Followers

Tuesday, 28 May 2013

28 May

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

im home. ehhe . baru pulang dari kerja. duh penat ya. penat melayan karenah customer. karenah macam macam orang kat pejabat juga.

kekadang kita rasa kita dah bagi yang terbaik. tapi kita tak mampu nak kawal kejayaan atau sesuatu yang dah semestinya bukan bawah kuasa kita. macam kat pejabat saya. nak buat sesuatu, kalau orang macam kita request. susahnya la nak jadi. tapi kalau kita guna kuasa veto yang ada. mudah ja dapat. ohh dunia.

dengan pelanggan kita pula, mintak itu kita kasi, mintak ini kita kasi. tapi kita minta susah juga nak diberikan. tak apa. kita faham. dia juga punya buntut nak diselamatkan dari kena cucuk.

tapi alhamdulillah. pengalaman mematangkan. kita berusaha jadi sebaik mungkin.

kerana kadang kala, yang susah itu kita yaang buat dia.

ALLAH lebih tahu. Susah bakal jadi senang. kan?

terlelap dan terjaga

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

terlelap dan terjaga.

pulang ja tadi macam ok saja. tapi lama kelamaan rasa yang pelik kat kepala ni. sakitnya kepala. naik atas naik atas katil dan berehat. tak sedar yang dah tertidur, yang pelik nya bila terjaga rasa macam dah pagi, macam bangun waktu subuh tu. pelik kan?

dalam berehat tu mengadu sekejap dekat ummi. "entah bila la depa nak upgrade kan?"

tak adalah rasa teruk sangat pasal itu, cumanya rasa macam kekadang im giving more than what i should give. itu sahaja. tapi akhirnya fikir balik sedar yang ALLAH da janji, di sana kurang dia kurniakan di sini pula. sepertimana kekurangan di bahagian ini, dia kasi balik kat trade tu.

alhamdulillah lah.

ALLAH Maha Adil. saya yakin !

Monday, 27 May 2013

pertunangan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

tanggal 24 dan 25 lepas merupakan dua tarikh yang agak besar juga pada saya. 24 nya tarikh pertunangan adinda saya yang kecil sekali bersama pasangan nya dan pada hari berikutnya pula pertunagnan sahabat yang agak rapat juga dengan saya.

Pertunangan.

sesuatu yang bagi saya merupakan titik tolak mula dalam hidup satu masa dahulu. dari kosong, kepada selangkah kehadapan yang akhirnya terpatri ikatan pernikahan.

teringat masa saya satu masa dahulu, berkenalan sekejap, setelah ALLAH memberikan keputusan, saya terus luahkan keinginan saya untuk mengikat dia dalam ikatan pertunangan. Alhamdulillah, beberapa bulan selepasnya selesai dengan pertunangan dan kurang setahun lepas tu bernikah.

mudah sebenarnya bila difikirkan. dan sekarang alhamdulillah. dah meniti bibit bibit melangkah ke alam ayah dan bonda pula.

moga ALLAH permudahkan. 

di kesempatan ni, saya ucapkan selamat bertunang pada adinda saya dan juga sahabat saya tu. Moga ALLAH permudahkan urusan kalian. amin yarabbal alamin.

Wednesday, 22 May 2013

22 May

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni hari yang pelik juga bagi saya. tiap kali saya menaipkan tarikh 22-May ja semestinya pada bahagian tahun 2013 akan saya silap terselitkan dengan tahun 1986. saya pun tak tahu kenapa. pelik kan dengan saya hari ni?

hari ini super busy. dari pagi sampai ke petang saya dengan tugasan sahaja. mula nya pagi, saya dengan customer. kemudian ke tempat supplier, dua tempat sampai ke tengah hari, lepas tu pergi makan, dan sambung ke tempat customer sebelum pulang ke kilang. di kilang selesaikan apa yang patut, pastu petang bergerak ke tempat supplier lagi. subhanaALLAH sangat penat. tapi sekurang kurang dapat melegakan kegusaran hati saya tadi.

hari ini, pertama kali dalam seumur hidup ini , dia jadi lain dari yang lain. hari ini saya belajar 'melepaskan' . belajar untuk menerima dengan redha, dan alhamdulilalh, apa yang berlaku tu saya berjaya hadap dan tenangkan hati sendiri. mana tidaknya. saya hilang 1/3 dari pendapatan bulanan saya, hampir 100 peratus dari usaha saya selama hampir dua minggu. sangat sangat terkejut. sedih tu apakan lagi. tapi benar dengan rasa redha telah berjaya menenangkan hati ni.

saya pasti , ALLAH sedang merencanakan sesuatu bagi saya.

ada sebabnya semua terjadi. saya takkan kalah. saya akan terus berjuang.

Tuesday, 21 May 2013

Ending Cheongdam-Dong Alice

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Ahad lepas macam lawak ja rasa. Tahu apa yang saya rasa lawaknya? saya ni selalu kalau datang hari sabtu ahad ni, susah betul nak bazirkan masa tidur tu. selalu memang lambat la bangunnya. Well, ganti balik apa yang saya terlepas isnin sampai jumaat kan. ehehe. 

Tapi ahad lepas, saya bangun awal. lepas sahaja hantar Ummi pergi kerja. saya terus lepak depan tv. ehee. alkisahnya, saya terlepas cerita ni masa hari kerja sebab saya ada berjanji nak jumpa dengan sir taekwondo saya tu. since dah janji , tertinggal lah apa yang saya tunggu selama ni. Tapi alhamdulillah, hari sabtu tu, lepas mencari cari intisari rancangan tu, rupanya ada. terus set jam. ehee

Saya nak kongsikan tentang ending cerita ni. satu lagi cerita yang saya ikuti. seronok juga saya rasa. 


Cerita ini sebenarnya sedang membawa penonton mengembara ke alam Alice in the wonderland dalam versi drama ni iaitu watak utama yang masuk ke dunia Cheongdam-Dong. iaitu dunia seakan-akan wonderland dalam kisah dongeng Alice yang mana Alice berjumpa dengan alam yang menarik sekali. Yang menarik dalam dunia Cheongdam-Dong tu la yang diyakini oleh watak utama dunia yang akan mengubah nasibnya. 

Di sana dia berjumpa seorang lelaki. Pengerusi yang mengaku dirinya seorang setiausaha. Dia pun berkenalan dengan setiausaha tu. Sebenarnya setiausaha tu bertindak sebagai manusia yang akan menghubungkan pengerusi dan dia. Dari kenal untuk urusan kerja hinggalah dia akhirnya jatuh cinta dan buat keputusan meninggalkan lelaki berkenaan setelah mengetahui yang pengerusi itu lah dia setiausaha berkenaan. Keputusan itu dibuat sebab dia rasa bersalah jika dia terus bersama pengerusi berkenaan sedangkan dia hanya berniat untuk dekat dengan pengerusi sahaja bila dia gunakan setiausaha tu. Walaupun dia ada perasaan pada setiausaha dia mahu buat keputusan itu. 

Dia dihalang oleh sahabat baiknya, yang juga merupakan orang dari golongan bawah tapi setelah masuk ke Cheongdam-Dong ni, akhirnya hidup sebagai orang kaya, setelah berjaya berkenalan dan berkahwin dengan lelaki kaya. Selain itu, kehadiran bapa lelaki itu turut menyebabkan dia terhalang dari pergi. Reason bapanya, anak lelakinya satu masa dahulu pernah hampir gila kerana ditinggalkan oleh cinta. 

Saya suka nak ketengahkan pengalaman baru dalam kisah ini yang bagi saya baik juga untuk kita jadikan pengajaran dalam hidup kita. 

Mengenai mimpi.
"Walau tahu itu mimpi, tapi hidup dalam separuh percaya. Itu cara orang dewasa."
Benar bukan? kehidupan kita seharian mengenai mimpi kita, iaitu apa yang ingin kita capai pada masa hadapan. kemudian kita terjemahkan kepada reality yang kita buat sekarang. Dan kekadang kita lebih terbuai untuk terusan hidup dalam alam mimpi bila mana kita tak berkesempatan berjumpa dengan alam yang seakan mimpi di realiti kita. dalam kisah ini, mimpi dan separuh percaya itu akhirnya merungkaikan kenapa lelaki itu berpisah dengan perempuan itu. Dia ingatkan dia bermimpi, rupanya apa yang berlaku itu realiti, dan apa yang dah dia lakukan dalam alam yang dia ingat mimpi itu akhirnya mengecewakan insan yang sangat percayakannya. 

yang kedua saya suka nak kongsikan mengenai kepercayaan. Apa yang sangat penting dalam sesuatu perhubungan tu. kekadang kita tak sedar kan, bila mana kita kurang kepercayaan terhadap orang yang kita sayang tu bisa buat dia kecewa, malah terkesan didalam hati . benar bukan? macam dalam kisah ini, watak utama akhirnya memilih untuk meninggalkan si lelaki sebab lelaki tak habis habis mempersoalkan dia. 

Walau penamat itu bahagia, tapi hidup dalam realiti itu masih panjang. benar bukan? kekadang kita katakan yang kita dah ada dalam kebahagiaan yang kita idamkan selama ini. tapi yang sebenarnya, di realiti, ianya adalah permulaan yang baru untuk kehidupan kita. kita andaikan kebahagiaan yang kita katakan sebelum kita bertemu bahagia itu adalah penamat, tapi sebenarnya salah. kita bukan hidup dalam alam dongeng. alam 'happily ever after tu". dan yang happily ever after tu hanya ada satu, SYURGA YANG ABADI.

Realiti akan muncul bila mata kita dibuka. Dia nak maksudkan. Realiti adalah apa yang kita hadapi sekarang. macam saya katakan tadi, berada di alam mimpi, alam indah yang kita idamkan, alam yang tak sama dengan alam yang kita ada sekarang. Bukalah mata, dan realiti akan muncul. Mendorong kita untuk mengejar keindahan sekarang, mengajak kita untuk berjuang. jangan takut untuk bangkit ke hadapan. seakan akan tidak ada apa yang lebih menakutkan dari tunduk dan berdiam diri mengalah dalam alam mimpi kita tu. bukankah itu yang diajarkan Islam?


Akhir sekali, saya nak petik kata kata dalam cerita ini, saya nak tujukan buat si dia yang tersayang. 
"Disebabkan cinta, saya amat perlukan awak. 
Sebab saya perlukan awk. Saya Cintakan awak. "

Monday, 20 May 2013

Monolog malam

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selesai sudah satu perjalanan saya. tapi tinggal satu lagi yang belum tutup. harapannya nak tutup minggu ini lah. pastu lagi dua akan datang pada minggu hadapan. banyaknya menda yang mendatang kat saya ni.

tugasan makin bertambah tambah, tapi makin berkurang juga. sebab banyak yang sudah mula ada dalam perancangan, dalam lingkungan gapaian tangan ni.

makin lama semuanya makin baik rasanya. cumanya sekarang perlu memantapkan apa yang tak mantap ni, betulkan mana yang tak berapa betul lagi.

oh panjangnya perjalanan ni kan? tapi benar kan, cabaran yang hadir tu menguatkan kita. dari titik paling bawah kita perlahan lahan merangkak naik ke atas.

ALLAH Maha Adil.

kunci nya adalah Yakin pada JANJINYA.

tak ada yang mustahil. kan?

Sunday, 19 May 2013

Buat Ayah.

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

kat wayang selalu muncul kisah hero hero yang hebat. superman lah, iron man, batman, spider man, bermacam man man lagi lah.

tapi saya bangga sebab ALLAH lahirkan saya bersama hero ni. HERO yang saya boleh tengok hari hari, boleh cium hari hari, boleh melawak, boleh senyum sentiasa bila ada dia.







dia HERO kami. dia lah AYAH.

p/s : saya tak payah p wayang nak tengok dia. sebab dia di realiti bersama saya setiap hari.

Sekembalinya.

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni, 19 May 2013. hampir satu bulan dari entry terakhir dari saya di bulan April. Lama benar rasa nya sejak kali terakhir saya coretkan sesuatu dalam ni. Bukan tak mahu, bukan taknak, tapi terlalu banyak perkara di tengah tengah yang menghalang diri dari membenarkan jari menari nari di atas papan kekunci ini menaip sesuatu , tak kiralah yang datang dari ilham mata, ilham telinga atau dari mana mana ruang yang menyebabkan fikiran terus melayang memikirkan perkongsian yang baik untuk dicoretkan.

Ada satu hari tu, isteri tersayang bertanya, bila abang nak update belog? itu harinya bila dia tanya kan saya. dan jawapan saya, nantilah, bila saya dah senang nanti saya kana coretkan sesuatu. Dia adalah pembaca tetap , belog buruk saya ni, dengan kisah kisah yang banyak di dalamnya, tak kiralah kisah kami, kisah kehidupan saya, ataupun alam saya yang semakin mencabar sekarang.

Hari yang lain pula, dia tanya pada saya, "lamanya abang tak menulis dalam diari baby?" saya cuma senyum sahaja. oh ya, saya tak pernah kenalkan kepada readers kan, kami ada satu diari yang kami gunakan mencoret sesuatu buat si kecil yang belum lahir tu. Coretan pengalaman Abi dan Ummi, dalam menghadapi dunia sementara yang bakal menjadi pengalaman awal jika benar takwa membawa kami ke syurga berdua. Ya kami kongsikan pengalaman berdua di dalam diari tu. ruangnya di bahagikan kepada dua. satu buat Ummi dan satu buat Abi. cumanya tak sempat nak dibahagikan warna tulisan agar mudah baby membaca bila satu hari nanti kami serahkan diari ini untuk nya.

Terus terang, sebulan kehilangan ini penuh dengan kisah jatuh bangun saya. tak mampu andainya di kongsikan semuanya di sini, namun sedikit yang saya dapat kongsikan, saya penah satu ketika sampai ke titik bwah yang buatkan saya terfikir untuk pergi dari kekusutan ini. tapi akhirnya masih berdiri untuk kekal, berbekalkan semangat yang masih tinggal. Alhamdulillah, ketika saya coretkan pengalaman saya di saat ini, ianya sudah hampir kembali ke titik noktah yang sepatutnya saya titikkan seawal mungkin.

Pengalaman ini, saya perlu ambil sebagai satu pengalaman yang baru yang pastinya perlu saya abadikan dalam memori sebagai pengajaran yang perlu dipergunakan untuk menjayakan jambatan dunia ini agar satu hari nanti, kami bersatu juga di dalam alam akhir iaitu alam akhirat. berdoa sangat, berdoa bahawa pengalaman ini menjadi pengajaran buat saya dan semua.

ALLAH sentiasa bersama.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA