Followers

Wednesday, 28 November 2012

Penamat The Great Doctor

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apa kisah kita hari ini ya? Selain dari kehidupan terlebih sibuk saya kebelakangan ini hinggakan disalaherti. Ada juga yang menariknya. Sekali lagi saya nak khabarkan pasal ending cita korea yang saya tengok semalam.

"ishhh bising betul la awak ni. Orang nak tengok pun tak senang"

Ini reaksi permaisuri hati saya semalam. Ya lah, saya kan dah lama tak ikuti cerita ni, alih alih dah nak habis, banyaklah persoalan nya bila tengok perubahan watak tu kan. Dan tukang jawab sudah semestinya lah Mama yang masih setia ada depan cerita tu kan.

Haa.. Sampai sekarang saya masih tak mensi cerita apa kan? Okeh okeh saya kasi tahu sekarang. Semalam tu ending cerita The Great Doctor. Kalau ada yang tak tengok saya nak cerita la ni kisah mengenai seorang awek dan seorang jeneral yang datang dari 2 zaman yang berlainan. Si jeneral muncul di zaman sekarang dan membawa dokte juga awek ke zaman dia sebab nak merawat permaisuri yang sakit kena takek (ehh paham ke takek tu apa?) Silap silap bukan takek lah tapi kena kelar .

Jadi dari sana lah cerita dia bermula. Si awek kena tahan dengan raja yang tak bagi dia balik ke zaman dia yang diorang gelar sebagai negara kayangan. Dan jeneral yang patuh pada perintah raja disebabkan pegang kepada janji dari raja terdahulu juga wasiat tok guru tersayang.

Ending dia tu menarik perhatian saya. Masa tu hero terserempak dengan musuh paling ketat depa merangkap si penagih cinta dokte kesayangan hero ni. Si musuh ni sebenarnya nak bawa dokte tu ke zaman dokte tu sebab musuh ni sakit. Dia bergantung kepada ubat utk terus hidup. Tapi dokte mesti la taknak ikut kan. Hero pun lawan dengan dia. Dah berjaya tikam dia. Tapi sebab dia masih ada kuasa beku, dia dah sejukkan hero ni. Hero tu dah nak mati. Da nyawa nyawa ikan lah masa tu. Masa tu musuh tarik dokte cuba lalu kot pintu masa tu. tapi since dia dari zaman lain, dia tak berjaya melepasinya. Dokte tu terlepas. Sebaik dia sampai ke zaman dia. Dia lari ke hospital, ambil apa yang patut (ubat ubatan la) sebab dia nak selamatkan hero. Lepas tu dia lari kembali ke pintu masa tu.

Tapi sayang. Dia dah kembali ke zaman 100 tahun sebelum dari itu. Yang bermakna tanpa hero. Tanpa sesiapa. Maka tinggallah dia bersendirian. Hidup diteruskan sendiri.
"Dan kenangan akan menyatukan dua hati"

Akan tetapi dia yakin dan berterusan menunggu pintu masa terbuka lagi. Dan akhirnya. Dia kembali ke satu zaman yang lain. Di sebuah restoran mungkin dia terdengar ada askar di sana. Dia tanya siapa raja sekarang? Dan sebaik dia jumpa askar yang pernah dia kenal dulu kata "jeneral menunggu di pokok itu, dah empat hari dia di sana", terus dia lari mendapatkan hero tu. owhhh saya rasa ending dia suwit sgt.

Penantian satu penyiksaan, akan tetapi penantian yang berakhir dengan penyatuan cinta adalah ending yang sangat sweet, suka suka suka.

6 comments:

Anum said...

hapy ending :)

kiera'sakura said...

cheiittttt tngkp gmbr nie smlm pasal nk update entry la? =.=

hero dia ensem tapi hero sy lagi hensem!! EH hahahaha :p

aeinio said...

askm.. kalau berminat jom baca novel free

Hanif Idrus said...

Evidence gambar TV...hehehehehe

Iffah Afeefah said...

hero die sngt ensem

itu ai tahu haha

puter Beribiru said...

ending yg sweet ok la...takmo ending yg sad2

Buta+Pekak+Bisu=CINTA