Followers

Tuesday, 25 November 2014

06:24

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

06:24

Pagi ni sampai juga akhirnya. Pagi di mana kami bertiga akan berjauhan buat seketika. Minggu ni bermula di Selasa. Sepatutnya Isnin la kan, tapi bila datang pagi Isnin tu, rasa tak laratnya lah tubuh ni, Ummi kejut beberapa kali pun cakap tak larat, tu satu la, satu lagi Ummi tu pun memang harap tak pegi la, dah saya pun tak larat, memang tercapai la cita cita dia tu kan.

Bangun di pagi hari nya kan, budak kecil tu dah buka mata awal awal pagi. Nampak saya tepi muka dia, punya la senyum dia tu. Dah bangun apa lagi ajak main la. Abi ngantuk la sayang. Tak ada nya saya nak bangun, tapi last last gagal juga la dah dia kejut kan.

Kemudiannya, bila dah bangun tu, Ummi mengadu, katanya dia sakit kepala. Tapi sambil sambil tu dia dok tengah basuh baju, lepas tu bila saya tengok anak dah mula usai usai muka dia saya angkat dia letak dalam buai, masa tu jam 8 lebih dekat 9 macam tu, tak ada nya dia nak tidur, ingat dalam setengah jam lebih buai dia langsung tak mahu lena, akhirnya saya turunkan dia. Tapi biasalah dia tu bila dah mula mengantuk dia akan buat perangai, Ummi bawa dia atas katil nak bagi dia tidur, saya ada sekali mulanya tapi lepas tu keluar sebab nak mandi. Mula tu susu ok ja, tapi sebaik nampak saya ilang depan mata, mula la mengamuk. budak ni semakin pandai. Tak boleh tengok saya ilang dari mata sekarang ni. Lepas tu dah pandai merajuk. Susah juga nak memujuknya, kalau tak dipedulikan, memang lagi menjadi jadi. Saya plak yang tengah mandi terpaksa keluar memujuknya.



Tengah hari tu, selepas selesai semua, kami keluar. Mula bawa Ummi pergi klinik, lepas tu pergi cari makan tengah hari. hari ni sedikit special, Ummi bawa pergi kedai yang kami tak biasa makan lagi. Gulai ikan temenung. Perghh. Superb! Pestime makan kedai ni saya dah rasa macam sempoi ja, sorry tak ada gambar, mungkin lain kali pergi sana saya review sikit kot kan? Lepas selesai makan, dah orang tu beritahu, dah tak sakit kepala. Acewah, suma tu alasan ja, nak ajak saya bawa dia pergi kedai beli barang dia nak buat kek dia tu. mula tu malas nak layan, tapi dah masa tu anak pun dah lena, dia kata dia dah ok, saya layankan ja la. bawa juga pergi kedai tu. Sepanjang jalan, anak tidur, sampailah ke rumah. Alhamdulillah, seronok rasa, tapi sampai rumah dia jaga.

Next, Ummi dah ready nak buat kek dia tu, since hari ni dia nak cuba macam lain, saya la tukang kacau adunan tu, ada la dia ajar cara kacau, saya layankan juga, dah dia teringin kan, saya tak kata apa la, buat juga la. si kecil kami tu, tahu kita nak buat menda, dia pun nak jugak sibuk tu, macam biasa, saya ni layankan ja, dah dia tengok kami mengacau adunan tu, saya sengaja ambil tangan dia tu, lepas tu bagi dia rasa buat menda tu macam mana. punya la happy dapat mencuba buat. tak cukup dengan tu, mulut tu dok "nak.. nakk.." sampailah bila kek dah siap, dia mula mula rasa selepas ummi, punya seronok.

Petang tu, kami bawa dia main dekat bawah Menara Alor Setar, kali kedua bawa dia ke sini, tapi kali pertama juga la dia main dengan kereta yang ada kat sana tu. Disewakan dengan harga RM5 untuk 20 min. Sampai tak mahu balik la. Dah la tu, langsung tak peduli dah dengan playground kat sebelah tu.

Malamnya, macam biasa, siang dia dah main banyak, malam tu, awal la lenanya. Seronok saya bila time kami makan, dia yang macam anak burung, dok "nak.. nakk", suruh suap nasi dekat dia. bagi nasi dengan sayur, punya happy, tak benti mulut tu ngunyah. Syukurlah, dia lalu makan. Seronok bila tiap kali tu mulut minta nak makan. kami layankan ja, tapi tengok juga la apa yang kami makan, kalau pedas tu, tak bagi la. tapi nya, abeh la selera Abi, taleh nak makan pedas pedas lagi sebab selalu memang nak kena masak yang tak pedas demi anak. Tak apalah, bukan elk sangat makan pedas tu, kan kan kan.... :D


No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA