Followers

Monday, 7 April 2014

Misi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Misi mengumpul tak semudah yang disangka.

Beberapa minggu ni, saya dalam misi mengumpulkan apa yang saya dah hilang. Alhamdulillah, dalam 2 minggu nampak la kenaikan pada graft yang menunjukkan pemcapaian walaupun lambat tapi ada juga nampak bergerak ke atas.

Datang hari ini, graf turun balik. adehhh, yang dikumpul setengah minggu lepas dah saya habuskan pada hari pertama minggu ini. Mula tu rasa sedih juga, tapi bila kenang kenangkan balik, ada la sebab ALLAH nak hadiahkan saya sesuatu pada hari isnin ni,  dan dan hari pun rasa tenang ja.

Kekadang ALLAH ambil balik matahari, dan berikan kita mendung dan hujan, bukan bererti ALLAH tak nak kita berbahagia dengan cahaya tu, tapi rupanya ALLAH nak beri kita lihat pelangi yang lebih cantik, bersama pelangi yang datang semula kepada kita.

Semua yang terjadi ada kisahnya. Percaya. Percaya Percaya.

Tak mungkin ALLAH nak sakiti kita, tak mungkin ALLAH nak sakiti kita.

ALLAH ambil sesuatu untuk dia ganti sesuatu yang lebih baik.

SubhanaALLAH...

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA