Followers

Monday, 4 August 2014

05:45AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:45AM. 

Selamat pulang kepada diri sendiri. Bukan hanya ke Penang. Tapi juga kepada tugasan yang dah bercuti selama hampir 2 minggu. 

12 hari bersama simanja buat hati rasa macam tak mahu balik ja pagi ni. Dia dah makin bijak. Faham apa yang kita katakan. Ditambah pula dengan manjanya tu. Saya bakal merindu dengan dahsyat minggu ni sementara menantikan khamis yang bakal menjelma. Kenapa dahsyat? Rindu anak kuasa dua. Rindu ummi pun kuasa dua. Kan dah jadi kuasa empat tu. :P

Minggu ni balik sini sibuk banyak. Sebabnya saya dan isteri dah mula mengemas rumah tu. Kalau dulu isteri swa bersama kawan kawan tapi alhamdulillah. Satu per satu keluar dengan alasan masing masing. Tinggallah rumah tu pada kami. Syukur alhamdulillah sebab bagi saya ALLAH sedang sediakan tapak buat kami bersama, cuma mungkin tarikhnya yang kita tak tahu untuk saya pun ke sana. Doakan mudah mudahan cepat lah. Tak sabar juga rasa sayu ja terpaksa tinggalkan mereka berdua macam ni.

Buat readers, rasa belum terlambat juga untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir n batin. Harap kalau ada apa apa salah sepanjang melaayari blog ni, tak kiralah sama ada yang terkias atau direct saya minta maaf. Yang baik itu dari ALLAH dan lemah itu saya. 

2 comments:

Kira Sakura said...

abi. cepat pindah duduk sini tau ;((((((

ummi aqilah (LM) said...

Selamat hari raya adik.

Moga dpt bersatu bawah satu bumbung tak lama lg

Buta+Pekak+Bisu=CINTA