minggu lepas turut memainkan peranan dalam keputusan mungkin, bila saya lihat kesusahan yang bakal si dia alami satu hari nanti andai ditakdirkan berlaku migrasi dari sana ke sini, terutama dari segi kesesakan, kesusahan, dan banyak sebab yang buat rasa hati tidak sedap untuk membenarkan migrasi itu berlaku, tapi si dia benar telah memujuk untuk datang.

Kemudian, bila hati mula rasa tak sedap, saya buat panggilan kepada Ibunda tercinta, bertanya apa pendapatnya. Seperti biasa, dia tak pernah menghalang apa sahaja tindakan saya, kerana katanya dia akan berada dalam apa jua situasi yang saya bakal hadapi, cumanya, dia lebih gembira andai anakanda dapat kembali kepangkuan, seperti ayatnya kemarin "Lagi bagus, semua ada depan mata Mama. ". Walau begitu, dia hanya mencadangkan, keputusan di tangan saya. 

Selepas itu, saya cuba menghubungi satu lagi orang kuat saya, SMS dari nya juga berpendapat demikian, di sana lebih baik terutamanya bila kamu dah nak berkeluarga, jauh itu tidak mudah, lagi katanya, hargailah usaha yang sedang dihulurkan oleh dia.

Kecenderungan saya untuk memilih benar-benar teruji kali ini.  Apa pun hanya berserah pada ALLAH untuk keputusannya. Dalam beberapa hari ini, usaha akan dikuatkan dalam memohon mandat bantuan juga hidayah darinya, petunjuk dariNya adalah satu satunya yang saya harapkan buat masa ini. 

Saya yakin di mana juga saya, DIA dah tentukan yang terbaik buat saya.

6 comments:

kiera'sakura said...

tetiba pulak rasa tgh berdepan and dengar seseorang yang pakai blazer, kemeja masuk dalam, tie yg kemas, bercakap.. errr hihihihi :p

pilihan dan solution dah dicadangkan tinggal awak memilih mana yg terbaik :)

cik AngguR said...

balik la ke pangkuan aku roy hahahahahah

Iffah Afeefah said...

ai rase baikla duk dpn mama nadh tu

sng

tapi ikut nadh la

y mne terbaik

delarocha said...

isthikarah...jalan terbaik.

Hanif Idrus said...

Manusia ini sememangnya akan diduga pelabagai pilihan...
Apa kata hati anda?..
cehh!! macam pakar psikologi ajer..hahaha

MizzTina said...

berdoa n tawakal.. mungkin akan diberi petunjuk untuk mana yg lbh baik..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA