Followers

Thursday, 31 January 2013

Jahatnya melayu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi yang indah hari ni. Hujan. Sejuk muka bumi Pulau Pinang ni.

Saya di kilang tadi. Bila seorang kawan tanya, "you sudah kawen kan baru baru ini? "

Saya ia kan soalan dia. Selepas itu, dia tanya, dah punya anak kah? Dan dijawab oleh kawan yang lagi sorang, "baru kawen, mana mahu mai anak?"

Dia jawab, "mana nak tahu. Kot dah ada."

Yang seorang lagi sedikit hendak jaga hati saya gamaknya, dia balas, "melayu mana boleh ini macam? Belum kawen tak boleh ada anak"

Terus dibalas, "ehh mana ada dah macam tu, zaman sekarang ni kamu tak tengok ka, dah ada mah jenis tu. "

Perbualan mereka itu saya rakamkan dan semat bebaik dalam ingatan. Saya tak marah. Tak ada perasaan pape bila dengar. Cuma senyum. Senyum dan senyum dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sorang tu. dan sedikit terima kasih pada seorang lagi yang sensitive.

Sebenarnya minggu minggu lalu juga ada. Seorang auntie kerja sini juga, dia tanya saya, kenapa melayu sekarang jahat ah? You tengok eksiden teruk teruk suma pun melayu, yang ada kes rogol pun melayu. Banyak betul kes la orang melayu ni. Apa pasai ya?

Sentap tu tak. Cuma wordless saya. Nak menjawab pun tak ketahuan. Jadinya mendiamkan diri dan senyum juga yang diambil peranannya.

Jawapan saya, mudah. Melayu. Anytime boleh jadi kapir. Jgn hanya kerana dilahirkan dengan agama Islam, makanya jadi sangat lemah. Saya tak perlu ambil orang, saya sendiri pun rasanya tak sehebat semangat para saudara saudari muallaf yang terusan mencari ALLAH dalam hidup mereka, dan me yang semakin layu, sekadar bangga dengan agama keturunan mereka.

Hasilnya, lihatlah sekeliling anda. Yang mengaku islam itu lah yang paling kurang sabarnya, paling teruk akhlaknya, paling busuk perangainya. Tak percaya? Jalan raya contoh sabarnya, surat khabar kisah akhlaknya dan perniagaan dengan busuk hatinya.

Sesungguhnya saya sedih ini yang barlaku d zaman saya. Entah bagaimana nanti anak anak dan keturunan saya pula menghadapinya.

Jawapan kepada buruknya tak ada yang lain. Iaitu penghayatan kita. Kalau hanya sesetengah sahaja yang diikut, maka hancurlah semua. Tak perlu percaya apa saya kata, tapi bandingkan keliling kita dengan zaman awal dan kegemilangan islam satu ketika dahulu. Bagaimana ketinggian akhlak Rasulullah itu menjadi salah satu senjata dakwah.

Satu lagi, Zaman khalifah Abdul Aziz yang menyaksikan orang miskin sifar. Hinggakan tak ada orang yang boleh diberikan zakat. Hebat kan pelaksanaan nya?

Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu". (al-Baqarah: 208)

Kenapa dikatakan masuk keseluruhan? Sebab hanya secara keseluruhan barulah ia dapat dimaksimakan kejayaannya. Ibarat anda baca sedikit sedikit, camna anda nak paham keseluruhan bukunya? tak gitu?


Credit to tuan tanah for photos

Ps : semua pun buat salah. tak ada yang terlepas dari salah. Cumanya, hati yang lebih dekat dari ALLAH itulah yang selalu bertaubat bila bersalah. Lebih hebat lagi dia insah dan benar benar menjauhi salah dia tu. Itulah kehebatan IMAN. Kita ada Islam atas nama, tapi IMAN dia tak datang bersama Islam atas nama yang kita punya tu. Kerana Hidayah itu pilihan ALLAH. Dia kasi pada yang Dia nak, tapi juga bukan bererti kita tak kena USAHA untuk dapat. #renungkanlah

Wang Hantaran

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ha, ada sesiapa pernah jumpa menda ni?


Kemudian baru tadi saya jumpa pula yang ini. :


Anda rasa mana yang paling tepat diaplikasikan dalam zaman sekarang ye?

#lufikirlahsendiri

tapi sebelum tu saya tinggalkan pesanan buat yang membaca.

Tanggungjawab seorang ayah kepada anaknya.
1. Memberikan Ibu yang solehah
2. Mengajarkan Al-Quran
3. Memberikan nama yang baik pada anak

Diriwayatkan ada seorang datang kepada Saidina Umar menceritakan keburukan perangai anaknya lalu Saidina Umar r.a. memanggil anaknya dan mengingatkannya tentang besarnya dosa menderhaka ibubapa.
Si anak tadi bertanya Saidina Umar : “Tidakkah anak juga ada hak ke atas ibubapanya”?
Jawab Umar : Ya!
Anak itu tanya : “Apakah dia hak-hak mereka”?
Saidina Umar menjawab hak-hak anak ialah : “Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran.
Si anak terus jawab selepas itu : “Dia tidak membuat satu pun daripada 3 perkara itu. Yang pertama dia tidak pilih isteri yang baik, ibuku seorang Negro (زنجيه) hamba kepada seorang majusi. Kedua dia menamakanku Ja'lun (Ja'ranun). Ketiga dia tak mengajarku satu huruf pun daripada Al-Quran”.

Saidina Umar r.a. pun berkata : “Adakah kamu datang untuk mengadukan kepadaku kederhakaan anakmu........ kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”

#renung renungkan. Dan selamat beramal. :) 

Cerpen : Tuhan Jagakan Dia

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

"Awak, this is the time, im calling a breakoff to our relationship" 
"But why? we were just fine before this. But why?" 
 "i'd just realized that we were not suit for each other. Well, im an architect, while you were just a clerk, we were both like two different entity with a very huge difference" 
"hold on a sec, you never gonna all such thing. Why so suddenly."
 "i already tell you bout the answers right? so just shop asking" sambil berlalu meninggalkan Adi. 

 Dia terkejut. kejadian tadi itu seakan akan mimpi. Seseorang yang amat disayangi datang dan memutuskan apa yang sepatutnya di panjangkan tak lama lagi. Kira kira 6 bulan lagi untuk di lengkap kan dengan ikata suci yang dinamakan Suami - Isteri. Pedih. 

Itu sahaja rasa yang dapat aku katakan. Marah juga aku dengan tindakan dia sebentar tadi. Baru aku tahu, bila kita dah dibawah, beginilah yang akan kita dapat. Kita dah cuba sedaya mungkin menjaga dia, tapi inilah hakikat, manusia takkan pernah lepas dari berlaku kejam dan sangat mementingkan diri. Aku di sini, membawa diri. Aku perlukan masa untuk menenangkan diri. Pergi jauh dari sini, meninggalkan kenangan kami bersama, membina masa hadapan yang baru bersama diri ku yang baru. selamat tinggal~ 

********************** 

Years had passed. Now im back to Malaysia. Adi pulang akhirnya ke Malaysia. Dia berjaya. Ya boleh dikatakan berjaya sekarang. Dia adalah seorang trader yang menempa nama dalam bidang trading sekarang. Alhamdulillah. tempoh beberapa tahun 'kehilangan'nya itu dibalas dengan usaha yang bertalu talu. Katanya inilah masa untuk ku buktikan, walau aku manusia bertaraf rendah sepertimana dia katakan, tapi aku bukan sehina apa yang dia ingat. Aku juga mampu berjaya, mampu memakai kereta mewah, mampu berumah besar. Yang penting aku mampu bawa semua ahli keluargaku menunaikan ibadah umrah dan haji di tanah suci tahun lalu. 

Tahun tahun lepas itu sudahpun dia lupakan. Dah tiada lagi kenangan dalam hatinya. baginya Adi yang dulu dah mati, yang ada sekarang adalah Adi baru. Adi yang yakin dengan dirinya. Adi yang sudah berjaya. 

********************** 

"Balik pun, Ibu ingat ada orang nak lepak kat Australia tu sampai bebila. Amboihh susah betul nak panggil dia balik"  Bebel Ibu. Aku cuma tersenyum. sambil digelakkan diri sendiri di dalam hati. "itulah.. sapa suruh taknak pulang.." 

Dipeluknya ketat ketat kedua adiknya. Misha Damia dan Misha Aleeyah. 
"abang, janji dengan adik ye, pasni abang takleh pergi mana dah tau. abang dah janji nak jaga adik." 

"Ye adk. Ye abg janji, janji tak pergi mana dah. Abang akan jaga adik adik abg ni dan Ibu Ayah okeh?" balasnya. 

Si Ayah cuma tersenyum. Well, ayah kan lelaki paling cool dalam dunia. Tapi dalam cool cool tu dia tahu, ayahlah orang paling gembira dengan kepulangannya itu, kepulangan yang membawa makna tiada lagi air mata Ibu dan adik adik yang kehilangan abang dan anak selama 3 tahun. Dan dia yakin, ayahlah insan yang menjadi benteng juga semangat terkuat buat ketiganya selama dia tiada. 

**********************

Benarlah kata ALLAH, 'kun fayakun', bila dikatakan Dia jadi, maka jadilah. Tidaklah ada yang mustahil, atau yang tak mungkin berlaku , dan yang kita katakan boleh berlaku itu juga bisa jadi mustahil andai ALLAH tidak mengizinkan perkara itu berlaku. 

 screeeettttt~~bangggg~ 

 "SubhanALLAH.. apa dah jadi ni." Kemalangan berlaku betul betul di hadapannya. Dia tak mampu berdiam diri, tapi terus mendapatkan mangsa kemalangan sebentar tadi.

 "Bawa dia ke hospital, cepat." Pesan seorang yang berada di tempat kejadian. Dia pula langsung tidak berlengah, sebaik diangkat mangsa ke dalam keretanya, terus dibawa ke hospital. Dia yakin, andai di perlahankan tindakan, pasti mangsa tidak dapat diselamatkan. Dia bergegas ke hospital . 

 Dan dihospital itulah berlaku sesuatu yang langsung tidak disangkanya. Nama Elyana Afeefah binti Irfan ditenungnya dalam dalam. Nama itu terpampang pada papan senarai nama di hadapan matanya. Dek kerana perasaan ingin tahu yang mendalam, di ikutnya satu bilik ke satu bilik mencari nombor bilik yang terdapat pada nama tadi. Dia inginkan kepastian, adakah ini orang nya? 

Sebaik sampai ke hadapan pintu bilik, dia dikejutkan lagi. Kali ini dengan kelam kabut dihadapan bilik. Pelawat telah dihalau keluar dari bilik itu. ternampak dia akan kelibat doktor yang kelam kabut masuk ke dalam bilik itu. Dia memerhatikan seorang demi seorang yang keluar tadi. terpaku dia bila salah seorang dari nya adalah insan yang cukup dikenalinya. Dia lah Ibu kepada insan yang bernama Elyana Afeefah itu. Lantas didekati wanita itu. dari dekat dapat dilihat, betapa sugulnya wajah perempuan itu. Mungkin sugul dengan kejadian didalam bilik sebentar tadi. Namun demikian, dalam sugul dapat dilihat betapa wanita itu sedang cuba menenangkan dirinya sendiri. Bibirnya terkumat kamit, dari pembacaan pergerakan itu, Adi yakin, dia sedang berzikir, menyebut nama ALLAH, berulang -ulang, memohon agar dipermudahkan ALLAH akan urusan nya. 

********************** 

Awak.. kena apa tak bagitau kat saya? kenapaa? kenapa awk jauhkan saya dari saat awk memerlukan awk? maafkan saya awk. saya tak mampu nak melihat air mata jatuh dari kelopak mata awk. saya tahu awk terlalu cintakan saya. biarlah saya pergi seawal mungkin. saya tak sangka, jangka masa 3 tahun sepatutnya saya dah 'pergi', tapi kuasa ALLAH itulah yang menentukan segalanya. Saya masih di sini."
 "awak... " air mata mulai turun dari mataku. Bukan air mata gembira , juga bukan air mata sedih. barangkali ianya air mata kekesalan, kenapa aku tidak periksa dengan sebaiknya peristiwa aku di'halau' dari perasaanku beberapa tahun lalu. kenapa? kenapa? 
"awak, pergilah.. tinggalkan saya. saya tak sepatutnya jadi beban awk sekarang. awak dah banyak sedih kerana saya." 
"tidak. saya akan temankan awk. berilah peluang saya temankan awk.."

 ********************** 

"Auntie, can i talk to you for a while?" 
"Yes Adi. it this because of my dear daughter condition?" 
"Yes auntie" 
"Actually, she's already at final stage of her disease, and doctor already told us to get ready." sekali lagi aku kalah. Aku kalah kepada ujian ini. sekali lagi benteng mataku tidak dapat menahan air mata yang sudah lama kusimpan semenjak sekian lama. ya sekian lama. aku simpankan dia dengan alasan, ianya takkan jatuh lagi kerana seorang yang bergelar wanita. Aku janji takkan menangis lagi. tapi hari ini aku mungkir kepada janji ku sendiri, aku kalah kepada kesakitan yang dia alami, ya dia, insan yang pernah satu masa dahulu aku cinta. aku sayang. 

"Adi, u too need to be mentally and physically ready. we had prepared ourselves, in fact, in this 3 years we had prepared ourself to any consequences. But luckily, ALLAH held her 'time' 3 years had passed, but she stil alive. " 
"Auntie, i have a request." 
"what is that? " 
"can you give me a permission to marry your daughter?" 
"what? shes dying Adi. You will hurt urself more if anything happen. " 
"Please auntie, please grant me permission." 

 ******************* 

Puan Hajjah Armalisa akhirnya tewas dengan pujukanku. Dia akhirnya setuju untuk mengahwinkan aku dengan anak nya Cik Elyana Afeefah, perempuan yang paling aku nantikan sepanjang hayatku. Satunya insan yang pernah bertamu dalam hatiku. Insan yang pernah satu ketika dahulu aku cuba untuk melamarnya, namun di matikan hasratku dengan kata 
"awk bisa dapat saya, tapi hanyalah melalui perkahwinan. mulai saat awk kata saya terima nikahnya, saat itulah saya menjadi milik awk. Mohon berusaha untuk itu andai awk benar benar ikhlas dalam perhubungan ini" 

Kedua ibu bapaku juga tidak membantah. Mereka juga tahu keadaan dia, tapi tak mampu lagi untuk menghalang hasratku. Dua hari selepas aku beroleh keizinan, kami diakad nikah. di tempat itu juga, diatas katil bilik num 1001 itulah aku dan dia akhirnya diijabkabulkan. 

"Mummy, can i perform Solat Sunat with Mr husband?" 
 "sure can dear, please do it." 
"Mama, izinkan Adi imamkan Yana Mama. " Aku imamkan dia solat buat pertama kalinya. Sebaik selesai kami berdoa, dia bingkas cuba bangun untuk mendapatkan ku, namun tiadalah daya dia untuk melanjutkan langkahnya, dia terlalu lemah untuk itu. Aku lalu sambut tangan dan kuciup lembut dahi dia, isteriku. 
  "terima kasih awk. akhirnya .. saya jadi milik awk." 
"awak? apa awak awak? panggil lah saya laling." sambil tersnyum gembira. air mata di pipi isterinya di lap lembut. Dan tindakan sama dibuat oleh isterinya.
"terima kasih abang. Terima kasih untuk penghormatan ini. Saya gembira sangat."
"terima kasih lah pada ALLAH. Dia berikan saya hujan, lepas dikirimkan matahari, saya menangis, merajuk membawa diri, tapi akhirnya dia kirimkan kembali pada saya pelangi, pelangi indah bernama Elyana Afeefah. Terima kasih sayang, terima kasih kerana sudi bersuamikan saya. " 
"Tak kira nak abang cakap sama sama jugak." 
"Ya, sama sama dear, sama sama." 
"saya gembira abang, jika ini hari terakhir saya di atas muka bumi ni, saya pasti pegi dengan hati yang berbunga bunga, saya pergi sebagai bidadari insan paling saya nantikan sehingga saat ini. terima kasih sekali lagi abg, " belum pun sempat dihabiskan kata katanya, jari telunjuk suaminya sudah melekap di bibirnya. "Sudahlah. Andai ada izinnya, kita pasti bersama, bersama selama lamanya." 
"satu pesanan sayang.."
"Ya apa dia sayang"
"Andai kata tiba masa sayang nanti, dan sayang tak mampu bertahan, abang lepaskan saya ye? Boleh janji dengan sayang?" 
"errrr ...."
"janji?" lantas di tariknya jari kelingking ku, di kaitkan bersama jarinya, menuntut agar ditunaikan janji sekiranya tiba saat dan ketika seperti katanya itu.

 ******************* 

Petang itu kesihatan Elyana bertambah teruk. Menurut doktor, organ dalamannya, sudah dijangkiti kuman. Adi menepuk dahi, mengurut dadanya. Mulut tak henti henti berdoa, agar diselamatkan isteri yang baru beberapa jam menjadi miliknya. Tak ditinggalkan walau seketika isterinya di dalam wat kecemasa itu. Solatnya juga di buat bersebelahan isterinya. Ibu nya dan juga Mama isterinya ada bersama nya, begitu juga adik adik dan ayahnya. Semua bersama mendoakan keselamatan insan yang baru sangat bertamu dalam keluarga mereka.

Menjelang malam, keadaan nya kembali stabil. 
"Ibu, Mama, Ayah, n adik balik la dulu. Biar abang yang jagakan kakak ye? "
"awak mampu ke Adi? Mama tengok awak dah tak larat dah tu. berehatlah , bagi Mama yang jaga dia."
"Tak apa Mama, biar Adi yang jaga. Walau sesaat, takkan mampu Adi jauh lagi dengannya. "
"Abang, adik doakan kakak cepat sehat ye? abang jangan sedih tau." 
"Terima kasih semua, hati hati pulang ya."

Dia berjaga , tidak sedetik pun di kalih kepala nya, malah tiada rasa jemu walau sedikit di pamerkan ketika menjaga isteri nya itu. Namun, keadaan diri yang sudah agak lesu kerana keletihan tidak dapat dielakkan. Akhirnya dia terlelap. 

Dia bermimpi seakan bertemu dengan isterinya di alam mimpi. Dalam alam itu, dia berbaring di ribaan isteri sambil dibelai belai pipi nya. tangan yang satu lagi menggenggam erat tangannya, manakala muka tenang merenung dirinya. Suasana ketika itu indah sangat. Bertemankan bukit yang menghijau, awan yang membiru, dengan seluas luas tanah rata yang menjadi 'tilam' pembaringan dia dan isteri.

"Andai kata tiba masa sayang nanti, dan sayang tak mampu bertahan, abang lepaskan saya ye? Boleh janji dengan sayang?" 

Adi terjaga. Kata kata itu bermain main difikirannya. Di jenguknya jam di tangan, jam miliknya yang dihadiahkan oleh Elyana juga kira kira beberapa tahun lalu. Jam yang hingga kini dipakainya. Jam yang sangat disayanginya. 

"ohh sudah jam empat.  Eloklah aku bangun dan bertahajjud. ALLAH ada berpesan, di sepertiga malam inilah ALLAH turun ke langit bumi, waktu itu ALLAH berpesan, "berdoalah padaKu, dan aku akan memakbulkan doamu.."  Dia berniat dalam hati, ingin dimanfaatkan sebaiknya peluang yang ada ini. Mana tahu, berkat doa yang ikhlas ini bakal dibalas ALLAH dengan kesembuhan isteri tersayang.

*******************

Azan berkumandang. Mengumumkan sudah masuknya waktu solat subuh. Adi masih lagi di tikar sembahyang. kali ini mengaji pula. Dibacakan sunggguh sungguh kata kata dari kalam ALLAH itu. Dia percaya, janji ALLAH bahawa, bila kita tidak berasa tenang, kalam Nya ini adalah ubat terbaik untuk mendapat ketenangan. 

"Abangg...." suara lemah itu memangilnya. Lantas didekati suara itu. 
"Ya sayang. Kenapa sayang. Abang ada ni.."
"Boleh tak sayang nak soalt subuh dengan abang? Teringin sekali nak berjemaah dengan abang.."sambung si isteri. 
"Boleh, kenapa tidak pula. Abang gembira sangat dapat imamkan solat isteri abng ni.."
"Terima kasih, boleh tak abang ambilkan wuduk untuk sayang? sayang tak mampu bangun." Pinta isterinya. Dia kemudiannya mengambil sebekas air dan diwudukkan isterinya. Kemudian dia pula mengambil wuduk bagi pihaknya dan mereka menunaikan solat subuh pagi itu bersama. 

Sebaik selesai, si isteri memimta untuk memeluknya. Selepas berbalas kucupan, di peluk erat isterinya. Dibisikkan pada telinga isterinya,
"Sayang ku Elyana , andai kata sayang pergi dahulu sebelum abang, abang redha sayang, abang redha , cuma tolong tahu yang abang akan buat yang terbaik demi berjumpa sayang di hadapan pintu syurga nanti, tolong nantikan abang di sana sayang, tolong doakan abang akan dijumpakan dengan sayang sebagai calon suami dan sayang lah ketua pada bidadari bidadari syurga buat abang nanti. Abang Cintakan Sayang.." 

Pelukan isterinya semakin lama semakin lemah. Perlahan lahan terjelepuk ke katil. Dia terkejut, dijeritnya kuat kuat demi memanggil jururawat dan doktor yang bertugas. Seperti juga janjinya, maut, tidak akan dipendekkan masanya walau seketika, walau sesaat pun, akhirnya Subuh itu, mereka sekeluarga akur dengan pemergian Elyana Afeefah. Insan yang tersayang.
 
******************* 
Tuhan jagakan dia 
Dia kekasihku 
’kan tetap milikku 
Aku sungguh mencintai 
Sungguh menyayangi setulus hatiku
"Sayang.. nantikan ketibaan abang satu hari nanti. Kita pasti bersama nanti."



Cinta sejati, ianya tidak hanya terhenti di sini. Cinta sejati itu Cinta yang membawa kita semakin mendekati ALLAHUROBBI. Yang Maha Agung. Pemilik CInta segala Cinta. Berdoalah, mintalah agar cinta berkekalan hingga ke dunia sana. Kekal selamanya. Disini ianya di tuai, kemudian di baja, di sana menyambut hasilnya. Amin Yarabbal Alamin..

Wednesday, 30 January 2013

Creative

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

#kopipes dari Facebook

Cara Creative kan minda.

Tapi sayangnya, kita ni jarang jarang creative masa kita ditimpa bala, dapat kesusahan, timpa bencana,
Kenapa ye?

Bukankah bersangka baik pada ALLAH itu perlu? Mengapa tidak kita pegang tiap kejadian buruk itu sebenarnya ada sebabnya.

ALLAH tak aniaya hambanya tau. KITA JE YANG ANIAYA DIRI KITA.

Moga dijauhkan ye? mempersalahkan takdir yang berlaku dalam hidup.  ;)

#janji distawberi

Assalamualaikuum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nak tau kisah nya pasai ni, leh la jenguk kat SINI.

#janji distrawberi





Tanggal 27 menjadi saksi
Janji Abi dengan ummi,
harapannya nak sangat pegi,
akhirnya jadi sampailah kami

Abi tiba dengan bus
kena kerja dihari sabtu
Apakan daya janji digalas
Mengambil hati Ummi yang satu

Ummi puas memujuk abi 
Ummi mintak nak strawberry
itulah dia yang merah ini
yang dalam bekas tu bawa sendiri

Ummi tarik tangan abi
sebaik Smpai nya di sana
Cari cari di mana strawberi
Sebaik jmpa senyum smpai telinga

Ummi makan sambil senyum
Sebelum mula dicuci pantas
Di cicah cepat dibekas garam
Senyumnya jelas senyum puas

Selesai sebekas diminta lagi
Jenuh abi tercari cari
Hendak memetik tak daya nak bagi
Sayangnya buah tak ada lagi

Akhirnya terjumpa satu kedai ni
Pun masih kecewa nak tutup dah ni 
Memujuk mujuk tak diendahkan kami
Membeli yang dipacking lah last sekali

Impian baru semakin membesar
Moga nanti kembali bertamu
ingin sekali ke taman lavender
juga bukit teh menghijau

Apa pun syukur Alhamdulillah Yang Esa
Dimudahkan cara disenangkan cerita
Hajat Ummi dimakbul suda
Moga baby sihat sejahtera

Tuesday, 29 January 2013

CDM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Minggu lepas isteri ada info saya, bahawa permohonan dia tu dah dijawab oleh HQ kat KL tu. Tahu apa jawapan dia?
"Permohonan anda tidak dapat dipertimbangkan ......."

Dengar kata kata dia tu saya senyapkan aja lah. Nak kata lebih lebih takut kang dia sedih. Saya tahu dia kecewa ja lepas baca surat tu. Dalam masa tersingkat itu , saya abaikan apa yang di katakan pada saya.

Selanjutnya, bila saya bersama dengan dia dalam kamar kami, saya tarik dia perlahan lahan, dan saya cakap "sabar ye? Ada la rezeki dia tu nanti. Kita dah cukup bersyukur dah ni, dari KL-Kedah dia dah singkatkan jadi Penang-Kedah, bukankah itu salah satu dari Rahmat yang dia dah kasi? Dari kesedihan dan kekecewaan saya dahulu tu, sekarang saya bukan hanya dekat dengan keluarga, malah sekarang saya dah beristeri pun, tiap minggu kita leh bersama kan?"

dia kembali tersenyum. Dia sedih tapi saya tahu dia juga redha dengan ketentuan ni, walau sedih, tapi syukur dan merafakkan setinggi tinggi syukur atas kurniaanNYA.

dan tadi, Jiran terbaik sepanjang zaman, cik Iffah kata, orang yang dah kahwin ni kan, mesti lagi seronok kan nak menaip. Hati kaan senantiasa berbunga bunga.


Betul juga la kata jiran tu. tapi kan, bila mai time nak menaip tu, dia mai satu perasaan, kalau ikut utagha depa panggil "selop" . ehehe. maksudnya, cam tetiba la jadi cam speechless plak. chewah, macam dok ngorat awek, tetiba awek lepas ayat pawer terus terdiam jiwa dan ragaku, kelu abeh lidah ku.

Ohhooo~~ lagi tadi jiran tanya juga,



saya tanya la, "PJJ tu saya tahu, PJD tu apa?" 

Jawabnya,, "Percintaan Jarak Dekat." 

Terus saya bangkang kata katanya. Saja nak cari gado je. Saya tuka PJD tu kepada ayat saya sendiri. CDM. Ada sesapa nak teka CDM tu apa? 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cinta Depan Mata.

Ni ha penangan #CDM. Nasi Goreng Bersama Telur Kasih Sayang.

Thursday, 24 January 2013

Kistot : Nadi

Suatu malam, kira kira selepas selesainya solat Maghrib, selesai berdoa dan berzikir, si isteri mendapatkan paha si suami kemudian terus berbaring dengan telekung yang masih kemas berada ditubuh.

Suaminya pula, tidak menghalang perlakuan, malah ditariknya isteri supaya ada dalam keadaan paling selesa .

Lantas ditariknya lengan si suami. Sambil ditekan tekan pergelangan tangan suami, gayanya tak ubah seorang doktor memeriksa nadi pesakitnya, jika tidak pun, lagak watak crime scene memeriksa mangsa serangan dalam cerita CSI.

"B, kata kawan saya kan, kita boleh kira denyut nadi orang ni. Kalau sihat berapa entah saya pun tak ingat." sambil mencari di mana tempatnya.

"ya ka? Check la. " balas si suami.

Namun beberapa minit berlalu, tidak juga dia berjumpa tempatnya . Lantas dipanjangkan dengan soalan buat si suami.

"b kenapa saya tak dapat pun jumpa, mana nadi awak ni? " bertanya penuh harapan, diharapkan ada jawapan untuk pertanyaan sebentar tadi.

"ipong saya mana yang?" soal si suami tidak pula dijawabnya soalan tadi. Lagaknya seperti menolak untuk melayan soalan si isteri.

"entah. B ada bawa naik ke,? Tertinggal di bawah gamaknya" balas isteri.

Tangan meraba raba diatas katil lalu, "Ehh jumpa dah" sambil tangan menekan nekan muka hadapan ipong 4s miliknya. Seraya berkata, dengan nada serius "ha ni ha.. Nadi saya". Rupanya dia menghidupkan kamera hadapan pada ipong miliknya supaya timbul muka buah hati nya di skrin telefon miliknya.

"Besar nya lah nadi awak." Dicubit nya si suami. Tidak puas hatinya. Ada sahaja lencongan si suami ni tiap kali dia serius. Tapi tersenyum juga. Cuma tidak ditunjuk sebab perasaan geram lebih menebal tika itu.

"besar lah. Kalau tidak mana mampu dia membawa cinta, sayang dan kasih tu melalui 96000km saluran darah dalam tubuh ini." dijawab penuh slumber. Terkekek kekek dia tersenyum.



Wednesday, 23 January 2013

Bercinta?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang tadi, waktu saya berbual dengan nya, kawan nya menepek. Seronoknya depa sembang. Sempat juga digelakkan dia , saja ingin mengusik. Balasnya, nasib la pregnant, kalau x memang dah ketuk dah. Kami gelak bersama.

Malamnya sekali lagi. Sedang asyik berbual, bunyi pintu dikuak.
"hoihhhh. Bercinta ka?"

Sekali lagi berdua tergelak. Dan persoalan dalam minda saya. "ehh kami sedang bercinta kah tadi?"

Bahagianya rasa. Indahnya susunan hari saya sekarang. Rupanya inilah kemanisan yang dikatakan itu ya? Bersama meniti bait bait cinta yang tersemai semenjak sah diijabkabulkan. Kalau satu masa dahulu, takut dalam bersahabat, tapi kini bebas meluahkan apa yang terbuku tu.

Nak berkasihan. Bersayang. Brpujuk rayu. Semuanya valid. (Ehh terguna terms analysis tadi.) . Sebenarnya betul bukan? Tersisa dosa ketika zaman kejahilan dahulu. Hey bodohnya aku, aku salurkam rasa pada yang bukan hak? Ku taburkan perasaan pada yang bukan untukku. Bazirnyaaaaa.. Kenapa lah x disimpan saja "sweet" tu buat si dia? Heyyy apa nak buat ni?

Rentetan itu hati melonjak setiap hari merungkai rahsia keistimewaan, mengerah fikiran memikirkan "serangan" istimewa demi menambat hati si dia. Cari cari dan cari, apa yang terbaik mengorat insan di hadapan mata, difikiran selalu ni?

Lantas doa dipanjatkan. Dipinta agar dpt menjadi sebaik baik insan buat mereka, agar dapat mengikut sunah Rasul.
"yang terbaik antara kamu itulah orang yang paling baik kepada keluarganya, dan aku yang terbaik buat keluargaku". Dan hebatnya, ada sahaja ilham ilham yang dikirim untuk memberikan kejutan kejutan buat menambat hati si dia.

Alhamdulillah. Terbukti. "Apabila kia menjaga Dia, maka Dia pasti menjaga kita". Tak henti henti diberikan senyuman dengan walau sekecil kecil hal yang kita buat.

Cuma nya, kami ber-PJJ. Tahu apa itu? Percintaan Jarak Jauh. Kedah-Penang. Tak ada jauh sangat, satu jam perjalanan ja. Tapi tidak juga berulang. Tempoh jumpa, seminggu kira kira 4 hari dan bakinya bersama hati, berjauh body. Ehhe. Apa pun, syukur, ini kan susunannya.



Pst : moga moga doa dimakbul. Dia
Kembali kepangkuan. 24-7. Amin ya rabbal alamin

Tuesday, 22 January 2013

Sunday, 20 January 2013

Hanya satu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Maafkan ambe tuan puan cik encik yang membaca. Sekali lagi hilang beberapa hari sebab nya pulang ke kampung halaman isteri.

Khamis lalu, selepas pulang dari kerja, berehat dan bersiap untuk pulang ke sini. Tapi banyak juga lambatnya kami bergerak atas sebab ingin melawat ibu seorang sahabat yang dimasukkan ke hospital.

Agaknya dalam 9 lebih dekat pukul 10 baru kami bergerak dari sana. Sampai pun dah lewat 11 lebih dah. Mama masih menanti. Papa pula dah tertidur atas kerusi. Kata Mama tadi, bertanya papa nya, mana anak aku ni? Katanya balik? Tak sampai sampai pun? Betapa seksaitednya si papa dan mama menunggu anak mereka. Selalunya awal malam mereka dah masuk tidur.

Bersalah juga rasa lambat. Tapi apa nak buat. Di sana juga saya kena pergi. Dah tahu kan ibu sahabat tu sakit. Dan saya pula agak baik dengan ibu nya tu, jadi terus pergi tengok. Tak nak nanti terlepas macam bapa seorang sahabat tu. tahu tahu ja dah arwah. Ralat juga sebab tak dilawat pun masa dia sakit.

Hidup. Dan mati. Keduanya kuasa ALLAH. Seperti juga firmannya, tak dilambatkan walau sesaat pun bila tiba masanya. Sebab tu disuruhnya kita beribadat macam kita nak mati esk. Kenapa? Sebab dia mahu kita punya satu rasa yang mungkin bisa menolak kita untuk sedikit "tergesa" mengerjakan yang patut. Agar bisa mendapat yang terbaik dalam
Jangka masa sedikit yang tinggal ni? Alahhh bagi student mesti paham kan? Last minit study? Takkan anda tak pernah buat kan? Itu konsepnya.

Saya. Sekarang dah tak ada harapan lain lain. Melainkan membahagiakan insan insan tersayang disisi. Mama, Ayah, Mama dan Papa. Saya ada dua sekarang dah dapat lagi dua. Kalau boleh biarlah selagi semua nya ini ada, mereka dapat terbaik dan bergembira juga redha dengan saya sebagai anak dan menantu. Saya taknak menyesal. Saya hilang tanpa sempat berbakti pada mereka.

Kisah bakti ni, ada diceritakan ibu masa dia pulang dari haji hari tu. kisahnya. Sepasang suami isteri yang dapat ke tanah suci. Kemudian si isteri batalkan niat sebab ayah mentuanya teringin benar hendak ke sana. Diberikan tempat dia buat ayahanda. Namun, kuasa ALLAH, dan izin NYA, ada orang yang sudi berikan tempatnya buat si isteri. Segalanya dipermudahkan lagi bila pihak TabungHaji juga memudahkan mereka , alhamdulillah. Ohh ya, saya simpulkan terus kisah ni, akhirnya mereka pulang ke Malaysia. Si suami dan ayah pulang dahulu. Isteri sedikit lambat. Dan malangnya lambat juga kerana tak sempat melihat ayah mentuanya yang meninggal tak lama selepas sampai ke tanah air. Sedih bukan? Tapi tiada kesal kata orang itu. Dia berjaya sampaikan juga niat ayahnya. Untuk ke haji. Dan mereka juga yang jaga ayah yang tak sihat sepanjang di sana.

Bayangkan ya readers, usaha dan kesanggupan dia sanggup buat untuk orang yang mungkin kita tak rasa serapat kita dengan ibu bapa kandung. Ganjaran nya? Biarlah ALLAH yang tentukan. Dan buat kita yang masih ada. Hargailah. Tak dapat dua atau tiga mereka itu. Hanya satu. Ya, hanya satu..



Thursday, 17 January 2013

Ending My Blessed Mom

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kemarin (Isnin, 14-Jan-2013) , ending cerita My Blessed Mom. Bagi yang mengikuti channel OneHD tu mesti tahu kan? Cerita pasal seorang anak yang berjaya bersama ibunya yang terencat, anaknya Dat Byul muka bulat yang comel dan suami curang yang kejam.

Aduh endingnya sangat sedih. Betul betul sedih. Dan terus terang saya kataksn. Ending spesis inilah yang jadi kesukaan saya tiap kali berkarya, hingga ada yang request buatlah pula kisah yang happy ending. Tapi ntahlah. Bagi saya, inilah kehidupan kan? Kita tak dapat yang indah indah sahaja dalam hidup.

Opss back to topic ya. Penamat dia sangat sedih. Rasanya boleh buat ati abi yang keras batu ni nanges kalau x sbb ada ayah mama n jiah depan tibi tu. hehh

Ok sambung balik. Penamatnya, si ibu yang terencat itu akhirnya tercapai cita citanya iaitu mendermakan jantungnya buat si anak yang sakit. Itu pun selepas dia disahkan mati otak sebab ventrikel atau salur darah di otak kirinya pecah, ohh sedih kat cni sebab dia memang harap otaknya mati bila tahu anaknya sakit, then tup tup dia memang ada sakit yang kaitan dengan otak. Tapi dia x cakap sakit kepala , cuma bahasakan "burung belatuk dah datang" tiap kali sakit menjelma.

Yang lagi menyedihkan tu saya rasa suaminya la, si penjaga anjing tu. Terpaksa memilih antara isteri dan anak cucu yang baru dapat tu. sebenarnya sebaik kawin dia terus bawa isteri nya si perempuan menawan tu ke luar negara atas alasan honeymoon, tapi sebenarnya untuk rawatan isteri di hospital paling bagus, dia juga sanggup lawan takut naik kapal terbang nya tu demi isteri tercinta, tapi akhirnya pasrah dengan keadaan apabila menerima panggilan dari cucunya.

Yang masih saya teringat adalah raungan dia sebaik dia baca surat yang ditinggalkan oleh isteri sebelum isteri meninggal. Katanya, awak jangan lah bersedih, "saya tak mati pun, saya akan sentiasa hidup bersama dengan anak saya.", kat part tu la saya rasa sedih sangat. owhh sangat sadis kan? 

Yang saya dapat simpulkan dalam kisah ini adalah. 
1. Ibu, walau sesewel ka, walau terencat macam mana pun, dia masih ada kasih sayangnya terhadap anak. Dia terlalu sayangkan anaknya. Walaupun dia terencat, tapi dia nak juga bagi jantung dia kat anak dia tu. Anak dia bila tahu itu jantung ibunya, masa ditolak ke dalam bilik bedah berkeras taknak jantung tu sanggup mati sebab ibunya. Tak mahu kerana dia Ibu meninggal. Tapi anak, lagi tak sewel, lagi palotak cam bangang, tak caya tengok zaman sekarang, elok dah pangkat besar, mula la besar kepala, tak mahu ngaku ibu, tak nak ngaku ayah, sebab depa miskin. Owh pleasee~~~

2. Kemuliaan seorang manusia. Dalam pada dia inginkan memberi jantung kepada anaknya, dia juga berpesan, berilah juga organ saya yang lain kepada orang yang memerlukan. Bagilah kerana mereka juga mungkin seperti anak saya, menanti penderma organ. T.T

3. Memilih antara satu. Ini kehidupan. Kita tak mungkin boleh dapat keduanya bila kita perlu memilih. Jadinya dalam kisah ini, yang menyedihkan, isteri tercinta berbanding cucu yang mahu ibunya diselamatkan. Saya sedih kat bahagian ini. Dan begitulah hidup kita kan? Cumanya, yang pasti, janganlah kita memilih antara dunia dan akhirat. Jadikan hanya Akhirat sebagai destinasi akhir dan hanya satu satunya pilihan kita. sebab ALLAH dah berjanji, jika di sana yang kita inginkan, di sini pasti kita akan dapat juga, tapi jika hanya sini idaman kita, maka habiskan kehidupan kita di sana. 

4. Air muka. Dalam kisah ini satu yang saya nak sebut. Mengenai air muka. Dalam kisah ini, ibu dan anak ni mulanya bahasakan diri sebagai adik dan kakak. Kerana nenek yang mahukan ianya berlaku. kerana ibu nya yang terencat akal tu. Yang saya nak katakan adalah Air muka. Tapi bagi saya, berbanggalah dengan siapapun ibu dan ayah kita. mereka yang melahirkan kita. nak malu buat apa dengan mereka? tak kiralah mereka nelayan ka, tukang kebun ka, tukang kutip sampah ka, merekalah ayah dan ibu kita.

Tahu ini gambar apa? Inilah gambar yang si penjaga anjing lukis demi menenteramkan jiwanya. Kata pembantu dia, Tuan lukislah gambar si perempuan menawan dan gambar tuan dalam ni, bukankah impian dia nak ke sana. Tuan lukis jadi tuan dan dia akan ada di sana selama lamanya. Jangan lupa lukis gambar saya sekali ye? lukis kecil kecil dah la. :P

Wednesday, 16 January 2013

Hey Listen Listen Listen

Assaalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hey #listen #listen #listen.

Fenomena baru gamaknya kebelakangan ini. Rasanya belum terlambat untuk saya turut serta memanaskan situasi semasa dengan pandangan saya sendiri berkaitan apa yang berlaku tu.

Dari apa yang saya lihat. Tak ada apa la sangat kes ni, cumanya..

1. Biadap. Kot ya pun kita adalah orang yang jadi wakil majlis adalah sangat tidak sopan untuk kita tetiba datang dan merampas mike, kemudian, kita halang orang dari bercakap, dan harapkan oragn mendengar apa yang kita katakan, SEDANGKAN orang tu pun belum habis berbicara.

Saya sendiri teringat satu kisah, masa saya dulu terbabit dalam bab bagi ceramah ni kan, perkara pertama yang akan saya cakap selepas audience bertanya adalah, "terima kasih pada yang bertanya" kemudian saya lanjutkan dengan menjawab persoalan yang diberikan.

Malah seingat saya, waktu saya berkecimpung seketika dalam perdebatan ni, bila masa menjadi soalnya, pastinya saya dari awal akan menidakkan soalan sebelum ianya ditanya, bukan sewenangnya merampas hak berkata kata pihak lawan. Ini adalah peraturan, dan rasanya adab bila kita bersama dengan orang.

Juga ingat lagi waktu ketika saya kecil dahulu, Mama selalu pesan, "JANGAN MENYAMPUK BILA ORANG BERCAKAP", rasanya ini mungkin apa yang Mama pesan dahulu dan melekat hingga kini.

2. Belagak. Hello. Boleh plak nak rendah kan martabat manusia yang katanya kurang pendidikan dari dia yang tinggi pelajarannya. Saya rasa kan, kalau orang tinggi pelajaran, mesti dia tahu nak takut kat sapa kan? ALLAH kata, tudung tu WAJIB bagi seorang perempuan. Ehh u know what i mean kan?

3. Animal have problem. Yang ni tak berani nak kata apa. Betoi la kot kan, saya selalu tanya kat Gemok, pet saya, tapi tak pernah plak dia jawab pape. Rasa saya la kan, gemok tadak masalah la tu kan? kan? kan?

Dan saya nak luahkan yang saya rasa ada benarnya. Semakin tinggi kita, semakin kita lupa daratan. Tengoklah sekeliling kita semua. Di jalan raya, kereta kereta yang besar, yang mahal mahal itu selalunya kita akan lihat paling kurang 'moral' nya di jalan raya. Mereka datang laju seolah olah hanya meraka yang mahu sampai awal ke destinasi, mencilok tak tentu tempat, hanya sebab nak cepat. Mungkin ada benarnya kan?

Orang yang 'tinggi' pelajaran konon kononnya tu la yang banyak cuba hendak mempersoal hukum ALLAH. kononnya hukum yang ALLAH buat itu tak sesuai dengan zaman kita, konon hukum itu tak boleh nak buat itu dan ini dan bunyi seakan memperlekeh apa yang dah di catatkan sejak dahulu lagi. Saya tanya kembali, anda masa telur goreng untuk sarapan pagi pagi, pastu rasa dia tawar, mesti anda dah tahu kan bahawa anda lupa meletakkan garam. Sama jugalah konsepnya, DIA yang cipta kita, takkan DIA tak tahu kita macam mana?

Lagi bab berkaitan dengan adab. Rasa masyarakat kita makin kurang adabnya sekarang. Saya rasa macam tu. Kita makin kurang nilai ketimuran semenjak kita semakin kononnya mencapai kemajuan ini. Lihat sahaja di jalan raya. Itu sudah tentulah kan. Kita ambil contoh lain, menghormati orang lain. Ini salah satu contohnya yang kita lihat, ada yang lain lagi bukan, mula lah hari esok dengan lihat sekeliling kita, pasti kita jumpa. PASTI !

Dan yang terakhir nak saya katakan, saya tak nak salahkan sesiapa, ini masalah global, bukan hanya dia sebenarnya, tapi semua pihak. Dan percayalah kata saya, yang ini tak akan bertambah baik, tapi akan jadi lebih teruk sekiranya kita tak kembali ke jalan ALLAH yang sebenar benarnya. Percayalah kata saya. Kerana bila ALLAH kita yakin senantiasa ada bersama, tak mungkin walau sekecil kecil hal kita abaikan. Inikan pula memalukan orang di khayalak ramai.

Praying for the best.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Praying, that this moment will soon be ours. 
Amin Yarabbal Alamin.

LOVE YOU ketat ketat #Ummi n #babyUwais #babySumayyah

Taken from Facebook. Credit to picture owner .

Lilin

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Lilin yang pertama berkata : “Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Lilin yang kedua berkata : “Aku adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala” begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

dengan sedih Lilin ketiga bicara : “Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya” tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.

Tanpa terduga…. seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam.Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata : “Apa yang terjadi?! kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!” lalu ia menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata : “Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya, Aku Adalah HARAPAN” dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita… dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN nya!!!


Ya benar. HARAPAN. Damai. Cinta. Namun semuanya hampa jika yang ada hanyalah jasad tanpa IMAN. Kita yakin dengan harapan, mengharapkan damai, mendambakan cinta, tapi tiada langkah diambil untuk menyemai IMAN dalam diri. Yakinlah hanya dengan Iman akan mampu beroleh bahagia dalam hidup.

Aku ada DAMAI. Ya DAMAI . Tapi adakah ianya DAMAI sebagaimana DAMAI kefahamanku? Takut takut DAMAI yang ku rasa DAMAI hanyalah balasan laknat atas dosaku?

Aku dambakan CINTA. Aku terlalu inginkan CINTA. Yakinlah aku ini pemberian ALLAH. Aku gembira, tersenyum sentiasa. Tapi aku lupa CINTA aku ini CINTA yang tak sepatutnya aku beri. Aku terlalu CINTA makhluk, aku CINTA pada dunia. Berdosanya aku...

Aku punya HARAPAN. Ya benar. Aku punya HARAPAN. terusan aku yakin yang HARAPAN ini yang terakhir ada bersamaku. Aku pegang kepadanya. HARAPAN yang mana tahu satu hari nanti aku bakal kembali ke jalan ALLAH yang satu. Tapi sayangnya aku lalai. Aku lupa, yang aku ada 24 jam sehari dan setiap detik MUNGKIN bakal jadi saat aku memejamkan mata buat selamanya.

Tapi andai aku ada IMAN. Setiap saat aku bernyawa, tiap hela nafasku merupakan detik detik penuh nikmat. Aku ada IMAN. Dengan IMAN aku senantiasa dekat dengan ALLAH. Moga ALLAH mengambilku kembali dengan lafaz LA ILAHA ILLALLAH.

"Sesiapa yang mengucap ucapan terakhirnya sebelum mati kalimah (لا إله إلا الله ) dia masuk syurga. "(Hadis riwayat Abu Daud daripada Mu 'adz)

Tuesday, 15 January 2013

Baby Diaries #Morning Sickness

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi ni bermula dengan pening, nak muntah, tak sedap perut dan sebagainya. Rasa macam nak demam pun ada. Tapi gagahkan juga pergi kerja dengan harapan suma itu biasa ja, tak ada masalah pun.

Sesampainya di tempat kerja, ternyata apa yang dirasa pagi tadi tu makin teruk. Selepas keluar ja dari tandas, rasa tubuh da lembik, sangat tak larat. Jalan pun macam nak pitam ja, tapi macam biasa, kuatkan diri, buat kerja macam biasa, selesaikan apa yang patut tu. Bayangkan, nak jalan pun tak larat, nak buat itu, buat ini tu rasa cam lemah sangat.

Last, masuk waktu tengah hari, ambil tindakan, tak pergi makan, tapi terus ke klinik nak checkup.

Masa tengah jalan tu bertegur dengan kawan sorang tu, pengantin baru. Dia tanya, bagus ke hari ni? Jawab saya tak bagus la. Rasa tak sehat. Nak muntah la, sakit perut, pening suma ada kata saya. Terus dia tanya, "haihh, membawa ke?" Saya senyum sahaja, "ehh membawa? ya ka?"

"Kalau kata ada kan, mak aku kata, kita akan rasa dlu, sakit alah tu suma, lepas tu baru isteri kita." Katanya. "Dia tambah, aku pn ada jugak berasa sakit sakit belakang kebelakangan ni. Hai dah ada ka?" Tanyanya.

Dengan senyum seindah indahnya , saya iakan soalan dia tu. "Alhamdulillah , dah ada ." Sama sama kami syukur pada ALLAH atas kurniaan dia pada saya.

"Dia kata, mungkin betul la tu. Membawa tu. Pasai tu jadi macam tu. Sabar sat la, awai awai ja. Pasni alah tu kena kat isteri kita balik" Katanya. 

"Kalau betul pun alah tu nak kena kat saya sorang, saya sanggupkan aje. Dia tu yang penat nak tanggung berbulan bawa baby. Saya amek alah pun jadilah." Balas saya. Kami bersama senyum. :)

Lepas tu, terus ke klinik. Tak ambil masa lama pun, doktor check, lepas tu kasi mc. Selesai ja terus saya balik. Seriously tak laratnya rasa, macam nak je berhenti tengah jambatan tu, lena sat. hihi, Tapi naik moto kan, kalau kereta rasanya dah berhenti lena tadi. Sampai ja di rumah, lepas telan ubat, terus tidur dan berehat. Bangun dengan tubuh yang lagi longlai. Owhh penatnya..

Tapi masih tertanya tanya, betul ka macam tu? Abi rasa alah dulu ae baru ummi? Ada sapa sapa leh explain?


psst : #Ummi n #BabyUwais #BabySumayyah jauh. sunyi plak rasa.

Baby Diaries #Week 7

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi tadi buah hati kongsikan dengan saya menda ni.


Apa lagi, tu ha kisah si kecil berdua dalam perut dia tu ha. Saya senyum ja. Sempat juga saya mainkan dia.
"Ehh, bukan dalam tu ada dua ka? ni asal gambar ni satu?". Marah dia . hihihi. Saja je nak menyakat.

Sebetul betulnya, tak pasti pn dalam tu ada berapa. Cuma mendoakan je. Mana tau muncul dua. Kata kata tu doa kan?

Monday, 14 January 2013

Selamat Datang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ini, sudah muka surat ke 14 dari 365 muka surat di tahun dua kosong satu tiga bersamaan dengan 2 Rabiulawal 1434 H. Cepat nya masa berlalu kan, rasa macam baru semalam kita berganjak masuk ke tahun baru ni. Entry terakhir saya, 14 Disember yang lalu, kira kira kurang lebih sebulan yang lalu. Sesungguhnya saya merindui saat saat indah mencoret kisah kisah, juga ingatan dari diri buat semua, tapi apakan daya, faktor faktor luaran itu menghentikan saya dari berkata kata melalui taipan taipan di papan keyboard laptop saya ini. InsyALLAH, lepas dari hari ini, saya cuba kembali pada saat dan ketika saya kembali berani untuk jadi blogger sepertimana diri yang dulu. 

Apa pun sebagai menutup tahun 2012 merupakan tahun menggapai impian menyambut hikmah. 

Dari awan ke bumi. Permulaan tahun tidak begitu baik. Bisnes menurun, dari puncak ke bawah tahun ini . Semua gara gara perubahan yang berlaku. Saya dan beberapa kawan mula dipinjamkan yang akhirnya berlaku perubahan besar dalam hidup saya tahun ini.

Kembali ke tanah air. Selepas bertahun menabur bakti di negeri orang, saya akhirnya kembali ke tanah air sendiri. Saya tinggalkan Selangor untuk kembali ke Pulau Pinang. Negeri yang hampir tiga tahun saya tinggalkan demi tugasan di sana. Orang mungkin gelak, tapi itulah kisahnya, walaupun permulaan itu perit, tapi akhirnya indah. Saya dah tak perlu nak demam demam rindu kat family. Tak perlu lagi sedih sedih, malas nak balik sana, perasaan yang saya jumpa tiap kali saya pulang bercuti. 

Blogger ke laut? Juga satu hakikat yang saya terpaksa telan. Saya yang begitu cinta menulis akhirnya tunduk kepada dugaan dugaan yang yang menjelma. Sudah tak ada lagi blogger Nadzrie.com yang mencoret serajinnya saban hari. Entry entry penuh ilmiah, perkongsian pembakar semangat . Yang ada hanyalah belog bersawang yang tak lagi menarik minat pembaca datang dan berkunjung. Diharapkan bermula sekarang, saya mampu buat sesuatu. sayang rasanya bila ditinggalkan nya begitu sahaja. 

Dari Telco ke Industry. Satu lagi perubahan besar yang berlaku, saya berubah 360 darjah iaitu dari seorang yang berkecimpuang dalam bidang telekomunikasi , masuk ke dalam dunia industri. Kerja saya dahulu berubah dari travelling kepada kerja yang stick to a place, iaitu kerja kilang. Tapi alhamdulillah, berkat redha, ianya tidaklah seteruk yang di takutkan, cumanya rasa sedikit ralat juga kerana tidak mampu meneruskan legasi tugasan dahulu. Walaubagaimanapun, menerima apa yang ALLAH beri itulah jalan terbaik. 

Goodbye student. Satu juga yang menyedihkan saya. Saya menanti untuk pulang ke sini sejak akhir 2011 lagi, tapi masa tu ada sedikit masalah, dan dibatalkan, tunggu tunggu dan tunggu, akhirnya kembali ke sini pada August 2012. Pun atas sebab ditpu, kalau tidak masih ada di sana lah saya. Sekarang dalam pertimbangan, sama ada saya patut kembali atau lupakan terus impian saya itu. 

Im Not Single. Pengakhiran tahun ini indah sebenarnya. 10 November 2012, tarikh keramat saya di satukan dengan idaman hati saya, Puan S. Akhirnya penantian selama ini, ditamatkan dengan lafaz aku terima nikahnya tepat jam 12:04pm petang tarikh berkenaan.Saat yang sangat tidak akan saya lupakan. Tika pertama kali saya menerima dia sebagai suri hati saya. Syukur pada ALLAH. dikurniakan saya dengan rumah tangga yang mebahagiakan. Saya doa hingga ke jannah. Sepertimana saya bahagia dia sebagai bidadari di sni, saya mahu dia jadi peneman saya di sana nanti. 

Abi and Ummi to be. Ini penamat yang menggemparkan bukan? Tanggal 26 Disember 2012, saya dapat satu SMS mengatakan "POSITIVE", subhanALLAH, saya terkedu, saya senyum selebarnya, bagai berada di atas awan gamaknya tika itu, nak melompat kang melampau sangat kan, dah la berada di depan Mama Ayah kan, saya syukur, kerana pada ketika itu saya dapat info, yang Puan S sudah mengandung. Di tanya tanya, kecek kecek doktor pada masa tu, dah beberapa minggu. ALLAH, sungguh saya syukur.


Tahun 2012 - Tahun berakhir dengan doa doa yang dimakbulkan. Impian yang terkabul. Juga ibarat memetik hikmah hikmah yang berbunga dengan tanda tanya sebelum ini.. Akhirnya dia berbuah kejayaan setelah tumbuh bunga kegembiraan yang datang satu per satu setelah dugaan demi dugaan yagn merencatkan jiwa yang tidak lagi sekental dulu. Saya bersyukur. Saya bersyukur. Saya bersyukur amat ! walau pada mulanya, Saya tak nafikan, masa awal ketibaan di sini, hanyalah perasaan sedih yang amat sangat, kerana sebab utama kembali ke negeri tanah tumpah ini adalah kerana saya telah ditipu secara berjemaah dengan sahabat sahabat seperjuangan pada masa tu. Sungguh saya kecewa dengan bangsa sendiri yang menangguk di air yang keruh dengan kepercayaan yang diberikan masa itu, tapi sekarang, syukur, kerana kesedihan itulah ALLAH kurniakan saya kegembiraan masa sekarang. Bukan hanya berada dekat dengan keluarga, tapi juga saya dapat apa yang saya idamkan di sana. Saya kembali di sini dengan apa yang saya ada di sana. 

Pesan saya pada readers, jangan takut berdepan ujian, jangan lari berjumpa cobaan, kerana ALLAH dah sediakan bunga bunga hikmah yang mewangi kebahagiaan setelah ia mekar . Percayalah. Saya dah merasainya. Saya syukur pada NYA, segalanya sememangnya yang terbaik yang disediakan buat saya. Alhamdulillah. 

Buta+Pekak+Bisu=CINTA