Followers

Tuesday, 31 July 2012

makan sikit

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam berbual soal pendapatan dengan orang. Memasing dari kami punya pendapat yang lain, tapi yang pasti mereka sama dan saya asing bila berbual soal pendapatan.

Kata mereka, kita kena la dapat bebanyak, sebab tak cukup nya kalau kita setakat 'makan sikit'.

saya plak tambah, ada benarnya juga kata saya. Saya kata, tapi saya ok aja, saya mungkin dapat sedikit, tapi at the end saya masih boleh idup aman damai, malah ujung tahun kita kira-kira balik, ada la sedikit saya letak dalam akaun tu, buat habuan nak guna time sesak tu.

 Cuma sedikit geram bila saya direndahkan dengan kata-kata, "kamu biasa dapat sedikit, 2-3 mana nak tahu macam mana orang biasa dapat 4-5 punya berbelanja. Banyak dapat banyak la belanjanya. "

Saya gelak dalam hati . Tak kira lah banyak mana kamu dpat, yang penting bukan berapa yang kamu pegang setiap bulan bagi saya, cuma nya yang penting adalah outcome apa yang kamu dpat tu, berapa kamu BERJAYA simpan. Itu lah outcome dia. Let say, kamu dapat 500 pun sebulan, dan kamu berjaya ada 600 pada ujung tahunnya bersamaan dengan 50 setiap bulan, dan dibandingkan kamu yang dapat 5000 tapi ujung tahun 0, mana lebih baik?

Apa pun saya juga insan biasa yang kalau boleh nak juga la pegang angka banyak banyak ni kan, bukan apa, saya seronok bila saya berjaya dapatkan apa yang Mama n Ayah saya nakkan. Walau sekarang saya berjaya juga dpatkan sedikit demi sedikit, saya pasti gembira kalau saya boleh amek on the spot kan apa yang mereka dan yang tersayang juga diri sendiri hendakkan? ;)

Monday, 30 July 2012

Keterbiasaan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam 10 ramadhan. Pejam celik pejam celik dah 10 hari berlalu ibadat puasa kita. Apa khabar iman? Apa cerita takwa? Apa kisahnya dengan amal? Adakah 10 yang terawal, fasa keberkatan ini bakal berjaya melabuhkan tabir dengan suksesnya?

Owhh iman, owhh amal , owh takwa.
Berjayakah ianya dididik? Adakah ada perubahan buat kita sepanjang sepertiga puasa ini?

Selepas ini adalah fasa baru sepertiga ramadhan lagi bersama keampunan dosa buat kita.

Janganlah kita menunggu untuk tua atau 'dah bersedia' untuk.beramal. Sebabnya kalau nak tunggu kita sedia entah sempat entahkan tidak. Time macam ni la kita nak guna kesempatan untuk bangkit dan sukses. Ya lah kan, bulan len ada syaitan yang kita dok kata pengaruh kita, tukang cucuk kan, sekarang ni dah tak ada. Kalau x berjaya juga tu bukan syaitan, tapi setan diri la, iaitu nafsu kita.

Ambillah peluang ni, 30 hari untuk mgejar keterbiasaan. Dari keterbiasaan tu la nanti kita akan jadikan amal tu sebati dalam diri. Contoh macam ni la, kita doplohpatjam pakai jam, berminggu lamanya tak buka, satu hari bila kita dah buka, terasa peliknya tangan yang ringan sebab x ada jam. Begitulah amal yang sebati dalam diri, bila dah 'attach' kepadanya, susah kan nak tinggal, terasa pelik bila tak buat.

Itulah dia kelebihan keterbiasaan. Atau bahasa aras tingginya kita sebut istiqamah. Hebat kan? Jadi, Jum la kita guna kesempatan ni. Rugi wooo tak buat. . . ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, 29 July 2012

Elemen lain dalam 'perhubungan'

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apa yang penting lagi dalam satu perhubungan?

Dalam perhubungan, normally apa yang orang hendakkan adalah keserasian, yang mana isi dalam nya adalah toleransi dan tolak ansur. Selain dari itu, saya baru jumpa satu lagi faktor yang bagi saya adalah.penting juga ubtuk diterjemahkan dalam satu perhubungan.yakni usaha untuk kita dekat bukan.hanya dengan pasangan tapi juga dengan.orang yang bersama mereka semenjak dari mereka kecil iaitu keluarga.

Pernah dahulu saya diperli.oleh rakan rakan, masa zaman tengah memuda tu la kan, ada yang kata "kalau nak ngorat anak, ngorat bapa dulu.". Tergelak juga la masa tu, padahal masa tu x pula saya nak mengorat budak tu, cuma mungkin rapat sebab saya ni mesra rakyat ja, dan masa tu plak bapa budak tu pegawai kat sana, jadi secara x sengaja saya jadi perhatian la kat sana.

Bila mai tahun lepas, masa zaman awal saya dan cik T saya, ngah dari mana boleh datangnya kekuatan camtu, masa saya dan dia dapat jawapan, saya SMS mama dia dan bagitau, "makcik, sekarang ni saya berkawan dengan anak makcik, ni saya bagitau ni sebab nak minta izin dari makcik. Kalau makcik bagi." dan alhamdulillah la kan, sana la titik mula saya dan dia.

Dan semalam, masa dia datang rumah menyambut pelawaan mama tu, saya jadi happy sangat tengok dia yang rapat dengan mama ayah n adk adik.

Betul lah kata orang kan, kita kena juga tackle keluarga dia. Sebab kita pn akan sama dengan dia sampai bebila kalau diizinkan bukan, jadinya hal ni penting. Mana taknya, dari rapat itu akan wujud rasa bahagia, dan bahagia itulah yang paling diingini dalam perhubungan.

Dari sana, akan wujud keselesaan. Bila dah selesa, mesti seronok kan? Macam kita la, naik kereta. Nak jalan jauh, kerusi empuk, ekon sejuk, ada lagu lagi, pastu ada air kat tepi, kacang apa cket, mesti sonok ja jalan jauh kan? X rasa nak berhenti mana mana lelama. Dengan hati yang girang plak. Auww auwww #ehh cm.tengah nyanyi lagu raya plak rasanya. Lalalalalalaalalalala
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, 27 July 2012

Menutup pintu hati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam 7 ramadhan readers. Pagi ni sesaja je la nak share dengan readers. Apa yang saya dengar dalam radio suria fm masa saya otw nak hantarkan kadut dekat adk semalam. Mengenai tutup hati.

Alkisahnya seorang ni, dah 3 thn berpisah. Mulanya saya bayangkan dia tu putus cinta. Srnyum ja la kita kan? Selalu dengar dalam suria macam ni, rupanya saya silap, lelaki itu srbenarnya da cerai ng wife dia. Dah 3 thn dah. Malam tadi dia teringatkan kisah dia dan ex wife ke surau tarawikh sesama.

Ghuuuuu sedihnya saya dengar. Kenangan , kesetiaan, dan putus asa juga mungkin bila yang kita sayang mkhianati janji setia selama ini. Lantas menutup hati untuk bercinta dan beristeri lagi walau sudah punya tiga putera yang masih kecil. Dan fyi, dia yang menjaga ketiganya.

DJ nasihatkan, bukalah pintu hati kamu tu. Dan dijawab "saya malas dah nak fikir". Huu sedih kan? Selalu mendengar kisah dongeng cinta belum sah je, ni kisah cinta halal yang haru sgt. Kekecewaan bila diputuskan, kemudian tidak dipedulikan.

Sesama kita mendoakan dia agar dibukakan pintu hati ya. Dia lah seniman cinta. Pencinta setia bersama tanggungjawab besar. Mithali yang memegang amanah dengan baik. Moga diberi perlindungan juga kejayaan. Amin
Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, 26 July 2012

Cobaan 1 2 3 | Paella Viva de Es Seberang Jaya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya, berkesempatan juga untuk saya berkongsi apa yang saya dah buat ni. SubhanALLAH, lama sangat dah dia tersemat di sana, semenjak lepas EURO lagi. Ha untuk pengetahuan masakan ni saya buat pagi kemenangan Spain tu. Ehhe, tak ada kaitan pun dengan kemenangan Spain sebab malam itu saya Mama dan adik perempuan tengok cerita masakan 5 Rencah 5 Rasa, jadinya terpanggil nak mencuba masakan ni. Since dia saya buat di Tanah Air, saya namakan dia Paella Viva de Es Seberang Jaya. Nasi tradisi Sepanyol tapi diubahsuai jadi lauk Mesia.

p/s : kata Mama, Ayah n Adik, rasanya ala-ala Nasi beriani. ;)

 "Paella Viva de Es Seberang Jaya "

Bahan-Bahan
Beras Perang. (saya beli yang 1kg, dan guna separuh dari nya)
Sosej ayam
Ayam
Sotong
Udang
Cili Merah (Kalau ikut resepi asal dia guna capsicum, tapi Mama cakap tamau guna)
Paprika
Bawang Merah
Bawang Putih
Kiub ayam

Cara-Caranya
1. Basuh beras sampai bersih seperti biasa.
2. Gorengkan ayam dengan separuh masak. Bersama dengan sosej ayam. Kemudian angkat.
3. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dipotong tadi hingga naik bau dalam periuk sama dan minyak yang sama (boleh tambahkan minyak sedikit jika rasa tak cukup). Kemudian masukkan ayam yang digoreng setengah masak tadi bersama dengan sosej ayam. 
4. Kemudian, masukkan kiub ayam dan paprika. .
5. Masukkan beras perang tadi bersama air yang dah sukat. (kalau silap ikut 5 rencah 5 rasa dia guna 6 cawan air untuk 1 kg beras)
6. Tutupkan periuk selama 15-20 min. (saya sekejap-sekejap saya check sebab saya tak biasa guna dapur gas masak nasi)
7. Bila nasi dah masak, letakkan sotong dan udang diatas nasi bersama dengan cili tadi. kemudian tutupkan periuk untuk lagi 5-7 minit. (Untuk lagi seri, kita leh la gaulkan ceciap udang dan sotong tu selepas dia masak, sebab nak bagi dia harmoni dengan nasi)
8. Siap sudah.

Selamat mencuba. ;)

Ichana dengan Ipong

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ini mungkin saya pulang ke negeri tanah air lagi kot. Semalam enchik Boss cakap cuti la minggu ni sampai Isnin baru kita masuk opis. Jadinya saya mula lah nak plan pulang ke sana. Ini pun sebab saya di rumah bebudak tu, kalau tak rasanya semalam dah gesa housemate saya hantarkan saya ke stesen bus untuk naik bus. ehhe. Apa pun untuk hari ni, saya pun masih belum beli tiket. Huu camne la ni? Segan la nak minta tolong hantarkan. #malu

Sesambil tu saya nak kisahkan cerita si kecil ni.


Sedang asyik dengan ipong kepunyaan saya. Tahu apa yang diperhatikan? Itu lah gambar Mama. Dia akan pegang gambar Mama tu, lepas tu nanti dia akan cium-cium telefon tu. Sama jugalah bila tengok gambar Ayah dalam e72 saya. #eh tpom saya ada dua, jadi satu untuk Mama, satu untuk Ayah. Yang Ipong sebab nombor private, saya letak Mama, dan di e72 number kerja, Ayahlah dok sana sebab Ayah kan Inspirasi saya?

Ichana Rindu gamaknya kan? Tak apa, nanti ujung minggu ni saya bawakan Mama n Ayah dia datang tengok Ichana ye sayang? sabar tau...


P/s : pantang nampak, nak aje tpom tu. Pastu kalau saya tengah SMS dengan Cik T, tertekan butang SEND tu, dah depa plak SMS berdua. grrr :P

Coretan monolog pagi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

[Apa pun sebelum saya mula, saya nak ingatkan, entry ini mungkin keras bunyinya, mungkin juga kasar pada yang membaca, andai terasa tak selesa atau tak suka silalah click button close disisi atas kanan untuk menutup blog ini. ]

Entry pagi saya hari ni berkisar tentang kehidupan kita di zaman ini yang mana hati terpanggil untuk menaip panjang dipagi hari selepas terbaca satu komen dar seorang manusia yang menghina (pada saya) . Hinaan yang dilemparkan secara terus kepada seseorang yang saya rasa tak sepatutnya dibuat. Isunya adalah maju, dan katanya orang itu tidak menyokong maju, dan adalah seorang yang mundur dan menyebabkan kemunduran di tempat jajahannya.

MAJU, apa yang anda pandang pada maju? Pendapat saya, apa yang pnting adalah kehidupan, taraf idup sendiri, kita dok jerit, maju maju maju, tapi dlm ms sama melarat, lihat zaman mak ayah kita dulu, ms tu 20 sen pun dah banyak, sekarang, 50 hengget pun x rasa apa, adakah ini yang kita nak sgt ng maju? Saya cakap betul ni, maju apa la sangat yang kita nak tu, bila tanah tanah kita habis 'dilemparkan' demi NAMA, dan kemudian tinggallah kita disisi langit (rumah rumah pangsa) sedang dahulunya, kita dekat dengan tempat kembali kita yakni tanah. Dahulunya kita berbudi pada tanah, sambil sambil dapat juga hasilnya, tapi kini? Dek kerana nak MAJU, habis semua dikorbankan. Dan lagi jengkel bila yang kita kata MAJU tapi sebenarnya tidak pun. Teknologi kita ada sekaramg ini pun sudah 30 tahun (tak silap saya) ketinggalan dibandingkan apa yang mereka ada. Suka saya kongsikan, seorang kawan yang saya kenal ketika saya praktikal satu masa dahulu, seorang dari nepal, yang sudah berkahwin. Saya tanya padanya, setiap bulan betapa yang dikirimkan kepada isteri dan anak? Katanya tiada. Saya sangat terkejut, saya tanya kenapa? Katanya duit di sini pun tak cukup makan. Saya semakin hairan, saya tanya lagi, bagaimana kehidupan anak dan isteri kerana tiada wang? Dia menjawab, tak apa lah, di kampung, macam macam ada. Tak perlu gusar. Saya senyum kembali. Dan sekarang saya kembalikan kepada readers, masih dapatkah ini semua pada zaman kita? Sangat susah bukan. Dan jika seperti perenggan atas yang saya taipkan tadi, rumah diaras awan dek kerana dewa maju yang kita taksubkan ini, mampukan hidup tanpa wang? Pasti tidak!!

Yang kedua, kita kata maju, tapi landasan iman dan takwa diketepikan, lihat sahaja bagaimana kita sekarang lebih enak bergembira, konsert segala bagai, sedang akhirat yang pasti pun diketepi. Tak percaya, lihat bila ada konsert dan majlis agama, mana lagi ramai? Tu baru satu, lihat saja perubahan MAJU kita tu, bilanya 'panas' menjadi sebab kain kain mula kurang bila berpakaian. Bila lihat balik, kita makin mundur sebenarnya, mana taknya dah macam tarzan lagaknya, menutup yang 'malu' sahaja yang lain kita dedah luas luas, bagi orang tengok, kemudian bangga dengannya. Dan lebih 'manis' bila kaum berlawanan dipersalahkan sebab melihat, sedangkan yang menayang adalah mereka, saya tergelak bila fikirkan, kaum berlawanan disalahkan bernafsu, kemudian kerana mereka lah banyak jenayah, sedangkan yang mula adalh mereka, owh ya saya ingat sudah, kita kan maju, "mencegah lebih baik dari mengubati" itu sudah tidak sesuai gamaknya dengan KeMAJUan kita sekarang ni. Sebab itu Islam cuba dipisahkan sebab ia nya kolot pada mata mereka, tidak maju bila seiringan kehadapan.

Lagi, janganlah kita bermain dengan nama islam, bila kita sudah berani menidakkan hukum hukum yang ALLAH suruh tu, tak guna nama negara islam, tapi yang menegakkannya kita tolak ke tepi, yang nak bangkitkan islam kita hina, ulama kita pandang enteng bicaranya, kita selalu cakap, kita ni negara islam, tapi kita jaga ka Islam? Tak kan? Bila sebut hukum ALLAH ada yang tolak sebab katanya tu da lapuk, tak sesuai dengan zaman. Sapa kita? Assistent Tuhan kah? Lawak bukan? Kita menagih simpati dan Ehsan ALLAH, tapi kita menolak dia, ibaratkan, kita sedang minta sedekah dari orang kemudian kita marah dia sebab kita tak dapat lauk hebat seperti sangkaan kita tu. Dan lagi keji kita bila kita caci dia lagi sebab kita tak kenyang dengan pemberiannya itu. Bunyi kasar tapi itu adalah realiti. Kita lebih hebat kata kita bila kita tak buat apa yang Dia suruh, kononya kita ni sangat sibuk, tak ada masa nak buat, sedangkan semuanya adalah lumrah dan aturan yang sangat mudah jika kita menyusun nya dengan baik. Failing to plan is actually planning to fail, bukankah itu penanda aras untuk segala macam plan kita? Dan bila itu yang terjadi, satu lagi , dan ini mungkin lagi kuat dan berat timbangannya, "dimana ada kemahuan disitu ada jalan", saya pilih yang kedua, hati yang taknak, dan terusan menolak itulah penghalang kepada penyatuan yang sepatutnya berlaku. Ini lebih betul bukan?

Kita sepatutnya kempen mari takut ALLAH, mari amal makruf nahi mungkar, bersama membawa Islam dalam hidup, sebab Islam tu adalah way of life, bukan untuk sekadar mengaku atas nama sahaja, selalu juga saya tekankan pada sahabat, melayu tu pun kafir satu masa dulu cuma sebab kita majoritynya dah Islam , jadinya sekarang kalau Islam tu orang kata melayu. Tapi sayang sebab nama ja, amalan, kekuatan kita TaK ADA, tak percaya? Lihat la sekeliling, berapa pincamg nya institusi bangsa , gagal dalam segala hal. Dipandang bodoh dan hina di kaca mata bangsa lain. Sebab memang sangat lemah. Cuba kita imagine ya, kita ada anak. Kita ajar dia buat kerja sekolah, sambil sambil kita ada disisinya mengajar, membetulkan apa yang tidak, menaikkan semangatnya untuk satu kejayaan, kita puji bila dia betul dan kita dorong dia untuk berusaha, tidakkah itu bakal memotivasikannya? Berbeza dengan anak terbiar, tiada 'semangat' dari kita, ditinggalkan sepi, jadi bila ada 'ruang kosong' dalam hati dia mula mencarinya, dari sana timbullah kekasih gelapku, chenta haram dua insan sesama jantina, dadah sebagai cikedis, arak untuk penenang jiwa kononnya. Sama konsepnya, bila kita yakin ada, kita pasti menjaga nya, ruang kosong yang diisi itulah yang bakal halang kita dari perkara perkara yang tak baik sebab ruang itu 'menjaga' kita. Begitulah landas hidup bila ALLAH sentiasa di 'rasa' ada bersama. Al- Quran tu lah petunjuk yang patut, dan ulama sebagai guru, dan istiqamah dengn usaha berterusan itu untuk kejayaan yakni Syurga yang kekal.

Dan yakinlah bahawa yang bakal mengangkat kita adalah Islam. Kerana bila ALLAH diatas dalam apa sahaja hal, dan rasa 'takut' tersemai dalam jiwa, dengan yakinnya yang Dia bersama, pasti, pasti dan pasti, kitalah masyarakat terhebat dalam dunia, masyaraKat terbaik di muka bumi ini.


Note : andai berkesempatan, saya cuba kongsi satu artikel dari Majalah Solusi keluaran terbaru mengenai Boss, Syarikat dan Pekerja.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, 24 July 2012

Blessing in disguise-kah ini?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sehari lagi kita berpuasa. Saya sudahpun kembali 'on track' selepas peristiwa di awal pagi, yakni bus rosak dalam perjalanan pulang ke kota. Tahu x, bus itu adalah bus yang tidak diselenggara dengan baik, seperti yang saya dengar dengar dari mulut driver.

Maka bertapa lah kami dalam sekitar hampir 5 jam di tepi lebuhraya berdekatan R.nR Gunung Semanggul.

Tapi saya bersyukur, kerana banyak sebab, ALLAH beri pemandu walaupun dia beragama lain, tapi dia cb bawa bus yang rosak berdekatan RnR sebab dia tahu kami puasa, jadinya mudah untuk sahur.

Keduanya saya rasa syukur, sebab walaupun rosak, ianya jadi di kawasan tinggi yang sejuk plus jumlah penumpang yang tidak ramai ini, selesa untuk kami tidur. Walaupun tiada aircond, namun masih tersisa rasanya.

Dan akhir sekali, hujan di pagi hari. Bayangkan.bus yang tiada aircond, kemudian terpaksa menunggu di saat matahari naik, waktu sedang berpuasa dan.berjam jam tunggunya? Lihatlah, bahawa ALLAH sedang mengirimkan bantuannya dalam kesusahan.

Blessing in disguise-kah ini? Saya memilih untuk bersyukur atas semuanya. Alhamdulillah ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, 23 July 2012

Journey of a groom to be - Part 7



Guessing what will happen with this two under my event manager a.k.a Jiah on that day?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, 22 July 2012

Happy family

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Happy family

Terasa sangat indah bila cukup corum masa buka puasa kan? Tapi sayang saya belum berkesempatan untuk itu. Cuma kami.berempat saja hari ini, kerana ayah pulang ke kampung tok sebelah ayah untuk kerja penyenggeraan umah tok. Dan kami.x dapat ikut memandangkan saya dirumah tok mak sebelah mama dari semalam dan jiah dengan kelasnya.

Tinggallah kami berempat.

Mungkin kurang seri tak cukup sorang, tapi still meriah bila bertiga dirumah (maksud saya tiga tiga beradik ada, saya jiah dan adik), berbuka bersama. Saya rasa sangat bahagia. Dah la aktivity marathon movie sebelum berbuka sambil tolong mama siapkan juadah. Rasa seronok pula.

Ya ALLAH, bantulah saya jaga keluarga bahagia ni.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Go saya go~~

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam dua ramadhan readers. Mendapat yang indah, berbuka bersama Mama, adk, tok mak, makcik , juga pakcik saya. Tapi dalam gbira ada juga kurangnya , kerana puasa kali ini disambut dalam keadaan tubuh yang kurang sihat. Pertama kali berpuasa awal dengan tubuh yang demam. Selalunya diambang raya saya jatuh sakit, ini pmulaan pula.

Apa pun saya syukur, walau kurang tapi diri tetap optimis, langsung tiada yang menghalang saya dalam hadapi puasa saya. Masih gigih berusaha untuk kerja rumah n bantuan yang Mama prlukan.

Hari ini, saya teruskan dengan agenda mencari keperluan bilik lagi. Saya akan cb pastikan first quarter puasa ini dengan penuh keberkatan.

Go saya go.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, 21 July 2012

Mari

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Alhamdulillah. Hari ini, hari pertama untuk bulan Ramadhan menandakan hari pertama kita berpuasa untuk tahun ini.

Bulan tarbiah, bulan di mana ALLAH buka pintu pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan. Sekarang terpulanglah pada kita sama ada kita hendak menggunakannya sebaik mungkin untuk meningkatkan amal dan iman, atau sekadar ianya dibiarkan berlalu sepi tanpa ada perubahan pada diri.

Apa pun, bniat dlm diri nk jd y lbh baik, slps ini. Benar benar manfaatkn bulan ini utk penghijrahan diri. Moga peroleh kejayaan Mari semua?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, 19 July 2012

Touched

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Touched.

Just now, chat with one of my online sis. As usual, if i had time, i wil ask out hw their life goin. Today she told me bout her newest project, cupcake and cookies. Woww. . . For me , its big, cause her cookies is already on its 3rd phase, n nw about to try her new phase which is the cupcake.

Since, she is one of the person who were close to me, i take this chances to roughly inform her bout my big day. Then suddenly, she apologies.

I asked why. Its because her lappy problem, and nw shes using her sis old lappy, and that lappy does not suport her software, n thats the main reason why she start baking, cause she cannot do a design work now, which make she feel unhappy.

After she explain, then only i remember, she did hope to be the designer of my big day invitation card. She planned it, n did ask me bout the theme of the day, but nw all of those will just be a dream.

Its okay dear. It was nothing. Knowing that she were so.eager and remember bout that touches me. Owhh my. Thanks dear.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Date with lil darling

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Date with lil darling.

Saya sudah dalam.perjalanan pulang ke tanah air. (Ehhe ayat sangat taleh blah). Sebenarnya hendak pulang menyambut puasa pertama bersama keluarga tercinta. Tapi sebelum itu, dua hari bersama kesayangan di Shah Alam.

Kisahnya semalam, satu lagi ceritera kekecewaan mengisi diari hari saya. Tapi bsyukur dalam duka ALLAH kirimkan bantuannya dan juga kegembiraan menaikkan kmbali semangat diri.

First time ni, dijemput untuk menemui darlings dalam entry sebelum ni. Setelah kak tahu motor rosak, dia datang jmput ambil saya di rumah. Takut juga mulanya, tapi konfiden ja dia datang semalam.

Sebaik nampak darlings, senyum ja mereka pada saya, tambah tambah si yaya tu. Buah hati a.k.a dayang kecil. Tahu x, dia sangat la menyibuknya, ibu nya belikan kueh umtuk makan petang, dibebelkan ibu sebab abg belum makan lagi.

Thichana plak. Sebaik thichana bangun, mula tu memalu la. Mana taknya, sembam sembam muka kedada ibu sebab malu tengok saya. Lepas tu lama lama senyum tak berhenti. Jerit pula.memanggil saya.

Itu dalam kereta, dah sampai rumah, tak berhenti keduanya . Kalau sorang dah di paha kanan, sorang lagiesti di paha kiri. Jeles!! Marah ibu nya, abang tak sempat rehat. Tapi saya layankan aje. Rindu sangat!

P/s : dalam hati terfikir, macam ni juga la agaknye saya nanti bila balik kerja dan melayan kembar hati saya ye? #muntahkalerpelangi
Published with Blogger-droid v1.6.9

Spontaneous Thurday



With laling. Miss them. Hihi
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, 13 July 2012

Journey of a groom to be - Part 6

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Bilik

Alkisahnya 2 hari lepas ni. Sebab Mama dah sebut banyak kali, rasa tak seronok pula kalau x boleh nk bawa Mama tunaikan apa yang Mama sebut tu. Jadinya kami pun plan, dan berjalan mencari . Mula tu nk p berdua ja, tak sangka plak adik pun nak ikut.

Mula tu ke kedai yang mama pnh beli perabot rumah dulu. Asalnya macam ok juga la, cantik dan agak murah juga. Tapi biasalah kan, bila nak membeli tak dapat tengok ni tak puas. Then, kami gerak ke kedai buaian. Hihi actually kedai ni kami yang bagi nama, sebab depan kedai dia ada buaian elektrik . N FYI, buai tu mcm tu sejak puluhan tahun dari kami kecil lagi. Tahu pun sebab dulu dok naik bus lalu kot situ.

Next, kedai lagi satu . Kdai pun macam ok, tapi mahai BANYAK dari kedai buaian. And last kedai melayu . Kedai beso sangat, dan banyak pilihan yang cantik cantik. Okeh, saya dah pilih kedai ni, cuma sekarang Mama plak la nak pilih katilnya.

Tengok ja, belinya tak lagi. Sebab bilik tak siap lagi. Ada sedikit renovation akan dilakukan, dan ada lah beberapa lagi sebelum boleh masuk perabot baru. Apa pun Mama dah pilih jenis yang dia nak, cumanya saya nak book yang dia tak kasi, katanya nanti boleh beli terus ja.

P/s : Haishhhh. . . Mama dah pesan, lepas raya nak suma selesai. Dalam rumah setel, cuma nk fikir d luar rumah plak
Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, 12 July 2012

Heran

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Heran

Hihi home lah sangat kan? Padahal balik ke kota kesibukan ni lagi, dan bukannya tempat penuh kesayangan di kampung halaman sana. Kepulangan kali ini memenatkan la. Dengan tak boleh nak lena dengan baik semalam atas bus. Entah di mana silapnya kan? Hari ni pulang, dan sampai dengan keletihan, tak macam last trip saya sampai ke sini yang mana paginya segar bugar je, terus siap dan ke office, tak ada masalah pun. Pagi tadi, sampai dan rehat, sampai kul 12+ baru terjaga. Itu pun sebab Mama call, dah kena perli dengan Mama, "haii, baru bangun? " . Gelak aja lah yang sempat saya beri. 

Pagi tadi di Pudu, ada sorang minah salleh tu datang tanya saya, mana jalannya dia nak ke LRT?. Saya balas dengan pertanyaan, ke mana lokasi tujuannya? Dan ditunjukkan kepada saya dia hendak ke Jalan Tun Razak, tapi jika mengikut perjalanannya dia perlu berhenti di Ampang Park. Selepas difikirkan, saya tunjukkan dia LRT yang berada di hadapan saya (masa tu) dan beritahu dia agar naik hingga ke Masjid Jamek dan kemudian transit ke haluan Stesen Putra di Gombak. 

Cumanya saya rasa malu la dengan dia pagi tadi. Tahu kenapa? Dia ada tanya kepada saya, "Why is there NO SIGNBOARD over here? " . Saya pulangkan jawapan " Maybe because there is a construction over here." Dia cuma menghangguk dan bersetuju dengan jawapan saya. 

Sebaik ditunjukkan haluan pergerakan dia, (jalan ke LRT), 
"Awesome..." . saya cuma tersenyum. dan tinggalkan dia dengan "take good care miss." . "You too" katanya. Dan kami bergerak menuju destinasi memasing. 

Tapi di atas jalan, saya terfikir, "eh kenapa saya tak ajak aja dia ikut saya menuju ke Central Market, bukankah di sana dia tak perlu lagi nak ke stesen transit dan tukar LRT? " 

"Tak apalah, dia kan perempuan, jauh juga tu nak berjalan. " (nak sedapkan diri)

Wednesday, 11 July 2012

Perli la tu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Perli la tu

Saya dah selesaikn apa yang patut saya selesaikan minggu lalu, iaitu memotong rambut. Rasa kurang selesa bila rambut sudah memanjang dengan ekornye, buat rasa serabut betul, dan baru baru ini saya lihat sudah ada beby ruam yang naik dileher yang ditutup dengan tebalnya rambut, jadi mahu tak mahi ia terpaksa dikorbankan.

Sesampainya dikedai, macam biasa lah saya kata. Dia pun buat, tapi masa nak potong di atas, katanya tak boleh buat style selalu sebab dah 'pecah' di atas, jadinya dia cadangkan pesen kesukaan dia bila nampak saya, bebycut. Nak tanak saya terima saja. Janji rambut menipis.

Hari ini ke kedai bersama lens yang melekap dimata, jadi saya nampak dengan jelas dia menjalankan tugasnya. Cumanya yang tak seronok bila saya tenung muka sendiri dicermin. Sesuatu yang buatkan sebaik sampai satu kenyataan pedih lagi kejam bersama satu soalan kepada Mama keluar.

"Mama. Asal Arie nampak pipi Arie makin memboooooolat ni?"

Mama diam tak jawab. Senyum ja. Tapi napa saya rasa senyuman itu seakan memperli putera sulung dia yang membesar ni?

Grrrrrrrr
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, 10 July 2012

Saya pemalu dengan.lelaki

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya pemalu dengan lelaki

Saya pernah disoal beberapa sahabat, kenapa saya bila bersama para lelakian saya agak pendiam orangnya, pemalu dan lain lain, sedangkan bila bersama mereka, masyaALLAH , lain benar rupanya saya ni.

Yang benar mengenai hakikat bukan begitu. Saya ni tidaklah begitu malu dengan manusia lelakian ni cumanya kekadang situasi tu buat saya kaku. Terutamanya bila saya bersama dengan para yang tidak saya kenal rapat, atau yang pada pemerhatian saya adalah orang orang yang senyap sepi, serius dan sebagainya, maka jadilah saya manusia yang diam tahap gaban. Bukan apa, pernah dalam sejarah, saya terlepas cakap, dah orang buat muka dekat saya.

Apabila dengan orang yang saya kenal, mudah, memang dah tahu hati budi saya, maka jadilah diri sendiri yang semua tahu sengal tahap gajah. Kalau saya buka mulut, tergelak, gamat satu office. Dengan kawan kawan juga, saya kuat mengusik, bukan apa, tak seronok la sepi saja. Sampaikan kekadang mereka seakan senyap bila saya berhujah, kerana dengan muka serius dan ala ala berbicara soal masalah dunia, tapi akhirnya gelak sebab saya.sbnrnya hanya sedang buat cerita nak gelak. Hihi


P/s : dengan akak saya senyap sepi sebab saya segan dengan abg. Nguuuuu

P/s lagi : baru sedar, walau saya ni adk yang ramai kakak, saya juga ada beberapa abang lahh. Tadi baru jumpa sorang lagi abg saya.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Hati saya dah disini

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hati saya dah di sini

Baru sebentar tadi saya ditemuduga. Untuk jawatan yang saya apply berbulan lalu, jawatan yang mungkin bakal mengembalikan saya ke muka bumi Pulau Pinang tercinta.

Sebaik sampai, mulanya tengok kiri dan.kanan,senyap, kejap ja, mungkin faktor satu bahasa, cepat aja menyesuaikan diri, habis saya interview candidates yang ada dihadapan menanti pnggilan untuk masuk ke discussion di dalam.

Pengalaman saya hari ni mula sebaik saya masuk ke dalam discussion room tu. Terkejut. Sebab pertama kali dalam sejarah saya, 5 orang menanti dalam bilik itu untuk menemuramah saya. Bukan seorang atau dua sepertimana pengalaman sebelum ni. Seperti biasa la kan, mula tu malu malu kucen, tapi bila dah buka mulut, macam air terjun, tak berhenti saya cakap.

Ayat last yang buat saya sendiri rasa nak bila mereka beritahu, mereka prefer candidates yang ada pengalaman dalam Fiber Optics, dan saya boleh plak bagitahu mereka, "tak apa, kalau nak orang yang ada pengalaman fiber ni?tunggu kejap la, sebab candidates lepas ini ada pengalaman dalam bidang ni,". Semua dah mula gelak, ditambah lagi bila saya tambah, "saya dah interview depa dulu dah dekat luar tadi.".

Apa pun peluang saya rasanya tak besar sebab orang dengan pengalaman itu yang diperlukan, tapi saya sendiri juga dah berusaha dengan tekankan bahawa tiada yang mustahil asalkan diberi peluang, saya ingat lagi masa saya betah kata si penemuramah dengan menekankan apa pendapat saya ini, saya pernah mula dari kosong, takkan saya tak boleh buat bukan? Andai kata sijil saya jadi sebabnya, rasanya mungkin sampai sekarang saya masih tak bekerja, sebab saya berani 'lompat' dalam field telco satu masa dahulu lah, saya kini dengan apa yang sudah saya capai.

Saya akhiri temuduga tadi dengan , " hati saya sudah di sini.".

P/s :: doakan la ye? Saya mahu pulang.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, 9 July 2012

Berkarya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Berkarya

Sebentar tadi ada seorang sahabat yang menegur saya, sahabat yang on-off , kejap ada kejap tak ada. melalui PM yang bertanya bila saya nk update cerpen baru, tak sabar hendak membaca katanya.

Saya masih belum membalas PM nya, mungkin setelah saya tiba di destinasi sebentar nanti. Ada benar juga, lama benar rasanya saya tidak limpahkan buah fikiran di atas tinta, meluahkan rasa diatas kisah kisah nukilan diri.

Sebenarnya bukan diri tidak ingin berbuat demikian, tapi batasan waktu menghalang saya. Ditambah dengan internet yang ding dong kekadang merencatkan rasa ingin berkarya. Serius, saya amat cinta bila berada ditengah kisah coretan sendiri, mungkin readers beranggapan saya gila dengan kenyataan ini, tapi itulah saya, bila berimaginasi. Bagi saya, karya garapan saya sebenarnya nadi cetusan rasa yang sebabkan ianya terlimpah di tinta, tiap kali menaip bagai diri yang menjafi watak utama kisahnya. Jiwa yang didalam setiap hasil itu sebenarnya menghidupkan tulisan saya itu. Bukan bererti saya seorang yang sentiasa berduka cita (banyak kisah yang sedih, beserta air mata), tapi itulah reality di mata saya, tiada senyum tanpa air mata, tiada sinar yang hadir lebih indah mlainkn dari ketibaan dari gelap yang mana darinya kita lebih cinta dan menghargai hidup.

Pun begitu, Saya akui, 'rasa' memainkan peranan yang sangat penting, tak percaya, lihat saja hasilnya, panjang berjela, bukan ingin membosankan, tapi itulah, dibuai dalam kisah sendiri. Sangat mengasyikkan. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

My last day

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

My last day.

Today is the day. akhirnya, terlepas sudah saya dari company banyak bintang tu. Hihi bunyi macam ngeri sangat berada disana kan? Hihi tak adalah sampai.macam tu. Suasana di sana biasa saja. Cuma mungkin saya kurang selesa dengan beberapa perkara yang pada saya perlu untuk diprbetulkan. Dan yang paling utama adalah, saya tak suka.kerja hari sabtu. Hihi

Haa, bila dah bersalam bagai, rasa macam pelik, tapi nak kata sedih itu tidaklah sangat, cumanya saya agak terkilan sebab boss saya 'hilang'. Kata abg madi mungkin dia taknak rasa sedih kot lihat kami dan pemergian kami tadi. Rasanya ada benar mungkin sebab hari sabtu lepas juga kami diarahkan keluar, dengan alasan 'task terakhir' kami. Dan hari ini tanpa task, dia sendiri yang hilang.

Macam yang boss besar cakap, kehilangan kami nanti dia akan sedikit susahlah. Sebab kami mudah menerima arahan. Cakap sahaja ke mana, buat apa, memang jalan aja, tak ada alasan nak tolak melainkan ianya tidak dapat dilaksanakan. Plus banyak juga yang dimudahkan selepas kedatangan kami, dan paling saya percaya. Selepas ini, sunyi sepilah sana dengan masing masing dengan hal sendiri, tak lagi macam semasa adanya kami. Pembuat bising tegar, pengacau besar dan penyemak je dalam office tu. Mana taknya, habis semua gelak besar bila kami buka mulut, maka bisinglah office tu. Dan selepas ini, akan back to normal la semuanya. (mungkin baik juga. Baru la nama office kan? Dari ada kami yang buat dia macam pasar. Hihi)

Overall, saya rasa pengalaman di sana baik juga pada saya. Belajar dari kosong, ditahan, diberikan tugasan, dan diselesaikan, ianya sangat menggembirakan, cuma mungkin ada juga part yang saya sangat tidak berkenan, bila mana saya lihat progress yang memang lambat dan tidak munasabah langsung bagi saya. Dan saya yakin ianya akan kembali kepada sediakala bila dah tiada lagi watak sokongan selepas ini. Dan saya sndiri sudah buktikan di masa era kami yang kelambatan semuanya bukan berpunca dari kami para engineers.

Bercerita mengenai permulaan dahulu, kami datang membawa nama enchik boss juga. Tika itu, Mama pesan, "ingat abang, jangan buat malu boss abg.", permulaan dari sana dan sebenarnya memang itu cara kerja kami, dan akhirnya sukses, kami berjaya membawa perubahan baik pada mereka.

Cuma sayang, kami tinggal semua bukan dalam masa semuanya dah dibereskan, agak kecewa juga saya tapi bila difikirkan si polan yang 'bersalah' tu, langsung jadi sampai hati nak pergi, walaubagaimanapun, part saya dah banyak yang saya selesaikan, yang mana tidak ada itu tak dapatlah kiranya saya nak buat kan? Terpaksa rela jugalah mereka buat sendiri. Saya dah berusaha, takkan yang tak ada hendak 'diadakan'. Susahlah kan?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, 8 July 2012

Journey of a groom to be Part 5

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Makan makan

Tadi Mama call, tapi saya tak angkat, sebab saya mandi. Sebaik masuk dalam bilik ada 3 misscall dari Mama. Saya pun buat panggilan balas dekat Mama. Sebaik berjawab, bertubi soalan mana saya, baru bangun tidur ka apa. Sebaik diterangkan, terus Mama buka cerita.

Kata Mama, dia dah confirmkan perihal catering. Katanya jumlah order makanan terpaksa dia naikkn due to jumlah kad yang bakal diedarkan nanti, jadinya dia minta izin dari saya, boleh atau tidak dia nak buat macam itu. Ayah yang suruh tanya sekali, ye lah, tambah jumlah bermakna bertambah jugalah budgetnya.

Balas saya, tidak kisahlah, saya macam mana pun tak kisah. Sebab Mama n Ayah yang pilih nak yang itu. Bukan apa, catering ini pun mereka yang pilih. Saya tak masuk campur, cuma bersetuju, kerana sudah beberapa catering yang di-reject mama due to beberapa criteria yang tidak berkenan di mata mereka. Lagipun. Mereka lebih tahu bukan?

From service to food and few more things, buat saya hanya menjawab ya. Yang penting mereka berpuas hati. Ini kan majlis mereka. Biar yang terbaik saya cuba hadirkn dr mereka juga untuk kepuasan mereka. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Hang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hang

Sejak saya tinggal di sini, dulu sampailah sekarang, perbualan saya, loghat saya tak pernah berubah. Teringat zaman dahulu, ntah di mana silapnya bila perbualan dengan bahasa diri saya-awak maka secara tetiba akan ter'KeyheL' lidah bersama 'e' dibelakang kata.

Tapi kini tidak lagi, saya masih Penangites yang memartabatkan bahasa sendiri bila berbual, berhubungan, berurusan dan sebagainya. Hinggakan di kala awal tempoh saya di sini, semasa baru beranjak 1 tahun saya di sini, customer pernah bertanya pada rakan sekerja, "dah berapa lama dia di sini? Kenapa masih loghat?"

Sekarang, bukan hanya orang KL, Terengganu malah sampai ke orang Sarawak yang bekerja bersama saya sudah terikut ikut. Dah tak keluar Mu (Terengganu), ko (KL , Selangor) bila dengan saya, tapi HANG.

Bukan saya tak nak, tapi entah, saya rasa bahasa saya bahasa betul. Tak percaya rujuk kamus, bahasa baku tu. Hihihi
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saya rindu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya rindu.

Satu masa dahulu, saya seorang yang sangat rajin menyemak di tengah tengah kisah para yang berduka. Ntah dari mana.datangnya saya akan tiba tiba hadir dan cuba tenangkan keadaan. Banyak yang saya jumpa. Kisah kisah yang kemudiannya saya garap semula dalam hidup agar menjadi pedoman buat diri bila saya hadapi kes kes baru.

Kemudian, segalanya berubah sedikit demi sedikit. Jika dahulu masa saya banyak diluangkan di alam maya, sekarang berganjak ke reality, apabila saya diperlukan untuk tugasan luar. Selain sibuk, dan faktor lain seperti sambunagn internet yang makin hari semakin melemaskan saya dan merencatkan semangat saya untuk terus berada disini.

Sampai satu masa tu, dah rasa saya sangat kecewa dengan faktor luar, hinggakan makin hari makin jauh saya dengan buah hati pengarang jantung saya ini. Makin dia bersawang, makin kurang berupdate. Tak macam dulu. Bukan itu sahaja, 'nafsu' menulis pun sudah tidak seperti dulu.

Moga moga semua akan baik baik aja. Saya rindu sangat masa tu.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, 7 July 2012

Mangsa usik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Mangsa usik.

Satu masa dulu, masa saya mula mula tinggal dan kerja di sini, saya selalu kena. Geng geng ni cukup seronok datang dan 'cari gado' dengan saya. Sampai satu hari tu abg razak bagitahu,

Mereka mengaku, seronok menyakat, usik saya sebab respon saya tu buat mereka gelak. Sebab tu mereka suka betul menyakat saya.

Saya jadi hairan, kat mana ntah respon.yang mereka seronok sangat tu. Mungkin sebab saya garang kot.

Peranan mereka sekarang ni abg mie yang ambil. Ada aje menda nak digaduhkan dengan saya tu. Sampaikan hingga ke hari ini, boss saya tak lupa cerita Teh o Ice telur. Bila kami baloh (berbalah dlm bhs tengganu) je dia mesti sebut menda ni.

Kemarin, jadi lagi, dia cuci tangan guna air ais kena kaki saya, lepas tu xnak minta maaf. Gelakkan saya plak tu, ha last sekali balasannya simbah dengan air la.

Dtg pagi boss tanya saya cerita. Dah curah pula yang disebut sebut. FaIL! !! Grrrrrrr
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, 3 July 2012

Journey of a groom to be Part 4

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Welcome July. Dah 3hb dah ni. Baru ketemu dengan kota raya kL selepas beberapa hari magic bersama kesayangan di luar kota sibuk ini.

Jika di luar sibuk memikirkan kerja, di sana dimomokkan (bunyi cam takut je kan? ) dengan persiapan yang ntah saya pun tak tahu dimana hendak bermula. Mama asyik dengan bilik saya, Jiah dengan persiapan. Most of it memang tak buat pape pun. Hihihi

When.we talked bout my future couple, kami ni macam cermin je, sesama ja tak ready untuk anything, maksud tak ready is about the preparation. Ilex ja macam tadak pape. Ahahaha tapi kan, if think back closely, a very simple thing does not need and super rapi preparations kan? Opssss need to careful cause later on #bebel la yang saya dapat.

On my side, sometimes feels really excited, well those that need to be ready upfront for example hiv test, dah setel pun, nw waiting for August to pass my Surat Permohonan then to be processed by her.

Entah la. Bercampur baur ni. My last week here at company banyak bintang. Then to start at my dream place. Pray for me ye?

Till we meet.again. Tata~~
Published with Blogger-droid v1.6.9

Buta+Pekak+Bisu=CINTA