Followers

Tuesday, 27 May 2014

Dua Dua Lima

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tiba lagi dua puluh dua May. Tahun pertama bertiga, juga tahun kedua sambut berdua. Alhamdulillah ALLAH masih diberikan peluang membetulkan yang salah, membaikpulih yang rosak, menampal yang bocor. 

Mudah mudahan diri dapat terus diperbaiki ke arah yang lebih baik. Kerana tiap hari kita hidup kita semakin mendekati alam baru yang mana platform sementara sebelum alam abadi. 

Di kesempatan ini mengucapkan banyak terima kasih untuk hadiah terbaik ALLAH dah bagi iaitu keluarga yang bahagia bersama bidadari syurga yang dikirimkan awal, iaitu Mama dan Isteri, juga khalifah kecil yang sentiasa membahagiakan. Juga pada Ayah yang sentiasa menjadi ikon diri, pada kedua adik yang sangat disayangi bersama satu adik ipar. 

Tidak dilupakan juga pada Ibu dan Ayah mentua yang melahirkan seorang insan hebat menjadi pemangkin semangat diri.

Juga pada adik beradik ipar yang sangat bertuah di punyakan seorang kakak dan adik yang begitu kuat mendokong suaminya ni.



Saya pesan pada isteri, saya tak mahu apa apa tahun ni, sebab saya dah pun dapat hadiah saya tahun ni. dia tanya saya apa, saya cakap, ni dedua yang ada dalam pelukan saya ni. Isteri balas, tapi hadiah yang ni tak dibalut. saya pun cakap, buat apa perlu di balut kedua hadiah ini? keduanya perlu ada di hadapan saya untuk saya tatap, tak perlu dibalut, kerana kedua nya dah cukup buat saya bersyukur bahawa diri sangat bertuah.

Terima kasih Ya ALLAH.

1 comment:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA