Followers

Thursday, 16 October 2014

Bila dah mula aktif

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semalam, pertama kalinya lah jog ada kawan sejak sekian lama. Alkisahnnya budak budak ni ajak join mereka. Jadi elok balik kerja terus bersiap dah jog bersama mereka. 

Kalau selalu tu jog ada baby. Hari ni lain la sikit. Xde budak comeii yang dok mengorat satu taman dengan senyuman dia. Ni dengan depa ni. Serius la sikit. Depa pun sebenarnya tengah dok persiaapkan diri untuk Penang Bridge Run bulan depan. Saya menumpang ja. Tapi alhamdulillah. Berasa jugak jog tu. Saya kira kira satu pusingan ada la dalam 1km. Bg saya not bad jugak la untuk pertama kali boleh tibai 7 round kan?

Tengah dok jog ada la sembang. Masing masing ajak saya join sekali PBR tu. Masing masing cerita pengalaman join aktiviti tahunan tu dah banyak round. Saya cakap tak ada peluang la tahun ni. Sebab dah tutup. Tu pun sorang tu ajak ikut jugak. Katanya ikut ja. Bolehh. Saya tak kata apa lah. Senyum sahaja.

Tahu apa jadi seterusnya? Malam bila dah balik. Seorang dari yang jog tadi text beritahu ada satu slot boleh join sebab kawan dia tak dapat turut serta. Jadi saya boleh ambil tempat tu. Tudiaaa. Getar saya. Baru cakap tadi, dia bagi dah apa yang saya ingin. Syukurlah..

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Kira Sakura said...

moga abi dapat balik bentuk badan idaman aminnnn :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA