Followers

Thursday, 28 February 2013

Bersangka baik

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya ingin sekali kongsikan apa yang disampaikan oleh Salahuddin Al-Ayubi.
Jangan tanya saya siapa dia. google. baru tau siapa dia. :D


Hebat sekiranya kita mampu bersabar dan bersangka baik sampai tahap dia kepada ALLAH.

Ingat satu ja. ALLAH takkan menzalimi hamba hambanya. Kitalah yang menzalimi diri sendiri.

:)

Wednesday, 27 February 2013

This is LOVE

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

CUma nak kongsikan gambar ni. menarik plak rasa. ehehe.


LOVE. what can i say bout LOVE.
When we LOVE, we LOVE for WHO they ARE.


Psst : doa tak jadi macam tu. aminn~~~

Tuesday, 26 February 2013

Terlalu sibuk

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

terlalu sibuk. itu yang mampu saya simpulkan. Sejak saya update mengenai projek tu. Dalam minggu itu juga terus handover bagi saya. mula dari sana la saya jadi macam ni.

Masuk hari ni dah dua hari dah, pulang lewat dengan jayanya. Semalam sebab gara gara selesaikan kerja tertunggak, dan hari ni sebab meeting dan juga jam dekat jambatan tu. Bagi yang tak tahu tu, sila rujuk surat khabar esok ya. kenapa jambatan bleh jam dengan teruk macam tu.

Back to topik. Sedaya upaya saya khabarkan pada diri. Saya mampu dan saya mampu. Saya akui cabaran nya ada, tapi mungkin belum sangat mencabar diri walaubagaimanapun saya hampir juga sampai ke puncak kebuntuan tadi. Mana tidaknya, saya diberikan sesuatu yang hampir tamat dengan begitu banyak masalah di belakangnya. Dan tugas saya adalah menyelesaikannya. Dan dalam masa yang sangat singkat ini bayangkan lah bagaimana saya nak selesaikannya tanpa ada masalah lain?

Macam tadi. Saya dah blank. apa patut saya lakukan. hinggalah designer tu datang dan bantu selesaikan masalah untuk saya. Syukur. dia ambil inisiatif membantu saya bila tengok saya tak bergerak. (sebenarnya bukan tak nak bergerak tapi ada beberapa yang menghalang saya bergerak)

Bila jumpa customer, cara dia pandang macam takut dengan saya. Katanya dalam bahasa cina dekat designer tu, saya tak ada pengalaman. mampukah saya? ini cabaran buat saya. nak buktikan, saya mampu.

dan yang terakhir, saya di berikan semangat tadi oleh designer dan juga marketing tadi. bila mana saya ceritakan saya kena marah pagi tadi. mulanya designer kata saya lambat. then saya kata, bila saya terlalu cepat pun saya kena juga kta saya. tapi saya kata tak apalah, saya terima ini sebagai cabaran. saya belajar dari sini. sekurang kurang nya saya tahu bagaimana saya nak act lepas ini kata saya.

lepas saya kata terus designer tu tepuk saya. kata dia bagus. you positif bagus. marketing tu tambah lagi, orang positif mesti berjaya. Saya pegang kata kata tu. saya mesti boleh.

psst: yang betulnya saya pegang, ALLAH yang susun semua ni. Takkan dia nak lempaQ saya kat tempat yang saya tak mampu survive? ALLAH da susun baik. Saya yakin. Saya mesti boleh punya la. :D

Wednesday, 20 February 2013

Hashtag #hijab-bitch-star

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya baru pulang. Jam 12:55am. Keluar bersama sahabat sahabat yang saya kenal sejak dari belum akil baligh lagi. Ya mereka sahabat saya dari zaman sekolah rendah lagi. Edan Wai dan Adi. Satu dah jadi bapa. Tiga lagi on the way. Semua dalam Tahun ni. InsyALLAH.

Dalam banyak yang dibualkan. Saya tertarik dengan satu tajuk ni. Mengenai model so called muslimah ni. Saya tergelak masa dia sebut satu ayat ni tadi, bunyi lawak tapi dalam sangat. "model muslimah tetek sama besaQ dengan perut".

Maafkan saya wahai readers, bunyinya lucah tapi itu reality fesyen zaman sekarang. Zaman para wanita disogokka. Dengan so called fesyen muslimah yang jika dikaji sedalam nya, langsung tak ada muslimah pun, cuma sekadar nama untuk disedapkan panggilannya. Juga sebab ada tudung yang menutupi kepalanya. Ikut kata sinis dia tadi, baik tak payah panggil model muslimah, elok cakap sahaja model am, model tudung periuk ka, model apa sahaja, tapi bukan muslimah.

Dari atas sekiranya kita tengok balik. Bertudung, tapi makin pelik yang keluarnya. Tudung, tapi nampak anak telinga, siap pakai subang lagi, tudung tapi dilipat tunjuk dada, tudung spesis turban, dan macam macam lagi tudung yang hanya atas nama tudung menutup kepala, tapi tidak menepati apa yang sepatutnya.

Dibawah pula berjubah. Ya saya akui, cantik la gamaknya ya, tapi salah. Macam satu tadi sahabat cakap "pakai jubah, tapi nampak spenda, bek terus tak payah pakai spenda, langsung tak nampak line tu". Kami gelak. Gelak penuh makna. Bunyi lucah lagi tapi sebenarnya ia dijadikan pengajaran buat kami yang sudah ditanggungjawabkan isteri dan bakal bakal anak sebagai amanah kami. Betul apa yang dia kata tu? Kau berjubah (kononnya) tapi masih galak menayangkan apa yang tak sepatutnya.

Next. Gaya pakaian digayakan. Lentoknya semakin galak. Seperti sedang menayangkan bukit mertajam yang mekar elok di ufuk dada gamaknya. Posing dari tepi bersama pakaian ketat jelas menampakkan bentuk tubuh. Saya baca satu status sahabat di facebook seentar tadi. "kita malu pada orang jadi kita pakai seluar, kita malu sebab itu kita berbaju, tapi kita lupa untuk malu pada ALLAH bila kita decide untuk berpakaian menampakkan susuk tubuh kita.

Pernah saya utarakan soalan pada mereka yang buat macam ni. Dan seperti yang kita tahu. Sudah tentu lah saya dikolotkan kerana tidak mengikut fesyen. Bukan itu sahaja, mereka pegang pada menutup rambut, bukan membalut autah yang sepatutnya jadi guideline penting dalam bergaya.

Begitulah apa yang berlaku di hari ini. Disogokkan dengan fesyen macam ni. Muslimah. Atas nama. Tapi jelas jauh api dari panggang. Dan menakjubkan saya rasa bila ianya dihalalkan dalam
Masyarakat. Lambakan majalah di pasaran dengan motif fesyen , ditambah pula dengan program yang juga dengan modus operandi sama, islam, kemudian menunjukkan kelemahan dan kebebalan dengan apa yang dipaparkan. Akhirnya masyarakat terikut.


Sheikh Muhammad Abduh telah berkata selepas beliau tiba di Mesir setelah dibuang negeri ke Perancis
.
“Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!”


Psst : nak salahkan siapa bila islam hanya atas nama islam? Tepuk dada, tanya iman.

Tuesday, 19 February 2013

Pengalaman pertama saya disini

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni saja gegeh nak cerita pengalaman pertama saya bersama customer. Bukan la apa sangat cuma suka suki nak cita kan dalam ni. *gegeh macam tak pernah padahal dulu dia la muka dok pergi tempek kat office customer hari hari. Hihi Ehhe. Hari ni pertama kali dalam sejarah sejak saya kembali ke sini.

Alkisahnya dua minggu lepas diberi tanggungjawab jaga projek yang dah dekat dekat usia nak bersara ni. Sebabnya issue yang tak habis habis dan projek baru yang nak masuk, jadinya saya diberikan mandat (*chewah) untuk jadi penjaga sementara dia nak habis ni.

Makanya, saya pun stat dapat sakit kepala sebab fikr banyak. Kihkih tak adalah. Saja ja cakap. Biasa la tu kan kerja. Kerja tak mencabar pun tak best kan.

Hari ni dua meeting. Satu di Bosch, satu di Continental. So far saya rasa okay. Walau pening sebab banyak menda yang saya tak tahu kan? Bercakap bab technical dah tentu la saya tak tahu. Saya base Mechatronics , experience Telco, sekarang Injection Moulding, kan ke lari jauh tu.

Yang bosch tu lawak la. Dah sampai baru perasan tak bawa wallet. Tak ke jadi tongong kat sana? Nak masuk guard tak kasi. Katanya nak ic. Nasib baik customer turun. Jadi kat sebelah guard house tu juga kami berbual.

Petang hari nya, continental. Ini baru pengalaman betul, belajar selok belok perjalanan project meeting dalam field ni. Walau saya kurang banyak, tapi saya yakin akan improve. Boleh, mesti boleh!

Sebenarnya seronok sebab ada orang dok kasi saya semangat nak buat yang elok dalam field ni. Dia suka betul bagi semangat dekat saya. Macam tadi, suruh saya cepat belajar, supaya nanti saya boleh take over customer ni. Kata dia engineer ni mungkin masa depan kena tumpu dekat customer yang lagi satu, since engineer lagi sorang yang buat customer sama ken complaint dengan customer, jadi dia cadangkan saya take over terus akaun ni. Saya senyum aja. Memang nak belajar bebaik. Saya memang nak sesuatu darisini, sudah semestinya la saya akan berusaha.

Yang seorang lagi cakap tak tentu, mungkin saya cuma cover setengah setengah macam ni.

Apa pun semua tu kan hanya plan sahaja. Siapa pun tak tahu apa jadi nanti. Saya plak? Tak kisah mana saya ada. Apa saya buat sekarang pun dah sangat menyeronokkan. Saya redah aja. Motivasi saya mudah ja. Jadikan apa pun yang saya buat tu seronok. Bila dah seronok pasti kita enjoy dengan apa yang kita buat.

Point paling besar, ALLAH sebaik baik perancang. Semestinya semua ini yang terbaik buat saya!!

Monday, 18 February 2013

Cerpen : Andaiku Bercinta Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

PANGGGG. . . . Bunyi senaskah majalah hinggap ditubuh seseorang. Bersama juga perhatian dari setengah penghuni pelusuk cafe tengah hari itu.

"haa ambil kau. Buat lagi. Bukan kau tak tahu aku tengah makan kan? Padan muka kau."

"ala kau ni nak melawak pun tak boleh kau ni. Serius sangat pula. Hairan." balas Farhan Soffi atau Aan, pemuda kacak yang berada dihadapannya.

Sengal. Apa lagi boleh aku kata. Lelaki itu memang sengal. Boleh pulak dia keluarkan biskut yang dah dikunyah sebentar tadi dengan lidahnya. Dengan harapan nak sakat , bagi aku tak lalu makan. Tapi silap la, ni Ruzz la. Apa ada hal kau buat cmtu. Tapi tetap aku bagi kau sebiji, habuan tengah hari ini, lagipun bukan tak tahu, hari hari pun memang tu makanan kau, tak kena 'pang' sehari memang tak sah.

**********

"Ruzz, kau nak tahu tak, ada seorang minah tu nak dekat aku."

"Habis tu? Kau layan dia tak?"

"Ntah. Aku malas la. Dok hantar hantar surat bagai."

"Laaa kau layankan aje la. Kau pun single kan?"

"Single? Kau biar betul kau, dah kawan lama pun tak tahu aku ada gf."

"Whatttt? Kau biar betul. Tak cerita pun kat aku. Sapa sapa? Baik beritahu cepat, kalau tak aku taknak kawan kau."

"Shhhhhhhh.. Tu dia tengah jalan tu."

"Mana? mana?"

"Tuuuu.. Sambil jari dihalakan ke cermin yang terpampang imej Ruzz. "

"Hoiiiiii. Tu aku.. Nak kena kau ni."

Aan lari. Meninggalkan Ruzz yang mengejarnya. Dia puas. Puas dapat menyakat sahabatnya itu. Ruzzaini Afiqah. Insan yang ada bersamanya semenjak dari hari pertama dia bekerja dibangunan ini. Seorang gadis yang sangat garang, namun seorang yang 'happy-go-lucky' dan mesra jika rapat dengannya.

**********

Bertahun berlalu. Persahabatan itu kekal mekar hingga bukan sahaja dipejabat malah terbawa ke rumah. Indahnya satu perhubungan.

Sebagaimana Sunah Rasulullah,
"Sebaik baik sahabat disisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi ALLAH ialah jiran yang terbaik terhadap jirannya"

Malah dalam Surah Al-Hujuraat ayat 10 juga difirman oleh ALLAH bahawa "sesungguhnya mukmin itu bersaudara".

Begitu lah ianya diaplikasikan. Daripada bersahabat berdua hingga bersahabat dengan keluarga juga. Malah kedua keluarga juga senang dengan keduanya kerana masing masing membawa mesej positif dikala bersahabat.

"Ruzz, umur dah berapa dah. Bila Ruzz nak berumahtangga?"

"Alaaa mummy, awal lagi la mummy, Ruzz belum sedia."

"Ruzz, mummy tengok baik ja budak Aan tu. Kenapa tak Ruzz kawan sahaja dean dia. Mummy suka. Jadi menantu pun mummy tak kisah."

"Aan? Biar benar mummy. Dia tu kawan Ruzz ja la. Lagipun Ruzz dah ada special special boyfriend."

"Ehh dah ada? Mummy mati mati ingat Ruzz dengan Aan. Tak pernah plak Ruzz keluar dengan bf?"

"Ala mummy . Bukan bagus pun keluar date date ni. Dengan Aan senang. Bawa je adik dia, Ruzz bawa adik Syifa. Sapa pun tak marah."

Mummy senyum. Baginya persahabatan anak anaknya ini begitu suci. Terjaga perihal segala galanya. Dia tahu Aan, walau hanyalah seorang kerani berijazah, namun bab agama, sangat dijaganya. Malah, dia juga seringkali menjadi guru mengaji anaknya si Syifa tu.

**********

"Bf aku tak kasi aku baik dengan kau dah."

"Ye ke? Asal pulak?"

"Dia cakap berkepit ja kita ni. Nak ajak keluar pun susah."

"Sebenarnya gf aku pun jeles dengan kau weh. Dia pun cakap benda yang sama."

"Aan, aku ingat, demi kebaikan bersama, eloklah kita kurangkan aktiviti kita sekarang, baik lah kalau kau tumpukan dekat gf kau tu. Aku tak mahu sebab aku hidup kau haru biru."

"Kau ni, dia gf aku. Kau sahabat. Beza weh ."

"Tu kau, aku rasa aku tak mampu dah layan benda ni. Maafkan aku Aan. Aku terpaksa pilih dia."

--imbas semula--
Ruzz,you sayang i tak?
You are my bf kan? For sure i love you.
Then leave him.
Who is him?
Aan. If u love me then leave him.
What? This cannot be true Zack. We were just friend, not more than that.
I called this as a threat, if u still in the rekationship, i'll call a breakup, n trust me, that guy gonna pay for what he did" Ruzz terkedu, berat betul ugutan kali ini. Dia tak mahu Aan dicederakan, dan dia patut lupakan Aan untuk selamatkan Aan.
--tamat imbas semula--

**********

Lain pula dengan Aan. Dia tak mampu menolak sebenarnya. Mungkin apa yang jadi tepat juga dengan masanya. Risa, sudah mula cemburu dengan dia dan Ruzz, dia juga diugut melupakan Ruzz, cuma mungkin dia lebih ekstrim, si gadis menggunakan pengaruh keluarga untuk mengikat Aan.

"Bertunang? Ini gila ibu. Ini gila. Aan taknak."

"Tapi mereka dah aturkan semuanya Aan. Ibu tak mampu buat apa apa."

"No ibu, no, Aan tak setuju. Ini bukan apa yang Aan nak. Makin lama hubungan ni dah jadi makin pelik. Aan taknak."

"Habis tu macam mana?"

"Ibu batalkan sahaja semuanya." Balas Aan. Dia hilang sabar akhirnya.

*********

Hari itu indah. Sepatutnya. Kerana di hari itu, janji diikat antara dua pihak, lelaki dan perempuan, menandakan hubungan bakal beralih pada tahap lebih serius, dan satu tahun dari sekarang, ianya mungkin berakhir dengan perkahwinan. Itulah harapan bila sudah sampai ke peringkat ini.

"Tahniah Ruzz."
"Terima kasih Aan."
"Jaga diri ya?"
"Kenapa dengan kau tetiba ni? Jangan nak bagi tahu aku kau terima offer tu."
"Ya, aku terima offer tu. by this Thursday aku gerak la pergi sana."
"Kau nak tinggalkan aku?"
"Kita kan dah memang berkeputusan nak slow kan? Aku bagi ruang dekat kau dan bakal tunang kau.
"Aan.... " Ruzz sebak. Buat pertama kali dalam hidupnya. Bertemu seorang sebaik Aan. Bertahun lamanya persahabatan mengambil tempat, tapi hari ini akhirnya ia pergi.

**********

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti 
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Hati yang berjauhan merengkam jiwa keduanya. Keduanya sebenarnya tersiksa dalam tidak mereka sedari. Perkataan sahabat itu menghentikan mereka dari bersama. Ya. mereka tidak sedar pun yang perasaan yang lebih indah sedang berputik, kerana hati masing masing teguh bersama nawaitu mereka berkenalan. Akhirnya keduanya yang berasa sakitnya. 

Semenjak berjauhan, seperti tak ada lagi sebab untuk keduanya bergembira. Aan, terlalu taksub dengan tugasannya manakala Ruzz semakin lalai dalam kehidupannya. 

"Kenapa dengan awak ni Ruzz? Prestasi awk merudum dengan teruk sekali. Please okay please, i dont want your personal life to effect your work okay. If you think you cannot cope with your work now, please take a leave, or a short holiday. Clear n settle whatever distract you. I dont want to see you like this." 

Kata kata majikannya masih terngiang ngiang di telinganya. Bukan marah, tapi sekadar teguran dari majikan atas prestasi nya yang merudum teruk semenjak 'kehilangan' rakan baiknya semenjak sebulan yang lalu. Baginya kehilangan ini semacam menghilangkan semua semangatnya selama ini. Baru kini dia sedar betapa penting nya pemuda bernama Farhan Soffi dalam hidupnya. Terlalu penting hinggakan dia hilang semangat bila ketiadaan pemuda itu.  

**********
---
Ini bukan apa yang hati aku mahukan
Hati aku mahukan dia. Aku mahukan dia. Aku perlukan dia.
Selamat tinggal gf. Aku tak rasa kehilangan bila tiada kau.
Tapi aku rasa kehilangan bila dia tak ada bersamaku.

Maafkan aku. Ini pilihanku.
---

Risa terguris. Sakit hatinya membaca surat yang diterimanya. Akhirnya dia gagal, walau sebenarnya kegagalan itu sememangnya sudah bertapak sejak dari awal perkenalan lagi. Dia akhirnya sedar yang dikejar rembulan itu sebenarnya milik sang langit, punya nya hanya sang pepohon didaratan. Dia sedar kesalahannya. kali ini dia bertekad hendak memperbetulkan apa yang tak sepatutnya dia buat dari dahulu lagi. 

**********

Petang itu. Situasi tidak tegang tapi sedikit kekok. Pertemuan dua wanita. Ruzzaini Afiqah dan Risa Suriani dua watak berlainan dalam hidup watak lelaki bernama Aan. Satunya kekasih. manakala satu lagi sebagai sahabat. Tapi hari ini, status berkenaan bakal diputuskan mereka berdua.

"He love you."

"Who?"

"Aan. Look at this. " Sambil menghulurkan sekeping surat yang dikirimkan Aan kepadanya. Namun dari riak wajah Ruzz langsung tidak menunjukkan rasa terkejut atas apa yang berlaku. Cuma wajah sugul yang terpapar dari wajah gadis berkenaan. 

"You are not happy?" Soal Risa. 

"What can i do when someone already ask for hand in marriage from me?" Air mata mengalir dari matanya. Dia seakan tidak merelakan perancangan yang sepatutnya jadi peristiwa paling bermakna dalam hidupnya. Risa mendiamkan diri. Dia faham perasaan Ruzz. Dia juga wanita. Dia juga seseorang yang mendambakan seseorang. Apa pun, dia yakin. Dia perlu buat sesuatu. Seperti kata si pengkarya cinta, "jika cintakan dia, lepaskannya, jika dia kembali kepadamu, bermakna dia memang untukmu, tapi jika itu tidak terjadi, doakanlah dia, bantu dia dapatkan cinta idamannya. "

***********

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih 
Berapa lama lagi harus ku merintih

"Weh, sudah sudah la tu nak menangis tu. Awak kan dah jadi milik saya? " 

"ehhh. sorry B. yayang lupa plak. ehehe. terlayan feeling habis plak dengar lagu ni. "

"Tah. Lawak plak aku dengan isteri kau ni Aan. " Gelak Zack. 

"Macam tak percaya plak kisah kita ni kan. Cross Relationship. " tambah Risa. 

"aduhhh aduhhh~~ sakit banggg~~ sakit~~ "

"hoiii hoiii hoiiii bini aku nak bersalin dah ka ni? mampus~  "


Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti 
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

 

Psst : Cinta. Kita tak tahu pun dari mana dia hadir. Dari siapa dia datang. Dari bila ianya berputik. Cuma yang pasti. Itu adalah ketentuan yang dah disusun atur oleh Tuan Punya Alam, ALLAH yang Maha Bijaksana. Apa pun ia, hargailah ia sebaiknya, Syukur atas tiap detik ianya berputik. Jadikan tiap saat itu kejayaan yang membuahkan iman berbunga bunga dalam diri.  Amin Yarabbal Alaminn~~

cuti kami #3

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Part tiga suda. maafkan kami sebab lambat. next chapter of our journey is on the 11 of February. Cadangan pertama masa mula mula datang adalah, kami nak balik hari ni. tapi bila bangun pagi, saya utarakan cadangan pada Puan yang terutama saya suruh dia cadangkan pada Mama dan Papa suruh duduk lagi sehari. Bukan apa, saya pun tahu betapa penatnya perjalanan yang sekejap sekejap ni, ni kan pula depa kan. Alhamdulillah.

Cadangan diterima. Kami buat keputusan nak extend sehari lagi kat sini. Plan hari ni bawa Mama Papa jalan kat KL ni. Saya tak ada tempat nak dituju, tapi since Mama pernah sebut nak ke KLCC, kami ON terus cadangan tu. Nak suruh saya bawa jalan, sudah tentu la saya tak reti, Abang Lang yang bawa jalan sampai kami bertemu dengan highway Mex tu. Dari sana saya amek peranan.

Ni ha gambar family di sana.



Perjalanan baru nak mula. kami benti dulu. Makan kueh kat De Cucur. Apa yang pasti saya nak highlight kat sini kan kueh bawah ni memang terbaik. sedap awak. sedap betul. sampaikan family ni dua tiga kali nak gantikan yang baru buat saya lepas anak kecik yang Papa angkat tu jatuhkan kueh saya. Sobbsss *terharuu

Untuk harga, macam besa la kan dalam KLCC, sebijik singgit ke 1.50 sekueh. Tapi cayalah. Sedap. 

Tak cukup dengan atas tu. kami juga ada menda ni.  Tahu tak apa ni? Ini adalah popcorn mahai. kikiki. Mahai betoi harganya. Sampai capai angka puluh tak silap saya. Tapi tak mengecewakan. Nampak tak ada kacang ditengah tengah tu. Masyukkk~~

Jalan kat sini tak lama mana pun, cuma nak lepas gian sampai ke sini ja. Tapi puas. Next location. Semua nak solat. Mula nya nak cari Masjid Al-Petronas ja, tapi saya tukar plan. Dari pergi Masjid Al-Petronas yang ada banyak serata Malaysia tu, saya bawa Mama Papa pergi Masjid Shah Alam. Alang alang berjalan kan, kita pergi tempat yang depa tak pernah pergi kan? Selesai solat, kami jejalan ke i-City. Ummi tu la tingin nak menengok Art Gallery tu. (untuk entry ni sila sabar. Nanti la saya updatekan ye? sebab ada gambarnya dalam kamera Ummi tu.)

Last sekali. Lokasi terakhir.

  
Abang Burn burger bakar seksyen 7 Shah Alam. Boleh la. #Daging lagi sedap dari #Ayam. Buat yang teringin mencuba. Kat sini ada burger spesis ni sahaja tau. Yang sebiji sebiji. Yang kilo tak ada. Sekian memaklumkan. 


Apa yang saya dapat hari ni, tak lain tak bukan. Betapa indahnya hidup bila kita berkeluarga ni.  Betul saya tak tipu. Masa rasa sangat sangat berharga bila dapat dihabiskan bersama yang tersayang. 

psst : kali ni family mertua. Nanti kita bawa family blah sana tu plak p jalan ya? *sudah dirancang pun. tunggu~~~

Friday, 15 February 2013

Selamat Hari Lahir Jiran Terbaik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry Khas buat jiran terbaik serata alam, Cik Iffah Afeefah a.k.a Tuan punya belog http://www.iffahafeefah.com/.



Mendoakan jiran :
Panjang umur, dimurahkan rezeki, sukses dunia dan akhirat.
Juga mendoakan jiran sentiasa berada dalam limpah kurnia rahmat dan keberkatan.
Juga moga jiran sentiasa sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungannya.

Jadi anak solehah tau . Jadi anak yang jadi kegembiraan ayah dan ibu awak. Jadi anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah dan ibu awak. Mendoakan yang terbaik dalam hidup jiran.

Nah, anta Chipmunk nyanyikan untuk awak ye.




psst : Cik De. Nanti leh jaga baby. <--pesanan dibawa khas oleh baby dalam perut ummi. . Abi dia tatau pape. lalalalalalalalla

Tahun baru Cina.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru jap kejap tadi naga mai tempat saya. Hihihi pertama kali hidup dalam masyarakat cina di alam kerja ni kan. Tahun ni saya merasa budaya mereka. Saya tak pasti naga ni mai kenapa, tapi yakin ada kaitan dengan "ONG" atau 'bertuah' la ni.

Saya baru tanya seseorang. Katanya setahun sekali ja ni. Naga ni akan mai macam ni.

Saya cerita ya apa jadi tadi. Mula pagi tadi mereka kasi saya limau dua biji dan angpau. Saya ambil angpau tu. masuk dalam beg, then tetiba seseorang tegur, ehhh bukan macam tu. kemudian dia susun angpau tu.


Lepas tu msa naga tu mai. Saya bangun la. Takkan nak lepak sana kan. Naga tu kan besar. Ada la plak orang tu kata, duduk, duduk. Saya duduk balik. Then dia suruh ambil limau yang naga tu kasi. Hihi

Itulah akhisahnya. Kita mana la nak p tau budaya depa. Selagi tak bercanggah.

Cuti kami #2

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ini alkisahnya hari kedua kami. Saya skip kisah sabtu sebab sabtu tu cumalah hari merangka perjalanan. Hihi petang sabtu tu la, mama ada sebut pasal Banting. Sebenarnya saya dah agak. Dan memang ada niat bawa mereka ke sana.

Nak mula buka mulut saya tak berani. Since papa masih kerja. N mama pun cukup penat seminggu ni. Lagi sudah semestinya Puan saya yang saya sayang tu kan? Penat dia nanti.

Dipendekkan cerita, jdi juga rancangan tu. awal pagi lagi dah keluar. Pas papa balik kerja, sarapan dan keluar. Perjalanan dia rilex sebab kereta tak banyak. Yang banyaknya kenderaan menghala ke utara, ke kL alhamdulillah lancar.

Hari ni saya niat kenalkan papa dan mama dengan jalan baru. Sebab macam kita tahu, nak ke Banting mudahnya melalui Klang la kan, tapi Klang tu doihh seksa jiwa raga sementara nak lepas tu. saya bawa mereka guna laluan alternatif.

Alhamdulillah. Sedikit lancar. Bukan tu saja , menjimatkan masa. Mana tak nya, terlepas bala lalu kat pekan tu kan? Hihi

Sampai ja tu saya dapat tengok senyum d wajah papa n mama. Saya rasa puas gila. Betul. Walau depa tu mentua ja tapi depa layan baik sangat. Rasa mesra gila dengan depa walau baru berapa bulan ja 'bersatu' dengan keluarga ni, rasa hapy sangat. Kekadang tu rindu betul dengan depa.

Oh ya. Tu baru mentua. Belum tengok cucu dan menantu dia lagi. Lagi tu ha, Puan saya tu. terus je gomol anak dia.!hihi syukur. Gembira jadi sebahagian dari kegembiraan ni.

Petang tu kami makan tengah hari sama sama. Bestnya lahh..

Hihi .. Alang alang sampai, saya request kat isteri ajak dia mlawat kakak saya. Alhamdulillah. Sampai juga akhirnya rumah kakak raksasa ni. Tgk la tu. kami berbahagia kan?




Thursday, 14 February 2013

Cuti kami #1

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Wahhh cuti panjang saya ya? Dari hari khamis hari tu las entry smpai ke hari ni. Hurmmm. Since banyak hari ilang, saya kongsikan aje la kisah setiap hari tu ye? Satu per satu.

Jumaat tu, pas aja selesai kerja, terus balik rumah. Penat juga hari tu. dah lama
Tak bizi macam tu kan. Dari pagi sampai petang menguruskan tugasan. Rasa cam
Nak lari sekejap hari tu tapi tak gamak sebab ini adalah permulaan peringkat baru dalam career saya di sini, jadi suma sabarkan diri dan selesaikan semua sebaiknya sebaik di amanahkan. Sekurang kurang nya hari ni saya mampu menyusun gerak apa yang patut dan tidak dalam tugasan saya.

To be honest, tak berapa rajin saya jumaat tu sebab tengok yang lain dah santai habis. Well, mood cuti dah sampai kan? Maka nya semua rilex rilex ja. Saya plak? Tettttt.. Tapi tak apa lah. Saya happy apa yang saya dapat.

Balik petang tu, elok letak beg, memanja dengan mama yang sedang makan nasi, terus keluar balik. Misi petang ni lain pula. Menyelesaikan perbincangan berkenaan plan B saya untuk tahun ni. Yang digarapkan, kali ini bertemu sukses hendaknya. Amin.

Next, sampai ja rumah, terus bersiap dan gerak. Sekejap sangat dirumah ni. Begitupun saya sempat on lappy nak habiskan kerja yang saya mula tadi. Iaitu urusan perubahan akaun trading saya.

Nahh . Elok selesai, bergerak saya. Hantar mama dahulu ke rumah tok dan kemudian terus pulang ke Ipoh. Seriously saya sangat penat. Tak jauh pun saya bawa, sampai ke Bandar Baharu je, saya dah flat. Mujur isteri dah cukup rehat hari ni, dia lah yang take over stereng dari saya.

Satu jam setengah kemudian, kami tiba d lokasi. Kena soal dengn mama, "kenapa balik juga? Kan ke dah lewat? Esok balik la."

Saya jawab, "sian mama tidur sorang malam ni, kami balik juga lah."

Senyum. Angkat beg. Masuk bilik. Terus lena sampai pagi. Tak ingat dah saya sangat lapar sebab saya terlalu letih.

Thursday, 7 February 2013

Self Confidence

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Kalau semalam Abi sibuk dengan Ummi dan baby. Sampaikan abi terpaksa tinggalkan tempat kerja gara gara nak pergi jemput Ummi nun sejam setengah di Utara tanah air, hari ni abi datang Abi dapat cerita baru. Masa tengan asyik buat kerja tadi datang Sr Designer (SD) datang kat saya. 

Dia tanya ada tak Project Engineer (PE) depan saya tu mention apa apa dekat saya. Saya cakap tak la. then terus dia buka cerita. Katanya mereka akan sub-kan beberapa projek under saya selepas ini. Pastu dia cerita la dekat saya apa perancangan mereka kat saya. Kata mereka semua dah bincang dengan boss pun tentang menda ni dan kata mereka boss bersetuju. Salah satunya sebab dalam bulan tiga ini akan ada beberapa projek baru akan berjalan, jadinya engineer tu dah tak menang tangan, jadinya saya la kena sambut projek tu. 

Alhamdulillah, walaupun ianya projek yang hampir hampir nak MP (Mass Production) dah, tapi ianya satu langkah yang baik untuk permulaan saya. Dan bukan satu, saya akan terus handle dua projek. Alhamdulillah . Saya terima dengan hati yang terbuka. Happy juga sebab memang mengharap nak dapat cabaran macam ni. Cumanya saya sedikit takut la, well, kita kan baru sangat sangat dalam bidang ni, tak tahu banyak pun, saya takut nanti saya akan jadi macam engineer yang baru berhenti bulan lepas tu. Semua sebab pressure yang dahsyat. Apa pun saya yakin saya mampu. 

Kata SD tu, dia memang bercadang nak bagi saya projek ni, sebab dia tengok PE tu dah tak mampu nak handle projek tu plus katanya engineer tu tak berapa minat dengan projek tu jadinya dia tak peduli pun projek tu, jadi SD tu terus 'petik' nama saya untuk saya ambil alih. Dia mahu macam tu. Saya terima ja, cuma tadi saya dah pesan, "jangan harap banyak sangat dekat saya ya? Saya ni tak laju, nanti you kata apa plak, and jangan tinggal saya ya? sila beri tunjuk ajar dekat saya.." Tu pesan saya dekat dia. Well, langkah awal saya ini lah, jadikan diri bodo bangang supaya orang tak letak expectation tinggi sangat, jadi dari sana, saya akan ada ruang yang sangat luas untuk peningkatan, daripada buat bagus, lepas tu terkial kial dengan tindakan kita tu. 

Apa pun, saya baca ini satu permulaan yang baik untuk saya. Alhamdulillah..

Haa. tadi SD tu bawa saya pergi kat mesin untuk test mould, tapi sayangnya machine tu belum 'sihat' sepenuhnya. Maka nya, tak jadi dan disambung esok. Tapi kan, ada pesanan baik punya dari Senior Maintenance tadi kat saya. Terus ja SD kata, "tu dengar apa orang tua tu kata . " 

tahu apa dia kata? Katanya.. "Kerja ni, kita kena ada self confidence, kalau kita kata kita boleh, kita mesti boleh. Yakin dengan apa yang kita buat, the rest tu, kita fikir nanti. " 

betul kan katanya? Dia sampaikan pesanan tu selepas bercerita mengenai assistant dia satu masa dahulu, buat sesuatu mesti nak call dia tanya betul ka tak. Kemudian SD kata, "you tak percaya dia mah. Cuba you percaya kat dia." 

Dia balas "mana ada saya tak percaya dia. kalau tak percaya mesti tak bagi dia buat. Saya percaya dia. dia yang tak percaya diri sendiri. sebab tu tanya banyak kali. "

Pesanan baik buat kita. PERCAYA PADA DIRI ITU PENTING. !!


Baby Diaries #bila ummi mula tak sehat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selamat tengah hari readers. Sibuk nya minggu ni. Tak sempat nak menaip
Bebanyak untuk bacaan semua. Hari ni cari masa juga sekejap waktu makan ni nak naip sesuatu.

Semalam, tanggal 06-Februari-2013. Elok tengah hari dalam 11 lebih macam tu ummi hantar sms. Tapi x perasan pun sebab dok asyik kerja. Then suddenly telefon berbunyi, tengok kat screen tu nama ummi, kita pun angkat la, elok demgar suara da risau, lemahnya suara. Rupanya ummi pening pening hari ni. Dia tidur di surau lepas rasa tak sehat, konon akan ok la, tapi tengok tengok tak juga. Makin teruk katanya, dunia rasa berpusing.

Pastu dia kata dia nak pergi klinik. Rasa syukur la sebab ada orang back up, kak elly kesayangan dia tu bawakan ke klinik. (tengkiu kak elly) M know what, doctor bagi terus MC dua hari kat dia.

Abinya apa lagi, dah ummi minta tolong ambil ja, terus kalih belakang, cari boss la. Tapi boss dah keluar. Jadi abi keluar dulu sementara tunggu bos. Sebaik boss sampai ja, terus jumpa boss dan minya balik. Dia tanya juga, "ada apa?" saya cuma balas ada hal dirumah. Dia bagikan aje. (alhamdulillah sekali lagi).

Elok permisi tu dapat, terus balik rumah. Sampai dirumah, ayah cakap nak hantar. (alhamdulillah lagi). Kat stesen bus, sekali lagi dipermudahkan, dapat buss terus, pun tak lama tunggu bus pun gerak.

Dalam bus tu diam ja. X reply sgt text ummi. Sebab nak kasi dia rehat. Alhamdulillah. Dalam sejam lebih tak silap smpai kat sana. Jumpa ja orang tu terus pegang dia. Belek demam ke tak. Pimpin tangan dia pastu masuk kedai makan. Mulanya ummi taknak makan, tapi lepas kena paksa dia makan. Syukurlah.

Cuma satu ja la, rasa pelik, yang masuk perut ummi tu kurang dari masuk perut abi. Saya tanya, "haiii apa ni? Masuk mulut saya 3x da, mulut awak baru satu?"

Jawab dia,
"heyyy mana ada la. Sama lah"

Sama sama tersenyum. Tu peel ummi semenjak dua menjak ni. Yang tak tahan tu, suka ja sebut,
"segan la dengan abi, semenjak dua menjak ni keja nak merap je dengan abi"

Saya kata, "tak apalah.."

Then ummi sambung,
"iyee, tahulah ustaz awk cakap kau dah ngandungkan dia, kau tanggung n sabar la dengan perangai dia masa bawa anak kau"

Apa pun mendoakan yang terbaik la. Sian. Makan kalau tadak abi makan tak lalu. Ada abi terlebih plak lalunyaaa~~hihihi



Ya ALLAH peliharalah dia Ya ALLAH. Andai dapat ditukarkan demam ke sakit tu padaku pn aku sanggup, dia dah penat bawa baby.

Wednesday, 6 February 2013

Kisah #Copy : Pengorbanan Seorang Isteri

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 
Hari ini ada sebab nya saya sibuk begini. Yayang tak sehat. Saya dalam perjalanan nak ambil Yayang di rumahnya,. Doakan kesihatan Yayang ya. Hurmmm. teringin nak menaip satu kisah buat semua, tapi sayangnya tak berkesempatan. Ni saya ada bersama lappy, bawa, kononnya nak naip masa atas bus, tapi tak kesampaian juga rasanya, jadinya saya kongsi saja lah kisah yang saya ambil dari dalam facebook. kisah yang dikongsikan isteri kepada saya. 
Kisah #Copy : PENGORBANAN SEORG ISTERI

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.
**********************************
Sebenarnya kisah ini datang bersama pengajaran yang paling penting untuk kita hayati dan kita muhasabah balik perhubungan kita. 
Iaitu mengenai kebahagiaan. mengenai perhubungan kita. Saya pendekkan, kita kata kita tak bahagia. kita tak seronok, kita tak gembira bersama mereka. Tapi sebenarnya kita yang salah, kita tak jadikan hubugan itu sesuatu yang menarik, yang bermakna. 
Ambil contoh sekeping syiling hitam yang sudah tak nampak rupa. Buruk dan sangat menggelikan. Mana tak nya, dah la hitam, berdaki plak tu, baunya, tak perlula saya nak cerita. Tapi kemudian kita ambil, kita cuci ia sedikit demi sedikit. Dari buruk seburuknya hari demi hari ianya kelihatan semakin bersih, lama kelamaan berkilat dan cantik. Usaha kita tu, walau sedikit, tapi lama kelamaan akan membuahkan hasil. Siapa sangka kan, syiling hitam yang buruk, akhirnya menjadi salah satu harta yang paling kita sayang?

Macam kisah ini, isteri menuntut kembali suami buat apa yang depa buat masa mula  mula mereka berkahwin dahulu, dan ianya satu keajaiban kan? keintiman itu membuka kembali pintu kasih sayang . Walaupun tindakan dia itu untuk 'nama baik' suaminya, tapi secara tak langsung perkara ini membuka kembali rasa yang kononnya 'hilang' semenjak sekian lama mereka berkahwin. 

Moral of the story : Hargailah tiap saat yang kita ada. Ciptalah jalan untuk masa depan. Rangka perjalanannya jadi sesuatu yang indah, pasti pasti dan pasti, ia akan jadi yang sangat bermakna, lebih lebih lebih membahagiakan. Andai kata ada masalah, jangan lari darinya, tapi rapatkan hati bersama ALLAH, pasti ALLAH jaga kita jika kita jaga DIA, jaga AmanahNYA. :))

Tuesday, 5 February 2013

Kisah 400

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada readers baca kisah sabtu yang penat tu? ehhe. tu hari sabtu. Readers tak tahu lagi kisahnya hari jumaat kan? Hari yang paling mandom rasa nya dalam sejarah tahun 2013 saya. Seriously !

tahu apa jadi? Malam Jumaat tu saya loss $400 masa saya trading. in one night weh. id quadrouplet my amount and bring back bout 500+,then suddenly, (its not suddenly actually) its my bad, my mistake, and cause of that G word, i lose all of my profit and my equity.

can you imagine, 400+ (actually 500+) , suddenly turning into negative amount. seriously feels like crying.

next thing that i do that night was, take a wuduk,. then solat.

I might be crying for my stupidity that night, but thats not the main point, the main point was the word G, how that word had nearly bring me something really bad. And how ALLAH give me, and then take it back as a lesson fr me for that G words.

The biggest dissappointment is not money itself, but hw that G word has take control of me, my heart, and my mind. Nauzubillah.

Mendoakan agar masa depan tak jadi macam ni dah. luckily ALLAH let me realize that my dear darling ada bersama walau di atas dan dibawah. Alhamdulillah. dalam kesedihan ada kebahagiaan. ALLAH lindungilah dia. Amin..

Sabtu saya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Beberapa hari saya hilang. Sila maafkan saya. Saya terputus sambungan ke dunia tanpa sempadan ni. Semuanya kerana talian internet diputuskan sebab dah tamat tempoh.

Hujung minggu lalu adalah ujung minggu yang sangat sibuk buat saya dan isteri. Kedua hari itu rasa nya kali pertama kami mengedate sakan sejak berkahwin.

Sabtu pagi. Sungai Petani untuk saya selesaikan urusan perniagaan yang bakal dimulakan, kemudian terus ke Kulim untuk kenduri sahabat saya. Dua duanya yang smpai ke kenduri saya tempoh hari. Di sana agk lama sebab dipaksa tunggu ketibaan pengantin laki kemudian ambil gambar dan bergerak terus ke kenduri sahabat zaman sekolah saya.

Selesai kenduri. Pulang ke rumah berehat. Pun tak lama sebab dalam 2jam kemudian kembali ke SP untuk selesaikan urusan saya d sana.

Seterusnya pulang. Sebaik selesai solat maghrib di hentian. Saya pulang untuk solat isya dan tidak berhenti di sana kisahnya, terus pula ke Pulau sebab ada dinner bersama department engineering.

Dinner dari jam 8 hingga 4 pagi. Itu tentative nya la. Jam 3 saya beransur. Konon tadi letih sgt masa datang, tapi bila pulang, ada pula rasa nak berjalan pusing pusing layan perasaan. Walaubagaimanapun dibatalksn kemudiannya. Sebab ada keinginan nak menaip.

Tapi sesampainya di rumah. Internet tak ada. Okeh. Saya batalkan niat saya. Tidur lahh lagi baik. Hihi

Saturday, 2 February 2013

Kisah #Copy : Kisah suami isteri

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

#copypaste dari SINI.

Kisah ini adalah untuk pasangan suami isteri sahaja.
Senarai pelakon :
Isteri : Julia
Suami : Hasan

***********
Epilogue :

Julia dan Hasan telah mendirikan rumah tangga selama 5 tahun. Walaupun telah 5 tahun, kehangatan asmara masih terasa.

Syukur, mereka dikurniakan 3 cahaya mata yang comel.
Di hari minggu Jumaat :

Hasan > Ayang, malam ni abang nak. (^^)
Julia > ermm, Julia penat la abang...(-_-)" letih kerja pejabat tak habis lagi.
Hasan > Ok.
Tanpa cakap banyak, Hasan terus tidur.
Cuma Julia perasan akan ada tanda sedikit riak kecewa di muka suaminya. Julia tahu, bahawa :

Maksud hadis : Isteri yang menolak ajakan suami, akan dilaknat oleh Malaikat.

tetapi, bukankah dalam perkahwinan itu :

Maksud hadi : Sebaik-baik diantara kamu, adalah yang paling lemah lembut terhadap isterinya.

Julia > Hmmmm..dia faham kot yg aku penat, takperlah esok ada lagi.

*****

Seperti biasa, Julia bangun. Hasan telah tiada di sisi. Begitulah sikap Hasan , mementingkan Jemaah Subuh Jumaat. Hasan ke Masjid Damansara, kira-kira 6km dari rumah mereka.

Usai solat subuh, Julia menyiapkan sarapan, sudah menghampiri 7 pagi. Tetapi suaminya masih tidak pulang-pulang.

"Puan Julia, suami puan cedera teruk, Accident. Di room 512 ICU Hospital Selayang - Nurse "

Ringkas dan padat.

*****

Proloque :

"Kepada suamiku, aku memohon ampun, andai kata malam itu aku menolak ajakanmu dan dirimu tidak redha akannya. Sesungguhnya malaikat melaknat diriku....Ampunkan aku wahai suamiku.

"Hatiku berdetik, malam esok ada lagi, pasti aku boleh melayani kehendakmu. Apakan daya, ALLAH lebih sayangkan dirimu. Dia mengambil nyawamu, malang bagiku, dia mencabut nyawamu dalam aku tidak tahu.. Adakah kau redha denganku, ya suamiku.. Ampunkan aku.

"Akan ku besarkan, ketiga-tiga anak kita. Menjadi soleh, dan solehah, supaya mereka mendoakan kebaikan mu di alam barzakh sana. Ampunkan aku ya suamiku...

"Anak lelaki wajib taat kepada ibunya, dan aku isteri, wajib taat kepada suamiku... Aku bukanlah nujum, aku tidak tahu qada dan qadar masa depan..tetapi aku menolak ajakanmu suamiku...

" Saidina Umar alKhattab ingin meminjam wang negara, demi membeli barang keperluan anaknya. Tetapi ditanya oleh bendahari negara : Apakah kamu dapat menjamin , kamu dapat membayar hutang kamu kepada negara, sebelum putus nyawa ?
Umar tidak mengambil walau sesen pun wang negara, kerana dia berkata : Wahai anakku, aku tidak dapat menjamin nyawaku walau sesaat cuma. Kembalilah kamu.

" Ampunkan aku suamiku, Jika aku tahu hari ini hari terakhirmu, pasti aku memberi layanan kepadamu. Ampunkan aku Ya Allah. tetapi Redha Engkau adalah Redha suamiku...

Amin.. Lipatan Yaasin itu dimasukkan ke dalam tas tangan Julia.
Fina, anak perempuan bongsunya kini telah bersuami, menjadi teman setia dia ke kubur suami semenjak 20 tahun lalu.

Telah berkali-kali Julia memesan perkara yang sama kepada Fina, pentingkan perasaan dan kehendak suamimu.
"Syurgamu ada di suamimu Fina. Ingat pesan mak."

Guruh Petir



P/s : Bila dah sampai masa , dia tak bagi lebih sesaat pun. Bersedialah sentiasa. Moga pemergian kita nanti sebagai para soleh-solehah yang diredhaiNya. Amin Yarabbal Alamin

Friday, 1 February 2013

Fesyen hampess

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Jawab sila jawab.

Aurat atau Fesyen?

Saya banyak da jumpa macam ni. jadinya saya gunakan entry ini sebagai peringatan.

Kita berpakaian. Ingin mengikut sunah, menutup aurat, tapi dengan ayat tu la kita dah salahgunakan apa yang kita ada. Contoh nya seperti ini lah. Berjubah, tapi ketat, sampai nampak garis spenda tu. SALAH la tu. Mana boleh ketat ketat camni.

Lagi teruk ada tambahan tudung, Ya benar, aurat rambut konon ditutup. Tapi terdedah plak dada montok di pandangan umum tu. Sayangnya lah Cik. Buah yang lawa tu p tayang kat orang.

Pastu salahkan la si lelaki yang memandang sinis.

Meh saya nak tanya. Ada ke perempuan yang tutup mata masa lihat lelaki handsome lalu depan mata? Tak ada kan? Samalah juga lelaki .

CUMA SAYA NAK INGATKAN. LAST SEBELUM MENUTUP TIRAI..

#MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

[Surah An-Nur ayat 31]
 

kelakar weh

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

 Credit to :  Facebook Ujang

Kelakar kan? Saya gelak masa tengok pic ni. terus saya share.

Si itik yang didalam bakul gelakkan ayam yang dikurung. Dah la tu digelakkan pula si ayam yang dikurung tu. Si ayam naik marah. nak tampaQ si itik. Ehehehe

Sebalik gambar ni, saya nak ringkaskan pada anda apa simboliknya gambar kelakar ini pada saya.

1. Itik : bebas didalam bakul. tak sempit. Aman sahaja.

2. Ayam : dikurung di dalam sangkar. nak lari ke sana tak boleh, nak lari ke sini tak boleh. Kekadang berasa disepit kerana tak mampu nak bergerak banyak .

Realitinya ini adalah kita. 

Yang hidup dibayangi kebebasan, Kita happy sangat dengan kebebasan kita. Kita gelakkan orang lain. Kita kutuk lagi mereka. Kononnya mereka tersekat, di halang dari itu dan ini, jadinya sesetengah berpendapat mereka ini KOLOT. Kita hina orang orang yang tak mengikut jalan seiringan kita. Kata kita mereka tidak berpegang pada realiti. dan akhirnya kita lenyap dalam 'kegembiraan' kita yang sudah tidak berpenghujung itu.

Keduanya, kita yang hidup dalam landas hidup yang ditetapkan. Seperti juga kurungan yang ada pada ayam. Kita bukan sahaja terhalang dari keluar dari landasan yang itu, setiap langkah ada hadnya. Keatas ke bawah, ketepi dan ke mana sahaja, ada batasan yang perlu kita ikut. tapi akhirnya terselamat.


Sabda Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”. (Riwayat Malik)

Point akhir,, merasakan berat mengikut yang patut dan meninggalkan yang tak patut tu. Tunggulah hingga tiba saat dan ketikanya. Hinggakan yang mati pun meminta untuk dihidupkan kembali walau seketika, supaya dapat bersujud kepada ALLAH. dan kita yang masih hidup mengabaikannya?

BUAT BAIK TAK SENANG, NAK JAHAT ANYTIME. SEBAB BAIK TU SYURGA. DOSA JAWABNYA NERAKA.

WELL, SEBAB SUSAH TU DAPAT ADIAH MAHAL (SYURGA), MUDAH PUN DAPAT ADIAH SELAMANYA NERAKA.

PILIHAN DITANGAN ANDA. MANA YE? :) 

Buta+Pekak+Bisu=CINTA