Followers

Monday, 2 June 2014

6:06AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Pagi Isnin, 02-June-2014, jam 06:06 pagi, Shahab Perdana. 

Selesai sudah satu lagi Ahad. Mengasuh tuan putera dan dlam masa sama minggu ni ada checkup FatehUwais. Alhamdulillah, sudah 9 bulan putera kami. Sudah makin besar dengan makin banyak ragam yang kekadang tu tak larat nak gelak kat dia. 

Sekarang dah mula memanjat. Sebenarnya dari hari tu lagi. Cuma sekarang bertambah konfiden dia tu. Nak aja lepas tangan bila dah memanjat. Lepas tu jatuh, menangis teruk teruk. Macam semalam la. Overshot, pastu jatuh. Merah juga la muka tu lepas tersembam tu. Terus tak ada mood saya sehari nak buat apa apa. Asal nak menelaah, tak jadi. Tunggu ja bawah tu sampai dia bangun tidur. Rasa bersalah tu jangan cakap la. Sobsss 

Lagi sekarang dah pandai geram. Kalau nak tengok dia marah tu. Nk gelak pn ada. Jari genggam. Pastu mulut ketap. Sampai gegar gegar la kita pala tu kira geram sungguh. Tak larat nak gelak bila tengok. Masa tu saya mesti pujuk dia. Ala sayang. Jangan la marah. Bila dia senyum balik. Kira setel la tu. 

Lagi, semalam umminya nak vacuum bilik. Masa tu dia duduk atas katil bersama saya. Sekejap lentok kot ni. Sekejap lentok kot nu. Peluk cmni, peluk cmtu. Haihhh kata umminya dia takut juga bila dengar bunyi vacuum tu. Tapi dalam tengok dok seriau ty. Pergi jugak dekat nak tengok. Pastu buat muka susah ati dia tu. Mai peluk saya balik. 

Haihh la anak. Kami bakal rindukan saat saat ni satu masa nanti. ;")

2 comments:

Kira Sakura said...

kan dear. mesti rindu telatah dia nanti ;((((

idzwa kamaruddin said...

sweet moment :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA