Followers

Thursday, 24 April 2014

Kurang berminat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya baru pulang. ada perjumpaan dengan cikgu yang baru sampai dari KL dan juga kawan kawan yang trade guna teknik yang sama dengan saya. Alhamdulillah, disamping dapat jumpa kawan baru, dapat juga puaskan hati jumpa cikgu yang datang dari jauh. dan ada bonus lagi, jumpa sahabat yang dah lama tak jumpa.

Bila dah lama tak jumpa, apa lagi, kena perli la. hihihi. adehh. apa boleh buat, masing masing sibuk dengan hal masing masing. Tambahan sekarang saya pula dah mula nak silent, jadinya lagi susah la. tapi sekarang dah macam kena muncul balik ja? sebab ada ura ura mengatakan nak buat perjumpaan mingguan di lokasi yang sama tu. untuk apa? untuk sesi perkongsian sahaja la. sharing sharing.

Bila dah jumpa ramai tu, maka ada lah berpuak sana dan sini. well, memasing dengan cerita masing masing. saya dengan group kami, mereka dengan grup mereka selepas sesi perkongsian dari cikgu. Dah ada ter-berkenalan dengan seorang pakcik ni. nampak gaya macam berada punya orang. baru beberapa hari kenal dengan 'dunia'. maka berkongsilah dia dengan cerita cerita yang dia dapat dari kawan kawan dia. nampak dia seperti bersemangat sangat nak bermula. dah ada tarikh pun nak mula, 1-Mei nanti dia nak bermula secara rasmi dalam dunia kami.

Satu yang saya pesan dekat kekawan saya tadi, tolong ingatkan pakcik ni. sebab saya nampak dia excited, sangat excited nak make money dengan menda ni. tapi saya takut dia terlalu excited sampaikan dia abaikan perkara perkara penting dalam dunia ni. Yang pertama, disiplin, dan yang juga sangat penting, iaitu ilmu. tanpa ilmu nak bermula dengan apa bukankah itu risiko? Lagi, terus sembang bab juta. ini yang buat saya risau tu. Dan sebab mengapa saya berpesan kepada kekawan saya, adalah sebab dia tak nampak berminat dengan saya. Jadi lebih baik yang dia berminat tu yang buka minda dia pasal ini. Saya cuba juga buka minda dia tadi dengan peratusan untung yang kurang, tapi nampak macam dia tak berminat dengan cara saya.

Jadinya kerisauan saya , saya luahkan pada mereka, kot la nasihat mereka jalan. 

Yes we can think big, but not as big with who we are now.

Prepare all the weapon, before went to the battlefield.


:)

1 comment:

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi singgah pagi khamis
have a great day :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA