Followers

Wednesday, 20 March 2013

Membina reputasi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Membina reputasi

Pagi tadi saya di ajar oleh enchik boss bagai mana untuk saya  survive dalam field saya ni. Sebenarnya tak ada la survive macam mana pun, tapi hint dia adalah 'keyakinan' dari pihak customer terhadap kita seorang engineer katanya.

Apabila setiap kali kita ditanya dan hanya memberikan jawapan "tunggu ya saya check dengan mereka", lama kelamaan customer akan malas dengan kita. dia dah tak percaya sebab kita tak ada keyakinan. kalaulah setiap kali pun kita nak check, apa gunanya peranan kita kat sana? tanya dia pada saya.

sebenarnya betul kan? kita kena tahu, kena belajar, kena tanya, agar kita ada ilmu, dan dalam bahasa depa kat sini "kung-fu'' kita hebat, baru kita leh lawan dengan mereka. Agar kita tak di "tai chi" sini dan sana oleh pihak pihak yang nak ambil kesempatan ke atas kita.

Saya ia kan aja apa yang diberitahu kepada saya.

tapi dia ada tmbah la tadi,
"but for you, new engineer, its still okay for you to give that excuses, just that you need to learn more, cause you cannot forever use that excuses"

saya ingat menda tu. sekarang adalah masa membina reputasi kat customer. walaupun bermula dengan tak baik (komplen), tapi itu hanya satu bentuk pelajaran yang saya kena hadapi. Yang pasti, saya kena ubah suma tu jadi yang lebih baik.

"kita kena langgar ja masa buat menda ni, bila sakit tu la baru kita belajar" <-- br="" mereka.="" pesan="">

Penutup 19-Mar-2013

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

hampir sampai 12. penutup untuk 19-Mar-2013. Hari Selasa . Sebelum menutup mata. saya cuma berkongsi apa yang saya rasa .  

Setiap hari, saat dan ketikanya kita membuat keputusan. Kekadang keputusan itu adalah keputusan yang kita rasakan susah, tapi jika tidak dibuat, hampir pasti menyekat kita dalam keadaan lain yang kita tak jangkakan.  

seperti contoh, kita lapar. tapi kita tak makan. kita halang diri kita dari makan. bukan mogok na, tapi saja taknak makan. kita wat keputusan tak mahu makan. sebab kita tahu, kita mampu tahan dari tak makan tak silap sampai seminggu, adi kita nak buat. test diri kita yang konon kebal sangat ni. akhirnya perut masuk angin, kita sakit, kita dapat gastrik. siapa yang susah? diri kita sendiri.  

sama juga dengan apa yang berlaku sekarang. kita konon rasa kita boleh. masih boleh bertahan, tapi dalam masa sama , yang bertahan kita rasa tu sedang merosakkan kita, jadi kenapa perlu kita tunggu untuk ubah? ohh ya kita takut nanti kita buat keslapan lepas tu kita kena balik. tu pun sebab kita disogokkan dengan slogan anti mereka tu. sedangkan mereka buat semua tu kita pn nampak kan? hanya menahan diri mereka dari jatuh.  

kita relate dengan kehidupan kita. ALLAH dan kita. setiap hari kita hidup. berbekalkan dengan ehsan ALLAH. dia bagi kita udara, dia bagi kita air, dia tulis siap dah kat kita, rezeki kita. pendek kata, tak ada apa pun yang ALLAH saja nak letak kurang dalam hidup kita, semuanya dia bagi cukup dah. malah dia dah set dekat tubuh kita, yang jantung kita ni akan sentiasa mengepam darah untuk seluruh tubuh kita. itu ALLAH. kita tau semua tu, yakin dia akan bagi kita semua tu.  

tapi bila diambil untuk realiti kehidupan kita, kita sebenarnya takut untuk tu. takut kalau kita buat kputusan macam tu, nanti hidup kita susah. takut kita tu ibarat macam hidup kita ini, adalah limpah kurnia dari mereka, bukan ALLAH . sedang yang patut kita takut adalah ALLAH. cer bayangkan ALLAH simpan sekejap ja udara tu , tak kasi kat kita satu Malaysia. reason : sebab kita ingkar satu arahan dia iaitu menutup aurat. agak agak la hidup lagi dak kita? Tapi ALLAH tak buat macam tu, ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tak buat macam tu. 

Habis tu napa kita takut kat manusia? Sedang syaitan yang dah terang terang dilaknat tu pn ALLAH makbulkan permintaan nya nak panjang umur untuk menyesatkan manusia hingga kiamat, takkanlah kita yang berdoa, yang meminta dengan hati yang ikhlas ni ALLAH tak bagi?  realiti kehidupan. adakah kita lebih takutkan manusia dari ALLAH? 

 Mari bersama sama kita berdoa. ALLAH berikan tempat itu pada orang orang yang benar benar beriman pada ALLAH.  

 Ampunkan saya andai salah dan silap. Selamat malam. Assalamualaikum.

Tuesday, 19 March 2013

Hari ini

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tadi ada orang tanya saya.
"Weh ampa sombong na, macam tak nampak kami ja?"

Saya jawab, "bukan kata ampa, kami pun tak tau mana p diri kami sendiri."

Ya benar. terlalu packed jadual harian saya. dari masuk sampai waktu makan, (kena tegur ng colleague, waktu makan kita makan, kita rehat,, waktu kerja kita kerja), sampai waktu pulang, dan kadangkala bertambah sampai kan ke lewat.

Pulang ke rumah. Dah lembik. Apa pun dah tak mahu dah. Sian juga kat sapa yang menanti saya tu. Tak larat ya saya sangat tak larat, saya malas nak wat apa apa pun. Luckily ada tuan permaisuri ati sorang tu. kekadang tu kesian kat dia , bila diri dah sangat penat melayan karenah kerja, langsung tak larat nak buat apa apa lagi. Nasib la dia faham. Moga ALLAH lindungi dia.



Thursday, 14 March 2013

Baby stress

Baru jap tadi ngadu Kat ummi. Keja ni stress hari ni, dah nak sampai saat saat kritikal ni. Tekanan.

Pastu ummi cakap,
Adoiii anak manja abi sorg nie. Abi stress dia tegang abi stress dia tegang. Skit perot ummi huuuu

Semalam pun cmtu. Alololololo tomeinya anak kami tu kan? Semalam pun sama lah. Ngadu juga. Jadi menda sama.

Senyum ja la balik. Kebahagiaan ni. Ejje.

Budak kecik tu kan, ummi cita bila dengar zikir ka, ngaji ka, mesti perut ummi rada tegang.

Nak bagi ummi gelak saya selalu kata
"tu la, ummi ngaji pelan pelan, baby nak dengar tapi x kesampaian, jadidia tepek tinga kat perut tu. sebab tu la tegang. "

Kikiki . Senget la laki bini bedua ni kan?

Wednesday, 13 March 2013

Langgar ja

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Alhhamdulillah, baru sampai rumah. Seharian ada di luar. selesaikan tanggungjawab kerja saya. Hari ni sahaja, dari pagi sampai ke petang, ada di luar. Jadinya bila pulang ke kilang, banyak kerja yang saya perlu selesaikan. Bayangkan, apa yang pending pending tu yang sepatutnya siap dari awal dah bertangguh, jadinya kena juga diselesaikan.

Masa di office, tengok semua orang da tak ada, saya luangkan masa sedikit ambil hati ummi. orang tu dah nak lena pun, tapi saya pinjam dia sekejap dan berbual dengan dia. Tak sedar pun berbual , rasa macam sekejap sahaja, rupanya dah setengah jam. Ummi tanya saya tadi, awak nak balik pukul 10 kah? baru saya tengok jam, subhanaALLAH, dah 10. terkejut pula rasa. Terus siapkan mana yang tinggal terus tutup semua dah berganjak pulang dari office.

Overall, perjalanan hidup sedikit packed. tapi saya enjoy, walaupun banyak yang menyerang kebelakangan ini, tapi itulah hidup kan? ini saya rasa adalah ujian ujian yang pastinya mematangkan saya yang baru nak bertapak dalam industri ni. Saya dapat banyak pelajaran bila saya kena macam ni.

Bak kata senior saya, "langgar ja, bila you dah sakit baru you akan ingat". Saya cuba aplikasikan apa yang dikongsi itu untuk saya belajar. Dan saya akui, saya sedikit lambat nak pickup dalam sesetengah hal, terutamanya bila saya tengah di ambang buat sesuatu, saya pasti akan missed out sesuatu juga. Dan missed out tu bermakna saya kan disusahkan oleh perancangan saya sendiri nanti.

Sekarang, apa yang boleh dibuat adalah, perancangan kena lebih rapi dari apa yang saya buat sekarang. Kalau tidak, habis !


P/s : Ummi tanya tadi, dok kerja ja, ntah ingat ke tak ingat kat dia. Sapa lah tak ingat kat isteri weh? buah ati saya tu.. :)

Tuesday, 12 March 2013

Stressful

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru pulang. tadi lepas kerja, balik kejap , lepas tu bersiap, teman mama makan nasi, kemudian keluar lagi jumpa kekawan. Hari ni ada mini-gath KBU dekat Perda. Lama saya tak jumpa kawan kawan tu. Sorang abang kachak yang saya hormat, abang yang luas pengetahuannya, kekadang buat saya rasa jeles, ya lah, banyaknya yang dia tahu dan saya ketinggalan. Ya saya hormat abam. 

keduanya, seorang guru. seorang pelajar pintar yang dahulunya saya terdiam bila bertemu dengan dia. Kata kata seorang psychologist tu, buat saya kagum benar dengan dia. Seorang yang anti kawan alam maya dahulu, tetapi kini, dia ada ramai kawan alam maya yang rapat dengannya.

Yang terakhir, adik saya. Adk saya yang kerja jauh di selatan tanah air ni. Seorang yang saya sifatkan sebagai sangat independent, dan berani. Sebab berani berjauh sampai di selatan demi mengaut ilmu ilmu alam pekerjaan yang dahulunya tak difikirkan akan bersamanya. Yang paling saya suka adalah keberanian dia, redah alam pekerjaan yang majoriti dalam bidang nya. 

Lama berbual sampai 11 lebih malam. Kalau tak mengenangkan ada wanita, rasanya mungkin dilewatkan lagi perbualan kami malam ni, tapi memandangkan ada wanita, kami putuskan untuk bersurai, menanti andai ada masa nanti, kita berjumpa lagi. Ya kami pilih hari siang, agar lebih banyak yang bisa dibualkan. 

Perbualan kami bermula dengan masing masing bercerita bab kerjaya. Saya sedikit terkejut bagaimana ketiganya persoalkan kerjaya saya ketika ini, tanya mereka dah balik lambat la apa la, bz la, apa kerja saya sekarang, saya bercerita tentang kerja saya. Kerja saya, rasa saya bila saya cerita ja orang mesti gelak. Macam ni punya senang pun tak boleh setel ka? 

Sebenarnya terus terang saya katakan, hari ni rasa stress betul. Banyak yang menyerang saya tadi. dari satu ke satu ke satu. Aduh saya rasa lemah betul hari ni,. Selalunya saya kuat sangat semangat, tapi hari ni rasa terduduk, terjelepuk seketika bila di serang bertubi tubi hari ni. Walaubagaimanapun, syukur juga saya ucapkan pada ALLAH kerana mengirimkan pasukan yang menyokong saya, pasukan yang cuba membantu saa menyelesaikan permasalahan saya tadi. Masing masing cuba untuk membantu dalam kadar yang mereka bantu. Seronok juga bila melihat ada orang marah kerana tak puas hati ada pihak yang cuba nak 'membuli' kata mereka. 

Apapum, saya yakin, sudah bermula cabaran besar saya dalam menggapai apa yang saya mahu capai di sini. ianya tidak semudah berkata kata, ianya tak senang seperti mana kita mahukan, ianya perlukan cabaran dan dugaan untuk memataangkan kita dlaam menghadapinya. Dan saya pasti, selagi mana saya kuat, saya pasti akan dapat hadapinya. 

Takkan la macam ni saja saya dah jatuh? tak mungkin !

Thursday, 7 March 2013

Jeep tak ada Engine.

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca .

Saya jarang ada masa nak update entry coretan sendiri, tapi cuba cari menda yang penting yang mampu buat kita lebih mendekati NYA.

Jeep tak ada Engine.
Sumber : Facebook

Alkisahnya, Seorang pemuda tentera yang berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...

Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dalam usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain...

kapten tersebut memanggil beliau untuk mengambil kunci Jeep askar untuk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yang disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...

dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tempat asal nya...
lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...

pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan...

sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yang lain menangis kesemuanya...

lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...

pemuda tersebut berasa hairan...

lalu Kapten yang menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain bersujud kepada ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ... 




P/s : ALLAH tak ada nya yang Dia tak boleh.  Kita mulut kata Ya ALLAH Maha Berkuasa, tapi kekadang hati kita ni ragu ragu, tambah bila berkaitan hal yang kita takut. Ingat, Redha ALLAH 1st, baru kita tengok apa orang nak kata. Renungkanlah. :)

Kerinduan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca .

Kerinduan.

Semalam Ummi SMS, kata Ummi, perutnya tak sedap la. Saya tanya la, kenapa? ummi silap makan ya? Then Ummi bagitahu, boleh jadi juga. Saya syak Ummi terlepas waktu makan pada mulanya, jadi atas sebab itu perut masuk angin, tapi rpanya tidak.

Alih alih Ummi SMS, "Rasanya anak abi dalam perut ni ha, rindu nak jumpa Abi la tu. "
Trus saya jawab, "haa, sudah, jangan ingat kata macam tu Abi bagi balik na."
Ummi diam. Terus saya sambung, "bagitahu kat Baby, baby kalau rindu kat Abi, baby kena sabar, esk kan dah Rabu, dah nak dekat Khamis, Khamis Baby balik la jumpa Abi. Ingat tau Baby, jangan susahkan Ummi, cian Ummi tu, dia bukan sihat sangat "

Jawapan saya panjang, saya tahu Ummi mesti dapat terima. 

Hari selasa kemarin, isteri ada minta izin saya untuk pulang ke rumah. Saya terus sahaja jawab tidak, tanpa berfikir panjang. Saya dapat dengar suara dia dah lain, saya tahu dia memang terasa sebab saya menidakkan permintaan dia tu. Tapi saya abaikan apa yang dia rasa tu. Terus sahaja saya beritahu, saya tak mahu.

Sama juga. Siapa tak merindukan insan yang sentiasa ada waktu kita berduka lara ni. Insan yang ALLAH takdirkan menjadi peneman kita sampai bila bila. Insan yang dihadiahkan buat kita sebagai penyejuk mata, penawar di hati ni?

Tapi kita tak boleh juga nak pentingkan diri kan? Dia, bukan sihat sangat, kita tak boleh sebab kita rasa kita rindu, kita suruh dia balik. Atau, sebaliknya, dia yang rindu , dia nak balik, kita benarkan dengan sewenangnya. Ada masa perlu Ya, ada masa perlu Tidak dalam memberi jawapan. 

Lagipun, rindu rindu yang terkumpul tu, lama lama makin dekat makin erat makin rapat tersimpan dalam hati kan? Tunggu masa meluahkan. ALLAH, pelihara lah mereka berdua. Amin Yarabbal Alamin.

Wednesday, 6 March 2013

Hari ini.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semenjak dua menjak ni, semenjak dah bizi teruk macam ni, susahnya nak balik awal lagi. Semalam, legend la, paling lewat, hampir 10 baru saya pulang. Sampai depan rumah, Mama dah cekak pinggang, dia risau tu, anak teruna dia lambat balik. dah la tu, tak SMS gtau plak tu. Dah saya kena bebel. Padan la juga muka tu sebab tak beritahu awal dekat Mama.

Itu roadblock kedua la. Yang pertama masa di kilang tadi. Isteri tanya, asal abang tak balik lagi?

saya macam biasa la, tak ada jawapan lain lagi sebenarnya, "banyak kerja sangat".Isteri tunggu saya dari tadi. Kesiannya kat dia. Saya tahu, hari ni saya terabaikan dia buat seketika sebab saya dari pagi , sampai petang bertimbun tanggungjawab yang kena diselesaikan. Tapi dalam saya kata abaikan tu pn, saya curi curi juga masa . (saya tak perfect, tapi cuba juga nak beri dia sesuatu, saya taknak dia rasa sedih. )

Saya tak mampu nak tolerate sangat la bab kehidupan buat sementara ni. Sebab saya perlu selesaikan bab kerjaya dahulu. Dan alhamdulillah, setelah hampir setengah tahun saya berusaha, akhirnya hari ni, keluar juga sesuatu yang bagi saya ibarat isyarat awal mengesahkan saya sebagai seseorang yang in charge untuk beberapa projek ni. Happy juga sebenarnya, macam biasa la saya, bagi yang kenal, tahu lah saya bila buat satu perkara tu saya akan letakkan target untuk dicapai, dan alhamdulilah, cepat dari yang saya jangkakan, saya capai juga ia.

Macam tadi, senior saya tegur, kata dia, "saya akui, you ni cepat belajar", katanya pada saya. Saya pangkah apa yang dikatakan tu, jawab saya, "mana mungkin, tok guru mesti la ada satu level yang lebih tinggi dari anak muridnya". Dia kata, "melayu tak ada kah peribahasa yang seakan akan maksud, murid lebih lagi dari gurunya?" tanya dia. Saya jawab, tak ada lah. Dia tambah, Cina ada peribahasa macam tu. 

Tapi bila bab susunan tugasan, anda mesti gelak kalau tengok atas meja saya. Kertas kertas terpakai yang saya gunakan untuk jadi guideline tugasan yang perlu saya selesaikan. Bila dah selesai dalam tu saya akan tick kan kat sana, bermakna saya dah selesaikannya.

Apa lagi yang boleh dikatakan? memang ia banyak sungguh. Sampaikan tak terkejar saya. Dalam fikiran saya, tiap kali pulang adalah, berehat. Perjalanan esok saya mulakan dengan mengatur apa yang saya nak buat untuk hari esok.

Dan semestinya la kita takkan dapat buat apa yang kita plankan, jika ada perkara lain yang muncul in between, saya selalu macam tu. Risau juga sebenarnya , ada menda yang dah hampir seminggu saya delay, reason dia sebab saya kena tunggu orang untuk bantu saya buat menda tu. Sekarang ni, cam mana pun perlu juga selesaikan dia hari esok. Atau saya akan bermasalah teruk minggu depan.

Doakan saya ya?

ALLAH ALLAH ALLAH jangan berhenti berharap

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kita tak terlepas dari buat salah.
Kita tak pernah berhenti buat salah.
Kita tak pernah luput dari kesilapan.

Tapi ALLAH, tak pernah lupakan kita.



Iblis mintak supaya dipanjangkan hayatnya sampai kiamat, Tuhan perkenankan doa iblis tu, padahal derhaka betul iblis tu, takkan lah hamba NYA yang solat tu minta dia tak bagi, tentulah dia bagi. :)

Tuesday, 5 March 2013

Aku dan kata kata ku

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

air mata mereka menitis melihat yang tersayang pergi meninggalkan mereka. aku baca satu status dikongsi seorang yang telah syahid tadi. air mata aku hampir turun. satu, kerana aku juga berkeinginan pergi di jalan ALLAH, syahid mempertahankan agama ALLAH, tanah airku, keduanya, aku sedih, mengenangkan bagaimana mereka yang masih tinggal dan bakal kenangkan dia di sana nanti. kasih sayang yang terputus seketika, walau sbenarnya mereka pasti gembira ketiadaan sang ayah, pemergian seorang suami ke jalan yang sememang nya di rindukan semua yang inginkan redha Yang Maha Kuasa. 

tapi yang ketiga aku jadi marah bila di sana dan di sini saling menuding jari. lebih sakit hati sebab aku menanti update terkini, dan yang dilaporkan, hampas, sampah semata mata.

 Ya ALLAH, kau kembalikan lah pimpinan kami ke tangan seorang yang rindu kepadaMU ya ALLAH, seorang yang utamakan KAU dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua.  Amin Yarabbal alamin

Di Medan Ini

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada readers dengar lagu yang saya kongsikan tadi? Saya sukakan lagu tu. Tiap bait kata dalam lagu itu membawa maksud yang mendalam bagi saya sendiri.

Di medan ini zahirku layu
Jasad kaku dibelenggu
Jalur nadi masih kukuh
Janji setia tidak luntur
( Di medan ini, zahir layu, namun nadi masih kukuh pertahankan janji setia, janji yang takkan luntur, janji mempertahankan tanah air. Walau jasad sudahpun layu, namun nadi masih kukuh, kukuh berjuang selagi mana mampu, selagi punya hayat)

Di medan ini bakti disandang
Korbanku untuk maruah
Teguhkan azam nusa
Agar generasiku terbela
( di medan ini, bakti disandang, andai terkorban, terkorban itu maruah, demi meneguhkan azam nusa bangsa, agar generasi terbela)

Jejakku tinggalkan
Untuk kau teruskan
Bangkitkanku dalam perjuanganmu
Mencantas noda
Bara semangatku
Bara semangatmu
Merintis cinta
(Jejak di tinggalkan, untuk kita teruskan, bangkitkan mereka dalam perjuangan kita, bangkitkan semangat mereka dalam perjuangan kita, bara semangat mereka, semangat kita, merintis cinta, cinta tanah air, cintakan ALLAH)

Di medan ini gemilang persada
Hamparkan jati diri
Gemparkan pada mereka
Kita mampu teguhkan
Lambang merdeka
(Hamparkan jati diri, jadi diri seorang pejuang, gemparkan musuh dengan kekuatan kita, kita mampu, kita mampu teguhkan )


Laungkan semboyan
Seru gempur perwira
Walau gugur kubasahkan darah
Dengan ikhlas
Sumpah hidup wira bangsa

Saat menaip titipan hati dari lirik lagi ini hari sebak, kenangkan perjuangan mereka buat kita, bukan hanya untuk Lahad datu, sabah, tapi juga segenap pelusuk alam, para solehin,, syuhada' yang berjuang untuk menaikkan panji panji ALLAH. Doakan ALLAH berikan mereka sebaik baik balasan buat yang ikhlas menuju jalannya.

Psst : moga kita juga jika diizinkan, menjadi para pejuang y sanggup mati di jalan ALLAH, jihad fisabilillah. 

Buat perajurit

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Suka lagu ini. lagu semangat buat para perwira kita. doakan mereka berjaya. menjulang nama kita di persada dunia. kita gegarkan mereka. tuntut bela atas permergian perajurit kita yang di aniayai mereka.

ALLAH ALLAH ALLAH !






Monday, 4 March 2013

SMS TERAKHIR SEORANG SYUHADA VAT69

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

SMS TERAKHIR SEORANG SYUHADA VAT69 YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU...


Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.. 

 Sebak baca kiriman SMS dari dia. sedihnya sangat mencengkam diri. Buat Isteri, buat anak anak, buat Mak dan ayah, buat Ibu dan ayah mertua, buat kita para penduduk Malaysia. 
 
Kirimkan doa kita buat mereka ya. Berjuang untuk negara.  Moga ALLAH mudahkan semuanya. Amin~~

Buta+Pekak+Bisu=CINTA