Followers

Friday, 28 February 2014

Redha

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Salam jumaat readers. Hari jumaat yang indah. Walau didalam nya terselit cerita sedih, tapi bangkitlah. Teruskan berusaha menggapai awan. Moga ada jalannya. Yakin dan terus yakin kerana ALLAH pasti beri andia usaha anda dah dimulai. Yakin pasti!

Dalam hiruk pikuk kesibukan jumaat ni sukacita saya menaip demi berkongsi apa yang saya hadap hari ni. Mungkin berat bila berbicara soal wang, tapi hakikat tu langsung tak lari dari kita. 

ALLAH dah atur semuanya baik bagi kita. Atas sebab itu saya berusaha mematangkan diri, meyakinkan hati yang kegagalan sbentar tadi beserta hikmah yang mungkin bukan hari ni saya sedar tapi mungkin saya mengerti juga satu hari nanti.

Didalam menghadapinya, positif sentiasa menjadi pembantu disamping redha yang sememangnya punya kuasa yang hebat dalam melegakan hati yang gundah. Betul saya cakap. Bila hadapi sesuatu yang tak baik bagi anda, cubalah sabarkan hati, belajar redha dengan apa yang jadi. Pasti anda akan terasa lega. 

Nak lagi power, anda ambil ayat ni, ini kunci paling power untuk redha dan positifkan diri. 

"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah :216)

Selamat mencuba. 

Thursday, 27 February 2014

Training yang bosan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dah 48 jam berakhir training yang saya hadir semalam. Hihihi kebetulan sangat la ada peluang nak menaip sesuatu untuk mengisi ruang belog yang tak seberapa ni. 

Sebenarnya ada training berkaitan APQP semalam. APQP tu bawa maksud Advance Product Quality Planning. Training mengenai salah satu menda yang wajib ada dalam iso tS16949 iaitu iso untuk automotive. 

Niat asal tu nak belajar. Walau saya ada sedikit involve dalam penyediaan APQP setiap kali uruskan sesuatu projek, tapi cuma faham apa yang perlu ada apa suma melalui praktikal, ini dah ada peluang untuk faham teorinya APQP ni, saya pun hadir. 

Mula mula tu nampak macam menarik la dengan trainer yang agak pandai menggubakan situasi buat lawak dan gunakan contoh contoh yang dapat menarik perhatian kami. Tapi lama kelamaan dah jadi bosan dan menyampah pula bila saya nampak dia banyak bebel dan melawak menda entah apa apa yang bagi saya tak relate dengan slide yang tengah present tu. 

Bayangkan 46 slides, lepas minum petang tu belum sampai setengah. Mana tak bosan. Lagi, selepas masuk minum petang dia boleh pula ambil dalam 45 min kira saya untuk 1 slide sahaja dan slide tu cuma kisahkan tentang contoh contoh sahaja. Masa ni memang dah rasa hangin sangat. Bukan tu saja, dah la lambat, boleh plak buka power point lain dalam pukul 6 lebih macam tu. Padahal topik tu bagi saya tak patut kot nak cerita lagi, tambah bila dia beritahu topik ni ada training khas untuk dia. 

5 sepatutnya habis. Dekat 7 baru selesai. Training yang dah buat saya serik nak pergi lagi kalau itu trainer dia. Bukan tak bgus, tapi bila dah ambil terlalu banyak masa dengan membebel perkara tak perlu, dia dah ilangkan konsentrasi trainee nak dengar. Bab melawak tu bagi saya boleh bukan tak boleh tapi tengok keadaan. Saya pun presenter juga dahulu. Tapi saya guna elemen lawak dan cerita cerita keluar tajuk ni bila nampak audience dah mula bosan, jadi gunakannya nak tarik balik perhatian mereka. Sekarang bila ia dah disalah guna, habis.. Sapa lagi masih berminat nak dengar? 

Selkom semakin menjengkelkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Ada sesiapa hadapi menda yang sama??

 

Setiap hari saya pasti akan dapat msg jenis jenis macam ni la. Kekadang sampai 2-3 atau mungkin lebih. 

Serius saya dah sampai ke tahap menyampah dengan benda promosi bangang ni. Agak agak la~~~ 

Anyone working with selkom? Any suggestion? Kot la bleh stop menda ni?

Paling sedih dengan golongan ni

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Rezeki dari ALLAH. Mohon yang ada fikir macam ni, basuh minda, cuci otak tu. 


18 ways to be positive at work

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sibuk makin sibuk. Sampai ada orang hantar ini dekat saya pagi semalam. 



Gamaknya dia rasa saya tengah stress kot keja kan? 

Anyhow, terima kasih kawan. ;)


Dan pada anda, mungkin boleh dijadikan pedoman juga kot . Selamat mencuba. 

Wednesday, 26 February 2014

Takdir rupanya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 


Hidup memang sudah ditakdirkan la. ALLAH sbnrnya dah lama pertemukan daku dengan natang ni. Dahulu patung, sekarang teknik, satu hari nanti masa depan y gemilang. Moga ALLAH pelihara hati, jaga niat2 asal yang terbuku dari dulu tapi belum mampu dilaksanakan. Hati, tolong ingat, perjalanan hidup ini berliku sangat, tapi selagi mana ALLAH sebab musabab tiap perlakuan, selagi itu kita hidup dslam redha, hidup dalam lindungan, yang paling kita mahu, dunia untuk akhirat. Amin yarabbal slamin. 

Tuesday, 25 February 2014

Kecewa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Suppose ada entry lain saya taip sekarang tapi sayangnya line yang sangat hampeh membataskan pergerakan saya dalam dunia blogging ni. Aduhh sekali lagi ianya mengecewakan saya. Seriously rasa sakit hati dengan situasi semasa ni. Memang kena buat sesuatu nak selesaikan masalah ni. Tapi apa???

Saya hairan sebenarnya. Meroyan la jerit kata kita antara yang bagus, tapi hampeh. Dengan dasatnya kita sedang diperbodohkan oleh pihak berkenaan sejak sekian lama. Contoh provider yang tak perlu saya sebutkan siapa lah, satu masa dahulu, dok bangga dengan 4G tapi sbnrnya hanyalah equipment yang upgradable 4G tapi kita masih dengan 3.5G. Saya heran. Mana pergi pihak berwajib?? Takkan tengok ja??

Ambil contoh nak selesaikan masalah, tapi sebenarnya yang dibantu bukan kita tapi sebenarnya diri sendiri. Lihat sahaja pada projek mrt yang baru tu, lawak pula bila baca, wat mrt konon nak memudahkan rakyat, tapi x ka hairan ratus juta hanya untuk terowong yang tak panjang mana tu. 

Saya tertarik sebenarnya dengan negara so called kafir yang mana lagi hebat mempertahankan rakyat nya dari mengaku islam tapi sebenarnya hanyalah munafiquun yang tak berhenti cuba menegakkan islam yang halal bila kena dengan situasi yang memudahkan depa sendiri. 

Lagi bab monopoli. Hebat sebenarnya bila anda fikirkan. Bayangkan ya, saya kerja satu kilang, untung kilang mungkin sampai berjuta, jadi dia bagi bonus dan angpow pada staff staff nya, tapi lawak kat situasi so called syarikat yang besar di negara ni, billion untung bukan bererti memudahkan tapi memudaratkan. Tak perlu kot saya sebut siapa, anda pun tahu. Bukan 1 ya, tapi beberapa la. 

Itulah realitinya. Yang menghancurkan institusi islam sebenarnya bukan orang bukan islam tapi spesis depa ni yang bawa nama buruk tu. Malu sangat malu. Apa boleh buat. Sabar ja lah. Hanya mampu berdoa esok ALLAH balas sekeras kerasnya balasan pada manusia belot ini. Amin.

Kenapa awak tak boleh mereka boleh?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Teringat juga bab perbincangan saya dengan beberapa rakan sabtu yang lalu. perbincangan lawak lawak ja memikirkan apa yang nak jadi dengan negara ni. satunya adalah bab berkaitan bangsa ni. kekadang saya sendiri rasa loya juga malu apabila memikirkan yang saya adalah seorang yang sama dengan mereka. Bukan apa, mereka bukan setakat meloyakan, tapi kekadang saya rasa melampau amat. tambahan yang datang dari gagasan penjilat yang satu tu.

direnung tenungkan ya. konon mempertahankan islam, tapi sampai masa, yang paling teruk memalukan islam datang dari golongan macam ni.

Ambil contoh mudah, saya yang hidup dalam komuniti berlainan bangsa yang mana M adalah minoriti dalam kelompok C dan F.

Saya pernah beberapa kali disoal, "kenapa M jahat sangat? buang anak, bunuh orang, itu dan ini, hari hari keluar berita, surat khabar mengenai M." agak agak apa saya nak jawab??

Jika itu soalan yang datang dari yang sudah lama tinggal bersama M dalam dunia ni. Bayangkan apa pula yang keluar dari mulut F yang baru nak menapak dalam negara ni. 2 kejadian, satunya tatkala saya berpuasa, dia mengajak saya lunch. Dan jawapan saya tak boleh kerana berpuasa di balas dengan, "kenapa awak tak boleh mereka boleh? tu kat belakang tu.."

yang kedua kejadian semasa mereka ajak saya minum untuk hari perayaan mereka. saya ni bendul masa tu, tanya la minum apa? mirinda oren ka? mirinda stoberi ka kan? last rilex ja dia kata, alaa tiger, carlsberg. terus saya jawab tak boleh, dan guess what, jawapan seperti di atas juga yang saya dapat. "kenapa awak tak boleh orang lain boleh?"

ohh tolonglah. berubahlah. Malu kat orang. to be honest, saya tak kesah kalau M yang kena sebab tahu M memang mangkuk, tapi bila terpalit hina tu pada Islam. sungguh mendukacitakan. :(

Monday, 24 February 2014

Alhamdulilah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

ALLAHUAKBAR.

Syukur ke hadratnya. kerana dengan izin dan limpah kurnianya saya peroleh sedikit dalam hati gusar menerima kekhilafan diri .

Sebetulnya agak terkejut dengan apa yang dapat hari ni. Bukan hanya dari segi berniaga sahaja tapi apa yang dikirimkan dalam tak disedari tu. Tahu apa? ILMU. ALLAH kirimkan ilmu kepada saya melalui seseorang tadi tanpa diduga. Betul saya cakap, siapa sangka seseorang sebegitu besar namanya tetiba menegur saya, bukan itu sahaja, siap call dan berkongsi ilmunya dengan saya. Mungkin saya asing bagi dia, tapi tanpa segan silu berkongsi ilmu yang dia ada, malahan ilmu baru hasil kajian pun dia berkongsi dengan saya.

Ditambah lagi perkara lain, dapat juga mencubapakai ilmu yang saya dapat hari sabtu hari tu, ilmu Pandamurai. Alhamdulillah, sungguh saya tak sangka akhirnya saya dapat apa yang saya idamkan hari ini. Betul tau, tadi masa balik kerja, memang ada niat nak cuba apa yang saya pelajari ni, tup tup sebelum saya tidur, dapat peluang mencubapakai menda ni. seronoknya.

Dan akhir sekali, yang tak dpat dilupakan, bersyukur kerana akhirnya tertutup juga post yang agak lama saya simpan. Mungkin masih ada lagi yang hidup,tapi tak apa, tunggu dah lihat aja kerana mungkin ada rezeki saya akan menutupnya cepat, atau mungkin perlu menunggu lagi. Lagi, walaupun saya ambil tindakan nak tutup awal, yang akhirnya masih meneruskan perjalanan seperti yang saya analysis, tapi masih bersyukur.

Saya belajar untuk menerima, walau sedikit yang diberikan kepada saya, kerana bagi saya, biarlah sedikit, mungkin itu sahaja buat saya hari ni. alhamdulillah.

Saya yakin, apa pun yang dikirimkan, semuanya adalah yang hebat hebat belaka.

Alhamdulillah.. :)

Cerita Sebungkus Biskut

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kisah ini saya copy bulat bulat dari page PENYOKONG SETIA HIJAU KUNING .
Sebab saya suka apa yang disampaikan dari kisah ni. "Dalam" message dia sekiranya kita cuba renung-renungkan apa yang ingin disampaikan. Moga moga ianya bukan hanya dapat mengetuk hati saya, malahan anda anda yang membacanya juga.

Coretan ini hanyalah sekadar untuk menjentik minda dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun dengan orang yang sudah tiada.

Kisah ini berlaku di salah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran.

Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.
Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.

Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata , "Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut,setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.

Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : 'Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu".
Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.!

Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat. Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya , didalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi!
Ya awda, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir.Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.

Mengakhir coretan ini dan moral dari kisah ini ialah "never judge the book by it's cover". - jangan menilai buku berdasarkan kulitnya , begitu jugalah jangan mudah menilai orang dari luaran, apatah lagi kesannya menjadikan awda mudah berburuk sangka pada orang lain. Selalunya seseorang itu bukanlah sebagaimana yang kita sangkakan.
  
Renung-renungkan, fikir-fikirkan bersama.

Sunday, 23 February 2014

Jalan Jalan Cari Makan : RockstarZ Burger

Assalamualaikum Dan salam sejahtera pada yang membaca .

Malam jumaat lepas, saya bawa adik adik dan isteri mencuba burger homemade dekat Sungai Ara. Asalnya adik lelaki saya la ni, dia cuba dulu burger kat tempat tu, lepas tu ajak kami pergi cuba. Saya plak kena hari Jumaat pagi tu ada dapat duit lebih sikit hasil trade, ajak la mereka pergi makan burger tu malam Jumaat tu.

Apa yang boleh saya katakan, burger dia agak RARE jugak la. Kalau selalu kita makan burger, daging biasa, tapi di sana daging homemade. Tapi yang paling saya rasa RARE adalah 'perasa' burger dia la. Sapa sangka kan, idea menarik tu dah hasilkan burger yang lain dari yang lain. Nah kat bawah ni saya share apa yang kami dapat malam tu.

Ohh ya. semua burger ni bukan hanya datang dengan nama yang sempoi, tapi juga dalam 3 bentuk. Slow Rock, Hard Rock dan Heavy Metal. Slow Rock untuk single burger, Hard Rock - Double, dan Heavy Metal - 3 keping daging burger, tak kira lah anda pilih ayam atau daging.

Ini ala ala burger yang kita biasa makan tu. Black Pepper. Black Sabpper.

Ini kami panggil burger cheesy meleleh. nama betul dia Metallicheeze. Ohsemm! 

Ini pun RARE. Burger KARI. Red Hot Chilleez

Ini burger dengan nama kedai. RockstarZ

Santanaz.

My Carbonara Romance.

Itu sahaja yang kami cuba malam tu.

Buat yang teringin mencuba, bolehlah melawati 4 cawangan Rockstarz Burger seperti yang tertera di bawah ni. Sekali dengan number telefon tahu. Mana tahu tak berjumpa kan? :D 







Untuk makluman lanjut Anda juga boleh melayari page Rockstarz Burger seperti di bawah ni.

Kisah mereka

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Jam 7:13pm. Minggu pertama bermula rutin baru kami. Sesetengah perkara memang masih sama, cuma yang lain adalah selepas ini tiada lagi pulang di pagi isnin dengan menumpang sahabat saya. Ini adalah kerana hari ni tak silap adalah hari isteri dia daftar diri untuk kursus yang tak silap bakal berjalan dalam jangka masa 6 bulan. 

Bunyi macam seronok la kalau kursus tu waktu bujang. Tapi dah beranak pinak, kena plak anak masih baby? Garu kepala dibuatnya. Terbayang sekejap kalau itu adalah kami. Hoooo~~ sadis weh sadis. 

Sebenarnya ini satu lagi motivasi dalam saya berkira kira tentang kehidupan saya. Bukan apa. Bandingkan kita yang bertaraf kuli dan sahabat yang bertaraf entah berapa tingkat jauhnya ni, pun buat saya sangt bsyukur. Mana tidaknya. Kuli pun kuli lahh~~ x perlu kami menyambut perkara macam ini dalam hidup. Betul kan? 3 hari nak jauh dengan isteri dan anak pn da garu kepala. Macam mana berbulan ni. 

Itu kisah sahabat saya la. Mungkin juga saya tak tabah macam mereka, pasal tu jugak saya ak ditakdirkan dengan jalan seperti mereka. Apa pun bersyukur juga la. Sambil doakan moga mereka tabah. N akan sabar dengan ujian ni. Amin.. 

PJJ lagi.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam saya ada update kata saya teramat sibuk kan? dari pagi sampai ke malam. di luar aja. sampai di rumah anak merap kata isteri. katanya dia tak mahu tidur. kerja nak merengek aja katanya. Tapi elok dengar suara saya, boleh pula bangun, kemudian senyum tengok saya. saya angkat dia. Lagi la nampak senyum tu. Tu belum lagi saya ajak dia main. Lagi la.

Aduh anak yang besar tu pun dah tahu nak cari Abi dia. macam mana lah keadaan orang yang lagi jauh dari kami ni kan? dengan anak yang sedang membesar, bagaimana pula lah keadaan nya bila ada kecemasan dan seseorang lagi tiada di sisi? teringat ada seorang kenalan yang saya kenal dalam kelas tu la. Last time ada juga kami jumpa di luar, semasa dia mintak saya ajarkan dia teknik kami guna sekarang ni.

Mula tu saya ada tanya dia. apa kerja abg? katanya kerja di pelantar minyak. perkara pertama yang keluar dari fikiran saya adalah, "WAHHH.. hebat kerja dia ni. Mesti banyak wang ni. " Tapi bila kami dok berbincang tu, ada panggilan dari anaknya, tanya bila abah nak balik saya terfikir balik. Apa lah sangat dengan wang jika dibandingkan dengan kasih sayang abah dan anak yang terpisah dek kerana tugas tu kan? Sebab itu dia pun memilih bidang ini sebagai kerjaya masa hadapan. Dan sekarang masih dalam proses membina tapak.

Saya mula terfikir. Mungkin benar bagus juga saya terkejarkan kerjaya masa hadapan idaman saya ni. Full Time Trader dengan pakej seorang UwaisSitter.

Buat masa sekarang, saya minta maaf sesiap pada Ummi dan anak. Bukan lah saya terlalu kejar sampai tidak cuba bertanggungjawab keatas keduanya. tapi saya cuba, dan cuba untuk beri semua ruang terbaik supaya masa depan lebih baik.

Masa untuk saya bila saya bermain Futsal. Ya saya juga perlukan ruang untuk diri saya. dan saya pilih futsal untuk merungkaikan keserabutan seminggu dengan tugasan dan perkara perkara lain. Yang sebenarnya sebab dah terlalu sibuk, saya dah mengabaikan badan sendiri. Nah kau, dah makin membelon ni. Habis la ~~

Kedua masa terbaik saya beri untuk isteri dan anak. Mungkin kekurangan minggu ni, tapi saya sentiasa cuba untuk perbaikinya.

Dan terakhir,  ruang untuk masa depan bila saya memilih ini sebagai kerjaya masa depan saya. Dengan terpaksa berkorban sedikit moment demi untuk membina kejayaan. Ya, ini terbaik buat kami mungkin. Bekerja dalam keselesaan rumah dan menjaga tuan putera dengan tangan sendiri.

Saya pasti saya dah pilih yang terbaik. Sekarang saya serahkan segalanya pada ALLAH. Dia Lebih Tahu. :)

Saturday, 22 February 2014

Sabtu yang sibuk

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Jam sebelas kosong tiga malam. Lewatnya untuk saya menulis entry pertama hari ni. Ada juga berkira kira macam tak nak menulis, tapi tak gamak pula mengenangkan mood menaip sudah mula menjengah kebelakangan ini. 

Bermula pagi yang agak awal pagi ni. Bangun sebaik azan subuh tapi sygnya terlepas peluang d surau. Tapi masih alhmdulillah. Bermula d awal waktu. Kemudian tak lama lepas tu isteri terjaga dan sikecil pun terjaga. Awal juga dia jaga pagi ini. Lepas tu tidurkan dia balik. Dah sekali dengan saya pun lebur. Hihihi

Jaga balik dah kelam kabut. Mana tidak nya. Saya ada kelas pagi ni. Jam 9. Konon budget nak gerak awal la, 830 sampai sana. X jadi juga. 9 saya sampai. Alhamdulillah. Belum mula lagi. 

So far boleh saya katakan kelas ni sangat bermakna buat saya. Banyak bagi input input segar juga motivasi buat saya yang sedang mengorak langkah ni. Alhamdulillah. Balik kelas, rasa lagi yakin. Saya pasti boleh! 

Pulang ja dari kelas, jam 5 selesai. Sesi bergambar sekejap, terus gerak balik. Elok sampai. Pegang si kecil, peluk dan cium dia terus bersiap. Solat dan gerak. Futsal lah pulak. Sibuknya saya minggu ni. Kesian juga pada keduanya. Tapi apakan daya. Kesemuanya penting buat saya. Terpaksa lah ianya dibahagikan agar suma berjalan juga. 

Pulang dari futsal. Yang the best partnya. Anak la. Elok dengar suara saya. Mata yang nak terpejam dah terbuka besar. Sudahh~~ kata ummi berjam bagi tidur, dengar suara abi dah jaga. Katanya, rindu abi kot anak ni. Mungkin kot, saya main dengan dia, punya la seronok dia. X mahu dah kat ummi dia buat seketika. Berjam juga la. 

Ni dia baru tidur ni. Kesian anak. Kesian isteri. Sabar ya. Saya yakin ni. Yakin saya akan berjaya. I'll b somebody in this newr future. Very sure bout that! Mudah mudahan. Amin. 

Friday, 21 February 2014

Andai ianya bukan milikmu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Apa sahaja yang muncul dihadapan kita, andai kata ia bukan milik kita, hak kita pasti ianya akan pergi atau hilang begitu sahaja. Betul bukan?

Setitis air walau ianya sudah lalu diatas tapak tangan, tapi bila di genggam, tumpah juga ia ke tanah. Begitulah kurang lebih apa yang ingin saya sampaikan dengan andai ianya bukan milikmu. 

Inilah apa yang jadi semalam pada saya. Bagi yang kenal saya di facebook mesti tahu bahawa saya adalah seorang trader. Teringat semalam waktu saya trade, mengikut ilmu, analysis saya, memang tepat sekali keadaannya. Malah punya hujah yang sangat kuat nak mengiakan apa yangsaya buat masa tu. Tetapi sayangnya, gagal juga akhirnya. Bagi yang tahu, tahulah, yang tidak, harap maaf saya keluarkan terms terms yang anda tak kenal. 

Alkisah saya yang sudah setkan garis keuntungan dan kerugian semalam. Apabila market berlawan dengan apa yang saya analysis. Akhirnya saya rebah. Tertutup sudah apa yang saya dagangkan. Tapi kemudiannya, sesudah ia melanggr titik rugi, ia mula kembali ke tempat yang saya sasarkan semasa analisis tadi. Waktu tu ada juga saya ambil sedikit, alhamdulillah. Sampai ke tempat sasaran saya tu.

Benar bukan? Saya analysis tepat, tapi seperti saya kata tadi, sekiranya ia bukan ianya milik kita, pasti ia takkan datang kepada kita. Saya pasrah. 

Namun alhamdulillah, walaupun gagal, saya syukur kerana saya berjaya melakukan analysis tepat malam tadi. Rugi namun ilmu dan pengalaman bertambah. Mungkin saya perlu ubah teknik berdagang saya. Ini mungkin apa ALLAH nak sampaikan. 

Bercakap soal rugi, teringat juga waktu saya menganalisis teknik yang saya gunakan tapi saya namakan dia teknik tak terkalah tu. Langsung waktu tu tak jumpa rugi. Berbulan lamanya. Jadi bila sekarang kerap pula berjumpa rugi, jadi sedikit tak keruan pula. Tapi apakan daya. Dia Lebih Tahu. Dan tanggungjawab saya pula, walau apa pun jadi, berserah sahaja kepada Dia, terutamanya selepas saya selesai analysis dan mengambil keputusan untuk berdagang.

Semuanya dah tertulis. Tak perlu risau gagal, tak perlu sedih rugi. Asalkan kita beringat, apa sahaja mampu kita recover. Asal ada usaha. Asal ada doa. Asal yakin, rezeki yang ALLAH da sediakan untuk kita tu ada. 

Ulat dalam batu pun tak mati lapar. Inikan kita yang berusaha ke arah itu. 

Yang penting betulkan niat kita tu. Lillahi Taala. Pasti boleh!!

Thursday, 20 February 2014

Minyak tujuh hengget

Assalamualaikum Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Teringat cerita yang kami bualkan masa kami pulang dari Ipoh tempoh hari. Lepas Papa dan Mama pulang dari Umrah.

Cerita isteri pada saya, "Papa kata kat sana kan, minyak 30 sen je seliter"

Saya katakan kepada nya? 30 sen? wahh.. Maksudnya tadi kalau kita di sana kita baru sahaja isi 7 ringgit dan 7 ringgit itu cukup untuk kita guna pulang dari Penang ke Ipoh dan cukup lagi untuk ke Alor Setar. Kebetulan pula masa tu, baru juga la kami isi minyak, penuh untuk mengisi tank kereta untuk perjalanan pulang kami ke Alor Setar.

Saya kata lagi, kalau murah macam ni la, tak ada nya kita nak duduk jauh macam ni kot. mungkin kita akan tinggal di tengah tengah. Masing masing sama adil saban hari, saya ke selatan, dia keutara setiap hari. Mungkin tak sekritikal seperti sekarang.

Ada juga hari tu dia kirakan budget kalau kami nak buat macam ni, tapi nampaknya tak mungkin kot. selepas kira tambah tolak itu dan ini, hanya ada lebih RM100 untuk tinggal di haluan tengah antara keduanya. Atas sebab itu, cadangan itu dibekukan terus. Rasa mungkin ada baiknya kot buat masa ni. Selepas saya dah dapat kerjaya masa depan saya tu, mungkin masa tu tak ada lagi masalah ni. :)

Apa pun, dahsyatnya kan perbezaan antara sini dan sana. nak lagi sadis, minyak yang guna tu pun cap ayam. Entah kerak mana mereka ambil dan berikan pada kita kemudian jerit jerit cakap ini antara yang termurah di rantau ini.

Gelak saya..

Tak apa. kat sini ja. sana nanti tahu la nasib kamu~

Kisah Rumput dan Akarnya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sibuknya saya hari ini. Hihihi. sibuk di pejabat pada pagi nya, kemudian training sampai petang. Kemudian akhirnya balik awal (woww best), last sampai rumah, berehat aja, kemudian keluar balik bawa mama ke kedai cari barang nak masak esok dan Jumaat.

Apa yang bestnya hari ni akan saya kongsikan dalam entry di hari lain ya, mengenai 8D, 8 Discipline in problem solving. Menarik bunyinya kan? ya memang sangat menarik sebenarnya sebab menda baru ni saya rasa bukan hanya dapat diaplikasikan dalam tugasan, tapi sebenarnya banyak kegunaan nya. Cuma apa yang dapat saya rumuskan dari apa isi dalam training ini merupakan "Bagaimana kita nak pastikan masalah tidak berulang lagi."

Menarik sebenarnya jika hendak dirungkai satu per satu, tapi hari ni biarlah ianya saya rungkaikan dari pandangan kehidupan. Dan hari lain saya akan buat entry khas mengenai  8D yang saya belajar tadi.

"Bagaimana memastikan permasalahan yang kita hadapi hari ini tidak berulang lagi. "

 
Ada satu peribahasa cina yang dikongsikan pagi tadi, jika kita hendak memotong rumput, jangan dipotong di bahagian atasnya (daun) tapi potonglah dari akar. Apa yang ingin disampaikan dari peribahasa ini? dia ingin beritahu kita bahawa, jika ingin menyelesaikan masalah, kita tak boleh tackle dia dari permukaan tapi kena lihat dari sudut yang lagi dalam iaitu dari dasarnya. Seperti memotong rumput, hari ini kita nampak dia, kita potong dia. lagi 2 minggu atau mungkin seminggu lagi dia dah berada pada aras yang kita potong pada hari ini. KENAPA?

Ianya kerana kita hanya tackle bahagian atasnya. PERSOALANNYA, selesai tak tugasan kita?

YA selesai. Kita selesai tugasan menghilangkan semak yang kita lihat kan?

TAPI ADAKAH SELESAI SEMUA MASALAH KITA?

Secara teknikalnya kita menyelesaikan masalah juga, tapi bukan dari dasarnya yang mana sekiranya kita buang dari akar, kemungkinan besar tak akan tumbuh lagi rumput tadi. ya selesai masalah awal, bila mana ianya ditegur dan kita dah potong pun, tapi sampai satu masa dia naik balik. masa ni kita kena lagi buat perkara yang sama kan?

Begitulah hidup. Bagaimana kita nak selesaikan maasalah dari berulang lagi?

Jawapannya mudah. ALLAH.  kenapa saya sebutkan ALLAH? sebab ALLAH dah bagi Rasulullah SAW, dikirimkan lagi kepada kita AL Quran kemudian diperincikan dengan As Sunnah, sebagai ikutan kita, yang akan berkekalan sampai ke hari akhirat. Tapi kenapa diambil menda lain jadi sebagai penyelesaian?

Jika hari ni kita kata undang undang menyelesaikan. FIKIR BALIK. kenapa saya cakap fikir balik? Seandainya ada UNDANG UNDANG sahaja, tapi tak ada ALLAH, tak mungkin juga undang undang dapat dilaksanakan dengan baik.

KENAPA?? Hati yang tanpa ALLAH akan ingkar, tapi hati yang ada ALLAH, TAK MUNGKIN akan berbuat salah walau dalam apa cara sekalipun. Mana tidaknya. kita tahu ALLAH Maha Mendengar, kita tahu ALLAH Maha Melihat, kita pun tahu ALLAH Maha Mengetahui, dan akhir kita tahu ALLAH membalas walau sekecil kecil zarah sekalipun kemungkaran yang kita buat.

Berani lagi ka nak buat??

Wednesday, 19 February 2014

Menjenguk jenguk tepi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Ahhh.. Susahnya. Ahh Pedihnya.. Ahh kenapa aku yang diuji.?"

Mungkin pernah satu ketika kita menjerit. Berteriak dalam hati, kenapa kita? kenapa asyik kita? Kenapa? kenapa? kenapa dan kenapa?

Pernah jumpa dengan situasi ini tak?

Jawapan saya untuk situasi ini adalah jenguk jenguk tepi kita , lihat sekeliling kita. Jangan hanya melihat ianya dari sudut pandangan kita.

Termudah. Saya dalam situasi PJJ dengan isteri dan anak.

Teringat kisah yang Mama kongsikan dengan kami, ada seorang kenalan terdekat seseorang dari keluarga kami juga, yang mana isterinya sekrang berada di luar negara, bekerja di sana demi mencari sesuap nasi. Membantu keluarga keluar dari beban kenaikan yang semakin tak tertanggung di kala ini.

Dapat bayangkan tak? Kita yang ada dekat ni, boleh balik jumpa dalam sejam dua, mampu ke sana bila diperlukan, dan ada orang lain yang sekarang beribu batu jauh dari anak anak, pulang pula berbulan sekali, namun pilihan yang ada hanyalah kekal, demi untuk sesuap nasi, demi untuk kegembiraan semua, bukan hanya di lihat dari sudut pandangan sendiri.

Kegusaran saban hari, tinggal di perantauan, meninggalkan kesayangan jauh jauh dari mata. Yang ada hanya kenangan, yang ada hanya gambar gambar bukan dengan pelukan untuk meleraikan kesedihan tatkala memikirkan nasib diri di sana?

Itu satu situasi yang saya ambil sebagai pengajaran buat diri sendiri sebenarnya. Sebab untuk saya bersyukur dan sedar bahawa sebenarnya diri adalah sangat beruntung dari situasi orang yang saya sebutkan dari cerita diatas.

Dalam hidup, ada kalanya kita kena melihat ke bawah sambil sambil kita cuba menggapai awan tu. Kenapa saya katakan begitu? seperti apa saya ceritakan diatas inilah. sekurangnya kita tahu kita lebih beruntung, dan kita bersyukur kepadaNYA. Dalam mengejar redha perkara ini sangat penting untuk kita semaikan dalam diri.

KENAPA? sebab tanpanya kita mungkin bakal menjadi seperti layang layang yang dah mencapai awan, tapi ingin terbang tinggi lagi ke langit, tapi akhir sekali terputus talinya dan terbabas ke bawah tanpa dapat lagi dibantu. Mengejar dan mengejar, tapi lupa daratan, tempat awal kita bermula lagi.

Pernah anda dengar kan, tatkala kita menangis tidak dapat kasut yang mahal lagi cantik untuk dipakai, masih ada lain insan yang tak berselipar, mungkin lagi menyedihkan, TANPA KAKI.

Pernah anda terfikir, tatkala kita meninggalkan makanan, kerana alasannya tak sedap, di luar sana even ada manusia yang mencuri hanya demi mendapatkan sesuap nasi, ada yang mengikat perut, kasi pagi makan petang, kais petang makan malam, atau mungkin lebih teruk, MATI KEBULURAN.

Pernahkan anda terfikir, di waktu kita berduka tidak dapat pakaian yang diidamkan kerana tak ada atau mungkin habis stok, masih ramai yang berpakaian compang camping hanya kerana mereka tak mampu, malah mungkin ada yang terketar kesejukan, kerana mereka tiada pakaian yang elok untuk dipakai?

Bersyukurlah. ALLAH sedang mengatur yang lebih baik buat kita. Percayalah jalannya ada untuk kita. Bergembiralah dengan apa yang kita ada. Ianya mungkin JAUH JAUH JAUH LEBIH BAIK dari insan lain.


Mendidik Anak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Jumaat lepas masa Khutbah Jumaat, khatib ada share beberapa perkara yang rasa saya agak menarik juga untuk saya sampaikan juga berkongsi dengan readers.

Dalam khutbah tu khatib ada sebutkan mengenai "Mendidik Anak" oleh Imam Al-Ghazali dalam salah satu buku yang dia tulis.

Antara perkara yang disebutkan dalam tu adalah.
1. Contoh ikutan
2. Pemerhatian dan meniru
3. Kelaziman atau kebiasaan
4. Ganjaran dan hukuman
5. Nasihat yang berpendekatan jiwa.

Berikut apa yang boleh saya sampaikan mengikut turutan apa yang disampaikan hari tu.

1. Contoh Ikutan. 

Yang pertama dalam hendak mendidik, perlulah dididik kita sendiri menjadi contoh yang boleh diikut. Jangan pula seperti peribahasa melayu kita, "seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul"

Contoh mudah, Rasulullah SAW, bagaimana hebatnya akhlak peribadinya. Hinggakan walau sekecil kecil hal yang dibuat sebenarnya membawa mesej positif pada yang ada disekelilingnya. begitulah aura yang kita perlu ada. Menjadi Contoh Ikutan. Ambil Rasulullah sebagai contoh kita, hayati betapa indah perlakuannya, semat dalam diri kita, akhirnya pasti perkara berkenaan sebati dalam jiwa kita.

2. Pemerhatian dan meniru
Bagi yang dekat dengan kanak kanak, anda tentu perasan sesuatu tentang mereka yang mana mereka suka untuk mengikut kita dalam apa yang kita kerjakan. Tak perlu ambil contoh jauh, khalifah kecil saya tu sudah, hari tu Opah dia batuk, sekali dengan dia pun buat buat batuk, nak tergelak saya dengar akak sepupu dia tegur, "Uwais tiru Opah batuk ya." tersipu sipu pula dia senyum.

Apa yang pasti dari pemerhatian itu mereka cenderung untuk mengikut. Bayangkan yang ada kita buat itu contoh yang tak baik, tak mustahil itu yang bakal mereka ikut.

3. Kelaziman atau kebiasaan.
Bab kelaziman dan kebiasaan. Ambil contoh diri kita sendiri. Apabila kita dah terbiasa buat sesuatu menjadi rutin, bagaimana ianya akan jadi bila ditinggalkan? Mesti rasa kekok bukan? Atau sesetengah perkara yang sudah sebati dengan diri kita akan automatik mengingatkan diri kita bila tiba masa. Begitulah mendidik, jadikan perkara kelaziman itu sesuatu kebiasaan. Seperti solat, ajar mereka "BIASA" dengan solat, biasa dengan perkara perkara kebaikan semenjak dari kecil lagi.

4. Ganjaran dan hukuman
Yang baik diberikan ganjaran, yang buruk dan salah diberikan hukuman. Kadang kala ganjaran tak perlu bersifat material pun, mungkin boleh dialihkan kepada puji pujian kepada mereka, dalam menggalakkan mereka melakukan kebaikan, dan hukuman sebagai pengajaran, agar perkara yang tak baik itu dijauhkan.

 5. Nasihat
Nasihat terbaik adalah yang berpendekatan mendidik jiwa. Nasihat dengan kasih sayang itu sebenarnya sangat hebat kuasanya. Hati yang keras mampu dilembutkan. Benar bukan, teguran yang lembut, dalam masa sama memberi semangat, buatkan hati membuak buak berubah, namun apabila dibentak bentak, hati mula memberontak, langsung tak mendidik, malah lagi teruk hasilnya.


Dalam mendidik, saya tak perlu kaitkan dengan anak anak pun, sebab ini apa yang mampu kita sndiri buat. Contoh diri saya sendiri, satu masa dahulu mudah betul melatah bila dicuit, dan tiap kali melatah, keluar perkataan yang tak sepatutnya, walau bukan kata yang lucah atau kotor, tapi keluar perkataan "opocot". Lama kelamaan bila saya sedar, saya tukarkan perkataan itu kepada ALLAHUAKBAR. dan alhamdulillah, perkataan itu jadi perkataan yang mudah sekali keluar dari mulut setiap kali saya terkejut atau apa sahaja. Dari kebiasaan dan kelaziman tak baik ditukarkan menjadi perkara yang positif.

Sabda Rasulullah, :“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,” (Riwayat Muslim)

Apa yang dimaksudkan di sini adalah apa yang dicoretkan, atau di bentuk ibu bapa itulah apa yang anak jadi. Baik kita, baiklah dia. bersama doa. InsyALLAH. kita hanya berusaha dan berdoa.

Kegagalan kita mendidik anak adalah kerugian besar yang tak mampu hendak digantikan dengan harta benda.

"Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." (Al-Anfaal : 28)


Wallahualam


Tuesday, 18 February 2014

IKLAN : Free 14 USD

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Tradefort ada buat promosi baru. Sebenarnya bukan promosi sangatla, tapi dengan setiap akaun baru yang didaftarkan dibawah link yang saya bagi ni, akan mendapat 14USD PERCUMA.



Untuk masa terhad ni. Sampai 20-Februari-2014 sahaja.

Tunggu apa lagi? Cepat...

Link daftar di sini.
TRADEFORT 14USD FREE

Penuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Satu masa dahulu, isteri pernah tanya saya. Sebab dia tengok saya suka guna profile picture gambar budak budak, especially anak ngasuh mama la. Satu per satu saya tukar. Asal ada yang baru dan saya suka mesti saya akan tukar.

Dia tanya pada saya, "kalau kata satu hari nanti kita ada anak kan, saya akan pakai tak profile picture anak kita? "


Ini akaun instagram saya. lihatlah, penuh dengan gambar anak sahaja. Dari awal kelahiran sampai ke sekarang. Itu baru yang dilihat pada Instagram saya aja, belum lagi tengok di iphone saya, penuh dengan gambar khalifah kecil tu. Sampaikan kalau dahulu saya pakai telefon dengan memori kecil saya tak peduli, sekarang dah berkira kira kalau nak tukar nak iphone yang memorinya 32 atau 64G, demi untuk simpan sebanyak mungkin gambar si kecil dalam telefon saya.

Yang seronok bila bergambar ni bukan apa, si dia tu kekadang akan senyum punya la lebar, nak tayang muka dia kat kamera tu. Macam ummi selalu cerita dekat saya, kalau nak ambil gambar dia akan bagitau anak yang gambar nak diambil untuk Abi. Mesti dia akan senyum. tapi kalau dah duduk depan saya, adeh... susah nak guna helah tu. hihihi

Seronok bila dapat tengok keletah dia dalam ini. Kekadang saya senyum seorang lihat dia dalam ni. Kekadang tu berebut nak ambil gambar dia. tapi akhir saya menang la sebab telefon saya kameranya lebih cantik.

Seronok bila dapat dikongsikan dengan acik acik dia diluar sana. Tapi mungkin sampai satu masa saya bakal hentikan berkongsi gambar dia lagi. Mungkin ianya untuk tatapan kami sahaja??

Monday, 17 February 2014

Cerita cicak dan unta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Hai biar betul ang? Lewat dah ni. "
"ada kerja tadi bang"
"Dah msk Asar dah pun. "
"Huhhh? Takkan kot abg? "
"Ya la. Pukul berapa da ni. "
*muka hampa*
"haa.. P cepat. 20min lagi. "
*senyum*

sebelum bergerak dia berpesan. 
"Tinggai lagi besaQ cicak ja ang nak ambik ni. Awal la lain kali. Orang bg besaQ unta, yang kecil besaQ cicak jugak ang mau. "


Dalam pengajaran yang ALLAH kirimkan buat saya. Moga moga bukan hanya saya, tapi kita semua beringat. 

Kita nak ALLAH jaga kita, kita pun kena la juga jaga hak Dia. 




Bus jam 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

6:13am, atas bas, depan tol Alor Setar Utara. 

Awal pagi saya gerak hari ini dari Alor Setar. Mungkin sedikit lewat dari hari hari lalu tapi agak awal untuk seorang baby yang kena bangun demi untuk hantar abi nya ke stesen bus. Hihi 

Pengalaman pertama ni. Selalunya naik bus paling lewat, pukul 9 malam untuk pulang ke Penang, tapi pagi ini lain, atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan, saya naik juga bus jam 6. 

Mungkin tapi rasa tak patut guna mungkin. Tapi ni lah yang dikatakan takdir. Jalan yang sememangnya ALLAH dah susun buat saya, ummi dan baby. Walau tinggal jauh itu mungkin perit tapi ini juga satu nikmat yang pasangan lain tak ada. Iaitu nikmat jam yang benar benar berkualiti yang kami habiskan bila jumpa dihujung minggu. Masing masing akan manfaatkannya sebaik mungkin bila tiba waktu itu. 

Kedua. Doa. Mana mungkin ianya ditinggalkan. Senjata mukmin bukan. Jadi kebaikannya tak putus doa dibacakan tiap kali ada peluang atau teringat mengenai jarak ini, mohon agar didekatkan, disatukan. Ini satu lagi hikmah. Hati itu dekat dengan Nya. 

Apa pun, inilah kehidupan. Yang indah tak semestinya indah hanya dengan berkata indah. Tapi yang dikatakan kurang indah itu sebenarnya sangat manis bila kita sedar yang ALLAH dah bagi kita yang terbaik. Even yang kita rasa buruk itu juga sbnrnya yang terbaik buat kita. 

Berserah sahaja. Jangan gusar. ALLAH Maha Tahu~~

Sunday, 16 February 2014

Internet connection

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Internet connection speed. inilah yang saya sedang hadapi sejak saya berhenti kerja dari KL. Dah dekat 2 tahun dah saya tinggalkan kota raya dan kembali bertugas di tanah air sendiri. Ini yang sayaa hadapi. Jika dahulu waktu di sana, sangat berbhagia dengan kelajuan internet juga capaian internet setiap kali pulang dari kerja dan di pejabat, bila pulang sini, segalanya berubah.

Serious saya cakap. Kerana ini juga saya rasa saya mula kurang bila bab yang menyebabkan kurangnya sambungan internet saya tu. Contohnya, tag la video kat saya, memang susah la saya nak buka memandangkan internet yang sangat teruk ni. Paling teruk, rasanya dah dekat 2 tahun juga la saya tinggalkan cerita Anime Naruto kesukaan saya tu. Aduh.. ini rasa nya kesan paling teruk sekarang ni. hihihi. 

kekadang tu saya terfikir juga tahu bila memikirkan apa yang penah seorang sahabat kongsikan dengan saya. waktu dia berada di Korea bercuti satu masa dahulu, tak ada pula berdepan masalah internet yang sangat teruk macam ni dan juga paling mengejutkan pada saya adalah, dia tengok perlawanan bola sepak masa tu, secara streaming TANPA perlu tunggu buffering, sedangkan kita kat sini, tengok video tak berat mana pun dah streaming macam tah pape. Gila sungguh kan?

Lagi, bila di beritahu di luar negara tak perlu pun bayar lebih untuk gadget dengan 3G, hanya perlu beli yang ada fungsi Wifi untuk capaian internet. Sebab di mana mana akan ada capaian internet.

Lawak kan? Pay more, get less, slow and with quota. Dan lagi menarik bila MENGAKU kita antara yang terbaik saban hari.

Ohh Malaysiaku..

Saturday, 15 February 2014

Demam

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, awal awal pagi isteri dah call saya. Tak silap jap 6:17am. Kejutkan saya sambil mengadu anak demam.  Katanya suhu badan Fateh Uwais masa tu 37.9. Saya pula yang dah terbangun terkejut macam tu terus tak lena.

Lepas sahaja saya advice dia apa nak buat saya bangun. Aduh. Jem. Sakit sangat rasa. Elok terjaga kejap ayah panggil, ada sahabat tunggu di bawah nak pinjam helmet. Saya turun dan diperhatikan ayah, tapi dia tak cakap apa apa, cuma pelik gamaknya tengok saya turun tangga. 

Lepas selesai tu, naik atas nak solat subuh. Lebih teruk. sakitnya. langsung tak boleh nak tunduk. Sempat satu rakaat saya buat, lepas tu batalkan solat tu sebab tak mampu tahan sakit lagi. Kemudian, solat berdiri. tak tahu nak fikir macma mana dah, nak tunduk sakit, nak duduk kan menunduk, sakitnya tak tahu nak kabo. Terpaksa rela saya solat juga, solat berdiri. Memang terpaksa. Selesai aja, bersiap apa semua, turun bawah. Mama tanya, dah saya cerita, terus Mama panggil datang dekat untuk Mama sapukan ubat dekat saya di belakang pinggang saya.   

Di pejabat, kerja banyak pagi ni. Ada aja yang kena buat. dengan nak kena tukar packaging di store sebab tak cukup orang nak buatkan, ya la, mana tak nya, ada production pun tak mahu support. dah la menda ni berkaitan dengan kesalahan depa juga yang melawan saya masa awal development dulu kan.. Aduih.. ini memang dugaan la. sebab banyak nak kena tukar. 680 pcs part nak hantar bersamaan dengan 17 bins yang berkuantiti 40 pcs per bin dari kotak yang berisi 52 pcs satu kotak. Bayangkan lah. tapi redha aja. buat sambil hati hati sebab takut makin sakit. 

Dalam masa sama Ummi SMS, katanya demam anak naik. panggil saya ke sana. Actually memang nak pergi, cumanya plan saya mungkin antara awal dan lambat sahaja, mana tak nya dengan keadaan kerja yang banyak ni. serabut weh.. Tapi mujur, mungkin dalam kesulitan ada kemudahan juga kan, sakit saya la kesulitan dalam kemudahan tu. Sakit tu sebab untuk saya ke klinik nak jumpa doktor, boleh juga nak dapatkan MC, tak perlu cuti nak pergi jemput buah hati saya yang tak sehat tu. 

Kul 12 saya balik juga. Mula sekali saya pergi klinik. selesai ke klinik. terus balik rumah. Siap dan mintak tolong ayah hantarkan ke stesen bus. Alhamdulillah la, sampai kt stesen bus terus ada bus nak ke sana. kul 2 lebih macam tu bus jalan, dalam 3 lebih saya sampai sana. Since keduanya belum sampai, saya baik tingkat atas cari surau untuk solat. Elok habis ja depa dah sampai.




Ni ha muka manja yang demam. senyum sikit ja dekat Abi dia ni. Kesiannya lah. dengan mata berairnya, dengan idung yang selesema tu. aduh. Tak sedar tergugat juga saya tengok anak macam ni. Sedihnya.. Saya angkat dia, senyum dia masa saya angkat. saya cium cium dia. lagi tambah senyum tu. Tapi nampak dia tak berapa sehat. Tak cergas macam selalu. Selepas itu saya tukar kedudukan dan memandu kereta tu. Lokasi pertama klinik. Nak bawa si kecil ni jumpa doktor dahulu. Tapi sebelum tu Ummi nak singgah beli barang dia. Saya kata pergilah, saya akan tinggal dalam kereta bersama anak. 


ni ha keseronokan si kecil ni bila saya bagi peluang jumpa dengan stering kereta. Tengoklah tu, nak aje di gigitnya stering tu. Tak bagi nak pegi, dah bagi dibuatnya stering tu macam cekelat pula. tu belum lagi di tekannya hon tu dengan perut dia.

Selepas ke klinik, kami pulang. Seperti saya cakap tadi la, dia tak meragam, tapi juga kurang aktif macam selalu (kurang aktif ja saya kata, aktifnya tu tak boleh kata, tak diam macam tu juga. hihi). Dalam kereta sepanjang highway tu Ummi kata, ni anak kita ni demam pasai rindu Abi kot. Saya senyum, mungkin juga kot kan. mata tak alih dari tengok saya masa memandu. pastu nak aja 'sentuh' saya. tak dengan tangan, kaki tu nak aje 'kena' juga kat abi ni. lepas Abi kalih ja, tu ha, bagi senyuman.  Ohh Uwais sayang.. Maafkan abi ya. kita belum mampu tinggal bersama lagi.. Moga sampai masa tu nanti. Amin. 


Satu yang saya rasa sangat istimewa budak ni. Senyuman tu. dalam tak sihat masih mampu tersenyum buat Abi dan Ummi. Terima kasih Yayang. Abi Ummi syg awak sampai bebila.
 

Wednesday, 5 February 2014

Semalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Penat. Letih. Badan sakit. Tapi puas. Hihihi. Semalam punya cerita ja pun. Selepas dah lama tak meet up dengan geng traders, minggu ni ada dua temujanji yang saya perlu selesaikan. 

Satunya seorang yang bekerja di atas offshore. Mencari peluang menambah ilmu demi untuk kembali ke pangkuan keluarga. Alasan sama yang saya jadikan semangat kenapa bidang ini saya pilih sebagai kerjaya masa hadapan. Dekat. Dan saya sendiri memerhatikan keduanya. Ini harapan saya. 

Orang kedua, yang sampai ke pagi hari mengkaji market berdua semalam adalah antara insan terawal bersama saya dan mengajar saya dalam bidang ini. Dan akhirnya kami tetapkan minggu minggu mendatang bakal ada lagi aktiviti ini sebagai kelas mingguan kami. 

Bagi saya kedua pertemuan punya hikmah yang sangat istimewa. Yang pertama pertemukan saya dengan ilham baru bersama apa yang kami gunakan manakala yang kedua membawa saya menjadi pengkaji kepada pasaran yang akhirnya saya rasa bakal memantapkan lagi pemahaman kami. 

SubhanaALLAH. Indah sekali susunannya. 

Monday, 3 February 2014

Sembang Santai

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Perjalanan pulang ke Alor Setar kemarin jadi sesi luahan perasaan pula saya kepada isteri bila dia tanya sesuatu yang saya pendam lama dah. Perbandingan antara dua yang bagi saya cukup untuk saya filter dengan siapa yang ada sekarang. Juga menjawab soalan saya kepada dia hari yang adakah dia perasan saya sedikit 'keras' dengan orang sekarang ni.

Tersebut kisah ada satu hamba ALLAH ni. Hidup terumbang ambing. Susahnya saya tak tahu bagaimana, tapi mungkin basah mata juga bila saya kenangkan bagaimana dia terikat dengan saya hanya untuk satu perkhidmatan yang bagi saya terlalu kecil untuk persaudaraan yang dihulurkan. Keikhlasan yang diberikan n kegembiraan yang dikongsikan. 

Dan kedua. Juara yang berubah. Yang berjaya. Yang hebat bersama 'nama' dan kualiti juga mahsyur bersama reputasi yang meningkat sekarang ini. Tapi seperti kisahnya buaya dan kerbau, dilepas tersepit, dibalas gigit.

Lain keduanya, tapi 'nilai' yang berbeza bila saya perhatikan apa yang berlaku sekarang. 

Perbincangan itu buat saya sedar sebenarnya. Hidup bukan seindah bunga yang berkembang setelah lama menanti mekarnya, ianya tidak juga seburuk sepertimana jatuh dan ditimpa tangga. Ianya ada brsama hikmah sepertimana pelangi yang datang setelah hujan. 

Dalam ditampar ujian yang datang ni, saya tahu sinar itu ada. Satu nya bidadari dunia yang dikirim dari syurga. Dan keduanya mungkin keikhlasan yang bagi saya sangat sangat bernilai. Jadi redha n sangat gembira walau dtampar ujian ni. Bersyukur sangat saya dikirimkan dengan ini. 

Kepercayaan itu bukan datang bersama tahun perkenalan, bukan datang bersama kemanisan dalam perhubungan, jauh sekali jika mahu diukur berdasar prestasi masa depan sama ada cerah atau tidak. Tapi ianya ada didalam hati. Di lubuk paling dalam. Tak mungkin dikorek, tak dapat digali. ALLAHUAKBAR!


Kedua kali

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Rabu lepas, elok lepas balik kerja, siap siap. Lepas makan saya minta adk hantarkan saya ke stesen bus. Hati berbunga sangat. Mana tak nya. Khamis dah mula cuti. Sebab CNY kan. Company nak tutup awal. 

Smpai ja kt Butterworth, alhamdulillah. Bus dah ada. Terus naik bus. Satu jam plus rasa saya. Sampai. Tak macam selalu. Sedikit lambat ummi fetch saya sebab si kecil tidur tadi. Dah bangun nak susu pula. Saya tunggu. Sesampai ja dah senyum lebar. Itu Ummi la. Ank nya senyum meleret juga bila diciumnya pipi dia. 

Keesokannya. Macam biasa. Ummi lepas bersiap. Saya drive ke tempat kerja. Sedikit lambat pagi ni. Sebab singgah untuk cari makan sebelum sampai ke tempat kerjanya. Anak pula awal bangunnya pagi ni. Tak silap 6 lebih dia dah jaga. Buka ja mata tu terus senyum lihat Abi dan Ummi disebelah nya. 

Lepas hantar Ummi kami pulang. Lain macam pagi ni. Sampai rumah dia dah mengamuk. Faham ja saya. Mengantuk la tu dah bangun awal kan. Saya pujuk sahaja dia. Dan dalam masa sama sediakan air mandi juga susu untuk dia. Kemudian, saya mandikan dan siapkan dia lepas tu. Yang lawaknya dah mengamuk teruk masa tu. Jadi demi memdiamkan dia. Sebelah tangan siapkan dia, dan sebelah lagi menyuap susu kepadanya. Itupun dia jadi mangsa la, pegang botol sendiri masa nak dipakaikan pampers dan baju tu. Elok elok siap saya masukkan dalam buai dah slhamdulillah, tak lama sangat enjut si dia dah tidur. 

Rasa ini pertama kali kot dalam sejarah tidur siang anak. Ummi dia, Tokma n Opah pun terkejut. Lama dia tidur hari ni. Dalam 10 macam tu sampai dekat pukul 2 baru terjaga. Memang sungguh sungguh dia lena hari ni. Itu pun abi la standby tepi buaian tu. Masa dia jaga tu enjut, tengok dia macam jaga lagi saya beri dia susu lagi. Alhamdulillah. Lama tidurnya. Sampaikan saya kensel makan tengah hari kami sebab tengok
Dia tidur asyik sangat. Sian juga ummi tu tak ada teman makan hari ni. Tapi apakan daya. Kejut anak kejap lagi pukul 12 pukul 2 sampai rumah, pukul 3 dah nak keluar lagi. Kesian dia waktu tidur dah terganggu. Jadinya saya ubah waktu bg dia tmbh rehat, saya tahan perut. Ummi risau tapi saya yakinkan dia. Mujuk alasan diterima. Mna taknya kan, alasan demi tuan putera syg dia tu. 

Sebaik dh bangun. Pun saya dah sediakan susu dia. Jadi tak banyak masalah bila si dia lapar lagi. Apa lagi nak main lah selepas itu. Saya layan lagi sampai lebih kurang dalam pukul 3 macam tu. Dia dah mengamuk lagi. Saya tahu dia nak minum lagi. Saja saya berikan pada dia air masak. Itupun lepas saya beritahu dia. "Awak kena minum air juga sayang". Dia tak mahu pun. Tapi saya pksa. Sampai di menangis lagi. Akhirnya saya pujuk dia dengan tunjuk pada dia susu dia sedang saya bncuhkan sambil dia berada dalam dukungan saya. Masa itu baru dia senyap. 

Susu saya bagi pun sedikit sahaja sebab saya janji pada dia. Kita tak boleh minum susu ni banyak sebab saya nak dia minum susu Ummi dia. Bukankah kami dah nak pergi ambil Ummi. Sayang sabar ya. Kata saya kepadanya. Alhamdulillah. Faham. Saya bawa naik kereta kemudian kami pun bergerak untuk ambil umminya. Jumpa ja Ummi. Pepaham la. Sonok tgk dia dpt apa yang dia nak. Hihihi

(nahh. Senyuman pagi dia hari tu)

Itu ja la pngalaman kedua saya. Indah dan tersangat indah pengalaman ini. Alhamudulillah. Syukur pada ALLAH atas kurniaan ini. Kebahagiaan ini. Moga moga ianya kekal sampai taman taman syurga. Dan moga moga keindahan ini buat kami LEBIH DEKAT kepadanya. 

Sepertimana firman ALLAH :
"...Hari yang tidak memberi manfaat anak pinak dan harta benda, kecuali orang yang datang dengan hati yang tenteram. AsSyura 88-89"

Apa yang ALLAH peringatkan kita kembali tentang 'sebab asal kita disini. Untuk diinsafi n diingati. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA