Followers

Wednesday, 29 August 2012

Aktiviti pagi



Aktiviti di pagi hari.
Mnangkap itik angsa.
p/s : yang putih tu buas.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, 22 August 2012

Melengkapkan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam terbaca ada status tentang doa yang tidak dimakbulkan. katanya
"Kalau belum di jwb doa kita yg brtahun,jgn kecewa. Barang kali kita belum pandai melapangkn dada utk redha dgn setiap ketentuan-Nya."

bila direnung tenungkan. benar katanya. Kekadang hidup tidak semestinya mengikut apa yang kita inginkan. dan apa yang kita minta itu terkadang lebih dari apa yang patut kita dapat. Sebagai contoh, kita cemburu melihat yang ada berjaya dengan kehidupan mereka. kita pun berdoa, minta moga kita juga punya apa yang mereka dapat, tapi sayang, kita sampai sekarang GAGAL mendapat apa yang kita impikan berkenaan. 

Pendapat saya, hidup sebenarnya berkaitan dengan melengkapkan. Dalam kita sedar atau tidak sebenarnya ianya betul. Kita tidak berusaha, tapi kita mohon untuk dpat. agak agak kita dpat tak? sudah semestinya kita tak dapat kan, dan andai kata kita dapat, mungkin kurang dari apa yang kita inginkan. 

Tak percaya, kita lihat pada golongan bukan Islam yang kaya raya, yang pandai tahap gaban, adakah mereka perolehi semua itu dengan hanya berdoa? Semestinya tidak kan, ALLAH bersifat Maha Pengasih , dan dikurniakan mereka kejayaan. Itupun setelah mereka puas berusaha. Hasilnya, kejayaan, kekayaan, kepandaian yang mereka dapat sebagai balasan untuk apa yang dikerjakan. 

Begitulah jawapan kepada usaha, ALLAH lengkapkan juga usaha kita dengan sedikit kejayaan sesuai dengan sedikit usaha yang kita berikan. Sepertimana firman nya dalam AL-Quran yang bermaksud dosa dan kebaikan walaua sekecil zarah pun takkan lepas dari diberi ganjaran oleh ALLAH. bukankah itu melengkapkan. Kita bermula dan diakhiri dengan apa yang kita impikan. Kita mahu dapat yang kita rasa terbaik, tapi kita tak berusaha jadi yang terbaik, mana mungkin kita jadi yang terbaik. Ibarat membaca buku fizik, kita teringin benar menjadi pakar dalam jurusan fizik, tapi yang kita usahakan dalam bidang biologi , adakah kita akan punya pengetahuan sehebat pembaca setia bidang fizik yang saban hari 'bercinta' dengan jurusan fizik?  

Mintalah, dan aku akan makbulkan. Kata ALLAH kepada para yang berusaha berdoa mohon darinya. Waktu sesuai adalah waktu kita bangun disepertiga malam. Sebab, SUSAH. jadinya bila SUSAH, ALLAH perkenankan. Sebab dia tahu, kita dah usaha, jadinya dia pun USAHAKAN berikan kita sedikit kejayaan. Pun begitu, memohon itu juga ada juga pantang larangnya. Ibarat masuk ke restoran mahal, kita pakai baju macam pengemis, sudah pastilah kita tak dibenarkan masuk bukan? samalah dengan berdoa, ALLAH kata minta, sebab dia nak perkenankan, kita pun minta, tapi dalam masa sama kita tak berusaha nak cantikkan diri kita, dengan bersih dari dosa, maacam mana kita nak dapat? Dosa kan salah satu sebabnya doa tak diperkenankan. 

Owh jiwa yang berdosa. bila kita dapat nikmat bila kita sedang gagah berbuat dosa di muka bumi, jangan ingat kita disayang sangat, tapi sebenarnya kita sedang menyemai semakin banyak murka Yang Maha Kuasa. Kemungkinan 'rahmat' itu merupakan kiriman istidraj yang bertujuan membuat kita lagi lalai dengan nikmat kurniaan itu. 

Berlapang dada lah. Positivekan minda kita. Redha itulah yang penting sekali. Redha menyemai rasa rendah diri dalam hati kita. Redha sebab ALLAH dah beri apa yang kita ada sekarang. Kita jauh lebih lebih untung dari yang lebih teruk dari kita. Percayalah, bila rasa kita teruk, ada lagi yang lebih teruk dari kita. Kita marahkan bata kerana kita tersepak dan lukakan kaki, tapi kita lupa, ada yang langsung tiada kaki, tiada peluang pun untuk merasa sakitnya tersepak bata. Bukankah itu redha? Berterima kasihlah. Dia dah beri yang terbaik buat kita.

Kongkongan dalam perhubungan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Tadi ada terkisah bab kongkongan dalam perhubungan bila bercerita kisah masa depan dengan seorang sahabat. Bila dengar saya senyum. Dalam pada tu rasa macam geram je, kenapa ya, bila kita berhubungan kena ada kongkong dalam tu? saya pelik walau sebenarnya ada juga terkesan dalam kisah kisah lalu dalam bab ni.

saya ingat lagi satu masa dulu, kongkongan ni macam agak bodoh bila difikirkan. Orang boleh kata tak nak itu dan tak nak ini, dan pasangan akan turut kata dengan mengiakan permintaan berkenaan . Maka terjadilah kongkongan itu. Alasan : sayang. satu alasan yang rasanya tak perlu ada pun bila sesuatu itu terlampau sudah dari batas sepatutnya. kekadang tu sayang tu tak adalah sangat pun, cumanya manusia ni kan, dia lagi suka ambil langkah berjaga jaga iaitu dengan mengelakkan "bebel" yang sangatlah tidak diingini untuk didengari saban hari. 

Saya rasa pelik ja, bila semua nak dikawal. itu tak boleh. ini tak boleh. Kawan dengan dia tu tak boleh. sembang dengan dia ni tak boleh. buat itu tak bagi. buat ini tak bagi. tapi bila yang tak boleh itu hanya di bahagian sebelah sini dan di sebelah sana di nafikan peraturan berkenaan, ianya jadi sangat jengkel. Sangat sangat menjengkelkan. Ibarat, kau tak boleh makan sambil berdiri tapi aku makan sambil berlari. sangat tak adil bukan? 

Akhir sekali, yang ada dalam dakapan itu terlepas dari pelukan. bila mana kawalan itu dah terlampau, kita jadi bosan. Ya lahh, mana tidaknya. itu tidak ini tidak. hidup ibarat boneka kawalannya. segalanya berkisar tentang kegembiraan satu pihak. Masa itu, mulalah mencari jalan melepaskan diri. kongkongan membawa kepada ketidak gembiraan. 

tiada yang lebih penting dalam sesuatu perhubungan melainkan daripada KEPERCAYAAN. bila diletak kepercayaan, maka tiadalah gusar. bila tiada gusar tiadalah kongkongan. dua pihak yang tidak risau atau gusar membawa kepada tolak ansur. ibarat menarik wau, adakalanya dilepaskan melayari angin yang kuat di awan biru, sampai masa di tarik juga untuk didekat kepada tanah kerana risau terawang tinggi dan terlepas putus di atas sana, Bila sudah tiba masa, kembali jugalah pada yang fitrah. Dan Maha Suci ALLAH lah yang menentukan segalanya. ianya bukan permainan tapi sudah ada dalam susunannya. Berdoa menjadi yang terbaik untuk mendapat yang terbaik. Berusaha menjadi yang terbaik supaya termotivasi menjadi yang terbaik. Yang mustahil itu tidak ada kerana sehebat manapun sakit, cuma mati tiada ubatnya. yakin pasti tiada yang menghalang bila ada initiatif. Natijahnya, hidup takkan berubah tanpa ada usaha untuk merubahnya. 


Monday, 20 August 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum.

Salam syawal suma. Maaf x bkesempatan nk ucap selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin wat suma. Maaf andai ada salah silap, terguris ka, terasa ka ter ter ter apa apa lahh, y jd spnjg kita bkenalan. Moga universiti ramadhan tidak hnya thenti sampai kemarin tarbiahnya, malah kbaikan itu berterusan sampai bebila. Amin
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, 17 August 2012

Journey of a groom to be - Part 10

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam , hari yang agak busy bagi saya. Bangun pagi, mama suruh keluar pergi kedai belikan cat, lepas tu berkejar pulang sebab Cik T nak singgah rumah dalam perjalanan pulang ke kampungnya. *sebok ja cik T tu kan, nak bodek la tu ahahahahah x adalah dia datang nak hantar barang dekat saya.
#ehh termelalut plak.

Okeh, sebaik dia pulang, kami sambung perjalanan. Mama ajak.pergi cari tikar plak. Untuk digantikan dengan tikar yang dah bertakhta di lantai bilik sejak kesekian lamanya. *dari umur saya 6 tahun tau. Sekarang dah masuk puluh tahun dah dia dok sana, tapi still steady lagi. Sebaik dapat tikar tu, Mama ajak cari air mata kucen, teringin katanya panas panas ni. Dan sebagai anak yang tamau menghampakan Mama (*sila muntah), dah mesti la saya akan bawa Mama pergi beli kan?!

Pulang ke rumah, dah setengah bilik Ayah cat. Saya pun yang tengah penat tu, terkedang depan tibi sambil menonton cita korea sebab nak merepot kat mama perkembangan apa jadi kat heroin tu. (*lalalalalalalal) . Pastu jap ja dah kena panggil dengan ayah, *nak suruh tolong lettewww. :p

Dipendekkan cerita, dah selesai mengecat, dah pasang tikar, dah susun almari , cuma nak tunggu masuk katil dan last last punya kemas la. Ahhaaa. Sangat puas hati la. Dah lama bertangguh, sampai kena bising dengan ayah la. Ngeeee~~

Alhamdulillah.

P/s : apa plak la lepas ni kan? Adehhhh -.-"
Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, 16 August 2012

Raya ohh raya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni dah ramai yang mula pulang ke tanah air. Sebab dah start cuti kan. Lain ceritanya yang dah sampai ke kampung halaman ni kan? Hihi

Tingat la beberapa tahun lepas punya alkisah. Bila dekat nak.raya kalut cari tiket. Saya pernah siap beli tiket, ras tak silap masa tu berminggu atau mgkin sebulan awal nak raya, last tak guna pun tiket tu. Sebab balik dengan kawan awal. Tiket akhirnya dikembalikan untuk dijuai, tapi tak penah tuntut pun balik dt dari abamm kaunter tu. Bior la kan. Janji dapat balik. Mama marah, katanya kaya sangat duit berpuluh ringgit tak bertuntut. Hihi

Tahun lepas punya cerita la tu. Tahun sebelumnya tak beli tiket. Reasons : pulang bsama abang saya . Dia nak balik lokstaQ, so tengah jalan ngantor la adik y duduk tepi lebuhraya tu kan.

Tahun ni lagi manthopp. Dalam tak silap 2 minggu plus sebelum raya saya dah park kat kampung. Ramai yang tanya, stat cuti dah ka? Jawapannya cuti sendiri la. Project x stat lagi kan? Nak.lepak sana watpa. Semak pala la. Lagipun kalau kat umah boleh gak la saya siapkan kamar peraduan tu kan? *Ahahahahaha.

Tapi sangat ngeri la. Tahun ni raya paling fail bagi saya. Selalu mai nak raya ja, kaya raya. Tahun ni kaya rayap. *adehh . Tak apalah, dugaan pengantin la kot kan? Sabo ja la. Ehhe..

Selamat memandu semua. Hehati dijalan raya na. Takyah la nak.lelaju sangat. Tak lari umah dikejar tu. Lambat takpa asal selamat. Biar yang tunggu kita kat kampung tu rumah ya. Bukan tanah kubor. Sekian memaklumkan.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, 15 August 2012

Peluang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tengah whatsapp dengan encik boss ssya. Bkaitan apa lagi , masa depan lah. Current employer nampak gaya sangat tidak berguna pada kami. Bila boss saya sms pn nampak gaya dia cuba nak.melarikan diri. Dan saya yakin, alasan yang ada adalah sibuk lah tu.
Kami terdiam, tak ada perkataan untuk situasi semasa. Cumanya memasing belajar untuk menerima apa yang ada sekarang dan pelajaran paling berguna. Jangan sia siakan peluang baik yang hadir didepan mata. Mungkin bagi saya kecil, tapi bagi enchik boss, ianya sangat besar. Gaji 5 angka ditolak untuk kawan kawan. Owhh di sngat tak pentingkan diri. Tapi sayang, sekarang dia yang menadah padahnya. Saya sangat kasihankan dia. Sambil mendoakan yang dia bakal ketemu peluang baru yang lebih baik.

Saya pula, saya baca ini sebagai once in a lifetime punya peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Mungkin jika ini tak jadi saya tak dapat cari alasan nak lari, tapi sekarang peluang dah menerjah diri, terpulang pada sayalah nak guna atau tidak sekarang. Sambil berdoa akan ada kebaikan yang mendatang sebagai menggantikan luka yang saya alami sekarang.

Moralnya mudah saya. Belajar jangan percaya bangsa. Sebab bangsa bersama T adalah bangsat. Saya akui, memang yang menjatuhkan bangsa adalah bangsa itu sendiri sepertimana ALLAH berfirman, "aku tak ubah nasib sesuatu bangsa melainkan diri mereka sendiri". Terbukti, berada dalam bangsa yang lemah dan pentingkan diri ini menghukum sebenarnya. Tapi bukanlah semua macam itu, cuma mostly macam tu.

Apa pun, saya redha, ini adalah ujian buat saya. Amoga ALLAH.mgampunkan dosa dosa saya juga kaum keluarga n bakal saya. Amin yarabbal alamin.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, 13 August 2012

Diganggu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya diganggu

To be honest, sampai ke hari ini saya masih dihantui oleh kjadian minggu lepas tu. Alaa kisah saya ditemuduga tu la. Terus terang la, masih tak puas hati lagi dengan apa yang jadi.

Sebenarnya bukan apa sangat pun, cuma tetiba saya perlu bangkit untuk back up diri saya tapi masa hari tu kan, saya pilih untuk berdiam diri lebih baik. Saya tak la menyesal cuma bila saya ingat, jadi geram pula . Dan saya tak buat apa apa dan hangguk geleng ja.

Tahu x, sampai terbawa ke mimpi la saya punya balasan bila diulang kembali apa yang jd tu. Macam keretapi kata kata yang keluar. Tapi apakan daya kan?

Tak apalah, saya redha dah dengan apa yang jadi. Cumanya, di masa hadapan, jangan harap la saya akan berdiam diri. Lawan tetap lawan. Dapat je tidak tu number 2. Y penting saya puas. Btw, siapa kau nk judge kulit buku yang kau baru jenguk dari jauh ja? Pls be aware future. U dont knw me, u nvr gonna aware until u meet the 'true' me. So dont ever try to tear the unseen cover cause you nvr knw hw bad it gonna turn to be. Peace!
Published with Blogger-droid v1.6.9

Journey of a groom to be - Part 9

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cerewet

Wahhh akhirnya bertemu juga dengan warna pilihan. Sangat susah mendapat nya tau tak? Berminggu saya cari. Punyalah susah. Boleh bayangkan tak sebesar besar jalan TAR tu, langsung tak jumpa. Merata dah pusing. Tu saya baru cta kat sana, tempat lain belum lagi kan?

Okeh, x kisahlah pasal tu sekarang sebab akhirnya jumpa kan? Alhamdulillah. ;)

Next, sama sama cari kasut plak. Pun sama, di mata saya sangatlah tak ada yang berkenan. Cari sini cari sana, dari yang murah sampai ke mahai, ada ja yang tak kena dimata saya. Banyaknya yang tak cantik dari yang cantik.

Paling saya heran sebab banyak.betoi kasut kapai tu kat pasaran sekarang. Tahu tak kasut kapai tu apa? Alaa kasut yang kat depan dia panjang cam kasut aladin tu. Buruk seyes buruk. Langsung tak kenan. Padahal da jumpa da kst idaman, warna putih, last tgk spesis tu, terus kensel beli.

Itu saya, ingatkan saya ja, rupanya dia pun sama. Terus saya gelak dalam hati. "elok la tu, padan la dua dua. " ahahahahaha
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, 12 August 2012

Nasib la ada dia

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam sesudah pulang dari berjalan dan pulang ke kampung. Mama bercerita pada saya perihal dia dan bakal menantu dia tu jalan berdua.

"abang tau dak semalam masa Mama jalan pergi beli barang tu, masa nak ke kereta beberapa kali jugaklah tersadung kaki, nasib la tak jatuh."

Saya pun tanyalah, laaa, Mama terlanggar apa apa ka Mama?

Mama jawab tak ada pula terlanggar apa apa. Then Mama cerita la Mama cakap kat budak tu,
"sebab itulah Mama kalau jalan dengan abang, abang akan pegang tangan Mama tak lepas. "

Saya cakap, "nasib baik la semalam Arie suruh dia ikut Mama, kalau tak sia sia ja jatuh."

Serius rasa lega bila teringat semalam masa Mama sampai ke kereta dengam dipimpin dia tu. Terima kasih ya awak. Cmtu juga saya akan buat untuk awk bila awk perlu pimpinan dari saya. Maceh sangat ya awakkk. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, 10 August 2012

Journey of a groom to be - Part 8

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Currently sleeping in a very messy room due to some renovations going on.

Sounds really excited, but its not like what other ppl think it is. I may have add something to my room n got some more coming in. But thats the truth that this room needs to be added with those things.

Haha i do hv a rooms but i never use a bed in my room. It used to be there but only as a place to put all the bantal and the mattress. Plus its only a single bed. Now , in order to comply to my 'future enhancement project', its a need to have a double bed.

Last time (few weeks ago) , when i eagerly want to 'upgrade' the wall by myself that lastly ended up wit Ayah being the architect to this project, now starting to paint the walls by myself, n i guess Ayah will take part after this cause i just doing the 1st layer a.k.a paintcoat only. This project gave me an own satisfaction. Well, Ayah is actualy a 'tukang rumah'. I adore him, well he used to bulit a double storey house okay But he never want to 'upgrade' his own house. Whatever renovations happen was done by a contractor. N now, he done it. Cool huh? When i finally managed to 'force' him to help. Ahhaa

Mattress. Buy one already. N Ayah asked, how can you buy a mattress and not the bed? Mama answered, will do, but waiting for the room to be ready first. Now, both of them were sleeping in a 15 inches mattress. N Mama almost injured when she forgottten that they were actually 'higher' than what they were used to be.

Hurmmmm. . . . What more after this?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, 9 August 2012

sangat teruk!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru selesai ja intervw pertama saya di negeri kelahiran. Apa yang boleh saya katakan adalah, ianya SANGAT TERUK!!!

Pertama kali la seumur hidup saya. Selama ni kan, mana saja saya pergi, selalunya saya yang akan menguasai nya, tapi hari ni bertemu buku dengan ruas la. Dia sangat pandai cakap, apa yang saya balas dia betah, sampai satu tahap, saya dah tak rasa nak jawab lagi, hanya diam dan senyum dengan apa yang dia katakan.

Saya akui la, masa dia tanya memacam tadi, memang saya 'selop', mau tak, dah la datang tak study apa apakan, last dia tanya menda menda zaman dinasor dulu tu, konpem la saya tak ingat, lagi, yang dia tanya tu tak pernah jumpa, memang kena la. Nak lagi teruk, langsung tak.berjawab saya. Okeh sangat teruk!

Sekarang, pertama kali la, rasa moral down. Grrrrr yang pasti memang tak dapat.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tiga orang ber-sibuk

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dah 2 hari saya hilang. Bukan tak ingin menaip cumanya tidak berkesempatan. Semalam sibuk dari pagi ke petang. Ada urusan masa depan harus diuruskan.

Paginya saya selesaikan urusan mencari tempat baru di negeri kelahiran. Dari agensi ke jabatan buruh. Alhamdulillah. Semalam sahaja sudah ada dua tempat yang call untuk urusan temuduga.

Tengah harinya, bawa adik dan mama keluar. Keduanya hendak mencari barang untuk juadah berbuka kami. Terbaik rasana berbuka semalam. Ada tiga chef untuk makanan kami. Jiah dengan sayur masakan cina dan steamboatnya. Mama pula mee kuah dan lauk bersama nasi. Dan akhir sekali saya dengan mashed potato saya dan air bandung soda saya.

Sonok rasanya ya bila ada tiga orang yang ber-sibuk kat dapur tu. Tingat plak saya tanya mama semalam,
"mama masak la dulu, abeh satgi arie sambung."

Mama balas,
"Ala buat ja la, dapur mama kan ada dua. "

Ngeeeeee~
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, 7 August 2012

ruginyaaa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

beberapa hari ni saya seakan TER- observe page seseorang kat pesbuk ni. Ada la seorang tu dia sound haters. Saya yang asek tertengok status 'kekecewaan' dia yang hari hari keluar kat feed saya mula tergelak. Nak menangis pun ada juga la. Mana taknya dia salahkan haters sebab 'sound' dia la kot saya rasa.

Bila terlihat apa yang jadi buat saya sendiri rasa kesian, itulah balasan. Masa dulu sedang bercinta, tayanglah kesukaan anda tu, pastu tunjuk kat orang yang anda sayang dia, sangat berbahagia la kononnya, sampaikan yang tengok pun saya rasa dah naik muak dengan status sayang sayang, cinta cinta pastu gambar daring daring tu, peluk peluk pegang pegang kat sana.

Akhirnya, macam saya kata, kalau dah bukan pasti nya dia bukan untuk kita kan? Terputuslah, dan muncul pula status sedih, tacing, kecewa, marah, bermacam perasaan yang menggambarkan apa yang jadi sebelum ini tak seperti yang dicitakan.

Nasihat saya pada readers, tak payahlah nak cinta sebelum masanya ni. BUANG MASA. Last jadi macam ni? Apa kamu rasa? Tobat menyesai kan? Kena plak dah labur macam macam kan? ruginyaaaa~~

P/s : rasa tak lama sebelum dia kena remove dari fren kat pesbuk saya. #meluat

Monday, 6 August 2012

Desakan hidup

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya tengok cerita kt tivi ni. Mengenai desakan hidup. Sesuatu yang tidak asing lagi dalam hidup. Ada yang kata itu merupakan ujian didalam hidup, dan benar sekali, itu salah satu ujian, bila difikirkan kembali memang ianya satu dari titik hidup yang akn dihadapi .

Lihat realiti, ada yang merompak, tapi alasan hnya demi mdapatkan sesuap nasi. Hari tu ada kes, mencuri untuk susu anak. Itu kes kecil mungkin, yang lebih besar mencuri untuk hidup senang. Jangan lupa ya, ini pun kes besar tahun lepas mencuri duit rakyat.

Selain itu, demi bersenang, banyak sangat kan kita tengok kes rasuah, pecah amanah. Dan lagi masyuk bila ianya adalah kes berprofile tinggi, bukan orang calang calang yang wat, tapi golongan yang saya pasti, berkoyan koyan wang mereka. Apa kes? Ini yang saya dpt kata, lebih kuah dari nasi. Lebih nak dari yang yang cukup buat diri. Ntah untuk apa saya tak pasti. Mungkin nak mati nanti, tanah nak ganti dengan wang mungkin, tanam dalam tu? Hurmmmmm

Dari dua yang disebutkan di atas, ada dua sebab besar mencuri, untuk hidup dan satu lagi untuk senang. Dua aras perbezaan besar. Yang mana titik tengahnya merupakan kesederhanaan. Islam menekankan kepada kesederhanaan. Tapi apa yang sedang ditekan oleh kita yang cuba hidup brpaksikan barat adalah kemewahan, dengan elemen maju sebagai tunjang yang turut sama menyusutkan nilai masyarakat itu sendiri.

Tidak salah, tapi berpada pada. Kita tingkatkan dulu ekonomi yang susah baru kita cerita nak dapat 'nama'. Tak salah kan?
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, 5 August 2012

Mengusik sangat. ha ambikkk

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ini apa yang jadi 2 malam lepas. Waktu saya baru lepas berbuka dengan kak.

Masa kami tengah makan tu standard Yaya dan Icha akan duduk dekat meja makan. So kami abaikan ja la depa berdua, biar asyik bermain.keduanya. Perangai bebudak dua ni, kalau akak tak kacau adik adik mesti kacau akak. Saya selalu backing adik. Sebab adk tu da lebih manja sekarang.

Ha, sambung balik. Masa tu Yaya tengah baring, si adk kacau dengan tarik rambut . Mula tu saya cakap "no!". Dia berhenti la kejap. Tapi lepas tu dia buat balik. Akaknya si Yaya mulalah menjerit. Saya pun duduk, konon konon wat marah kat Icha, saya jentik tangan dia (seyes sangat perlahan), tapi lepas tu si.kecil tu menangis sangat kuat. Selop la. Akak cakap, kalau nangis macam tu kena peluk dia, sebab ni memang nangis bebetul. Kelam kabut la jadinya saya. Peluk la . Tapi dia dah x mahu. Nak Ibu jugak. 10-15min dia nangis.

Lepas dia.nangis, saya pergi dekat nak ambil. Dia boleh pusing kepala tu. Majuk la tu tanak saya. Sampai la dalam lama sikit lepas tu saya tarik dia angkat, barulah berdamai kami.berdua. Hihi

Last sekali ending dia bawa p kedai naik kereta. *sungguh sungguh nak.amek hati balik kan? Ahahahahahaha

Saya cerita kat cik T saya. Saya rasa si kecil tu terkejut sebab selalunya sayalah yang pujuk dia waktu dia menangis, peluk la apa la bagi dia diam. Tetiba semalam saya yang marah. Mau x terkejut budak tu? Kak cakap boleh jadi, macam tu jugalah dia menangis kemarin masa Mama marah dia duduk x diam dalam kereta. Itu lagi best a kan, sampai tertido la kena pujuk dengan Mama. Untunglahhhhhhh
Published with Blogger-droid v1.6.9

Iftar KAMI BLOGGER UTAGHA

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru pulang dari majlis iftar Kami Blogger Utagha sebentar tadi. Walau x seramai dulu tapi masih sangat meriah . Semua tak berhenti bercerita, bermacam kisah terutama peribadi setelah lama tak berjumpa.

Alang alang jumpa saya nak kisahkan perihal ahli ahli kesayangan yang saya jumpa tadi. Boleh? Saya mulakan dengan kaum lelaki la ye? Sebab saya mula dengan berjumpa Pakcu sofi kemudian Naim dan Syukri mikro tadi.

Pakcu : abang kita ni sambung blajo la. Bidang yang bawa dia kerja di pelantar lepas ni. Wahhh wahhh saya rasa kagum sangat la. Kaya la dia lepas ni. :P

Naim : sahabat saya ni buat masa ni adalah seorang pengurus di kilang yang membuat lori untuk pasaran luar negara. Hebat kan? Dia sebut sal BOM tadi. Naseb saya tahu, kalau x dah terasa dia pandai wat BOM. Eh tapi memang apa. Hihi

Syukri roslee : lee lee rosli. Ni apa yang dia betulkan masa ada orang kata kat dia LEY tadi. Sukati depa ja. Dia tahu la nama ayah dia. Dia tanya tadi, heyyy sapa dok tingkat 38 tu? Kami 49 laa.

Syukri Hasshan : abang retis kita sekarang tengah praktikal la. Katanya penat sekarang. Ada ka patut kena tengok.pojek dua.tahun lepas yang tak.lengkap. Cian dia kan? Penatt

Solihin : saya berblog sebab yang saya pun tak tahu. Orang pertama saya follow cik anyss tu. Wahhhhh. Saya tgk dia ni cool sgt. Memalu ai yang hu hah hu hah ni.tauu.

Putera Helmei : abam kachak ni kerja sebagai penyambut tetamu (bak kata dia) atau dalam bahasa saintifiknya academic advisor. Wahh sedap nama.jawatan dia . Kan kan kan.

Adik nadz : ini driver of the day saya. Lawak ja dok dengan dia ni tau. Gelak tak benti bila berstongkol pekena GK. Depa tanya, ni asli ke ni? Ahahahaaha

Cik GK : anugerah gelak besar besaran. Aiyoooo. Kiki tu la alasan utama dia jadi mangsa tadi. Ehh ehhh apa pn syukur dia da smbung kontrak start 1 hb hari tu.

Piqah : nama kamek Piqah. Kami dapat nama ni sebab dulu ada geng baguZ sedunia kat sekolah. Comei je nama kan?

Naqiah : nama kami naqiah. Kami nak promote ni, kami ada buka booth kat star walk. Mai la na.

Anith : saya qeja kat tempat juai rumah la ni. Sapa nak beli.rumah mai la. Suma orang pun tanya, "ada diskaun x ni?" #gulppppppp

Mastora : saya mastora manshor. Umur 24. Sekarang dah bekerja. Ni ja ringkas ja dari dia. Hihi

Tatia : eh ini orang tinggal satu kawasan dengan saya tu. Kerja kat kilang di Penang. Datang dengan kawan dia. Kasut pink la hari ni. Alalalalala tomeii

Cik Zai : status? To be katanya. To be apa ya? Lalalalalalaal alhamdulillah. Syukur la untuk dia. Dah sampai masa tu. Syukurr.

Atin : cian adik saya ni kena buli tau. Meh saya cerita. Nama tu orang yang bagi la. Zezolla tu dalam bahasa italy nya Puteri tau. Wowww weeeee puteri atin la ni kan?

Erin : abang nadhh jangan la tengok kami. Debor rasa. Adehhh #pitamm masih cam dulu dak ni. Lawak la. Dia sekarang x jd cekgu dah. Tgh tunggu offer letter . Saya doakan y tbaik la buat dia.

Lina J : nama ni kawan kami la yang bagi. Ishh tengok.ni dia banyak cakap. Shhhhhhhhhh *sambil tutup mulut orang sebelah dia ni sekarang jadi orang Terengganu sat. Keja la katakan. Wahhhh jauh merantau ye. ;)

Farhana : saya suka kerja kat wad kecemasan tu. Bestttttt!!!

last sekali --> Syakira : dengar cita nya macik ni pun da nak kawen. Auwwww ramai nya la dah nak kawen kan? Saya bila lagi? Tettttt~~ takpa la, kita doa la dipermudahkan urusan depa kan? Saya tumpang gembira jugak. ;)

Tu aja rasa nya untuk edisi kali ini. Happening la. Kalau lagi ramai mai ni saya tatau la. Mau huru hara lagi dataran tu tau. Dah la culik anak.orang mai bergambo skali. Eeuuu. Ahahahahahaha
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, 4 August 2012

Andai sudah ditakdirkan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam saya terjumpa satu quote. Katanya, dengan mksud yang hampir sama la selepas saya alih bahasa lebih kurang macam ni la.

1 langkah bersama dia yang bukan orang yang ditakdirkan bersama kita ibarat melangkah dua kali ke belakang.

Difikirkan saya rasa betul. Bila sememangnya bersama orangnya mudah ja. Macam beberapa contoh yang ada berkisar disekeliling saya ni

Kisah macam mana kak sorang ni ceritakan pada saya. 3 tahun bersama yang disayang, last bukan terbuang, tapi kecurangan mengambil tempat. Lebih keji masa tu lelaki tu boleh cakap, "saya sayang awk dan x boleh lepaskan awk tapi dalam masa sama saya juga sukakan dia". (Maaf ya saya tak bantah poligami, cumanya bila bab baru berhubungan dah curang itu sangatlah saya pantang).

Alkisahnya lepas putus, beberapa tahun.lepas itu seseorang datang. Sangat mudah pada saya. Berkenalan, suka, bawa jumpa keluarga, merisik, bertunang dan bersama setahun kemudiannya. Lebih manis sebab tak.perlu bercinta tahap gaban dan kenal cinta selepas bersama. *Owhh saya adore gila hubungan macam ni.

Contoh kedua, sahabat saya yang buat kueh puteri mandi versi dia warna warni tu. Dulu saya kenal dia seorang yang sangat hapy go.lucky, sawan, wayar putuih dan lawak, tapi tetiba saya dpt tau dah nak.kawen, dan sekarang dah kawen pn. Ehh mudahnya la saya nampak situasi dia. Bukan apa, saya observe belog dia kan, kejap.ja, dok cita cita sat then da nak kawen.

Jadinya, dua kisah ni saya coretkan sebagai contoh di mata saya, bagaimana bila kita memang dah ditakdirkan, pasti akan dimudahkan. Senang kan? Tak gaduh chenta terok terok. Hihihi

P/s : tetiba saya rasa saya pn macam tu. Kwn jap, suka, minang dan sekarang nunggu masa. Doakan saya ye readers? ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, 3 August 2012

Saya kena laa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cerita ni berlaku beberapa hari lalu ketika saya dan keluarga berada di satu tempat mencari baju untuk saya pakai waktu nikah nanti. Serious penat, sebab warna itu warna eksotik gamaknya ye? Saya pusing punya pusing punya pusing last tak berkenan juga. Owh ya, untuk pengetahuan, saya dan Cik T ni memang agak cerewet, kalau x sedap di mata sememangnya tidak la jawabnya.

Okeh, kembali pada ceritanya. Masa malam tu kami dan dekat nak.balik, ada la macam bazaar ala ala uptown malam camtu la dekat sana. Sampai ja ada orang jual belon. Terpusing pusing buah hati kecil saya si Ichana tu, nak la tu. Mulanya saya buat tak tahu, tapi bila dah susah sangat nak dukung tu saya pun cakao dengan dia.
"kalau Icha nak belon tu Icha kena cakap 'nak.belon', kalau Icha cakap abang belikan".

Masa tu ada adik, dia sound saya, abg jangan, kang dia cakap kangg.. Untuk pengetahuan readers, Icha ni dia macam tak banyak cakap sangat nak.dibandingkan dengan akaknya si Yaya tu tapi dia cerdik, paham aja arahan yang diberikan, cakap apa.ja memang dia.faham. So saya cabar la.

"cakap. . . Nak belonn"

Dan amazingly, dia memang cakap. "nakkk be. . . Lon". Mula tu saya buat tatau ja. Dalam hati ni, ehh ya ka apa yang aku dengar ni? Kali kedua saya panggil adik. Gelak dia kat saya. Padan muka abang, adik da kata. Kan Cha da cakap.tu.

Next saya pgl ibunya. Dan benar dia memang sebut belon. Makanya, belon la yang dia dapat kan? Dah abang janji kan? Ahahahahaah

And on the next day tu, banyak plak sayang saya tu berkata kata. Heyyyy im so happy. . . Cayangggg Ichaaa. . .
Published with Blogger-droid v1.6.9

Buta+Pekak+Bisu=CINTA