Followers

Tuesday, 20 May 2014

Pantang dapat peluang.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pantang dapat peluang.


Ayat senang untuk saya khabarkan pasal budak kecik ni. Pantang dapat peluang duduk dikerusi driver, habis semua dia main. Mula sekali dia akan tarik wiper tu. Saya selalu kena buah ni, bermandikan air wiper tu sebab dia akan tarik bagi keluar air sebelum dia bagi wiper tu gerak (paling laju, yang 3 tu) dan jugak tatahan sekali siap wiper belakang pun gerak.

Kedua, dia akan gunakan tangan kanan plak nak tarik signal tu. tak kisah la mana kiri atau kanan, tapi lepas dah selesai signal, lampu hi beam plak akan naik.

Sekarang ni dah pandai dah. Pantang bagi peluang, duduk ja kat sana, tak payah angkat dia, mesti dia berdiri sendiri sampai suma tu jadi.

Hai la anak... makin lama makin tak terkejar abi ni.

Ni gambar pagi Ahad sebelum kami gerak ke Alor Setar. Masa ni saya letakkan dia kat kerusi tu sambil saya siapkan barang barang masuk dalam kereta. Tengok lah tu. Habis bahagia lettewww.. Sayang awak dear anak. Jadi anak soleh tau!

3 comments:

idzwa kamaruddin said...

sangat comel :)

Cik Puan Rara said...

alahaiii.bambam nyaaa! geram.

Kira Sakura said...

setiap pagi dengan ummi ini yang dia tuntut. diri situ sambil ummi kemas beg bawak masuk keta. kalau tak ikutkan nanti dia tak nak baring kt car seat. haishhhhh haishhh dia buli umiiiiii!!!!!!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA