Followers

Tuesday, 9 December 2014

Tambah keyakinan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Tadi. Ketika berbual dengan seorang abang yang sama sama tersangkut dalam dunia fana juga permainan manusia ni. Juga mungkin mangsa keadaan sepertimana saya dan rakan rakan lain. 

Ada bercerita pada dia apa yang saya ingin buat ketika ini. Juga plan masa hadapan yang bakal terlaksana tak berapa lama lagi. Saya katakan kepadanya saya akan berhenti kerja tak lama lagi. Dia tanya kenapa? Adakah sebab nak jaga ibu dan ayah? Saya berikan dia alasan lain. Terus dia suruh proceed. Dalam masa sama dia kongsikan kisah seorang sahabat yang berhenti atas alasan untuk menjaga ibu dan ayah dikampung.


Benar benar mengispirasikan sebenarnya kisah dia. Dan yang paling penting. Isi disebalik kisah ni iaitu keyakinan pada ALLAH. Takkan la sebab alasan yang begitu baik tu ALLAH x lorongkan kita cara? Percaya dan yakin! 

Pasti ada sesuatu! 

2 comments:

Kira Sakura said...

semoga dipermudahkan untuk kita yang, dimurahkan rezeki, dibukakn pintu2 rezeki seluasnya, moga kita redha dengan setiap ujian dan makin tinggi ketaatan pada Dia amin

Wanie Masduki said...

terima kasih sudi kongsi kisah ini..walaupun ringkas, tapi padat dan penuh pengajaran..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA