Followers

Friday, 19 October 2012

Journey of a groom to be Part 13

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tentang rasa

Bangun pepagi ni, lepas da selesai mandi, saya teringat sesuatu yang saya bualkan dengan work mate saya semalam. Bab hati dan rasa ni lah. Dia ada tanya saya, berapa lama saya go on dengan bakal isteri saya tadi, saya jawab pada dia setahun, walau sebenarnya kurang dari tempoh itu pun kami berkenalan sblm saya ambil langkah untuk perjelaskan hubungan kami.

Reaksi dia seakan terkejut, katanya cepatnya you. Saya hanya tersenyum.

"berpada padalah dalam menyayangi seseorang, kerana takut kelak bakal membenci, dan berpada pada membenci kerana takut satu hari nanti sayang.

Saya pegang pada menda ni. Sebabnya. Inilah pusingan hidup kita yang berada dalam naungan ALLAH SWT. Hati, walau milik kita, tapi kuncinya bukan ada pada kita. Rasa itu apa yang ALLAH berkuasa padanya.

Sepertimana dulu saya bersama yang lain. Sayang nya lah pada dia, sampaikan kawan dia menangis melihat bagaimana saya melayan si dia. Ibarat 'fairy tale' kata sahabatnya. Last last, sekejap ja perasaan itu hilang. Kami tak ditakdirkan pun untuk bersama, tapi masih lagi saya punya rasa sayang, hingga satu hari, mendapat khabar bahawa saya dihina dengan teruk dihadapan sahabat saya yang lain. Mulai dari hari itu, yang tinggal hanyalah perasaan marah yang masih berparut hingga ke saat ini. Saya akui, saya marah. Sedangkan saya ini, walau dah tak sama, saya marah kawan saya yang burukkan dia. "itu masa silamku, sedang aku tidak menghukum, jangan kamu berani menghukum".

Begitulah singkatnya kisah tentang ras yang bila bila masa sahaja dapat memaut emosi yang berlainan.

Dan bagi saya satu masa dulu, ketika saya punya pilihan, bagaimana ALLAH dah salurkan saya pada impian yang mana bakal jadi milik saya tak berapa hari lagi. Bagaimana rasa tu ALLAH twist. Percayalah suma, kita mungkin suka pada hari ini, tapi kita belum tahu masa depan macam mana. Cumanya mampu dan bisa mendoakan yang terbaik. Begitu juga saya mendoakan yang terbaik dalam phubungan ini. Hingga ke jannah. Amin yarabbal alamin.
Published with Blogger-droid v1.6.9

6 comments:

Anum said...

wow

Iffah Afeefah said...

heh nice quotes

ai pon skong kalo dpercepatkn bende baik

Hafizin Jamil said...

hanya mampu berdoa..Dia yang menentukan..

kiera'sakura said...

landaskan perasaan kerana Allah. insyaAllah Dia pelihara perasaan tue kan ;)

Noraim said...

semoga semua baik2 saje utk awk dgn kakak tu! :)

Ruzzezanie said...

beruntungnya sahabat den kerana dianugerahkan jodoh sebaik kamu nadh. *nangis terharu*

Buta+Pekak+Bisu=CINTA