Followers

Tuesday, 25 September 2012

Penghinaan itu datang dari kita

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

SubhanaALLAH. lamanya tak baca sini tengok tengok dah berubah interface nya. terkejut tu tak juga sebab ada dengar orang berkisah kisah mengenainya, cumanya rasa lagi semak pula macam ini. Sebelum ini kan semuanya di susun dengan baik. Rasanya ada juga pengasingan antara tulisan tulisan tu. Ada border kan, tapi sekarang macam tak wujud ja? pening juga jadinya.

Dalam asyik kita membebel mengenai perubahan ni, suka plak rasanya nak cuit sedikit hati kita masing masing.

Kita asyik komplen, perubahan yang jadi kat timeline ni, tapi kita masih belum sedar yang perubahan lebih besar sebenarnya sedang menyerang kita kebelakangan ini. Antaranya, ada yang kita lihat, umat Islam marah dengan kewujudan satu movie yang bagi saya juga sangatlah melampau sebab menghina Rasulullah SAW.

kita marah dengan dia sebab dia menghina junjungan agung Rasul kita. tapi kita sebenarnya tak sedar yang dalam pada dia menghina , kita juga turut dalam tak langsung menghina apa yang Rasul kita bawa sebelum ini. Tak percaya? lihat lah di keliling kita, ramai bukan yang menolak untuk bertudung? Apa kata mereka, saya belum bersedia. Adakah sedia itu titik mula untuk perubahan? semestinya lah tidak sebab ianya bukan satu pilihan untuk mengikut apa yang ALLAH suruh.

Ada pula yang menjawab, suka hati saya lah, dosa saya, saya lah yang tanggung, kamu apa nak sibuk. Ini jawapan yang sangat bernas. bernas hinggakan paling layak kita tuju ja dengan batu, atau nak ja kita buka kitab, sedarkan yang apa yang dia kata tu sangat lah salah. Ada satu kisah, seorang sahabat tak silap saya, dia terpandang aurat, menangis dia sebab aurat tu melembabkan penghafalan dia, terlupa dia sebab ternampak aurat tu. sedangkan itu sangat lah sedikit dan itupun TER. kita zaman sekarang ni, slumber, malah ada yang tak kisah dah tentang tu.

Minggu lepas juga ada satu kes, mengenai seorang pengarah yang buat filem. Filem ala ala lucah ini bila dikecam kerana kisahnya . Dia menjawab, dia sedang ikut sunah Rasulullah lah tu. Rasa saya la, patut dia ni kena rejam atau kena pancung saja. Jawapan superbangang. Kau nak ikut sunah bukan itu yang perlu kau ikut, kau tahu tak apa yang kau cakap ni? Bagi saya, ini satu lagi yang kita kena bantah, yang dok asyik melawan yahudi hina islam tu, ini islam hina islam. bagi saya ini lagi keji. keji dan sangat keji. Bodoh sangatlah keromantikan tu kononnya nak diikut, padahal, aurat tak jaga, itu tak jaga, ini tak jaga, tu pun berani lagi sembang sal Sunnah. rasa patut ditapak ja orang ni kalau kita jumpa. teruk ! 

Dan terbaru semalam. Seyes saya pandang hina terus kat dia sebab kenyataan dia bila ditanya pasal keburukan yang dia buat, iaitu berpelukan antara lelaki dan perempuan. Katanya normal. Kenyataan ni bagi saya menghina sekali. Sedangkan dah disebutkan dalam Al-Quran, di tekankan Rasulullah bahawa HARAM perbuatan tu, tapi standard bagi dia. Geram saya yang mendengar. Ini ke yang mengaku Islam. Padanlah Islam dipandang hina oleh masyarakat dunia. Sebenarnya bukan Islam yang patut dihina, tapi umatnya yang patut dikeji, sebab sangat tak menjaga nama Islam yang mana ALLAH sebagai matlamat pertama.

Pokoknya, kita marahkan orang yang menghina Rasulullah, menghina Islam, yang semuanya merujuk pada menghina ALLAH yang Maha Besar, tapi dalam masa sama, kita muhasabah diri kita ni, patut tak semuanya di hina? memang tidak bukan, tapi dah kita lemah, mesti la dipandang rendah. Tengok zaman Rasulullah dulu, macam mana Rasulullah di angkat dan dijulang kerana bukan sahaja ajaran yang dibawa, tapi peribadi nya yang unggul. Itulah yang kena kita ikut, agar orang hormat kita, ini tidak. Sambil lewa. Macam mana lah orang nak pandang? Pastilah tidak bukan ?



Sunday, 16 September 2012

Apakah itu ukuran sebuah kejayaan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apakah itu ukuran sebuah kejayaan?

Saya pernah satu masa, terkeliru, dengan apa yang dipanggil kejayan ini. Seringkali kita tersasar dalam menilai apa sebenarnya kejayaan, dan mula mengukur kedudukan diri bila perbandingan dilakukan.

Yang menghairankan, hidup kita memandang, yang hebat itulah kejayaan. Mudahnya, kita mengangkat setingginya manusia yang berkereta mewah, kerana kita memandang mereka sudah semestinya insan yang kaya, yang senang dan berpangkat, kita puji menjulang insan pintar yang menggulung ijazah setinggi langit bak kata kita, kerana pandangan mata kita itu.

Dalam masa sama, yang kurang kedudukannya kita caci, kita keji, kononnya merekalah insan insan gagal dalam hidup, dan atas sebab itulah mereka ini semua padannya hidup dalam penghinaan, direndahkan martabat, dan mungkin lebih dahsyat, ditidakkan hak yang sepadannya jadi milik mereka.

Sebenarnya, inilah hidup yang kita cari selama ini. Dalam kita tak sedar. Kita lebih dambakan kejayaan mata manusia selain dan cuma berharap akan diberikan kejayaan lebih besar yakni.kejayaan ALLAH. Kita idamkan SPM 10A, tapi kita lupa yang pelajaran sembahyang itu sebenarnya lebih besar dari pengertian kita itu. kita lupa, yang belajar ilmu dunia saja tidak membawa ke mana. Sedang akhirat yang kekal abadi.

Lihat sahajalah contoh sembahyang tadi. Kita belajar untuk 10A, tapi kita lupakan ilmu sembahyang, sedangkan, sembahyang itu adalah pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Kita abaikannya, dan akhirnya ia memakan diri kita. Bukan hanya kita tapi membawa ke masyarakat. Benar bukan, pelajaran dunia kita telah memakan kita. Kita idamkan rumah besar, kereta besar, hidup yang mewah, sampai ada yang tidak mampu pun terpengaruh, dari yang tidak cukup itu dicukupkan juga, tapi dari sumber tidak sah seperti rasuah dan sebagainya, alasan, tak cukup.wang. Bukankah itu satu kesalahan? Kita belajar dunia dan sana tunjukkan kaya dimata manusia.

Tapi lain ceritanya untuk y sedar kisah sementara ini sebagai token utk abadi yang mengasyikkan. Tidak perlulah berlbih, tapi kesederhanaan dijaga. Kita sedar, yang pmberian yang terkurang bagi mata manusia inilah kelebihan kita. Malah kita cintakannya, dan masih mampu untuk berbakti pada yang memerlukan. Kita bersedekah. Kita bantu mana yang patut seikhlas mungkin daya linkungan daya kita. Dan kita juga mampu bergembira. Kerana bila ALLAH redha, dia rahmat dan berkati kita, kurniakan juga ketenangan pada hati kita.

Pesan saya. Check balik impian kita. Di mana hala tujunya. Dunia kah? Atau akhirat yang abadi. Kerana di sanalah letaknya kejayaan. Inilah yang diukur. Kerana jawapan akhir yang saya pasti berkumandang untuk soalan, "kamu ingin ke syurga atau neraka?" hanyalah satu. yakni "syurga", cumanya sejauh mana kita bersedia untuknya? Adakah sekadar YA, tapi berat bergrak atau Ya bersama usaha berterusan dan istiqamah mengejar rahmatnya?

Apa pun, tanyalah hati, hanya dia.punya jawabnya. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, 14 September 2012

Qada' dan Qadar

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ini saya kongsikan kisah saya bersama ustaz tengah hari tadi. Ilmu yang buat saya rasa amat bersyukur kerana telah dpertemukan tadi juga dipintas di saat saat akhir sebelum berjumpa ustaz.

Ustaz berkongsi tadi selepas ustaz tanya saya pasal rukun Iman ke enam, iaitu Percaya Pada Qada' dan Qadar.

Ustaz tanya , apa dia itu qada' dan qadar tu? Saya pasti yang kita faham dari perkataan.itu adalah ketentuan ALLAH. Betul tak?

Tapi bila diperincikan ustaz tadi saya tersedar yang qadar iaitu takdir itu datang selepas qada yang mana apa yang kita lakukan sebelumnya.

Sihat sebelum sakit. Kahwin dan cerai. Hidup dan mati. Semuanya berkait dengan apa yang kita kerjakan. Yang ustaz tegaskan tadi adalah MUHASABAH DIRI.

Qada, masa kita sekarang. Waktu kita sihat ni. Apa yang kita buat? Amalan kita. Kita buat tak? Ke kita tinggal. Siap ada juga yang sediakan alasan, "saya akan buat selepas dah tua lah, selepas pergi haji lah". Macam macam alasan. Last sekali jatuh sakit, masa itu baru insaf, tapi dah tak guna lah. Tu pasal amalan. Sakit plak, bila dah kna sakit jantung, sakit kencing manislah, dah tak berguna bukan?

Ustaz tegaskan tadi kan, ALLAH dah janji, baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. KITA PASTI DIBALAS. Tak kiralah, tak sekarang, esok ka lusa ka, tulat ka? Minggu depan, tahun depan? 10 tahun akan datang? Pokoknya kita pasti terima apa yang kita buat sekarang. ALLAH bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, boleh jadi dia tangguh semua kerana mahu kita insaf dan kembali.ke jalan NYA.

Lagi, apabila kita dah mula kufur, pasti akan 'muncul' balasan tu. Kita elok elok ada gaji tiap bulan, tetiba diberhentikan, kita elok elok sihat. Tetiba kemalangan, mati. Itu kan apa yang kita buat. Dibalas kemudiannya. Dan ganjaran baik pastilah pada yang berbuat kebaikan. Pada yang mengikut ajaran ALLAH pasti akan ALLAH pelihara dia bebaik.

Yakinlah pada apa yang ALLAH janjikan tu. Buatlah semua kerana ALLAH. Jangan kerana nak dipuji, diangkat dan dipuja orang. Apa yang kita buat balasannya adalah dari ALLAH Ya Rabb, bukan manusia yang balas. Kerjakan dengan ikhlas. Tak guna diendah redha orang sedang yang memberi semuanya adalah ALLAH.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Journey of a groom to be - Part 11

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Syukur. selesai sudah part saya

Alhamdulillah. Syukur ke hadratnya sebab akhir nya selesai juga urusan saya. Dan selesai juga tugas saya yang akan kemudiannya di serahkan pada dia untuk diuruskan. Syukur sangat syukur.

Mula tu rasa macam risau sangat, ya lah, ada masalah negara, lepas tu macam macam pula yang saya tertinggal. Mujur, ALLAH mudahkan segalanya dalam kekalutan tu.

Yang meresahkan pun sudah saya selesaikan, cuma nak menanti saat ijab dan kabul pula lah. Dan berharap tak ada kawan yang nak buat lawak yang tak kesampaian masa majlis akad sahabt saya minggu yang lalu.

Tahu apa dia? Ada pula la sahabat yang bermurah hati nak approach pak kadi tu, khabarkan kesedapan suara sahabat tu, konon mendayu lah dia dengan asmaul husna yang dialunkan sampai menangis nangis yang mendengarnya. Ohh susah betoi la kalau kena macam tu.

Tapi tak kan? Depa buat siap depa. Hihihi
Published with Blogger-droid v1.6.9

Wednesday, 12 September 2012

Akhirnya. syukur sangat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya. Saya punch kad secara rasminya sebagai wrganegeri Pulau Pinang setelah 3 tahun menabur bakti diserata Malaysia dan secara spesifiknya Selangor dan Kuala Lumpur.

Hari ini harinya saya mendaftarkan diri di Kilang untuk sahkan.jawatan diterima bagi pihak saya dan akan memulakan tugas pada minggu depan. Susahnya la nak dapat kerja sekarang. Dan amatlah susah buat manusia manusia seperti saya yang berubah bidang ni.

Bagi yang belum mencari atau sedang mencari, memanglah sangat susah sebab saya lihat kebanyakan yang saya perhatikan sekarang memerlukan pengalaman. Bayangkanlah, saya yang pengalaman kerja banyak tahun ni pun ditolak tepi sebab yang diinginkan adalah pengalaman.dalam field tu sendiri.

Dan berita buruk nya, bila kita dah kosong ni, jangan haraplah kita nak minta lebih atau demand. Apa pun, dah dapat. Itu yang lebih penting bukan. Yang lain akan datang kemudian. Pegang pada apa orang tua tua selalu cakap, "usaha tangga kejayaan", jadi tunggu apa lagi? Usahaalahh. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, 11 September 2012

Selamat konvo wahai adik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dua hari lepas, 09 September 2012, saya ada pertemuan dengan adik adik blogger saya yang datang untuk konvo mereka di Seberang Perai. Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnianya, saya berkesempatan untuk bertemu dengan mereka. 

Banyak yang dibualkan pada pertemuan itu. Yang banyak sekali adalah soal masa depan. Dan tips tips dari resume, bertemu duga, hinggalah kepada perancangan masa hadapan. Saya ni tak adalah tahu sangat, cuma berkongsi apa yang saya dah lalui sepanjang saya kerja dlu. 

Seronok pula bila bertemu dan berbual perkara perkara yang bagi saya berkisarkan ilmiah ni. Ya lah kan, kita bertemu dengan macam macam orang, pengalaman masing masing tu kan lain lain. Dari sana, walaupun kita tak lalui, tapi kita dengan dan mungkin mana tahu satu hari nanti, kita bertemu dengan situasi sama, kita akan ingat siapa yang pernah kongsikan pengalaman itu dengan kita kan? 

Cumanya, perhatian la kan, tak sempat nak cover meja lagi sebelah tu. bila saya asyik dengan perbualan kami di meja sebelah sini. Apapun, memang terbaik. Akhir dengan foto yang bakal menjadi ingatan sampai bebila pada saya. terima kasih ya semua.

n also, happy convocation dear adik adik saya. Mendoakan yang terbaik buat kalian, dunia dan akhirat. :)

Sunday, 9 September 2012

Maafkan saya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

SubhanALLAH. Lama sungguh ruang ini menyepi. Langsung tak ada updates. Tiada langsung kisah kisah atau apa sahaja yang berkaitan dengan blogging semenjak itu. Kalau dulu, sehari tak update, rasa sangat tak senang hati, bila x bW macam putus hubungan dengan dunia maya. Tapi ntah, sekarang sampaikan ruang ni dah bersawang teruk, tapi langsung tak dilihat.

Maafkan saya wahai readers.

Saya rasa saya dah bersedia untuk kembali. Moga akan ada manfaat nya selepas ini. InsyALLAH
Published with Blogger-droid v1.6.9

Buta+Pekak+Bisu=CINTA