Followers

Tuesday, 25 September 2012

Penghinaan itu datang dari kita

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

SubhanaALLAH. lamanya tak baca sini tengok tengok dah berubah interface nya. terkejut tu tak juga sebab ada dengar orang berkisah kisah mengenainya, cumanya rasa lagi semak pula macam ini. Sebelum ini kan semuanya di susun dengan baik. Rasanya ada juga pengasingan antara tulisan tulisan tu. Ada border kan, tapi sekarang macam tak wujud ja? pening juga jadinya.

Dalam asyik kita membebel mengenai perubahan ni, suka plak rasanya nak cuit sedikit hati kita masing masing.

Kita asyik komplen, perubahan yang jadi kat timeline ni, tapi kita masih belum sedar yang perubahan lebih besar sebenarnya sedang menyerang kita kebelakangan ini. Antaranya, ada yang kita lihat, umat Islam marah dengan kewujudan satu movie yang bagi saya juga sangatlah melampau sebab menghina Rasulullah SAW.

kita marah dengan dia sebab dia menghina junjungan agung Rasul kita. tapi kita sebenarnya tak sedar yang dalam pada dia menghina , kita juga turut dalam tak langsung menghina apa yang Rasul kita bawa sebelum ini. Tak percaya? lihat lah di keliling kita, ramai bukan yang menolak untuk bertudung? Apa kata mereka, saya belum bersedia. Adakah sedia itu titik mula untuk perubahan? semestinya lah tidak sebab ianya bukan satu pilihan untuk mengikut apa yang ALLAH suruh.

Ada pula yang menjawab, suka hati saya lah, dosa saya, saya lah yang tanggung, kamu apa nak sibuk. Ini jawapan yang sangat bernas. bernas hinggakan paling layak kita tuju ja dengan batu, atau nak ja kita buka kitab, sedarkan yang apa yang dia kata tu sangat lah salah. Ada satu kisah, seorang sahabat tak silap saya, dia terpandang aurat, menangis dia sebab aurat tu melembabkan penghafalan dia, terlupa dia sebab ternampak aurat tu. sedangkan itu sangat lah sedikit dan itupun TER. kita zaman sekarang ni, slumber, malah ada yang tak kisah dah tentang tu.

Minggu lepas juga ada satu kes, mengenai seorang pengarah yang buat filem. Filem ala ala lucah ini bila dikecam kerana kisahnya . Dia menjawab, dia sedang ikut sunah Rasulullah lah tu. Rasa saya la, patut dia ni kena rejam atau kena pancung saja. Jawapan superbangang. Kau nak ikut sunah bukan itu yang perlu kau ikut, kau tahu tak apa yang kau cakap ni? Bagi saya, ini satu lagi yang kita kena bantah, yang dok asyik melawan yahudi hina islam tu, ini islam hina islam. bagi saya ini lagi keji. keji dan sangat keji. Bodoh sangatlah keromantikan tu kononnya nak diikut, padahal, aurat tak jaga, itu tak jaga, ini tak jaga, tu pun berani lagi sembang sal Sunnah. rasa patut ditapak ja orang ni kalau kita jumpa. teruk ! 

Dan terbaru semalam. Seyes saya pandang hina terus kat dia sebab kenyataan dia bila ditanya pasal keburukan yang dia buat, iaitu berpelukan antara lelaki dan perempuan. Katanya normal. Kenyataan ni bagi saya menghina sekali. Sedangkan dah disebutkan dalam Al-Quran, di tekankan Rasulullah bahawa HARAM perbuatan tu, tapi standard bagi dia. Geram saya yang mendengar. Ini ke yang mengaku Islam. Padanlah Islam dipandang hina oleh masyarakat dunia. Sebenarnya bukan Islam yang patut dihina, tapi umatnya yang patut dikeji, sebab sangat tak menjaga nama Islam yang mana ALLAH sebagai matlamat pertama.

Pokoknya, kita marahkan orang yang menghina Rasulullah, menghina Islam, yang semuanya merujuk pada menghina ALLAH yang Maha Besar, tapi dalam masa sama, kita muhasabah diri kita ni, patut tak semuanya di hina? memang tidak bukan, tapi dah kita lemah, mesti la dipandang rendah. Tengok zaman Rasulullah dulu, macam mana Rasulullah di angkat dan dijulang kerana bukan sahaja ajaran yang dibawa, tapi peribadi nya yang unggul. Itulah yang kena kita ikut, agar orang hormat kita, ini tidak. Sambil lewa. Macam mana lah orang nak pandang? Pastilah tidak bukan ?



5 comments:

Iffah Afeefah said...

ermmm memang betol pon jiran

sbb kite nmpak slh org

slh sndiri?

kite y merendah2 kn agame kite sbnrnye

kiera'sakura said...

sebab tue kafirun tak nampak mana indahnya islam bila yang islam tue sendiri tak menyerupai depa kan

kiera'sakura said...

eh tak pulak. *bila islam tue sendiri dan menyerupai depa

Hanif Idrus said...

kadang2 kita lupa perkara yang terpenting iaitu kekuatan umat islam yang semakin pudar.
Apa tindakan kita..amin

shida anwar said...

betul..pandang diri sebelum pandang keliling..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA