Followers

Monday, 13 August 2012

Journey of a groom to be - Part 9

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cerewet

Wahhh akhirnya bertemu juga dengan warna pilihan. Sangat susah mendapat nya tau tak? Berminggu saya cari. Punyalah susah. Boleh bayangkan tak sebesar besar jalan TAR tu, langsung tak jumpa. Merata dah pusing. Tu saya baru cta kat sana, tempat lain belum lagi kan?

Okeh, x kisahlah pasal tu sekarang sebab akhirnya jumpa kan? Alhamdulillah. ;)

Next, sama sama cari kasut plak. Pun sama, di mata saya sangatlah tak ada yang berkenan. Cari sini cari sana, dari yang murah sampai ke mahai, ada ja yang tak kena dimata saya. Banyaknya yang tak cantik dari yang cantik.

Paling saya heran sebab banyak.betoi kasut kapai tu kat pasaran sekarang. Tahu tak kasut kapai tu apa? Alaa kasut yang kat depan dia panjang cam kasut aladin tu. Buruk seyes buruk. Langsung tak kenan. Padahal da jumpa da kst idaman, warna putih, last tgk spesis tu, terus kensel beli.

Itu saya, ingatkan saya ja, rupanya dia pun sama. Terus saya gelak dalam hati. "elok la tu, padan la dua dua. " ahahahahaha
Published with Blogger-droid v1.6.9

3 comments:

kiera'sakura said...

kalau tak sama2 cerewet mesti susah nak paham time nak membeli tue.. hihihi :p

Rozuan Ismail said...

wah,sehati sejiwa sgt.huhu

Iffah Afeefah said...

br tau ke due2 pengantin cerewet? haha

elokla sme2 meredah cr y bkenan

Buta+Pekak+Bisu=CINTA