Followers

Wednesday, 29 February 2012

Wordless Wednesday #WW38

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

bagi saya senyuman si kecil ni sangat menawan.  :D

Wordless Wednesday #WW37

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

#buahhatiku

Published with Blogger-droid v1.6.9

Besarnya satu penghargaan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam Nadh sembang dengan boss. Dia cerita la pengalaman dia pergi ke negara-negara orang masa dia kerja kat satu company besar satu masa dulu. Seriously kagum dengar pengalaman orang ni. Ye la, kita tak berpeluang kan? Kurang-kurang dari cerita ni dapat la kita ilmu sedikit kan tentang tempat tu. Dalam bebanyak yang dia cerita tu, Nadh tertarik nak share dengan readers tentang India. 

Katanya, masa dia memula dia sampai sana dulu. Dia tak ada lesen memandu. Oleh kerana itu, dia gaji seorang yang dia jumpa kat tepi jalan sebagai pemandu dia. Masa mula tu dia tanya la, kamu ada lesen tak? Kemudian dah sembang-sembang, baru dia tahu mamat tu siap ada degree in engineering tu. Gle kagum la. tukang juai menda jahitan kat jalan ja tu. Punya la susah dia ni, sampaikan boss Nadh kata, rumah dia tu kan, macam setinggan tu, tapi kat tempat macam parit tu, tempat laluan air busuk. Lepas tu plak, rumah berlantaikan tanah ja. Kat sana lah Mak dia tidur.

Lepas tu boss Nadh cerita, lepas tu dia kasi la kat mamat ni kerja. Gaji dia bagi kat orang tu tak silap dalam RM10 sehari la kalau ikut duit kita. Dia tak tahu, rupanya kan, gaji tukang pandu macam ni hanya dalam RM2 ja kat sana sehari. tapi tak apalah katanya, memandangkan elaun dia banyak juga masa tu. Lepas tu dia gtau la dekat mamat tu, esok pagi, kita jumpa kat tempat sekian-sekian. Pastu pagi tu masa Boss Nadh bangun dia tanya la dekat kat orang hotel tu, kata depa, dia dah tunggu sana dari semalam tak silap. Kira-kira 10 jam kat situ. Bayangkan la dia tunggu tu punya la lama. Tapi dia tak dibenarkan masuk hotel sebab dia selekeh, kiranya tak standard la dia pakai tu. 

Esoknya, boss Nadh ajak dia p shopping complex dlu mula-mula. Sampai kat sana, dia shopping la baju kat mamat tu. bagi elok sikit. Ceritanya, mamat tu berlinang air mata. Lepas tu pergi kedai lain plak, beli enpom plak. Nangis lagi mamat tu kata Boss Nadh. Boss Nadh kata, dia tak sangka, tak terbayangkan pun akan dapat macam tu. 

Pada masa tu boss Nadh kata, kat sana ada rusuhan tau. Boss Nadh kata, dia punya la jaga boss Nadh. dia peluk boss Nadh tak lepas. takut boss Nadh diapa-apakan. Punya la dia jaga boss Nadh. Kata boss Nadh, kalau kata masa tu ada orang nak takek boss Nadh dengan parang, dia pasti akan jadi benteng, biar yang mati tu dia, bukan Boss Nadh. nak jadi pape kat boss Nadh pun selepas dia mati mempertahankan. Ada juga sekali tu dia marah kat orang kedai sebab masa boss Nadh panggil nak order orang tu tak datang-datang. Jenuh boss Nadh nak gtau dia jangan wat macam tu.  Yang lawaknya, boss Nadh kata dia tu dah anggap macam dia ni hamba boss Nadh tau. Padahal kan, Boss Nadh tak la anggap macam tu, just anggap macam pekerja biasa ja tau. Tapi dia tu punya la pegang menda tu. 

Bayangkan la, satu hari tu, boss Nadh ajak dia tidur hotel sesama. Dia tak mahu, katanya dia nak tunggu dalam kereta saja, tapi boss Nadh paksa juga, dan akhirnya dia ikt ja. Tahu dia lena kat mana? Dia tidur kat depan pintu masuk tu. Bila Boss Nadh ajak dia mai tidur sekali atas katil, katil ni kan besar, dia tak mahu, dia berkeras sangat-sangat. Rupanya dia anggap , kalau dia tidur sekali kat atas katil tu, macam dia menghina tuan dia. Dia dan boss tak standard. tu la pada pemikiran dia. 

Ending dia, last sebelum boss Nadh tinggalkan India, dia dapat kerja kat sana lepas kena promote ng boss Nadh. Jadi engineer juga dia akhirnya. Gaji pun boleh tahan. Akhirnya hidup dia pun berubah. Sampai ke tahap jadi Project Manager kat sana. Punya la dia berterima kasih kat boss Nadh. sampai sekarang pun berhubung, melalui email. 

Apa yang Nadh tertarik nak kongsikan adalah, macam mana dia punya lah menghormati boss Nadh, bukan sebagai tuan dia, tapi macam mana hormatnya dia pada orang yang berbudi kepadanya. Macam kita ni, adakah kita begitu hormatkan orang macam mana dia buat?

Lagi satu adalah, macam mana orang yang susah itu menghargai hidup. 10 jam tunggu kat luar untuk kerja, appreciate apa yang dia dapat, kerja sampai capai yang terbaik, iaitu kerja sungguh-sungguh, lagi pertahankan orang dengan nyawa sendiri, Adakah kita mampu?

Tuesday, 28 February 2012

Iklan Jawatan Kosong - Physiotherapist

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Boss Nadh mintak Nadh tolong iklankan ni. Ada kawan dia nak pakai orang ni. Qualifications dalam bidang Physiotherapy. Kerja dekat Brisbane nanti.

Kot-kot la ada kekawan ka sapa-sapa kot nak kerja tu PM Nadh ye. 

Maceh. :D

Cobaan 1 2 3 | Ayam Burma Senget

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari Selasa yang bahagia. Tak dak apa nak buat kan? Masuk dapur lepas tu jenguk-jenguk apa yang ada nak masak. Lepas tu teringat apa kakakecik buat semalam. Saja tau dia ni, dok goda-goda orang. Jadi hari ni, kita tujukan makan ni dekat dia. bleh kan? Bosan la asyik tuju lagu je. :P


Ayam Burma Senget

Resepi asal tok guru kat SINI.

Bahan-Bahan
Ayam
Sos tiram
Serbuk Kunyit
Serbuk kari daging / Ayam (Cap rumah kampung, Adabi la. :P )
Air
1 Kiub pati ayam
1 biji tomato
Gula sikit
Bawang besar, bawang putih, halia, cabai hidup, cabai melaka, serai sebatang (Blend sekali)

*Pre-prepare
Perap ayam dengan sos tiram, dan serbuk kunyit (tok guru kata wat la dalam 20 minit.)

Cara-caranya
1. Mula sekali, kita tumiskan Bawang besar, bawang putih, halia, cabai hidup, cabai melaka, serai sebatang yang dah diblend tadi. Campurkan dengan serbuk kari ayam dan daging, sampai naik baunya.
2. Lepas tu, masukkan ayam yang dah diperap tadi. Gaulkan dia. biarkan seketika.
3. Selepas itu masukkan air, dan kacau semua. Biarkan sampai ayam masak.
4. Masukkan pati ayam tadi. (bagi hancur tau) lepas tu bubuh skali gula dan tomato tu.
5. Teruskan memasak sampai agak-agak dia kering.
6. Tutup api, hidang dan sedia untuk di makan. :D

Selamat mencuba.

p/s : Senget la sebab tak ada daun pudina macam Tok guru wat.

Monday, 27 February 2012

Love doesnt mean being together forever

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh berpendapat : Love doesnt mean being together forever.

Ada yang setuju? Membantah? Meh Nadh panjangkan.

Bersama selamanya? Kita yakin ka kita akan hidup bersama sampai bila-bila? Apa hujah terbaik untuk itu? Sedang yang berkahwin berpuluh tahun juga menghadapi perceraian , inikan pula yang berkawan tanpa diri bersedia untuk memiliki. Kemudian, kecewa kerana putus dipertengahan. Kecewa dan membawa diri, benci lelaki, tak percaya perempuan. Prnyataan tak boleh dipakai.adalah manusia perlukan cinta, ya diakui, tapi cinta tanpa arah ketika diri belum bersedia itu kan patut dihindar? Macam kata sahabat, spenda pun ibu beli kan, dah meQelah nak be in love.

Kemudian adalah alam percintaan. Diri yang belum bersedia adalah vulnerable. Atau mudahnya, bila terjumpa yang lebih baik, terpikat, tersuka kemudian membawa kepada putus di pertengahan juga. Love doesnt mean being together forever, kan?

Alam rumah tangga. Permulaan pemuh kasih dan sayang. Tapi sayangnya diri begitu mengharap konon datangnya "seru" untuk berubah, lantas mengabaikan tanggungjawab untuk menutup apa yang perlu ditutup. Jadi percintaan suci yang sepatutnya menjamin separuh agama lagi dilengkapkan dengan takwa, membawa separuh kaki menemui pintu neraka, bukan hanya dia, malah bersama sipencinta sejati iaitu sang suami menemani ke sana. Adakah ini dikata bersama selama-lama? Berbahagiakah disana diseksa setiap masa? Sedang jalan mudah dah disedia, tapi hanya sekadar dalam cerita, tapi tubuh tidaklah berusaha menggapai redha.

Rumah tangga yang tidak ditentukan arah tujuannya, adalah rumahtangga yang tak tentu arah. Satu jalan ke syurga, satu jalan ke neraka. Perkahwinan itu harus ada visi dan misi yang dikongsikan bersama. (Kang Abik, Aku Terima Nikahnya)

Apa juga, yang pastinya, cinta selamanya itu datang dari kita yang menuju jalan utama yakni takwa ALLAH Ya Rahim. Kerana jalan takwa pasti menguatkan diri menjaga setiap yang pasti perlu ada dalam pemerhatian.

Diri yang mencari akan menemui. Ingin bersama selamanya? Kejar yamg Utama maka pasti tiada jalan yang memisahkan kita ditengah usaha, walau tubuh sudah dimamah tanah, tapi hati masih ada, berkekalan sampai ke sana.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Masa itu segalanya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Isi masa siang dengan menonton Nat Geo Wild. Tentang bagaimana masa itu segalanya bagi buaya yang memburu makan nya. Bagaimana buaya boleh duduk di bawah air selama 2 jam hanya untuk menunggu makanannya sampai ke masa yang tepat untuk sekali terkam.

Sangat menarik bila mempelajari tentang masa ni. Sebenarnya aplikasi dalam dunia kita yang langkah yang kita ambil untuk bertindak tu . Bagaimana kita bersabar hingga masa betul-betul tepat. Dan ianya akan mendapat kejayaan.

Tapi, Kesilapan bertindak itu bakal buatkan kita rugi. Dari banyak aspek. Terutamanya kerana beberapa saat itu rugi tempoh menunggu kita selama ini. Macam juga buaya, tempoh rugi itu buatkn dia perlu rehat lama untuk nyahtoksinkan satu enzime yang keluar waktu beraksi tadi.

Sebab itu kita kena fikir sebelum bertindak, kaji baik dan buruk bukan?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, 26 February 2012

Resam bersahabat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru jap tadi sorang sahabat SMS Nadh. Katanya tetiba plak teringat dekat Nadh. Setelah agak lama juga menyepikan diri, malam ni berhubung semula.

Ni antaranya kawan yang lama juga dengan Nadh. Dan antara persahabatan lain dari lagi sebab kami kenal semenjak Nadh habis sekolah melalui seorang kawan juga la. Masuk tahun ni ingat dekat 9 tahun dah kenal. Dari lepas sekolah, sambung belajar, sampailah dah ke alam pekerjaan. Dan kami tak pernah jumpa, hanya melalui SMS , email dan call ja.

Bila dah nama bersahabat ni kan, mesti la ada sesi sharing kan? Orang kata jauh tapi susah senang ka tak lupa pada sahabatnya. Hari tu masa dia hubungi Nadh dia bagitahu ibu dia meninggal. Dia memang sedih la masa tu. Setahu Nadh dia ni anak bongsu. So dapat rasa la cmne rasa kehilangan tu.

Rasanya okeh ja kan kalau dah nama bersahabat. Tak kiralah takat mana perkenalan tu. Tak semestinya tak pernah jumpa, tak boleh bersahabat kan?

Bak kata boss :
" Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Betul kan?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Jalan-Jalan Melantak | Mogok! tamo masak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni mogok. tamo masak. sebab semalam Nadh cuba wat kueh tak jadi. *sedih sgt tau*
Jadi kuar makan dekat kedai aa. Malas nak cita banyak la. Tunjuk gambo je leh?


Menu pembuka selera tadi. :
Satay besaQ #tujohkupang

 Kailan Ikan Masin



Ikan Siakap 3 rasa yang besaQ

Dan menu air dia ni ha.

Laicikang ni best. bukan longankang yang sangat tak disukai. 

Yang pastinya, masakan kat sini sedap la jugak. Dan boleh tahan tak mahal sangat. 

Kalau ada sesiapa nak cuba, leh la pergi dekat 
Awe Tomyam n Seafood berdekatan Gombak (depan Sekolah Teknik Gombak, berdekataan UIA, BMI)

Selamat mencuba.

Saturday, 25 February 2012

Cobaan 1 2 3 | Tomyam Pedas Masam Ayam

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ini apa yang Nadh untuk makan tengah hari tadi. Dah tak tahu nak masak apa tadi, jadi cuba aja la yang ni. Lagipun kan tadi Abg Mie baru beli ayam sekor. Malas dah nak fikir nak buat apa, so hari ni kita tukar selera ke Siam plak la ye? :D

Tomyam Pedas Masam Ayam

Resepi asal tok guru kat SINI.

Bahan-Bahan
Ayam (potong ikut suka, nak kecil ke nak besar)
2 sudu pes tomyam
2 batang Serai (ketuk-ketuk)
Halia (hiris)
Lengkuas (ketuk-ketuk)
7 biji Cili padi
Daun limau purut
Bawang besar
1 Kiub Ayam
Sos Ikan
Sedikit gula
Limau kasturi (ambil jus saja, ikt la nak masam macam mana)
Serbuk Lada hitam
Air
Bunga kobis (potong ikut suka)
Carrot 
Jagung kecil
Tomato sebiji (potong 6)

Cara-Caranya
1. Mula sekali masukkan air, halia, lengkuas, serai , bawang besar dan pes tomyam dalam periuk. Panaskan sampai mendidih.
2. Lepas air mendidih,  masukkan ayam, cili padi dan daun limau purut
3. Agak ayam dah masak, masukkan kiub ayam , dan sayur-sayur yang kita dah sediakan (bunga kobis, carrot, jagung kecil)
4. Perlahankan api, Lepas tu letak serbuk lada hitam, sos ikan dan gula. Kemudian tuangkan jus limau kasturi dalam tu mengikut rasa yang kita nak la. kemudian masukkan tomato dalam tu.
5. Biarkan untuk beberapa minit. Tutup api. Sedia di hidang. :)

Note : Untuk lagi feel, gorenglah ikan kering tu. Sedap dimakan bersama ikan kering. nyum-nyum-nyum.

Tanpa berusaha dan bersenang sahaja, kita tidak akan kemana.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

QADA’ dan qadar adalah satu penentuan yang telah ditetapkan Allah pada setiap hamba-Nya di mana mempercayainya termasuk dalam Rukun Iman yang keenam. Memahami qada’ dan qadar sangat penting kerana dapat membantu kita melihat setiap perkara di luar daripada kotak fikiran yang biasa. Sesuatu kejadian yang difikir tidak logik, mustahil dan tidak masuk akal ada hikmah yang tersendiri dan rahsianya.

Memahami kenapa sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku harus bermula dengan mengetahui tingkat atau tahap qada’ dan qadar yang dinyatakan oleh Allah.

Tahap-tahap qada’ dan qadar Allah dimulai dengan al-ilm atau pengetahuan. Ertinya mengimani dan meyakini bahawa Allah mengetahui semua perkara. Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, di darat dan laut, secara umum mahupun terperinci.

Tahap kedua ialah al-kitabah atau penulisan. Ertinya mengimani bahawa Allah telah menetapkan ketetapan semua kejadian dalam Luh Mahfuz.

Kedua tingkat ini sama-sama dijelaskan dalam firman-Nya: Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi, bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah’ – Surah al-Haj: 70.

Dalam ayat ini disebutkan lebih dahulu bahawa Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi, kemudian dikatakan bahawa yang demikian itu tertulis dalam sebuah kitab Luh Mahfuz.

Ketika Nabi Muhammad ditanya tentang apa yang hendak kita buat, apakah sudah ditetapkan atau tidak? Baginda menjawab: Sudah ditetapkan. Dan ketika baginda ditanya: Mengapa kita mesti berusaha dan tidak pasrah saja dengan takdir yang sudah tertulis? Baginda menjawab: Berusahalah kalian, masing-masing akan dimudahkan menurut takdir yang telah ditentukan baginya.

Kemudian baginda membaca firman Alah: “Adapun orang yang memberikan hartanya (di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik, maka Kami akan memudahkan baginya (jalan) yang mudah. Sedangkan orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan adanya pahala yang terbaik, maka Kami akan memudahkan baginya (jalan) yang sukar’ – Surah al-Lail: 5-10.

Usaha akan membawa kejayaan. Tanpa berusaha dan bersenang-senang sahaja, kehidupan tidak akan ke mana malah mendatangkan bencana.

Tahap ketiga ialah al-masyiah bermaksud kehendak – ertinya bahawa segala sesuatu yang terjadi atau tidak terjadi, di langit dan di bumi, adalah dengan kehendak Allah.

Hal ini dinyatakan jelas dalam al-Quran. Allah telah menetapkan bahawa apa yang dilakukannya-Nya serta apa yang dilakukan oleh hamba-Nya juga dengan kehendak-Nya seperti mana firman Allah SWT: ‘Iaitu bagi siapa di antara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam’ – Surah at-Takwir: 28-29.

Tahap terakhir al-khalq iaitu penciptaan – ertinya mengimani bahawa Allah pencipta segala sesuatu. Apa yang ada di langit dan di bumi penciptanya tidak ada yang lain kecuali Allah. Sehinggakan kematian yang memisahkan kehidupan itupun diciptakan-Nya. ‘Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – Surah al-Mulk: 2.

Jelas, segala sesuatu yang ada di langit ataupun di bumi penciptanya tiada lain kecuali Allah. Kita semua mengetahui dan meyakini bahawa apa yang terjadi daripada hasil perancangan Allah. Seperti langit, bumi, gunung, sungai, matahari, bulan, bintang, angin, manusia dan haiwan, semuanya adalah ciptaan Allah.

Jadi kenapa perlu bersusah payah memikirkan kenapa tiada kita mendapat apa yang kita mahu sedangkan kita tahu segalanya adalah milik ALLAH, diberikan kita nafas hari ini dengan tubuh yang sihat juga dah cukup baik buat kita, kenapa tidak dimanfaatkan ia untuk redha, tapi disalahertikan kelebihan untuk merintih? Kerana DIA tidak pernah menzalimi Hamba NYA. 


Sumber : Facebook

Friday, 24 February 2012

Anda anak paling PENYAYANG DALAM DUNIA.

Assalamualaikm. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Nadh dah dua hari terfikir pasal ni tau. Mengenai jawapan yang mungkin untuk anak-anak dara di luar sana. Bila mana ditanya pasai rambut dah aurat yang didedahkan mereka.

"kenapa kamu tidak menutup aurat? "

"Saya belum bersedia. "

"Bila baru kamu akan bersedia? "

"Yang kamu nak sibuk ni kenapa? Suka hati sayalah. Ibu dan Ayah tak pernah kata apa-apa tentang nya."

"Kamu mesti sayang sangat dekat ayah kamu kan?"

"Eh mesti la. Anak mana tak sayang ayah dia. "

"A'ah kan~~ pasal tu kamu intend nak share percent-percent kejayaan kamu kat dunia ni kan?"

"Eh mesti la. Anak-anak kan buah hati ayahanda dan bonda, aku mesti la nak dia dapat yang terbaik dalam dunia ni kan?"

"A'ah kan. Itu tanda kasih sayang kamu dekat dia la ni ye? "

"Eh kejap, apa maksud kamu ni?"
"Kamu tahu tak, purata rambut manusia atas kepala ni ada 100,000. Darab dengan 10 orang yang memerhatikan, kamu dapat 1,000,000 kejayaan, lepas tu katakanlah kamu berikan percent kejayaan pada ayahanda itu sebanyak 10% percent sahaja, dah dia dapat 100,000 kejayaan kamu, tapi sayangnya dia tak dapat 10% sebab , dosa anak dara bujang itu ditanggung oleh bapanya sehinggalah dia bersuami, jadi kiranya, kamu kongsi 100% kejayaan kamu dengan bapamu. "

"Heyyy.. "

"atau kerana sayangnya kamu hingga kamu tak sanggup berpisah dengannya hinggalah apabila kamu mendapat balasan sepertimana cerita Rasulullah dalam peristiwa israk mikrajnya ketika dia terjumpa wanita yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih kerana wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya."
"Hurmmm.. "

"Kamu begitu memperjuangkan kasih sayang kepada ayahanda, tapi sebenarnya kamu itulah yang memberi berat di lengan kirinya setiap hari dengan berdegil untuk mengikuti apa yang ALLAH dah tetapkan, jangan lah terlalu fikirkan diri, tapi fikirkan mereka.

- BERAPA BANYAK MEREKA DAH BERSUSAH SEJAK DARI KAMU KECIL HINGGA DEWASA? - BERAPA BANYAK KEDERAT MEREKA DAH DIGUNAKAN HANYA UNTUK MENCARI SESUAP NASI UNTUKMU?
- BERAPA KALI MEREKA TERLUKA DENGAN TINGKAHMU YANG NAK ITU DAN INI TAPI TIDAK MAMPU MEREKA BERIKAN?
- BERAPA KALI MEREKA CEDERA, HANYA KERANA BUAT KERJA LEBIH BILA KAMU INGIN MEMBELI BUKU-BUKU BARU, MEMBAYAR YURAN-YURANMU? 

Fikirkanlah wahai anakanda sekalian. Mereka dah cukup bersusah hanya untuk melihat kejayaan kita, hanya demi melihat kita sihat sejahtera seperti sekarang. TAPI APA BALASAN KITA? Adakah DOSA itu satu balasan terbaik buat jasa dan titik jerit perih mereka? Air mata kesusahan mereka? 

Anda memang anak PALING PENYAYANG DALAM DUNIA.

Jom Kuliah dengan Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry ni hanya sebab Nadh nak hebahkan Kuliah Ustaz Azhar Idrus yang akan dibuat sekitar Lembah Klang hujung minggu ni. Iaitu pada sabtu dan ahad 25 dan 26 February ini.



Moh kita meramaikan.

Malang tak berbau

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yamg membaca.

Last week, colleague Nadh eksiden. Lutut lari katanya, sebab masa eksiden tu terlekat dekat kereta tu. Lepas tu kereta tu pun ngaku tak salah. Walau sebenarnya dia yang salah melintas simpang tak tengok moto depan.

Rupanya lepas tanya-tanya, dia tu tak ada lesen. Memang la kereta tu ngaku tak salah. Kena pula weeks before motor tu dah accident. Pun lebih kurang gak, kena langgar dari belakang.

Malang tak berbau kan? Kita rasa kita okeh, cermat la kan, tapi apa nk jadi kita tak tahu kan? Kena ingat ya pemandu sekarang ni pentingkan diri. Nak cepat je yang tahu.

Zaman sekarang, kena lengkapkan diri dengan apa yang patut. Kalau tak mati katak la. Contohnya macam dekat atas tu. Cuba Dipersalahkan sebab lesen. Itu baru satu, boss Nadh ckp socso pun nak tuntut susah juga sebab memang salah.

Dah tak ada lesen, you wont ride the motorbike at the first place kan?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, 23 February 2012

Spontaneous Thursday #12

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

P/s : Dream catching phenomenon :) 

Ending yang sadis

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selesailah sudah cite yang Nadh sllu update untuk Spontaneous Thursday hari ni. Ending dia, last skali Jodi a.k.a heroin mati dalam ribaan sang hero di tepi rumah pantai masa hari perkahwinan depa. Huuu sadis-sadis.

Setelah perjalanan depa yang penuh dengan pancaroba. Jodi hilang ingatan, jumpa balik, ingat balik, difitnah, Cholo tinggalkan kekayaan demi Jodi, Cholo hidup sebagai orang biasa, jadi waiter.

Kemudian Jodi sakit, kena barah mata, kemudian lari tinggalkan Cholo, buat pembedahan mata guna mata Tristan yang sedekahkan mata dia sebagai hadiah, sakit balik dan akhirnya pergi juga.

Begitulah hidup bukan? Tiada yang mudah dalam hidup dan hidup akn senantiasa dihiasi dengan ujian. Walau seberat mana pun ia, namun akhir pasti dikurniakan dengan hikmah disebaliknya. Apa pun perlu diingat, tiada yang buruk yang ALLAH kurniakan kepada kita, sebab semuanya adalah yang baik-baik belaka walau seberat-berat ujian tu.

Rasulullah S.A.W bersabda;
"Tiada seorang Muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya." [HR Bukhari]
Published with Blogger-droid v1.6.9

School of EPL?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh jumpa ni dekat pesbuk aa. Nadh kongsi ja la ae? petang2 ni kita lepak2 aje la ye. Nanti kita wat entry seyes plak na? :P

Jika EPL Adalah kelas di sekolah, maka:



Arsenal= adalah kumpulan murid yang belajar dengan bersungguh-sungguh setiap tahun tetapi gagal dalam peperiksaan akhir tahun.



Man City =adalah kelas sekumpulan anak-anak manja yang selalu
membeli buku mahal tetapi gagal memanfaatkan wang yang dibelanjakan.




Chelsea = adalah contoh kelas yang gagal dan selalu menyalahkan gurunya
atas kegagalan tersebut, kelasnya akan mendapat guru baru pada setiap
tahun.



Man Utd = adalah kelas sekumpulan murid-murid
yang berjaya dan dicemburui ramai lebih-lebih lagi liverpool. Brilliant
students!! :D




Liverpool =adalah pelajar yang malas dan kurang
disiplin.oleh itu mereka kerap didenda oleh sekolah(FA).mereka adalah hanya berbangga dengan kejayaan generasi
terdahulu sahaja....


Spurs =pelajar2 yg lemah pd mulanya ttp kemudiannya bljr bersungguh-sungguh..sering melakukan keajaiban ktk peperiksaan...





Abg Zulfikri Hazri kita kata betoi. Anda plak? :P 



Sumber : Pesbuk

Spontaneous Thursday #12

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"awak tahu saya bangun setiap pagi disebabkan awak?"

-Stairway to Heaven
Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, 22 February 2012

Wordless Wednesday #WW36

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ini last untuk hari ini ye? Untuk tema Kunen-kunen.

Tupaiachu

Wordless Wednesday #WW35

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hamsterachu

Kan da cakap ada lagi. :P

Wordless Wednesday #WW34

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

 Renabachu

#eh, ada lagi aa.

Wordless Wednesday #WW33

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tikuihkachu


Kalau tadi kita tengok Kucenkachu, ni tukar jadi Tikuihkachu plak la. Comei tak?

Wordless Wednesday #WW32

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kucenkachu
 
Lawa kan? kan? :P 

Wordless Wednesday #WW31

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

#eh semalam Nadh cerita pasal binatang peliharaan kan? Hari ni Nadh jenjalan dalam google Nadh jumpa abamm dengan cosplay binatang pilihan Nadh. comei plak la. Kongsi leh?

  Comei kan dia?

Nak lawan la kononnya. Pastu jadi ni.


Cer pilih mana lagi tomei? Mesti la Nadh, kan? kan? :P


P/s : Nadh memang tade keja kan? ;P 

Tuesday, 21 February 2012

Nadh kembali ke 25 tahun lepas

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni Nadh nak kongsikan pengalaman Nadh semalam lepas Nadh dapat tiket kat bawah ni. Thanks to enchik Abg Ady sebab bermurah hati berkongsi tiket yang ada ni dengan Nadh.


Mula nya tu rasa cam segan plak nak pergi, tapi last sekali pergi juga la. Sempat la Nadh cakap dekat Abg Mie semalam, "Muka dah ganas, muka pukul orang, alih-alih p tengok Beauty And The Beast? ". Gelak dia. Macam nak balik pn ada juga la tengok dia, tapi macam tak kenai Nadh ni kan, apa Nadh nak, memang dah terpaksa rela la dia teman tu, Dan juga la dia tidur dalam tu. hihihi

Walaupun dalam hati Nadh ni ada juga la terfikir tu. Tapi last, ingat-ingat balik 3D tu kan? Pree plak tu. Sapa nak kasi kan? Lagipun, dari dok tengok cerita merapu merapan tu kan, bek la tengok yang ni, kurang-kurang ada juga la nilai tu kan?

Yang best nya masa nak masuk tu ada sorang pacik tu datang dekat Nadh. tanya, ada lagi tak tiket? Yang Nadh ingat dia kata "teringin sangat nak tengok cerita ni, tak boleh miss cerita ni. " . Bagi seorang manusia biasa (chewah), bila Nadh dengar dia cakap macam tu, Nadh pun ada tiket lagi, Nadh pass je lah dekat dia. Seyes, rasa cam kagum plak ye, orang tua pn tingin nak tengok cerita ni, dari tengok yang bukan-bukan kan?


Overall, rasanya tak perlulah Nadh nak bagitau cerita dia macam mana kan? Sebab jalan cerita dia sama saja, cuma dah diubah jadi 3D kan? Puas la menengok nya. Cuma rasa cam best plak bila tengok bagaimana RUPA HODOH PUN BOLEH DAPAT CINTA SEJATI KAN? Rasanya kan, itu motivasi baik punya buat orang macam Nadh yang tak emsemm ni untuk dapat cinta sejati juga kan? YANG PENTING ATI MAU CUN LA. :D

Apa pun yang pasti, Nadh kembali ke 25 tahun lepas masa zaman kecik-kecik Mama dok cerita pasal kisah ni kan? :D

Rate Nadh : 5/5 leh? :P

Musim membela ke ?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.



Sekarang ni musim membela kot kan? Ye la, Boss ng Tinny nya, adk dgn siGemok, blogger Nad plak dengan kembar Amadani n Amajiro nya.

Kalaulah wujud binatang kuning ni, nak je ada satu. Comei kan dia? Comei kan dia?

Sabda Rasulullah SAW :
“Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat”(Hadits riwayat Ahmad )

Haa, hadis kat atas ni menunjukkan Rasulullah pesan pada kita agar tidak menganiaya. Sebagaimana kita tak boleh aniaya orang, macam tu juga la haiwan ye. Dia pun hidup kan? Ada nyawa. Oleh itu, sayangilah mereka. Haiwan kan takde akal, kalau kita aniaya dia kita ni lagi teruk dari dia tau, ada akal tak reti nak guna. Bukan takat teruk tapi WORST!

“Orang-orang yang bersifat rahmat dan belas kasihan, mereka itu dirahmati oleh Tuhan ar-Rahman, maka hendaklah kamu bersifat rahmat kepada penduduk-penduduk bumi, nescaya kamu akan dirahmati oleh siapa yang berada di langit." (Hadis riwayat Abu Daud)

See? Tak salah kan berbelas kasihan?


#Eh readrs ada membela x? Cer kongsi cket. ;)

Note : klu ikt dunia nyata, Nadh nk bela anak rimau. (penangan anak thn rimau kot kan?) Aummmmm

P/s : mcik tu tkt kucen. :p
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, 20 February 2012

Photos | Telur ohh telur

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Telur ohh telur. Di sana telur. Di sini telur. Di sinun pun telur. #eh napa di mana-mana ada telur ni? :P

 Penuh konsentrasi

Kagum-kagum tengok dia wat sampai jadi macam ni. 

Overview suma sekali. #osem

Smart kan pandai susun macam tu? Kalau bagi kat Nadh abeh suma pecah. Bukan pecah kat lantai ye?
Pecah wat juai la. ahahahahhha.;P

Movie | Ghost Rider 2 : Spirit of Vengeance

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Umm, semalam lepas Nadh memasak, lepas makan terus housmate Nadh ajak keluar. Mula tu ingat tak jadi nak pergi, tapi dia nak juga-juga pergi, so Nadh pun siap. Tu pun jenuh kena berleter sebab tak solat lagi. Terus Nadh kata,
 "ellow, tadi kan saya dok kat dapur dok memasak, amboihhh makan dah kenyang dah kata kat saya plak. "

Dipendekkan cerita tu pergi juga la jenguk cerita tu. Cerita apa lagi kalau bkan cerita kepala terbakaQ, rambut api, moto api, bersenjatakan rantai besi panjang kan.

Ghost Rider 2 : Spirit of Vengeance

Sinopsis cerita :
Kali ni Johnny Blaze kena selamatkan Danny anak setan dari ditangkap oleh setan besar sebab nak tukaQ badan dengan budak kecik tu supaya dia jadi lagi kuat. Dan yang menariknya masa ni dia dah tak ada kuasa sebab dia dah berjaya ubatkan diri dia dari kuasa antu api tu.

Banyak babak lawak kali ini, Nadh tergelak sangat tengok masa babak flamethrower tu. Tambah nak tergelak masa pacik setan tu cerita dekat Danny macam mana muka dia boleh jadi buruk, elok dia sebut flamethrower, dah tergelak Danny.

Paling Nadh suka la, walaupun sangat merepek kan, Nadh sangat suka masa Antu api ni boleh takeover crane dan tukaQ jadi crane api. Lori askar jadi Lori Api. Gle Coooooll~~~ 

P la tengok. Tak rugi rasanya. :D

Rate Nadh - 3/5.

Sunday, 19 February 2012

Ucapan Tahniah Dari Kami to Abg Eq

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sebelum bermula, Nadh nak ucapkan tahniah buat tuan tanah Enchik Abamm Eq atas kemenangan dia dalam kategori Best Lifestyle Blog of The Year dekat Malaysia Social Media Week 2012 hari tu.




Ini penyertaan kedua selepas eqbalzack.com Writing Contest [2] hari tu. Harap dapat menyerikan GA ni. ;)
Umm to those who interested to join, PLEASE DO IT NOW by clicking HERE. The GA ends this midnite 19-Feb-2012.


Jalan tadi jumpa Gopal,
Bila dah jumpa banyak la citer,
Tahniah diucapkan buat Abg Eqbal,
Menang Best Lifestyle Blog of The Year.

Malaysia Social Media Week 2012 jadi majlisnya,
Penyampaian anugerah buat si dia,
Dah menang tu senyum sampai ke telinga,

Hadiah besar ada dua,
Satu untuk dia, satu untuk saya,
Mana tau ada rezekinya,
Daddy tak mahu, saya lah yang punya.

Kepala tali pinggang kaler emas,
Merelit merelap bak kata mami,
Kalau pakai dah kompem kemas,
Senyum kembang lah Daddy kami. 

Wallet Abg Eq kasi hitam,
Wallet kami wane putih,
Kalau dah beri dah tentu la diam,
Mana tak nya, tak kua pitih.

Pen kelabu ink hitam,
Buat sain surat nikah,
Ops Abg Eq tok kadi senyum,
Gelojohnya kami, tak dan nak kata sah. 

Udang besar masak megi,
Boleh dimakan bersama Mami, 
Abg Eq, kami join ni,
Tak usah pening mencari, senang ja pilih ja kami.

Abg Eq nak dapat PhD,
kami pula ngaji tak tinggi,
Kalau dah nama pn untuk yang Lucky,
Meh la bagi dekat LeLaki.

Buah NyioQ nak buat kari,
Boleh dimakan bersama nasi,
Abg Eq kan baik hati,
Cer pilih yang nama Nadzri.

Sekian ucapan dari Kami, 
Harapan agar kamu maju lagi,
Diucapkan tahniah buat kesekian kali
Andai ada salah nya kami,
Maafkan ya, moga diberkati.

Opss, dah merapu dah ni. Ehhe, saja nak menyerikan GA ALAIN DELON, just for you...and you! Tahniah sekali lagi buat Abg Eq. N Thanks juga pada Cekgu yang nyanyi yang tag Nadh.

Nak tag Macik ni dan juga Jiran Nadh.

Cobaan 1 2 3 | Nasi Carrot + Ayam Masak Merah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni tetiba ngidam nak cuba menda baru lagi. Jadi atas dorongan dari kak, Nadh pun cubalah nasi carrot ni, pastu da tatau nk wat apa, Nadh guna ayam ni sebagai penyeri nasi ni.

Konon nak cuba semalam kan? Tapi dah housemate masak kan? tak jadilah. :D 

Nasi Carrot Kak LydiaMiza + Ayam Masak Merah

Bahan-bahan (Nasi Carrot)
Carrot sebijik (diparut)
Planta / margerine
Bawang putih, bawang merah, halia (blend)
Bunga cengkih
Kayu manis
Buah pelaga
Beras

Bahan-bahan (Ayam Masak Merah)
Ayam
Bawang putih, bawang merah, halia (blend)
Serai
Cili giling
Tomato puree (Nadh guna cap duches, Mama guna kimball)
Santan
Gula / garam secukup rasa
Asam keping


Cara-caranya :
1. Panaskan margerine dalam rice cooker, tumis bahan blend tadi bersama bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga.
2. Agak dah garing, masukkan beras, air dan carrot dalam tu. Letak garam sikit. Kemudian biarlah dia masak dalam rice cooker.
(nak mudah, kita tumis dulu atas dapur gas, kemudian baru letak kat rice cooker periuk tu. )

Untuk ayam pula,
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang dah blend tadi.
2. Masukkan cili giling dan serai, biar hingga cili tu masak.
3. Kemudian, masukkan tomato dan gula sedikit bagi hilang rasa masam tomato tu.
4. Masukkan santan, ayam dan garam lepas tu. Letak sekali satu ke dua asam keping. Biarkan ia masak. (nak lagi masyuk, goreng dulu ayam tu, separuh masak ja tau)
5. Bila masak dah boleh hidang. Pastu makan. Ngeeee~~

Selamat mencuba.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Eeeuuu tolonglahhh~~

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Beberapa hari ni Nadh dok terjumpa berberapa perlakuan kurang matang oleh beberapa individu dari muka bumi ALLAH ini. Satu dari kisah seseorang, dan satu lagi Nadh jumpa dalam pesbuk yang buatkan Nadh terus remove ja. Semak pala tengok budak baru nak besaQ punya perangai.

Mula sekali Nadh tertengok la, perihal manusia yang MARAH sungguh sebab kes dia enchik boyfie ada twitter tak bagitau. Soalnya kan, maaf ye, bukan kutuk tau, tapi nak tergelak je. ellowwww~~ apa la menda macam tu pun nak marah. Takkan la semua menda nak kena repot? Rasa perlu ke password suma bagai bagitau dekat kamu? PERLU KE? Mummy dia yang jaga dia dari kecil pun tak kawal macam tu tau.

Kes kedua plak, kawal sekawal-kawalnya. Sampaikan tak boleh berkawan. Segalanya kena report, kena bagitau, lepas tu kalau tak mengikut spesifiksi berita yang ditetapkan, memang la gaduh tahap gaban. Ini satu hal lagi la. Takkan la sebab kawan , nak kena kawal semua sekali? 

Come on la, cuba matang sikit la. Baru berkawan okeh. Len la kalau dah berkahwin, kalau yang ni nak halang tu ada la sebab yang LOGIK sikit. Sebab bila dah kahwin kan, DIA ADALAH TUMPUAN KITA. Syurga isteri di dalam redha SUAMINYA. jadi perlulah nak hentikan pergaulan luar yang mungkin takut terpalit dosa dan noda. Bagi suami juga begitu la, kalau dulu diri begitu dambakan sidia, sekarang masanya nak lepaskan kasih dan sayang yang terbuku sejak sekian lama tu. 

Nadh nak nasihatkan la pada yang membaca ni, KITA TAK KAHWIN DENGAN CINTA KITA, TAPI KITA KAHWIN DENGAN JODOH KITA. Tak payah la nak kawal sangat, sebab cinta tu perlukan keikhlasan, kejujuran. Andai kata dia tu dah memang untuk kita, dan dia ingat kita, dia pasti akan jaga perasaan dan segala yang berkaitan dengan hati ni agar tak ada gangguannya. 

 Cinta ibarat kertas yang dipotong dengan bentuk hati itu, 
sebagaimana ia dipotong seperti itu juga ia kembali melengkapkan ruang kosong yang terpisah tadi. 

Andai kata ianya penuh dengan Redha, maka indahlah ia, tapi andai dihinggap dengan dosa, keindahan ia hanya keindahan sementara.

Saturday, 18 February 2012

Tips | Menyemai Perubahan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semalam ada kawan tegur Nadh, 
"Ang ni memang ganas la ang boleh buat dia sampai jadi macam ni. " 

Nadh senyum saja. Tak kata apa. Kalau nak diikutkan, apa yang berlaku, yang jadi, yang dilihat di pandangan mata orang tu bukan apa yang Nadh buat pn, tapi adalah rahmat ALLAH yakni nur yang dititipkan dalam hati sahabat Nadh sorang tu. Nadh tak buat apa-apa pun, serious. Nadh mungkin jadi speaker besar yang buat dia semak kepala, kemudian layankan je apa yang Nadh nak tu kan, dan akhirnya, dia sendiri buat menda tu dengan hati yang ikhlas. Dan yang menarik nya, buat Nadh rasa sangat gembira, bila dia pn sama-sama ingatkan Nadh nak buat.

Oleh itu, dalam entry kali ni, Nadh nak kongsikan beberapa perkara yang boleh diaplikasikan dalam mendidik, rasa macam tak sesuai kan, dalam sama-sama saling memperbetul diri yang tak berapa nak betul ni. Moga-moga bermanfaat pada semua.

1. Inspirasi - Dalam mendidik ni kita kena menjadi aspirasi mereka yang sedang kita cuba untuk ubah ni. Perubahan itu bukan mudah, sebab itu kita kena jadi aspirasi mereka. Oleh itu, kita kenalah jadi ketam yang berjalan betul, baru betulkan anak ketam yang berjalan serong. Apa yang Nadh tekankan kat sini adalah, MENJADI CONTOH YANG BAIK.

2. Semangat - Membuat sesuatu itu tidak semudah yang kita sangka kalau kita tak berasa nak buat, jadi , kita kenalah jadi semangat mereka untuk buat. Seperti contoh, nak mengajak orang habiskan makanan, kita pun kena la sama-sama dengan dia, menemani dia makan kan? Begitulah hidup, manusia yang berkumpulan ini selalu lebih kuat, berbanding yang berseorangan, sebab nya? Sentiasa ada orang nak bimbing semangat mereka , bakar semangat mereka untuk berusaha lebih.

3. Mendalami - Ini elemen yang Nadh aplikasikan dalam berusaha. Nadh akan lebih dahulu mendalami situasi sebelum bermula. Sebabnya Nadh tak suka nak mintak sesuatu yang orang tak suka. Jadi, Nadh akan kaji dulu apa yang Nadh sedang hadapi ni, kemudian barulah Nadh fikirkan kaedahnya. Ada ketikanya kan, dalam menegur kita suka nak wat cara perlahan, dan ada ketikanya kita kena keras sedikit, jadi Nadh bila dah kenal dengan situasi semasa orang tu, mudah Nadh nak kawal volumenya. 

4. Dorong - Ini pun penting. Kita tak suruh mereka, tapi kita dorong mereka nak buat. Nadh suka guna cara ini, Kalau suruh, susah sikit orang nak buat, tapi kalau kita dorong, kita pun buat sama-sama, mesti dia lagi semangat nak buat kan?

5. PAKSA - Opss. bukan seperti apa yang readers faham ye. Ini apa yang Nadh guna. Macam Nadh kata tadi bab dorong, mendalami, semangat dan contoh. Nadh gunakan ini sebagai penyatuan kepada empat elemen atas tadi. Nadh akan jadi contoh, kemudian bila ada peluang, mendalami, kemudian dah tahu situasi Nadh akan mendorong, memberi semangat. Dan Nadh suka nak guna PAKSA . Selalunya Nadh akan buat mereka berjanji dengan Nadh nak buat kemudian Nadh PAKSA sebab mereka dah berjanji. Dan hasilnya memang berkesan. Akhirnya Nadh berjaya.

6. DOA - Terakhir sekali, berdoalah. ALLAH kata, mintalah, dan aku akan makbulkan permintaanmu, bermakna dia akan beri juga satu masa nanti, oleh itu, puas berusaha, kita berdoalah, akan tiba harinya nanti kita melihat sinar perubahan itu. ALLAH punya perancangannya. Percaya kepada NYA. :)

Apa pun macam readers sedia tahu, 
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Ar-Ra'd : 11)

Seperti Ayat ALLAH di atas ini jelas mengatakan yang "ALLAH tak ubah kaum melainkan mereka yang mengubah diri sendiri". Jelas apa yang Nadh nak tekankan, memang Nadh tak buat apa-apa. ALLAH yang mengizinkan bukan? Dan barisan kedua kata yang "Apabila ALLAH mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya" juga jelas mengatakan yang ALLAH izinkan perubahan ini kerana DIA SAYANGKAN KITA.


Sebagaimana ALLAH izinkan air yang merupakan cecair itu berubah kepada pepejal yakni ais dan kemudian kepada cecair semula bila berdepan dengan suhu biasa, begitu jugalah diri kita dan perubahan, ianya bila diizinkan pasti bertemu juga. Yang penting USAHA!!



Cuma sekarang, Nadh mendoakan perubahan yang terjadi itu akan kekal, dan akan selalu tersemat dalam hati, dan moga-moga ianya akan terus diperkemaskan, di perindahkan, dan dibaiki agar menjadi lebih baik. 

Doakan Nadh ye?

Cakap-cakap dalam hati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sedang asyik menengok cerita kat tv ni ha. Cerita apa tatau, tapi orang tu boleh dengar apa isi hati orang yang ada di hadapannya.

Bagaimana agaknya kalau kita ada kelebihan tu ye?

Kalau mereka berpendapat kita ni baik, tersenyumlah kita, kalau kita tak disukai, kalau tak dia maki hamun, mesti kutuk kita sampai ketanah bak kata orang. Bila kita dapat dengar apa orang depan kita kata dalam hati, agak-agak kita makan hati ke kita seronok ye dengar pendapat mereka mengenai kita?

Apapun yang menilai keikhlasan hati tu adalah ALLAH. Dan kita sebagai manusia kadang-kadang bisa tersimpang dari apa yang kita rasa juga apa perbuatan kita.

"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati." (HR. Bukhari-Muslim)

Moral of the story : Buat la apa pn seikhlas mungkin, mungkin manusia tidak tahu kan? Tapi ALLAH Maha Mengetahui. :D

Friday, 17 February 2012

cita kepci malam hari

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh dalam pjlnn pulang ni. Hadoiii badan x sehat ni bleh plak la teringin itu dan ini. Hr ni tingin kepci plak.

Alkisahnya tadi masa tidur lepas mkn ubt, terjaga sbb kononnya terbau kepci. Lama jugak tersedut-sedut, tapi x ada bau plak. Then kua bilik, tgk x ada pun. Okeh, saya bermimpi tadi. Tapi bagus juga, sebab belum solat asar lagi.

Malamnya, lepas tengok cerita, ajak Abg Mie g kedai. (Nak jugak tu, adoi ngade kan?). Dah selesai makan, dekat nk smpi kat kereta baru perasan yang lampu x tutup tadi. Berlari tutup lampu. Tapi semuanya sudah terlambat , engine ni.x boleh start dah.

Apa lagi? Menolak la. Sapa yang kena? Nadh jgak. Abeh da terbakar kalori mkn tadi. Hihihi


Note : entry ditaip sedang diri tercungap2 sbb kjadian td.
Published with Blogger-droid v1.6.9

SubhanALLAH ada lagi rupanya.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru kejap tadi, SMS dengan sorang sahabat. Tanya kabo, apa jadi dengan dia sejak balik kampung krja di sana. Dan apa yang dikongsikan olehnya sangat-sangat buat Nadh terharu dan kagum.

Katanya,
"best part is. Tiap-tiap pagi ada tazkirah, baca doa sama-sama. Guys jemaah kat opis dan jumaat tadarus"

Pas baca SMS dia, Nadh rasa kagum sangat. Ada lagi rupanya tempat yang macam tu dalam dunia ni kan? SubhanALLAH. Tingin sangat nak suasana macam tu.

Doakan Nadh ye? Masih dalam proses.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Photos | Limau dan tahap kita?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baca email hari ni jumpa menda baru lagi. Im sorry readers, this few weeks i only share a lot of photos with you guys, really really tired, + tak brapa ada feel nak menulis. Harap-harap pulih cepat ye? Doakan Nadh ye.

Apa pn, meh kita ushar sikit tahap Limau kita?
Dari bawah ke atas ye?


Tapi kan, paling masyuk skali. Al time pebret Nadh ni.


Ha, anda yang mana satu?  :P

Thursday, 16 February 2012

Spontaneous Thursday #11

Assalamualaikum. Dan salam.sejahtera pada yang membaca.

"jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu,
Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu. "


-terukir di bintang
Published with Blogger-droid v1.6.9

Hey Please stop the corruption!!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang tadi berpeluang berbual dengan enchhik Boss n Abg Mie. Topic petang tadi adalah mengenai corruption. To be honest Nadh tersangat la terkejut dengan pendedahan depa tu.

1. Ada satu company ni, nak masuk tender, awal-awal lagi orang tu dah sound, "saya nak 5 series sebijik".

2. Pen bernilai 1000+ markup sampai jadi 5000. Can you imagine? hanya sebab pakat-pakat makan sorang sikit. Dan the best part is, that pen is going to be used for one occasion ONLY. 

3. Baru nak buka tender keluar harga je, dia dah gtau apa dia nak. Berapa percent, berapa lot dia dapat. BELUM DAPAT PROJECT LAGI TAU?

4. Tiket 1st class masa baru nak masuk tender.

Semua ini adalah beberapa contoh yang Boss n Abg Mi sebutkan petang tadi pada Nadh. Bagi orang yang baru nak kenal dengan dunia ni, Nadh mengucap panjang tadi. Serious tak sangka sampai macam tu tahap corruption dalam dunia kita sekarang ni. 

Kata pacik, jika digunakan kuasa, nama dan apa yang dia ada untuk dapat kan projek, dia jatuh atas hukum HARAM. Mudahnya, dia ambil kesempatan atas apa yang dia ada tu. TIADA AMANAH di situ. Dan hasil mula dari yang HARAM adalah HARAM la sampai ke bawah. Macam Boss Nadh cerita kat tenpat dia tu, ada sorang wakil rakyat tu, ada 7 company bawah dia. Setiap apa project yang keluar, memang dapat kat dia la. 
"Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil, dan (janganlah) kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim, dengan maksud agar kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui." (Al-Baqarah : 188)

Rasa sedih sangat kan, zaman sekarang ni, setiap yang ada cable tu hidup senang la, nak hidup kita kena masuk dalam kelompok depa, sebab kalau tak masuk kita tak dapat project. Dan akhirnya, yang geng-geng tu ja la yang akan dapat semua tu. Yang kecil-kecil ni pakai tak makan la.  Dan yang golongan baik ni plak la akan nampak 'pelik dan asing' sedangkan mereka ini yang berpegang pada apa yang ALLAH katakan.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (Al-Anfaal : 27)
Penutup perbualan tadi Nadh kata dekat abg Mie, selagi mana manusia tak ikut jalan ISLAM, selagi itu semua ni akan berleluasa. SERIOUS!Kerana bila diri serah kepada ALLAH, kita akan tahu yang tiap segala yang diberikan itu adalah AMANAH yang perlu dijaga lagi dipegang dengan sebaiknya kerana satu masa nanti dia akan ditanya kepada kita.

p/s : syukurlah kami menjauhi perkara ni.

Spontaneous Thursday #10

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"impian saya :
1. Saya nak bagi company saya ni maju, lebih maju dari sekarang, nak dia jadi yang paling maju seluruh negara.
2. Saya nak ada taman tema sendiri. Bukan keluarga punya tau, tapi kepunyaan sendiri.
3. Saya nak hidup bersama orang yang paling saya cinta seumur hidup saya"

"Akan tetapi jika saya perlu memilih antara ketiganya, saya mahu yang ketiga. Tak dapat yang len tak apa, yang penting saya memiliki yang ketiga."

-Stairway To Heaven-
Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, 15 February 2012

Tuesday, 14 February 2012

Photos | Kereta-kereta comel

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh ada sesuatu nak kongsikan dengan readers. Nadh rasa comei sangat menda ni. Meh kita tengok?


 Bugatti Veyron kan ni?

 Nadh rasa ini Mazda.

 Macam Mclaren SLR je?

 Porshe apa ye ni?

 Nadh yakin ini BMW 3 series.

 BMW mata setan. 5 series

 Gaya macam 7 series. betoi ka dak tatau? 

 SLR merah ni.

Ini Nadh tatau.

Ada sesiapa nak bantu Nadh teka tak?


Sumber : Email

Buta+Pekak+Bisu=CINTA