Followers

Wednesday, 11 September 2013

Diari Abi Ummi Uwais : Menyambut Baby

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dah ada yang bertanya. akhirnya saya punya sedikit masa lengang untuk saya kongsikan kisah bergelar Abi.

Malam tu, 30hb August Ummi dah hantar SMS, minta saya pulang, sebab katanya dia dah mula sakit sakit. Mula tu saya refuse sebab saya cakap ada banyak hal yang perlu saya selesaikan di sini. Itupun saya tanya pada dia bagaimana rasa sakitnya dia tu. Bila saya dengar macam belum nak sampai sakit bersalin tu saya suruh dia berehat dahulu. Tapi lama kelamaan rasa tak sampai hati pula. Masa tu pun dah pukul 11 lebih dan saya masih lagi di dewan tempat majlis sepupu esok harinya. Jadinya saya decide nak pulang juga juga malam ni.

12:00 am. Saya sampai dirumah. Mama tolong saya siapkan apa yang patut untuk saya bawa untuk pulang ke sana. Macam berat mereka nak lepaskan saya balik sebenarnya. Saya kerja sepanjang hari, malamnya pula ke majlis membantu apa yang patut, tapi saya gagahkan  juga diri masa ni. Seriously tak rasa gagah nak balik pun masa ni. tapi mengenangkan Ummi saya kuatkan juga hati, tahan juga mata demi pulang memberikan sokongan dan apa yang mampu andai ada apa yang perlu saya buat masa ni.

2:00 am. saya sampai di hadapan rumah. mulanya tak rasa nak kejutkan Ummi, tapi tak dapat membantu, saya call juga kejutkan dia minta dibukakan pintu. Katanya macam mimpi ja bila dapat call dari saya, ye lah, call call dah ada depan rumah. ehe. saya senyum aja. saya katakan, yang saya patutnya buat magic ja, bagi dia jaga lepas tu tak sampai rumah lagi. Saya kucup dia. Rindunya pada buah hati saya ni. Lama tak jumpa kan. 

4:00am. Ummi dah panggil saya, katanya dah mula sakit kuat. saya bangun, dan bersiap, dalam 4:30am macam tu kami dah sampai di perkarangan hospital. Terus masuk ke dalam dan check. Lama juga dia check. Sampailah dalam pukul 6 macam tu Ummi keluar. katanya nurse cakap baru 1cm. boleh balik la. sebab rumah dekat. tapi kalau sakit nanti kami kena datang lagi. Saya tak kata apa. Cuma mengiakan sahaja. tapi sempat juga saya tanyakan pada nurse. agak agak berapa lama lagi dia akan 'buka habis'? jawab nurse, selalunya 1cm untuk setiap jam. 

kami pulang kerumah. Sempat lagi masa tu Ummi request nak makan  roti canai telur. dan seperti biasa, saya akan cuba bagi sahaja apa yang diinginkan Ummi. sebab ianya tak susah pun, cuma berhenti di mana mana kedai dan makan. Sesampainya di kedai, saya kurang gembira sebenarnya, Ummi tak lalu makan pun, sekejap sekejap dia akan genggam tangan saya. sakit. risaunya saya. Bila sampai dirumah, kami buat lawak lagi. berdua mengira masa masa kelahiran bakal khalifah ni. buat kira kira yang tka tahan tu, satu jam satu, jadi ikut kira kira kami, dalam pukul 4 ka 5 nanti kami mesti ke hospital lagi sekali, sebab masa ni kami rasa dah sampai dah masanya. 

4:30 pm. Ummi dah tak tahan sakit. saya laju ja gerak ke hospital. Sekali lagi dia masuk untuk check. Sakit katanya bila mereka cucuk ctg (tak silap saya namanya; mesin ni digunakan untuk melihat kadar denyutan baby). Puas check, dan hasilnya baru 2cm. Saya nak aja tinggalkan dia di hospital, tapi degil dia kata nak balik juga. dan mengenangkan yang rumah tak berapa jauh dan baru sedikit bukaannya, kami pulang lagi .

7:00 pm. waktu ni Ummi dah sakit teruk. rasa kalau genggamannya tu betul betul kuat mahu pecah urat urat di tangan saya kali ni. Ohh Ummi sakit lagi. kali ni memang teruk. sampai berpusing pusing dia sakitnya. Duduk tak boleh, baring tak boleh, berdiri tak boleh. semua tak kena. Kali ni saya nekad, hantar dia ke hospital, dan jika dia nak balik pun saya akan tinggalkan dia di hospital. 

8:30 pm.Waktu ni dalam perjalanan ke hospital. saya berhenti di Petronas demi membelikan Ummi sedikit makanan untuk dia kuatkan dirinya sepanjang perjalanan, dua tin Milo beserta sedikit roti. Masa ni pun Ummi sempat lagi request dengan saya coklat Snickers tu. Katanya nak makan. Saya beli juga. Masa ni la dia kontraksi teruk. Ditarik tarik tangan saya yang sedang memandu tu. Mamanya akhirnya suruh dia alihkan kepada tangan Mama sebab saya tengah memandu. bahaya tu. 

Sesampainya di hospital, saya park kereta di ruang kecemasan, saya berlari naik ke atas dan dapatkan kerusi roda. Ummi memang dah flat. Sakit sampai tak boleh bangun. Saya tolak dia masuk ke dalam dan saya disuruh keluar tunggu di luar.

10:00 Pm : Nurse panggil saya. serahkan kepada saya borang untuk didaftarkan admit Ummi. Saya tanya, katanya dah 5cm ni. Jadi Ummi dah mereka tahan, dan saya perlu selesaikan urusan pendaftaran tu cepat dan hantarkan borang tu pada mereka. Saya terus ke kaunter pendaftaran tu. Saya tanya kan sekali, andai boleh saya masukkan Ummi ke kelas satu, senang sebab di kelas satu saya boleh jgaa Ummi sendiri. Selesai daftar saya berikan kertas pada nurse. Saya tanya pada dia, adakah saya boleh masuk untuk temankan Ummi? dia jawab boleh sangat. tapi nanti dia panggilkan saya . 

12:00am : Nurse panggil saya, diberikan kepada saya baju putih untuk dipakai sebab nak masuk dalam. leganya saya rasa sebab akhirnya saya boleh juga temankan Ummi hadapi saat saat penting ni. Sebaik saya masuk, saya lihat muka Ummi. Sebaknya saya. dia dalam kesakitan, mukanya nampak penat dan sakit. Ohh luruhnya hati melihat kecintaan saya dalam keadaan ni. Masa ni la semuanya bermula. SubhanaALLAH, saya sangat risaukan Ummi masa ni. Setiap kali berlaku kontraksi mesti dia akan genggam tangan saya kuat kuat. Masa ni macam macam dia minta dari saya. Antaranya ialah, dia nak pergi mandi. tapi saya halang. kata saya jangan la macam ni. dia akur dengan arahan saya , tapi meminta saya basahkan dia dengan air setiap kali dia sakit. saya turutkan. 

2:30am : berlaku kontraksi yang agak kuat kali ni. saya ingat hampir hampir Ummi nak bersalin, rupanya belum masanya. 9cm dah masa ni. Tapi belum tiba lagi masa kelahiran  Khalifah kecil kami. kami terus bersabar. saya cuba nak tenangkan Ummi masa ni. tapi kekadang saya rasa saya gagal. Ummi terlalu sakit. Saya faham sakitnya, tapi rasa gagalnya diri sebab dengan kehadiran masa ni pun belum mampu menghadirkan kekuatan buat Ummi, apatah lagi kejayaan besar tu. 

3:30am. Kali ini berlaku lagi kontraksi. tapi gagal. Ummi semakin lemah. Saya minta izin untuk gunakan tandas masa ni, tapi tak dibenarkan , jadinya saya keluar. dan sebaik keluar saya tak dibenarkan masuk kembali. saya lebih risau kali ini. Bimbang andai saya tak ada diwaktu Ummi memerlukan saya. Tapi alhamdulillah, tak lama lepas tu saya dibenarkan masuk. Saya nekad kali ni, bawa masuk air untuk Ummi.

4:30am : kontraksi kali ni yang benar benar kuat. dua nurse berada di dalam kerana ingin berikan support dikala Ummi memberikan sepenuh kekuatan untuk mengeluarkan Khalifah kecil, tapi elum berjaya kali ni. Rasanya nurse rasa kali ini sangat dekat untuk berjaya. Saya request dibantu Ummi kali ni, tapi mereka kata Ummi mampu menyelesaikannya. Bacaan ctg yang menunjukkan bacaan yang baik lebih menguatkan rasa nurse untuk biarkan Ummi selesaikannya dengan 'cara biasa'. Mereka 'benarkan' Ummi berehat untuk pulihkan tenaga sebelum berjuang lagi. 

5:00am : masa ini benar benar saya ingat Khalifah akan keluar. Dua orang nurse sudah berada di dalam. mulanya saya di berikan masa untuk terus menyokong Ummi. tapi bila melihatkan kepada keadaan , saya akhirnya akur bila ditunjukkan jalan keluar. Seorang lagi staff nurse masuk untuk membantu Ummi. Saya dapat dengar dari luar mereka memberikan sokongan kepada Ummi. "pandai, dah betul dah tu, macam tu la." "teruskan, puan boleh, pandai.". 

tak lama selepas itu saya dipanggil masuk, saya lihat sendiri, bagaimana akhirnya Khalifah ini keluar dari sana. SubhanALLAH.. saya memberikan sokongan pada Ummi kali ni. saya pegang dia sekuat kuatnya. Alhamdulillah, akhirnya jam 5:17 pagi, Khalifah kami dilahirkan. 

Akhirnya, setelah 25 jam Ummi berjuang. akhirnya Khalifah keluar melihat dunia. 

Terima kasih Ya ALLAH. Terima kasih atas kurniaan ini. Terima kasih juga kerana akhirnya satu lagi buah hati saya iaitu Ummi, akhirnya terlepas dari menanggung sakit tu....

Ini first look Khalifah selepas keluar dari bilik. Hai anak Abi~~



Psst : satu lagu sedang mengganggu saya. Adakah ianya bakal jadi kisah kelahiran Khalifah?
Jengjengjengg~~






7 comments:

Cik Puan Rara said...

mst sedap bau baby~ haih~ rinduuuu~ tahniah~

Lydia Miza said...

Tahniah berusaha jd suami yg sgt baik dik. Hurmm dik kiera jenis susah bersalin . Lamanya dr 5 cm baby nk lahir. Lbh mengejutkan dr 9 cm pun kena tgu lama. Kuatnya dia. Siyes klu akk dan pengsan kot x thn sakit. Sbb tu dr proses sakit smpi lahir Allah beri akak rasa dua jam lbh je pun nk putus nyawa akak rasa. Adil, anak first smpi keempat smua sakit dua jam lbh. Allah tau akak x sekuat kiera. Tahniah atas kelahiran Uwais comey

Z@i Z@mR33 said...

Waaa...syabas nadh...dpt gak dok sblh kiera ms bsalin bg smgt kt dia...syoknya klau asben k.zai leh wt cmtu nti

MR & MRS MAKMUM said...

subhanallah ........ ~ arap2 aku sekuat kiera nnti !

eZmALiZa said...

ezma baca satu persatu ayat dalam entry abg nadh ni. hebat betul kak kiraaa... anyway, cerita yg sgt impressive! one day, ezma pon akan laluinya..seram jugak!

tahniah buat abg nadh dan kak kiraaa atas kelahiran uwais.. semoga uwais menjadi anak yg soleh buat kedua abi dan ummi nyaa..insyaAllah aminnn =)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

malam sebelum kiera bersalin tu... kami kejap2 tgk jam..kejap2 tgk jam... jadi tak tentu arah macam mana tah...

rupa2nya... kiera tgk melawan sakit nk bersalin...

alhamdulillah dipermudahkan segalanya...

Mummy LiYzA ^^, said...

Alhamdulillah kan semua dah berakhir dgn selamat~nadh bertuah sgt dpt masuk teman kira d saat2 genting tuh..Asben kmi dlu xleh msuk sbb labour room full..nih kami bg dia bca entry nadh..terus dia kata ank second kna lari p beranak kt aloq staq,besaq sket byk labour room..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA