Followers

Thursday, 11 December 2014

Ikan di laut asam didarat, dalam periuk bikin muafakat

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya baru sampai rumah. Jam 03:39AM. Baru tiba dari perjalanan 10 min yang tertunda hampir 3 jam kerana hujan dan baki lebih kurang satu jam tempoh bertenang. 

"Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bertemu jua"

Masih ingatkah dengan peribahasa ni? Atau readers masih ingat dengan Iklan Petronas satu masa dahulu. 

"Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat"

Umumnya peribahasa ini boleh juga saya samakan dengan "andai sudah jodoh, tidak kemana." Pagi ini saya nak bawa kisah yang dikongsikan sebentar tadi melalui 2 rakan saya. 

KISAH 1:
Dua insan yang bercinta sejak sekian lama. Apabila tiba masa yang dirasakan sesuai, mula berkira kira untuk menyatukannya dengan ikatan pernikahan. Malangnya waktu ini ibu si perempuan terlalu berkira kira bab wang juga bab kedudukan kerana dirasakan ada orang lain yang lebih layak bersama anaknya. Dan satu sebab lain. Dia belum bersedia untuk melepaskan anak yang tersayang dari jagaan nya. Maka bermulalah kisah nya. Berkali kali percubaan memutuskan hubungan yang baru hendak dipatri dengan ikatan sah. Mujur masa itu ayah si perempuan memberi green light. Ikut Islam si ayah wali maka lesen yang diberi sudah tentu mahu dilaksana, ibarat mengantuk disorongkan bantal. Syukurlah si ayah langsung tak berkira bab wang hantaran. Satu yang baiknya lagi , sebelum bermula semua tindakan, mujur ada tuan penasihat, yang pernah melalui pengalaman hanpir sama, menjadi tempat berkongsi juga tempat untuk si lelaki mendapatkan nasihat. Perkara pokok asal yang diberitahu adalah, cari kerja tetap, lepas tu sediakan satu kemudahan, yang mana insyALLAH bisa membantu kamu, mulalah si lelaki mencari kerja yang baik, lepas tu mula mengumpul sedikit duit, terus beli kereta dengan wang simpanan yang dipunyai itu.

Satu bulan sebelum berkahwin.
Masa ni kursus kahwin pun belum ambil. Nak jadi cerita masa tu di Melaka. Memujuk rayu si lelaki di kelas kursus kahwin. "Tak apalah. Berdiri pun saya sanggup. Janji selesai. Bulan depan dah nak nikah ni." Sekali lagi, apabila ALLAH ingin melorongkan jalan, alhamdulillah, ada rupanya satu kerusi kosong di kursus bila ada satu orang tetiba membatalkan kursus di saat akhir, syukur,, ALLAH memudahkan sekali lagi.

Ini kisah si ibu pula. Saya mahu beribu ribu. Malang si lelaki tiada ditangan. Nilai ni. Saya tiada. Nilai ni. Saya tiada. Satu per satu ditolak tawar. Akhirnya satu nilai dapat persetujuan. Hari itu juga dipaksa untuk menyelesaikan. Terus kena bank in. kemudian, sampai satu masa si ayah bertanya, mana duit hantarannya? bukankah kamu kata nak bagi sedikit, bolehlah dibuat duit belanja kenduri kecil kecilan walimah kamu nanti. dah garu kepala si lelaki, katanya sudah diserahkan kepada bakal ibu mentua. dah susah hati si lelaki kali ini. sekali lagi bantuan ALLAH tiba, atuk perempuan yang sedikit berkira bab wang, entah macam mana terbuka hati nak 'taja' majlis kecil walimah tu. mudah sangat, bihun goreng, sedikit kueh, lepas acara sarungkan cincin, snap photo serba sedikit, dah selesai diijabkabulkan. Sungguh bukan saya sahaja yang terkejut, malah sahabat sorang lagi juga terkedu, mudahnya, ada juga walimah sesimple itu? dia membayangkan perkahwinan andai tiada photographer tu dah macam tak wujud didunia sekarang ini.

Syukur, ALLAH memudahkan segala urusan, dari tiada diadakan, dari susah dimudahkan, dari nampak tak mungkin, di realitikan. Kisah ini sedikit sebanyak mengingatkan saya bahawa, andai kita berniat baik, tak perlu nak ditangguhkan, jangan risau mengenai apa yang belum jadi, tapi yakin, berserah semuanya pada ALLAH, DIA Maha Tahu, DIA Maha Memberi, Maha Mengasihani, macam kisah kawan saya ni, dari nak berubah jadi lebih baik, nak berkahwin, dapat kerja, nego duit hantaran, kenduri yang dimudahkan, SubhanALLAH, mudahnya perjalanan yang ALLAH aturkan tu, walau nampak perit, tapi Alhamdulillah, selesai pun, dah 5 tahun berumah tangga, dan sekarang, mula mengatur jalan yang lebih gemilang, mula nampak sedikit demi sedikit berubah kehidupan ke arah yang lebih baik.


KISAH 2:
Mereka berdua kenal lama dah, dari sekolah berkawan. Sampailah si lelaki masuk U. Si perempuan boleh tahan lawa, sejak dari sekolah lagi dah ada rombongan rombongan yang hadir di rumah untuk meminang si perempuan, tapi satu demi satu alasan diberikan, dari masih bersekolah, hinggalah sudah ada yang punya. Semasa si lelaki di U, ibu si perempuan menelefon lelaki. "Betulkah awak berkawan dengan anak makcik ni? serius ka?" jawabnya, "sungguh saya serius makcik, dia sayang saya, saya juga sayangkan dia. makcik jangan takut, saya memang bersungguh nak dia, sabar sekejap, saya belajar bersungguh di U ni sebab nak dpat gaji yang baik, supaya nanti mampu jaga anak makcik dengan baik" jawab si lelaki bersungguh. Syukur di waktu itu si lelaki mampu meyakinkan si ibu mertuanya.

Satu hari, si perempuan menceritakan yang ada lagi datang untuk meminang dia. Si lelaki mungkin terpanas baran di hari itu, terus melepaskan marah pada si perempuan. "dah nak kahwin sangat kan, p la kahwin.", dengan ayat itulah terus dia menghilangkan diri. langsung tak ada hati gamaknya kerana seakan ditekan pada masa itu, sedangkan waktu itu si gadis hanya ingin berkongsi gamaknya ada lagi yang datang untuk meminang si dia.

Nak dijadikan cerita satu hari tu, agak agak lepas satu tahun lebih kot, sahabat kepada si lelaki terbaca satu keratan akhbar. Memang dah ditakdirkan la, sahabat ini seakan tertarik pada satu cerita, ni, sedang sebelum ni tak adanya nak di belek berita dalam akhbar tu, tapi entah kenapa seakan ada satu aura yang membuat dia tertarik pada berita berkenaan. Setelah di amati, dia seakan mengenali satu nama yang disebutkan dalam berita tu, baginya dengan nama gadis yang agak 'rare' tu, tak mungkin orang lain, tambahan lagi tinggal di tempat yang sama dia tahu gadis itu tinggal. DAN point penting ketika tindakan hendak diambil adalah, "gadis itu yang belum berkahwin, terpaksa mengambil tindakan menyara keluarga sebab ayah tak mampu untuk kerja." Terus diambil tindakan menghubungi si lelaki. Mulanya lelaki itu sibuk, dan bukan itu sahaja, mendengar nama pun hati dah tak sudi nak tahu, tapi dek kerana URGENT, digagahkan juga. Dari Isnin dapat berita sampai Rabu baru berjumpa lelaki dek perkara urgent tu. setelah mendengar kisahnya keduanya mencari keratan akhbar sebab nak pastikan apa yang dibaca tu.

Dipendekkan cerita, dari sanalah keduanya berbaik kembali, dan alhamdulillah, dah ada dua anak dah pun mereka sekarang. Satu lagi kisah inspirasi yang bagi saya, baik sekali saya kongsikan dengan readers, bukan menyuruh untuk bercouple dari awal ya, tapi saya nak beritahu, andai ada jodoh, tidak kemana, dan point paling saya nak highlight ialah, tak perlu risau akan masa hadapan, kerana di sebalik kisah yang belum berlaku itu, sudah ALLAH simpan kejutan kejutan manis yang andai kita renungkan penuh hikmah yang mengajar betapa ALLAH tak pernah jauh dari kita. Kenapa perlu takut berubah? Kenapa perlu takut untuk buat apa yang ALLAH suruh kita buat? Jangan risau, apabila hati bulat kepada Ya Rabb, jangan takut, takkan mungkin ada tangan yang bisa menyentuh kita bila ALLAH memberi perlindungan kepada kita, akan tetapi takutlah juga kita, kerana andai kata ALLAH mula menjatuhkan hukum, jangan diharap pada bantuan, kerana takkan mungkin ada tangan yang bisa menghulur bantuan.

1 comment:

Kira Sakura said...

cerita yang kedua tu macam kurang paham. huuuu nanti abi cerita lain ek

Buta+Pekak+Bisu=CINTA