Followers

Wednesday, 21 May 2014

Kegagalan ini kegagalan kita.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Terpanggil diri berkongsi apa yang saya jumpa semalam di laman muka buku. Kisah yang sangat menyayat hati saya. Terlalu menyedihkan. Apa yang berlaku pada mereka. dan andai kata ianya berlaku pada kita. Apa yang kita rasa.

Semalam , saya telah memandu pulang dari Putrajaya ke Melaka . Dalam perjalanan pulang , saya ternampak seorang lelaki menunggang motosikal dengan anak2nya yang masih kecil, di mana anak perempuannya yang saya anggarkan berusia 2-3 tahun terhimpit ditengah2. Anak perempuan itu dalam kedudukan memeluk, memakai jaket dan namun tidak memakai topi keledar.

Saya mula mengikuti mereka di suatu tempat selepas keluar susur keluar Nilai dan terus mengekori mereka dengan mengagak Seremban mungkin adalah destinasi yang dituju oleh mereka anak beranak. Selepas susur keluar Senawang, hati saya merasakan seperti ada sesuatu yang tidak betul.
Perlahan-lahan saya merapati mereka danmenawarkan mereka untuk menumpang saya sekurang2nya untuk anak2nya yang masih kecil itu namun pelawaan saya ditolak.

Tiba-tiba, dia berhenti . Saya menganggap dia sedang membetulkan sesuatu dengan begnya . Saya mengambil peluang untuk berhenti berhampirannya dan menawarkan bantuan saya.

Dia menolak tawaran saya. Saya bagaimanapun bertekad tidak akan membiarkan lelaki itu berterusan merisikokan nyawa anak2nya. Walaupun dalam keadaan yang teragak-agak, akhirnya dia menerima bantuan saya. Kedua-dua anaknya baik yang lebih tua dan yang kecil itu melangkah masuk ke dalam kereta saya. Saya memandu di depan dan lelaki itu (bapa kepada kedua2 anak itu) mengekori kenderaan saya di belakang.

Saya mengambil peluang untuk bertanya kepada anak2nya. Dari mana mahu ke mana dan apa tujuannya saya membuka pertanyaan. Kami dari Pasir Gudang akan ke Sungai Buloh dan kini kembali ke Pasir Gudang!

Saya berfikir (terkejut), kegilaan apaan ini? Ya Allah, ia melibatkan jarak perjalanan lebih kurang 400-500 km jauhnya! Saya bertanya lanjut, untuk apa kamu semua risikokan nyawa masing2 membonceng motor adik beradik seperti ini?

Anak itu kemudiannya menjawab, adik perempuan yang kecil itu berisiko menghadapi penyakit buta. Sekali lagi. Saya terkejut! Mereka perlu dengan segera ke Hospital Sungai Buloh bagi menyelamatnya mata anak perempuannya yang masih kecil itu.

Saya berhenti di RnR di Ayer Keroh dan mengambil keputusan untuk membelanja mereka makan tengahari. Kami pergi untuk makan tengah hari . Lelaki itu pula telah dihamburkan satu persatu satu soalan peluru berpandu dari saya. Dia kemudiannya mengakui bahawa dia tiada mempunyai wang yang mencukupi , keretanya rosak , dan dia tidak mampu pula untuk tampung perjalanan dengan menggunakan bas awam.

Dia terpaksa merisikokan nyawa anak2nya demi membawanya kepada seorang pakar mata di hospital Sungai Buloh untuk menyelamatkan mata anak perempuannya. Dia juga telah menolak sekeras2nya tawaran saya bagi membeli kedua2 anaknya tiket bas untuk meneruskan perjalanan ke rumahnya yang masih lagi berbaki 300km perjalanan.

Saya bersetuju dengan keengganan dia namun saya meminta dia mengikuti saya ke mesin ATM yang terdekat. Walaupun dalam keadaan kekok, serba salah dan teragak2 (mungkin rasa malu) untuk menerima wang tersebut namun dia tetap menerimanya dengan baik.

Dan saya tertanya-tanya, macam mana agaknya lelaki itu meneruskan perjalanan dia untuk pulang ke rumah yang berjarak 300 KM itu dalam keadaan hujan yang begitu lebat dengan lori2 besar di atas jalan.

Saya juga terfikir-fikir, akan keadaan di negara ini. Apa yang telah terjadi kepada orang2 kaya (berkemampuan) sehingga terjadinya peristiwa seorang lelaki yang kesusahan terpaksa menempuh pelbagai risiko yang membahayakan dirinya dan anak2nya demi mendapatkan rawatan perubatan di negara ini?

Di mana sifat kemanusiaan kita apabila seorang bapa yang kesusahan yang membawa anak2 menggunakan motorsikal (tanpa piawaian keselamatan yang sepatutnya) tidak dipedulikan?
Kita sebenarnya telah gagal baik sebagai manusia mahupun sebagai negara!
- Acik
Credit to : Janji DIcapati

Semoga ALLAH memudahkan perjalanan keluarga ini, dan moga kita kita yang masih ada ini, yang masih mampu, akan lebih mengutamakan tanggungjawab lain kita ni, selain dari hanya menjaga saku sendiri. Moga ALLAH memberkati mereka, dan sentiasa ingatkan saya mengenai kisah ini bila satu hari nanti saya dipuncak. Moga saya sntiasa ingat dengan kisah kisah kesusahan ini dan walau tidak sehebat insan insan yang lain, tapi sekurang kurangnya berusaha membantu pihak yang tidak bernasib baik ini.

Amin. 

Kegagalan ini kegagalan kita.

:''((

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA