Followers

Tuesday, 30 October 2012

Kisah hari ini.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apa khabar readers sekalian? Berhari saya tidak sempat berentry kan? Siangnya tak sempat kerana batasan kerja, jadinya malam jadi masa untuk saya berkata kata melalui medan entry ni.

Apa yang nak dikongsikan kejadian seharian hari ni. Tak ada apa, tapi rasanya banyak sangat apa yang ALLAH sedang cuba sampaikan pada saya sendiri. Sebagai contoh, tadi sebelum pulang, saya sedang dalam usaha hendak berjumpa boss, tapi tak sangka, tindak tanduk diperhatikan seseorang. Lepas tu saya mendekatinya dan berbual dengannya sampai boss masuk ke dalam biliknya.

Selesai berbual dan berurusan, disebabkan sebelum itu saya minta diri untuk berurusan, saya kembali berbual menyambung kembali topik yang terhenti seketika tadi. Yang dibualkan, akan saya kongsikan sekejap lagi, apa yang pada saya besar benar maknanya, dan wajar diambil perhatian oleh kita semua.

Kawan kongsikan tadi, dia seorang yang bekerja, kemudian dia cerita lah perihal anak yang degil dan menjawab. Sampai satu masa tu dia marahkan anak nya. Tahu apa jawab anaknya? Anaknya itu baru sekolah tadika tak silap saya.

"Asal balik ja marah, asal balik ja marah. "

Dengar kata kata anak dia tu. Terkedu dia. Dan titik masa itu adalah masa perubahan fikiran dia. Dia tersedar apa yang anak dia katakan itu. Tersedar yang betapa sikitnya masa yang dia ada bersama anaknya itu, kerana sibuk dengan urusan hariannya, dari tugasan di office, hinggalah tugasan tambahan yakni kerja sebagai agent insurans hinggakan masa bersama anak sangat sedikit. ya lah, pulang pada jam 8 ke 9 malam, waktu tidur anak pun pukul 10 - 11 malam. Berapa jam sangat kan yang ada?

Apa yang keluar dari mulut anak menyedarkan dia.
"Aku dah keluar kerja seharian, masa bersama anak pun tak banyak, takkan aku nak bazirkan masa dengan memarahi mereka? kan bagus jika digunakan untuk berbual bual dengan mereka, mengeratkan hubungan, menggunakan sewajarnya untuk ambil balik hati anak anak? "

Sejak hari tu dia kurang marah anak anak dia. Dia tak marah walau anak dapat result kurang. asalkan dia nampak mereka usaha.

Pengajaran buat kita sebenarnya, adakah apa yang kita praktikkan sekarang itu betul atau salah? Dan bukankah perhatian itu merupakan langkah awal kepada satu kejayaan? Sepertimana perhatian ALLAH pada kita, jika kita adalah hambanya yang taat? Dan kejayaan awal itu merupakan kejayaan dan ketenangan juga kebahagiaan diatas dunia yang pastinya jika benar jalannya membawa kepada kejayaan di akhirat yang kekal abadi?

Dan saya nak juga kongsikan apa yang ALLAH beri pada saya hari ni selain pengalaman berharga dari seorang bergelar kakak. Iaitu kemudahan yang ALLAH kirimkan sekali kepada saya petang tadi. Saya gunakan masa balik awal saya untuk berbual dengan seorang kakak, saya dapat pengalaman, dapat nasihat percuma, amanat amanat yang wajar saya ambil berat dan kemudiannya ALLAH kirimkan pula pada saya kemudahan lain, saya baca sebab saya teruskan berbual tadi, kalau saya terus pulang kan nampak sangat tak manis di mata , balasannya, saya pulang di masa hujan dah berhenti, hujan yang saya sendiri tak sedar tadi. Indah kan?

Subhanallah. Kuasa ALLAH. Alhamdulillah. Tanda syukur kepadanya. Astagfirullah hal azim, moga kita diampunkan ALLAH.

Friday, 26 October 2012

Kisah Khalifah dan Gabenor

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam Aidiladha saya ucapkan pada readers belog buruk saya ni. Hari ni saya nak kongsikan tentang kisah yang saya dengar semalam dalam tv dalam rancangan 30 Min bersama Ustaz Don. Apa yang dia kongsikan malam tadi buat saya kagum gila dengar. Terdiam seketika saya dengar apa yang dia ceritakan tu. Tapi maafkan saya sebab saya tak ingat siapakah nama watak wataknya sebab saya memang betul lupa.

Alkisahnya bermula bila satu hari ada seorang rakyat tu datang dan berjumpa dengan Amirul Mukminin Khalifah untuk mengadu tentang Gabenornya yang di katakan tidak menjalankan tugas dengan baik. Amirul Mukminin yang mendengar tentang aduan itu terkejut. Yang lebihnya adalah dia rasa bersalah dan berdosa sangat sebab dia dah tersilap memilih seorang gabenor yang ditugaskan untuk rakyat.

Satu hari, Amirul Mukminin memanggil gabenor itu dan menyoalnya.
"Wahai gabenor, aku telah mendapat aduan dari rakyat mengatakan bahawa kau telah buat sesuatu yang dipandang buruk pada mereka., lalu di panjangkan soalannya itu.

1. kata mereka, kau adalah seorang yang lambat masuk kerja hari hari.
2. kata mereka lagi, kau hanya mendengar dan akan berjumpa rakyat pada waktu Zohor hingga Asar sahaja.
3. Kau langsung tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun bila tiba waktu malam, kau arahkan suma orang  balik dan tunggu hngga waktu zohor esok untuk mengadu.
4. dan akhir sekali, kau tidak akan berjumpa sesiapa pun satu hari dalam seminggu.

Lalu Amirul Mukminin bertanya, "Adakah kau punya jawapan untuk aduan aduan tersebut wahai Gabenor.?"

Lalu Gabenor menjawab, "ya saya ada wahai Amirul Mukminin. lalu dia pun menjawab. "

1. Untuk yang pertama wahai Amirul Mukminin, aku ini adalah seorang yang amat miskin sekali wahai Amirul Mukminin, malah miskin hingga aku tak mampu untuk pnya seorang hamba yang mampu membantuku melakukan tugas tugasan di rmah.  Bukan itu sahaja, aku juga punya Isteri yang sakit yang tak mampu buat apa apa, jadinya aku tiap hari sebelum datang jadinya setiap hari, bila aku bangun, aku perlu menyiapkan isteriku, mengemas rumahku, dan selesaikan semuanya sebelum aku pergi ke tempat kerja.

2. untuk yang kedua Amirul Mukminin, aku hanya berjumpa orang pada waktu zohor hingga asar kerana aku perlu pulang awal wahai Amirul Mukminin, aku perlu siapkan isteriku untuk menyelesaikan solat Asarnya, Maghribnya dan Isya' nya wahai Amirul Mukminin, dia kan tak mampu nak siapkan dirinya sendiri.

3. Yang ketiga. wahai Amirul Mukminin, aku merasa malu untuk aku kongsikan jawapan untuk yang ketiga ini tapi jika kau berkeras, aku terpaksa jugalah menceritakan kepadamu. Lalu dia pun kata, "Aku telahpun bahagikan hari hariku kepada 3 wahai Amirul Mukminin. 1/3 daripadanya untuk isteriku. 1/3 lagi untuk rakyatku, dan aku telah gunakan bakinya untuk aku beribadat kepada ALLAH. Atas sebab itulah aku menolak untuk berjumpa sesiapa kerana aku perlu masa utuk aku mengadap Tuhanku wahai Amirul Mukminin. "

4. Dan yang terakhir, "Amirul Mukminin yang terakhir. aku ini adalah orang yang sangat miskin sekali. untuk pengetahuanmu, aku hanya ada satu helai baju yang betul betul menutup auratku. Seminggu sekali aku perlu mencucinya. untuk aku pakai di minggu kemudiannya. Bagaimana untuk aku berjupa orang sedangkan aku sedang dalam keadaan yang kurang sempurna auratku wahai Amirul Mukminin? "

mendengar kata Gabenor, Amirul Mukminin terus berkata. "Wahai semua, dia inilah yang paling layak menjadi gabenor." 

Kisah ini buat saya rasa sangat terharu. nak menangis pun ada mengenangkan betapa susahnya kehidupan dia sebagai seorang Gabenor. sesuatu yang sangat mengejutkan semasa kita di zaman sekarang ini. Bagaimana bezanya kehidupan seseorang dengan pangkat di zamannya. Dan bagaimana zuhudnya dia dengan kehidupannya. Bagaimana ALLAH menjadi tempat dalam kehidupannya, isteri menjadi tanggungjawabnya, dan rakyat sebagai amanah yang dijaga, dan habuan untuk dirinya sendiri dah diabaikan entah di mana. Saya sangat kagum. Sedangkan kita sekarang. Entah di mana tempat ALLAH kita letak sedang sepatutnya itu yang paling atas dijaga.

Dan satu lagi yang saya belum masukkan dalam kisah ini, satu hari, setiausaha negara membentangkan senarai orang orang yang boleh menerima zakat, dan setelah di teliti Amirul Mukminin, dia sendiri terkejut kerana nama Gabenor merupakan salah seorang penerima zakat. SubhanaALLAH. saya sayu lagi. T.T

Saturday, 20 October 2012

Entry pagi sabtu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yng membaca.

Entry pagi sabtu

Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya kita bnafas di pagi yng indah ini . Syukur pada ALLAH kerana di pagi ini masih kita bpeluang untuk menikmati segarnya udara, mendengar tiap hembusan bayu , melihat indahnya alam ciptaan yang ALLAH berikan ini.

Takwa. Apa itu takwa. ? Ini apa yang dibincangkan dalam masjid dalam khutbah jumaat semalam.

Antara sifat orang bertakwa ini adalah Org y stiasa mdgr pkataan Allah. Menurut ulama tafsir, ada dua juga orng yang sentiasa mendengar perkataan ALLAH . Satunya melalui zahir dan satuny secara batin.

Zahir : org y stiasa dedahkn pdgrn pd peringatan ALLAH, Nabi dan Ulama' malah hidup ibarat kosong sekiranya sehari tidak terdedah kepadanya.

Batin : Sentiasa mendengarkan kata kata ALLAH.

Ibarat spt mn seorang ayah yang punya 6 org anak. Dari anak dari 6 itu, ada seorang yang paling bagus. Dia itulah y mdgr kata kita. Iaitu anak y taat sgl perintah, jaga segala larangan. Maka pastilah dia yang paling disayangi. Jika kita kaitkan dengan ganjaran, yang inilah yang bakal dapat perolehan terbanyak dalam keluarga disebabkan 'kesayangan' dia itu. Tapi ini bukanlah kerana ganjaran, tapi sebab taat dan ikhlasnya dalam hati. Kerana jika hanya atas sebab ganjaran, pastimya jika satu hari tiada yang ditawarkan dia akan hilang meninggalkan tanggungjawabnya.

Samalah dalam hidup. Kita sebagai hamba, dalam semua, yang paling mendengar kalam Nya, menjaga y patut n meninggalkan yang tak perlu itu yang paling DiA kasih . Pastikan kita jaga supaya setiap yang banyak kemungkaran itu dijauhkan agar kita berlapang hati. Bersungguh sunghuh mencari redha supaya kita stiasa akan diberkati n drahmati. N terbesar sekali, kita sanggup bermatian untuk cari keredhaan ALLAH, menjauhi kemurkaan ALLAH.

Tiada yang tak boleh. Sepertimana Rasulullah bsabda:
"setiap sakit ada penawarnya, kecuali mati."

Bmaksud, selagi kita hidup, msih ada peluang. Jadi berusaha lah!!

Friday, 19 October 2012

Journey of a groom to be Part 13

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tentang rasa

Bangun pepagi ni, lepas da selesai mandi, saya teringat sesuatu yang saya bualkan dengan work mate saya semalam. Bab hati dan rasa ni lah. Dia ada tanya saya, berapa lama saya go on dengan bakal isteri saya tadi, saya jawab pada dia setahun, walau sebenarnya kurang dari tempoh itu pun kami berkenalan sblm saya ambil langkah untuk perjelaskan hubungan kami.

Reaksi dia seakan terkejut, katanya cepatnya you. Saya hanya tersenyum.

"berpada padalah dalam menyayangi seseorang, kerana takut kelak bakal membenci, dan berpada pada membenci kerana takut satu hari nanti sayang.

Saya pegang pada menda ni. Sebabnya. Inilah pusingan hidup kita yang berada dalam naungan ALLAH SWT. Hati, walau milik kita, tapi kuncinya bukan ada pada kita. Rasa itu apa yang ALLAH berkuasa padanya.

Sepertimana dulu saya bersama yang lain. Sayang nya lah pada dia, sampaikan kawan dia menangis melihat bagaimana saya melayan si dia. Ibarat 'fairy tale' kata sahabatnya. Last last, sekejap ja perasaan itu hilang. Kami tak ditakdirkan pun untuk bersama, tapi masih lagi saya punya rasa sayang, hingga satu hari, mendapat khabar bahawa saya dihina dengan teruk dihadapan sahabat saya yang lain. Mulai dari hari itu, yang tinggal hanyalah perasaan marah yang masih berparut hingga ke saat ini. Saya akui, saya marah. Sedangkan saya ini, walau dah tak sama, saya marah kawan saya yang burukkan dia. "itu masa silamku, sedang aku tidak menghukum, jangan kamu berani menghukum".

Begitulah singkatnya kisah tentang ras yang bila bila masa sahaja dapat memaut emosi yang berlainan.

Dan bagi saya satu masa dulu, ketika saya punya pilihan, bagaimana ALLAH dah salurkan saya pada impian yang mana bakal jadi milik saya tak berapa hari lagi. Bagaimana rasa tu ALLAH twist. Percayalah suma, kita mungkin suka pada hari ini, tapi kita belum tahu masa depan macam mana. Cumanya mampu dan bisa mendoakan yang terbaik. Begitu juga saya mendoakan yang terbaik dalam phubungan ini. Hingga ke jannah. Amin yarabbal alamin.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, 18 October 2012

Sedikit VS Banyak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Duhhh. Akhirnya baru berkesempatan menaip. Padahal tadi saya dah pun ada depan lappy nak menaip, pastu skali kawan datang panggil tadi. Hurmmm. memandangkan tadi idea lain, dan sekarang keluar idea lain, rasanya malam ni biarlah saya kongsi tentang "sedikit yang menguntungkan dari banyak yang akhirnya menjerat."

Sebenarnya tadi berjumpa tok guru saya dalam bidang trading ni. Dia yang memperkenalkan trading kepada saya. Dan perjumpaan tadi lebih kepada perjumpaan biasa dan seperti biasa la kan, bila dah jumpa, menda yang satu , iaitu minat dalam bidang ni turut jadi hal perbualan. Yang lawaknya dia ada cerita dekat saya, ada anak murid dia tu boleh untung tapi dia yang rugi. Rupanya dia dah tersilap pakai senjata. huhu. kesian kan. Dan satu lagi, saya akan cuba la sedaya upaya jadi anak murid yang baik dengan belajar sebanyaknya sebelum benar benar bersiap sedia masuk dalam dunia live trading.

Haa. sambng balik kisah tadi. Kami ni sebenarnya ada akaun live dah sekarang, tapi kan, dengan amaun yang kecil la. Dan sekarang akaun tu pun dah tak guna lagi sebab kami masing masing pun dah rugi sampai tak boleh nak trade lagi dah. Itulah kisahnya bila nak yang besar tu. Dan sebenarnya bukan atas sebab besar sahaja ya, tapi sebab membaca hal yang akan jadi kemudian, tapi lain yang jadi, dia dah mainkan kami. hihi..

Last sekali, sama sama buat keputusan, mulai sekarang kami nak cuba dengan kecil, dan usaha besarkan, bukan mula dengan target besar lagi. Sebab katanya masa dlu masa dia baru hendak bermula, dia berjaya jadikan 1000 kepada 1800 dalam masa seminggu dengan bermain kecil. Pokoknya itulah, kecil kekadang mendatangkan hasil dari besar yang menjerat. Benar bukan?

Orang tua tua selalu kata,
"kecil kecil lama lama jadi bukit."

Penghargaan buat dia

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selesai saya mandi tadi mama tegur. Mama tunjuk dan beritahu saya apa.dia beli dekat tesco semalam. Mama merungut la sebab kemarin dulu kami beli mahal, tapi semalam dia beli murah.

Alkisahnya, saya keluar dengan mama, dia kata menda tu habis tau, lepas tu saya pun nak beli. Dia tak kasi sebab katanya mahal. Dia suruh.saya cari yang murah, tapi saya plak bantah. Jawab saya,
"takpa Mama, mahai pun takpa, Arie beli yang ni juga, sebab kesan nya lagi teruk, tengok tu, Mama nak beli cream pun dah 10hengget kan? " sambil tangan angkat dua nak pakai. Mama hangguk, tapi lepas tu kna lah saya,
"beli satu dah laaa".

Hihi. Okeh sayaa kena balik. Ummm entry ni saya buat sebagai penghargaan pada Menteri Kewangan Rumah tangga yakni Mama sayaa yang bersusah payah menjimatkan wang supaya dia leh guna untuk.peruntukan barang lain plak.

Saya sangat terharu sebab dia terlalu fikir nak jimat sampaikn tangan dia yang jadi mangsa. Dan masih ingin berjimat walaupun dia sendiri paham hakikat tu. (Fyi, jari tangan Mama tu sensitive dengan sabun. Jadi bila kna yang tak sesuai jadi dia akan jadi merekah. Dan ianya sakit! Tu saya keras sikit. )

Tapi kan readers, bila dia sebut harga yang dia beli tu, saya pn tensen. Jimat banyak tu. Hihihi tapi tak apalah, mahal ka murah ka, saya da tekad, hanya itu yang akan Mama gunakan. Demi Mama, demi Cinta hati saya. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, 16 October 2012

Journey of a groom to be - Part 12

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kisah bantal gemok dan bantal penyet.

Apa yang saya nak kisahkan hari ni rasa saya agak kelakar jugalah bagi saya, dalam saya sedang asyik bersiap sedia nak setelkan hal majlis kan.

Masa saya beli tilam hari tu, saya ada dapat dua biji bantal baru. Jadinya bila dah bawa balik tu, kita pun, mencuba lah. Saya ni kekadang macam bebudak pun ada juga rasanya, bila dah dapat menda baru kan, mulalah, nak rasmi la apa lah, jadinya bila sampai rumah tu, kita pun cubalah. Padankan, masukan dalam sarung bantal yang saya belikan untuk jadi penyeri ruang tidur saya tu. Cuba punya cuba, tak padan , sebab bantal itu agak kecil saiznya. Saya kemudiannya, keluarkan bantal penyet saya. Sebaik ja dia keluar dari plastik, dia pun mulai menggemuk. Ohhh menakjubkan. *kagum seketika.

Tapi masih juga tak berapa cun sebab bantal penyet tu ada satu ja. Alkisahnya mula la ni, masa minggu lepas Mama cadangkan suruh cari juga bantal baru sebab nak padankan dengan bantal penyet tu. Jadinya, keluarlah dua anak beranak sampai satu tempat tu, ada orang buat sales bantal. Mula tu memang nak cari bantal penyet ja tau. Tapi tak pasal ja kena pengaruh beli bantal yang lain. Saya ni kan, tahu ja lah, guna bantal penyet tu kan tak selesa, dah terikut apa yang dia kata suh beli bantal tu. Mama plak, tak kata apa dah, sebab awalnya dia macam bantah juga, ya lah, bantal macam mahal sangat ja kan, tapi bila saya cakap, saya nak tidur, terus dia tak kisah. hihi. Dah la tu, beli la plak bantal penyet dua. Satu untuk macik nanti. *sila cakap saya sweet. Pastu ada lagi la cover dia lah apa lah. Doihh banyak benor nak dikisahkan ni.

Ha.. dipendekkan cerita, bila dah balik rumah tu, kita pun semangat waja lah cuba kat sarung bantal tu kan. Tengok tengok tau apa jadi? TAK MUAT. doihhh.. tekanan perasaan betul la. yang penyet tu sebab penyet dia tak berapa muat. dapat yang gemuk plak dia terlebih muat. Macam sarung nangka melekatnya tu. #pitam

dah bergelak anak beranak masa tu. "Maaa. yang penyet tak muat, mai yang gemuk plak macam terlebih sudaa". Mama pun gelak. Apalah nasib. Pastu terus kena berleter ng Mama sebab beli hat mahal. ahahahaha


Bila dah selesai mencuba tu kan, saya khabarkan la pada beberapa orang. Tau apa mereka komeng?

"Ooo kami sejak kawen tido berbantal lengan je..pelik pulak kamu sibuk cari bantal. Ahahahaha"

"Alaaaa bantal tu hiasan je...nnti dh pas akad nikah gna bantal satu ja... Yg lain tendang kebawah...kakakakakaka" 

Tu dua komen orang yang da kawen. ciscisciss.. pelik betul la saya. #HatiSuci.  

Monday, 15 October 2012

Istana Kaca dah habis

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru kejap tadi ending satu lagi kisah yang jadi tontonan Mama saya n adik perempuan saya. Kisah Glass Castle. Ohh maafkan saya andai readers rasa saya ni melampau sgt sebab tengok kisah korean ni banyak sangat kan, tapi itulah yang jadi saban hari, bukan tanak tengok kisah lain, tapi entah, cam bosan la nak ikut kisah kisah yang saya rasa kekadang melampau dan membosankan.

Owhh ya bercerita tentang kisah tadi tu, ending dia lain juga bagi saya. Akhir sekali hero dan heroin tak bersama. Jawapan akhir yang bagi saya agak mengejutkan sebab masa kisah ni keduanya tu macam leh terima ja apa sahaja walau dari dua keluarga yang berbeza. SI lelaki kaya dengan keluarga yang mewah lagi berkedudukan tinggi dan perempuan dari keluarga biasa yang tetiba disogokkan dengan wang dan kekayaan.

Saya tak suka betul bila family lelaki tu gunakan wang untuk kuasai segalanya. Dari pada kakak, kepada adik. semuanya nak dikawal. BF kakak tu, bapa dia beli syarikat yang laki tu kerja, sebab nak kuasai lelaki tu. Tapi end up laki tu benti keja.

dan Isteri adik laki dia plak, bapa dia kasi segalanya kat family dia, kerja, rumah yang mewah, dan tak perlu buat apa lagi, hanya sebab nak jaga status depa. Owhh saya memang tak suka. Lagi, mereka perlu berdiam diri walau tak suka apa yang family laki tu buat, sebab nya nak jadi standard, jaga nama baik keluarga tu. Sangat tak setuju la bila kerana wang, kerana ada kuasa, semuanya depa betul. Sangat tak suka.


Sesuatu y saya paham dr kisah ni : perbezaan itu bkn sesuatu y baik kekadang. Mcm Islam da gariskan, cari lah y sekufu. ;) Kisah ini mengingatkan saya pada pesanan Rasulullah yang mana berpesan, nak kahwin kita kena cari yang sekufu. Betul bukan? Inilah bila beza antara dua tu, gajah ng kancil, apa yang kancil nak buat sangat kan? Memang kena sepak sewenang wenangnya la kan? Perbezaan status itu kekadang menyusahkan. Lihat bagaimana keduanya tadi. Yang miskin kena duduk diam aja, sebab nak jaga nama si kaya, dan si kaya berhak buat apa saja , demi mengawal segalanya.

Pengajaran : tak suma kisah akan berakhir dgn baik kan? N x semestinya y kita rasa paling baik tu pengakhiran terbaik. Yang saya maksudkan, bila dah kawen dia rasa semuanya akan jadi lebih baik, tapi worst, mak mentua yang jahat, pak mentua yang terlalu pentingkan status, dan semuanya di kawal, sampaikan ibu dan ayah dia pn kena kurung sebab nak jaga nama baik. Itu kah yang terbaik?

Ending kisah ni : tak semestinya cinta y kita agp cinta tu akn mbahagiakan kita. benar bukan? Kita rasa cinta itu segalanya. Tapi tak semestinya ianya yang terbaik, yakni kebahagiaan yang kita dambakan tu sangat. sebab tu saya hairan, orang terlalu agungkan cinta, kekadang, sampai habis semua dia buang.

 Itu aja yang saya rasa nak kongsikan. Apa pun, pengajaran yang baik itu kita simpan, Yang buruk kita jadikan sempadan. Kan?

Bekenan kat makwe ni

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni macam nak kongsikan apa yang saya jumpa beberapa minggu yang lepas. maafkan saya sebab lambat. sebab baru hari ni teringatkan dia. apa dia la agaknya kan tu?

ha ni dia...


Saya kenaikan.
Nama awek ni Peugeot 2008. Cantik bukan , walau hanya bontot yang saya tunjuk. Sebenarnya memang dah lama minat spesis kereta nama ni, Tapi belum mampu untuk mengorak langkah kerana banyak yang menghalang saya dengan niat mendapatkannya, sebab kata mereka maintenance la apa la susah untuk continental car macam ni, jadinya saya tak berani sebab takut bakal jadi mangsa "beli dan simpan dalam peti kaca ja".

Apa pun dia memang sangat cantik kan? *idung kua darah

Tuesday, 9 October 2012

Sangat tak suka lah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya ada satu kemusykilan la. Semenjak saya jadi tunangan orang ni, timbul hal yang saya rasa sangat tak suka. Antaranya bila sebab status ni ada lah pula kawan yang cuba menjauhkan diri. Masa mula mula saya bagitau status, ada yang terus pangkah saya. "saya tak boleh nak kawan dengan kamu lagi. Sebab kamu dah ada tunang. "

Menyampahnya saya sebab saya rasa sangat tak patut sebab status ni saya perlu dijauhi.

Kemudian adalah pula. Bila plan sesuatu, masa tu mula la letak saya ditepi. Saya diasingkan. Ya lahh, tak.boleh ajak la apa la sebab status saya tu. Saya sangat hairan lah, kekadang rasa cam terhina pun ada tau, ye lah, pasai status ni, semua dah tak macam dulu.

kenapa ya kenapa? Saya sangat tak suka lah. . . .

Ada yang kata kan, darah manis ni cepat cemburu. Betulkah? Kenapa saya yang tak ada perasaan apa apa ya? Tak ada lah pula saya terasa apa apa sebab hal hal macam ni. Cemburu tu mungkin perlu. Tapi bila ada skali penyakit buta kat belakang tu, pasti jadi teruk.

Saya selalu pesan pada dia. Waktu saya mula.ingin jadi milik.kamu, saya kepunyaan sedunia, janganlah bila saya da mula hampir dimiliki, saya dikongkong untuk hanya jadi milik kamu saja. Jangan risau tentang pilihan. Sudahpun saya buat iaitu kamu, jadi tak perlu wujud rasa tak penting tu. Jadi lepaskan saya dengan dunia kamu dan kamu juga saya bebaskan sebaiknya, saya tak risau sebab pilihan saya ni pilihan ALLAH.

Saya yakin saya takkan dikecewakan.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, 8 October 2012

Tok GBS dah kawen. Tahniah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hai.. siangnya ada aja yang nak dikongsikan. Malamnya. mati kata. apa pun tak keluar dari buah fikiran ni. Apa pun cuma nak mengucapkan selamat pengantin baru buat Tok ketua Geng Blogger Sengal yang telah selesai dengan majlisnya semalam.

Ni la dia Tok n Nenek / Opah ? #ehh buleh ka pgl camtu? ahaha

Tahniah pada tok atas kejayaan anda mengahwinkan diri anda. hihi. Moga kekal sampai ke taman taman syurga.

Berikut  gambar dari mereka mereka yang terlibat memeriahkan majlis semalam.


Terima kasih semua. Maaflah tak sempat nak lepak. Sebab kekangan masa dan beberapa perkara lain. Apa pun suma memang Sssssssenggggaallllll~~~

Buta+Pekak+Bisu=CINTA